Jul 17, 2012
Hukum menyanyi dalam masjid?
(Islam sesuai untuk sepanjang zaman, jika ada cara yang lebih berkesan dalam berdakwah, sudah tentu Allah akan ajar 124 ribu Nabi dengan dakwah cara yang paling berkesan itu kerana Allah Maha Mengetahui..)
Soalan pembaca:
Salam, Hamka, aku pening tengok video ini, boleh ke menyanyi sambil main gitar letrik dalam masjid macam dalam video ni, tolong jawab. kepala saya pening.
Hamka keretamayat said:
Salam, aku juga minat muzik, aku pandai main gitar, lagu ni pun aku hafal, suasana ni kena dengan jiwa aku,
Tapi bila bab nak menyanyi dalam masjid ni, selepas merujuk Buznama dan kitab kita ugama, akhirnya walau aku yang bukan ustaz dan berjiwa rock minat lagu Cromok ni pun tak setuju, bagi aku, nak menyanyi, eloklah di luar masjid, bukan di tempat solat,
Bab gitar atau alat muzik bertali, ada ulamak cakap haram dan ada ulamak cakap harus, boleh rujuk kitab, tapi bab MAIN GITAR DALAM MASJID, dengan niat berdakwah adalah kejahilan yang sangat besar, ni dah jadi macam gereja, berdakwah guna drum, seruling, terompet..., konon nak buat orang insaf mengalir air mata, apa kalimah Allah tak cukup buat korang menangis? itu tanda hati gelap, tak perlu pada alat muzik nak buat insaf menangis sebab Islam sesuai untuk sepanjang zaman, jika ada cara yang lebih berkesan dalam berdakwah, sudah tentu Allah akan ajar 124 ribu Nabi dengan dakwah cara yang paling berkesan itu kerana Allah Maha Mengetahui..., jangan nak guna fatwa kaum kera dalam bab ugama..
Aku harap video tu bukan di masjid, mungkin dewan sekolah (aku cuba baik sangka) sebab dalam masjid ada adab yang Nabi dah ajar, bunyi patahkan jari lenguhpun Nabi larang, apatah lagi petik gitar.., niat tidak menghalalkan cara, okey!..
Kau tanya soalan ni semalam (16 julai 2012) bersama link youtube bertarikh 15 julai 2012, aku ingat benda ni baru dan akan hangat di web UMNO atau PAS minggu ni, tapi lepas search google, rupanya video ni dah lama, JUN 2011 tahun lepas dan ada di youtube.., dan aku ingat video ni anjuran UMNO yang jahil ugama, tapi rupanya anjuran PAS (berdasarkan komen di youtube) dan bertambah yakin aku bukan anjuran UMNO kerana takde isu ini di web Pro Pembakang, jika UMNO yang buat, aku rasa tentu dalil haram menyanyi dan bermain alat muzik akan berdengung dengung dalam Harakah, tapi sebab anjuran PAS (sekali lagi, berdasarkan komen di youtube), maka banyaklah fatwa kaum kera yang berdengung membenarkan aksi di atas, macam macam hal korang ni..
Menjawab soalan ini, aku rasa biar Ustaz PAS yang jawab, bagi link Ustaz UMNO karang, tentu tak puas hati, bagi link jawapan Ustaz PAS, baru terdiam, sama macam isu Tabligh dalam entry lama, bagi jawapan ustaz PAS, terus takde komen negetif, he he he,
Jadi.., secara ringkas, kata Ustaz PAS: Tak boleh menyanyi dalam masjid kerana masjid di dirikan bukan atas maksud itu, kata ustaz PAS itu lagi, nak cari barang hilang pun Tak boleh dalam masjid, apatah lagi menyanyi?, (ada dalam hadtith) namun kata ustaz PAS itu lagi, ada pendapat ulamak yang benarkan menanyi oleh budak budak bila bab berkahwin (merujuk kepada budaya di zaman Nabi) tapi cenderung ustaz PAS tu kata, tak boleh, cukup setakat itu... (aku rujuk Buznama, bab budak menyanyi waktu kahwin tu, adalah di luar masjid)
So, aku setuju dengan Ustaz PAS tu punya jawapan, walaupun aku jiwa rock kapak minat lagu Cromok, tapi aku akur bahawa tak boleh menyanyi dalam masjid, apatah lagi main gitar current!, memang Bidaah yang melampau.., jangan guna fatwa kaum kera untuk cover jahil kita bab ugama.., wallahu'lam, and before, aku bukan orang UMNO- woha!
Ps: Oleh sebab isu ni dah lama, aku anggap Ustaz Azhar idrus sudah slow talk dengan Sham Kamikaze bab ni, lalu Syam insaf dan tidak lagi menyanyi sambil main gitar dalam masjid, sebaliknya, Sham dan rakan rakan Ustaz PAS yang lain telah mengikut dakwah cara Nabi iaitu pergi berdakwah dari rumah ke rumah, jumpa orang UMNO yang jahil atau jumpa ahli PAS yang sesat, atau jumpa orang Tabligh yang lagha, lalu bawa mereka yang jauh kepada Allah datang ke masjid, dan sampai di masjid, berdakwahlah mereka tentang tentang iman dan amal.., mudah mudahan..
Ps2: Ada tak video ustaz PAS ni jawab isu main gitar dalam masjid, jika ada, sila bagitahu.., sebab aku takut ada jawapan lain macam sama kes isu tabligh hari tu, kena hati hati jugak dengan jawapan Ustaz zaman sekarang, kadang kadang fatwa berubah rubah ikut suasana politik.., inilah maksud politik sempit...oh.
Soalan pembaca:
Salam, Hamka, aku pening tengok video ini, boleh ke menyanyi sambil main gitar letrik dalam masjid macam dalam video ni, tolong jawab. kepala saya pening.
Hamka keretamayat said:
Salam, aku juga minat muzik, aku pandai main gitar, lagu ni pun aku hafal, suasana ni kena dengan jiwa aku,
Tapi bila bab nak menyanyi dalam masjid ni, selepas merujuk Buznama dan kitab kita ugama, akhirnya walau aku yang bukan ustaz dan berjiwa rock minat lagu Cromok ni pun tak setuju, bagi aku, nak menyanyi, eloklah di luar masjid, bukan di tempat solat,
Bab gitar atau alat muzik bertali, ada ulamak cakap haram dan ada ulamak cakap harus, boleh rujuk kitab, tapi bab MAIN GITAR DALAM MASJID, dengan niat berdakwah adalah kejahilan yang sangat besar, ni dah jadi macam gereja, berdakwah guna drum, seruling, terompet..., konon nak buat orang insaf mengalir air mata, apa kalimah Allah tak cukup buat korang menangis? itu tanda hati gelap, tak perlu pada alat muzik nak buat insaf menangis sebab Islam sesuai untuk sepanjang zaman, jika ada cara yang lebih berkesan dalam berdakwah, sudah tentu Allah akan ajar 124 ribu Nabi dengan dakwah cara yang paling berkesan itu kerana Allah Maha Mengetahui..., jangan nak guna fatwa kaum kera dalam bab ugama..
Aku harap video tu bukan di masjid, mungkin dewan sekolah (aku cuba baik sangka) sebab dalam masjid ada adab yang Nabi dah ajar, bunyi patahkan jari lenguhpun Nabi larang, apatah lagi petik gitar.., niat tidak menghalalkan cara, okey!..
Kau tanya soalan ni semalam (16 julai 2012) bersama link youtube bertarikh 15 julai 2012, aku ingat benda ni baru dan akan hangat di web UMNO atau PAS minggu ni, tapi lepas search google, rupanya video ni dah lama, JUN 2011 tahun lepas dan ada di youtube.., dan aku ingat video ni anjuran UMNO yang jahil ugama, tapi rupanya anjuran PAS (berdasarkan komen di youtube) dan bertambah yakin aku bukan anjuran UMNO kerana takde isu ini di web Pro Pembakang, jika UMNO yang buat, aku rasa tentu dalil haram menyanyi dan bermain alat muzik akan berdengung dengung dalam Harakah, tapi sebab anjuran PAS (sekali lagi, berdasarkan komen di youtube), maka banyaklah fatwa kaum kera yang berdengung membenarkan aksi di atas, macam macam hal korang ni..
Menjawab soalan ini, aku rasa biar Ustaz PAS yang jawab, bagi link Ustaz UMNO karang, tentu tak puas hati, bagi link jawapan Ustaz PAS, baru terdiam, sama macam isu Tabligh dalam entry lama, bagi jawapan ustaz PAS, terus takde komen negetif, he he he,
Jadi.., secara ringkas, kata Ustaz PAS: Tak boleh menyanyi dalam masjid kerana masjid di dirikan bukan atas maksud itu, kata ustaz PAS itu lagi, nak cari barang hilang pun Tak boleh dalam masjid, apatah lagi menyanyi?, (ada dalam hadtith) namun kata ustaz PAS itu lagi, ada pendapat ulamak yang benarkan menanyi oleh budak budak bila bab berkahwin (merujuk kepada budaya di zaman Nabi) tapi cenderung ustaz PAS tu kata, tak boleh, cukup setakat itu... (aku rujuk Buznama, bab budak menyanyi waktu kahwin tu, adalah di luar masjid)
So, aku setuju dengan Ustaz PAS tu punya jawapan, walaupun aku jiwa rock kapak minat lagu Cromok, tapi aku akur bahawa tak boleh menyanyi dalam masjid, apatah lagi main gitar current!, memang Bidaah yang melampau.., jangan guna fatwa kaum kera untuk cover jahil kita bab ugama.., wallahu'lam, and before, aku bukan orang UMNO- woha!
Ps: Oleh sebab isu ni dah lama, aku anggap Ustaz Azhar idrus sudah slow talk dengan Sham Kamikaze bab ni, lalu Syam insaf dan tidak lagi menyanyi sambil main gitar dalam masjid, sebaliknya, Sham dan rakan rakan Ustaz PAS yang lain telah mengikut dakwah cara Nabi iaitu pergi berdakwah dari rumah ke rumah, jumpa orang UMNO yang jahil atau jumpa ahli PAS yang sesat, atau jumpa orang Tabligh yang lagha, lalu bawa mereka yang jauh kepada Allah datang ke masjid, dan sampai di masjid, berdakwahlah mereka tentang tentang iman dan amal.., mudah mudahan..
Ps2: Ada tak video ustaz PAS ni jawab isu main gitar dalam masjid, jika ada, sila bagitahu.., sebab aku takut ada jawapan lain macam sama kes isu tabligh hari tu, kena hati hati jugak dengan jawapan Ustaz zaman sekarang, kadang kadang fatwa berubah rubah ikut suasana politik.., inilah maksud politik sempit...oh.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
68 comments:
:) salam hamka. semoga dirahmati Allah. amin.
Alhamdulillah...
Eh2..sekali lagi dapat baca artikel yang masih fresh...
: )
zaman sekarang ustaz da cam produk lak...
ada jenama2...
pastu leh banding2 lagi...ustaz ni popular...
ustaz tu lone ranger....
ustaz ni bla3....
haihhh...
terima kasih Hamka. kita sependapat dalam hal ni. kau selalu menulis isi hatiku. woha!
yang penting aku tak berapa berkenan dengan ustad Youtube ni
nyanyi macam ni takleh
ringtone bule tak pokcik?
btw, aku puji rakan PAS yg dakwah gentleman
tapi ramai jugak dakwah dgn caci maki kan
ops sori2 nak kritik pas kena pakai serban n jubah dulu
akhir zaman....
bidaah bidaah melampau semakin banyak dan mendapat tempat di hati2 manusia yang jahil agama. (aku la tu)
betul ka klo besembang time azan pun tak berdosa ?
Alhamdulillah, terima kasih atas posting ini.
Sekiranya 'dakwah rock' ni dilakukan di pentas konsert, tidak apa sebab memang itu tempatnya. memang elok dimasukkan unsur-unsur dakwah dalam hiburan.
Soalnya, ini masjid bukannya pentas. Ana tak mahulah ada yang bercakap "habis tu berzanji dan marhaban boleh? itukan menyanyi?" Itu lain. Nyanyi rock di masjid seolah-olah membawakan HIBURAN KE DALAM DAKWAH. Dah terbalik.
Nak tahu agama mana yang menyanyi rock/ rapping hip hop dalam masjid? Agama Nasrani di Amerika, gereja kulit hitam. Sila lihat video ini:
http://vimeo.com/30623101
Wassalam, dan selamat beramal.
Apa yang saya boleh kata, ustaz pon manusia gak. Tapi selagi bendatu betol and baik and ada yang menyokong pernyataan beliau, ikutjelah. janganlah kita yang kurang ilmuni nak memandai2..hehe...
Saya suka entry ni. saya bukan pro mana2 parti. Tapi saya tak gemar bila orang guna bahasa buruk tapi nak ajak beragama, sedangkan akhlaknya tak macam orang beragama. no offence ok.
Walaupon kita nak menangkan parti kita, walaupon kta nak membuta tulikan diri sebab nak sokong ego kita yang kata parti yang kita sokong tu adalah parti yang paling betol sekali and tak pena buat salah, tapi pastikanlah kita jangan mengutuk mengata and memburuk2kan orang lain, sebab cara itu menunjukkan keburukan kita sendiri.
Sekadar pendapat saya yang lemah ini.
Waallahualam.
-cahaya pemelihara-
betul ka klo besembang time azan pun tak berdosa?
(tengok apa yang kau sembang, bercakap perlahan itu harus, tak berdosa, diam lebih baik, tapi bercakap kuat dengan niat menghina azam, itu haram, wah dah macam ustaz pulak aku ni, bak main gitar nak goreng lagu Cromok sikit-woha!)
perkara menyokong yang dimaksudkan di atas adalah, alquran, assunnah dan juga ijma' ulama'.harap maklum...huhu. kalau salah tolong betolkan.kalau ada penambahan silakan..
-cahaya pemelihara-
Taufik, kenapa tak copy paste terus:
Syarat Minima Sebelum Anda Boleh Mengkritik PAS
Layakkah anda kritik PAS?
Kebanyakkan pengkritik tegar PAS masakini, berdiri segak dengan memakai tanda nama "Pencacai UMNO" dari kaca mata seorang fanatik. Hal ini disebabkan kebanyakkan pengikut PAS menganggap parti mereka ini adalah sempurna dan tiada timbang taranya.
Berikut adalah syarat kelayakan minima untuk menjadi pengkritik PAS yang ulung:
1. Mendapat tauliah sebagai Ahli UMNO Sepanjang Zaman
2. Graduan kelas pertama Ijazah Politik Putar-belit Guna-gunaan UiTM
3. Memiliki sijil rasmi "Sijil Penghargaan Pengkhianat PAS"
4. Mempunyai cop pengesahan "DARAH BIRU" di Mykad
5. Mendapat suntikan pelalian vaksin PBP (Pancaran Bulan Purnama) di hospital kerajaan
6. Mempunyai keahlian tetap Kelab Senaman Punggung
Mengapa perlu wujudnya persepsi begini? Mengapa perlu menjadi penyokong UMNO baru boleh mendapat kebenaran mengkritik PAS? Belumpun habis cerita dibaca, sudah ditampal lekat sticker label "Pencacai UMNO" di dahi mereka.
Aku pasti, tiada pemimpin atasan PAS akan membaca tulisan api-api ini. Kerana jika benar mereka membaca, pasti saat ini mereka sedang bertungkus lumus berusaha memperbetulkan haluan serong "jentera dakwahnya".
Seandainya kerugian PAS ini dapat diukur dengan wang ringgit, aku menjangkakan unjuran kerugian kasar PAS untuk dekad ini melebihi RM 100 bilion. Jumlah kerugian tinggi yang ditanggung oleh parti ini mungkin disebabkan teguran dan kritikan yang sengaja dibutakan oleh sebahagian besar pemimpin dan pengikutnya. Wallahualam, hanya Allah jua yang tahu nilainya yang sebenar.
Situasi berbeza pasti akan berlaku sekiranya mereka tidak bermuka-muka dengan simpulan isi kritikan ini. PAS akan menjadi lebih dominan andainya mereka dapat menggarap buah fikiran para pengkritik. Parti ini akan bingkas mencapai tahap kepesatan yang tinggi dengan bantuan audit (kritikan) luaran. Tanpa perlu bersusah payah menjual nama, perjuangan mereka akan mendapat sanjungan rakyat di serata negeri.
Namun aku tidak salahkan pemimpin mereka yang seringkali khusyuk bertasbih, bertahmid serta berzikir di pentas-pentas ceramah mingguan mereka. Begitu juga dengan pengikutnya yang mungkin terlalu sibuk berdakwah ke jalan Allah.
Barangkali mereka tidak mempunyai kesenggangan masa untuk meneliti bait-bait kritikan yang dilontarkan kepada mereka. Mungkin juga dalam diam, mereka telahpun mengembleng satu pasukan khas untuk menjalankan tugas ini. (jika ada, aku sedia berikan kerjasama) Maka dengan itu tahniah aku ucapkan!
tq encik hamka
aku segan la nak copy semua
aku hanya seorang bakal mayat yg kurang hensemnya
pe Rasulullah saw x buat lam masjid x yah la buat kan, pepandai je dia org ni , howa, eh terbalik woha :-)
Subhanallah. Saudara hamka, kamu ini bijak. Bangga sungguh pak zain dengan kamu. Andai kamu anak muridku dahulu, betapa banyaknya pahala yang bakalku bawakan bersama ajalku. Sesungguhnya Rasulullah SAW lah contoh terbaik menjadi ikutan kita. Rasulullah SAW iaitu nabi Muhammad adalah manusia unggul kekasih Allah SWT. Pak zain memuji Rasulullah SAW kerana hati pak zain mengagumi anak muda ini. Namun kita tidak boleh mengagumi manusia sepertimana kita mengagumi Rasulullah SAW. Kerana akan terjadinya taksub seperti contoh apa yang telah berlaku terhadap amukan di putrajaya baru-baru ini. Allahuakbar. Allah Maha penyayang lagi Maha pengampun.
salam tuan yang mulia...
wa nak respon aa.. silap wa mohon ampun..
bapak wa memang tak bagi wa main gitar.. sentuh pun tak berani.. wa dengar bunyi gitar masa wa tingkatan dua.. masa tu masuk supermarket emporium.. jalan2 ngan mak wa.. nampak gitar kat tepi tangga.. wa gatal2 tangan try la petik gitar tu.. perghhhhhh bergetar terus berdesup masuk dalam hati wa... tenggggg... lepas tu wa takde gatal2 nak petik lagi.. takut setan masuk.. ustaz wa merujuk kitab mutall badrin cakap haram muzik bertali.. wa follow jeks..
bercakap tentang politik wa nak bagi respond aa.. kalau silap.. wa mohon ampun lagi.... tapi tetap wa nak kongsi pendapat wa.. kalau wa nak tulis.. boleh ngigau oo.. sebab wa dah kemaruk menulis komen kat ruangan tn hamka nieh..
sebelum tu wa nak buat perumpamaan.. atau pun contoh la..
wa nak tanya.. jika imam salah di waktu sembahyang.. ape yang kita perlu lakukan...
jawapan yang pertama.. mufarakah.. wat jemaah baru... kononnya untuk dapatkan pahala berjemaah... salah nie.. satu masjid mana boleh 2 imam..
jawapan yang kedua.. mufarakah dan sembahyang sorang-sorang... sorang hujung sana sorang hujung sini... baik2 dapat 27 kali ganda.. dapat satu plak.. jawapan yang boleh diterima tapi rugi la kan..
jawapan yang ketiga... imam salah.. makmum tegur.. tegur dengan penuh kesopanan dan kesusilaan.. dengan ucapan nan lembut... suhannalah.. maha suci allah... ini lah baru betul.. imam salah kita tegur la... tak gitu..
baiklah.. jawapan ketiga yang betul..
pemimpin salah kita tegur dengan penuh hikmah.. itulah yang dituntut dalam islam..
realitinya ... pemimpin salah dibuatnya parti yang lain.. (mufarakah ) dan dikutuk2 pemimpin tersebut.. ini ape... inilah punca umat berpecah belah.. bila dah berpecah belah.. mudahlah kafir laknat memperkotak katikkan umat islam...
bayangkanlah.. umat islam bersatu padu.. musuh islam nak angkat muka pun tak berani.. gerun lah melihat umat islam menjalankan perintah allah.. malah.. berbondong-bondong menyintai masuk islam yang menuruti alquran dan assunah ...kerna inilah agama yang penuh dengan kebenaran bukankah begitu
semuga wa dapat amalkan ape yang wa tulis..
Salam.
Maaf terkeluar fokus perbincangan sedikit.
Apakah dakwaan terbaik untuk menjawab dakwaan seperti ini? Kalau tidak menyusahkan tuan saya memerlukan jawapan (setidak-tidaknya link artikel lepas) bagi menangkis kembali tomahan ahli keluarga saya.
UFB - Bahaya Hadith Palsu Di Jaja Jemaah Tabligh
http://www.youtube.com/watch?v=n-cf0HHa3Og
UFMO - Jemaah Tabligh Mungkin Ikhlas Tapi Keikhlasan Sahaja Tidak Mencukupi
http://www.youtube.com/watch?v=zja347tcx3Y&feature=related
Jawapan yang bakal tuan berikan saya dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
Beberapa koreksi Jamaah Tabligh
Juli 16, 2012
Ustaz Fathul Bari Mat Jahya
Soalan: Mohon komen ustaz tentang Jamaah Tabligh.
Jawapan:
Tentang Jamaah Tabligh, saya suka menukilkan pandangan guru kami Syaikh Abdul Muhsin Al ‘Abbad hafidzahullah beberapa tahun yang lalu dan seperti mana yang kita masih boleh mendengar dalam kuliah beliau akan penjelasan beliau tentang Jamaah Tabligh. Pada musim haji kalau saya tidak silap, ramai orang bertanya pandangannya tentang Jamaah Tabligh.
Kata beliau, mereka ini (Jamaah Tabligh) orang-orang yang ‘abid (ahli ibadah) dan zahirnya berakhlak dengan akhlak yang baik, akan tetapi ada banyak kepincangan-kepincangan yang berlaku dalam gerakan mereka yang perlu diperbetulkan dan dinasihati. Mereka ada kesungguhan yang dilihat tidak ada pada sebahagian kita seperti kesungguhan berdakwah, ingin sampaikan Islam kepada manusia, ingin melihat manusia melakukan amal kebaikan, ingin manusia melakukan solat berjamaah. Ini semua kehendak-kehendak yang baik cuma ada beberapa kepincangan.
Kepincangan pertama, kurangnya mereka memberi fokus kepada akidah, sebaliknya hadis-hadis yang mereka gunakan dalam Fadha-il A’mal ada menyebut kelebihan mengucapkan La-ilaaha-illallah, tetapi penjelasan tentang maksud La-ilaaha-illallah, uluhiyah, rububiyah, asma was sifat dan isu-isu akidah yang lain kurang dibahaskan secara terperinci.
Sedangkan dakwah Ahlus Sunnah Wal Jamaah yakni dakwah Salafus Soleh menjadikan penjelasan tauhid perkara utama. Muadz ibn Jabal ketika Nabi mengutus beliau ke Yaman dipesan oleh Nabi SAW,
فليكن أول ما تدعوهم إليه شهادة أن لا إله إلا الله
Maksudnya: “Hendaklah kamu jadikan perkara pertama untuk kamu seru manusia kepadanya adalah persaksian Laa-ilaaha-illallaah.” (riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Maka kandungan dan pengisian dakwah itu mesti ada penjelasan tentang tauhid/ akidah, mengembalikan manusia kepada Allah SWT dengan cara dan kefahaman yang benar.
Kepincangan kedua adalah berkenaan sumber rujukan mereka. Di tanah Arab, kitab yang menjadi rujukan Jamaah Tabligh adalah Riyadhus Solihin karangan Imam an-Nawawi. Tetapi mengapa Jamaah Tabligh di Nusantara menjadikan Fadha-il A’mal karangan Maulana Zakariya Al Kandahlawi sebagai rujukan utama. Mengapa tidak menggunakan Riyadhus Solihin juga.
Kitab Fadha-il A’mal karangan Syaikh Zakariya Al Kandahlawi terbahagi kepada 2 bahagian; bahagian pertama adalah hadis-hadis induk dan bahagian kedua adalah hadis-hadis yang terdapat di dalam syarahan atau ulasan kepada hadis induk tersebut.
Adapun hadis induk, 60-70% adalah hadis-hadis yang sahih manakala bakinya adalah hadis-hadis yang lemah dan juga palsu. Adapun dalam syarah, sebahagian besar daripadanya adalah hadis-hadis yang palsu dan juga tidak ada asal. Ini masalahnya dengan sumber rujukan mereka.
Kadangkala apabila bercakap seperti ini, akan ada orang yang berkata, “kamu siapa jika dibanding dengan maulana Zakariya?” Memang kita menghormati Maulana Zakariya Al Kandahlawi sebagai seorang tokoh ahli ilmu. Akan tetapi kita perlu ingat, apabila Imam Syamsuddin Adz Dzahabi rahimahullah yang hidup sekitar kurun ketujuh atau ke lapan hijrah (pengarang kitab sirah yang besar – Siyar A’lam An Nubala, kitab biodata perawi hadis) bercakap tentang Imam Al Ghazali tentang kitab karangan Al Imam Al Ghazali Ihya Ulumuddin, Imam Adz Dzahabi mengatakan keilmuan Imam Al Ghazali dalam bidang hadis kurang, banyak terdapat hadis-hadis lemah dan palsu. Walaubagaimanapun Imam Adz Dzahabi menceritakan kehebatan Imam Al Ghazali dari sudut kefaqihannya, akan tetapi dari sudut ilmu hadis beliau kurang. Begitu juga dengan Syaikh Zakariya Al Kandahlawi, walaupun beliau terkenal dengan ilmu hadis tetapi nukilan beliau dalam Fadha-il A’mal perlu dinilai kembali.
Saya dan seorang guru saya telah menghubungi sendiri pusat Jamaah Tabligh di India. Guru saya boleh berbahasa Urdu dan beliau bercakap dengan Jamaah Tabligh pusat itu sendiri dan bertanya ada atau tidak orang yang telah membuat penilaian terhadap hadis-hadis di dalam kitab Fadhail A’mal. Orang di sana memberitahu bahawa sehingga saat itu tidak ada siapa yang mampu melakukannya (penilaian ke atas hadis-hadis di bahagian syarah atau ulasan), perkara itu pernah diusahakan tetapi oleh kerana terlalu banyaknya hadis-hadis yang tidak bersanad (tidak diketahui dari mana asalnya) maka sukar untuk membuat penilaian ataupun kritikan.
Maka mengapa kitab itu dijadikan sumber rujukan? Adakah semata-mata kerana ia ditulis oleh Syaikh Zakaria Al Kandahlawi? Tidak boleh sedemikian, seperti Jamaah Tabligh di Timur Tengah mereka menggunakan Riyadhus Solihin. Antara sebab dan punca mengapa mereka tidak menggunakan kitab Fadhail A’mal adalah kerana di Timur Tengah ada ramai pakar-pakar hadis. Itu masalah kedua tentang sumber rujukan mereka.
Kepincangan ketiga adalah semangat mereka untuk berdakwah sedangkan pengisian ilmu kurang. Mereka keluar dalam tempoh-tempoh tertentu selama beberapa hari untuk berdakwah. Mereka diberikan beberapa pengisian asas dan disuruh keluar berdakwah. Kita perlu berhati-hati kerana pendakwah mestilah seorang yang berilmu. Mereka berkata, sahabat Nabi RA bertebaran di atas muka bumi. Saya katakan kepada mereka itu semua sahabat Nabi yang memiliki asas ilmu yang kukuh.
Muadz bin Jabal yang Nabi hantar ke Yaman ditanya oleh Nabi, dengan apa kamu hendak berhukum, jawab Muadz, dengan Al Quran. Tanya Nabi lagi bagaimana kalau tidak ada di dalam Al Quran, jawab Muadz dengan As Sunnah. Kalau tidak ada dalam as sunnah? Jawab Muadz, aku berijtihad. Siapa di kalangan kita mampu berijtihad? Adakah semua yang keluar berdakwah di kalangan Jamaah Tabligh mampu menjawab soalan berdasarkan Al Quran dan As Sunnah, adakah jika tiada di dalam Al Quran As Sunnah mereka semua mampu berijtihad.
Jika mustahil semua di kalangan mereka mampu, maka kita perlu berhati-hati menghantar orang keluar berdakwah kerana untuk menyeru orang kepada Islam walaupun dalam hal-hal yang kecil, perlu dilengkapi dengan ilmu terlebih dahulu, perlu ada asas yang mantap dari Al Quran, hadis dan penjelasan ulama Ahlus Sunnah Wal Jamaah.
Kepincangan yang keempat adalah penetapan tempoh-tempoh untuk keluar seperti penetapan 3 hari, 40 hari, 4 bulan. Penetapan-penetapan ini datang dari Nabi atau tidak? Pernah atau tidak Nabi SAW menyatakan kepada para sahabat untuk keluar berdakwah dalam tempoh 3 hari. Pernahkah ditetapkan bilangan hari sedemikian. Jika tidak pernah mengapa kita menetapkannya sehingga ia menjadi rutin dan amalan kebiasaan gerakan Jamaah Tabligh untuk keluar.
Setakat itu dahulu penjelasan ringkas tentang Jamaah Tabligh.
Teks disalin berdasarkan rakaman berikut:
Ustaz Fathul Bari: Menjawab Isu Jamaah Tabligh
www.youtube.com/watch?v=WmUWM9U12Qk
Ek eleh...orang bicara pasal muzik dan nyanyian dalam masjid, dia berjoget keliling dunia pulak...
menyanyi dan bergitar dalam rumah Allah!? astargfirullahal azim...aku tak sangka sampai ke tahap ini kejahilan telah berleluasa dan berakar umbi pada umat di negara kita ini...
satu ketika selepas bacaan kitab hayatus sahabah di masjid jame' seri petaling, dengan tak semena-mena ustaz razif, salah seorang panel lujnah penterjemahan kitab fadha'il amal dan muntakhab ahadith, berkata dengan nada yang tegas, "tuan2 yang mulia, muzik adalah bibit-bibit kemunafikan. apalagi jika ianya dimainkan dalam masjid. oleh itu, berhati2 lah agar tiada nada muzik kedengaran dari telefon2 tuan2, terutamanya di dalam masjid..."
sejak hari itu, aku telah tukarkan nada dering hp aku kepada bunyi cengkerik yang aku rakam di malam gelap semasa keluar di jalan Allah.
setiap kali aku ingat Hamka, aku selalu ingat imam di Surau/masjid Indera Mahkota 5.
Kenapa eh?
askm..
ini adalah salah satu masaalah dari ribuan masaalah yg timbul bila agama dijadikan sumber pendapatan..
dizaman nabi dan para sahabat mereka bekerja dan berniaga untuk mencari pendapatan lalu mengorbankan harta dan kemewahan utk islam..
sekarang kelihatannya agama dijadikan sebagai salah satu sumber mencari pendapatan..dan lebih parah lagi menjadi sumber mencari kesenangan dan kemewahan...
akhirnya dikhuatiri islam akan dikorban sedikit demi sedikit utk kesenangan dan kemewahan..
kekadang terlintas juga difikiran,sesetengah orang hanya menukar odeans mencari nafkah....apapun bergantung pada niat masing masing..
berusaha, bekerjalah,berniagalah wahai umat islam,setelah kamu dikurniakan rezeki oleh tuhanMu maka korbankanlah untuk agamamu.....
yaAllah,semoga aku dan keturunanku tidak menggunakan agamaMu utk mencari nafkah......
-saudara seagama-
Saya Umat Nabi Muhammad SAW:
Ada 7 billion manusia, dan hanya 1.5 billion sahaja yang dapat sujud kepada Allah..siapa lagi yang nak bawa 6.5 billion manusia di serata alam ni kepada Allah kalau bukan kita orang-orang Islam? Setiap kita adalah pengembala dan pasti kita akan ditanya apa yang kita usahakan. Nabi dah takde dan takde nabi lagi diutuskan, 6.5 billion manusia ni tanggungjawab setiap individu Islam.. Back to basic : masalah lemahnya iman manusia, kene buat usaha iman insyaAllah..Cukup-cukuplah kita jadi hamba dunia untuk keperluan, mari kita jadi hamba Allah! Sama-sama fikir risau macam mana semua manusia hingga bayi yang terakhir di hari kiamat boleh ucap kalimah "laila hailallah muhammadur rasulullah"
Karkun Beginner
Aku jawab ringkas dahulu, ada masa aku jawab panjang lebar.
Bab kitab Fadhail tu, adalah kitab kompilasi hadith bab Fadhail dan di tulis oleh Pakar hadith, adalah kerja bangang jika orang komplen kitab kompilasi kerana kitab tu bukan baru di reka, tapi di petik dari berpuluh puluh kitab, jadi jika nak komplen, pergilah rujuk kitab yang berpuluh puluh tu, dan jika tak jumpa, itu menunjukan mereka bukan pakar hadith, pemalas, dan belajar sebab nak dapatkan sijil sahaja.., patut mereka cakap, oh hadith bab Nabi keluar tangan dari kibur di petik dari kitab XYZ, kitab tu tak betul kerana penulis kitab tu adalah ABC, baru betul nak komplen, tapi jika komplen, tak tahu asal usul hadith, kelakar, sebab dia ingat hadith ni setakat apa yang dia belajar, nasib baik ustaz ni sokong UMNO, jika sokong PAS, tentu rosak nama ISLAM pada PAS- woha!
Like. comment diatas.
Like. comment diatas.
saudara Hamka,
soalan 1) bolehkah SEMPURNA IMAN seorg Islam yg tak kasih pd saudaranya SEBAGAIMANA DIA MENGASIHI dirinya sendiri...
soalan 2) org yg x sempurna imannya tu macammana ya?
soalan 3) org yg x semporna imannya tu boleh masuk syurga tak?
Terima kasih...
salam..
untuk pengetahuan semua,tabligh adalah satu satunya jemaah yg paling tepat mengikut sunnah nabi....tanpa jemaah tabligh dah lama dunia ni Allah hancurkan.....nasib baik ada jemaah tabligh sebab tu korang semua masih dapat rahmat Allah....
jemaah lain semua tak betul...hanya tabligh saja yang betul...hanya tabligh saja yg bagi sumbangan membangunkan islam serata dunia..jemaah lain semua sia sia.....jemaah tabligh tak ada cacat cela...jemaah tabligh sempurna.....
teris terang je la.... kan senang....
tak gitu hamka..?.
strait
makin lama makin sayang wa kat penulisan lu bro!.
http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=iABT5_e2b3k
Allah Mahukan Pas Merampas Kuasa Ke Putrajaya - Nik Abduh
tuan2,
gunakanlah solat istikharah untuk mencari apa jua jawapan kepada kemusykilan tuan2.besegaeralah mencari kebaikkan sebelum tak tergapai dek tangan
tuan ..cuba dengar ceramah ni ...http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=lBmNzGC0DWI
Cek la amalan masing2.. Adakah dgn ush yg anda buat makin dekatkn diri dgn Allah, if UMNO mempromote agr masjid di imarahkan mcm zaman nbi saw teruskan and hubungan dgn Allah se
every night, i forgive to everything and everybody..
selamat datang ramadhan.
hello brader...
no need to forgive everything and everybody if you not think your are alwayyss right......
i never forgive anything and everybody bcause i know iam not always right...
right or not.??!!
yes, you are right, and i always wrong,
it was kind of U to spend time in my blog and go to trouble of writing to me, I know I had make error in my phase, I want to thank you for helping me get started on the road back.
Thank you,
err, I mean, thanks cause reply in English cause i can improve my lack of skill about this language- woha!
a succesfull man always do the changes in his life..
like our prophet,alway change the method of dakwah,in early stage he knock the people door.but its only can practise at the early age of islam,after that he use variaty of style like like public speech,send the letter and many more....
and this time we migt can knok the screen(ipad china version)if we still think that only knock is a sunnah....and want to remain the knock!
heh he he sorry for inconvenience..
when you said sorry for inconvenience.., so my reply is:
I'm forgive you.. always.
: )
Jemaah tabligh je yg betul??alamak!!kawan sy ada yg join jemaah tabligh..tp die abaikan famili..sngt sedih..tp sy xsalahkan jemaah tabligh tu sendiri...depend kpd individu yg join..mebi da lack di mana2..huhu
yang paling betul adalah PARTI PAS,
Anak Tuan guru telah berkata:
Allah Mahukan Pas Merampas Kuasa Ke Putrajaya, orang pakai baju hiau mendapat rahmat. perjuangan kita syahid -
Nik Abduh
Aku ada dengar seorang guru tasawuf berkata, jika seseorang itu mengatakan semua orang lain salah, dan dia je yang betul. Maka dialah yang tak betul! So, sebenarnya jemaah tabligh tu betul, tapi ada ahli jemaah yang tak pandai bercakap betul!
salam..
untuk pengetahuan semua,PAS adalah satu satunya jemaah yg paling tepat mengikut sunnah nabi....tanpa PAS dah lama dunia ni di hancurkan.....nasib baik ada jemaah PAS sebab tu korang semua masih dapat rahmat Allah....
jemaah lain semua tak betul... semua masuk neraka, 73 jalan, satu sahaja masuk shurga, hanya PAS saja yang betul...hanya PAS saja yg bagi sumbangan membangunkan islam serata dunia..jemaah lain semua sia sia.....jemaah PAS tak ada cacat cela...jemaah PAS paling sempurna.....
ini adalah fakta, kami akan tawan putra jaya, tawan dunia, dan tawan shurga.
strait
Begitu banyak perselisihan dalam agama, Segala percanggahan yang berlaku pada akhir zaman ini adalah bukti kebenaran hadis nabi iaitu sabda nabi lebih kurang bermaksud, di akhir zaman akan berlaku banyak perselisihan dalam agama, maka berpegang teguhlah kepada al.quran dan sunnahku. so, sekarang ni eloklah kita muhasabah diri untuk mencari dan menilai diri adakah kita telah mengikut ajaran islam yang selari dengan alquran dan sunnah. Maka berkata tok guru aku, ustaz dari jemaah tabligh, katanya, jika kita keliru dengan kehidupan ini, maka cubalah pelajari kehidupan para sahabat kerana dalam kehidupan mereka, kita akan dapat belajar dan mengamalkan kehidupan beragama. InsyaAllah..
BUkti PAS parti paling betul..
http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=iABT5_e2b3k
ingat! kita tak bermush dgn sesiapa! musuh kita bukan org barat, bukan org timur!, bukan org umno bukan org pas! musuh kita adalah SYAITAN!!!!!ermmm pas je masuk syurga!? ermmm ni mknanya SYAITAN sudah tipu dia! jaga ko SYAITAN!
sy ikuti blog en hamka ni sejak dari 2006 xsilap.blog hamka yg lame dulu..tp jadi pembaca senyap je.. tp tibe2 tergerak nk komen, sy nmpk en.hamka semakin cenderung kpd penulisan politik..adakah en.hamka cenderung kepada umno @ xberpihak mne2? sekadar bertanya..
Tabligh, pas, umno . suma nak betul . klu muallaf tengok komen2 kamu ni btmbh confuse la sal Islam, hbs smua nak betul . Bg saya diri kita sendiri ni yg bnyk xbetul, bukan Pas,umno, tabligh taw wat ever so on . tp DiRI KITA SENDIRI yg bnyk tak betul, jd buat la usaha utk betul kan diri . Hampeh! slh saya la .
-SEMUT-
Untuk pengetahuan, tabligh xpernah nak bdebat2 sal sapa betul sapa x. Klu ada, itu mgkn sgelintir pgikut nya yg prasan nak betulkan org .. wahai karkun yg dah tgglam dlm dunia blog, fb, atau apa2 la yg slen cara Nabi, bERHENTILAH anda, Allah bg kamu 'FIKIR' maka salur ia d tempat yg spatutnya kamu salur . jgn biar kn diri kita sdkt demi sdkt tgglam dgn suasana (blog, fb dsbgnya) konon saya tulis tuk diri sdri, puik ! Eldest pesan, 'saya niat CAKAP untuk diri sdri ' BUKAN TULIS ! ummat menderita tp diri kita sdri yg lbh mnderita ..
JANGAN GADUH-GADUH.
SAPA GADUH SAYA GIGIT.
BAGI PENDAPAT JANGAN IKUT EMOSI.
bila dakwah berkaitan politik terus jd Panasss.. seme komen anon ..WOHa... salam Ramaddan
every night, i forgive to everything and everybody..
selamat datang ramadhan.
salam..
masaalah utama manusia ialah bila dia merasakan diri sendiri serba betul...
orang macam ni bila dia berkeluarga,dia rasa apa saja yg ahli keluarga dia buat,semuanya betul...
bila dia berniaga,dia rasa produk dialah paling hebat dan betul..
bila berkumpulan, dia rasa kumpulan dia sahajalah yang betul
bila berpolitik,dia rasa parti dialah yang paling betul..
bila berjemaah,jemaah dialah yang paling betul dan menepati sunnah..
bila dia berblog,idea blog dialah yang betul..
masalah ni ialah masaalah individu yg rasa sentiasa betul...
sebenarnya rasa diri betul ni adalah anak kunci untuk masuk keneraka...
nabi kita sentiasa merasakan diri mungkin tersilap,walaupun diwahyukan bahawa setiap perbuatan dan percakapannya adalah wahyu..
namun bagindalah orang yang paling banyak istighfar berbanding umatnya..
beliau merintih dan beribadah setiap malam,memikirkan dirinya mungkin membuat pelbagai kesilapan...
saudaraku inilah kunci untuk kita kesyurga..iaitu merasakan kita sentiasa berbuat salah dan silap selalu...
bersyukurlah bila kita merasakan diri kita sentiasa tersilap dan bersalah...
itutandanya kita punya harapan untuk kesyurga...
terima apa sahaj kritikan orang terhadap diri kita...rasakan kita mungkin tersalah dan tersilap...hikmahnya kita sentiasa bersiap sedia dengan apa sahaja yang bakal menimpa....
-saudara seagama-
salam.
ok
Dulu kata kita ni org jahil cakap agama. Sekrg 'sekelepuk' atas kepala....angkat pula mengalahkan 'ulama'. Saya sdg perhatikan semua ini. Semua apa yg dia kutuk, mereka telah buat dan moga Allah pelihara kamu wahai ahli PAS yg mengata org lain kafir, munafik supaya sempat bertaubat sblm kematian tiba.
Wassalam
-Pencari hidayah yg dikurung di pagar masjid oleh ahli taksub PAS semasa sdg beriktikaf-
assalamulaikum tuan hamka
apa yang tuan maksudkan dengan "OK"?
tq.
bakal mayat berkerja di rumah mayat
....Lantaklah nak jadi sesat seumur hidup, kita redha dengan keputusan bengong bekas isteri Norman Hakim ini. TETAPI yang paling menarik apabila Abby Abadi sebut dia serahkan borang keahlian PAS kerana takut nanti apabila disoal oleh Malaikat mana bukti kau perjuangkan islam, maka tidak ada bukti sekiranya tidak ada Borang Keahlian PAS…!!
3:14
Abby Abadi Serah Borang Masuk Pas | 19 Julai 2012
http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=ncrctzJdUHo
LAGI PENING KEPALA WOO
Puluhan tahun Pas kononnya perjuangkan negara Islam. Sampai umat Islam berpecahbelah. Tapi Pas suddenly kata istilah negara islam tiada dlm Quran.
YANG SEDAR
maksud OK adalah, bulan puasa, lebih baik diam dari bercakap perkara yang tak meningkatkan iman.
: )
kpd Living Seed,
buat pengetahuan tuan, bukan Imam Adz Dzahabi rahimahullah sorang sahaja yg karang kitab thabaqat tu..byk lg tabi' tabieen lain yg buat kitab yg sama. apa salahnya dia mengkritik imam al ghazali? itu perkara biasa. yg salahnya adalah mmg kaum wahabi ni suka hentam al ghazali pasal dia bawa ilmu kesufian..apasal wahabi ni benci sgt dgn tarikat/sufi ni? Jd tuan bawa kisah yg sama nak komen al sheikh zakaria kandahlawi pasal dia karang fadhail amal yg konon nya menyesatkan tu. pls jalan-jalan sikit kat dunia ni. tgk siapa yg istiqamah hidupkan masjid dgn jemaah. kalo tu pun tuan kata x ikut sunnah/bidaah, entahlah, susah nak kata pasal pegangan akidah tuan. dah ditulis oleh sheikh zakaria yg dia hanya compile hadis dari sumber kitab2 lain. dan semua senarai kitab rujukan ada kat index. Cari lah kitab tu sendiri. buat apa nak pegi ke India. jgn lak tuan kata semua kitab rujukan tu x betul dah la..hanya nak berpandu pada kitab yg dikarang oleh sheikh al abani pun xleh gak. sesetengah ulamak pun ada mngatakan dia tu sbg perosak hadis. wuallah hu a'lam. pendek kata semua org ada lemah n kurang. yg sempurna hanya Allah n RasulNya SAW dan org2 yg ALlah peliharanya. so jgn mendewa2 kan diri/kaum sendiri lebih pandai, lebih faqih agama dr org lain.
ok..be peace
kepada anon di atas...
Tuan, jangan salah faham pada living seed. Komen yang diberikan itu adalah komen tentang video ust Fathul Bari yang telah living seed terjemahkan dalam bentuk tulisan... Tak semua boleh access video tu jadi disebabkan keperihatinan beliau, maka dia menterjemahkan video itu dalam bentuk tulisan.
Sepatutnya kita berterima kasih pada beliau. Bukankah begitu??
Sejak saya menjadi follower blog ini saya familiar dengan pengkomen2 tegar Hamka dan cara bentuk komen mereka. Salah satunya adalah Living Seed. Saya perhatikan dia rajin mengcopy paste article (rujuk entry 'surat kepada ah')
terima kasih.:)
bro hamka,saya melihat dari sudut penulisan yang bro buat sangat mendalam,inilah fikrah yang patut kita kongsikan kepada ummah yang dahagakan hidayah...;-) saya wan calon mayat menyokong penuh penulisan anda(geng baru)
terlupa satu perkara....woohaa!!
_wan calon mayat_
susah2....bila ditegur terasa bagaikan org tu menghina dia...bila mengajar x diterima kerana fikirkan dia lebih baik....lagipun...awat drpd hukum menyanyi dalam masjid boleh naik pasal tabligh and pas...aduih...jgn cepat melatah n cepat nak menghukum...kesian hamka cuba nk berdakwah dikatakan tp dituduh macam2...org yg fanatik selalu fikir hamka ni suke kutuk parti politik atau fahaman2 yang ada di Malaysia ini tetapi bg aq yang x berfikir terlalu ekstrimist...hamka lebih kepada menasihati kepada sifat taksub manusia yang selalu mengabaikan perkara yang bercanggah dengan diri dia sedangkan perkara itu benar...kalaulah hamka buika group kat facebook...pasti berlaku banyak perbalahan di group tersebut ....semoga yang x paham pasal entry hamka ini sedar akan perkara sebenar...bukan hamka sengaja nk sakitkan hati sesiapa menyiarkan entry ini...tp sebagai pedoman kepada mreka yang x sedar akan kesilapan yang dilakukannya supaya mereka kembali kejalan yang benar...jgn terlalu taksub sampai orang kata benda baik pun salah...jgn terlalu jahil sampaikan org kata jahat pun jadi baik....fikir2kanlah supaya tidak tersesat...
aku senyum.
Senyum Sampai telinga :)
sokong sepenuhnya..110%..lebihkan skit sebab nak menunjukkan sokongan saya bermoral...
_wan calon mayat_
Sengih
Post a Comment