Mar 1, 2012

Saya mahu suami beriman?

(Artis bila di tanya, mahukan pasangan bagaimana? Jawab mereka, mahu yang beriman, bila bercerai, jawab mereka, sudah tiada jodoh, jawapan mereka sungguh betul)

SOALAN PEMBACA TERPILIH:

En. hamka,

Saya telah baca blog en.hamka dan banyak sangat pengajaran yang saya dapat dari sana... kalo ada masa dan tidak keberatan saya ingin bertanya sedikit, bukan la pertanyaan cuma nak minta sedikit nasihat.saya tau mungkin en hamka seorang yang sibuk dan jika tidak membalas emel ini saya tidak lah berkecil hati...

begini, saya seorang perempuan yang bakal berkahwen pada umur 29 tahun, masalah saya sekarang, baru saya tahu tunang saya pernah terlanjur waktu muda dahulu, tapi sekarang dia sudah berubah,sudah sembahyang, sudah bertaubat, saya pada mulanya tidak dapat terima tapi akhirnya terima juga, apa yang saya takut, adakah seseorang lelaki yang pernah buat jahat waktu muda itu boleh membimbing kita lepas kawen, bagaimana nak tahu tunang saya itu sudah benar benar bertaubat, sebenarnya saya rasa takut tersalah pilih tetapi saya buang jauh2 kerana perasaan sayang saya...apa pendapat en hamka??

ini pertanyaan peribadi saya,jika boleh di kongsikan untuk kebaikan, kongsi la...

terima kasih.

******

JAWAPAN HAMKA KERETAMAYAT.

Macam macam hal korang nih (geleng geleng kepala sambil beristigfar), semoga Allah terima niat baik kita dan zahirkan niat baik kita dengan cara yang terbaik.

Baik, aku perasan sibuk, maka aku akan stick pada satu masalah sahaja untuk aku jawab iaitu “bagaimana nak tahu tunang saya itu sudah benar benar bertaubat?”harap dapat membantu dan orang lain pun dapat tumpang masalah ini.

Baik, bab bagaimana nak tahu pasangan kita itu sudah bertaubat, atau sudah betul betul beriman, mudah sahaja caranya. (bagi aku ler)

Pertama korang kena pastikan lokasi tempat tinggal pasangan korang, adakah mereka berada di Sabah? Terengganu? Atau di mana mana sahaja, lepas tu sila rujuk lokasi mereka dengan jadual waktu solat dengan klik pada web web Islamic, boleh kilik di sini.

Ok, sekarang, lepas 5 minit masuk waktu solat di lokasi pasangan anda berada, cuba telefon (atau suruh muhrim telefon) dan dengar jawapan pasangan anda.

Jawapan A: Rindu kat abang ke? Sedang buat apa tu, kitapun rindu kat awak.

Jawapan B: Saya baru nak makan, awak dah makan?

Jawapan C: Saya baru nak tidur, terima kasih telefon saya kerana nak teman saya tidur.

Jawapan D: Saya baru nak solat, awak uzur ke? Telefon lagi 15 minit, insyAllah.

Jawapan E: (Telefon tak terjawab). Lepas 15 minit dapat SMS, “saya solat tadi. Kenapa?”

Jawapan F: (Telefon tak terjawab). Lepas 15 minit dapat SMS: “Tolong jangan telefon saya selepas azan, kerana saya ada temu janji dengan Tuhan.”

Jawapan G: (Telefon tak terjawab). Lepas 15 minit dapat SMS: “saya solat di masjid tadi, jika mahu bincang pasal kahwin saya akan call sekarang, jika tiada apa apa, baik SMS sahaja,.”

Dah selesai hunbungi tunang anda selepas 5 minit azan selama tiga hari bertutut turut?

******

Beikut adalah KEPUTUSAN kepada ujian telefon 5 minit selepas azan di atas:

Jika jawapan A:

Sah belum sempurna iman tunang kau, sebab solat lengah lengah dan tak rasa bersalah, sebaliknya ghairah nak bercakap tentang cinta dan kasih sayang, jap lagi jika di layan, akan cerita dalam kain lah tu, astarfrullahal azim..

Jika jawapan B:

Belum jelas jugak akan tahap iman tunang awak, sebab makan dulu baru solat, mungkin tunang akan cakap, saya jika tak makan, nanti solat tak khusyuk, tapi jawapan orang yang beriman, saya tak boleh nak khusyuk untuk makan sebab teringat pada solat. Woha!

Jika jawapan C.

Ni lagi sekor, dah azan pun nak tidur dulu? Memang naya dapat tunang macam ni. Putus sahaja!

Jika jawapan D:

Alhamdullilah, ada ciri ciri orang beriman. Kan sedap ‘bunyi’nya.., kan?

Jika jawapan E:

Alhamdullilah, lagi bagus dari D, sebab SMS sahaja, jaga aurat, jaga adab, jaga akhlak. Tahniah!

Jika jawapan F dan G: Markah penuh! Sangat sesuai dijadikan suami.

Ulasan:

Semua wanita mahukan suami yang beriman (merujuk kepada jawapan artis wanita), sekarang, dalam menilai tahap iman pasangan anda, maka rujuklah pada amalan solat mereka, kerana solat adalah tiang ugama, dan solat adalah amalan pertama yang akan di soal pada hari akhirat, yang mana jika solat lulus, maka akan cerahlan amalan lain untuk lulus seperti puasa, zakat dan haji, kira tahap solat ni jika SPM macam BM wajib lulus, Cuma yang beza SPM dan solat ni adalah, jika tak lulus SPM masih boleh pergi melancong ke pyramid tengok mayat firaun, tapi jika tak lulus solat, alamak masuk nerakalah bersama tuan punya pyramid iaitu Firaun laknatullah,

Solat orang beriman pulak bukan setakat sekadar solat, tapi hendaklah solat secara berjemaah bagi lelaki, dan awal waktu bagi perempuan.

Solat berjemaah adalah petunjuk terbaik dalam menentukan pasangan korang benar benar beriman atau sekadar islam di IC sahaja, zaman nabi Muhammad SAW, nak tahu orang munafik juga melalui solat berjemaah, yang mana mereka yang tidak datang solat berjemaah di zaman Nabi, itulah orang munafik, simple.

Tapi zaman sekarang, aku tak nak letak fatwa mereka yang solat di rumah itu munafik, itu kau jawablah dengan Allah, Cuma menjawab email di atas, yang nak tahu betulkah pasangannya benar benar sudah bertaubat, jawapan aku, rujuklah amalan solat berjemaah mereka.

Ingat falsafah kereta mayat ini:,

Orang islam berjaya bukan sebab ada Negara islam (sahaja) tapi sebab Masjid di negara islam betul betul di makmurkan.. (rujuk masjid Nabawi dan solat sahabat di zaman itu)

Berapa banyak Negara islam hari ini yang telah di jajah Negara Kafir sebagai bukti bahawa Negara Islam sahaja tidak cukup jika orang Islam sendiri mengabaikan solat berjemaah atau tidak ambik bahagian dalam perkara memakmurkan rumah Allah..

Terbukti sudah, Orang yang berjuang untuk dapat Negara Islam acuan mereka sendiri, tapi lupa untuk berjuang meMakmurkan Rumah Allah ikut acuan Nabi, maka mereka adalah bodoh dan Hempeh! (maaf, aku terpaksa guna perkataan ‘bodoh’, sebab tak nak guna hukum akhirat kepada mereka yang belum jadi mayat)

Sambung balik, jadi dah jelas sudah, bahawa menjadi kewajipan ke atas bahu semua orang islam untuk memakmurkan Rumah Allah..

Firman Allah: Sesungguhnya yang memakmurkan masjid Allah ialah orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat (at taubah:18)

Apa lagi nak di kata?

Malahan ada juga riwayat bagi tahu Neraka Lam-Lam dicipta untuk orag yang melengah-lengahkan solat…

Itu cerita Ancaman, Fadhilat solat jemaah pula:

Lebih kurang hadith: kalau korang nampak ada satu orang yang selalu ke masjid, maka korang kena bersaksi dia tu ahli shurga,

Hadith lain: 40 hari tak ketinggallan takbir pertama bersama imam, korang bebas dari sifak munafik dan bebas dari azab neraka! Maknanya selagi 40 hari tak dapat takbir pertama bersama imam, maka belumlah bebas kita ini dari sifat meunafik..oh, pesan pada diri sendiri.

Jadi nak cari calon suami, carilah mereka yang jaga solat berjemaah, atau dapat pasangan yang pernah buat dosa dan mengaku sudah bertubat, jadikan solat berjemaah mereka sebagai petunjuk taubat mereka, kerana jika korang dapat suami yang solat lengah lengah, tak mustahil anak korang akan solat jarang jarang, dan cucu langsung tidak solat. Bila anak cucu tak solat, mana lagi sumber pahala lepas jadi mayat? Tak ke naye?!

“TAPI HAMKA, TUNANG SAYA TU IMAM MUDA, DAN BERTUGAS SEBAGAI IMAM DI MASJID, UJIAN DI ATAS TAK MEMBANTU!”

Kalau imam masjid, cuba buat ujian ni waktu beliau tak bertugas, jika waktu tak bertugas dia solat di rumah, memang bangang!

Woha!

Sekian.

PS: Pastikan korang telefon waktu haid, dan semoga aku dapat amal apa yang aku tulis, pesan kepada diri sendiri.

81 comments:

Anonymous said...

1st!

fatinah said...

yang beriman...first

hendrik said...

alhamdulillah....3rd

Anonymous said...

saya jarang baca blog ni.tapi saya rasa artikel ni ada kebenarannya

K O R I E said...

alhamdulilah input yg bernilai buat saya . terima kasih.

Anonymous said...

1 alternatif yang bagus! tq en.hamka! ^^

_aliahwafa_ said...

habis pun baca. sentap kejap part neraka lam lam tu.

Anonymous said...

islam tu mudah tapi kenapa banyak sangat persoalan yang menyebabkan islam tu nampak macam susah ..... tolong jawab Tuan Hamka ...

Syafiq Ahadin said...

hoho!!! thanks hamkaaaaa! sayang kat awak! hahahahahaha!
juga berusaha untuk ke arah itu..
InsyaALLAH...

hamka said...

fatinah

first guna password, terbaik!

--------
hendrik

kita macam dah kenal lama..,

---------
K O R I E

Sama sama

--------
wani

acu cuba trial test.

----------
_aLiaHwaFa_

sentap kejap jer? Pesan pada diri sendiri..oh

-----
Anonymous

kenapa banyak sangat persoalan yang menyebabkan islam tu nampak macam susah ..... tolong jawab Tuan Hamka ..., sebab ilmu ugama ni kena belajar sampai liang lahad, sedang matinya itu tiba tiba, tapi Allah nilai melalui niat kita.

----
Shafiq

Nervous I..

Fais Al Hassani said...

Assalamualaikum wbt. Artikel yg baik. bertahun2 baca blog ni, hari ni baru nk komen. Anyway, aku doakan moga Allah memberkati usia Hamka, moga dpt la share ilmu dgn kami yg baca blog ni. amin

Anonymous said...

Jawapan F: (Telefon tak terjawab). Lepas 15 minit dapat SMS: “Tolong jangan telefon saya selepas azan, kerana saya ada temu janji dengan Tuhan.”

hands down, tanda2 karkun 4 bulan yg bertaqwa

Anonymous said...

utk karkun yg azam nak keluar 4 bulan.

Jawapan F: (Telefon tak terjawab). Lepas 15 minit dapat SMS: “Tolong jangan telefon saya selepas azan, kerana saya ada temu janji dengan Tuhan.”

kalau amalan istiqamah dijaga mcm ini, mudahla korang utk keluar 4 bulan atau sambut apa2 takaza dgn yakin yg betul kpd Allah..

(pesanan dan ingatan utk diri aku yg hina n lemah ini..)

Nor Darus said...

boleh jadikan panduan..terima kasih....

penchacaiz said...

salam tuan hamka.

harap lepas ni tuan boleh buat entri tentang tanda2 bakal isteri bertaubat dan beriman pulak yer..

tq..wohak!

PemilikMataCoklat said...

kalau solat ontime, tapi still buat dosa yang sama jugak berulang-ulang kali, macamana tu?? ni untuk perempuan la:-)

Dan nak tanya pendapat Hamka, kalau kenal dengan lelaki yang tak solat kita suruh dia solat tapi dia cakap tunggu ikhlas dulu baru nak solat, apa jawapan paling padu kita nak bagi? hehe

Akim Iqbal said...

Biar cinta kita tumbuh harum mewangi, untuk apa kita membuang waktu dengan kata-kata perepisahan,, cewahh..

bLoodymaRy said...

@pemilik mata coklat: cakap kat kawan yg lengah solat tu: kalo sempat ikhlas dulu alahmdulillah la, tp kalau ajal smpai dulu??? hee hee

Bakal Mayat Seri Kembangan said...

saya cuma nak bagi tahu saya suka komen bloody mary...

jawapan yang sungguh menusuk kalbu

inisuha said...

sempoi, tapi berisi
*thumb up*

Annisa said...

nice =)

Anonymous said...

@pemilik mata coklat:
cakap je kat dia.... kalau macam tu, xpayah sembahyang pun xpe la... tunggu je orang tolong sembahyangkan ko... x susah lagi nk iklaskan diri...

Cik amiera said...

artikel yg besh dari hamka.
yang beriman msti jadi keutamaan.

hamka said...

Fais Al Hassani

wah, ada gambar UAI.

----------
Ibnu Hatari

“Tolong jangan telefon saya selepas azan, kerana saya ada temu janji dengan Tuhan.”

enTah tah, sajer hantar SMS tu bagi gempak, lepas baca blog aku, woha!

----------
Nor Darus

Sama sama

----------
penchacaiz

lepas ni maksudnya dua tiga tahun lagi, ok.

----------
PemilikMataCoklat

Solat tu macam bekas, ikhlas tu macam isi, jika takde bekas, macam mana isi nak datang?

Bulan puasa pergi masjid tak bawak bekas lepas tu beratur nak ambik bubur lambuk, nak kena senduk?

---------
Akim Iqbal

Geli bulu telinga I.

-------
bLoodymaRy

ha ha

--------
Bakal Mayat Seri Kembangan

: )

---------
inisuha

hins hins, bunyi lubanh hidung kembang.

---------
khairunnisa ♥

=)

----
Cik amiera

Macam lagu Ziana Zain:

Dari kau bercinta-cinta
Baiklah berumah tangga
Kalau mencari teman
Janganlah memandang luaran
Cari yang beriman

Chewah!

Anonymous said...

Hahaha..konsep pilihan jawapan!

ABU BAKAR @ BURN said...

post macam nie la baru nice.. hehe, thanks =)

Anonymous said...

macamana tuan hamka saya dah kawin tapi bila minta kat isteri tak nak bagi saya melancap sorang-sorang dan tak la pulak saya nak penampar ker terajang ker isteri saya kalo tak bagi ... tolong jawab tuan hamka...

Amalina Diyana said...

sangat oh sem :)

laki yg lmah said...

i like it..tp mlg aq sbgai seorg llki xdpt lg untk jd sprti mn yg dkhndki..huhuhu

tuan Hamka tlg doakn untk sya..

Dan nk taskil tuan Hamka duduk dlm prgm jord stdnt ump pkn hri ahd ni 4/3 bmla jam6.30 smpy lps isyk..blh bg targb skt kat stdnt..hehehe..

Remaja Muslim said...

yang perempuan zaman sekarang pun nak yang beriman pun, bagusla tu. tapi usahakan diri tu juga nak mencapai iman yang baik sebagai muslimah. habis tu selagi takde pembimbing, taknak berubah sampai bila-bila la?

Pemikir Sunnah said...

Tahniah kepada Hamka, kerana entry kali ni, kamu berkata "bodoh" kepada orang yang memang bodoh. Mereka bodoh kerana mengabaikan solat.

Umat Akhir Zaman said...

Kesian betul, ada orang baru nak solat jika ada ikhlas! Jika tak de rasa ikhlas maka tak solat! Wah2 banyak cantik muka kau? Anda tau tak? Nabi pesan pada ibu bapa, supaya ajar solat pada anak bermula umur 7 tahun, kemudian pukul anak yg berumur 10 tahun jika mereka tak solat. Nabi tak kata,bahawa anak2 tu kena ikhlas dulu baru solat, tapi nabi suruh pukul kalau tak solat. Disini ada pengajaran bahawa untuk anak2, tak mengapa mereka solat tak ikhlas kerana takut dipukul. Sebab bila dah besar, azab yang pedih menanti jika tak solat. Agak2 saya, orang yang nak tunggu ikhlas ni, tak pernah kena pukul masa kecik2 dulu... Sebab tu dah besar pun tak solat...

abg syg said...

Baby i love u

Zikir Din said...

semoga Allah memberikan Hamka keberkatan dan rahmat dari Allah. Saya doakan agar saya dan Hamka mengikut petunjuk Nabi SAW dan para sahabat r.a.

METRO HAVEN HOMESTAY, SUNGAI PETANI said...

Saya setuju dengan jawapan yang Kereta Mayat berikan. Alhamdulillah.

Tambahan, saya masih hairan ke hari ini, mengapalah orang-orang Melayu ni, nak tulis karangan pun tidak berkualiti. Yang saya maksudkan si penghantar email oleh Muslimah yang bermasalah tu.

Sehingga ke hari ni, hanya sedikit sahaja yang benar-benar ikut format penulisan. Yang selebihnya lintang pukang. Kadang tu ada yang tulis macam budak tadika punya bahasa, "..ak xtaw gi mane..mane2 jew..". Ada pula textnya begini, "SaYa hAiRan KnP diA oRanG liHaT saYa CaM PelIk?".

Bilalah orang Melayu kita nak maju kalau macam ni rupanya, tengok sajalah penulisan. Tak berat dan serius!

Maaf kerana luar dari topik, Kereta Mayat!

Kesimpulannya, inschallah, semuga Muslimah tu menjaga Akhlaknya. Jika dia berhajat memiliki suami yang Soleh, dia pun perlu jaga adabnya ketika berkasih. Kerana, seorang yang dikatakan beriman, menjaga solatnya dan sebagainya, TIDAK boleh dicampurkan dengan 'dating' atau apa-apa yang boleh dekati zina, termasuklah bergurau sehingga berlaku sentuhan. Itu TETAP zina.

Itu saja. Assalaamualaekom wrt.

fuad ansari said...

dulu masa kursus kawin, penceramah wanita ada bagi satu soalan kepada kaum wanita..

apakah satu ciri yg mana ciri ini sudah mencukupi untuk meyakinkan anda dalam menerima seorang lelaki?

maka jawapan yg diberi, lelaki yg menjaga solatnya..

tidak syak lagi, apa persamaan dengan jawapan anda.. (",)

Anonymous said...

hurmm... terasa jauh lagi nak jadi orang beriman. :(

fateem said...

ade ke istilah 'dia terlalu baik untuk saya terima'?

fateem said...

ade ke istilah 'dia terlalu baik untuk saya terima'?

Anonymous said...

ohh..sama macam UAI, suka kata 'bodoh'...

Anonymous said...

aku yang ke 40!

Anonymous said...

Salam

Dulu2 Makcik di nasihatkan kawan supaya terima orang yang dah khuruj 4 bulan (bukan 40 hari)..

..sekarangni, anak dara makcik tak terima yang dah khuruj 4 bulan (walaupun engineer), tapi dia pilih yang dah khuruj setahun!

abdulrahmanauf said...

Kejayaan sebenar manusia adalah sejauhmana dapat taat pentah Allah dan ikut cara hidup Nabi saw.

abdulrahmanauf said...

Kejayaan sebenar manusia adalah sejauhmana dapat taat pentah Allah dan ikut cara hidup Nabi saw.

abdulrahmanauf said...

Kejayaan sebenar manusia adalah sejauhmana dapat taat pentah Allah dan ikut cara hidup Nabi saw.

hamka said...

Jawab mana sempat:

---------
burn

nota aku bukan boleh di rujuk dalam semua hal, sama sama.

----------
Anonymous melancap

Kau kahwin satu lagi.

----------
Amalina Diyana

Oh sem dan hensem tu dekat dah

---------
Remaja Muslim

Tu lah tu

----------
Pemikir Sunnah

Adakah mereka bodoh lima kali seharu atau sepanajng hari?

---------
Umat Akhir Zaman

Baca entry: apa itu ikhlas.

--------
zikri

amin

----------
fuad ansari

(",)

---------
fateem

ntah!

adila_alim said...

Alhamdulillah, ilmu dan peringatan yang kene selalu refresh agar jgn lalai, saya pun sentiasa berjuang agar solat tepat pada waktu, semoga saya dipilih untuk buat usaha mcm hamka & the geng ;)

adila_alim said...
This comment has been removed by the author.
fateem said...

ha ha ntah je bro hamka ???

Anonymous said...

salam ...
ada 1 blog sedang adakan pemberian 5 naskhah al-quran terjemahan bm PERCUMA di sini http://baikiminda.blogspot.com/2012/03/lima-naskhah-terjemahan-al-quran.html

harap dapat kongsi...

satu naskhah harganya rm80.. tapi diedar PERCUMA.

Anonymous said...

Zaman Nabi saw, golongan munafik solat saf pertama belakang imam...zaman ni, solat dirumah masuk golongan mana?

-p-

Anonymous said...

Assalam

Semua orang nak suami atau isteri yang baik.
Tapi...bukankah jodoh itu ketetapan Tuhan?

Isteri Firaun (Aasiah) dapat suami yang mengaku tuhan...tapi di ahli syurga.

Nabi Nuh a.s dan Luth a.s dapat isteri yang tak beriman...sedangkan mereka Nabi.

Siapa kita, nak tentukan jodoh kita?

Terima sahaja jodoh yang ditetapkan dan tawakallah bahawa ianya ketetapan tuhan. Perbaiki mana yang kurang.

Wallahu'alam.

Khalid

Anonymous said...

Amru Khalid :

"IKHLAS adalah rahsia antara Allah & hambaNYA.....
Malaikat tidak mengetahuinya,ia tidak ada kuasa mencatitnya....
Syaitan tidak mengetahuinya, ia tidak ada kuasa merosakkannya.."

Manusia juga tidak mengetahuinya, lalu ia tidak berkuasa melakukannya.."

Maka yang sudah berasa ikhlas, sudah pasti belum ikhlas
................................
HATI SEBENING MATA AIR
DR AMRU KHALID (Buku warna Biru)

Ikhlas adalah lawan syirik

Bismillahir-Rahmanir-Rahim

Semoga Allah Ta'ala menganugerahkan dari sisiNya sifat Ikhlas kepada kita semua. Amin

Imam Al-Ghazali sewaktu beliau di puncak kemasyuran. Walaupun bergelar Hujjatul Islam, mahir didalam ilmu Fiqh dan menghafal beribu-ribu hadis, namun beliau masih didatangi was-was dan perasaan tidak ikhlas. Setelah beliau bersungguh-sungguh mengikuti jalan kerohanian, barulah beliau mendapat haqiqat ikhlas melalui ma'rifat KeTuhanan.

..............................
ikhlas, tidak diketahui, bila
hadirnya..jadi...

siapa ye, yang pesan dekat saya...
bila malas solat...

takde cara lain untuk rajin solat,
melainkan...kamu bangun dari
tempat duduk kamu yang selesa
sangat tu...

pergi ambil wuduk..
kemudian solat... ^_^

hehe...tak silap saya Rasulullah
yang pesan, kalau tak silap la..
so sape2 yg pandai hadis dekat sini, tolong cari jap hadis tu, if
saya silap, ya Allah minta ampun.

Jadi bila malas solat, pesanan tu
la yg jadi pendorong...haih
bila la nak jadi baik ni...

Lyss Iman said...

Salaam,
sekadar berkongsi ilmu Allah, saya yang lemah lagi hina ini seringkali rasa terusik dengan kenyataan "Saya mahu lelaki beriman".
Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26)
Itulah janji Allah untuk seluruh umat manusia.
Semoga usaha kita memperbaiki diri mendekatkan pasangan kita ke arah lebih banyak kebaikan juga, inshAllah. Ameen.

Lyss Iman said...

Salaam,
sekadar berkongsi ilmu Allah, saya yang lemah lagi hina ini seringkali rasa terusik dengan kenyataan "Saya mahu lelaki beriman".
Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26)
Itulah janji Allah untuk seluruh umat manusia.
Semoga usaha kita memperbaiki diri mendekatkan pasangan kita ke arah lebih banyak kebaikan juga, inshAllah. Ameen.

Anonymous said...

org munafik pn solt b'jemaah la blakang nabi..kecuali solt jemaah subh n isya..klau salah tlg btulkn yeh..

hamka said...

pengkomen terbaik, Khalid.

: )

nana said...

yg dah kawin ni mcm mane?
dah jadi dugaanle kan..

hamka said...

ye, dugaaaan..

bila sabor lepas kahwin, dapatlah anak.., he he

akmar said...

En. Hamka;

kt opis saye ni ade sorg pakcik,umor dlm 50 thun..dh ade bini 3 & mgkin sdg mcari2 calon ke-4. die ni mmg mjage solatnye, stiap kali hmpir msuk wktu solat, die akan ke surau bdekatan opis utk solat jemaah.kopiah pun sntiase di kpala shingga ade yg mmanggil nye pak lebai. ilmu2 agame die pun boleh tahan byk. yg mjadi kemusykilan saye,he looks like so called islamic person, tapi die selamba jer menyentuh staf wanita kt opis (x tmasuk saya,sbb kalo die buat kt saye mmg die mnempah sepak trajang la) kkdg die cuit2 kt tangan,lengan @ bahu. dan die juge tidak kisah brkongsi dgn staf wanita (x tmasuk saya, sbb kalo di buat kt saye mmg die mnempah sepak trajang la) gelas minuman atopun pinggan mkanan tmsuklah sudu garfu. itu mmbuat kan saye musykil, x kan die x tahu hukum menyentuh wanita bukan muhrim dan berkongsi makanan@minuman. sbb saye dr zaman blajar lg telah di'set'kan minda oleh org2 tinggi ilmu agamenye dri saye agar tidak berkongsi mknan @ mnuman dgn yg bukan muhrim dgn alasan seolah2 berzina..wallahualam.
jadi ape pndapat en hamka dgn org2 yg sebegini???

nana said...

akmar:
betuike kalu kongsi makan minum
bukan muhrim tak bole?
baru 1st time dengo.

hamka:
sabo sampai anak
yg tren bapak.. bole?..

akmar said...

nana;

macam saya ckp kt komen di atas..
ade org yg penah bgtau kt saye, x bleh kongsi mknan & mnuman dgn yg bukan muhrim tu,mksudnye kalo kite minum mgunakan gelas@straw yg sama. dan kalo kite makan gune sudu/garfu yg sama. pinggan bole la kot..so, ble saya dh dibagitau mcm tu, saya dh set kn minda saya supaya x buat mcmtu. sejauh mane kbenaran nye dalam Islam, wallahualam..sbb x penah lak nk mencari tau kbenaran nye!

secara logiknye, agak kurang manis lah pada pandanagn org lain kot.
papepun mohon pencerahan drpd yg arif..

hamka said...

salam.

akupun baru dengar tak boleh kongsi sudu dan straw..

mungkin salah paham,

yang tak boleh adalah perbuatan menhampiri pada zina, jika kau berdua sahaja dengan lelaki tu, lepas tu makan atau minum kongsi sudu dan straw, kira haram ler.., bukan kongsi straw dan sudu tu haram, tapi perbuatan tu.

tapi jika ramai ramai pergi haji misalnya, lepas tu berkongsi air, straw atau satu, dan semua jemaah tak kisah, jenis selamba gaban, boleh jer minum air guna straw yang sama.

yang jelas haram, sentuh dengan sengaja tanpa ada apa apa darurat.

jadi kepada bini aku, dari arah mana you minum air di gelas ni, sebab I nak mimum dari arah lain sebab I nampak u tak gogok gigi pagi tadi.

woha!

Anonymous said...

"Ramai orang sanggup habis RM1000 untuk beli gajet seperti
Iphone, Ipad tapi tak ramai yang sanggup melabur RM290 hanya untuk Quran Digital ini.
Anda berkira untuk akhirat?"

KLIK >> http://bit.ly/AL-Quran

Sis AI said...

Hahaha! Eeee, untuk komen second last di atas, suruhlah bini anda berus gigi dulu kalau ye pun..

hamka said...

: )

Lensa Cahaya said...

risau juga aku, terus cepat2 solat supaya aku lulus ujian in case awek aku sms..
kena betulkan balik niat nih..
doakan aku dapat sifat ikhlas niat..inshaAllah..

hamka said...

insy,allah

Abdbuk said...

org terengganu mmg kasar

akmar said...

en. hamka;

mohon utk syer citer ni ye...thanks

hamka said...

ok

Anonymous said...

the best :) jgn cari suami yg slek .. haa

hamka said...

astafirullah

malasnaksembayang said...

Pasal sembahyang ni dulu mase kecik2 rajinla. Bila dah dewasa rasa macam bodoh pula dan membuang masa. Sibuk dengan internet dan chatting tak de masa dah nak sembahyang.

Korang rajin2lah doa untuk kesejahteraan umat hehe.

Perempuan tu tanya pasal tunang dia yang pernah bersetubuh dengan perempuan lain dulu.

Mcm mana boleh terima ka? Ko Hamka jawab boleh kalau dia solat jemaah...muahaha..

Ko ni ngok lain orang tanya lain ko jawab..

Jadi boleh lah bersetubuh banyak kali asal jadi imam muda kat masjid ye...kahakah..

Jawapan untuk perempuan ni sebetulnya.. tanyalah lelaki tu sendiri. Bolehkah dia setia dengan seorang perempuan.

Kalau dia jenis yang suka celop sana celop sini, anda kena tanya diri anda pula sanggupkah terima lelaki mcm tu.

Itu jawapannya. Stail hidup sekarang lelaki melayu dan perempuan melayu bebas bergaul. Hari ni main dengan perempuan ni esok main dengan lelaki lain pula.

Kena biasakanlah cara hidup ni. Setengah orang suka. Tgk saja artis lelaki tukar pasangan. Semua sebab bosan bersetubuh dengan orang yang sama.

Makan ulam2 tiap2 hari pun bosan.

Yang rajin solat jemaah tu mungkin bukan pilihan anda kerana dia kaki perempuan seperti cerita di atas asyik pegang perempuan sampai kahwin 3 perempuan sekali gus.

Bakal Mayat Seri Kembangan said...

huhh.... kesiannya aku tengok encik 'malassembahyang' ni... ko doalah hidayat utk encik ni wahai Hamka oii...

mesti dia x prnah dngar "sesungguhnya solat itu mencegah kemungkaran"

akhir zaman..

hamka said...

Seseorang yang telah terbaiki dirinya dengan ugama islam, maka tidak ada mana-mana ugama pun dapat rosakkan dia, dan seseorang yang tidak dapat baiki diri dia dengan ugama islam maka tidak ada mana-mana ugamapun dapat selamatkan dia.

Anonymous said...

kesian..umat akhir zaman.semua salah saya x buat kerja sungguh2.

zamri said...

ummat menderita salah saya ...

Ken said...

yang beriman...first

Anonymous said...

ok.. article yg best. benda yang mudah tp xpernah terlintas di fikiran. Alhamdulillah artikel ni salah satu faktor yg menyumbang kpd keputusan yg akn sy buat.:)

Anonymous said...

Memang diaorg kasar entah knapa ntah mahal sgt ke nilai seorg lelaki kalu kta ndk ajak dia ke jalan syurga? Kta yg tahu kna bgtau bkn secara kasar tp tramat la lembut tp dibalas dgn makian dan cacian! Mcmane nt kalu dah jd suami? Niat dhati adlh ikhlas bkn ndk mpersenda agama kita.kta cuma ndk selamatkan dia yg jahil tu ja.xsalah kan kita ndk bjihad begitu? Buktinya mber dia pun da brubah mgapa tidak dia?kata cinta kata sayang..semoga tuhan bukakn pintu hati dia sb sy tahu bkn senang ndk jd khalifah ni!