Oct 14, 2011

Imam yang kelakar atau sedih?

(Cerita ini di adaptasi dan di ubah suai dari kisah benar, supaya andai sekiranya ada kena mengena dengan mana mana ustaz, anggaplah kebetulan semata mata.woha!)

Pada suatu tengah hari, kira kira 10 minit sebelum zohor. Terdengarlah beberapa rangkap perbualan antara aku dan seorang ‘ustaz’.

“Ustaz, jom solat zohor berjemaah”,

Jawab 'ustaz': “Hamka, saya rasa baik kita lunch dulu, nanti tak khusyuk solat kerana teringat makanan.”

“Tapi Ustaz, kalau kenyang lagi tak kusyuk sebab teringat macam macam.

Ustaz tu senyum dan terus juga nak pergi makan, maka berpisahlah kami di tengah hari itu. macamlah aku baik sangat chech!

*****

10 minit sebelum asar kemudian.

“Ustaz, jom solat asar berjemaah”,

Jawab 'ustaz', “ Hamka, makanan dah terhidang ni (ada jamuan petang), kita kena makan dulu baru solat, ada hadith riwayat saidina Umar yang suruh makan dulu baru solat.”

Tapi Ustaz, kalau semua orang fikir macam ustaz, habislah masjid kosong. Hujah aku.

“Takpe Hamka, solat jemaah tu fardu kifayah, jika dah ada sorang dua yang buat, semua terlepas dari dosa.”

“Memang betul ustaz jika sorang dua buat terlepas dari dosa, tapi jika ada 100 mayat yang perlu dimandikan, dan kita biar sorang dua jer yang mandikan 100 mayat tu, tak ke kita berdosa menzalimi orang yang penat lelah mandikan mayat?”

'Ustaz' tu senyum, apa yang kelakar ntah? Lalu berpisahlah kami di petang itu, cis, macamlah aku ni baik sangat.Hampeh!

Aku bukan apa, jika ustaz tak jaga solat jemaaah, maka orang ramai yang malas belajar ugama akan ikut ustaz ustaz, maka rosaklah ummat, patut ustaz tunjuk contoh yang baik, kalau kebulur, betullah makan dulu, ini bukan tahap kebulur, tapi sebab malas solat jemaah, dan suka solat lengah lengah maka guna fatwa kaum kera untuk benarkan kemalasan mereka..

Betulah ada hadith jika makanan dah hidang makan dulu, bulan puasa kisah Nabi Muhammad SAW dan ummat islam tak makan dari pagi sampai maghrib, bila dah masuk waktu azan, nabi suruh makan dulu, lebih AFDAL! Tapi Nabi makan buah tamar dan air sejuk, lepas tu Nabi pergi solat berjemaah, siap jadi imam lagi...

Kita ni nak ikut Sunnah atau nafsu?, Sunnah Nabi bila makan berhenti sebelum kenyang dan solat di awal waktu, tempat azan di azankan, kita ni pulak makan hingga kenyang dan lengah-lengahkan solat sambil mengaku amalkan hadith tak ke menyesatkan anak bini yang akan ikut sama perangai buruk korang?

Mana pergi hadith ancaman untuk mereka yang tak pergi solat jemaah?, mana pergi hadith ancaman untuk mereka yang solat lengah-lengah?

********

10 minit sebelum maghrib.

“Abang, jom makan ikan tiga rasa yang saya baru belajar resepi dari TV Astro tadi, tengah panas ni, jom!” Kata isteri ustaz tadi.

“Eh, saya makan lepas isyaklah, dah nak magrib ni” jawab ustaz dengan cemas sambil kemaskan serban di kepala.

“Bang, bukan abang cakap, jika makanan dah terhidang, kena makan dulu? Kan Hadith saidina Umar suruh makan dulu baru solat, lagipun dalam ceramah abang minggu lepas, abang cakap, jika solat ingat makanan, maka solat tak khuyuk dan pahala jadi sia-sia!”

Ustaz tu senyum dan berkata:

“Abang bertugas hari ni, elaun imam RM800 kena tarik balik jika abang tak pergi jadi imam magrib nanti jika ada orang report jabatan ugama, lagi lepas tu abang ada ceramah, tak kanlah abang nak solat magrib masbuk, lepas ceramah, abang akan dapat RM50, jadi abang makan lepas isyak sahajalah.”

Isterinyapun mengemas lauk pauk.

Woha!

Ps: kalau dah lapar sangat, kalau!, makanlah sekadarnya, dan terus solat, masbukpun tak apa, tepuk dada tanya iman, tepuk lutut tanya kemaluan.

Ps2:orang yang tak khuyuk solat kerana teringat makanan adalah lebih baik dari orang yang khusyuk makan sehingga lupa solat. Jom, solat dulu!

Ps3: Ada orang ajak aku, makan dulu baru solat, aku cakap, nanti aku tak khuyuk makan, sebab teringat solat-woha!

(gambar sekadar hiasan)

82 comments:

bard619 said...

first

bard619 said...

x bc lg komen dlu..hehe

Anis izyan Abd Rahman said...

berbuke puase mmg Allah kate perlu diawalkan , tapi hari lain2x , mkn dulu ke?

Jenazah said...

Errr...kat mana yg kelakarnya...(Slow)

hafiz_shasha said...

4th... 1st time aku dpt komen... huhuhuhu

Hidayah said...

cantiknya anak en.hamka... =) manis.

Hamka said...

entry ni di tulis dengan tangab kiri-sebab tangan kanan sedang makan nasik, luch, akupun kagum ni.

zikri said...

memang terdapat ramai para ustaz yang terlalu pentingkan duit dari berkhidmat.

saya rasa isu ni yang lebih perlu diutamakan.

ustaz mengambil gaji dari upahnya tiada masalah.

tapi, kalau tak nak berdakwah jika tiada upah, maka, itu adalah musibah.

ada yang hanya mengharap makan gaji dari kerajaan setiap bula, tetapi tiada daya usaha yang lebih utk menyampaikan ilmu, walaupun masyarakat sangat dahagakan ilmu pengetahuan.

harap para ustaz sedar, jangan terlalu selesa dengan jawatan, berdakwahlah, dan jangan terlalu mewah hingga kedekut untuk berinfak di jalan Allah.

blog saya
http://satuummah.blogspot.com

saya dalam perancangan utk menerbitkan artikel bersiri 'kemana ustaz2 kita?'

Z41D1 R4Z4K said...

errr.. ape kena mengena gambar yg kat artikel ni huhuhu

Z41D1 R4Z4K said...
This comment has been removed by the author.
SyafiQ aHaDin said...

haha!
klakor!
Imam dunia. Tak dapat status imam dunia akhirat.

hainur hapis said...

TQ for update

Novelgurl said...

hahha..gelak je la ~.~

heal man said...

Ketawa kecewa terpisah
Jalan yang lurus kian berhalang
Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap ku masih percaya

heal man said...
This comment has been removed by the author.
saiful said...

pedas pedas

Eyka said...

budak dalm entri ni comel :)

PemilikMataCoklat said...

kepada pembaca budiman dan pengomen2 setia, boleh tumpang tanya x?? pusat knowledge malaysia ni di mana ye, sapa ada info2 tntng ni blh bgtau sy, segala budi dan jasa tuan puan saya dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih=))

Maaf kalau komen salah tempat, Hamka jgn marah ye, hehe

Adlilatun Nur said...

:)

Anonymous said...

dunia akhir zaman,,

-anis-

Hafiz_Lexco said...

Macam ni punya imam pun ada... niat dah terpesong...

Anonymous said...

kenapa tepuk lutut tanya kemaluan?
*takpaham*

Hamka said...

Nota untuk orang slow (jangan segan bertanya dan jangan malu menjadi slow-akupun banyak slow)

*****
Korang: berbuke puase mmg Allah kate perlu diawalkan , tapi hari lain2x , mkn dulu ke?

Hamka: Makan dulu, bab makanan dah terhidang, tapi makan sekadar jerlah, dan cuba elak makanan dihidangkan waktu masuk solat,

****
korang:Errr...kat mana yg kelakarnya...(Slow)

Hamka:‘Kelakar’ bila ustaz tu ceramah apa yang tak di sampaikan, contoh, ustaz mengajar bab sabar, tiba tiba budak budak bising belakang masjid, lalu ustaz jerit: woi budak! Diam, saya nak ajar bab sabar ni, woha!

****
Korang: errr.. ape kena mengena gambar yg kat artikel ni huhuhu

Hamka: rentetan entry sebelum gambar anak aku tak tutup aurat, jadi cover dan tunaikan janji untuk post gambar tutup aurat, kaitan? Sebab enty ni pendek, aku panjangkan dengan ga,bar gambar, tak suka bagitahu, lain kali aku tak buat.

*****
Korang: pusat knowledge malaysia ni di mana ye, sapa ada info2 tntng ni blh bgtau sy, segala budi dan jasa tuan puan saya dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih=))

Hamka: Pusat info ada di masjid Nabawi pada zaman nabi, tapi jika aku ada masalah masail, aku suka merujuk kepada ustaz dan ulamak di masjid sri petaling

*****
Korang: kenapa tepuk lutut tanya kemaluan?*takpaham*

Hamka: orang lelaki bila stim, cara nak kendurkan zakar dengan cepat, adalah tepuk lutut, now you know.

keranda jenazah said...

macam2 perangai pelik aku dh jumpa geng2 surau ni.. nnt aku post kt blog aku pengalaman aku ttg ni.. hope dpt feedback...

ubaidulah said...

abang hamka cunnya..anak ke?

Anonymous said...

Nak komen gambor hiasan.

Commel sungguh pakai tudung. Budak kecik tak wajib pun tutup aurat. Tapi melatihnya biar seawal mungkin.

Lebih suka kalau tuan blog bergambor sekeluarga macam bloger lain tu.
( gambo keluarga bahagia )

Suka tengok banyak gambor.

.: Si BungaKopi : . said...

comel budak. nak tnya, apa kaitan-tepuk lutut tanya kemaluan? buat lawak ke?

cikpia said...

Korang: kenapa tepuk lutut tanya kemaluan?*takpaham*

Hamka: orang lelaki bila stim, cara nak kendurkan zakar dengan cepat, adalah tepuk lutut, now you know.

aku : OIC.......

imam tu tak kelakar tapi keimanan dia lawak sket... =)

budak nakal said...

hou...imam menggunakan alasan wang~..nice..hahahaha.. pening pale bile memikirkannya..haiyaaa

Cik Siti Fairuz said...

sekurangnya ustaz tu tahu dia mkn gaji..jd kena la jugak jalankan tugas. drp org yg lain yg kerja mkn makan gaji,claim OT..tp kerja zero,menipu je pandai.lagi la haram gaji.
apa2 pun..tanggugjwb suami kenalah bwk blk gaji yg berkat lg halal.

mrsRons said...

senyum :)
curi tulang kan makan gaji buta laks..serba xkena..kesian tok iman.. tp klaka jgk

Pikah said...

bajet sungguh ayat akhir tu hahahaha

lobai cool+hensem said...

salam.

apesal muka budak kat dalam gambar ni tak macam muka bapak dia?

ps.tak tahulah pasal apa jawi lantik imam masjid kat rumah aku budak muda, belum kahwin(bujang),ok ke?

Mummy said...

wah...siap update lagi entry bagi lebih panjang...ingatkan entri baru...setuju ngan hamka bab tak kusyuk makan sebab teringat solat...

Siga raga said...

iye, mmg btul tu. saye klu pg2 kamaluan selalu kencang. kalau nak kendurkan saye tepuk lutut je.
mcm mn abg Hamka boleh tau??

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
kundi said...

adakah ini satu masalah, aku tepuk-tepuk lutut, tiada yang turun melainkan naik belaka.

kak nina said...

betul tu hamka...ada ustaz yang caj 500 sejam untuk pelajar2nya (yg berstatus dato/tan sri)...bayangkanlah...500 sejam..sehari 4 jam...seminggu?

tu belum lagi ustaz/ustazah glamer di tv yang caj 3ooo sejam...

aku pernah dengar, di india, ada ustaz yg menerima bayaran setiap bulan dari pelajar2nya...dia akan pakai selama sebulan tu...ada lebih, dia beri pada madrasah...

kat sini, bile kita cakap macm tu, mereka akan kata nak makan minum anak bini, petrol gi ulangalik mengajar, duit keta, duit rumah, duit tol, duit astro, duit hphone, duit broadband etc...sebab tu ade yg kenakan caj minimum....

lagi satu, saya pelik kenapa ustazah kat tv tu, die cakap, isteri berhias untuk suami saje...make up ke, pakai brg kemas ke, baju cantik2 ke, utk si suami..tapi yg bercakap tu sendiri? tolong hamka, saya konfius...

azharjaafar said...

aku jarang tepuk lutut.. sebab tu alternatif terakhir..

Hamka said...

Jawab mana sempat lagi:

****
Korang: macam2 perangai pelik aku dh jumpa geng2 surau ni.. nnt aku post kt blog aku pengalaman aku ttg ni.. hope dpt feedback...

(aku rasa tak perlu, jika nak cerita jugak, cerita bersama akan solutionnya.)

abang hamka cunnya..anak ke?

(ya!)

Lebih suka kalau tuan blog bergambor sekeluarga macam bloger lain tu.

(masalahnya, aku bukan macam blogger lain tu-aku adalah rahsia masyarakat)

comel budak. nak tnya, apa kaitan-tepuk lutut tanya kemaluan? buat lawak ke?

(Cuba baca semua komen)

apesal muka budak kat dalam gambar ni tak macam muka bapak dia?

(revolusi reformasi inovasi ilahi)

tak tahulah pasal apa jawi lantik imam masjid kat rumah aku budak muda, belum kahwin(bujang),ok ke?

(kat tempat akupun macam tu, konon nak galak remaja, jika bagus, teruskan-no problem)

kalau nak kendurkan saye tepuk lutut je.
mcm mn abg Hamka boleh tau??

(masa kau berkhatan dulu, bila pagi, cuaca sejuk, zakar tegang, cara nak kendurkan tu di ajar dalam pekej tok mudim.)

saya pelik kenapa ustazah kat tv tu, die cakap, isteri berhias untuk suami saje...make up ke, pakai brg kemas ke, baju cantik2 ke, utk si suami..tapi yg bercakap tu sendiri? tolong hamka, saya konfius...

(tak payah konfius, anggap mereka lemah iman, akupun lemah iman jugak oh..)

aku jarang tepuk lutut.. sebab tu alternatif terakhir..

(eh, kenapa entry ni bertukar tajuk perbincangan, dari ustaz kepada tepuk lutut?)

Anonymous said...

letak je banyak2 gambar anak, bro. muka budak suci dari sebarang dosa. woha!

keranda jenazah said...

Thanks bro atas nasihat ko tu.. aku dah postkan entry baru aku kt blog aku. Singgah2lah nnt. Kalo ada kekurangan boleh berikan tunjuk ajar...woha..

Anonymous said...

comelnya bdk ni..mst ibunya pn comel..untung ayahnya..wohaa!!

sesegar said...

hhaha,terbaikk!

Imam Muda said...

Aku sbg imam agak terase dgn entri kali ini...namun sedikit sebyk ianya mmg kelemahan iman itu sendiri...apetah lagi aku baru-baru belajar usaha atas iman...doakan aku dan semua imam-imam di Malaysia...aku rase syaitan2 kt imam2 ni lg besar dr yg bukan imam kot...dan dugaan syaitan dan nafsu mmg dahsyat..

"Jgn kata kamu sudah beriman sedangkan kamu belum diuji"

Berharap sgt2 mesyuarat agung masjid akn dtg nnt ade org yg lebih layak utk ganti aku jd imam...byk dosa nk kene pikul kt akhirat...ni baru imam kt surau yg jemaahnya beratus-ratus (termasuk yg x dtg--->yg ni lg teruk imam nk kene jwb kt akhirat esok)kalau "imam" negeri atau negara yg juta2 makmumnye tah camne...aku pun tak phm kalo ade org berebut nk jd imam... Mmg laa dpt duit...tp esok2 nk jwb kt "Mahkamah Agung" camne?? T_T

Anonymous said...

"Jgn kata kamu sudah beriman sedangkan kamu belum diuji"

Mutiara Bertaburan said...

korang semua .. bagi laa aku peluang yang the 1st aka first.

Mak pah^_^ said...

Najiha jd model blog keretamayat?
Na cantik kalu pakai tudung n na xcantik klu pakai skirt sambil pegang tangan ngan org laki kt padang..
He3~

hanis said...

EN.HAMKA TERBAIK. Explaination yang bagus!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Saya dulu selalu tertanya2 tentang topik nih!!! you ARE THE BEST LA EN.HAMKA!!! Terus kan menulis perkara2 yang masyarakat konfius. :)

Anonymous said...

:) tq


Kerana kita hidup untuk diuji.

Syahrinz said...

huu..mang nice bro..telus mulus la bro..sedap nak baca..

Pak Dollah said...

nie cuma sekadar tauladan supaya kita mengambil iktibar(pengajaran) daripadanya..
INGAT TIDAK ADA MANUSIA YANG MAKSUM(tiada dosa) SELAIN NABI MUHAMMAD SAW.
So kalau org tu imam ke, ustaz ke, bilal ke, proffesor ke, ulamak ke, dan mereka mereka yang berkaitan pasti ada satu atau dua atau tiga perkara yang buat mereka lemah iman.
Cnth: peristiwa nie berlaku Ramadhan lalu, Ajk surau dh setuju nak ambil imam luar(Tahfiz) untk mengimamkan trawikh. Tpi ianya telah dibanth oleh pak imam mengatakan jgn membazir nak bayar smpai Rm600.( tbung surau ada rm6000.00) oleh kmi ajk respect dgn pk imam ni so cancel la niat tu. Jdi dengr je la ayt lazim mcm mlm2 yg selalu. Tpi yg benar2 wat aku marah malam yg ke 20, 21, dan 23 pk imam x datang( padahal ada je nmpk keluar gi bazar ramadhan). Mlm tu kami ajk pn berbincang, tetiba seorang dari ajk bersuara " dia nak duit tu"..( beliau biras imam). Lalu ajk meluluskan baject rm300.untk pk imam, so esok pagi setiausaha dan bendahari akan pergi umah pk imam untk serahkan Rm300.
Muncullah pak imam tu semula pada mlm berikutnya tmpa rasa bersalah pun pada raut wajahnya(mcm x de apa jew) huh..
Tpi ALLAH tahu dan ajk pun tau.. Oh..

fyy mokhtar said...

assalammualaikum, ada ke yang lebih memilih begitu??

Ridhwan bin mohd yunus said...

pandangan sorang ustaz kepada aku.. sekarang nie.. nak jihad pun kena pakai duit..
aku yang slow kata.. oh.. ok.. tengok keadaan kot.. emm.. nanti saya cari kat blog pak hamka kereta mayat.. wooha..

AyaMada said...

Salam bai Hamka, nak tnya psal ambil gambar. saye mnat nak jd photographer alam sekitar. tp kbanyakn ulama Imam Hanafi (eldest2)kata ambl gmbr kn haram. tp dlm entry nie kn ada gmbr anak bro. So, mgkn bro ada reason psal ambl gmbr drp mazhab Syafie. gtau lah sye, sbb klu tak pe, sye nak truskan cita2 saye tue.

menusuk hati said...

kemaluan perlu menjawab apabila lutut telah ditepuk

Anonymous said...

haha.dr sekolah dulu aku di ingtkan oleh kwn2 supaya makan dahulu sblm solat kerana alasan yg sama dgn 'ustaz' dlm citer hamka ni.

hukum dan sunnah jgn digunakan utk kepentingn sendiri.ape yg dilakukan menjadi ikutan org lebih2 jika pelakunya 'ustaz' dan pengikut nya beriman nipis.

Anonymous said...

soalan utk hamka : ada orang kata bakar binatang x boleh. tiada kena mengena dengan haiwan yang telah disembelih. maksudnya binatang yg hidup macam pacat dan semut gatal. kita x boleh bakar. yang boleh ialah jirus air panas. betul ke?
lg satu, mcm mana dengan tebuan dan lebah? nak jirus satu-satu memang mustahil. nak biarkan saja, mungkin akan membahayakan manusia berdekatan. bagaimana harus dihapuskan???

Anonymous said...

Aku bukan nak komen, cuma muskil (tertanya-tanya/tandatanya?????)

Cerita cam Imam tu memang banyak zaman ni.

Tapi yang aku nak tahu ni macam mana orang buat kenduri lepas magrib. Dah baca tu baca ni doa tu doa ni lagi pas tu makan. Sume org kat masjid ada kat rumah kenduri. Azan Isyak pun lambat ngan pak imam ,pak bilal tok siak, to batin,tok mudim dan semua tok dan sume pak. Jadi Solat Isyak untuk malam tu lambat.
Boleh ke gitu???
Nak tau sangat ni


N.Rompin

Ahmad Baei Jaafar said...

Menarik olahan cerita ini. Cuma watak ustaz itu walaupun betul ada (tidak dinafikan) tukarkan ke watak lain. Ustaz sepatutnya tunjuk yang betul bukan buat alasan untuk kepentingannya. Nanti orang akan lihat ustaz tidak boleh dipercayai lagi. ini yang kita tidak mahu.

insan berdosa said...

imam atau ustaz yang kelakar sebab mengutamakan makan atau perut. yang sedih sebab imam pun tidak faham ugama. waallahualam...

Hamka said...

Jawab mana yang sempat

****

keranda jenazah: aku dah postkan entry baru aku kt blog aku. Singgah2lah nnt. Kalo ada kekurangan boleh berikan tunjuk ajar

Hamka: kau tulis dengan ikhlas, insyAllah, dunia akan berubah.,

*****

Anonymous:Delete!

Hamka: bang, aku akan delete komen yang boleh mendedahkan identity aku.

****

Imam Muda: Aku sbg imam agak terase dgn entri kali ini...namun sedikit sebyk ianya mmg kelemahan iman itu sendiri...apetah lagi aku baru-baru belajar usaha atas iman...doakan aku dan semua imam-imam di Malaysia...aku rase syaitan2 kt imam2 ni lg besar dr yg bukan imam kot...dan dugaan syaitan dan nafsu mmg dahsyat..

Hamka: maafkan aku, semoga doa kamu makbul,.

******
Pak Dollah :.. Muncullah pak imam tu semula pada mlm berikutnya tmpa rasa bersalah pun pada raut wajahnya(mcm x de apa jew) huh..

Hamka: Kan?

*****
fyy mokhtar : assalammualaikum, ada ke yang lebih memilih begitu??

Hamka: salam, ada.

*****
Ridhwan bin mohd yunus: pandangan sorang ustaz kepada aku.. sekarang nie.. nak jihad pun kena pakai duit..

Hamka: orang letak syarat mengarut pada usaha dakwah adalah….., puak kera! Woha!

*****
AyaMada: nak tnya psal ambil gambar. saye mnat nak jd photographer alam sekitar. tp kbanyakn ulama Imam Hanafi (eldest2)kata ambl gmbr kn haram. tp dlm entry nie kn ada gmbr anak bro. So, mgkn bro ada reason psal ambl gmbr drp mazhab Syafie. gtau lah sye, sbb klu tak pe, sye nak truskan cita2 saye tue.

Hamka: Cuba baca entry aku yang bertajuk http://keretamayat.blogspot.com/2011/05/apa-hukum-melukis.html-baca sekali komennya.

*****
Anonymous : ada orang kata bakar binatang x boleh. tiada kena mengena dengan haiwan yang telah disembelih. maksudnya binatang yg hidup macam pacat dan semut gatal. kita x boleh bakar. yang boleh ialah jirus air panas. betul ke? lg satu, mcm mana dengan tebuan dan lebah? nak jirus satu-satu memang mustahil. nak biarkan saja, mungkin akan membahayakan manusia berdekatan. bagaimana harus dihapuskan???

Hamka: aku cadang kau email solan ini kepada pengomen yang bernama:
Ahmad Baei Jaafar, beliau seorang ustaz da nada blog khas bab soal jawab.

*****
N.Rompin:Tapi yang aku nak tahu ni macam mana orang buat kenduri lepas magrib. Dah baca tu baca ni doa tu doa ni lagi pas tu makan. Sume org kat masjid ada kat rumah kenduri. Azan Isyak pun lambat ngan pak imam ,pak bilal tok siak, to batin,tok mudim dan semua tok dan sume pak. Jadi Solat Isyak untuk malam tu lambat.Boleh ke gitu??? Nak tau sangat ni

Hamka: ini ada satu ilmu, solat boleh di lengahkan dengan syarat, semua Jemaah bersetuju, contoh bulan puasa, semua setuju makan dulu, baru solat, maka makan setengah jam, dan solat BERJEMAAH lepas tu, ok, sama jugak kuliah ugama, semua dengar ceramah, sampai 10 malam pun tak apa, dan solat BERJEMAAH lepas tu, yang tak boleh, lengahkan solat dan solat sorang sorang.

******

Ahmad Baei Jaafar:Menarik olahan cerita ini. Cuma watak ustaz itu walaupun betul ada (tidak dinafikan) tukarkan ke watak lain. Ustaz sepatutnya tunjuk yang betul bukan buat alasan untuk kepentingannya. Nanti orang akan lihat ustaz tidak boleh dipercayai lagi. ini yang kita tidak mahu.

Hamka: wow, editor majalah ilusi, terima kasih atas teguran, saya dah tukar ustaz tu kepada watak ‘ustaz’ dan buang juga gambar hiasan. Terima kasih tuan kerana sudi baca blog saya yang carca merba ini, teguran dan peluang peluang lain, amatlah di alu alukan, woha!

sufi01 said...

Salam, saya rasa menjadi IMAM juga adalah satu kerjaya seperti guru, kerani,manager dan sebagainya dimana perlu ada ganjaran jika tugas dilaksanakan. Jadi janganlah kita pertikaikan jika imam merasa dirinya tidak dihargai kerana ramai diantara kita sanggup membayar untuk guru tusyen, guru aerobic dan sebagainya tapi untuk ilmu atau kerja akhirat seakan tiada nilai. IMAM pun hidup didunia macam kita jugak ada anak isteri serta tanggungan. S

Hamka said...

sebab tu imam tu kelakar, waktu zohor makan dulu, lalu bagi alasan ada hadith bla bla bla.., hakikatnya sebab solat zohor tak bertugas, tapi waktu magrib bila bini hidang makanan, tak makan pulak dulu sebab takut elaun kena potong..

moral: jika nak makan dulu bila masuk waktu solat, jangan guna fatwa kera, cakaplah aku ni lemah iman, aku makan dulu, bila dah ada rasa bersalah, akan ada tindakan yang baik,

jadi berhentilah bagi alasan nak makan dulu sebab nak ikut hadith sedang hakikatnya memang ikut nafsu.

take note!

Anonymous said...

hamka,mane gmbo najiha? ni mesti mama najiha malu-malu tuceng anak dara dia famous kejap..

ngee

-DnA-

Hamka said...

aku delete sebab dalam email ada yang dah cop nak jadikan bini, ada ke patut?

ehs esh esh..

Hafiza Omar said...

fatwa kaum kera tu ape ye?

Anonymous said...

tepuk lutut tanya kemaluan..WOHA!

Anonymous said...

Aku suka baca blok tuan, walaupun aku baru terjumpa.

Aku syor pada kawan kawan pejabat, mereka pun suka. Sebelum ni blog-blog agama lain yang aku syor dia orang kurang minat. Mungkin dalam bentuk terlalu ilmiah. Ada pula blog yang punya istilah yg dia org tak faham cthnya khuruj, karkun, masturat dan lain-lain. Tapi bila dia org baca blog ini dapat sesuatu pengetahuan ugama. Bab otak kuning atau kata -kata lucah tu dia org tak kesahpun , ramai juga yang suka sebab ramai juga orang speses cam tu. Blog yang terlalu berilmiah susah nak promot kat dia org.

Gelak-gelak pun banyak benda yang dia orng faham.

N.Rompin

Skymatrix said...

Salam,

tepuk dada tanya iman, tepuk lutut tanya kemaluan,tapi...jangan sampai tepuk dahi sebab lupa nak solat kerana khusyuk sangat mengadap makanan...

Wassalam.

Anonymous said...

Assalam

Apabila seseorang berbuat sesuatu kesalahan atau kesilapan.....ianya adalah takdir dari Allah untuk dia berbuat begitu...hakikatnya.(Bukankah Allah swt yang telah tetapkan Nabi Adam a.s untuk memakan buah kuldi...500 tahun sebelum Adam diciptakan?)

Apabila melihat seseorang berbuat sesuatu kesalahan maka jangan pandang beliau dengan perasaan merendahkan dia...kerana dia melakukan kesalahan itu..... syariatnya.
(Tidak sempurna iman seorang Islam selagi dia tidak menyayangi saudara islamnya sepertimana dia menyayangi dirinya sendiri)

Fahamilah....seorang manusia yang tak solah langsung seumur hidupnya; dengan kasih sayang tuhan....sebelum mati sempat ucap kalimah tauhid dan bertaubat. Maka terampunlah seluruh dosanya.....Allah Hu Akhbar! Hebat..tuhan kita dak...!??

Kita kena fikir dan risau serta sedih tentang ustaz ni...macam Tuan Rumah. Bayangkan kalau ustaz tu anak kita ke...adik kita ke...abang kita ke..

Semuanya salah saya...saya tak jumpa ustaz tu dan beritahu dia tentang perkara yang hak....Ampunkan aku Ya Rabb!!! Sesungguhnya aku sayang ustaz tu seperti aku sayang diri aku sendiri......

Khalid

big-oren said...

nie yg dinamakan"..makan di dahulukan,duit di utamakan.."
sonok bace blog awk..

Sayang Hawa said...

Salam Tuan Pengeblog,

Saya ingin bertanya.. bagaimana kita boleh mengatakan seseorang atau sesuatu kumpulan itu 'sesat'?.. sedangkan mereka juga solat seperti kita?

Mohon perbincangan bersama.

^_^

Hamka said...

fatwa kaum kera tu, cuba baca entry sebelum ini

Anonymous said...

Penipu...

mad zin said...

assalamualaikum saya budak baru disini nak tanya dimana di markaz sri petaling

yat said...
This comment has been removed by the author.
izuan said...

"macam kes mereka yang taksub dengan parti XYZ sebab dalam parti tu ada ulamak X, lalu yakin parti tu betul sebab ada ulamak X, apa kau ingat ulamak X tu pergi belajar ugama sorang sorang? Lepas habis belajar terus madrasah tutup? Mana pergi class mate ulamak X yang ribu ribu lagi? Mana pergi junior dan senior ulamak X, kenapa mereka semua tak sertai parti XYZ, ni yang kita tak nampak.."


saya suka yg ini.

Hamka said...

markaz sri petaling dekat stadium bukik jalil

Anonymous said...

Semelekom.. Haha.. Aritu aku kuar 3 hari di Satu masjid.. Ada Satu ustaz tu ajar bab perkara yg memudaratkan utk pergi masjid tak pe tak gi.. Dalam tu ade cerita bab hadis makan terhidang nih.. Ustaz tu bagi tau setelah ulamak2 mesyuarat bab hadis ni.. Diorang dapat Satu kesimpulan bahawa jeng jeng jeng... Kalau makanan sudah terhidang makan Dulu sesuap dua bukan sampai kenyang ikut nafsu.. Terus pergi kepada pemberi makanan.. Tapi geng2 pengguna hadis bab makan ni dia guna kekadang cara dia salah.. Mana bleh makan sampai solat pun tinggal.. Makan la cepat2 ringkas chow sembahyang.. Makanan lagi besar ke dari pemberi makanan.. Lepas tu ustaz tu cakap dah tau nak masuk waktu yang Korang time tu gak pergi hidang penuh table ngan berbagai2 lauk pauk ais kacang Semua buat ape? Saja je nak beramal dengan hadis ikut kepala otak Korang gila Tul la.. Haha..
jazakallah...

Zellerqdzw said...

budak dalm entri ni comel :)

Hamka said...

: )