Oct 31, 2011

Perlu ke sambung belajar?

(ketika orang ramai perasan sibuk dengan berkongsi ayat ayat power Steve Jobs yang sudah jadi mayat, apa kata aku berkongsi ayat ayat power dari orang yang belum jadi mayat)

Soalan pembaca terpilih minggu ini.

*****

Salam.

Kepada keretamayat, aku spm tahun lepas dan dapat 8A.

Tapi masalah aku sekarang, aku langsung tiada semangat untuk sambung belajar, aku nak dekatkan diri dengan ugama dan aku sangat bersemangat untuk berniaga, aku rasa dah tak perlu belajar tinggi tinggi sangat, lagipun aku tak nak kerja makan gaji, aku mahu kerja sendiri, tak mahu kerja bawah orang macam orang tua aku, aku mahu berniaga sendiri kerana akan ada banyak masa dan guna masa untuk ibadat, ramai orang yang aku kenal, kaya tanpa masuk Universitipun, Steve jobs pun berhenti belajar dan berniaga hingga jadi kaya raya, sekarang aku dah bergaduh dengan parents, mereka suruh aku sambung belajar tapi aku tak ada semangat, salahkah aku jika tak mahu sambung belajar, dan dekatkan diri dengan ugama serta berniaga?. Aku rasa tak salah, apa nasihat abang, tolong jawab segara.

******

Keretamayat said...

Dik, umur 18 tahun bukanlah umur yang sesuai untuk bergaduh dengan parent, juga bukan umur yang sesuai untuk ber falsafah tentang kehidupan, lagi lagi jika adik ada akaun FB dan suka add orang yang tak kenal lalu sharing info tah apa apa, lagi lagilah tak sesuai nak bercakap tentang faksafah hidup..

Adik tak nak belajar sebab stave jobs berhenti sekolah dan berniaga lalu jadi kaya raya? Kelakar! Nilah masalah manusia, nampak benda yang depan mata jer, macam kes mereka yang taksub dengan parti XYZ sebab dalam parti tu ada ulamak X, lalu yakin parti tu betul sebab ada ulamak X, apa kau ingat ulamak X tu pergi belajar ugama sorang sorang? Lepas habis belajar terus madrasah tutup? Mana pergi class mate ulamak X yang ribu ribu lagi? Mana pergi junior dan senior ulamak X, kenapa mereka semua tak sertai parti XYZ, ni yang kita tak nampak..

Sama macam kes orang berhenti sekolah dan berniaga lalu jadi kaya raya, kitapun nak berhenti sekolah jugak, sedangkan ada ribu ribu lagi orang yang berhenti sekolah dan jadi pengemis, tapi kita tak nampak sebab mereka ramai yang duduk dalam penjara!

Jadi dik, nasihat aku, pergilah sambung belajar, habis belajar nanti, barulah mula berniaga..

Bab steve jobs pengasas Aple berhenti belajar tu dan jadi kaya, biar abang konsi satu info yang gempak! (sila right click untuk full page)

Apple's Rise to Number 1
[Source: Online MBA]

Siapa Mark Zuckerberg yang lebih kaya dalam umur yang jauh lebih muda dari Steve Jobs?

Beliau adalah penuntut UNIVERSITI Harvard.

Kata President Summers dalam Facebook movie.

“Harvard undergraduates believe that inventing a job is better than finding a job.”

Umur mamat ni baru 27 tahun, dan itu fakta tahun lepas, tahun ini, 2011, hartanya sudah bernilai $17.5 billion! Steve Jobs punya harta waktu matipun tak sampai separuh harta mamat ni..

Aku bukan nak agungkan si kapir ini, aku nak ambik moral bahawa:

WAKTU MUDA ELOKLAH BELAJAR!

Saidina Umar sahabat Nabi ada pesan, supaya didik anak sesuai dengan zaman, jadi zaman sekarang, belajar bukan sebab kerjaya semata mata, It is about learning in order to live well. Sesuai dengan zaman! Faham..

Jadi moral aku di sini..

Waktu muda eloklah belajar!

Kenapa kena belajar waktu muda? Sebab bila kita belajar, otak yang letih berfikir akan cepat lapar dan dahaga, lalu kita tak pelik malam-malam di mana mana Universitipun kedai makan buka 24 jam sebab budak budak study sentiasa lapar dan dahaga lalu hilangkan stress dengan cara pekena teh tarik serta roti canai..

Jadi dik.., jika adik tak dengar nasihat abang, dan bila tua baru menyesal, dan baru terfikir nak sambung belajar, lalu masuk universiti yang buat programm belajar secara part time untuk orang dewasa, abang takut waktu adik penat study kelak, lalu keluar malam malam pekena teh tarik dan roti canai untuk hilangkan stress.., tapi sebab adik dah tua, kena kencing manis pula! Hari konvo tak dapat datang sebab kaki sebelah dah kena potong-woha!

Bahaya tu dik! Jadi nasihat abang, belajarlah waktu muda, dalam kelas jika mengantuk, boleh makan gula gula.., tapi jika adik belajar waktu dah tua, lalu mengantuk, tak boleh makan pulak gula gula, sebab kencing manis, kan dah rugi.., andai kata adik waktu tua tak ada kencing manis, tapi sambung belajar dalam kelas orang tua dan rasa mengantuk, lalu ‘psst pstt’ kawan kawan dalam kelas mintak gula gula untuk hilangkan mengantuk, tapi sebab dalam kelas ramai orang tua, mereka bukan bagi gula gula, tapi pil kencing manis!

Woha!

I rest my case.

Ps: Belajarlah dari dalam buaian sehingga ke kerusi belakang keretamayat..: )

Oct 19, 2011

Surat kepada Syiah?

(93.76 peratus entry ini adalah kisah benar dan selebihnya adalah kisah tipu, terutama watak Apek jual basikal itu, sila guna common sense)

Dulu aku ada tulis sepucuk Surat kepada Encik Bi, yang kononnya mewakili kefahaman Wahabi, yang mana akhirnya, dari ruang komen dan email, aku dapat ramai respon positif sambil ucap terima kasih, siap ada orang bukan malaysia yang baca guna google translate dan faham katanya lalu folow up suruh aku tulis surat kepada Encik Ah yang mewakili kefahaman Syiah pula.

Aku bukan tak nak tulis surat kepada Ah seperti yang dijanjikan di hujung entry wahabi itu, tapi aku tangguh tulis surat kepada Syiah, kerana aku tak ada kawan yang mengikut fahaman syiah, Eh, bukan ke cina jual basikal hujung simpang rumah aku yang ada adik comel tu namanya Ah ke? Mungkin aku boleh Tanya dia tentang syiah? Woha!

Arghh, dah nak start mengarut, kat mana tadi?

Sambung balik, Aku tangguh tulis surat kepada Syiah, kerana aku tak ada kawan yang mengikut fahaman syiah, malahan aku tak pernah berjumpa, bermuzakarah, atau berdebat dengan mereka, lalu aku tanya kawan kawan kepada kawan kawan aku, siapa yang mazhab syiah?, mari sini kita bermuzakarah, tapi takde sorangpun kawan aku atau kawan kawan kepada kawan kawan aku yang mengaku syiah, malahan kawan cina yang bernama Ah pun mereka takde, jadi tak dapatlah aku nak jumpa, nak bincang dan tanya sendiri, sebab aku tak nak tulis satu isu tanpa kaji secara live..

Namun, dalam email, facebook, dan komen blog, yang terlalu banyak folow up suruh aku tulis surat kepada syiah, maka aku tulis jugaklah hari ni.., sebab bila dah ramai sangat yang follow up hingga cecah ratus ratus orang suruh tulis, maka aku terpaksalah tulis, (gaya blogger yang perasan popular dan perasan sibuk, hu hu..)

Jadi aku nak mintak maaf terlebih dahulu sekiranya surat aku kepada syiah di bawah, tidak setepat fakta dalam surat kepada wahabi kerana surat kepada wahabi sebelum ini ditulis selepas bermuzakarah dengan orang yang mengaku wahabi, tapi surat kepada syiah ini akan ditulis tanpa sempat bermuzakarah dengan mana mana puak syiah, segala kekurangan dan kelemahan isi surat itu nanti, salahkan kerajaan jika korang pro pembakang, atau korang boleh salahkan freemasom atau yahudi untuk kesan yang lebih dramatik, lantak koranglah!

Namun, sebelum aku mulakan tulis surat itu, aku sebenarnya telah rujuk kepada beberapa Buznama, juga ustaz, serta ulamak dan masyarakat satu Malaysia yang berada di sekitar kehidupan aku tentang pendapat mereka mengenai puak puak Syiah.

Aku ringkaskan di sini.

Mengikut Buznama yang bukan syiah, katanya pada aku, “syiah adalah mazhab yang cuba di setarafkan dengan 4 mazhab besar, seperti Mazhab Syafee, Hambali, Maliki dan lain-lain, tapi mazhab syiah tidak boleh di setarafkan dengan Mazhab tersebut kerana mazhab syiah itu terlalu menyimpang dari ajaran islam, perkara ini terjadi kerana syiah berasal dari parti politik penyokong saidina Ali yang taksub lalu menukar gerakan kepartian kepada satu ajaran ugama secara revolusi yang cuba disetarafkan tapi ulamak sunnah 4 mazhab sepakat menolak kerana mereka tidak selari dengan sunnah waljamamah terutama bab mengkafirkan sahabat dan memalsukan hadith..”

Aku garu garu kepala dan mencebik bibir mengeluarkan bunyi mmmmmm...., kita rujuk ustaz lain pula.

Menurut Buznama dari parti PAS pula berkata: “Syiah ada yang sesat, dan ada yang tidak sesat, yang tidak sesat adalah ajaran Syiah Jaafariah, dan saya suka pemimpin syiah dari iran yang bernama Ahmadinejad, namun, Fatwa terkini dari Majlis Fatwa, Syiah tersebut juga diharamkan di Malaysia".

Aku urut urut janggut..

Cuba Tanya kawan aku yang baru balik dari berdakwah dari luar negara pulak?,

"Esh!, susah nak dakwah orang syiah ni, bila Nampak rumah yang ada bendera hitam, kita tak boleh berdakwah macam kita berdakwah sama sunnah wal jammah empat mazhab tu, tapi kena guna pendekatan cara lain sebab kita di mata mereka, sesat dan kafir!"

Aku garu garu tulang belakang dengan cara menggeser di tiang surau, lalu bertanya kepada seorang Ustaz yang pernah masuk TV9 (aku tak nak letak namanya di sini kerana tak mahu kemuliaannya tercemar akibat kehinaan aku), kata ustaz tu kepada aku,:

“Hamka, Syiah ini sesat, tapi bukan kafir, sebab jika mereka kafir sudah tentu ulamak Mekkah akan haramkan mereka buat haji ke Mekah kerana orang kafir haram pijak tanah suci, tapi puak syiah juga diberi kouta ke tanah suci, bermakna mereka tidak kafir cuma sesat sahaja..”

Sruupp, bunyi aku hirup teh tarik, lalu menyedut maklumat yang aku dapat dari spy aku di sebuah gerai makan:,

“Syiah ni sesat hamka, kerana mereka telah mengkafirkan ramai sahabat Nabi termasuk khalifah Abu Bakar, Umar serta Usman, bila sahabat nabi dah kafir, mereka sebenarnya ‘menghina ‘ nabi secara tidak langsung kerana seolah olah nabi tak pandai ‘berkawan’.”

Aku curi curi korek hidung, ketika ustaz yang sokong Umno pulak berkata:

“Syiah ni pandai berdebat Hamka, dan sasaran mereka bukan semua orang macam Tabligh buat, tapi sasaran mereka adalah golongan intelektual dan profesional sebab puak puak ni akan terkesan dengan logic, cerita sejarah dan fakta auta.., sebab tu ramai yang ikut syiah ni golongan terpelajar. Dulu rasanya pernah Dr M suruh guna ISA tangkap puak syiah, entahlah?”

Aku menggaru cuping telinga yang tidak gatal, lalu Buznama yang pakai tali leher pula berkata:

“Puak syiah ni susah nak jumpa kat sini Hamka, sebab mereka amalkan Taqiyah, macam orang munafiz zaman nabi yang sembunyikan kemunafikan mereka dan zahirkan islam, orang syiah mereka mengzahirkan yang mereka ni ahli sunnah wal jamaah, tapi dalam hati sebenarnya syiah, bagi mereka ini adalah tidak salah dan dipanggil sebagai Taqiyah...”

Ohhh, patutlah susah jumpa, jika depan kita mereka tak mengaku syiah, tak hina sahabat, tapi belakang kita, lembut maggee dari gigi.., hampeh!

Aku tersedak bila dengar doktor berkata:

“Ada pelajar universti XXX mengadu sakit faraj kerana banyak bersetubuh, nak kita dia ni amal seks bebas, pakai purdah, bila usul punya usul, ternyata perempuan tu ikut mazhab syiah yang kahwin secara mutaah, kahwin satu malam, bersetubuh, cerai dan kahwin pulak.., takut saya jika anak perempuan saya jadi macam tu..”

Biar betul mereka ni, bisik aku dalam hati..

“Makcik tak tahu apa benda syiah tu, kuih ke? Makcik jual cengkodok dan apa yang ada ni jer, kuih syiah makcik tak jual!”

Takpelah makcik, sajer Tanya, bungkus cengkodok tu seringgit ye?

“Shii-ah! Apa itu?, gua talak tau woo, itu shu shi, makanan jepun, gua tahulah, eh, lu tolaklah ini basikal gua beli Rm 50 ringgit, mau ka?"

“Apek, ini basikal, lu pajak kedai lu punya pun belum mampu beli wooo.., woha!

Argggh, apa kejadah Tanya makcik jual goreng pisang dan apek kedai basikal mengenai syiah, lalu aku buat kajian sendiri melalui bahan bacaan pula..

*******

Aku baca, aku angguk, aku baca, aku angguk, aku baca aku angguk..,

15 minit kemudian.. aku buat kesimpulan:-,

Syiah ni sesat, sebab sebahagian besar pengikut mereka kafirkan sebahagian utama sahabat Nabi termasuk Saidina Abu bakar, Umar, usman dan lain lain, malahan mereka kata, abu bakar dan Umar adalah berhala khuraish. Esh esh esh..,

Bila dah kafirkan sahabat nabi, maka semua hadith dari sahabat Nabi yang mereka kafirkan itu telah ditolak oleh mereka, malahan hadith isteri nabi, Aisyahpun mereka tolak, lalu terbukalah fatwa kaum kera untuk benarkan ibadat sesat mereka sebab dah banyak hadith di tolak, maka mereka akan guna hadith rekaan atau pendapat songsang dalam membenarkan ibadat pelik mereka..

Contoh,

1.Melukakan badan pada 10 muharam di hari perayaan karbala, mana ada dalam ajaran islam tetak badan dengan parang, atau libas dengan rantai? Ada hadith kisah ummat terdahulu yang lukakan badan dan mendapat ganjaran 1000 bulan, lalu Nabi cerita itu ummat dulu, ummat sekarang, diberi malam qadar sebagai hadiah, maka tak perlu lukakan badan untuk masuk shurga, kalau nak lukakan badan jugak, aku cadang lebih baik pakat pakat pergi hospital derma darah, mungkin boleh masuk shurga jika ikhlas derma darah.

2.Kalimah Syahadah mereka telah berubah, mereka tambah nama Saidina Ali.., aku tak pernah dengar, tapi itu yang aku dengar dari mereka yang pernah dengar, kata mereka, azanpun mereka sebut nama saidina Ali, ni dah taksub tahap melampau gaban, apa? Jap, ulang lagi sekali? Malaikat jibril tersilap hantar wahyu kepada Muhammad?, sepatutnya saidina Ali jadi Nabi? Pengsang!

3. Ziarah kubur ahli bait dapat pahala terutama kubur saidina hussain cucu Nabi, dah takde kerja ke?

4. Boleh solat jamak dalam semua keadaaan dengan selamba, wow!, kata Buznama syiah, jika pergi pasar malampun kita boleh jamak magrib dan isyak, wow, solat jamak memang nafsu suka, cuba rujuk hadith ni: Nabi bersabda: Siapa mengumpul dua solat tanpa keuzuran(kecuali musafir atau kecemasan) sesungguhnya dia telah tiba ke salah satu pintu dosa besar(hadith riwayat imam Hakim, perawi hadrat Abdullah bin Abbas.) Eh jap, syiah dah kafirkan sebahagian besar sahabat dan ulamak ulamak, bacalah hadith apa apapun, jika bukan dari imam suci mereka, tentu mereka tolak...

5. Selamba menghina isteri-isteri nabi Muhammad S.A.W, ada yang menuduh isteri nabi berzina, aduhai, jika orang hina isteri kita, dah tentu kita terkena tempias, sebab tak pandai jaga bini, bila orang dah hina isteri nabi, sudah tentu Nabi Muhammad terkena tempiasnya, jadi siapa lagi Nabi Muhammad SAW di mata mereka? Patutlah ada di kalangan mereka yang mengatakan darjat Ali lebih tinggi dari Nabi?.., boleh pulak lagu tu?

6. Syiah yakin bahawa imam mereka adalah maksum iaitu terpelihara daripada dosa kecil dan besar dari peringkat kanak-kanak hinggalah meninggal dunia, kedudukan mereka sama seperti nabi-nabi. Sebab itu hadith dari imam mereka akan diterima bulat bulat dan hadith dari sebahagian sahabat ditolak sebab sahabat tak matsum.. bayangkan betapa punahnya pemahaman ini?

7. Nikah mutaah yang ala ala free sex, telah diharamkan oleh Nabi dan ditegaskan oleh saidina Umar, tapi sebahagian ramai puak syiah anggap hadith tu palsu, dan bagi yang yakin hadith tu betul pula anggap manusa (baca: Nabi) tidak boleh haramkan perintah Allah, sekali Allah suruh, maka Allah tak akan tarik balik kata mereka..., pulak?!

7.Namun orang syiah juga dilaporkan sangat bagus terutama bab melayan tetamu. Wallahu’lam..

Ok, dah cukuplah akan fakta serba ringkas yang dapat aku kumpul tentang mazhab syiah, maaf sebab fakta tersebut di ambil bukan dari puak syiah, jika puak syiah ada bukti bahawa fakta aku itu salah, boleh pergi edit dekat Wikipedia bahasa melayu kerana sebahagian faktanya aku ambik kat situ..

Baik, dah cukup maklumat, bolehlah aku tulis surat kepada Ah.

SURAT KEPADA AH.

AH..Apa khabar lu di sana, gua di sini sihat, Cuma batuk batuk kecil akibat terhidu asap ubat nyamuk..

Cuaca di sana bagaimana?

Cuaca disini kadang kadang mendung, kadang kadang hujan yang membuatkan angin yang bertiup kencang dari arah timur laut selaju 40 hingga 50 kilometer sejam (Kmsj) lalu laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter yang amat merbahaya kepada bot-bot kecil.

Arggh, lupakan itu Ah..

Tujuan gua menulis surat ini adalah bukan kerana gua mahu jual basikal,tapi

Gua tahu lu ada adik perempuan banyak cantik,

Boleh tak gua nak kahwin mutaah dengan adik lu?.

Lepas puas bersetubuh, gua habiskan kontrak.

Jangan bimbang, gua akan jamak solat sebelum jimak,

Maka ada banyak masa untuk jimak sebab solat sudah jamak,woha!

Adik lu mesti suka,

Tolong ya Ah, gua cinta sama adik lu..

Sekian -

pecah kaca pecah gelas, adik lu memang class!,

EDIT: Aku tak jadi hantar surat kepada Ah di atas sebab bini aku sudah mengamuk, dia cekik leher aku, dan gigit bulu kening aku, marah benar bila aku bergurau bab kahwin mutaah dengan amoi cina adik kepada Ah atau Ah seng apek jual basikal, katanya hak perempuan akan jadi hina jika mutaah dibenarkan, jap jap jap.., abang bukan nak kahwin mutaah sayang oii.., , abang nak ajak adik Ah, masuk islam, mutaah tu untuk puak syiah, abang nak berbesan dengan Ah yang jual basikal tu jer yang oii, dah lah tu gigit bulu kening abang, senget nanti, tak hendsome pula!

w0ha!

Dah dah dah! Hentikan cerita tentang surat kepada Ah seng, kerana aku gagal mengimbangi antara realiti dan fantasi, memang hampeh..

Akhir kata: aku rasa tak payah tulis surat kepada puak Syiah ni, buang masa jer karang surat panjang panjang, hantar SMS cukup. Maka aku tukar entry ini :

SMS kepada syiah.

Text:

“Ah, baik U bertaubat jika mahu jumpa Ali di shurga, Kirim salam adik U.”

End.

ps: Sekian entry, SMS kepada syiah, tak perlu reply sms ini, sebab inbox telefon aku dah penuh.. replylah SMS ini dengan bertaubat kembali ke jalan Sunnah wal jamma'ah. Amin..

Oct 14, 2011

Imam yang kelakar atau sedih?

(Cerita ini di adaptasi dan di ubah suai dari kisah benar, supaya andai sekiranya ada kena mengena dengan mana mana ustaz, anggaplah kebetulan semata mata.woha!)

Pada suatu tengah hari, kira kira 10 minit sebelum zohor. Terdengarlah beberapa rangkap perbualan antara aku dan seorang ‘ustaz’.

“Ustaz, jom solat zohor berjemaah”,

Jawab 'ustaz': “Hamka, saya rasa baik kita lunch dulu, nanti tak khusyuk solat kerana teringat makanan.”

“Tapi Ustaz, kalau kenyang lagi tak kusyuk sebab teringat macam macam.

Ustaz tu senyum dan terus juga nak pergi makan, maka berpisahlah kami di tengah hari itu. macamlah aku baik sangat chech!

*****

10 minit sebelum asar kemudian.

“Ustaz, jom solat asar berjemaah”,

Jawab 'ustaz', “ Hamka, makanan dah terhidang ni (ada jamuan petang), kita kena makan dulu baru solat, ada hadith riwayat saidina Umar yang suruh makan dulu baru solat.”

Tapi Ustaz, kalau semua orang fikir macam ustaz, habislah masjid kosong. Hujah aku.

“Takpe Hamka, solat jemaah tu fardu kifayah, jika dah ada sorang dua yang buat, semua terlepas dari dosa.”

“Memang betul ustaz jika sorang dua buat terlepas dari dosa, tapi jika ada 100 mayat yang perlu dimandikan, dan kita biar sorang dua jer yang mandikan 100 mayat tu, tak ke kita berdosa menzalimi orang yang penat lelah mandikan mayat?”

'Ustaz' tu senyum, apa yang kelakar ntah? Lalu berpisahlah kami di petang itu, cis, macamlah aku ni baik sangat.Hampeh!

Aku bukan apa, jika ustaz tak jaga solat jemaaah, maka orang ramai yang malas belajar ugama akan ikut ustaz ustaz, maka rosaklah ummat, patut ustaz tunjuk contoh yang baik, kalau kebulur, betullah makan dulu, ini bukan tahap kebulur, tapi sebab malas solat jemaah, dan suka solat lengah lengah maka guna fatwa kaum kera untuk benarkan kemalasan mereka..

Betulah ada hadith jika makanan dah hidang makan dulu, bulan puasa kisah Nabi Muhammad SAW dan ummat islam tak makan dari pagi sampai maghrib, bila dah masuk waktu azan, nabi suruh makan dulu, lebih AFDAL! Tapi Nabi makan buah tamar dan air sejuk, lepas tu Nabi pergi solat berjemaah, siap jadi imam lagi...

Kita ni nak ikut Sunnah atau nafsu?, Sunnah Nabi bila makan berhenti sebelum kenyang dan solat di awal waktu, tempat azan di azankan, kita ni pulak makan hingga kenyang dan lengah-lengahkan solat sambil mengaku amalkan hadith tak ke menyesatkan anak bini yang akan ikut sama perangai buruk korang?

Mana pergi hadith ancaman untuk mereka yang tak pergi solat jemaah?, mana pergi hadith ancaman untuk mereka yang solat lengah-lengah?

********

10 minit sebelum maghrib.

“Abang, jom makan ikan tiga rasa yang saya baru belajar resepi dari TV Astro tadi, tengah panas ni, jom!” Kata isteri ustaz tadi.

“Eh, saya makan lepas isyaklah, dah nak magrib ni” jawab ustaz dengan cemas sambil kemaskan serban di kepala.

“Bang, bukan abang cakap, jika makanan dah terhidang, kena makan dulu? Kan Hadith saidina Umar suruh makan dulu baru solat, lagipun dalam ceramah abang minggu lepas, abang cakap, jika solat ingat makanan, maka solat tak khuyuk dan pahala jadi sia-sia!”

Ustaz tu senyum dan berkata:

“Abang bertugas hari ni, elaun imam RM800 kena tarik balik jika abang tak pergi jadi imam magrib nanti jika ada orang report jabatan ugama, lagi lepas tu abang ada ceramah, tak kanlah abang nak solat magrib masbuk, lepas ceramah, abang akan dapat RM50, jadi abang makan lepas isyak sahajalah.”

Isterinyapun mengemas lauk pauk.

Woha!

Ps: kalau dah lapar sangat, kalau!, makanlah sekadarnya, dan terus solat, masbukpun tak apa, tepuk dada tanya iman, tepuk lutut tanya kemaluan.

Ps2:orang yang tak khuyuk solat kerana teringat makanan adalah lebih baik dari orang yang khusyuk makan sehingga lupa solat. Jom, solat dulu!

Ps3: Ada orang ajak aku, makan dulu baru solat, aku cakap, nanti aku tak khuyuk makan, sebab teringat solat-woha!

(gambar sekadar hiasan)

Oct 7, 2011

Bagaimana menjadi isteri yang solehah?

(Tanya sama abang keretamayat, Bagaimana menjadi isteri yang solehah, lalu aku bermadah: Dunia adalah perhiasan, dan sebaik baik perhiasan adalah wanita yang solehah)



Soalan Pembaca:

Salam.

Hamka, saya suka blog awak, sangat suka, terutama bab kisah rumah tangga, awak kena buat banyak entry pasal kasih sayang suami isteri couse you are among the best of all writers when writing about this stuff, semoga lebih berjaya buat banyak entri bab ni sebab saya paling tak suka dan rasa menyampah sangat bila awak tulis pasal politik, harap awak faham. Akhir kata, boleh tak lain kali awak tulis panduan untuk menjadi seorang isteri yang solehah? Apa perlu kami orang perempuan buat, atau ciri ciri yang bagaimana dikatakan solehah itu, awak tentu pandai bab ni.

Terima kasih.

******

Keretamayat:

Senang sahaja nak jadi isteri solehah, korang kena menjadi seorang isteri yang mudah di ajak berbincang dan juga mudah di ajak bersetubuh.

Woha!

Ps: Gambar di atas adalah sekadar hiasan.

Oct 3, 2011

Bidaah Hasanah atau..?

(Binatang, jika berbuat dosa, tidak perlu bertaubat)

Surat pembaca:

Assalamualaikum.

aku nak tanya kat kau pasal bidaah ni.tak tau la kalau soalan aku ni dah ditanya dan dibincang oleh para pengomen sebab aku tak sempat nak bace semua komen.

Macamni..semua tahu tahlil tu bidaah. zaman nabi dulu tak ade pon tahlil ke...kenduri arwah ke.., baca yassin malam jummaat ke, tapi masih diamalkan oleh ramai orang dan alim ulama'..ustaz-ustaz..kat tempat aku semua buat tahlil, baca yassin malam jummat, qunut subuh, dan lain lain, aku musykil sebab mengikut hadith, siapa siapa yang amalkan bidaah akan masuk nerake. so persoalannya.

Mereka semua tu bakal jadi penghuni neraka lah ye sebab dah amalkan bidaah..?(wallahualam)..maksud aku betul ke tahlil, baca yassin malam jummat, berarak sempena maulidul rasul, talkin dekat kubur dan lain lain tu tak boleh?.dan apa perlu aku buat kalau ade orang ajak aku pergi rumah dia sebab ade tahlil, atau ustaz ajak baca yassin malam jummat?.

Harap kau paham la soalan aku ni.

******

Jawapan dari Pakcik Keretamayat.

Salam.

Soalan ni dah di email tahun lepas bulan sembilan, dan baru aku perasan bulan lepas, sebab dah tak perasan sibuk, aku jawab bulan ni.(harap kau belum jadi mayat)

Benda ni dah lama, zaman Iman Syafie lagi dah timbul isu ni, so, kata Ustaz ulamak.

Bidaah ada dua: Bidaah Hasanah dan Bidaah Dholalah.

Tapi aku rasa ramai orang tak paham dengan istilah bahasa arab ini walaupun dah ramai ustaz ulamak yang terangkan seperti:

Perkara yang mencanggahi al-Quran atau sunnah dikira sebagai bidaah sesat, manakala Perkara baik yang diadakan yang tidak mencanggahi al-Quran dan sunnah adalah perkara baru yang tidak sesat.

Dah berbuih buih mulut ustaz-ustaz tu terangkan sehingga bertakung air liur di kedua tepi bibir mereka, hingga memutih dan membusuk, dan sungguh jelik!, tapi tak faham jugak korang ni.

Maka terpaksalah aku guna istilah lain bagi mewakil bidaah Hasanah dan Bidaah sesat.

Senang cerita begini.

Menggunakan alasan ugama untuk halalkan dosa, seperti suka mencarut, lalu guna alasan tuhan ‘mencarut’ maka perbuatan saya yang suka mencarut ini adalah halal, maka ini adalah contoh bidaah sesat, atau dalam bahasa keretamayat.

Fatwa kaum kera!

Contoh golongan yang paling banyak guna fatwa kaum kera adalah orang politik yang mana demi membenarkan ‘modus operandi menangkap ikan pada hari sabtu’, maka fatwa kaum kera pun di gunakan, seperti: molek bergabung dengan orang kapir, bagus sertai tunjuk perasaan haram, boleh sertai mogok lapar dengan niat puasa sunat, wajib doa bala suka hati, boleh sebarkan keburukan orang, tak salah hukum orang tak sekepala dengan kita masuk neraka, dan lain lain, memang perangai macam kera, Nasib baiklah zaman ni Allah tak turun azab direct macam kaum terdahulu, kalau tak dah tentu pihak zoo tak akan buat kurungan untuk kera kerana kera dah terlalu banyak. Woha!

Aku dah tulis panjang lebar di sini, dan sini.

Ok, itu contoh bidaah sesat, yang guna alasan ugama untuk halalkan perbuatan buruk. Sekarang aku nak bagi tahu tentang bidaah yang baik pula.

Jika Fatwa kaum kera merujuk kepada mereka yang menggunakan alasan ugama untuk perkara buruk, bidaah hasanah adalah merujuk kepada mereka yang menggunakan alasan ugama untuk perkara baik, dan perkara baik itu pula Nabi tak pernah buat. Kalau nabi pernah buat itu bukan Bidaah Hasanah, itu Sunnah.

Contoh macam Maulidul Rasul, memang Nabi tak pernah buat, tapi perkara tu tak harampun, dan bagus untuk orang yang baru nak kenal sejarah Nabi, dapatlah dengar ceramah ugama free, dapat berselawat dengan semangat, dan dapat makan free!, makan free nasi kawah gulai kambing , tak baik ke?

Jadi itu adalah contoh bidaah yang baik.

Contoh lain, Tahlil, memang Nabi tak pernah buat, tapi perkara tu tak harampun, berzikir.., apa nak haram?, berdoa?, tak harampun, dan bagus untuk orang yang baru nak belajar berzikir, dapatlah berzikir dengan semangat, dan dapat makan free!, makan free, nasi minyak ayam kampung, tak baik ke?

Yang perlu kita faham, perkara tersebut, tinggal tak berdosa, buatpun tak berdosa selagi tak bercanggah dengan Al quran dan hadith, dan boleh dapat pahala pula jika cukup syarat syaratnya.

Tapi, (ada tapi tu..,) apa yang aku rasa, atau apa yang aku faham, akan kenapa ulamak ulamak terdahulu, seperti Imam Syafee dan lain lain, melebelkan perkara ini dengan panggilan BIDAAH HASANAH, atau Bidaah Mahmudah, atau lain lain lebel yang murni tapi masih ada perkataan BIDAAH pada lebel itu, maka, pada pendapat aku yang hina dan banyak dosa ini…

Ulamak melebelkan amalan tersebut dengan istilah: BIDAAH HASANAH adalah supaya ummat sedar bahawa perkara itu bidaah(Nabi tak buat) lalu ummat perlu banyak BERISTIGFAR ketika melakukan amalan tersebut.

Kenapa kena banyak beristigfar?

Perkara yang sunnahpun Nabi suruh kita beristigfar, apatah lagi Bidaah hasanah!,

Contoh lepas solat, kita bersitigfar sebab takut solat tak khuyuk atau sujud tak sempurna atau bacaan quran silap tajwid, maka lepas salam, kita lekas lekas beristigfar kepada Allah.., walaupunh untuk perkara sunnah.

Begitu juga ceramah ugama, itu perkara sunnah, tapi dihujung ceramah, kita baca tasbih kafarah, beristigfar kerana takut kata kata kita ada yang silap atau di salah faham oleh pendengar.

Jadi nasihat aku, lepas korang buat perkara berkaitan Bidaah Hasanah. Lagilah kena banyak beristigfar, Faham?

(Kita berhenti sapu air liur yang bertakung di tepi bibir jap, slurrrp-sapu dengan lidah-woha!)

Sambung balik, kat mana tadi? Istigfar?

Ok, kita kena tambahkan lagi Istigfar sebab tak mampu ikut Sunnah Nabi 100% lalu kita habiskan masa terbuat perkara bidaah Hasanah.

Dan perlu di fahamkan juga, apabila bertembung peluang untuk buat Sunnah dan juga peluang untuk buat Bidaah Hasanah, maka wajib kita pilih perkara sunnah. Kalau tak nak jadi bodoh..

Tapi jika bertembung peluang buat Bidaah Hasanah dan peluang buat Fatwa kaum kera, tak payahlah nak buat fatwa kaum kera jika tak nak jadi kera.

Contoh,

Baca Yassin malam jummaat atau dengar ceramah politik mengumpat buruk orang di malam jummat?

Jika tak nak jadi kera, eloklah baca Yassin di malam jummat, jika ada puak wahabbi yang nak kafirkan korang sebab baca yassin, korang beristigfarlah sebab Nabi dulu baca Al quran hampir tiga juzuk setiap malam, tapi aku sebab lemah iman, baca surah yassin jer, astarfirullahalazim, dan orang yang tuduh korang masuk neraka tu, ketahuilah itulah puak puak fatwa kera, dan oleh sebab kita adalah seorang yang murni, kita istigfar jugak untuk puak puak kera ni supaya mereka di beri hidayat oleh Allah untuk bertaubat sebelum di sumpah menjadi kera.

Nasihat aku kepada pengirim soalam di atas: orang yang nak guna alasan ugama (baca: Bidaah Hasanah) untuk perkara baik yang Nabi tak pernah buat, tak perlu kita serius sangat, nak letak hukum pada mereka sekian sekian, masuk neraka itu bukan kerja kita, dakwahlah mereka dengan lemah lembut itu yang terbaik, fahamkan mereka tentang sunnah dan kepentingan ikut sunnah, tapi orang yang guna alasan ugama(baca: Fatwa kaum kera) untuk perkara sesat!, itu yang kita kena risau sekarang ni, takut kita terlibat sama, sebab bila kita sangka benda yang kita buat tu ugama padahal dosa, maka kita akan buat sungguh sungguh dan tidak lagi bertaubat, bila tak bertaubat, mati masuk neraka, memang celaka.

Akhir kata, Beristigfarlah banyak-banyak kepada mereka yang suka buat amal dengan alasan bidaah Hasanah, dan kepada mereka yang suka buat amal dengan alasan fatwa kaum kera, lagilah perlu bertaubat sebelum di sumpah jadi kera.

Tapi jika anda memang seekor kera, tak payahlah bertaubat, woha!

Sekian.

Ps:Nota untuk orang slow: Binatang tidak wajib bertaubat.

Ps2: Terima kasih Ustaz ulamak kerana melebelkan amalan itu sebagai Bidaah Hasanah, tak lah lupa aku untuk banyakkan bersitigfar jika ‘terperangkap’..hehe.

Ps3: Nabi tak tulis blog atau FB, jadi apa yang aku buat ini adalah termasuk dalam BIDAAH, so kita tutup entry ini dengan tasbih yang ada istigfar iaitu tasbih Kafarah. : )