Mar 26, 2012

Buku dah Siap?


(Akhirnya.., Alhamdulillah.., Syukur pada Allah.)

DULU...


KINI!

Setelah sekian lama aku dan korang menunggu penerbit aku terbitkan buku pertama aku, berkat kesabaran aku dan korang, akhirnya, hari ini, penerbit telah telefon aku menyatakan bahawa buku aku telah di hantar ke kilang cetak, dan akan siap dalam tempoh 2 ke 3 minggu bermula dari hari ini. Alhamdulillah.

Ekoran daripada kejadian itu, Penerbit mahukan aku publish borang pre order hari ini, supaya senang kerja kerja penghantaran melalui post di buat persiapan lebih awal (al maklumlah, ramai yang dah tempah itu hari, tapi belum bayar, he he he), dan aku yang menurut arahan, dengan ini merasmikan Borang Pre-Order Buku pertama yang di tulis oleh Hamka Keretamayat yang bertajuk: Permata yang hilang kini dijumpai.

Buku ini adalah kompilasi entry terbaik bab rumah tangga yang dipetik dari blog keretamayat dan aku tambah beberapa entry lagi yang belum pernah di publish seumpamanya.

Enjoy!


XXX

Ps: Pemenang paraduan teka tajuk, akan di umumkan dalam entry yang mendatang, insyAllah. Sila klik http://permatahilangdijumpai.blogspot.com untuk segala perkembangan terkini.

47 comments:

aku_ein said...

Syukur..lama dah tunggu..insyaallah akan beli..

aku_ein said...

bila nak buat email notification through online, dia tulis email invalid..tapi kalau email biasa, boleh la plak..cimb cliks la..maybank xtau la

G said...

nak beli, nak beli~~~~~
akhirnya, keluar jugak buku ni.... :D

sYaMama said...

Aku pun nak dapatkan buku ni..InyaAllah. Mesti penuh informasi yang tak ada kat tempat lain. Syabas Hamka!!

.nad. said...

sama lah.. kenapa email invalid. keretamayat+pyh@gmail.com

.nad. said...

saya guna maybank2u.

Afdal Publications said...

Mohon maaf. Untuk urusan online banking, boleh guna email:
CIMB: afdal.pub@gmail.com
Maybank: keretamayat@gmail.com

--
Afdal Publications

.nad. said...

Terima kasih. Saya dah buat payment dan dah isi form.

:)

Wadi AR said...

ini membuatkan gua mahu buat pecutan untuk membeli

Unknown said...

salam..yey dah isi dan transfer~

xsabar2

Mohd Fadhil said...

boleh guna voucher buku x?

TashA said...

en.hamka..pembayaran telah di buat.. harap maklum dan terima kasih

Anonymous said...

xmenarik la cover dpn..tapi xpe..dont judge the book by its cover..

tapi buku hamka isi konmpem buat kte bersedia jadi mayat.!!good job hamka!

Egg Head said...

saya nak beli secara terus dgn en.hamka...lagi senang kot...bole jimat wang penghantaran...bole dok nie???saya tinggal kat sebelah umah awak je.....

~blythee~ said...

mau beli :D

Arai Lekir said...

adoi.. baucer buku 200 dah habis la pulak..

Mama Rocks said...

ha ah la, baucer buku boleh pakai? hehehe

nadeyra said...

Buku ni bakal dijual dekat mane2 bookstore tak nanti ?

hamka said...

Soalan berbangkit:

1-bila nak buat email notification through online, dia tulis email invalid..tapi kalau email biasa, boleh la

(((Mohon maaf. Untuk urusan online banking, boleh guna email:CIMB: afdal.pub@gmail.com, Maybank: keretamayat@gmail.com)))

2-boleh guna voucher buku x?

(((Tak boleh dik))

3-saya nak beli secara terus dgn en.hamka...lagi senang kot...bole jimat wang penghantaran...bole dok nie???

(((Boleh jika aku kenal kau, atau kau datang perkenalkan diri)))

4-Buku ni bakal dijual dekat mane2 bookstore tak nanti ?

(((Jual di kedai adalah dalam perangcangan, buat masa ini, jual on line dahulu)))

asrif said...

access denied..takleh tengok borang.. uwaaaaaa

aust said...

beli kat tmpt cetak tu xleh ke? dekat je nak g jalan genting klang tu, jimat skit duit penghantaran, hehe...

Mummy Dot said...

salam,nak beli direct, boleh ke saya dtg ke temat en.hamka?

Mummy Dot said...

*tempat

Anonymous said...

sy nk buat payment guna cimb click..
transfer online.
kene hanta email ke sape?pastu nk ckp apa?

skar said...

Salam Hamka,

Ada beberapa kekonfiusan di sini.

Di dalam instructions ada 2 email berbeza utk tuan Hamka & Afdal

CIMB: afdal.pub@gmail.com
Maybank: keretamayat@gmail.com
* Pembayaran selain CIMB↔CIMB / Maybank↔Maybank, mungkin dikenakan bayaran pemprosesan oleh pihak bank.

(5) Jika bayar melalui CIMB, hantar print screen / gambar slip deposit melalui salah satu cara berikut:
• Fax: 03-4149 0572 **
• MMS: 019-334 1912 **
• Email: afdal.pub+pyh@gmail.com / keretamayat+pyh@gmail.com **

Satu
keretamayat@gmail.com
Satu lagi
keretamayat+pyh@gmail.com

Mmg intended atau tersilap?
Mohon pencerahan.
Terima kasih.

sangkut said...

salam,
panghantaran ke luar malaysia boleh?

Sis AI said...

Eh, buku ni tak jual kat kedai buku ke?? Online sahaja??

Green Pashmina said...

Salam En Hamka,

Saya baru buat pembayaran untuk buku.

Saya jumpa blog ni baru dalam seminggu dua tahun ni (2012), beberapa hari jugakla baca-baca artikel dari permulaan tahun blog ni.

Ada jugak insan mcm encik hamka ek..hihi..keep on writing.

hamka said...

Jawab soalan berbangkit.

1)access denied..takleh tengok borang..

(((di luar kemampuanku, he he he)))

2)beli kat tmpt cetak tu xleh ke? dekat je nak g jalan genting klang tu, jimat skit duit penghantaran,

(((Boleh jika penerbit sanggup)))

3)salam,nak beli direct, boleh ke saya dtg ke tempat en.hamka?

(((Boleh, jika tiada penginiayaan atau unsur fitnah dari kedua dua belah pihak, he he)))

4)sy nk buat payment guna cimb click..transfer online. kene hanta email ke sape?pastu nk ckp apa?

(((email bolah pada aku atau penerbit, atau cuba baca borang tu sekali lagi, insyAllah membantu)))

5)Ada beberapa kekonfiusan di sini. Di dalam instructions ada 2 email berbeza utk tuan Hamka & Afdal, CIMB, Mmg intended atau tersilap? Mohon pencerahan.

(((sepatutnya email tu takde masalah, tapi better pakai dua dua, atau salah satu iaitu email aku yang biasa untuk Maybank dan email Afdal untuk CIMB)))

6)panghantaran ke luar malaysia boleh?

(((Oleh sebab berat sebenar buku belum di confirmkan, maka penghantaran ke luar Malaysia akan di buat selepas berat di jelaskan, kerana mereka cas ikut berat dan tempat))))

7) Eh, buku ni tak jual kat kedai buku ke?? Online sahaja??

(((setakat ini, begitulah, akan datang kita cerita akan datang))))

Anonymous said...

Salam En.Hamka, saya dah transfer melalui Maybank2u (27/3;11am) & dah isi borang kat blog Tuan, harap maklum.
Drp,
Mohd Ridwan Mohd Lau
Labu, Neg 9.

hamka said...

Roger

Afdal Publications said...

Kepada: skar (12:06 PM, March 27, 2012)

keretamayat@gmail.com
keretamayat+pyh@gmail.com

Kedua-dua email tersebut adalah email yang sama.

Jika kita hantar email ke keretamayat+pyh@gmail.com, email tersebut akan masuk juga ke keretamayat@gmail.com.

Tujuan ada penambahan "+pyh" adalah untuk label/filter.

Become a Gmail Ninja
Filter your email with personalized email addresses.

You actually get more address variations than just "yourusername@gmail.com," all of which get delivered to you. You can put a plus ("+") sign and any combination of words or numbers after your name, like changing hikingfan@gmail.com to hikingfan+mailinglists@gmail.com or hikingfan+junk@gmail.com. Then you can easily add a filter to label and/or archive messages sent to the variations.

(Gmail Tips)

Salasiya Atli said...

Saya da transfer duit ke Afdal Publications pada 29/3/2012, 8.37am serta borang juga telah diisi untuk dihantar ke alamat tempat kerja saya. Dan saya juga telah fax kepada Afdal Publications slip transaction..

Sekian.

hamka said...

diterima,

aust said...

x jd nak g amik sndr kat publisher, tranfer jelah senang...
da transfer pada 30-Mar-2012 17:00:41 PM kat akaun AFDAL PUBLICATIONS.
Postkan ke opis, mekaceh...

adaberada said...

Bila kelam kabut berakhir, aku akan beli jua buku ini.

hamka said...

terima kasih.

Abdbuk said...

buku permata yg hilang(1992) tu blh beli lg x?

hamka said...

permata yang hilang (2012) jer ada stock, he he he

Zarina said...

Salam en hamka,

Kalo beli 2 buku kos pos rm6 @ rm12?

Anonymous said...

buku permata yg hilang masih bole beli ke...baru tau ada buku ni haha

hamka said...

Zarina..

ya dik, satu kotak pos ekspress hanya muat satu buku, dua buku RM62, terima kasih.

sunsea'r said...

Baru bayar tadi. agak2 bapa ari bleh dapat eh?

hamka said...

minta tolong isi borang aduan jika belum sampai

Jeremy said...

Jawab soalan berbangkit. 1)access denied..takleh tengok borang.. (((di luar kemampuanku, he he he))) 2)beli kat tmpt cetak tu xleh ke? dekat je nak g jalan genting klang tu, jimat skit duit penghantaran, (((Boleh jika penerbit sanggup))) 3)salam,nak beli direct, boleh ke saya dtg ke tempat en.hamka? (((Boleh, jika tiada penginiayaan atau unsur fitnah dari kedua dua belah pihak, he he))) 4)sy nk buat payment guna cimb click..transfer online. kene hanta email ke sape?pastu nk ckp apa? (((email bolah pada aku atau penerbit, atau cuba baca borang tu sekali lagi, insyAllah membantu))) 5)Ada beberapa kekonfiusan di sini. Di dalam instructions ada 2 email berbeza utk tuan Hamka & Afdal, CIMB, Mmg intended atau tersilap? Mohon pencerahan. (((sepatutnya email tu takde masalah, tapi better pakai dua dua, atau salah satu iaitu email aku yang biasa untuk Maybank dan email Afdal untuk CIMB))) 6)panghantaran ke luar malaysia boleh? (((Oleh sebab berat sebenar buku belum di confirmkan, maka penghantaran ke luar Malaysia akan di buat selepas berat di jelaskan, kerana mereka cas ikut berat dan tempat)))) 7) Eh, buku ni tak jual kat kedai buku ke?? Online sahaja?? (((setakat ini, begitulah, akan datang kita cerita akan datang))))

Unknown said...

Salam... sy nak beli buku permata yang hilang. Ada jual lgi tak?

hamka said...

dah habis dik..