Mar 12, 2012

Berdebat itu Bodoh?

(A long, long time ago, In a galaxy far-far away, Lynas was under an attack...)

Filem Star Wars terbit pada tahun 1977, bersamaan tarikh lahir aku, dan ditayangkan pada kaca TV Malaysia adalah sekitar tahun 80-an, aku sempat menonton ketika sekolah rendah, keesokkan harinya, ketika pulang sekolah, seorang kenalan ayah aku datang ziarah ayah aku sempena ada kenduri kahwin di kampung aku, dan dipendekkan cerita, berlakulah perbualan di antara aku yang masih bersekolah rendah dengan kawan ayah aku yang sudah tua bangka. Kita namakan dia sebagai Pakcik.

Kata Pakcik tu: “semalam ada ‘Back Wars’, kan?”

Back wars?, kerut kening aku lalu dengan penuh konfident menjawab: “Semalam, bukan ‘Back wars’ Pakcik, tapi ‘Star Wars’!”

Pakcik yang mula pening dengan jawapan aku mulai bertegas : “Star Wars apa pulak?, Back Wars lah!”

Aku yang konfident kerana dapat mengajar orang tua:

“Apalah pakcik ni, Star wars, bukan Back Wars!”

Pakcik tu yang mula angin: “Apahal kau ni, semua orang panggil Back Wars!”

Aku yang mula berlagak: “Pakcik orang tua, mana tahu sebut dengan betul-betul, Star Wars lah pakcik”

Pakcik yang tak dapat terima hakikat: “Back wash!”

Aku yang terima hakikat dengan berlagak: “Star Wars!”

Pakcik tu: “Back Wars”

Aku: “Star Wars!!!”

Akhirnya pakcik tu bosan dan beredar, lalu aku ceritakan kepada kakak aku akan kejahilan Pakcik tu tentang dunia dan kesalahan menyebut Bahasa english, waktu cerita, ada unsur riak dalam diri aku.

Akhirnya Kakak aku gelakkan aku, lalu berkata: “apalah kau ni Hamka, Back wars dalam bahasa Terengganu bermaksud kenduri, yang kau pergi bertekak dengan pakcik tu apahal?! Diapun tak tahu menatang apa Stars Wars, dan kau pulak tak tahu menatang apa Back Wars! Eloklah tu, jika bertekak, sampai mampuspun tak ada yang menang..

Woha!

Aku tersengih dan malu kepada diri sendiri, rupa rupanya, di Terengganu, kenduri kahwin di sebut sebagai ‘Back Wah’ dan Star Wars dalam loghat terengganu jugak berbunyi “Star Wah’, itu yang aku bertekak macam orang bodoh, rupa rupanya, dua dua bodoh! PELEPAP! (bunyi Tepuk dahi)

MORAL: Ramai orang berdebat, bertekak, berbalah hari ni, sedang masing masing tak tahu hujung pangkal, jika teruskan perbalahan, memang bangang! Terutama orang yang berbalas bab Lynas dan Hudud, dua dua bengong aku nampak.., pesan aku, bab sains, rujuklah ahli sains bukan ahli politik, dan bab ugama, rujuklah ahli ugama dan bukan ahli politik. Akai ada ke?

Akhir kata:

“Wahai orang politik, korang boleh bodohkan semua manusia dalam satu satu masa, atau korang boleh bodohkan segolongan manusia sepanjang masa, tapi korang tak boleh bodohkan semua orang sepanjang masa. (Kata kata Abraham Lincoln yang aku dah ubah bagi sedap-woha!)

Aku petik pulak kata-kata Imam Syafee:

“Jika aku berdebat dengan orang pandai, aku akan menang, tapi jika berdebat dengan orang bodoh, aku akan kalah...”

Petik pulak kata kata sahabat Nabi:

“janganlah berdebat dengan orang bodoh kerana ianya akan membuat hati kamu menjadi gelap.”

I rest my case.

Ps:Aku nak berfalsampah jugak, maka “Aku tak nak berdebat dengan orang bodoh, sebab nanti akan menghina kebijaksanaan aku- woha!”

54 comments:

Wadi AR said...

haha. bro, macam kes zaman skg ni. kat malaysia pon dah ade dah. hahaha. wohaa

Hamka said...

wow, pantas.

Anonymous said...

bodoh tak leh ajar, pandai tak leh tegur. -anonymous

Hamka said...

komen paling gunius, guna nickname Anonymous, tapi bila klik, ada blog, wow!

Dieyna said...

haha tu namanya bodoh sombong.. nape lah tak tanya betul2 pakcik tu nak cakap tentang apa.. sedang elok ar tu, sorang nak tunjuk terer sorang lagi tak paham cerita haha

Bakal Mayat Seri Kembangan said...

saya hanya ingin komen bahawa saya setuju dengan entry ini..

PemilikMataCoklat said...

buat kering air liur je berdebat, sama-sama cari jalan penyelesaian kan ke lagi bagus

PEACE NO WAR!!!

Syafiq Ahadin said...

Aku tak suka berdebat depan2, suka tulis dalam blog. tu cane?
hewhew!
cane kalau kita diam, depa dok bising kutok kite? haha! tapi, aku suka kalau kene kutuk, asalkan aku tak sakitkan hati depa.
woha!
Merepek je aku. sekian.

Ibn HAJARS said...

"Never argue with stupid people, they will drag you down to their level and then beat you with experience."

SangGupal said...

Sekarang ni memang musim 'Back Wars'. Musim cuti sekolah la katakan... :)

heal man said...

ni kata-kata aku lak..

"Jika ingin menang dalam berdebat.. maka berdebatlah dengan mayat"

-EnD-

Bunga Layu . said...

seriously ,entri ni mantap :)

Anonymous said...

Pakcik Hamka memang kiut!

Akim Iqbal said...

Ha ha ha !

Rapunzel Cikilolo said...

hehehe, suke quotes paling last tu :)

Nerzhul said...

kat terengganu bekwah sama cam kelantan ke? sampai petang orang datang, kadang sampai malam

Wani said...

Yes, pernah dengar kata-kata imam Syafie tu. Ckp psal hkum hudud smua tu, mmg sadis tahap gaban..

Fais Al Hassani said...

Suka :)

Hamka said...

Dieyna

Tapi aku lebih harmoni sebab aku budak budak, pakcik tu orang tua,
ha ha

---------
Bakal Mayat Seri Kembangan

Like

---------
PemilikMataCoklat

WAR FOR PEACE!!!

--------
Syafiq Ahadin

Dalam blog bukan berdebat, tapi mengisi waktu lapang, he he

--------
Ibn HAJARS

Kau kena bagi kredit pada perawi itu.

----------
SangGupal

Entah dari manalah datangnya istilah 'Back Wars' ni, wonder aku
---------
heal man

"Jika ingin menang dalam berdebat.. maka berdebatlah dengan mayat"

Ni boleh buat falsafah mayat!

---------
Bunga Layu .

Aku setuju

------
Akim Iqbal

Ha ha ha !

---------
Rapunzel

Aku setuju

-------
Nerzhul

gitulah back wars kat sini, sampai malampun ada.

---------
Wani

Gaban pun tak sadis macam tu..

----------
Fais Al Hassani

Suka :)

hanif said...

kalau org kelate slalunya pakai ayat bekwos , ayat asal ialah "big work", tandanya kenduri kawin, kan banyak keje nak dibuat

Lady RaRa said...

1977 padan patutlah aku panggil abang. 9 tahun tua dari aku. tahi sungguh sapa yang tuduh aku gelenyar hari tu.


orang skema ja berdebat. orang best bertumbuk. sekian komen aku.

Hamka said...

hanif

oooo, "big work", tu back bars! Baru aku paham..,

---------
Lady RaRa

Orang perempuan pulak berdebat dengan cara mengumpat-woha!

noOR8388 said...

Terbaik dr ldg la post ni ;-)
Jika aku berdebat dgn org pndai aku akn menang...tp jika berdebat dgn org bodoh aku akn kalah...
Btol kate2 imam syafee

irl-lis said...

;)

terima kasih...Alhamdulillah kerana memahami

Eddie Vedder said...

bangang abadi buat mereka-mereka yg suka berdebat lebih dari belajar menerima pendapat.

Hamka said...

aku setuju dengan komen korang, dan setuju dengan diri sendiri.

Tahniah

Bahasa Melayu A said...

saya tahu en hamka yang bijak mesti tahu tentang ni, tapi saya tetap nak komen. kalau meletakkan slang terengganu sebagai bahasa, bunyinya macam jauh sangat dari bahasa melayu. dah macam berdiri dengan entiti sendiri pulak. guna "loghat terengganu" ok juga

Anonymous said...

salam,

Kebanyakkan karkun tabligh bodoh aka jahil.tak percaya cuba berhujjah dgn mereka bab ilmu islam maka akan terselah kebodohannya.

Anonymous said...

Orang tabligh memang bodoh, sebab tu mereka 'menyerah diri' kepada masyarakat untuk di betulkan, tapi malang, masyarakat yang perasan pandai itu, melarikan diri bila berjumpa orang tabligh.

Khalid said...

Aku setuju karkun yang berdebat itu bodoh sebab maulana Tabligh dah pesan jangan berdebat dengan orang yang tidak buat dakwah sebab mereka tidak faham ugama, jadi bodh jer berdebat dengan orang yang tak faham ugama.

sebab tu Imam syafee cakap, dia akan kalah jika berdebat dengan orang bodoh.

aku setuju dengan hamka

Lensa Cahaya said...

Paling sedih bila org buat ziarah, kene pulak yg diziarah tu pak haji, org kerajaan, blajar berpuluh2 kitab...
Bila kita nyatakan hadis, dia tanya balik, "oh, Nabi ada hantar email kat korang ke?"

kasihanaku tgk, nak berdebat, x boleh, nti lggar tertib.. sedih tgk org mcm tu..

Bakal Mayat Seri Kembangan said...

kepada Anon

"Kebanyakkan karkun tabligh bodoh aka jahil.tak percaya cuba berhujjah dgn mereka bab ilmu islam maka akan terselah kebodohannya.

9:29 AM, March 14, 2012"

saya sedih membaca komen anda...
Komen anda juga memperlihatkan kebodohan anda pada pandangan mata saya...

p/s: sedang belajar untuk tidak berdebat kerana Rasulullah sendiri tidak suka perdebatan... Agama bukan untuk diperdebatkan. Peace..

Lensa Cahaya said...

karkun smua jahil, sebab tu mereka blajar lagi ttg usaha agama... ada segelintir ummat Nabi SAW, x sedar diri tu jahil, so tak nak buat usaha agama, x nak usaha atas iman..

Bakal Mayat Seri Kembangan said...

setuju dengan Lensa Cahaya.

Orang yang bodoh tapi mengaku dirinya bodoh lalu memperbaiki amalannya jauh lebih bagus dari orang yang merasa dirinya bijak lalu mengatakan orang lain bodoh lalu tidak mahu beristighfar.

Astaghfirullahal'azim...

Nana said...

lol..suka entri ni..

Nana said...

lol..suka entri ni..

Hamka said...

oleh sebab aku tak nak berdebat dnegan orang yang bodoh kerana takut menghina kebijaksaan aku kelak, maka aku tak jawab komen negatif,

sekian.

me and my memoir said...

hehe...pernah terkena..
last2 malu sendiri..
hamka..n3 yang bagus..

Anonymous said...

Assalam

Bodoh atau pandai ketetapan tuhan.
Pandai apa yang tuhan bagi pandai
Bodoh apa yang tuhan bagi bodoh
He..he..terime jer...

Khalid

Hamka said...

macam biasa, aku setuju

Anak Melayu said...

Ustaz aku cakap, kita mesti belajar ilmu2 fardu ain. Jika kita jahil ilmu2 fardu ain, maka kita akan berdosa. Contohnya, wajib mengetahui hukum hakam berkaitan bersuci, wuduk, solat,bacaan al-quran, puasa,zakat,haji, juga mengetahui 10nama malaikat serta tugas2nya,mengetahui nama 25rasul, soal berpakaian, makan minum dan lain2 lagi. Selamat belajar fardu ain.

Anonymous said...

Kalau dua org yg sama bodoh berdebat, maka debat itu jadi bodoh..tapi jika keduanya org berilmu maka debat itu mungkin boleh memberi ilmu kepada kedua duanya....

Anonymous said...

Nak tumpang lalu.

Ada tak sapa-sapa penumpang kereta mayat kat sini yang tahu selok belok nak dapatkan visa ke India. Aku nak ke India buln 4 ni. Kalau ada tolong la tinggalkan no tel.

Aku D Mersing.

Anak Muda said...

Anonymous said...

salam,

Kebanyakkan karkun tabligh bodoh aka jahil.tak percaya cuba berhujjah dgn mereka bab ilmu islam maka akan terselah kebodohannya.

9:29 AM, March 14, 2012

setinggi mana ilmu anonymous :),
pada satu ketika di surau , terpandang seorang Ustaz,sedap meratah pisang ,muncul sekumpulan manusia bersinaran wajahnya sambil tersenyum2 kegembiraan meratah pisang ,
ustaz " kamu ni kena belajar lagi , nuntut ilmu tu wajib , kena ada ilmu yang tinggi, dsb. . . . ." ditujukan kepada individu yang paling tua di kalangan jemaah tersebut . saya memerhati . . pakcik tabligh sekadar menganguk dan tersenyum :) setelah selesai berhujjah( ustaz sahaja) masing2 dijamu dengan pisang , maka bergembiralah mereka menjamu selera : ). (Perasaanku mula menyangka bahawa jemaah tabligh ini memang ketandusan ilmu) berfikir sejenak . . . . . . ingin mengetahui kebenaran , kemudian
hebat nya Allah s.w.t . Allah s.w.t telah menzahirkan di depan ku ! ! ! ! siapa yang mempunyai Hakikat ilmu agama yang sebenar. Tanpa dihujah oleh pak cik tabligh , Allah s.w.t tunjukkan kelemahan ustaz tersebut dengan hanya meratah pisang sahaja didepan ku . ( cara dan gaya pemakanan : censored ) terjawab persoalan ku , siapa ‘alim ? . . : )
pakcik tabligh bersila di depanku dengan menghidangkan secawan air kopi .
tak selera air kopi , tapi apabila dihidangkan oleh seorang yang ‘Alim dan tawaduk , ku minum sampai ke titisan terakhir , berkat pakcik tabligh . alhamdulillah sedap . . . . . : )
memang tidak dinafikan ada segelintir individu dalam jemaah Tabligh yang kurang pengetahuan dalam agama , kenapa di persoalkan ? . sebab mereka dalam kelompok jemaah islam yang menegakkan islam ! . mengajak manusia kepada makruf dan mencegah dari kemungkaran , sedangkan diri sendiri tidak lengkap dengan asas2 agama , : ) . atas maksud itulah mereka MERPERBAIKI diri dengan perantaraan usaha agama @ usaha atas iman @ tabligh . usaha untuk mengislahkan diri dan pada masa yang sama usaha keatas teman2 atau saudara kita yang jauh dari agama untuk patuh pada agama , bawa mereka kepada agama , perlu kepada KESEDARAN betapa pentingnya agama . dan apabila ada KESEDARAN betapa pentingnya nilai agama maka secara automatik individu tersebut akan mendalami ilmu agama tanpa paksaan , itulah iman, kembali untuk yakin pada Allah ,janji2 Allah , ada mat motor baru sahaja keluar 3 hari , balik rumah timbul kesedaran bahawa dia adalah orang islam yang beriman . pergi surau bersemangat ulang alik . yang dulu jauh pada agama sekarang mula berjinak2 dengan agama. Kemudian disapa pakcik extream memulakan debat “ tahu sipat 20 , apa tu syariat ,tarekat , hakikat , makrifat dalam islam “ . ex mat motor “ blurrr ?” pakcik “ ni lah orang tabligh . . .” ex mat motor baru nak beriman , ilmu apatah lagi baru belajar , . :(. Cuba tanya pakcik tabligh yang makan pisang tadi .! ! ! ! saya rasa mesti beliau diam dan tersenyum : ) . . . orang yang baru dalam usaha mengislahkan diri memang kekurangan ilmu jadi usahlah dikatakan bodoh kepada mereka , bodoh2 mereka pun sekurang2nya mereka humble , baik hati , jujur , pemaaf , kadang2 ada yang ganas baru hendak beriman ,dituduh pula tabligh ganas,macam2 lah , kalau hendak dinukilkan berpanjang2 jela , sebab itu Dato Hamka tidak melayan karenah manusia yang mengutuk@ tidak mengerti akan usaha @ tabligh ini , saya bukan orang tabligh tapi saya suka akan orang yang buat usaha ini kerana pelajar2 di sini semua telah nampak perubahan dari segi mengamalkan sunnah dan akhlak pun bertambah baik , alhamdulillah , mengajak manusia untuk membetulkan iman dan amal
p/s : tabligh bukan persatuan , bukan puak , bukan koloni , tabligh tidak kira politik semua kena buat usaha atas iman dan amal , satukan semua ummat islam ,dan bangunkan semula agama islam , satu jalan sahaja , tidak ada jalan lain, ikut cara Baginda yang Mulia Nabi Muhammad saw
saya tidak segan silu untuk sertai orang yang buat usaha agama semata2 kerana Allah ,aka tabligh.

Anonymous said...

Assalam

Tuan yang dimuliakan Allah swt.
Dengar cerita Allah swt mudahkan visa ker India ler ni..

Syor:

1. Pergi ke mana-mana travel agent di Mersing dan tanya.

2. Mesyuarat Halakah/Marhalah, bentangkan dan minta mesyuaratkan.

Semoga tuhan mudahkan Tuan dari semua arah!

Khalid yang terkeluar....

Hamka said...

Anonymous said...

Kalau dua org yg sama bodoh berdebat, maka debat itu jadi bodoh..tapi jika keduanya org berilmu maka debat itu mungkin boleh memberi ilmu kepada kedua duanya....

Hamka: dik, orang berilmu bukan berdebat, tapi bermuzakarah, dalam muzakarah ada sifat rendah diri dan berlapang dada, tapi dalam berdebat, ada sifat sombong dan perasan betul.

Hamka said...

kepada yang lain:

Biar kalah berdebat, yang penting kita di pihak benar, kerana apa guna menang berdebat jika kita di pihak yang salah.

Di dunia ini, bukan semua yang menang itu benar, dan bukan semua yang kalah itu salah.

Hero kalah dulu beb.., woha!

Anonymous said...

BETUL-BETUL aku memang tak suka nak berdebat terutama pada yang bodoh sombong dah tau benda tu tak betui nak bertahan juga kononnya benda tu betui manusia ni kalau dah bodoh sampai mampos pun bodoh kalau dah ego tu sampai mampos pun ego kalau kalo time berdebat semua dia ajer betui jadi lebih baik tak payah berdebat ada lebih baik duduk depan pc buka alquran.com pasang mp3 alquran dengan bacaan sambil baca terjemahan lagi bagus woha... jangan marah salam jumaat & bagi kaum adam jangan lupa solat jumaat ...woha

Anonymous said...

Assalam,

Kepada tuan Khalid Jazakaullah.

Semoga Allah mudahkan pelancongan ku 4B IB. Melancong ke India untuk pertama kali amat mendebarkan.

Aku D Mersing.

cik ntah said...

suka la entri..part yg klakar , tang woha tue :D

Hamka said...

akupun suka jugaklah, woha!

Nadheen said...

Comel la Ham.. hehehe.. terbaek!

Hamka said...

: )

Anonymous said...

Salam

Ada orang Tabligh ziarah Ustaz pensyarah yg mengajar bab sunnah..sedih dia tengok ustaz tu..dalam masa ziarah tu saja dia tengok ustaz tu minum air guna tangan kiri ( 4 kali)!

"makan dan minumlah dengan tangan kanan kerana syaitan itu makan dan minum dengan tangan kiri.."

ahh.. ustaz yg pandai pun bila tak fikir nak hidupkan agama, mudah terlupa untuk amal agama..