Mar 17, 2020

Bagaimana nak selesaikan segala masalah hidup?


(Jawapannya ada pada lima kertas kosong yang ada dalam simpanan anda.)

Baik, sediakan lima kertas kosong bersaiz A4.

Kertas pertama, tulis sepuluh perkara yang akan saya buat:

“Jika saya hidup SETAHUN sahaja lagi…”

Kertas kedua, tulis sepuluh perkara yang akan saya buat:

“Jika saya hidup SEBULAN sahaja lagi…”

Kertas ketiga, tulis sepuluh perkara yang akan saya buat:

“Jika saya hidup SEMINGGU sahaja lagi…”

Kertas keempat,

tulis sepuluh perkara yang akan saya buat:

“Jika saya hidup SEHARI sahaja lagi…”

Kertas kelima,

tulis sepuluh perkara yang akan saya buat:

“Jika saya hidup SATU JAM sahaja lagi…”

Okey, ambik masa, tulislah sepuluh sahaja yang anda akan buat pada lima kertas tu.

Apa apapun jawapan anda pada kertas tu, saya percaya, separuh dari masalah hidup anda akan dapat diselesaikan.

Saya ulang! Apa apapun jawapan anda pada kertas tu, saya percaya, separuh dari masalah hidup anda akan dapat diselesaikan.

Woha!

Ps: Siapa tak pernah jawab lima soalan ini dalam hidupnya, akan sangat meyesal bila tiba tiba sahaja mati mengejut.

Hint: Jangan mati bawa hutang, maka dalam tempoh setahun, sebulan, seminggu, sehari dan sejam itu pastikan ada ruang untuk bayar hutang pada Tuhan, hutang pada orang tersayang, hutang kepada kawan, hutang kepada alam, hutang kepada kerjaya dan hutang kepada diri sendiri.
Hutang ni bukan wang ringgit sahaja, tapi termasuk ahlak yang baik serta kasing sayang.

Now you know.

3 comments:

Anonymous said...

Taqwa ! Dgnnya segalanya Tuhan selesaikan, persoalan dunia dan Akhirat.

Apa itu taqwa ?
Taqwa = Ihsan + Wara'

Apa itu Ihsan ?
Ihsan = Sentiasa mengekalkan perhubungan dgn Allah swt, tandanya, dgn sentiasa dlm zikrullah.

Apa itu Wara' ?
Wara' = Sentiasa melakukan yg disukai Allah swt dan menjauhi yg tidak disukaiNya, serta sentiasa istighfar dan taubat atas segala kesalahan, dosa, kelemahan dan kekurangan. Tandanya, sempurna syariat dan sempurna baik akhlaknya.

Agen Poker IDN said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Alhamdulillah. Terima memberi jalan penyelesaian.
petua hilangkan gout
cara menghilangkan sakit belakang
ubat sakit gout tradisional