Mar 4, 2020

U Turn atau jilat ludah?


Satu hari saya berborak dengan Pakcik di Cheras.

"pakcik, malam ni kita ada majlis fikir atas iman dan amal kat surau pakcik, jom!"

"Saya tak suka ceramah macam tu"

"kenapa?"

"Ceramah tak pakai kitab, ntah apa apa korang cakap, tak ada isi!"

"Ceramah politik pakcik suka?"

"Politik lagi bangang, semua suka U Turn dan jilat ludah. Sekejap mahu Tun lepas tu tak nak Tun, sekejap marah orang lompat dari parti dia tapi sekejap lagi setuju orang lompat ke parti dia. Bodoh semua tu!"

Ok.. pendekkan cerita.

Hari lain, saya jumpa Pakcik tu solat Jumaat di Masjid Sri Petaling. Sayapun tegur..

"Jauh pakcik datang dari Cheras untuk solat Jumaat kat sini, kenapa?"

"Kat sini Khutbah Jumaat sedap, khatib tak baca kitab, cakap direct dari hati"

Eh? Pakcik ni U Turn ke Jilat ludah ni?

Woha!

Ps: Takpe U turn, asalkan U Turn Hasanag

2 comments:

Semut Senyum said...

Begitu lah kehidupan. En. Hamka saya dah start panas enjin sambung blogging. 2 kali join kelas En.Hamka baru skarang semangat tu muncul. hehehe

hamka said...

tahniah semut senyum, tak pernah rugi jika kita berkongsi ilmu dan pengalaman yang baik baik, teruskan menulis :)