(93.76 peratus entry ini adalah kisah benar dan selebihnya adalah kisah tipu, terutama watak Apek jual basikal itu, sila guna common sense)
Dulu aku ada tulis sepucuk Surat kepada Encik Bi, yang kononnya mewakili kefahaman Wahabi, yang mana akhirnya, dari ruang komen dan email, aku dapat ramai respon positif sambil ucap terima kasih, siap ada orang bukan malaysia yang baca guna google translate dan faham katanya lalu folow up suruh aku tulis surat kepada Encik Ah yang mewakili kefahaman Syiah pula.
Aku bukan tak nak tulis surat kepada Ah seperti yang dijanjikan di hujung entry wahabi itu, tapi aku tangguh tulis surat kepada Syiah, kerana aku tak ada kawan yang mengikut fahaman syiah, Eh, bukan ke cina jual basikal hujung simpang rumah aku yang ada adik comel tu namanya Ah ke? Mungkin aku boleh Tanya dia tentang syiah? Woha!
Arghh, dah nak start mengarut, kat mana tadi?
Sambung balik, Aku tangguh tulis surat kepada Syiah, kerana aku tak ada kawan yang mengikut fahaman syiah, malahan aku tak pernah berjumpa, bermuzakarah, atau berdebat dengan mereka, lalu aku tanya kawan kawan kepada kawan kawan aku, siapa yang mazhab syiah?, mari sini kita bermuzakarah, tapi takde sorangpun kawan aku atau kawan kawan kepada kawan kawan aku yang mengaku syiah, malahan kawan cina yang bernama Ah pun mereka takde, jadi tak dapatlah aku nak jumpa, nak bincang dan tanya sendiri, sebab aku tak nak tulis satu isu tanpa kaji secara live..
Namun, dalam email, facebook, dan komen blog, yang terlalu banyak folow up suruh aku tulis surat kepada syiah, maka aku tulis jugaklah hari ni.., sebab bila dah ramai sangat yang follow up hingga cecah ratus ratus orang suruh tulis, maka aku terpaksalah tulis, (gaya blogger yang perasan popular dan perasan sibuk, hu hu..)
Jadi aku nak mintak maaf terlebih dahulu sekiranya surat aku kepada syiah di bawah, tidak setepat fakta dalam surat kepada wahabi kerana surat kepada wahabi sebelum ini ditulis selepas bermuzakarah dengan orang yang mengaku wahabi, tapi surat kepada syiah ini akan ditulis tanpa sempat bermuzakarah dengan mana mana puak syiah, segala kekurangan dan kelemahan isi surat itu nanti, salahkan kerajaan jika korang pro pembakang, atau korang boleh salahkan freemasom atau yahudi untuk kesan yang lebih dramatik, lantak koranglah!
Namun, sebelum aku mulakan tulis surat itu, aku sebenarnya telah rujuk kepada beberapa Buznama, juga ustaz, serta ulamak dan masyarakat satu Malaysia yang berada di sekitar kehidupan aku tentang pendapat mereka mengenai puak puak Syiah.
Aku ringkaskan di sini.
Mengikut Buznama yang bukan syiah, katanya pada aku, “syiah adalah mazhab yang cuba di setarafkan dengan 4 mazhab besar, seperti Mazhab Syafee, Hambali, Maliki dan lain-lain, tapi mazhab syiah tidak boleh di setarafkan dengan Mazhab tersebut kerana mazhab syiah itu terlalu menyimpang dari ajaran islam, perkara ini terjadi kerana syiah berasal dari parti politik penyokong saidina Ali yang taksub lalu menukar gerakan kepartian kepada satu ajaran ugama secara revolusi yang cuba disetarafkan tapi ulamak sunnah 4 mazhab sepakat menolak kerana mereka tidak selari dengan sunnah waljamamah terutama bab mengkafirkan sahabat dan memalsukan hadith..”
Aku garu garu kepala dan mencebik bibir mengeluarkan bunyi mmmmmm...., kita rujuk ustaz lain pula.
Menurut Buznama dari parti PAS pula berkata: “Syiah ada yang sesat, dan ada yang tidak sesat, yang tidak sesat adalah ajaran Syiah Jaafariah, dan saya suka pemimpin syiah dari iran yang bernama Ahmadinejad, namun, Fatwa terkini dari Majlis Fatwa, Syiah tersebut juga diharamkan di Malaysia".
Aku urut urut janggut..
Cuba Tanya kawan aku yang baru balik dari berdakwah dari luar negara pulak?,
"Esh!, susah nak dakwah orang syiah ni, bila Nampak rumah yang ada bendera hitam, kita tak boleh berdakwah macam kita berdakwah sama sunnah wal jammah empat mazhab tu, tapi kena guna pendekatan cara lain sebab kita di mata mereka, sesat dan kafir!"
Aku garu garu tulang belakang dengan cara menggeser di tiang surau, lalu bertanya kepada seorang Ustaz yang pernah masuk TV9 (aku tak nak letak namanya di sini kerana tak mahu kemuliaannya tercemar akibat kehinaan aku), kata ustaz tu kepada aku,:
“Hamka, Syiah ini sesat, tapi bukan kafir, sebab jika mereka kafir sudah tentu ulamak Mekkah akan haramkan mereka buat haji ke Mekah kerana orang kafir haram pijak tanah suci, tapi puak syiah juga diberi kouta ke tanah suci, bermakna mereka tidak kafir cuma sesat sahaja..”
Sruupp, bunyi aku hirup teh tarik, lalu menyedut maklumat yang aku dapat dari spy aku di sebuah gerai makan:,
“Syiah ni sesat hamka, kerana mereka telah mengkafirkan ramai sahabat Nabi termasuk khalifah Abu Bakar, Umar serta Usman, bila sahabat nabi dah kafir, mereka sebenarnya ‘menghina ‘ nabi secara tidak langsung kerana seolah olah nabi tak pandai ‘berkawan’.”
Aku curi curi korek hidung, ketika ustaz yang sokong Umno pulak berkata:
“Syiah ni pandai berdebat Hamka, dan sasaran mereka bukan semua orang macam Tabligh buat, tapi sasaran mereka adalah golongan intelektual dan profesional sebab puak puak ni akan terkesan dengan logic, cerita sejarah dan fakta auta.., sebab tu ramai yang ikut syiah ni golongan terpelajar. Dulu rasanya pernah Dr M suruh guna ISA tangkap puak syiah, entahlah?”
Aku menggaru cuping telinga yang tidak gatal, lalu Buznama yang pakai tali leher pula berkata:
“Puak syiah ni susah nak jumpa kat sini Hamka, sebab mereka amalkan Taqiyah, macam orang munafiz zaman nabi yang sembunyikan kemunafikan mereka dan zahirkan islam, orang syiah mereka mengzahirkan yang mereka ni ahli sunnah wal jamaah, tapi dalam hati sebenarnya syiah, bagi mereka ini adalah tidak salah dan dipanggil sebagai Taqiyah...”
Ohhh, patutlah susah jumpa, jika depan kita mereka tak mengaku syiah, tak hina sahabat, tapi belakang kita, lembut maggee dari gigi.., hampeh!
Aku tersedak bila dengar doktor berkata:
“Ada pelajar universti XXX mengadu sakit faraj kerana banyak bersetubuh, nak kita dia ni amal seks bebas, pakai purdah, bila usul punya usul, ternyata perempuan tu ikut mazhab syiah yang kahwin secara mutaah, kahwin satu malam, bersetubuh, cerai dan kahwin pulak.., takut saya jika anak perempuan saya jadi macam tu..”
Biar betul mereka ni, bisik aku dalam hati..
“Makcik tak tahu apa benda syiah tu, kuih ke? Makcik jual cengkodok dan apa yang ada ni jer, kuih syiah makcik tak jual!”
Takpelah makcik, sajer Tanya, bungkus cengkodok tu seringgit ye?
“Shii-ah! Apa itu?, gua talak tau woo, itu shu shi, makanan jepun, gua tahulah, eh, lu tolaklah ini basikal gua beli Rm 50 ringgit, mau ka?"
“Apek, ini basikal, lu pajak kedai lu punya pun belum mampu beli wooo.., woha!
Argggh, apa kejadah Tanya makcik jual goreng pisang dan apek kedai basikal mengenai syiah, lalu aku buat kajian sendiri melalui bahan bacaan pula..
*******
Aku baca, aku angguk, aku baca, aku angguk, aku baca aku angguk..,
15 minit kemudian.. aku buat kesimpulan:-,
Syiah ni sesat, sebab sebahagian besar pengikut mereka kafirkan sebahagian utama sahabat Nabi termasuk Saidina Abu bakar, Umar, usman dan lain lain, malahan mereka kata, abu bakar dan Umar adalah berhala khuraish. Esh esh esh..,
Bila dah kafirkan sahabat nabi, maka semua hadith dari sahabat Nabi yang mereka kafirkan itu telah ditolak oleh mereka, malahan hadith isteri nabi, Aisyahpun mereka tolak, lalu terbukalah fatwa kaum kera untuk benarkan ibadat sesat mereka sebab dah banyak hadith di tolak, maka mereka akan guna hadith rekaan atau pendapat songsang dalam membenarkan ibadat pelik mereka..
Contoh,
1.Melukakan badan pada 10 muharam di hari perayaan karbala, mana ada dalam ajaran islam tetak badan dengan parang, atau libas dengan rantai? Ada hadith kisah ummat terdahulu yang lukakan badan dan mendapat ganjaran 1000 bulan, lalu Nabi cerita itu ummat dulu, ummat sekarang, diberi malam qadar sebagai hadiah, maka tak perlu lukakan badan untuk masuk shurga, kalau nak lukakan badan jugak, aku cadang lebih baik pakat pakat pergi hospital derma darah, mungkin boleh masuk shurga jika ikhlas derma darah.
2.Kalimah Syahadah mereka telah berubah, mereka tambah nama Saidina Ali.., aku tak pernah dengar, tapi itu yang aku dengar dari mereka yang pernah dengar, kata mereka, azanpun mereka sebut nama saidina Ali, ni dah taksub tahap melampau gaban, apa? Jap, ulang lagi sekali? Malaikat jibril tersilap hantar wahyu kepada Muhammad?, sepatutnya saidina Ali jadi Nabi? Pengsang!
3. Ziarah kubur ahli bait dapat pahala terutama kubur saidina hussain cucu Nabi, dah takde kerja ke? 4. Boleh solat jamak dalam semua keadaaan dengan selamba, wow!, kata Buznama syiah, jika pergi pasar malampun kita boleh jamak magrib dan isyak, wow, solat jamak memang nafsu suka, cuba rujuk hadith ni: Nabi bersabda: Siapa mengumpul dua solat tanpa keuzuran(kecuali musafir atau kecemasan) sesungguhnya dia telah tiba ke salah satu pintu dosa besar(hadith riwayat imam Hakim, perawi hadrat Abdullah bin Abbas.) Eh jap, syiah dah kafirkan sebahagian besar sahabat dan ulamak ulamak, bacalah hadith apa apapun, jika bukan dari imam suci mereka, tentu mereka tolak... 5. Selamba menghina isteri-isteri nabi Muhammad S.A.W, ada yang menuduh isteri nabi berzina, aduhai, jika orang hina isteri kita, dah tentu kita terkena tempias, sebab tak pandai jaga bini, bila orang dah hina isteri nabi, sudah tentu Nabi Muhammad terkena tempiasnya, jadi siapa lagi Nabi Muhammad SAW di mata mereka? Patutlah ada di kalangan mereka yang mengatakan darjat Ali lebih tinggi dari Nabi?.., boleh pulak lagu tu? 6. Syiah yakin bahawa imam mereka adalah maksum iaitu terpelihara daripada dosa kecil dan besar dari peringkat kanak-kanak hinggalah meninggal dunia, kedudukan mereka sama seperti nabi-nabi. Sebab itu hadith dari imam mereka akan diterima bulat bulat dan hadith dari sebahagian sahabat ditolak sebab sahabat tak matsum.. bayangkan betapa punahnya pemahaman ini? 7. Nikah mutaah yang ala ala free sex, telah diharamkan oleh Nabi dan ditegaskan oleh saidina Umar, tapi sebahagian ramai puak syiah anggap hadith tu palsu, dan bagi yang yakin hadith tu betul pula anggap manusa (baca: Nabi) tidak boleh haramkan perintah Allah, sekali Allah suruh, maka Allah tak akan tarik balik kata mereka..., pulak?! 7.Namun orang syiah juga dilaporkan sangat bagus terutama bab melayan tetamu. Wallahu’lam.. Ok, dah cukuplah akan fakta serba ringkas yang dapat aku kumpul tentang mazhab syiah, maaf sebab fakta tersebut di ambil bukan dari puak syiah, jika puak syiah ada bukti bahawa fakta aku itu salah, boleh pergi edit dekat Wikipedia bahasa melayu kerana sebahagian faktanya aku ambik kat situ.. Baik, dah cukup maklumat, bolehlah aku tulis surat kepada Ah.
EDIT: Aku tak jadi hantar surat kepada Ah di atas sebab bini aku sudah mengamuk, dia cekik leher aku, dan gigit bulu kening aku, marah benar bila aku bergurau bab kahwin mutaah dengan amoi cina adik kepada Ah atau Ah seng apek jual basikal, katanya hak perempuan akan jadi hina jika mutaah dibenarkan, jap jap jap.., abang bukan nak kahwin mutaah sayang oii.., , abang nak ajak adik Ah, masuk islam, mutaah tu untuk puak syiah, abang nak berbesan dengan Ah yang jual basikal tu jer yang oii, dah lah tu gigit bulu kening abang, senget nanti, tak hendsome pula! w0ha! Dah dah dah! Hentikan cerita tentang surat kepada Ah seng, kerana aku gagal mengimbangi antara realiti dan fantasi, memang hampeh.. Akhir kata: aku rasa tak payah tulis surat kepada puak Syiah ni, buang masa jer karang surat panjang panjang, hantar SMS cukup. Maka aku tukar entry ini : SMS kepada syiah. Text: “Ah, baik U bertaubat jika mahu jumpa Ali di shurga, Kirim salam adik U.” End. ps: Sekian entry, SMS kepada syiah, tak perlu reply sms ini, sebab inbox telefon aku dah penuh.. replylah SMS ini dengan bertaubat kembali ke jalan Sunnah wal jamma'ah. Amin.. |
292 comments:
1 – 200 of 292 Newer› Newest»aku first ke?
Aku first cuma malas nak komen je.
bro.. berkenaan dgn kaabah haji tu kan.. err.. sy ingat2 suam laa.. bukan ka puak syiah ni ada kaabah lain.. ? mksud sy, ada arah kiblat lain selain kaabah.. dan, diorang menghalalkan darah orang yang tidak seagama dgn diorang kn. .?
hehe.. pelajaran pendidikan islam tingkatan 5 .. ingat2 gitu ja :p
ini panas!!!!!
thnx bro untuk info ni...memng berkesan di ahti sy..:)
dah lama nak tau pasal ni.. rasa macam tak cukup la.. nak lg bole tak.. :)
tambah lagi! tambah lagi!
Panjang sangat. Kena baca skali lagi
Salam...
Point2 sama macam yg pernah sya baca d blog seseorang yg bekerja d pakistan...
Wassalam....
info yg aku prnh dgar psal syiah nie, ada sorg "org lama" prnah gtau aku, yg msuh sbnr ummat islam nnti ialah puak ini. kerana mrk d kt kn Yahudi bertopengkn islam. mau menghancurkan kesatuan ht umat islam.
time aku blaja d universiti XXX dlu, ada sorg ustaz gtau yg pergerakan ini sbnarnya sdah menjalar di Malaysia ni scara senyap2. skrg mrk blum zahirkan kesyiahan mrk lagi krn blum ckup anggota. so, skrg mrk tgah kumpul anggota sbyknya. dan target utama dorg adalh golongan mahasiswa.
salam hamka...dlm post ni kamu ada selitkan tentang solat jamak kan????...aku just nak tanya...dalam situasi sebagai seorang pelajar sekarang, jadual waktu aku teramatlah padat...maksud aku dari jam 8pagi smpai la jam 6ptg...even jam 1ptg pn ada kelas...so ak nak tanye,boleh ke kalau aku jamak solat zohor dan asar dalam satu waktu cz kelas ak start dari jam 1ptg smpai 6ptg direct???...(sori kalau soalan takde kne mengena ngan topik)
salam
entry menarik :)
remind me to one of my friend
he is syiah
just to share
1.psl kiblat mereka kaabah o ape..tu saya tak pasti tp saya pernah tgk he prayed and put a stone ( he said it is pious stone).and when he sujud,he sujud atas that stone, not sejadah like we do
2.he have said, seks bahagian belakang (liwat)is legal..
3.human blood also legal..at certain situation (he explained that situation tp i dah lupa) mereka wajib bunuh sesama manusia and boleh minum or makan darah manusia tersebut.hmmmm...
4.for women, they pray without telekung..
tu je la yang i ingat n boleh kongsikan..
HE is from syria, my universitymate :)
thanks for sharing
TERBAEK :)
syiah bukan MAZHAB tapi PAHAMAN! thanks bro!
lau syiah xmasuk syurga ka abg hamka?
baru aku tau ade golongan yang mcm ni, hrmmmm
Adakah syiah masuk yg dlm 72 tu?
Dan apekah sebenarnya yg satu tu?
73 pintu,
73 jalan,
Yg smpai hanya satu jalan..
(Tanya sama Itu Hud Hud- M Nasir)
n3 mnarik...
time aku student kat manchester dulu, aku ada class fellow yg asalnya dpd kabul afghan. well time mula2 kenal, dia intro diri dgn nama abdul hadi. so all of us for 3 years ingatkan nama dia abdul hadi. tapi dia nih quite strange, pasal tak penah nak pakai student card, tak penah simpan ic dlm wallet, tak penah tunjuk paspot n cerita in general pasal diri dia.tapi dia jadi member baik aku time study.
time rapat dgn die dulu, pernah aku tumpang tido kat rumah dia, masa nak guna toilet rumah dia tu, aku tanyakan dia air utk istinjak, n dia terkejut, then asked, are you shiah?
aku heran, what? dia coverline balik oh nvm. kat depan pintu rumah dia, ada satu arabic fonts, aku cuba baca so found out bunyinya
bismilahi alii.
aku heran lagi so aku tanya apa maksud tu. dia coverline bagitau oh itu sama la dgn bismillahirahmaninirrahemm tapi dlm bahasa org afghan.
but at the end, masa dah tamat study tu dia nak balik kabul. so hari dia nak tinggalkan manchester for good tu dia tumpang kereta aku. dia terlupa passport dlm kereta aku masa aku nak hantar dia ke airport. aku sempat belek2 pasport dia so aku surprise bila found out nama dia tu dalam pasport ABID ALI. bila aku pasal apa nama dlm pasport tu lain dpd nama abdul hadi?
then dia reveal everything, dia nih org syiah. nama dia bermaksud penyembah ali. aku terkejut but then masih bkawan ngn dia sampai hari nih...through internet though.
well the point is aku nak bagitau, memang diorg(syiah) nih sangat terer menipu, memutarbelit alam dan bersembunyi aka TAQIYYAH. that's the reason n practices of why, syiah boleh survive and enduring time, sampai sekarang masih wujud.
kalo ada org melayu boleh terikut dgn fahaman heretic diorg nih, mmg aku tak faham lah...
x-bf aku ialah seorang persian dari iran dan syiah. dan dia ialah syiah yang alim
“Ada pelajar universti XXX mengadu sakit faraj kerana banyak bersetubuh, nak kita dia ni amal seks bebas, pakai purdah, bila usul punya usul, ternyata perempuan tu ikut mazhab syiah yang kahwin secara mutaah, kahwin satu malam, bersetubuh, cerai dan kahwin pulak.., takut saya jika anak perempuan saya jadi macam tu.
yang ni pernah hampir jadi kat aku bilamana dia ajak aku kawen mutaah reason dia, dia takmo berzina.
dia lafaz akad, beserta maskawen dan tempoh dan aku cuma kena sebut yes dah on nak beromen katanya
tapi aku cuak dan opkos la aku tak ikut. hahaha!
dan dia selalu cerita pasai khalifah uthman (if im not mistaken) bunuh Ali, baby Ali dengan tikam rusuk Fatimah dan tetak jari dia masa dia cuba tutup pintu bila depa serang rumah dia.
dan pesanan nabi terakhir - ali ialah khalifah selepas aku - sebab tu depa sokong ali, sapa yang tak sokong ali maknanya tak ikut pesanan nabi
dan depa tak makan kerang! kerang is haram! kalau dalam laut tu cuma ikan saja yang halal, kerang kerangan ketam belaka is haram.
eh banyakla plak. elok aku buat ja entry sendiri dari mengomen. kahkahkah
tapi serious best ada bf syiah yang alim. macam-macam cerita lucu kau boleh dengar.
tapi ex-bf la weyyyy aku dah kawen dah pun dan alhamdullilah laki aku sunni! hahahahaha
Rasulullah (s.a.w) bersabda: ‘Sesungguhkan di kemudian hari nanti akan berpecah-pecah umatku sebagaimana berpecahnya kaum Yahudi dan Nesrani dalam ugama mereka. Berpecah umatku menjadi 73 firqah (atau golongan atau mazhab), 72 golongan atau firqah atau mazhab masuk Neraka dan satu (sahaja) masuk Syurga.’
Maka bertanya para sahabat: ‘Siapa golongan yang satu itu, ya Rasulallah (s.a.w)?’
Sabda Rasulallah (s.a.w): ‘Iaitu yang mengikut jalanku (yakni, sunnah beliau atau as-Sunnah) dan jalan sahabat-sahabatku yang benar lagipun diberi petunjuk oleh Allah (a.w).’
(Hadith sahih riwayat at-Termidzi dll)
Aku pernah khususi seorang Syiah dari Iraq. Di akhir perbualan, di ajak ke surau untuk bersolah berjemaah bersama-sama tapi dia menolak sambil mengatakan bahawa cara solat beliau tidak sama dengan kami. Ketika itu beliau mengatakan bahawa beliau Syiah. Beliau menghantar kami sehingga ke lif. Kami mengatakan tidak usah. Tapi beliau mengatakan, ini memang budaya kami..
Mat Sabu pun syiah katanya, hahaha
Dan aku juga pernah khususi sambil membawa seorang Syeikh dari Pakistan. Kami pun bergerak untuk berjumpa dengan orang ramai. Pernah tuan bilik itu orang Syiah dari Iran, maka Syeikh tu baca syair Parsi. Suka dan seronok sungguh orang Syiah itu. Dan Syeikh itu berkata-kata dengan penuh hikmah. Beliau ceritakan kelebihan Saiyidina Ali r.anhu, Fatimah r.anha, Saiyidina Hasan dan Husain r.anhuma. Di akhir perbualan saat berpisah, orang Syiah tersebut mendakap erat-erat akan Syeikh tersebut.
-dalil@rahaba-
Saya ada seorang sahabat yang cukup taksub dengan fahaman ini.. Sukar untuk menerangkan kepadanya ada perkara yang menyimpang dalam fahaman ini.. Saya juga masih belum faham sepenuhnya dan kadangkala hampa apabila dia selalu mengajak tajuk ini didebatkan.. Ada sahaja alasan-alasan 'kukuh' yang diberikannya untuk menumpaskan alasan2 saya.. Sukar..
salam~
setahu sy diorang cuma menyanjungi ali je kan..n saya ada kawan yg berpegang dalam syiah ni.. sy sgt rapat berkawan dgn dia... dalam tahun nie jer sy baru tahu yg dia tu syiah.. tu pun lepas ada berita masuk surat khabar pasal pegangan syiah.. ckp syiah tu sesat bagai.. dia bagi tahu tu semua fitnah~ then sy nak juga lah tahu hal yang berkaitan dgn syiah ni lebih mendalam then dia cakap kat saya tak payah.. nak korek2 cerita dlm2 pun tak berani sbb takut persahabatan tu goyah..
tp sbb nak tahu lagi.. sy sll bertanya kat dia... dia ckp jangan sebab mazhab islam tu berpecah-belah.. (menurut apa yg ayh dia sampaikan lah)
saya kira kenal juga lah dgn semua keluarga dia nie.. semua baik2 jer.. mak ayh dia lebih dekenali sbg ustaz dan ustazah..
untuk perkawinan mutaah tu~ betul ker macam tu..
cube kamu/abg/ustaz/pakcik/uncle jelaskan lagi.. sebb sy ada bertanya jugak pasal mutaah ni.. dia ckp perkahwinan mutaah ni macm kahwin student yg tak cukup bajet nak tanggung family..
bleh detailkan lagi pasal nie tak
btw yg sy cakapkan nie mazhab syiah ummamiyah.. :)
wallahualam
(perbincangan budk ting 5)
heeee
_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://e.exps.me
sambungan..
sy tanya dekat dia.. pengikut syiah dkt malaysia nie ramai ka?
dia cakap ramai lah jugak..
mcm mana bleh ramai ekk?
huuu
free sex punye pasal hadith Nabi pun ditolak. huhu
Apa beza perkahwinan Misyar dan Mutaah?
http://en.wikipedia.org/wiki/Nikah_Misyar
TQ for nice topic
and elaboration hehe
saya dah share kt fb sy
tq.. ek....
siap ada taily kepada blog tuan,
don't worry
tak silap aku, Mat sabu syiah. ya.
kahwin dah senang, nak senang lagi hehe
*kalau jaga amal, INSYA ALLAH senang
kawen.. amin....
Salam,
Satu entry yang baik untuk mengingatkan semula apa yang telah aku dengar mengenai syiah semasa kuliah maghrib di surau tepi rumah kat shah alam.
Buznama tu pun menyatakan fahaman syiah ni sesat dan amat taksub dengan fahaman diorang, amat payah kita nak dakwah diorang kembali ke pangkal jalan ibarat "bagi guna GPS pun diorang tak layan JALAN yang ditunjuk".
Wassalam.
markas syiah nie dekat je dgn tempat saya.. yg penah ke serbu dulu tue..
takut jugak bila tgk banner event depa bnyak kat jalan.. nak sambut hari lahir Syaidatina Fatimah katanye.. org awam pegi pun sebab dapat makan free.. (",)
tgk depa "zikir" pun dah seram..
semoga Allah ampunkan depa semua.. ameen ya Allah..
semoga Allah tetapkan kita di jalan yang lurus ini.. ameen ya Allah..
p/s: klu nak kenal syiah, nanti ada event saya inform en.hamka yer.. (",)
apa syiah ni,penting ke? hmm
Salam,
Lady Rara, saya baca komen awak.
Saya nak sentuh bab Kerang. Ada satu kisah:
Air laut, berdasarkan hadith Abu Hurairah r.a. berkata:
Seorang lelaki bertanya kepada RasulULLAH saw, katanya: Wahai RasulULLAH, kami biasa berlayar di lautan dan hanya membawa air yang sedikit. Jika kami gunakan air itu untuk berwudhuk, akibatnya kami akan kehausan, maka bolehkah jika kami berwudhuk dengan menggunakan air laut? RasulULLAH saw bersabda
"Laut itu airnya suci lagi menyucikan, dan bangkainya halal dimakan."
Riwayat Tirmidzi (Hadith sahih)
Panduan hidup di dunia, harus SENTIASA rujuk AL-QURAN dan ASSUNNAH. WALLAHua'lam
Sila Rujuk (QS 3:31-32) (",)
hah..cite pasal syiah nie..bulan lepas, aku sedang kyusuk mendengar kuliah magrib..ustaz pon selitkan bab syiah..ustaz nie berckp tntng fakta, tntng syiah mengkafirkan para sahabat dan ustaz nie pon kate syiah sesat..lalu datang seorang pemuda entah dari mane (umur dlm lngkngan 20-an) mengamuk..tengking2 ustaz tu..pemuda nie kte ustaz tu fitnak..bla bla bla..jenuh dipujuk xmaunye..lg die marah siap mncrt..pukimak pnye ustaz..bla bla bla..pastu tok siak yg bdn saiz bonzer bngn, cekik die..baru tau tktnye...
sape die nak tinggikan suara (tengking2 org) dlm rumah ALLAH, apetah lg nak mencarut..taksubnye pemuda tu..
smga kte di beri hidayah oleh ALLAH..amin..
pss : berlaku di perak..
Assalamu'alaikum,
salam semua, saya pengikut mazhab Ja'afari..atay bahasa pasar = syiah.
Kesimpulan: artikel ni banyak gosip2 sahaja...tiada pembuktian fakta..
Sekian terima kasih. :)
satu klip video, komen Ahmed Deedat tg syiah:
http://www.youtube.com/watch?v=ZrPPx2Cl_p8
"I say why cant you accept the Shia brothers as a fifth madhab. And the astonishing thing is that he is telling you that he wants to be one with you. He is not talking about being Shia. He is shouting "there is no Sunni nor Shia there is one thing, Islam." But we say to them "no you are different you are Shia." This attitude is a sickness of the devil. He wants to divide us. Can you imagine we Sunnis are 90% of the Muslim world and the ten percent who are Shias want to be partners and brothers with you in faith and the 90% are terrified. I cant understand why should you the 90% be so terrified." (Ahmed Deedat,1982)
http://www.inminds.com/unity.html
Allahumma solli 'ala Muhammad, wa aali Muhammad wa ajjil farajahum~
:)
Allahumma solli 'ala Muhammad wa aali Muhammad~
syiah p jauh jauh la
Bab Syiah banyak muskil.
Satu hari waktu nak ke pasar suamiku pesan sebolehnya jgn beli ikan yang di meja tepi pintu kiri tu. Kenapa? aku tanya. " dia orang Syiah" apasal tak boleh, orang cina dan india kafir pun kekadang kita bebeli. "orang syiah menghalalkan darah orang sunnah" katanya. "dia orang memusuhi orang sunnah lebih dari org kafir memusuhi islam"
Pernah kawan suamiku buat ghast kat rumahnya, disuruh masuk rumah, dalam rumahnya ada gambar Ayatullahummini yang besar di ruang tamu depan.
Tapi....
Tak boleh ke berurusniaga dengan puak ni???
Tak faham syiah tak pe
Yang penting faham SUNNAH RASULLULAH S,A.W
N.Rompin
hari ni bertambah ilmu! Alhamdulillah! :D
post yang menarik dulu ada jga blaja skit dlm subjek agama kat sekolah
Assalamualaikum,
Please get the facts right people.
Tolonglah, jangan sebab ada pihak Syiah yang ekstrim, korang pukul rata semua Syiah.
Memang ada pemimpin Syiah yang melaknat para sahabat dan isteri Nabi tapi bukan semua. Ayatollah Khamenei ada keluarkan fatwa supaya tidak melaknat dan mencela para sahabat/isteri Nabi yang sangat dihormati oleh kaum Sunni. Natijahnya, Ayatollah Khemenei pun kena laknat sama sebab bersifat lembut dengan Sunni. Videonya ada dalam Youtube.
Memang ada Syiah yang sangat ekstrim, dan sangat memusuhi Sunni tapi apa bezanya dengan Sunni yang sampai sanggup tak nak beli ikan sebab penjualnya Syiah? (rujuk komen di atas)
Musuh utama umat Islam sekarang adalah yahudi Zionis tapi kita masih lagi memikirkan perbezaan antara Sunni-Syiah, padahal sepatutnya kita berganding bahu untuk mengalahkan musuh kita yakni Zionis.
“Umat muslim pada hari ini berdebat tentang apakah tangan harus diluruskan atau tidak dalam solatm sedangkan musuh (Islam) pada hari ini memikirkan cara untuk memotong tangan-tangan itu.” - Imam Khomeini
@alfindani,
Dalam solat masa tahiyat kita tak pula selawat, "Allahumma solli ala Muhammad wa alihi wasahbihi wassalam."
Jadi kenapa perlu tambah wasahbihi tu?
:)
apakah ada surah tambahan dalam quran -al-wilayah- utk golongan syiah? mmg jelas sesat...
haaaaaahhhhh.... satu2 nya ajaran jemaah islam yang paling benar adalah drp kump jemaah "6 point man" yg bemarkaz di Nizamuddin. semua fahaman, bangsa, budaya, ngara, background & apa sahaja menyatu dlm kump nie. stiap tahun, perhimpunan kdua terbesar ummat islam selepas perhimpunan haji adalah perhimpunan grup nie yg dibuat d Tonggi.
Modus Operandi perjuangannya:
menafikan makhluk, mengisbat kan Allah, sdaya upaya mengamalkan sunnah nabi, mengagungkan para2 sahabat, rsau dan syg ummat, blajar2 utk menafikn dunia dan syg akhirat. srta berkaseh syg sesama mrk. sluruh dunia ada markaz grup nie. bergrak scara trang-terangan, n tiada smbunyi2.
satu knyataan yg tidak berlebih-lebihan, dewasa ini dlm dunia islam grakan dakwah yg paling hebat, paling besar, paling berpengaruh dan paling bermanfaat di seluruh dunia adlah grakn dakwah drp grup ini. klu x caya, g lah d SP sana tgok sndri...
Assalam
Benar kata Nabi saw kita akan menjadi saksi kepada ribuan finah di akhir zaman.
Ya Rabb...jadikanlah iman-iman kami sekuat batu karang yang tidak terkesan dengan apapun badai yang mendatang, dan bukan seumpama buih-buih lautan yang akan hancur berkecai diakhir perjalanan.
Aku sayang kamu semua.......
Khalid
P/s: Firaun lebih jahat dari aku dan Nabi Musa as lebih alim dari kamu. Begitupun...Allah swt perintahkan Nabinya untuk jumpa dan beritahu Firaun dengan lemah lembut..tentang kebesaran dan kehebatan Allah.Wallahu'alam.
KhidmatTaam
Setuju!!
Ohh.....Baruku tau adanya orang2 fahaman shiah kat Malaysiani.
Masalah aqeedah adalah masalah yg sangat2 kritikal...
Berjaya selama-lamanya atau gagal selama-lamanya. Kena doa banyak2 agar ditetapkan di jalan yg maqbul (diterima Allah) dan kena rujuk pada orang yg betul2 'alim(belajar bersanad). (ustaz google bahaya)
Sepertimana org yg sakit kritikal dalam ICU... mana boleh rujuk 'doktor google' jer utk menyelamatkan pesakit.
ohh.. macam2 umat sekarang...istighfar
mak Anon
khidmat taam,
SP tu Sri Petaling kan??
Kalau nak join kena isi apa2 borang ke or kena jumpa sesiapa di sana...???
Maaf, hamba seorang yang jahil..
~insan jahil~
..ohh ada lagi..teringat
ada ustaz (bukan 'ustaz google') bagitau, yg satu2nya firqah yg selamat dari 73 firqah adalah AHLUSSUNAH WAL JAMAAH.
Kalau ahlussunnah, maknanya AHLI sunnah.
Kalau kita kata AHLI pelayaran, mereka adalah orang2 yg banyak membelanjakan harta semata2 utk pelayaran. Menggunakan tenaga sedaya upaya untuk pelayaran, menghabiskan kebanyakan masa dlm pelayaran. Pendekata,AHLI Pelayaran adalah golongan yg bersungguh2 sentiasa berkorban tenaga, harta dan masa dalam pelayaran sehinggakan sangat2 memerlukan pengorbanan keluarga.
Begitu juga AHLI politik. (kalau setakat mcm kita yg pegi mengundi, pastu balik...kita bukan golongan ahli politik). AHLI politik sanggup berhabisan masa, harta dan tenaga.. sehingga korbankan kepentingan keluarga semata2 utk politiknya.
Soalannya, adakah kita AHLI Sunnah?
Adakah kita dari golongan AHLI? Golongan yg sentiasa bersungguh2 sanggup berhabisan harta, masa, tenaga, dan rela korbankan kebajikan keluarga semata2 nak belajar sunnah, berAMAL dgn sunnah, atau memperjuangkan kehidupan sunnah agar Sunnah Nabi sentisa hidup?
..ada tambahan WAL JAMAAH..dan sentiasa memperjuangkan sunnah dalam berJEMAAH...bukan sorang2. Tak bebas2 sesuka hati berdakwah..tapi berJEMAAH. Adakah kita di dalam golongan yg mempunyai ciri2 yg selamat?
Sama2lah kita muhasabah diri dan pohon petunjukNya. Istighfar lagi..
Mak Anon
insan jahil, (maaf):
ye, SP tu Sri Petaling masjid.
grup nie takde isi borg apa2. syrtnya asalkn anda org islam, bass.
anda juge tak perlu jmp sapa2 kat sana sbg satu kemestian utk register ke, ape ke. just dtg sana je n dgr penerangan agama yg dibuat stiap hr sabtu mlm minggu. wktu antara mghrib - isyak. dress bebas tp sopan.
pastu cba2 lh "hijrah BA'diah" bersama mrk utk blajar agama serta memantapkn iman & amal. klu anda nak tau lg & lagi, tnya je sapa2 yg ada kat ctu.
Khalid :
Aku pun sayang pada mu....
So, doakan lah daku dan smua rakan2 seusaha mu agar ikhlas & istikhlas dlm usaha.
Doakn juga hidayat untuk seluruh ummat....
KhidmatTaam,
Jika isteri saya nak turut serta, apa yang perlu isteri saya lakukan?? maksud saya ada ke ustazah yg harus dia jumpa dahulu?? Maaflah, kami memang jahil tapi kami cuba untuk perbaiki diri kami..
~insan jahil~
bertambah ilmu..tq=)
tak paham laaaaa... ape citer ni. cer citer.
saya ada kenal orang dari iran. dan dia syiah. saya tnya dia pasal makanan di sini (sini=tempat kitorng belajar dan merupakan negara bukan islam). dia cakap dia akan masak sbb dorg xboleh makan semua seafood mcm kita. ada selected salmon,mackerel dan udang shj yg boleh mkn. kalo ikan tu di pancing dan bukan dtangkap guna jala then haram dimakan. mcm tu juga makanan yang berdengkerang. bg dorg tu haram dimakan. ada setengah daripada dorg ni time solat ada ada 1 batu kecil warna hitam. dorg akan letak batu 2 di tempat sujud. Apa fungsi batu tu wallahualam. xsempat nk soal siasat lg.
alfindani :
sekdar nak tnya,
kan smua dah maklum yg rukun islam sbnar 5, iaitu 2 kalimah syahadah, solat, puasa, zakat & haji. napa plak ada tmbahan lain (Al-Wilayah) plak?? pastu, napa dlm rukun islam syiah takde 2 kalimah syahadah plak? sdangkan itu perkara paling asas dlm islam...
pastu napa rukun iman hnya 5?? sdgkn smua tau rukun islam ada 6... share2 lah kat kitorang..
Jawab mana yang sempat sahaja:
Arif Aiman said...
bro.. berkenaan dgn kaabah haji tu kan.. err.. sy ingat2 suam laa.. bukan ka puak syiah ni ada kaabah lain.. ? mksud sy, ada arah kiblat lain selain kaabah.. dan, diorang menghalalkan darah orang yang tidak seagama dgn diorang kn. .?
(Hamka: mungkin puak syiah baca blog ni boleh jawab)
-----------
shi said...
salam hamka...dlm post ni kamu ada selitkan tentang solat jamak kan????...aku just nak tanya...dalam situasi sebagai seorang pelajar sekarang, jadual waktu aku teramatlah padat...maksud aku dari jam 8pagi smpai la jam 6ptg...even jam 1ptg pn ada kelas...so ak nak tanye,boleh ke kalau aku jamak solat zohor dan asar dalam satu waktu cz kelas ak start dari jam 1ptg smpai 6ptg direct???...
(Hamka:tak kanlah masa kelas takde break?, kalau berak 5 minit, lecture bagi tak? Kalau berakpun lecture tak bagi dan suruh korang berak secara jamak, iaitu habis kelas baru boleh berak secara serentak untuk hari tu, memang naya..
-----------
✿ gadis biasa ✿ said...
remind me to one of my friend
he is syiahjust to share1.psl kiblat mereka kaabah o ape..tu saya tak pasti tp saya pernah tgk he prayed and put a stone ( he said it is pious stone).and when he sujud,he sujud atas that stone, not sejadah like we do2.he have said, seks bahagian belakang (liwat)is legal..3.human blood also legal..at certain situation (he explained that situation tp i dah lupa) mereka wajib bunuh sesama manusia and boleh minum or makan darah manusia tersebut.hmmmm...4.for women, they pray without telekung..HE is from syria, my universitymate :)
(Hamka:kau bukan gadis biasa bila dapat berborak isu rahsia syiah terutama bab seks belakang is legal)
----------
syahrin said...
kalau syiah xmasuk syurga ka abg hamka?
(Hamka:kalau hina sahabat. Tak bertaubat, macam mana nak jumpa sahabat di shurga? Orang yang mereka hina?)
-----------
Imam Muda said...
Adakah syiah masuk yg dlm 72 tu?Dan apekah sebenarnya yg satu tu?73 pintu,73 jalan,Yg smpai hanya satu jalan..
(Hamka:baca entry lama aku: tajuk: Tanya sama hud hud)
-----------
Ibnu Hatari said...
then dia reveal everything, dia nih org syiah. nama dia bermaksud penyembah ali. aku terkejut but then masih bkawan ngn dia sampai hari nih...through internet though.
(Hamka:bagus jika korang ada pengealam bersama geng syiah, konsi kat sini, biar cerah mata)
-----------
Lady RaRa said...
x-bf aku ialah seorang persian dari iran dan syiah. XXX pernah hampir jadi kat aku bilamana dia ajak aku kawen mutaah reason dia, dia takmo berzina.dia lafaz akad, beserta maskawen dan tempoh dan aku cuma kena sebut yes dah on nak beromen katanyaXXX
(Hamka:guna fatwa kaum kera untuk benarkan sekske? syiah tolong jawab.)
-----------
insanpelupa said...
Di akhir perbualan saat berpisah, orang Syiah tersebut mendakap erat-erat akan Syeikh tersebut.
(Hamka:orang arab, memang terkenal dengan budaya melayan tetamu, sama macam orang melayu sebelum politik barat muncul..oh)
--------
Farina Ariffa said...
Saya ada seorang sahabat yang cukup taksub dengan fahaman ini.. Sukar untuk menerangkan kepadanya ada perkara yang menyimpang dalam fahaman ini.. Saya juga masih belum faham sepenuhnya dan kadangkala hampa apabila dia selalu mengajak tajuk ini didebatkan.. Ada sahaja alasan-alasan 'kukuh' yang diberikannya untuk menumpaskan alasan2 saya.. Sukar..
(Hamka:menang berdebat tak semestinya betul, kalah berdebat tak semestinya salah, tapi dua dua jadi mayat.)
----------
Anonymous said...
untuk perkawinan mutaah tu~ betul ker macam tu..
cube kamu/abg/ustaz/pakcik/uncle jelaskan lagi.. sebb sy ada bertanya jugak pasal mutaah ni.. dia ckp perkahwinan mutaah ni macm kahwin student yg tak cukup bajet nak tanggung family..
bleh detailkan lagi pasal nie tak
(Hamka:nak kahwin, ikutlah rukun dia, ada akad, saksi, dan wali, kecuali kes darurat, dalam pereng atau kau berdua jer sesat di pulau, boleh kahwin tanpa saksi dan wali, bab mutaah, dari sumber buznama, atau pengomen seksi di atas (lady rara), mereka berdua jer yang akad nikah, aku baca wikipun macam tu, so orang syiah, boleh cerita tak?)
-----------
Skymatrix said...
Buznama tu pun menyatakan fahaman syiah ni sesat dan amat taksub dengan fahaman diorang, amat payah kita nak dakwah diorang kembali ke pangkal jalan ibarat "bagi guna GPS pun diorang tak layan JALAN yang ditunjuk".
(Hamka:the best anology for today!)
---------
nam said...
markas syiah nie dekat je dgn tempat saya.. yg penah ke serbu dulu tue..takut jugak bila tgk banner event depa bnyak kat jalan.. nak sambut hari lahir Syaidatina Fatimah katanye.. org awam pegi pun sebab dapat makan free.. (",)
(Hamka:makan free, bestnya!1)
---------
Annabilah said...
Kesimpulan: artikel ni banyak gosip2 sahaja...tiada pembuktian fakta..
(Hamka:buktikan, aku tunggu depan kedai Ah seng)
-----------
Alfindani said
p/s: maafkan aku Hamka sbb pnjg komen kali ni. :)
(Hamka:ok jugak)
suchi said...
-------------
Assalamualaikum,
(Hamka:salam)
Please get the facts right people.Tolonglah, jangan sebab ada pihak Syiah yang ekstrim, korang pukul rata semua Syiah.Memang ada pemimpin Syiah yang melaknat para sahabat dan isteri Nabi tapi bukan semua. Ayatollah Khamenei ada keluarkan fatwa supaya tidak melaknat dan mencela para sahabat/isteri Nabi yang sangat dihormati oleh kaum Sunni. Natijahnya, Ayatollah Khemenei pun kena laknat sama sebab bersifat lembut dengan Sunni. Videonya ada dalam Youtube.
(Hamka:so, syiah yang baik tu, apa bezanya dengan sunnah wal jamaah?)
insal jahil (maaf):
MasyaAllah.. sy tabik sama anda. syabbass bai sahab...
klu anda kat SP sane, tnya lah kat sape2 d mana tmpat "taklim masturat"?
pastu, pasti dia tnya anda tggal kat kwsn mana? pastu katakn anda jwb sy dr Puchong, die akn bg jmp anda ngan org dr Puchong, n then dorg gtau lah alamat rmh yg ada bt program masturat (wanita) di area Puchong tu. pasti ada...
pastu anda bawa lah isteri anda ke alamat tu. program die mmg khas utk wnta. taklim, kisah sahabiah, serta sdikit nasihat ttg agama. klu kat masjid SP tu tak de program khas utk wnta. sbab masjid bg wnta adalah rumah. so, mreka didedahkan ngan suasana rumah dan dikaitkn ngan agama..
cube lah, n percayalah... kalau dlm ht anda bnar2 ignkn hidayat ngan ikhlas, Allah pasti akn buka jalannya... insyaAllah....
adoii laa...klako tul surat kpd Ah tu. nk gelak guling2 je rasenye!
Setuju ngan Mak Anon
N.Rompin
ohh SP TU SERI pETALING, ingatkan Sungai Petani, dkt Sungai Petani pon ada syiah juga,dekat area Bandar Laguna Merbok katanya..Siap kafir2 sahabat gak la..
Kepada yg komen,
anda tak kenal Syiah, jadi jangan sewenang2nya kata sesat. Jangan lupa, perkataan yang anda keluarkan akan jadi bukti sewaktu di padang mashsyar kelak. Dalami syiah dulu, baru bercakap.
Jangan menilai berdasarkan 'cakap2 orang' atau apa yang kita baca atau apa yang kita lihat. Tapi KAJILAH. Syiah menggunakan kitab2 sunni untuk berhujah. Tak percaya? Rajin2lah tengok youtube.
Hadis yang anda kata 'direka-reka' oleh syiah sebenarnya ada dalam kitab sunni.
Jadi kalau kami sesat, anda pun sesat lah. Tak gitu? :-)
Allahumma Solli Ala Muhammad, Wa Aali Muhammad!
".. tapi surat kepada syiah ini akan ditulis tanpa sempat bermuzakarah dengan mana mana puak syiah.."
ini tandanya, dengar2 gosip sahaja lah..
nak bukti? Inilah Amman Message:
(1) Whosoever is an adherent to one of the four Sunni schools (Mathahib) of Islamic jurisprudence (Hanafi, Maliki, Shafi`i and Hanbali), the two Shi’i schools of Islamic jurisprudence (Ja`fari and Zaydi), the Ibadi school of Islamic jurisprudence and the Thahiri school of Islamic jurisprudence, is a Muslim. Declaring that person an apostate is impossible and impermissible.
http://ammanmessage.com/index.php?option=com_content&task=view&id=91&Itemid=74
Terjemaham Risalah Amman: boleh baca link ini.
http://azzahrabalikpapan.org/luar-negeri/108-ratusan-ulama-umara-sedunia-tanda-tangani-persatuan-suni-syiah.html
Ratusan Ulama & Umara' yang 'endorse':
Bosnia Herzegovina: Prof. Dr. Syekh Mustafa Ceric (Ketua Ulama dan Mufti Agung), Prof. Enes Karic (Profesor Fakultas Studi Islam)
Mesir: Muhammad Sayid Thantawi (Mantan Syekh Al-Azhar), Prof. Dr. Ali Jum’ah (Mufti Agung), Ahmad Al-Tayyib (Syekh Al-Azhar)
India: Maulana Mahmood (Sekjen Jamiat Ulema-i-Hindi)
Indonesia: Maftuh Basyuni (Mantan Menag), Din Syamsuddin (Muhammadiyah), Hasyim Muzadi (NU).
Inggris: Dr. Hassan Shamsi Basha (Ahli Akademi Fikih Islam Internasional), Yusuf Islam, Sami Yusuf (Musisi).
Iran: Ayatullah Ali Khamenei (Wali Amr Muslimin), Ahmadinejad (Presiden), Ayatullah Ali Taskhiri (Sekjen Pendekatan Mazhab Dunia), Ayatullah Fadhil Lankarani.
Irak: Jalal Talabani (Presiden), Ayatullah Ali As-Sistani, Dr. Ahmad As-Samarai (Kepala Dewan Wakaf Suni).
Kuwait: Syekh Sabah Al-Ahmad Al-Jaber As-Sabah.
Lebanon: Ayatullah Husain Fadhlullah, Syekh Muhammad Rasyid Qabbani (Mufti Agung Suni).
Oman: Syekh Ahmad bin Hamad Al-Khalili (Mufti Agung Kesultanan Oman)
Pakistan: Pervez Musharraf (Presiden), Syekh Muhammad Tahir-ul-Qadri (Dirjen Pusat Penelitian Islam), Muhammad Taqi Usmani.
Palestina: Syekh Dr. Ikramah Sabri (Mufti Agung dan Imam Al-Aqsha).
Qatar: Dr. Yusuf Al-Qaradhawi, Dr. Ali Ahmad As-Salus (Profesor Syariah Universitas Qatar).
Sudan: Omar Hassan Al-Bashir (Presiden).
Suriah: Syekh Ahmad Badr Hasoun (Mufti Agung), Syekh Wahbah Az-Zuhaili (Kepala Departemen Fikih), Salahuddin Ahmad Kuftaro.
Yaman: Habib Umar bin Hafiz (Darul Mustafa), Habib Ali Al-Jufri.
Yordania: Raja Abdullah II, Pangeran Ghazi bin Muhammad (Dewan Pengawas Institut Aal Al-Bayt), Syekh Izzuddin Al-Khatib At-Tamimi (Hakim Agung), Syekh Salim Falahat (Ikhwanul Muslimin Yordania).
selebihnya di link ini:
http://ammanmessage.com/index.php?option=com_content&task=view&id=17&Itemid=31
hamka,bila nak kluar buku kereta mayat?
Malaysia pon ade endorse:
MALAYSIA
H.E. Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi ∫
Prime Minister
Dr. Anwar Ibrahim § Ï€
Former Deputy Prime Minister
Dato’ Dr. Abdul Hamid Othman §
Minister in the Office of the Prime Minister
Prof. Dr. Kamal Hasan ¶
President of the Islamic International University, Kuala Lumpur
Prof. Dr. Mohammad Hashim Kamali § Ï€
Dean of the International Institute of Islamic Thought and Civilisation
Mr. Shahidan Kasem §
First Minister of Perlis State, Malaysia
Mr. Khayri Jamal Al-Din §
Deputy Chairman for the Youth Sector, the United Malays
National Organisation
Dr. Salih Qadir Karim Al-Zanki *
International Islamic University
Allahumma solli 'ala Muhammad wa aali Muhammad~
:)
Lagi bukti:
1) Islam does not require a Muslim to follow a particular Madh'hab (school of thought). Rather, we say: every Muslim has the right to follow one of the schools of thought which has been correctly narrated and its verdicts have been compiled in its books. And, everyone who is following such Madhahib [schools of thought] can transfer to another school, and there shall be no crime on him for doing so.
2) The Ja'fari school of thought, which is also known as "al-Shia al- Imamiyyah al-Ithna Ashariyyah" (i.e., The Twelver Imami Shi'ites) is a school of thought that is religiously correct to follow in worship as are other Sunni schools of thought.
http://en.wikipedia.org/wiki/Al-Azhar_Shia_Fatwa
(scan documment: Fatwa al-Azhar 1959, arabic & english text)
http://www.al-islam.org/encyclopedia/chapter1b/azhar-a.gif
http://www.al-islam.org/encyclopedia/chapter1b/azhar-e.gif
la hau la wala quwwata illa billah.. kalo tadak org sesat n kapir.. sape nak duk dalam neraka tuh
-lampam
ala bising lah syiah malaysia nih, korang baru je beramal syiah kat msia, kalau geng masih tak ramai, TAQIYYAH LA senjata korang!
aku dah berdepan n duduk tenggelam dgn kelompok bangsa2 iran kat cheetam hill manchester satu masa dahulu. ada satu masjid diorg, bellot street Hussania Mosque.
aku dulu termasuk dlm masjid tu, lalu bersolah cara sunni, diorg esp "tok siak" terkejut beruk macam kita tengok "mat2 saleh n minah2 saleh yg tak tutup aurat saje2 masuk masjid jamek kl tangkap gambar." GELABAH BESAR tengok aku solah tak sama mcm diorg.
lepastu tempat yg aku solah tu diorg cepat2 basuh siot guna air tanah. samak la!! rupa2nya aku nih dikategorikan sbg najis... isk hinanye aku.
tak lama lps tu ada antara diorg tu tanya dgn penuh emosi pasal pendapat aku ttg sahabat dah isu khalifah,
"kalau hari akhirat nanti, jika Allah tanya pasal siapa yg berhak utk khalifah dalam pendapat kamu, maka apa jawapan yg kamu akan bagi utk amanah besar ini?"
aku berpeluh nak jawab siot time tu, tapi dgn taufiq Allah, jawapan aku bagitau
"firstly, Allah will not ask me such question! if Allah does happen to ask such question, aku bagitau yg sahabah ranhum hidup bukan pada zaman aku, atau diorang DEPENDENT dengan aku punya VOTE. SO as such i never wasted my time thinking about these matters"
well safe answer for both persian shia n nusantara sunni that time.
korang tau lepas tu dio senyum memanjang, bawak aku pi minum teh kat tea house org parsi n sponsor aku makan makanan2 org parsi, siap ada music club lagi entertain aku. bloody awkward ikram..
korang nak tau pasal govermentship afghan nih, hampir semua menteri2 diorng n termasuk hamid kharzai tu org syiah!! kawan baik study aku tu, abid ali, dia keturunan pembesar2 syiah n ada hubungan kekeluargaan dgn hamid kharzai di kabul. hamid kharzai kamceng dgn amerika. kalau takda bantuan guerilla n pertolongan sulit dpd pihak syiah iran, susahla amerika nak tewaskan org2 taliban n restore hamid kharzai as the leader of afghan!
dulu ada seorang ustad berbangsa parsi tapi berketurunan dpd sunni tinggal kat selatan iran.nama dia ALI.
dia nih dah 50 tahun tinggal kat manchester, katanya dia nih fugitive/pelarian sebenarnya. masa ceramah kat masjid newton building di salford uni, dia bagi karkuzari yg dia n suku2 bangsa dia yg lain berpegangan sunni telah di ETNIC CLEANSING kan oleh guerilla syiah secara sulit!.
one night about 40 yrs ago, he said, pernah satu troop tentera syiah masuk kampung dia, tahan seluruh ahli keluarga dia n org kampung yg lain n sisihkan golongan kanak2 dpd keluarga2 mereka.
sapa2 bernama ali, hasan, husin, and fatimah, remain alive n get along again with the family.
budak2 yang bernama abu bakar, umar, usman, muawiyah, yazid, aisyah, asma, bilal, saad, amar ditahan n tak penah dikembalikan kpd keluarga mereka SEHINGGA HARI ini.
keluarga ALI kene tahan pasal keluarga dia nih keturunan mualim sunni n very2 strong dgn jihad. but then almost the whole family kene massacre n survive hanyalah DIA. ustad ali nangis gile siot.
so here aku nak bagitahu, korang shiah malaysia takde jumpe lagi bende2 kontroversi sunni syiah yg melibatkan pembunuhan, perbalahan, pecah belah, yg mana aku duduk dlm komuniti kat manchester tu almost 10yrs ago dah experience mcm2 spt macam nih depan mata.
why does it explain as konstroversi issue? why cant we mix around n unite?
korang yg syiah atau bukan syiah nih, aku kongsikan sket lah experience pada mata kaca aku sendiri mengapa kalau seseorang dah pekat syiah nih, susah sangat nak terima hidayat?pasal apa?
sahabah ranhum are the cup bearer of HIDAYAH and NAIB OF NABI SAW in term of the effort of nubuwwat. hasil effort of nubuwwat is HIDAYAH.
but then shiah nih veryyyyyyy abusiveee toward sahabah nabi saw. and IN OUR SUNNI BELIEF, THOSE WHO ABUSE THE COMPANIONS RA ARE KAFIR, involve in GRAVEE ERROR OF IMAN. but syiah does so. pembawa hidayah(sahabah) korang (syiah) cop sbg penjahat? macam mana laa Allah nak bagi hidayah...
ps; aku ummat nabi saw cintakan ALI, HUSSEIN, HASSAN, FATIMAH, ABU BAKAR, UMAR, USTMAN, n the rest of 124,000 para sahabah yg lain!
n you shiah GOT love for HUSSEIN, HASSAN, FATIMAH only.
kita doa n mintak kesian kat Allah lah untuk org2 shiah seluruh alam nih..
one thing aku nak jelaskan.
between persian people and syiah ada perbezaan besar.
org parsi nih, kalau kita dah takluk dgn diorg n dia nak buat baik kat kita, ikram mmg macam para sahabah geng. srious. diorg mmg smart n very attractive looks, esp the ladies..ahah
sebaliknya syiah nih la fahaman yg sangatt "duri dalam daging" kpd umat islam. perangkap diorg utk menarik pengikut nih, dgn menonjolkan diri sbg pembela ahlul bait n kononnya diorgla paling DIEHARD FAN of nabi saw. itu pasalla banyak yg tersangkut esp org yg ilmu kurang n baru2 nak berjinak utk beramal soleh...tapi behind close door, syiah mengkafirkan sahabah secara tersembunyi.
so kesimpulannya mana2 bangsa yg berpegangan syiah ini la yg merosakkan ukruwah islam, samada dlm sedar ataupun tidak.
so my advice kpd org yg baru2 nak berjinak beramal soleh nih,
pi la masjid seri petaling, ikut program 3 hari. banyak2 la bukak buku ttg kisah ahlul bait n sahabah. aku sarankan korang beli buku hayatus sahabah dpd maulana yusuf khandalavi. insya Allah kalau betol2 ikhlas n niat belajar, kita akan cintakan seluruh ahlul bait dan juga para sahabah ranhum. so the world become peace n harmony...
Salam Ibnu Hatari,
maknanya anda hanya kenal Syiah daripada pemerhatian anda sahaja. Betul kan?
Sedarkah anda yang Syiah mempunyai kumpulan2 mereka sendiri? Dan golongan pelampau yang mengaku sebagai Syiah juga terlalu ramai? Kalau nak tahu, mereka dipanggil Ghulat. Dan kami akui puak-puak inilah yang memburukkan nama Syiah sejak dari zaman Ali.
Nampaknya anda bukanlah orang yang ikut isu2 semasa.
Tahukah anda bahawa Imam Khamenei (ketua Syiah Iran) telah mengeluarkan fatwa bahawa HARAM UNTUK MENCACI PARA SAHABAT dan ISTERI2 NABI?? Mesti tak tahu kan? Sebab anda hanya menerima cerita2 buruk berkenaan Syiah sahaja.
Tahukah anda bahawa golongan yang paling banyak dibunuh waktu zaman pemerintahan Saddam Hussien, Osama Bin Laden dan Muammar Gaddafi adalah golongan Syiah? Tahukah anda pengeboman di Iraq ditujukan untuk membunuh golongan Syiah?
Mintak maaf, kerana ilmu berkenaan Syiah anda terlalu cetek untuk berdebat dengan Syiah. Anda perlu mendalami kitab2 anda seperti Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Ahmad dan lain2 dahulu. Anda juga perlu mengenali kitab2 Syiah dahulu dan kenalpasti hadis mana yang sahih dan palsu. Setelah itu, baru anda layak berdebat dengan Syiah.
Allahumma Solli Ala Muhammad, wa Aali Muhammad
Ibnu Hatari, apa reaksi anda jika saya katakan bahawa anda juga Syiah?
Terkejut? Tahukah anda dan sahabat sunni yang lain, keempat-empat imam mazhab sunni belajar diantara satu sama lain. Dan guru keempat2 imam ini sebenarnya adalah Imam Jaafar As-Saddiq as iaitu Imam bagi mazhab Syiah. Tapi pelik bila anda claim bahawa Imam Jaafar as adalah bermazhab sunni sedangkan kebanyakan buku-buku Imam Jaafar as berada dan digunakan oleh Syiah.
Ibnu Hatari dan kesemua ikhwan2 Sunni dah Syiah,
Saya menyeru kepada perpaduan Sunni-Syiah. Maafkan saya jika terkasar bahawa dalam posting comment yang lepas2.
Debat kita takkan berakhir sampai bila pun jika anda terus menerus menggunakan ayat-ayat fitnah dalam hujah-hujah anda. Kajilah kitab-kitab Syiah dulu sebelum anda bercakap. Takut apa yang anda cakap itu adalah fitnah.
Allahumma Solli ala Muhammad, wa Aali Muhammad.
Salam Tuan Pengeblog,
Saya ingin bertanya.. bagaimana kita boleh mengatakan seseorang atau sesuatu kumpulan itu 'sesat'?.. sedangkan mereka juga solat seperti kita?
Mohon perbincangan bersama.
^_^
*maaf.. comment di artikel lain yg sama seperti comment di dalam artikel ini adalah tersalah post. maaf sekali lagi. hehe.
Alhamdulillah kalau semua syiah kat Malaysia sayang dan cinta semua sahabat2 radiallahu anhum dan semua isteri2 Nabi saw dan semua orang Islam.
Tapi, kenapa mesti nak ikut syiah? Kan bagus semua rakyat Malaysia ikut je Mazhab Shafie ... mudah untuk jabatan agama menyelaraskan segala2nya. Mudah utk sampaikan agama pada semua, tidak mengelirukan rakyat Malaysia yg susah nak duduk bagi masa untuk agama. Mudahkan semua. Ugama untuk semua. Selamatkan semua2... dari kemurkaan Allah swt.
Kalau shiah takde beza dgn sunni, kenapa nak cakap 'saya shiah'?
Kelirulahh...
Pada Sayang Hawa...
Dari Malik bin Anas r.'alaihi, menceritakan bahawa telah sampai kepadanya satu riwayat dimana baginda Rasulullah saw bersabda
"Aku tinggalkan dua perkara selagi mana kamu berpegang teguh dgn kedua2nya sekali-kali kamu tidak akan SESAT. Dia itulah Al-Quran dan Sunnah Nabinya.
(HR Muwato' Imam Malik)
-------
Tanya sendiri, adakah saya telah tegakkan sunnah yang dapat menggerunkan orang kafir?...contoh.. solat fardhu 5 waktu berjemaah di masjid/surau...
Tak pernah jumpa hadis Nabi yg sihat solat FARDHU bersendirian atau berjemaah dgn keluarga di rumah...
korang:
Saya ingin bertanya.. bagaimana kita boleh mengatakan seseorang atau sesuatu kumpulan itu 'sesat'?.. sedangkan mereka juga solat seperti kita?Mohon perbincangan bersama.
Hamka:
dik, lepas nabi wafat, muncul satu golongan tak bayar zakar, tapi mereka solat, abu bakar hantar jemaah untuk perangi golongan ini, lalu saidina Umar kata, mereka masih bersolat, cuma tak bayar zakat, kata Abu bakar:
"Demi Allah, jika di zaman Nabi mereka membayar zakat bersama tali, tapi sekarang mereka membayar zakat tanpa tali, akan ku perang orang itu!! (lebih kurang maksud)
Nota: tali itu adalah tali yang mengikat binatang, jika di zaman Nabi mereka bayar zakat binatang bersama tali, maka andaikata mereka ingin bayar zakat binatang tanpa tali di zaman Abu bakar, pun abu bakar akan perangi mereka, atapah lagi jika tak bayar zakat terus!!, abu bakar tidak mahu sedikitpun sunnah Nabi berkurang, dan tak mahu sebarang pembaharuan atau bidaah muncul!! lagi lagi di zaman pemerintahanya, korang paham tak? jadi bila ada yang solat tapi hina sahabat nabi (termasuk abu bakar) dah tentulah sesat..
rujuk kitab Hayatul sahabat karangan maulana yusuf
atau baca di sini:http://keretamayat.blogspot.com/2007/05/bagaimana-menjadi-pendakwah.html
ibnu hatari: aku suka perkongsian pengalaman, baru cerah mata!
aku dah kaji! aku dah kaji! yes! syiah memang sesat! dan jawapan ini firm!!!! tapi kita kena layan mereka baik2 sayangkan mereka, dakwah mereka, pasal mereka tak tahu, kalau dgn org yg tak mengaku allah tuhan dia pun mcm Si tauke Ah Seng tu pun kita kena layan baik2, so kita kena dakwah mereka2 yg jauh dari allah! ini kerja kita! dan sekali lagi SYIAH SESAT!
hamka,
Hamka:
dik, lepas nabi wafat, muncul satu golongan tak bayar zakar, tapi mereka solat, abu bakar hantar jemaah untuk perangi golongan ini, lalu saidina Umar kata, mereka masih bersolat, cuma tak bayar zakat, kata Abu bakar:
pembetulan bukan "zakar" tapi "zakat".
lain betul mksud klu huruf T ditukar kpd huruf R.
Sall Atli
tak boleh terima bila dapat tahu ada MELAYU-syiah!!! tapi ini lah hidayat!! MELAYU-kristian pun ada! apa nak heran! ya allah ampun dosa saya dan semua org islam!!! ya allah
orang syiah ni bising je.
klu berani, korang kumpul smua anggota korang dari iran ke, afghan ke, mana2 lah dr sluruh dunia. aku kumpul smua anggota2 aku dr sluruh dunia. kita jumpa kat Jerusalem.
amacam, ada berani kah???
Penghuni Khitta 2
Boleh ke orang Sunni berkahwin dengan orang Syiah? Pernah dulu makcik saya (Sunni) dilamar oleh seorang lelaki Tehran fahaman Syiah. Tapi dia tolak. Kalau tak, den ada pakcik Syiah la...
alamak, salah eja, ZAKAR!
TOLONG AJAR MACAM MANA ANK EDIT KOMEN?
TOLONh!
hahaha...
saya pengkomen yg ke 100
pakcik hamka salah taip lagi.
tolonG bukan tolonH
Sall Atli
aduh, salah taip lagi, memang habitat aku jika tulis maka tak samak, itulah ajdinaya.
"aduh, salah taip lagi, memang habitat aku jika tulis maka tak samak, itulah ajdinaya."
Pakcik hamka memang kelakar..
:)
aku telah lama kelakar, baru hari ni kau gelakkan aku?
bukankan esok esok kita semua jadi mayat?
ya, kita semua akan menjadi mayat
astaghfirullah..
astaghfirullah..
astaghfirullah..
Mana2 engkaula ali reza..
Mana boleh ko cakap aku sama ngn engko..
Aku tak tasbih nama hussain, hussain, hussain, buat helali n sambil lukakan badan.
Meh jemput pi sri petaling.. kita klua nak? Buat door 2 door, crita kbesaran Allah.. kalo ko buat tu, so kita sama
Your ayatollah ali khamenei maybe issue a fatwa, but korang tetap ada Taqiyyah!. Tak buat taqiyyah, tak sempurna iman org syiah. Itu pegangan!
Lantak apa la ko nak respon ali reza.
Aku masak bena dgn korang, kalo bdebat tu bnyak dalih, kpura2an, berselindung n tak ngaku. Itula taqiyyah!
Lakum di nukum waliyadeen
Tak ramai komen dalam ni yg mengajak kepada perpaduan.
Kalau org tu kafir atau binatang mcm anjing dan babi sekalipun kita patut berbuat baik. Inikan pula sesama Islam.
Nak tahulah antara anda yg pernah berdepan dengan org2 Syiah ni, pernah ker kena pukul dengan mereka? Kalau ya lah mereka halalkan sgt darah kita.
Saya minta anda2 yg mengaku byk sangat ilmu agama ni tolonglah berkomen mengikut ilmu bukan ikut emo. Banyak hadis atau firman Allah yg anda paste utk menguatkan hujah akan jadi tak guna kalau ia jadi terlalu emo. Bertenang k?
Wallahua'lam.
Woha mmg kelasss
Ehhh.. Tunggu...Saya tak fahamlaa, kenapa orang Melayu kat malaysia ni nak tukar tukar kepada fahaman Shiah? Kan dah elok-elok mak bapak kita, alim ulama kita ikut Ahlussunnah Mazhab Shafiee?
Adakah kalau ikut Mazhab Shafie sahaja kita belum lagi selamat? cer..citer..cer..citer..
Ke tak sesuai dengan nafsu?
Hari ni hari Jumaat. Jom banyakkan selawat.
Salam Ibnu Hatari,
Tuan boleh tetapkan tempat dan masa. Dan saya akan pergi kesana atas dasar perpaduan sunni-syiah. Mari kita berdialog. Saya cuma ada satu syarat. Anda bawak semua kitab Sahih Bukhari, Muslim dan lain2 kitab Sunni. Saya akan kemukakan bukti melalui kitab2 anda.
*berdialog ye, bukan berdebat.
Kenapa anda tidak mengaku anda juga 'sesat'. Walhal imam2 sunni belajar dari imam kami? Pelik bin hairan bin ajaib.
Anda boleh katakan bahawa kami kebanyakannya berTAQIAH. Ye, saya mengaku, memang kami bertaqiah. Kami bertaqiah kerana kami sentiasa diburu sejak zaman Muawiyah lagi. Kami diseksa, difitnah, dibunuh dan anak2 kami diculik! Sebab itu kami bertaqiah. Anda kene faham apa maksud taqiah dulu baru bercakap soal itu.
Kami bertaqiah untuk sembunyikan keimanan kami. Jika kami tak bertaqiah, tentu kami akan disisihkan, dipukul malah dibunuh seperti yang berlaku di Iraq sana.
Ibnu Hatari,
saya tahu anda berfahaman Salafi/Wahabi. Memang puak2 anda sangat mendendami kami. Kerana kami menolak Abu Hurairah sebagai perawi hadis. Tapi kami ada sebab yang kukuh. Ruang ini terlalu kecil untuk saya berikan sebabnya.
Saya ingin tanya, begitukah cara anda bercakap? Terlalu kasar bagi saya. Takpelah, saya dah banyak hadapi semua ini dan telah terbiasa. Tapi apabila kami berjumpa dan saya kemukakan bukti, mereka terdiam seribu bahasa.
Buat pembaca sekalian,
Kami telah jawab '100 soalan kepada Syiah'. saya kemukakan 100 soalan kepada Sunni. Silalah jawab.
http://kajianislamdanpendidikan.blogspot.com/2011/05/100-soalan-kepada-sunni.html
P/s: Ibnu Hatari, bila kita boleh bersua? Saya menantikan jalan ukhwah kita. :-)
Ibnu Hatari dan pembaca sekalian serta KeretaMayat yang mewujudkan ruang fitnah ini.
Saya menyeru anda (sunni) menjawab 100 soalan ini.
http://kajianislamdanpendidikan.blogspot.com/2011/05/100-soalan-kepada-sunni.html.
Jawab jangan tak jawab. Terutamanya kepada Ibnu Hatari.
Allahumma Solli Ala Muhammad, Wa Aali Muhammad!
Ali Reza,
ko dok ngara mn gak nie? ko mc sempat lagik hdup d zaman muawiyah ya. mmg ko hebat ya. Malaysia ni ngara yg aman. sjak bl pula ada penindasan mcm tue d Malaysia klu ko beriman??? andaikata taqiyyah yg korang buat tu disebabkan oleh pnindasan mcm tue, mknanya org syiah yg mnerima pnindasan d zaman muawiyah tu BERDENDAM lah ngn puak sunni shingga ke generasi skrg nie?? boleh kah berdendam dlm islam??
ooo...aku fham dah, mmg korg berdendam kan? tulah sbabnya korang mau pcahbelahkan puak sunni yg pelabagai mazhab. mgkn skrg nie korg tak zahirkn lg. tp klu pengaruh korg dah kuat, mgkn korang dah buat mcm kat iran tue, sama mcm kat Manchaster sprti yg d bgtau oleh Ibnu Hatari. kan??
klu mcm tue sama lah prinsip korang nagn yahudi dan nasrani yg mau memecahbelahkan hati2 ummat islam.....
maaf lah, kan bgus2 dah mak bapak ko lahirkn ko kat Malaysia nie, membesar ngan islam bermazhab Syafie. pa lg ko mo cari fahaman yg mengelirukan??? buat susah2 badan mu jak....
Ali Reza,
kalau bennar fahaman dan ajaran mu tu, gerak lah secara terang-teranagn... napa mo bergerak scara sembunyi2?? andaikata fahaman yang ko bawa tu mmg haq, insayAllah Allah Ta'ala akn lindungi jugak tue. jan ko takut.
Allah maha kuasa, makhluk tiada kuasa...
tulah yg menjadi prinsip dan asas perjuangan kami. tulah kami avaialable kat mana2 je. hatta kat israel pun pengaruh kami ada tnpa sembunyi2. sbab kmi ykin kmi bawa benda yg haq, Allah Ta'ala pasti lindungi kami.
korang pun mcm tu lah gak...
setuju dengan ikan joshh..
satu lagi, aku pernah dengar sorang alim gtau, sapa yg tolak hadis2 Abu Hurairah, kene ucap syahadah semula.
so, pa lagi wahai kaum2 syiah... ucap cpat sbelum korang mati....
suka2 je Si Ali reza ni ckp imam2 mazzhab belajar ngan imam dia!!! funny!!! kalu ye pun dorang belajar yg ko tak ikot apasal? tulah sujud batu byk sgt!
Syiah ni mmg suka bedebat, sebab pandai auta!!! 100 soalan tu hang suruh Imam hang jawab!!!
alahai Ali reza oi! ko duduk umah tgk tv banyak! mau citer pasal imam mazhab
alahai Ali reza oi! ko duduk umah tgk tv banyak! mau citer pasal imam mazhab
salaam.
Ali Reza dh mengaku tolak Abu Hurairah.Dah jelas. Apa nk dikata!
cer tanya Ali Reza, jd Abu Hurairah tu murtad ke? klu ya & mmgnya ya pun di sisi syiah, so kafir la Syiah tu.
Tak payah tanya sampai 100 soalan kt Ali Reza n the Gang. Cukup dgn beberapa soalan simple je.
Tanya sj apa pandangan dorg ttg Abu Bakr , Umar,Aisyah, dan umumnya para sahabat? klu dorg kafirkan or ckp murtad maknanya sah depa kafir.
Mintak jwpn jelas & terang dr dorg ttg status Aisyah Ummul Mukminin. Apakah dorg mengaku Aisyah tu Ummul Mukminin ke x? Tnya ttg tuduhan ke atas Aisyah r.anha.
Cukup dgn soalan2 berkenaan pndngn ttg para shbt sj dh bleh tahu syiah ni kafir ke, zindiq (munafiq) ke ok ke.
Didlm kitab fiqh mazhab Syafie, Kifayatul Akhyar, bab kesaksian, pengarang menukilkan kata2 Imam Nawawi kata beliau (Imam Nawawi):
"Benar. Org yg menuduh zina kepada Aishah adalah KAFIR & x boleh diterima kesaksiannya".
Siapa golongan yg menuduh Aisyah dgn tuduhan itu smpai sekarang? Syiah! checkmate!
Adapun org yg bertaubat,maka keampunan Allah terbuka luas utk mereka, & kesaksian mereka slps itu bleh diterima mengikut pandngn mazhab.
sekian.
minta maaflah Ali Reza n smua org2 Syiah klu bahasa saya sgt kasar. sye tgur mcm tue sbab sy sygkn korang. korang saudare seislam saye, sama2 bangsa melayu. 1 kalimah, 1 Malaysia.. so, menjd tggungjwb saye tgur anda2 smua.
kan dah jelas syiah tu lari dan menyimpang dari ajaran islam yg sbnar... mengkafirkn para sahabat, ada tambahan rukun islam dan iman yg lain plak tue, melukakan badan, tolak perawi kitab sahih, n byk lg... tu smua alasan dan sbab yg menjadikan nya logik krn ada pengaruh syaitan bah tue.. kan syaitan dah sumpah untk guna apa cara sahaja untu sesatkn anak cucu Adam. mgkn setan tak halang korang utk solat, krn iman korang dah mantap dr segi solat. tp strategi syaitan yg lain ialah memecahbelah kan hati2 org2 beriman(islam), supaya kita luput drp pandangan Allah...
so, berbalik lah pada ajaran islam yg sebenar... yg pernah korang dididik sejak dr kecil lg. pa lg yg korang nak cari??? cume iman je aku, korang dan kita suma perlu mantapkan lagi, krn iman kita lebih tipis drp kulit bawang...
jadi, bila tuan2 suma nak kluar ke jalan Allah???
Para Imam Syiah drp S.Ali, Al-Hasan, Al Husain, Ali Zainul Abidin, Al-baqir, As-Sodiq, Al-Kazhim, Ar-Ridho radhiyallahu 'anhum adalah org2 yg benar, & mereka BUKAN Syiah.
Sama spt Kristian yg menggunakan nama Jesus/ Nabi Isa a.s sdgkn Nabi Isa sendiri berlepas diri drp kedustaan & kebiadapan mereka.
wallahu a'lam.
Aku dah baca smua 100 soalan tu, tapi aku sibuk lagi nak usaha atas jawapan soalan kubur..kalo dpt jawab pun bukan penyebab aku terlepas dgn seksa kubur pun..nak jawab ambik banyak sangat masa, so diringkaskan jawapannya ada dlm 6 perkara,
Laailahaillallah muhamadurrasulullah,
Solat qusyuk n quduk
Ilmu n dzikir,
Ikramul muslimin
Ikhlas niat
Fisabillah
Huraikan bende nih bukan je dpt bagi jawapan kat 100 soalan tu, jutaan masalah n persoalan akan terungkap. bahkan kalau dpt hakikat atas 6 perkara nih, selesai masalah dunia n akhirat.
Degil jugak nak jawapn tu, ko rujuk jakim.
Ali reza bro, sekali lagi ku katakan;
Lakum di nukum waliyadeen
Akum!
24. Adakah Allah bukan pemilik kekuatan ‘Kun Fayakun (semuanya)? Jika ya, mengapa Dia tidak mengehadkan neraka (bilangan penghuni) dengan perintah yang ringkas (tak perlulah tanya penghuni neraka dan letak kaki-Nya?)
25. Di antara keyakinan anda adalah kenyataan bahawa baik dan jahat berasal dari Allah [swt], bererti bahawa Allah [swt] adalah sumber kejahatan juga (astaghfirullah)? Buktikan kepercayaan ini secara intelektual.
29. Ketika Rasulullah SAW Mi’raj, adakah baginda telah diberikan keistimewaan untuk melihat Allah (SWT)? Jika ya, kemukakan kami satu hadis dengan sumber lengkap dan rujukan di mana Rasulullah SAW menggambarkan wajah Allah (SWT).
31. Apa dasar kepercayaan anda mengenai melihat Allah, Al-Quran atau Hadis? Jika Al-Quran, berikan kami ayat mengenainya dan jelaskan sama ada terdapat percanggahan dengan ayat yang lain kerana kata-kata Allah adalah bebas dari percanggahan. Jika hadis, maka kemukakan hadis tersebut dalam kaitannya dengan Al-Quran.
32. Walupun anda tidak menganggap sahabat sebagai maksum dan menerima bahawa mereka juga melakukan dosa, anda menganggap adalah salah untuk mengkritik mereka kerana menghormati mereka. Anda mensucikan mereka dengan cara tidak menyebut kejahatan mereka, yang membuktikan fakta bahawa, untuk menghormati keperibadian yang terhormat dan bermartabat, dia perlu dijauhkan dari dosa dan diperlakukan sebagai orang yang bebas daripada kesalahan. Konsep ini secara istilahnya adalah kemaksuman. Lalu mengapa anda membantah Rasulullah SAW yang suci sebagai maksum? Jika anda menganggapnya sebagai dosa untuk memanggil para sahabatnya sebagai orang berdosa, mengapa anda menolak kemaksuman Rasulullah SAW?
33. Pada mazhab ASWJ, bukan Allah yang memilih orang untuk jawatan Imamah atau Khilafah tetapi ia berdasarkan pilihan manusia. Oleh itu, Imamah tidak merupakan sebahagian daripada doktrin Islam anda. Oleh kerana Khilafah tidak mempunyai kaitan dengan agama, sebaliknya anda menganggapnya (kekhalifahan) sebagai sesuatu di luar agama, jadi, mengapa anda terus-menerus berdebat dengan Syiah dalam hal ini? Bukankah ini percanggahan? Bukankah pada anda, imamah ini isu politik sahaja?
40. Jika Fatimah as adalah seorang Mukminah, maka bolehkah mematuhinya? Kerana setiap sahabat adalah Adil, bukankah mengikuti salah seorang daripada mereka merupakan jalan keselamatan?
41. Jika tidak (tidak boleh patuh), beritahu kami mengapa Rasulullah SAW bersabda, “Fatimah bahagian dari diriku, dan siapa yang membuatnya marah, membuat saya marah.” (Sahih al Bukhari Volume 5 hadis 61).
42. Jika dibolehkan untuk mematuhi Fatimah, maka diriwayatkan dalam Shahih Bukhari bahawa Hazrat Sayyedah Fatimah as tidak menyenangi dua syaikh (Abu Bakar dan Umar). Malahan Fatimah as telah mengarahkan dalam wasiatnya bahawa mereka tidak boleh mengambil bahagian dalam majlis pemakamannya.
43. Jika murka Hazrat Fatimah terhadap dua syaikh(Abu Bakar dan Umar) adalah tidak bercanggah dengan Islam, maka mengapa anda mencintai dua Syaikh (Abu Bakar dan Umar)? Allah [swt] menganggap murka-Nya dan Fatimah adalah sama, dan Sayyedah Fatima meninggal dalam keadaan marah kepada dua Shaikh (Abu Bakar dan Umar).
44. Anda berpendapat bahawa tidak ada beza antara Ali (as) dan tiga sahabat (Abu Bakar, Umar dan Uthman). Katakanlah saya menerima pendapat itu, tetapi saya ingin beritahu anda bahawa saya sangat menghormati Sayyedah Fatimah (as) yang merupakan sebahagian daripada Rasulullah SAW. Dia (Fatimah as) mempunyai keutamaan iaitu setiap kali dia muncul di hadapan Rasulullah SAW, baginda selalu berdiri sebagai tanda kehormatan menyambut Sayyedah Fatimah as. Oleh kerana itu, adakah mengikuti keperibadian hormat (Fatimah as) boleh menjadi penyebab keselamatan atau tidak? Jelaskan dengan mengambilkira hadis – hadis dalam Sahih Bukhari dan Muslim mengenai hal ini.
45. Apabila Rasulullah SAW wafat, adakah Rasulullah SAW meninggalkan Al-Quran kepada umatnya atau tidak?
46. Jika ya, maka mengapa perlunya pengumpulan Al-Quran? Dan mengapa umat kekal dalam keadaan tiada Al-Quran sehingga zaman pemerintahan Uthman?
47. Jika Rasulullah SAW tidak meninggalkan Al-Quran kepada umat sebelum kewafatannya, maka tugas Risallah tidak tercapai kerana tujuan kedatangannya adalah untuk menyampaikan mesej dari Allah untuk umat. Jadi, bagaimana dikatakan bahawa agama TELAH LENGKAP?
48. Terdapat banyak riwayat dari Imam Muslim yang menyusun ayat-ayat al Quran yang membuktikan bahawa Rasulullah SAW sendiri mengarahkan al-Quran ditulis dan dipelihara. Tetapi agak mengejutkan kami, setelah Rasulullah SAW wafat hingga ke zaman Uthman, adakah orang tiada Al-Quran? Bolehkah anda jelaskan mengapa ada jurang masa dari wafatnya Rasulullah hingga ke zaman Ustman terjadi?
49. Anda bangga dengan penghafaz Al-Quran dan bahkan mendakwa bahawa terdapat ramai sahabat Rasulullah SAW yang hafaz al Quran. Lalu, beritahu kami, antara Ali (as), Abu Bakar, Umar dan Uthman, siapa paling arif mengenai Al-Quran? Berikan jawapan anda dengan sumber yang lengkap dan dengan rujukan kepada kitab – kitab anda.
50. Jika tidak ada seorangpun dari tiga sahabat tersebut telah menghafaz Al-Quran, maka mengapa mencemuh Shiah walaupun banyak penghafaz al Quran adalah Syiah?
51. Dalam kitab yang masyhur dari mazhab ASWJ, ‘Itteqaan’ oleh Suyuti, vol. 1 halaman 59, diriwayatkan bahawa Ali (as) pernah mengatakan kepada Abu Bakar bahawa:
“… penambahan telah dibuat terhadap Al-Quran dan hati saya memberitahu saya bahawa selain dari salam, saya tidak akan memakai jubah sehingga saya(‘Ali) telah selesai mengumpulkan Al-Quran, dan Abu Bakar berkata, anda mengatakan hal yang benar.”
Hadis ini diriwayatkan oleh Akramah ini yang merupakan tokoh Sunni yang dipercayai. Setiap Sunni menerima laporan ini sebagai benar. Apakah ini bukan bukti yang cukup bahawa selepas wafatnya Rasulullah SAW, mazhab anda telah memakwilkan firman Allah (SWT) yang melakukannya adalah Imam Muslim sendiri. Jadi, apa lagi bukti yang boleh anda berikan untuk mengatakan bahawa Al-Quran bebas daripada Tahreef (penambahan)?
52. Diriwayatkan dalam shahih Bukhari bahawa Rasulullah SAW pernah terlupa ayat Al-Quran. Jika pembawa al Quran, Rasulullah SAW sendiri lupa, maka kebenaran ayat al Quran boleh diragui, yang boleh menyebabkan Al-Quran tidak dipercayai. Tidakkah riwayat seperti itu menimbulkan keraguan tentang kedudukan Al-Quran dan Rasulullah SAW? Jika Rasulullah SAW boleh salah dalam kaitannya dengan Al-Quran, maka baginda SAW juga boleh jadi lupa (na’uzubillah) pada sunnah juga? Dalam perkara ini (keaslian Al-Quran dan Sunnah), bagaimana mazhab anda boleh dikatakan mazhab yang benar?
53. Dalam banyak kitab – kitab hadis anda, ada berbagai laporan bahawa Al-Quran telah diubah (Tahrif). Sebagai contoh disebutkan dalam kitab al Itteqaan bahawa:
Surah al-Ahzab mempunyai dua ratus ayat sebelum dan sekarang hanya 73 ayat.
Bagaimana dengan bakinya (400-73=127 ayat)? Jika ayat – ayat tersebut telah dibatalkan, mana ayat-ayat yang telah turun untuk membatalkan ayat – ayat tersebut? Demikian pula dalam Itteqaan vol. 2, halaman 25 Abdullah Ibnu Umar menyatakan bahawa:
“tidak seorangpun dari anda pernah harus mendakwa telah menerima Al-Quran secara keseluruhan, yang ada hanya yang tertinggal sahaja (rather what remains).
Adanya laporan tersebut menunjukkan bahawa menurut mazhab anda Al-Quran telah diubah. Bolehkah anda jelaskan?
54. Bolehkah Rasulullah SAW melarang apa yang telah dibenarkan oleh Allah? Bolehkah anda jawab berdasarkan ayat Al-Quran?
55. Apakah ada orang dalam kalangan umat yang diberi kuasa untuk melarang apa yang telah dibenarkan oleh Allah dan Rasul-Nya?
57. Al-Quran mengatakan bahawa :
“orang beriman ‘Qaala Mumin min aale Firaun yaktumu imana-hu’ (orang beriman dalam kalangan pengikut Firaun (Aal Firaun)) telah menyembunyikan iman mereka kerana takut. Itu bukan bererti mereka tidak beriman. Jadi, mengapa anda mengatakan Taqiyyah Syiah adalah sesuatu yang tidak berakhlak (abhorrent)?
terjemahan penuh ayat 28: Ghafir:
58. Shahih Bukhari, vol. 4, halaman 123 edisi Mesir dari Hassan Basri bahawa ‘Al taqiyyah baaqiyata ila qiyaamat yawmil, (taqiyyah dibenarkan hingga ke hari kiamat). Jadi, adalah jelas bahawa taqiyyah terbukti halal baik dari Al-Quran mahupun Hadis. Oleh itu, mengapa ASWJ mengkritik taqiyyah yang diamalkan oleh mazhab Syiah?
59. Fatawa vol Khan Qaadhi. 4, halaman 821 menyatakan, bahawa jika seseorang berkahwin dengan mahram (ibu, saudara perempuan, anak perempuan, ibu saudara dll) dan mempunyai hubungan seksual dengan mereka dan bahkan mengakui bahawa dia tahu semasa melakukan upacara perkahwinan itu haram baginya untuk berkahwin. Namun, menurut Imam Abu Hanifah, dia (orang yang mengahwini itu) tidak tertakluk kepada semua jenis hukuman Islam. Bolehkah kita mengikuti sebuah Mazhab yang mengeluarkan fatwa begini? Beri kami jawapan yang rasional?
60. Al-Quran menyatakan bahawa
“Laa Yamassuhu
illal
Mutahharun ’ Tidak ada yang boleh menyentuhnya (ayat al Quran) kecuali orang yang suci, tetapi dalam Aalamgeer Fatmaada jilid 5, halaman 134 dan dalam Fatwa Siraajiya
, halaman 75 dinyatakan bahawa Surah al-Fatihah boleh ditulis dengan air kencing (astaghfirullah). Bolehkah anda jelaskan dakwaan ini?
61. Setiap Surah Al-Quran bermula dengan Bismillah tetapi Surah Taubah tidak bermula dengan Bismillah, mengapa?
64. Buktikan kalimah “Assalaatu (khairun) Minan nawm” (sembahyang lebih baik dari tidur) yang disebut dalam azan subuh disebut dalam Al-Quran? Jika tiada, nyatakan sekurang-kurangnya hadis sahih.
66. Buktikan kepada kami bahawa Solat Tarawikh telah dilakukan secara berjamaah pada zaman Rasulullah SAW dan zaman Abu Bakar.
67. Anda hanya memiliki sembilan riwayat yang mengatakan solat adalah dengan bersedekap (letak tangan atas dada/perut masa berdiri). Pada prinsip-prinsip periwayatan hadis, buktikan sanad nya sahih keseluruhannya
68. Semasa zaman Abu Bakar, berikan riwayat untuk membuktikan bahawa Abu Bakar solat dengan bersedekap. Jika anda boleh (buktikan), kenapa umat Islam yang bermazhab Maliki meluruskan tangan mereka dalam solat mereka?
69. Al-Quran memerintahkan kita untuk berpuasa sampai malam “
alsiyamar atmou ilaa alaa Thamar Al-lail”
(dan malam ketika kegelapan masuk). Mengapa anda berbuka puasa lebih awal? Mengapa Umar dan Uthman berbuka puasa selepas solat Maghrib?
Nuqaa ‘Umar, muka surat 110, hadis 351, oleh Waliullah Shah Dhelavi
saya sangat setuju nagn Ibnu Hatari
70. Anda mendakwa bahawa Al-Quran Syiah mengandungi empat puluh bahagian, buktikan sumbernya daripada empat buku utama Syiah (Kutub Al-’Arba’a).
71. Jika Mut’ah adalah Haram, mengapa Asma Binti Abu Bakar melakukannya? Sepertimana yang dinyatakan dalam lihat Tafsir Mazhari Qadhi Thanaa Allah, halaman 577.
72. Dalam Mishkat Shareef, dilaporkan bahawa ketika Abu Bakar dan Umar meminang putri Rasulullah SAW (Fatimah as), Fatima as menyatakan kepada Rasulullah SAW untuk menjawab dia terlalu muda untuk berkahwin, apakah ini sebuah riwayat yang benar?
73. Jika salah, maka buktikannya dengan bukti lengkap secara intelektual dan tekstual.
75. Sahkah solat anda tanpa darud (selawat kepada isteri nabi dan sahabat)? Jika sah beri bukti lengkap. Jika tak sah, kenapa selawat hanya diberi pada Muhammad SAW dan keturunannya dan bukan pada sahabat dan isteri Rasulullah? Jika solat sah tanpa selawat kepada para isteri dan sahabat, mengapa Ahlul Sunnah menambah nama-nama kumpulan ini untuk darud dalam majlis keagamaan mereka?
(nota penterjemah: kata-kata itu adalah “wa’ala alihi wa sohbihi ajmain”)
76. Berikan hadis sahih dengan sumber lengkap di mana diriwayatkan bahawa darud ke atas semua sahabat dan isteri-isteri Rasulullah SAW adalah wajib. Jika wajib, kenapa solat sah tanpanya (darud)?
77. Anda percaya bahawa Khilafah boleh dilantik oleh pilihan masyarakat (umat) atau secara ijma’ (konsensus). Apakah Rasulullah pernah mengatakan hal ini?
78. Adakah Rasulullah SAW meninggalkan dunia ini tanpa memberikan bimbingan mengenai Khilafat? Jika ya, mengapa dua syaikh (Abu Bakar dan Umar) berkata ’ ilaaimatu minal Quraish’ (Para Imam berasal dari Quraisy) di saqeefa bani sa’da? Apakah mereka khusus berbohong untuk kepimpinan? Mengapa mereka menentang Sunnah Rasulullah SAW, mengapa Abu Bakar Umar sebagai khalifah selepasnya (secara wasiat)?
79. Dalam Majmaul Bihar, Muhammad Tahir Gujrati menulis bahawa Abu Bakar mengaku bahawa ‘Saya bukan Khalifah tapi Khalifah’. Jika kenyataan ini benar, mengapa anda tidak menyangkal kekhalifahannya?
80. Dalam Sawaiq Al-Muhriqah, Allamah Ibnu Hajar Makki menulis bahawa ada tiga Siddiq (jujur), Habib seorang Najaar, Hazqeel dan Ali (as), dan bahawa Ali (as) lebih baik dari keduanya. Mengapa Abu Bakar tidak disebut di sini?
81. Adakah Umar pewaris pengetahuan Rasulullah SAW? Jika ya, maka mengapa sebagaimana dimaksud oleh Jalaludeen Suyuti ‘Umar sering mencari perlindungan dengan Allah dari setiap soalan yang sukar semasa ketiadaan ‘Ali. Dan kenapa dia mengaku bahawa ‘lau la aliyyan lahalakal Umar’ maksudnya, “Jika Ali (as) tiada, Umar telah celaka” (Tadkhiratul Khawwas, oleh Sibt Ibne Jauzi, halaman 127).
82. Apakah dua syaikh Ahlul Sunnah (Abu Bakar dan Umar) hadir dalam majlis pemakaman Rasulullah SAW, jika anda mendakwa mereka lakukan, maka mengapa dalam kedua-dua Syarah Mawaqif dan Al Faruq Shibli Nu’mani mengesahkan ketidakhadiran mereka? Jika mereka tidak menyertainya, sahabat jenis apa mereka (Abu Bakar dan Umar) ini?
Farooq, oleh Shibli Naumani, Page 40
tumpang lalu tuan kenderaan keretamayat....
pelik jugak pada syaih yg mengangkat Imam Ja'far sebagai imam mereka... sedangkan Imam Ja'far sendiri tak pernah mengaku syiah.... try cek kitab beliau....
Ali pon tak pernah mengaku sebagai syiah...
ke guano....
83. Dalam Musnad Ahmad Hanbal dan sebagainya, disebutkan bahawa Aisyah telah menggelar Uthman sebagai Na’thal, yang harus dibunuh dan Murtakib Kufur. Jika anda menganggap Aisyah sebagai orang yang benar, maka anda mesti menerima gelarannya kepada Uthman. Dan jika dia (Aisyah) tidak mengatakan kebenaran, mengapa anda mengakui kebenarannya (Aisyah)?
84. Rasulullah SAW telah siapkan askar untuk memerangi Musailimah ibn kazzab dipimpin oleh Usamah. Abu Bakar dan Umar juga diperintahkan untuk berada di bawah pimpinan Usamah. Mengapa Abu Bakar dan Umar tidak pergi berperang? Apa keizinan yang mereka miliki yang membolehkan mereka mengabaikan perintah Rasulullah SAW? Jika mereka mempunyai keizinan khas, mengapa Rasulullah SAW melaknat orang-orang yang diarahkan pergi berperang tetapi tidak pergi?
85. Dalam Muwatta dari Imam malik, diterjemahkan oleh Allamah Waheed al Zamaan, muka surat 147, hadis 603, Rasulullah SAW menceritakan bahawa seorang sahabat telah mendekatinya, memukul dada dan merobek rambutnya. Jika pemukulan dada di hadapan Rasulullah SAW dibenarkan maka mengapa anda menentang perlakuan itu (pukul dada sendiri)?
86. Syeikh Abdul Haq Muhaddath Dehlavi dalam bukunya Midaaraj Nabaweeya, vol. 2, halaman 544 menulis bahawa muazzin Rasul, Hazrat Habashi Bilal (ra) datang ke Masjid Rasulullah SAW memukul dada dan mengeluh. Jadi, apakah pendirian anda tentang pemukulan dada?
87. Dalam Musnad Imam Hanbal, edisi Mesir, Vol. 6, muka surat 274, ada tertulis bahawa selepas kewafatan Rasulullah SAW, Aisyah memukul dadanya bersama-sama dengan perempuan lain, apa pendapat anda tentang tindakan Ummul Mukminin?
88. Hazrat Ali Hajweeri Al Mash-huur Daata Ganj Bakhsh Lahore dalam bukunya
Kashful Mahjoob, bab 2, halaman 118, bahagian 8 meriwayatkan dari Umar, bahawa Rasulullah SAW bermain sebagai unta untuk Imam Hussein yang masih muda (as) , yang bererti ia membuat dirinya replika unta. Jadi, adakah Sunnah (tradisi) untuk membuat replika kuda Imam Husain atau sebuah bid’ah (Inovasi)?
89. Dalam
Kanzul A’mal, Hayder aabad edisi, vol. 5, dalam Musnad Ali karramallahu wajhu, halaman 147, hadis 2403 ada tertulis bahawa, Rasulullah SAW sering sapu (wipe) kaki ketika berwudhuk, mengapa anda tidak menganggap sapuan (wiping) sebagai dibenarkan? Jika kaki akan masuk neraka kalau kita tak basahkannya semasa wudhuk, maka bagaimana sapuan air ke atas sarung kaki (stoking) adalah dibenarkan dalam mazhab anda?
90. Dalam Baiatul Ridhwan, umat Islam membuat perjanjian untuk tidak melarikan diri dari medan pertempuran. Perang Hunayn berlaku selepas “bay’at di bawah pokok” (Baiatul Ridwan). Jadi, apa pandangan anda mengenai orang-orang yang melanggar perjanjian setia mereka iaitu orang yang lari semasa Perang Hunayn?
91. Sejarawan, Habib as Sayr menulis tentang pertempuran Hunayn bahawa:
Ertinya ketika ditanya di mana Abu Bakar dan Umar?, Pencerita itu menjawab mereka juga melarikan diri ke beberapa sudut.
Renungkanlah atas riwayat ini, Adalah sangat jelas bahawa dalam tafsir anda, Tafsir Qaweri, Tafsir Hussayni, Rawdhatus Safaa, Taareekhul Khamseen, Rawdhatul Ahbab, Ma’aarijun Nubuwwah, dll disebutkan bahawa tiga orang lelaki telah melarikan diri dari perang Hunayn. Mengapa mereka melanggar perjanjian Baiatul Ridhwan? Jawab selepas membaca semua buku ini.
92. Jika tiga Abu Bakar, Umar dan Uthman adalah orang yang berani, lalu tunjukkan kami buku anda iaitu Tafsir Qaweri nama ketiga – tiga orang yang tidak lari dalam pertempuran Hunayn. Dan buktikan kepada kami dari semua buku anda, berapa ramai orang kafir telah dibunuh oleh ketiga-tiga orang ini dalam Perang Badar, Uhud, Khaibar, Khandak dan Hunayn. Berapa ramai orang kafir yang telah mereka cederakan? Dan berapa banyak kecederaan yang dialami mereka sendiri dalam mempertahankan tubuh mereka? Dan sebutkan sekurang – kurangnya lima nama (dengan sumber lengkap) orang-orang yang mereka bunuh.
93. Jika Umar berani, nyatakan nama-nama orang yang beliau bunuh dalam Perang Uhud dan Hunayn dari sumber-sumber sejarah yang membandingkan Ali [as] dan Umar.
94. Dalam Tafsir Dur Manthur, Suyuti, vol. 54, dan Izalatul Khifa Shah Waliyyullaah Muhaddath Dahlavi, halaman 199, ada tertulis bahawa Rasulullah SAW memberitahu Abu Bakar ‘kemusyrikanmu bergerak dalam diri kamu seperti pergerakan semut’. Berdasarkan hadis ini, bagaimana Au Bakar dianggap sebagai seorang yang benar (Siddiq)? Dan jika dia (Abu Bakar) tidak syirik, mengapa dia tidak membantah kata Rasulullah SAW? (bahawa kata Rasulullah SAW ada syirik dalam diri Abu Bakar) seperti seorang kafir mendustakan Rasulullah SAW.
95. Dalam kitab anda Fatawa Qaadhi Khan, vol 1, halaman 64, tertulis bahawa jika seseorang yang sedang solat mencium seorang wanita tanpa nafsu maka solatnya sah. Kenapa nak bercium semasa solat? Perlukah bercium dalam solat?
97. Anda menentang kehalalan Mut’ah dan menyamakannya dengan perzinaan. Tapi dalam kitab anda
Syarah Wiqaaya, halaman 298, disebutkan bahawa Imam Abu Hanifah, menyatakan bahawa perzinaan yang dibayar (pelacuran?) adalah halal (expenditure of an adulteress is halaal) dan tidak ada hukuman bagi seseorang (not any jurisprudential limit) yang membayar seorang wanita untuk zinah. Apakah mut’ah lebih buruk dari ini?
98. Dengan memanggil Marwan balik dari Madinah, Uthman bin Affan menentang Rasulullah SAW. Adakah anda mencela atau menyokong tindakan Uthman itu?
99. Terdapat fakta dalam buku Sunni bahawa Muawiyah telah bersengketa dengan Khalifah Rashid (khalifah mendapat petunjuk) dan mengarahkan Imam Hassan [as] supaya diracun (rujuk Mahram Naama, Khwaja Hassan Nidhami). Jadi, mengapa Muawiyah yang mengutuk ali [as] di mimbar dianggap sebagai adil? Beri kami penjelasan intelektual dan tekstual.
100. Bagaimana dan atas arahan siapa insiden Harra (serangan Madinah) terjadi? Apa yang berlaku ke atas Madinah dan penduduk Madinah pada masa itu? Sila berikan penjelasan terperinci tentang i
ok anda lihat soalan2 yg saya copy paste tu...
soalan2 nya mmg sangat kontroversi dan dan ada berbaur hasutan untuk membenci para sahabat
huhh...
memang terang2 org syiah ni menolak sahabat2 Rasulullah (Abu Bakar, Umar, Uthman)
ape lg yang nk dikata??
astaghfirullah..
Salam.
Ikan Josh,
1. Jika kami ingin memecahkan umat Islam, kenapa kami mengajak kepada perpaduan? Dalam comment anda, anda telah menuduh saya ‘berdendam dengan pihak sunni’. Padahal saya berkawan dengan kawan-kawan Sunni saya tanpa rasa dendam .
2. Saya mintak maaf, saya tidak dilahirkan sebagai Sunni, tapi dilahirkan sebagai pencinta Ahlul Bayt. Dan keluarga saya telah mengikuti mazhab ini berkurun lamanya. Tahukah anda bahawa menurut kajian pakar sejarah, Syiah telah sampai ke Tanah Melayu sebelum kedatangan Islam di Melaka lagi?
3. Anda menuduh prinsip kami sama dengan Yahudi dan Nasrani. Aii..Fitnah lagi. Apa bukti anda nak mengatakan kami sedemikian? Kenalkah anda dengan imam2 kami dan kitab2 kami?
4. Kami tak bergerak secara sembunyi. Malah kami telah menganjurkan program besar di persekitaran Masjid terkenal di ibu kota beberapa bulan lalu. Dan ia juga telah dihadiri oleh Tun. Dr. Mahathir dan rakan2 Sunni kami. Ini adalah bukti kami tidak bersembunyi.
5. Alim ulama’ mana yang bagi tau kalau tolak Abu Hurairah, orang tu kene mengucap semula? Boleh sebut hadis yang mengatakan pujian keatas Abu Hurairah oleh Rasulullah? Masa zaman Umar Khattab, beliau telah memecat Abu Hurairah daripada jawatan kerajaan kerana telah mengkhianati amanah. Dan riwayat tersebut telah dicatatkan dalam kitab Sunni. Apa pandangan anda?
Syiot,
1. Nama yang baik. Mak Ayah bagi ke? Apa yang kelakar sangat bila imam-imam anda belajar daripada imam kami? Anda bacalah sejarah. Kalau taknak pun baca la Wikipedia. DIsitu ada cerita mengenai imam-imam anda.
Saudara Tak Bernama,
1. Kami mengaku yang Aishah itu Ummul Mukminin. Dan saya tidak bertaqiah kerana menurut fatwa Sayyid Ali Khamenei untuk tidak mencerca sahabat dan isteri2 nabi. Jadi saya telah menjawab soalan anda. Ulang lagi sekali, saya tidak bertaqiah.
2. Ini adalah fatwa2 daripada ustaz2 kami berkenaan dengan isu memukul badan > http://mohdareef.blogspot.com/2011/07/fatwa-ulama-dan-marji-tentang-budaya.html
Ibnu Hatari,
1. Nampak, anda cuba melarikan diri apabila saya usulkan soalan. Tapi anda terus kemukakan fitnah kepada kami. Bukalah mata dan telinga anda. Kajilah Islam secara keseluruhannya, jangan mengkhusus kepada kitab2 anda sahaja.
Allahumma Solli Ala Muhammad, Wa Aali Muhammad!
ada yg terasa kewwww.. hew hew hew. woha!
Al fatihah buat Muammar Gadaffi.Inilah salah satu rancangan Amerika dan Israel..membuat kita sesama islam berbunuh,Saya merayu kepada semua umat Islam diMalaysia,jangan la kita bergaduh sesama sendiri,mencerca..dan paling berat menfitnah.Suabanallah..Ya Allah Ya Tuhanku..aku memohon kepadaMu satukan lah hati kami Semua.Amin
post comment panjang2 ni Pakcik hamka baca kah? naik juling aku tgok woha!
Fatwa Ulama dan Marji' Tentang Budaya Memukul Badan Dengan Pisau dan Rantai
Salah satu konspirasi musuh Islam ialah memasukkan unsur-unsur khurafat dalam kebudayaan Asyura yang di sambut oleh pengikut Syiah di seluruh dunia. Meskipun begitu beberapa Marji' Taqlid sudah pun mengeluarkan fatwa mereka mengenai perkara ini.
Ulama Silam
Ayatullah al-Uzma Sayed Muhsin Hakim: Qamezani (pisau yang dipukul pada badan) bukanlah amalan beragama dan mustahab. Amalan ini memberi kesan buruk kepada Islam, umatnya dan Ahlul Bait (as).
Ayatullah al-Uzma Sayed Abul Qasim al-Khui: Tidak ada sebarang dalil Syar'i yang membolehkan Qamezani; tidak ada jalan yang menghukumkan amalan itu sebagai mustahab.
Ayatullah al-Uzma Sayed Abul Hasan Esfahani: Penggunaan pisau, gendang, rantai dan Bouq (sejenis trompet dari tanduk) adalah haram dan bukan dari Syariat Islam.
Ayatullah al-Uzma Sayed Muhsin Amin Jabal 'Amili: Qamezani dan apa saja peralatan sambutan Asyura sepertinya adalah haram menurut hukum akal dan Syarak. Mencederakan kepala bukan sahaja tidak memberi manfaat di dunia dan pahala di akhirat, bahkan ia menyakiti jiwa serta haram menurut hukum syarak. Amalan ini juga menyebabkan Syiah dan Ahlul Bait diejek oleh orang ramai. Mereka akan menganggap amalan ini sebagai ganas. Tiada syak lagi bahawa amalan ini berasal dari bisikan Syaitan dan tidak mendatangkan keredaan Allah, Rasulnya dan Ahlul Bait.
Ayatullah al-Uzma As-Syahid Sayed Muhammad Baqir Sadr: Amalan ini adalah pekerjaan insan yang jahil dan para ulama sentiasa menghalang dan mengharamkannya.
Ayatullah al-Uzma Fadhil Lankarani: Masalah Qamezani bukan sahaja tidak mendatangkan lebih banyak kesedihan dan kecintaan terhadap Imam Husain (as) dan matlamat suci beliau. Namun ia tidak diterima, bahkan ia memberikan natijah yang buruk dalam pandangan rasional.
Ayatullah al-Uzma Shalehi Mazandarani: Dalam sumber Fiqh, Qamezani sama sekali tidak memberikan sebarang faedah dalam Azadari Imam Husain (as).
Ayatullah As-Syahid Murtadha Mutahhari: Upacara ini meniru budaya Kristian Ortodok Caucasus.
Ayatullah Muhammad Jawad Mughniah: Upacara ini tidak sesuai dan Bid'ah menurut agama dan Mazhab.
Ayatullah Musykini: Perkara ini menimbulkan masalah menurut Syariat Islam. Bahkan ia mengandungi unsur-unsur haram dan umat Islam tidak boleh sekali-kali memasukkannya sebagai ibadah dalam berdukacita atas Imam Husain (as).
http://mohdareef.blogspot.com/2011/07/fatwa-ulama-dan-marji-tentang-budaya.html
Ali Reza,
tapi bagaimana pula dengan soalan yg ni
85. Dalam Muwatta dari Imam malik, diterjemahkan oleh Allamah Waheed al Zamaan, muka surat 147, hadis 603, Rasulullah SAW menceritakan bahawa seorang sahabat telah mendekatinya, memukul dada dan merobek rambutnya. Jika pemukulan dada di hadapan Rasulullah SAW dibenarkan maka mengapa anda menentang perlakuan itu (pukul dada sendiri)?
86. Syeikh Abdul Haq Muhaddath Dehlavi dalam bukunya Midaaraj Nabaweeya, vol. 2, halaman 544 menulis bahawa muazzin Rasul, Hazrat Habashi Bilal (ra) datang ke Masjid Rasulullah SAW memukul dada dan mengeluh. Jadi, apakah pendirian anda tentang pemukulan dada?
87. Dalam Musnad Imam Hanbal, edisi Mesir, Vol. 6, muka surat 274, ada tertulis bahawa selepas kewafatan Rasulullah SAW, Aisyah memukul dadanya bersama-sama dengan perempuan lain, apa pendapat anda tentang tindakan Ummul Mukminin?
bukankah soalan ini daripada SYIAH sendiri???
tidakkah 3 soalan itu drp SYIAH kepada SUNNI yg mengatakan Isteri NABI pukul2 DADA hingga melampaui BATAS??
mak bapak aku, tak kawin mutaah! hehehe dia takan bagi nama yg bukan2! ermmm ko reza hasil perkawinan mutaah ke? syok lah ko ye! dapat amal agama ikot nafsu mak ayah ko! tapi aku masih berharap ko balik kejalan yg benar! tapi hidayat bukan milik saya!
ermmmm tgk soalan pun dah hancur! nak jawab mcmmana? ini serupa lah nak jwb mcm org kristian tanya kita pasal nabi isa? bagi hujah mcmna pun dorang takan terima! sebab jawapan kita berpandukan IMAN! bukan fakta atau auta!
kita tegur puok2 nih kerana Allah.. bukan kerana nk suruh puok2 dio tobat.. sbb tuh kalo dio tak tobat kito takdok gapo2.. Alhamdulillah.. la haulawala quwwata illa billah.. kito semua nih takdok daya upaya pon.. sapa yg buat puok2 syiah nih?? tak lain tak bukan Allah SWT jugok.. jgn maroh sangat kat puok2 nih.. takut kito plk jd kufur sbb marah dgn benda yg Allah buat..
Kita redha je lah dgn Qadak n Qadar Allah.. dah tulis dah sejak azali semua tuh.. cuma jgn tinggal syariat yg nabi SAW bawak.. Org buat salah kita kena tegur elok2.. kalo melawan n dio ajok perang br leh perang.. kalo ambo salah sila betulkan.. Wallahua'lam..
-lampam-
bukti! bukti! bukti!! pastu bagi bukti ustaz dia!! funny!
ustaz ko bagi tak kalau aku pukul dada ustaz ko? eh! mana boleh nabi kami ajar kena muliakan org alim! so tak jadi lah aku nak hentak ustaz ko!!
Salam,
Living Seed, terima kasih kerana sudi membaca soalan2 tersebut. Ulama' anda telah kemukakan 100 soalan kepada Syiah dan semuanya telah dijawab oleh kami. Dan kini saya menyeru rakan2 Sunni sekalian menjawab soalan2 tersebut.
3 soalan tersebut adalah daripada kitab Sunni. Kami cuma memberitahu bahawa ada kitab anda yang mengatakan isteri2 Nabi memukul diri sendiri bagi menunjukkan kesedihan. Perlu diingatkan bahawa tuduhan fitnah kepada kami adalah "memukul badan hingga berdarah". Puak yang memukul badan hingga berdarah tu memang salah satu kumpulan Syiah yang kami sendiri tolak mereka sebagai sebahagian daripada kami. Sedangkan hampir semua Ulama' kami mengatakan HARAM untuk berbuat demikian.
Apapun tahniah dan terima kasih kepada anda kerana setakat ini, anda lah yang paling bersopan berbanding rakan2 Sunni anda dalam ni. :-)
Syiot,
Soalan apa yang hancur? Saya rasa semua soalan yang dikemukakan berbentuk ilmiah. Mana datangnya iman kalau tidak melalui hidayah Allah s.a.w. Dan hidayah itu akan datang melalui usaha kita sendiri. Jadi, usahalah untuk mengkaji apa itu Syiah dan apa itu Sunni. Membacalah wahai sahabatku.
Saudara tak bernama (lampam),
Alhamdulillah, terima kasih kerana mengingatkan rakan2 anda. Sebenarnya kita langsung tiada hak untuk mengkafirkan orang Islam selagi orang itu mentauhidkan Allah dan mengakui bahawa Nabi Muhammad saaw adalah nabi terakhir. Dan itulah yang kami pegang. :-). Hanya bezanya.
Assalamu'alaikum Pakcik Hamka..
Waktu dalam kuliah,lecturer kiteorg x setuju bila kiteorg tanya apa pandangan die tentang syiah ni sesat.Sebab lecturer kiteorg kte syiah ni dah banyak kali menang majlis tilawah al-quran.Mohon pandangan daripada pakcik..?
ALI REZA
"3 soalan tersebut adalah daripada kitab Sunni. Kami cuma memberitahu bahawa ada kitab anda yang mengatakan isteri2 Nabi memukul diri sendiri bagi menunjukkan kesedihan. Perlu diingatkan bahawa tuduhan fitnah kepada kami adalah "memukul badan hingga berdarah". Puak yang memukul badan hingga berdarah tu memang salah satu kumpulan Syiah yang kami sendiri tolak mereka sebagai sebahagian daripada kami. Sedangkan hampir semua Ulama' kami mengatakan HARAM untuk berbuat demikian. "
KITAB SUNNI KITAB YG MANA???????
Nabi Muhammad Sendiri sudah berkata yg HARAM MENAGIS Teresak2...
Pembohongan No. 1: "HUKUMAN" terhadap AHLUL BAYT
Salah satu ciptaan Syiah mengenai fakta sejarah saperti yang telah digembar gemburkan olih pemberita-pemberita mereka ialah mengenai "hukuman" yang telah dikenakan kepada Syaidina ‘Ali ibn Abi Talib r.a. dan isteri beliau Sayyidah Fatimah sebaik sahaja kewafatan Rasulullah. Peristiwa yang disebut-sebut olih pembawa-pembawa berita yang tidak bertanggung jawab ialah:
Bahawa ‘Umar ibn al-Khattab telah mengugut untuk membakar rumah Sayyidah Fatimah bersama-sama dengan keseluruhan keluarganya termasuk dirinya sendiri.
Bahawa ‘Umar telah memerintahkan supaya pintu rumah Sayyidah Fatimah di pecahkan secara paksa sehingga Sayyidah Fatimah mendapat kecerderaan sehingga keguguran anaknya yang belum lahir disebabkan kejadian tersebut dan enam bulan kemudian meninggal dunia disebabkan kecederaan yang sama.
Dan juga suaminya yang ingkar, Syaidina ‘Ali telah diseret secara paksa keluar dari rumah saperti penjenayah biasa untuk memberi sumpah keta’atan kepada pemerintah Abu Bakar.
Didalam pemikiran golongan Syiah, peristiwa ini adalah fakta-fakta sejarah yang benar dan tidak dapat disangkal lagi, walaupun ianya dari sumber yang asli, walaupun terdapat percanggahan yang amat ketara dengan fakta sejarah yang tulen. Tidak pernah terlintas pada golongan Syiah untuk mengenangkan akan kebaikan-kebaikan yang pernah dilakukan olih Abu Bakar dan ‘Umar, dan tidak ada seorang pun Syiah yang telah mempercayai peristiwa diatas dengan sendirinya menghulurkan salam persahabatan walaupun sebesar debu terhadap Abu Bakar dan ‘Umar – tambahan pula kepada para-para sahabat yang bersetuju dan berbait dengan mereka.
Walau bagaimana pun, marilah kita jalinkan diantara kisah sejarah versi Syiah mengenai asas pokok iaitu "hukuman" yang dikatakan dan mengenai perbalahan diantara Syaidina ‘Ali dan para-para Sahabat yang lain, kemudian membuat perbandingan dengan fakta-fakta lain, ketulenan sejarah yang dipersetujui bersama olih ASWJ dan Syiah.
Contohnya, mengenai fakta Syaidina ‘Ali sendiri menamakan anak-anak lelakinya dengan nama Abu Bakar, ‘Umar dan ‘Uthman. Tiada seorang insan, walau bagaimana mulianya beliau akan menamakan anak-anak lelakinya dengan nama-nama musuhnya yang utama, apalagi nama-nama mereka yang dipertanggung jawabkan kerana menyebabkan kematian isteri tercintanya, Sayyidah Fatimah.
Adakah kerana sifat kebencian yang teramat sangat atau manupulasi emosi yang melampau, maka tidak terdapat seorang pun yang bernama Abu Bakar, ‘Umar dan ‘Uthman dikalangan penduduk-penduduk Syiah di Iran pada hari ini. Kebenaran ini terbukti lagi, apabila pegawai-pegawai Syiah di Iran bertindak lebih jauh lagi dengan tidak membenarkan penduduk Iran berfahaman ASWJ menamakan anak-anak lelaki mereka dengan nama bernama Abu Bakar, ‘Umar dan ‘Uthman.
Syaidina ‘Ali adalah insan yang diakui mempunyai ilmu mengenai Islam yang tertinggi selepas Rasulullah SAW, munkin beliau mengetahui apa yang akan terjadi terhadap pengikutnya yang taksub membabi buta dan telah melakukan penamaan ini sebagai contoh untuk diikuti... TETAPI mengapa pekara ini tidak terjadi langsung dikalangan golongan Syiah pada hari ini, pada hal Syaidina ‘Ali sebagai Imam Besar Syiah sendiri, melakukan disebaliknya. Ini semua adalah fakta-fakta yang benar!!. Mengapa golongan Syiah masih beralasan dengan ciptaan-ciptaan mereka sendiri, mereka sanggup engkar terhadap perbuatan yang dilakukan sendiri olih Syaidina ‘Ali ibn Abi Talib r.a. dengan berbagai alasan dan tohmahan busuk. Mengapa mereka begitu berani ENGKAR terhadap perbuatan yang dilakukan olih Syaidina ‘Ali saperti puak Yahudi ENGKAR kepada Allah SWT.... TETAPI sebaliknya tanpa segan silu, mereka mendabik dada mengatakan mereka amat menyayangi, menghormati adan membela kehormatan Ahlul Bayt. Membela kehormatan atau mengaibkan saperti yang dilakukan olih puak Yahudi kepada Nabi ISA a.s..... sampai sanggup membunuh!!!
http://eforum.cari.com.my/viewthread.php?action=printable&tid=54045
Pembohongan No. 2: PERKAHWINAN UMMI KULTHUM
Ummi Kulthum adalah anak perempuan kedua kepada Syaidina ‘Ali r.a. dan Syaidinatul Fatimah, adaalah anak yang bungsu daripada empat adik beradik. Beliau dilahirkan dalam tahun ke 6 Hijrah. Beliau telah mencapai umur untuk berkahwin pada masa Syaidina ‘Umar ibn al-Khattab menjadi khilafah dan khilafah telah meminta persetujuan untuk berkahwin dengan Ummi Kulthum. Semua kisah ini dicatit olih Ibn Sa‘d didalam bukunya at-Tabaqat al-Kubra (Jilid 8 ms. 338, keluaran Muhammad ‘Ab al-Qadir ‘Ata, Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, Beirut 1990) saperti berikut:
Saya telah diberitahu olih Anas ibn ‘Iyad al-Laythi, yang melaporkan diatas kekuasaan Ja‘far ibn Muhammad (as-Sadiq), dan beliau pula dari ayahnya (Muhammad al-Baqir):
Bahawa ‘Umar ibn al-Khattab telah bertanya kepada ‘Ali ibn Abi Talib untuk masuk meminang dan menikahi Ummi Kulthum. ‘Ali berkata, "Saya telah mempersiapkan anak saya untuk anak-anak lelaki Ja‘far." ‘Umar berkata, "Kahwinkan beliau kepada saya, wahai O Abul Hasan, kerana Allah SWT, kerana tiada manusia dimuka bumi ini yang ingin mencari perhubungan yang baik melalui perkahwinan dengan beliau dan saya mencari untuk mencapaikannya." ‘Ali berkata, "Saya telah melakunnya."
Kemudian ‘Umar datang ketempat yang dinakan ‘Muhajirun’ iaitu antara makam (Rasulullah SAW) dan mahrab (pulpit). Mereka - ‘Ali, ‘Uthman, Zubayr, Talhah dan ‘Abd ar-Rahman – selalu duduk disitu, dan dimana semua berita / hal-hal dari perbatasan diterima, ‘Umar selalu datang kesitu untuk mendapat pandangan dari mereka. ‘Umar datang kepada mereka dan berkata, "Ucapkan tahniah kepada aku." Mereka pun memberi ucapan tahniah dan bertanya, "Dengan siapa kami mengucapkan tahniah kepada kamu, wahai Amir al-Mu’minin?" Beliau menjawab, "Dengan anak perempuan ‘Ali ibn Abi Talib."
Kemudian beliau menyampaikan kepada mereka bahawa Nabi Muhammad SAW berkata: "Setiap perhubungan kekeluargaan, dan segala persatuan bersama yang ada akan putus pada hari terjadinya Kiamat, kecuali perhubungan kekeluargaan dengan aku dan persatuan bersama dengan aku." (‘Umar berkata,) "Aku telah mempunyai persahabatan dengan Rasulullah (Nabi Muhammad) SAW; sebab itu aku juga ingin kepada perhubungan ini (perhubungan kekeluargaan)."
Hasil dari perkahwinan, mereka telah dikurniakan Allah SWT dua orang anak yang dinamakan Zayd dan Ruqayyah. Salepas syahidnya ‘Umar, Ummi Kulthum berkahwin dengan sepupunya ‘Awn ibn Ja‘far, dan selepas ‘Awn beliau berkahwin dengan saudara lelaki ‘Awn iaitu Muhammad ibn Ja‘far. Akhirnya, Ummi Kulthum meninggal semasa masih berkahwin dengan anak lelaki ketiga bapa saudaranya Ja‘far, yang bernama Abdullah. Waktu itu ialah disekitar pertengahan abad keempat Hijrah. Zayd, anak lelaki beliau dengan Syaidina ‘Umar juga meninggal pada hari yang sama, maka majlis sholat jenazah dan mengembumikan jenazah emak dan anak dilakukan bersama.
Begitulah luhurnya budi pekerti Syaiyidina ‘Ali ibn Abi Talib r.a., anak saudara dan menantu Rasulullah SAW.. sebagai seorang yang berwibawa, seorang pendekar yang berani, seorang yang 'alim kerana tingginya ilmu pengetahuan Islamnya dan amat menghormati para-para sahabat Rasulullah SAW.. memang patut beliau diberi hidayah olih Allah SWT sebagai kanak-kanak yang pertama memeluk agama Islam. TETAPI apakah yang dilakukan olih mereka yang MENGAKU sebagai pengikut setianya.. mereka tidak malu dan tidak segan memalukan, meng'aibkan dan menderhaka kepada apa yang beliau amalkan/lakukan, dengan menokok dan mengadakan berbagai alasan-alasan yang dicipta olih mereka sendiri untuk MEMBENARKAN fahaman mereka walaupu apa yang dilakukan olih Syaiyidina ‘Ali ibn Abi Talib r.a. adalah BENAR, NYATA, JELAS dan TIDAK TERSEMBUNYI!!!
Pembohongan No. 3: KAWASAN FADAK
(Perbalahan antara Abu Bakar & Fatimah yang dicanangkan olih golongan Syiah)
FADAK ialah suatu kadasan di Hijaz yang pernah didiami oloh sekumpulan puak Yahudi yang enggan memeluk agama Islam. Satelah Rasulullah SAW telah mencapai kejayaan didalam penaklukkan Khaybar, Allah SWT telah menyemaikan perasaan kegerunan kedalam sanubari puak-puak Yahudi tersebut. Olih kerana itu mereka telah membuat perjanjian dengan Rasulullah SAW dimana isi kandungannya termasuk menyerahkan kawasan Fadak kepada baginda. Olih itu, kerana harta tersebut bukannya rampasan perang maka ianya menjadi harta peribadi Rasulullah SAW.
Perbezaan pendapat mengenai harta Kawasan Fadak diantara Khalifah Abu Bakar r.a. dan Sayyidah Fatimah cumalah perbezaan pemahaman yang bolih diterima kerana kedua-dua belah pihak berdasarkan pendapat mereka kepada bukti/dalil yang sahih. Walau bagaimana pun, kerana perasaan sensitif yang negatif terhadap Sayyidina Abu Bakar telah menular kepada mereka-mereka yang melihat isu ini dari perspektif yang berbeza kerana terdapatnya niat buruk atau menangguk di air keroh, maka kesudahannya saperti kata pepatah Melayu sarang anai-anai telah menjadi bukit.
Kita ilustrasikan isu tersebut dengan contoh:
Jika kita dapat menggantikan kedua-dua pihak yang sedanga bertelagah — iaitu Sayyidina Abu Bakar dan Sayyidah Fatimah — dengan dua orang ahli hukum Syiah (jurisprudents) atau dua orang “Maraji‘ dari Shi‘ah, dimana setiap pihak mempunyai keiklasan dan kehormatan keatas kedudukan mereka, dan tidak terdapat sebarang kritikan liar yang ditujukan kepada kedua-dua belah pihak. Maka, kedudukkan kedua mereka yang bertelagah akan dilihat/dianalisa/diadili secara sama rata, bermaruah dan rasa hormat, semasa membuat pertimbangan kepada mereka berdua kerana kedua belah pihak yang menuntut memberi sebab dan bukti berdasarkan dalil-dalil yang tersurat, tanpa mengira samada salah satu dari pendapat tersebut akan mempunyai keutamaan keatas pendapat yang lagi satu.
Walau bagaimana pun, apabila isu tersebut terjadi kepada Sayyidina Abu Bakar dan Sayyidah Fatimah maka terjadilah perubahan attitude yang ketara. Kepada golongan Syiah, Abu Bakar adalah musuh durjana dan selamanya beliau akan dianggap sebagai syaitan yang menyerupai manusia, dan bagi mereka kesalahan beliau tidak dapat dipisahkan dari setiap keputusan yang dibuat olihnya. Olih itu, kerana adanya perasaan buruk sangka yang telah menjadikan asas utama kepada golongan Syiah didalam melakukan setiap persoalan/perkara termasuk peristiwa Fadak yang akan diadili mereka. Semuanya akan dapat dilihat kemudian bahawa ciri-ciri dari perasaan buruk sangka telah digunakan dalam menghasilkan sebarang keputusan walaupun didalam bidang kajian sejarah Islam dan pembentukkan konsep beragama. Kepada pemerhati yang tidak berat sebelah – iaitu kepada mereka yang tidak mengikut perasaan buruk sangka tetapi hanya mahukan kebenaran dalam setiap perkara yang terjadi – maka isu ini hendaklah dihuraikan secara satu persatu.
Kedudukan Kawasan Fadak
Tanah Fadak hanya bolih dikategorikan salah satu dari dua perkara berikut:
1) Ianya samada sebagai HARTA PENINGGALAN/PUSAKA peninggalan Rasulullah SAW kepada Sayyidah Fatimah,
2) atau ianya adalah HADIAH pemberian kepada Sayyidah Fatimah dari Rasulullah SAW pada hari Khaybar.
FADAK SEBAGAI HARTA PENINGGALAN/PUSAKA
Status sebagai harga peninggalan/pusaka saperti yang direkodkan olih al-Bukhari, Muslim dan lain-lains, dimana ianya telah disebutkan bahawa selepas kewafatan Rasulullah SAW, Sayyidah Fatimah telah datang bertanya/menuntut mengenai harta peninggalan dari Rasulullah SAW, saperti Fadak, bahagian baginda didalam Khaybar, dan juga tempat-tempat lain.
Abu Bakar berkata:
“Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, ‘Kami tidak meninggal harta peninggalan/pusaka. Apa yang kami tinggalkan ialah sedekah” (Sahih Muslim, Kitab al-Jihad was-Siyar, no. 49)
Perkara yang sama telah direkodkan didalam Musnad Ahmad yang bermaksud:
Kami, para Nabi/Rasul tidak diwarisi. (Musnad Ahmad, vol. 2 p. 462)
Sayyidah Fatimah r.a. menjadi kurang senang dengan jawapan dari Abu Bakar, kerana bagi Sayyidah Fatimah beliau mentafsirkan isu ini secara umum dari ayat berikut;
Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga dari harta yang ditinggalkan oleh si mati dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah satu perdua (separuh) harta itu dan bagi ibu bapa (si mati), tiap-tiap seorang dari keduanya: Satu perenam dari harta yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak. Tetapi jika si mati tidak mempunyai anak, sedang yang mewarisinya hanyalah kedua ibu bapanya, maka bahagian ibunya ialah satu pertiga. Kalau pula si mati itu mempunyai beberapa orang saudara (adik-beradik), maka bahagian ibunya ialah satu perenam. (Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati dan sesudah dibayarkan hutangnya. Ibu-bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa di antaranya yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepada kamu. (Pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti yang diterangkan itu ialah) ketetapan dari Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (Surah an-Nisa: 11)
KORANG NI TAK RETI2 NAK G MASJID/SURAU KE HA???DAH NAK DEKAT WAKTU MAGHRIB..ADER SESETENGAH KAWASAN DAH MASOK WAKTU PUN,,MASEH SEBOK LAGI NAK BERDEBAT KAT SINI.LANGKAHKAN LA KAKI ANDA KEMASJID/SURAU SEBELUM AZAN BERKUMANDANG.TAK MALU KER MEMEKAK WAKTU MAGHRIB2 MCMNIE!!!!!
Oppsssss, terlupa satu perkara. ALI tolong check dalam kitab ni:
1.Kitab Sarh Nahjul Balaghah karangan ulama� Syiah Kamaluddin Ibn al-Maitham al-Bahrani, iaitu kitab Misbah al-Salikin ada menyebut bahawa S. Fatimah meredhai S. Abu Bakar sebelum beliau meninggal dunia.
2.Kitab Sarh Nahjul Balaghah karangan Ibn Abi al-Hadid.
3.Kitab al-Durrah al-Najafiyyah karangan al-Danbali.
Living Seed,g la dok MASJID/SURAU..klu nak comment pun tggu la lepas Isyak
Salam.
Living Seed, terima kasih kerana telah bercerita panjang lebar. Tapi hairan, anda katakan bahawa cerita2 tersebut adalah "rekaan Syiah", tapi sedarkah anda bahawa ia juga disebut dalam kitab Sunni? Saya ada kitab tersebut dan saya boleh kemukakan kepada anda.
Saya tak boleh bercakap banyak diruang kecil ini. Lagipun ia boleh membawa kepada pembukaan fitnah2 yang lain oleh saudara2 Sunni sekalian berkenaan dengan Syiah. Saudara boleh tinggalkan email disini dan saya akan hubungi saudara untuk menjawab tuduhan anda.
Tapi kalau anda bukan seorang penakut seperti Ibnu Hatari, anda boleh berjumpa saya secara berdepan. Cuma bagitau masa dan tempat. Saya akan kesana untuk merungkai kebenaran yang disorokkan oleh pemimpin masa lampau.
Allahumma Solli Ala Muhammad, wa Aali Muhammad.
Salam.
Living Seed, terima kasih kerana telah bercerita panjang lebar. Tapi hairan, anda katakan bahawa cerita2 tersebut adalah "rekaan Syiah", tapi sedarkah anda bahawa ia juga disebut dalam kitab Sunni? Saya ada kitab tersebut dan saya boleh kemukakan kepada anda.
Saya tak boleh bercakap banyak diruang kecil ini. Lagipun ia boleh membawa kepada pembukaan fitnah2 yang lain oleh saudara2 Sunni sekalian berkenaan dengan Syiah. Saudara boleh tinggalkan email disini dan saya akan hubungi saudara untuk menjawab tuduhan anda.
Tapi kalau anda bukan seorang penakut seperti Ibnu Hatari, anda boleh berjumpa saya secara berdepan. Cuma bagitau masa dan tempat. Saya akan kesana untuk merungkai kebenaran yang disorokkan oleh pemimpin masa lampau.
Allahumma Solli Ala Muhammad, wa Aali Muhammad.
apa masalah syiah ni actually.. ASWJ semua sayangkan Nabi, Rasul Dan Sahabat..malah sahabat2 ni juga adalah yg confirm masuk syurga termasuk khulafa Ar-rasyiddin Sendiri....
so takda masalah pon...
"Saya tak boleh bercakap banyak diruang kecil ini. Lagipun ia boleh membawa kepada pembukaan fitnah2 yang lain oleh saudara2 Sunni sekalian berkenaan dengan Syiah"
RUNGKAIKAN LAH "FITNAH" tu kat sini..
1 DUNIA boleh baca!!!
org islam nk tahu juga apa dia..tak best la menyorok-menyorok mcm ni!!!
dah mcm org ajak nak buat MLM plak, wohoo :p
andaikata ada tasykilan perang untuk memerangi syiah, aku akan sambut takaza nie...
Terlak
ALI
"Saya ada kitab tersebut dan saya boleh kemukakan kepada anda."
Kitab apa tu????
Sila rujuk link ni
http://mistisfiles.blogspot.com/2010/12/selinganisu-syiah-di-malaysia.html
Moga bmanfaat
erm.. di perlis ni, ramai golongan syiah.. cuma tak menonjol.. mereka masih berselindung.. entahlah.. student u kat sini pun, dah pandai masuk syiah skarang..
http://www.youtube.com/watch?v=ehobt0vg4jU
suka tengok video ni.
bila aisyah di hina, dia cool je ..bila isteri imam dia ditanya (bukan dihina) mengamukkkkkkkkk!!!
iskisk isk
Aku ada kawan yang pak cik dia syiah.
Dia kata dulu memang susah nak tengok syiah. Tapi sekarang memang ramai. Antara penyebabnya ialah:
1. Mudah nak kawin maka mudah nak bersama sebagai suami istri- ini orang muda memang suka.
2. Terdapat ramai org syiah telah menjadi perwakilan PAS. Nampak macam kelompok ni menyokong perjuangan Islam. Jadi ramai yang dah terpengaruh.
3. Peringkat awal ahli-ahli baru tidak didedahkan perkara-perkara yang nampak bertentengan dgn sunnah,seperti menghina sahabat selain Saidina Ali r.a. Pelajar=pelajar Ipt tengok macam o.k. mereka pun terpengaruh.
Wahai Shiah!
Tak boleh ke jangan kacau golongan ASWJ? Kitorang nak cinta semua sahabat Nabi saw, nak belajar tidak berburuk sangka dan memandang rendah pada mereka r.anhum, boleh?
Sahabat2 r.anhum sentiasa bersama Nabi saw, merekalah yg sangat2 faham agama. Terutama sahabat yg unggul Saidina Abu Bakar r.a., beliaulah yg tersangat2 faham agama kerana beliaulah orang yg paling banyak bermujahadah.
"Org2 yg bermujahadah pada jalan kami, pasti, pasti dan pasti kami tunjukkan jalan2 hidayat".. mafhum ayat Quran mengikut seorg ustaz.
Beliau sgt2 faham, sehinggakan sudah sedia unta untuk Nabi saw berhijrah beberapa bulan sebelum itu lagi. Hmm sangat faham kehendak, keinginan, naluri (mizaj?) Nabi saw. Sangat2 faham agama sehingga di waktu kewafatan Nabi saw, beliaulah orang yg paling tenang.
Nak faham(hidayat) agama? Bersusahpayahlah keseluruh alam untuk tegakkan kalimah Allah dalam diri semua umat.
Saya cintakan Hadzrat Abu Bakar r.a!
Anonymous 7:11 PM, October 22, 2011,
Cakap je pandai...
boleh ke nak tau mcamne org syiah mandi wajib n cebok (istinjak)? Apsal nak jadi syiah sgt? dapat sijil ke?
Salam.
Living Seed,
saya tak menyorok2 kat ruang ni. Tapi saya bukanlah hujahtul islam mahupun Ayatullah. Saya tidak layak untuk menjawab semua. Tapi anda semua boleh merujuk laman web ini..
www.shia-explained.com
banyak lagi website yg menerangkan pasal syiah ni. Bila anda dah baca semua pasal kami, baru tetapkan kesimpulan. Jangan lupa, Islam di malaysia adalah Islam keturunan. Kita perlu mencari agama, bukan agama mencari kita.
saudara "Sudah2lah berlindung wahai Syiah",
Bagus.anda mengajak kami tengok video youtube. Tapi di Youtube juga ada byk video ASWJ buat yg bukan2 lagi2 golongan sufi. Tapi kami tidak menuduh ASWJ sama seperti segelintir golongan ekstrimis. Masalahnya, anda menganggap kami semua sama. Telah saya katakan, imam kami telah memfatwakan HARAM untuk mencerca sahabat dan isteri nabi.Yang mencerca itu adalah segelintir shj bukan semua.Susah sangatkah nak memahami bahasa melayu? :-)
Saudara "Tak bernama",
Kami tak pernah mengacau ASWJ. Tapi anda yang mengacau kami. Anda memfitnah kami macam2. Jadi kami terpaksa menangkis fitnah2 anda. Kenapa salahkan kami pula?
Saudara Peach Yeoh,
Mandi Wajib? sama seperti sunni. Masuk syiah memang tak dapat sijil apa2. Tapi sebagai orang Islam, kita boleh memilih mana2 mazhab yang benar. dan kami merasakan mazhab ahlul bayt adalah mazhab yang paling dekat dengan Rasulullah saaw. Salahkah?
Allahumma Solli Ala Muhammad, wa Aali Muhammad!
Ali Reza oh Ali Rera,
Kau kata syiah tu tak buat kacau tapi yang puak-puak syiah kat Melaka ni mcm histeria maki hamun sahabat apa cerita . Aku rasa kau pon kenal kepala syiah kat Melaka ni.
Assalam
Kenapa tiada orang Islam menamakan anaknya dengan nama Saidina Muawiyah rahu.?
Kerana terpengaruh dengan syiah....
Adakah ibu Muawiyah rahu., Hindun raha. memakan hati Saidina Hamzah rahu?
Bukhari tak sebutkan langsung tentang perkara tersebut sedangkan beliau meriwayatkan terus dari Wahsyi rahu.
Puak syiah...nak merendahkan kedudukan Saidina Muawiyah...dengan memburukkan ibunya.
Adakah bapa Muawiyah Abu Suffian memeluk Islam sewaktu Fatah Mekah...? Tidak beliau telah berhijrah sebagai Muhajirin..sebelum Fatah Mekah.
Ahli sejarah Syiah sembunyikan perkara ini untuk merendahkan bapa Saidina Muawiyah..masuk Islam setelah Islam menang.
Adakah Nabi saw berhijrah sewaktu malam dan Ali rahu. menggantikan tempatnya....dalam Bukhari tidak ada perkara tersebut dan sebanarnya nabi saw berhijrah sewaktu tengah hari dan keluarga Abu Bakar raha., Aisyah rahu....banyak terlibat dalam penghijrahan ini.
Sila dengar Audio Muqadimah Bukhari di Go Tabligh.
Khalid
Aku sayang kamu semua...
Salam,
=============================
saudara Tak Bernama,
jika mereka buat kacau, kenapa anda menyamakan mereka dengan semua pengikut Syiah? Muammar Gaddafi adalah sunni dan membuat huru hara di negara sendiri. Adalah wajar kami menyamakan anda dengan Muammar Gaddafi dari segi moral?
Awal dulu saya dah sebutkan, jangan menyamakan pengikut syiah secara keseluruhannya. Saya mintak maaf bg pihak syiah di sana. Dan kami juga tidak bersetuju dengan pihak2 sana yang menyebarkan buku2 syiah.
Saudara Khalid,
cuba baca surat dibawah. Ia diriwayatkan daripada kitab sunni dan juga Syiah.
Sejarawan besar Ahlu Sunnah, Al Baladzuri dalam kitabnya Ansab al Asyraf jilid II hal 393-397, Nasr bin Muhazin dalam karyanya Waq’at ash Shiffin hal 118-121;Ibnu Abil al Hadid, Syarh Nahjul Balaghah jilid III hal 188, Mas’udi pada karyanya Murudz Dzahab jil III hal 465, Abdul Malik bin Husain al Islami pada kitabnya Samth an Nujum al ‘awali Jilid II hal 465 telah merekodkan surat menyurat di antara Muawiyah dan Muhammad bin Abu Bakar(ra) yang kemudian membongkar misteri bagaimana kekhalifahan itu berpindah tangan, dan berikut adalah isi surat tersebut :
Isi Surat Muhammad bin Abu Bakr Kepada Muawiyyah b Abu Sofyan
Dari Muhammad Bin Abu Bakar,
kepada si Sesat Muawiyyah bin Shakhr
Salam kepada penyerah diri dan yang taat kepada Allah !
Amma ba’du, sesungguhnya Allah swt, dengan keagungan dan kekuasaan-Nya, menciptakan makhluk-Nya tanpa main-main. Tiada celah kelemahan dalam kekuasaan_Nya. Tiada berhajat Dia terhadap hamba-Nya. Ia menciptakan mereka untuk mengabdi kepada-Nya. Dia menjadikan orang yang tersesat atau orang yang lurus, orang yang malang dan orang yang beruntung.
Kemudian, dari antara mereka, Dia Yang Maha Tahu memilih dan mengkhususkan Muhammad SAW dengan pengetahuan-Nya. Dia jugalah yang memilih Muhammad saw berdasarkan ilmu-Nya sendiri untuk menyampaikan risalah-Nya dan mengemban wahyu-Nya. Dia mengutusnya sebagai Rasul dan pembawa khabar gembira dan pemberi peringatan.
Dan orang pertama yang menjawab dan mewakilinya, mentaatinya, mengimaninya, membenarkanya, menyerahkan diri kepada Allah dan menerima Islam sebagai agamanya, adalah saudaranya dan misanya Ali bin Abi Thalib, yang membenarkan yang ghaib. Ali mengutamakannya dari semua kesayanganya, menjaganya pada setiap ketakutan, membantunya dengan dirinya sendiri pada saat-saat mengerikan, memerangi perangnya, berdamai dengan perdamaianya, melindungi Rasulullah dengan jiwa raganya siang mahupun malam, menemaninya pada saat-saat yang menggetarkan, kelaparan serta dihinakan. Jelas tiada yang setara dengannya dalam berjihad. Tiada yang dapat menandinginya di antara para pengikut dan tiada yang mendekatinya dalam amal perbuatanya.
Bersambung..
Sambungan dari yang atas...
..Dan aku berasa hairan melihat engkau hendak menandinginya ! Engkau adalah engkau ! Sejak awal lagi, Ali telah unggul dalam setiap kebajikan, paling tulus dalam niat, keturunannya paling bagus, isterinya adalah wanita utama. Dan saudaranya (Jaafar) syahid di perang Mu’tah manakala seorang lagi pamannya(Hamzah) adalah penghulu para syuhada perang Uhud. Ayahnya adalah penyokong Rasulullah saw dan isterinya.
Dan engkau adalah orang yang terlaknat, anak orang terkutuk. Tiada hentinya engkau dan ayahmu menghalangi jalan Rasululah saw. Kalian berdua berjihad untuk memadamkan nur Ilahi, dan kamu berdua melakukannya dengan menghasud dan menghimpun manusia, menggunakan kekayaan dan mempertengkarkan berbagai suku. Dalam keadaan demikian ayahmu mati. Dan engkau melanjutkan perbuatanya seperti itu pula.
Dan saksi-saksi perbuatan engkau adalah orang-orang yang meminta-minta perlindungan engkau, iaitu dari kelompok musuh Rasulullah yang memberontak, kelompok pemimpin-pemimpin yang munafiq dan pemecah belah dalam melawan Rasulullah saw.
Sebaliknya, saksi bagi Ali dengan keutamaanya yang terang dan keterdahuluanya (dalam islam) adalah penolong-penolongnya yang keutamaan mereka telah disebutkan di dalam Al Qur’an, iaitu kaum Muhajirin dan Ansar. Dan mereka itu merupakan pasukan yang berada di sekitarnya dengan pedang-pedang mereka dan siap menumpahkan darah untuknya. Mereka melihat keutamaan pada dirinya yang patut di taati dan malapetaka bila mengingkari .
Maka mengapa, wahai ahli neraka, engkau menyamakan dirimu dengan Ali, sedangkan beliau adalah pewaris dan pelaksana wasiat Rasulullah (sawa), bapa kepada anak-anak Rasulullah(sawa)(Hassanain), pengikut pertama, dan yang terakhir menyaksikan Rasulullah(sawa), teman berbincang, penyimpan rahasia dan sekutu Rasulullah saw dalam urusanya. Rasulullah saw memberitahukan urusan baginda kepadanya, sedangkan engkau adalah musuh dan anak dari musuh baginda.
Bersambung..
Sambungan dari yg atas..
Tiada peduli keuntungan apa pun yang engkau peroleh dari kefasikanmu di dunia ini dan bahkan Ibnu al Ash menghanyutkan engkau dalam kesesatanmu, akan tampak bahawa waktumu sudah berakhir dan kelicikanmu tidak akan ampuh lagi. Maka akan menjadi jelas bagimu siapa yang akan memiliki masa depan yang mulia. Engkau tidak mempunyai harapan akan pertolongan Allah, yang tidak engkau fikirkan.
Kepada-Nya engkau berbuat Licik, Allah menunggu untuk menghadangmu, tetapi kesombonganmu membuat engkau jauh dari Dia.
Salam bagi orang yang mengikuti petunjuk.
-Tamat-
Surat balas Muawiyyah b Abu Sofyan kepada Muhammad b Abu Bakar
Dari Muawiyyah bin Abu Sufyan,
Kepada Pencerca ayahnya sendiri, Muhammad bin Abu Bakar.
Salam kepada yang taat kepada Allah
Telah sampai kepadaku suratmu, yang menyebut Allah Yang Maha Kusa dan Nabi Pilihan-Nya, dengan kata-kata yang engkau rangkaukan. Pandanganmu lemah. Engkau mencerca ayahmu. Engkau menyebut hak Ibnu Abi Thalib dan keterdahuluan serta kekerabatannya dengan Nabi Allah saw dan bantuan serta pertolongannya kepada Nabi pada setiap keadaan genting.
Engkau juga berhujjah dengan keutamaan orang lain dan bukan keutamaanmu. Aneh, engkau malah mengalihkan keutamaanmu kepada orang lain.
Di zaman Nabi saw, kami dan ayahmu telah melihat dan tidak memungkiri hak Ibnu Abi Thalib. Keutamaanya jauh di atas kami. Dan Allah SWT memilih dan mengutamakan Nabi sesuai janji-Nya. Dan melalui Nabi Dia menampakkan dakwah-Nya dan menjelaskan hujjah-Nya. Kemudian mengambil Nabi saw ke sisi-Nya.
Ayahmu dan Faruqnya (umar) adalah orang-orang pertama yang merampas hak ibnu Abi Thalib. Hal ini diketahui umum.
Kemudian mereka mengajak Ali membaiat Abu Bakar, tetapi Ali menunda dan memperlambatnya. Mereka marah sekali dan bertindak kasar. Hasrat mereka bertambah besar. Akhirnya Ali membaiat Abu Bakar dan berdamai dengan mereka berdua.
Mereka berdua tidak mengajak Ali dalam pemerintahan mereka. Tidak juga mereka menyampaikan kepadanya rahsia mereka, sampai mereka berdua meninggal dan berakhirlah kekuasaan mereka.
Kemudian bangkitlah orang ketiga, iaitu Usman yang menuruti tuntunan mereka. Engkau dan temanmu berbicara tentang kerosakan-kerosakan yang dilakukan Usman agar orang-orang yang berdosa di wilayah-wilayah mengembangkan niat-niat buruk terhadapnya dan engkau bangkit melawannya. Engkau menunjukkan permusuhanmu kepadanya untuk mencapai keinginan-keinginanmu sendiri.
Hai putra Abu Bakar, berhati-hatilah atas apa yang engkau lakukan. Jangan engkau menempatkan dirimu melebihi apa yang dapat engkau uruskan. Engkau tidak dapat menemukan seseorang yang mempunyai kesabaran yang lebih besar dari gunung, yang tidak pernah menyerah kepada suatu peristiwa. Tidak ada yang dapat menyamainya.
Ayahmu bekerja sama dengan beliau untuk mengukuhkan kekuasaanya. Bila ada kaum yang mengatakan bahawa tindakanmu benar, maka ketahuilah, ayahmu yang mengambil alih kekuasaan ini, dan kami menjadi sekutunya. Jika ayahmu tidak melakukan hal itu, maka kami tidak akan sampai menentang anak abu Thalib dan kami akan sudah menyerah kepadanya.
Tetapi kami melihat bahawa ayahmu memperlakukan Ali seperti ini dihadapan kami, dan kami pun mengikutinya, maka cacat apapun yang akan kamu dapatkan, maka arahkanlah itu kepada ayahmu sendiri atau berhentilah masuk campur(akan urusan kami).
Salam bagi orang yang kembali.
Salam,
Benar, ia diriwayatkan dalam kitab SUnni. Agak menggetarkan jiwa tapi inilah kebenarannya.
Ali Reza, aku harap kau tak ber taqiyah, kau nasihat kanlah geng-geng syiah kat Melaka ni Kalau nk bina hotel 20 tingkat pon ikut le saluran yg betul jgn main hentam saja
Aku dah baca blog mistisfile macam ibnu hatari cakap.
Pas tu aku tengok blog syiah macam Ali Redza cakap tu.
Kenapa aku baca blok yang Ali Redza cakap tu makin baca semakin sakit kepala hotak aku...
peningggg..!!!boleh jadi gilaaaa..!
Argh..lantaklah malas aku nak baca lagi..
Tapi kalau aku baca Hadith Bukhari,Hadith Muslim atau kitab
org tabligh suka baca tu Fadail Amal kepala hotak aku jadi tenang dan tambah cerdik.
Ali Abu Bakar
Johor Bahru
Aku dah baca blog mistisfile macam ibnu hatari cakap.
Pas tu aku tengok blog syiah macam Ali Redza cakap tu.
Kenapa aku baca blok yang Ali Redza cakap tu makin baca semakin sakit kepala hotak aku...
peningggg..!!!boleh jadi gilaaaa..!
Argh..lantaklah malas aku nak baca lagi..
Tapi kalau aku baca Hadith Bukhari,Hadith Muslim atau kitab
org tabligh suka baca tu Fadail Amal kepala hotak aku jadi tenang dan tambah cerdik.
Ali Abu Bakar
Johor Bahru
Aku dah baca blog mistisfile macam ibnu hatari cakap.
Pas tu aku tengok blog syiah macam Ali Redza cakap tu.
Kenapa aku baca blok yang Ali Redza cakap tu makin baca semakin sakit kepala hotak aku...
peningggg..!!!boleh jadi gilaaaa..!
Argh..lantaklah malas aku nak baca lagi..
Tapi kalau aku baca Hadith Bukhari,Hadith Muslim atau kitab
org tabligh suka baca tu Fadail Amal kepala hotak aku jadi tenang dan tambah cerdik.
Ali Abu Bakar
Johor Bahru
Salam
Pernah saya terdengar perihal surat2 antara Hadrat Muawiyah itu.
Dikatakan bahawa itu perencanaan Yahudi. Mereka dgn tipudaya telah memusnahkan surat sebenar dan menggantikan surat yg penuh kontroversi. Masatu kan surat di hantar melalui 'posmen' yg boleh di 'tipudaya' di tengah jalan. Akibatnya, terjadilah persengketaan antara mereka2 yg mulia itu.
Apapun, semua yg terjadi adalah dari kesan amalan manusia. Orang 'alim bagitau.. ketika itu beberapa tahun dakwah terhenti (jemaah dakwah tidak dihantar lantaran ramai yg masuk Islam). Inilah haqiqat yg sebenar.
Diasbabkan dgn tipudaya Yahudi.
Dan ketetapan Allah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana untuk menjadikan peristiwa yg berlaku sebagai iktibar untuk umat selepas itu .. samada kita mahu mengambil pengajaran darinya atau memburukkan keadaan darinya .. ujian untuk kita..
tak perlu lah gadoh2 pasal benda nih.. di sana nanti kita bertanggung jawab atas segala pegangan kita.. yg penting sekali awalluddin ma'rifatullah.. dah kenal ke Tuhan kita nih sape sebenarnya? kalau soklan nih takleh jawab, ko syiriklah dgn Allah Ta'ala walaupon korang semayang sejuta rakaat sekalipon.. dan juga tak perlulah kafir mengkafir nih.. tgk balik sejarah.. Majusi yg duk sembah api dekat nak mati baru ngucap pon leh masuk syurga.. kita nih belum tentu.. tok guru yg ada anak murid 12k n doa dia sgt mustajab pn blh kufur.. so takyah lah nak riuh sangat.. Kita bg peringatan n Semuanya Allah Ta'ala punye kuasa..
-lampam-
aku pun sama dengan Abu Bakar Ali.
Pening bila baca blog syiah. Susah otak aku nak terima.
Tapi bila aku baca kitab orang tabligh selalu baca, Fadhail amal. aku rase tenang dan rasa tersentuh. Dan aku akui aku selalu menangis bila bica kitab Fadhail Amal tu. Lagi2 bab pertama tentang kisah para sahabat. Jika dibandingkan iman kita dengan iman para sahabat jauh sangat. Aku rasa air basuh kaki mereka lebih mulia dari kita. Aku rekemen kepada follower blog ni, dapatkan kitab ni. So peaceful bila baca kitab ni. Serius aku tak tipu.
Untuk pengetahuan korang aku bukan orang tabligh yang promote kitab Fadhail Amal ni.. Aku baru nak "hijrah." Tolong jangan salah faham pulak.
~Insan Jahil~
Assalam
Tuan yang mulia....tiada istilah orang tabligh sebenarnya....
Tabligh/menyampaikan adalah perintah Allah swt kepada Nabi saw sewaktu awal-awal nubuat kenabian dianugerahkan kepada kekasih Tuhan No. 1. "Wahai orang yang berselimut..bangunlah dan sampaikanlah tentang kebesaran Tuhanmu".(Lebih kurang)
Mula-mula Abu Bakar rahu. iaitu orang dewasa lelaki pertama peluk Islam telah tanya Nabi saw lebih kurang. "Apa aku perlu buat sekarang?"
Nabi saw jawab lebih kurang, Buat apa yang aku buat. Abu Bakar rahu. pun buat macam nabi buat jumpa kawan-kawan Dia dan dakwah tentang Tuhan yang sebenar! Bukan.. 360 berhala yang ada di Kaabah semasa itu.
Hasilnya hari pertama 5 orang hari kedua 9 orang masuk Islam asbab Abu Bakar rahu.......
Kita amal dan sampaikan...lain-lain hal adalah kerja Tuhan.
Bila kita nak buat perintah pertama Tuhan pada Nabi saw?
Kita semua kena bertabligh/menyampaikan...kalau tidak bagaimana kita mendakwa bahawa kita ummat kekasih Tuhan No. 1. Itu perintah pertama kepada nabi dan adakah kita terkecuali?
Airmata akan jadi saksi.....
Crying Judge.
kalau dah mandi wajib sama dengan sunni, kenapa kene jadi syiah? awat,dalam syiah takde sumber hadis ke cara mandi wajib yang tersendiri sampai terpaksa sama dengan sunni?
Crying Judge,
Maafkan hamba. Hamba kurang tahu berkenaan perkara ini. Sahabat2 hamba memanggil Jemaah Tabligh. Oleh kerana telah ramai yang memanggil dengan panggilan Tabligh maka hamba pun memanggil dengan gelaran itu. Maafkan hamba lagi sekali. Terima kasih kerana menegur. Walau apa pun hamba sangat suka membaca kitab Fadhail Amal karangan Maulana Zakariya. Sangat memberi ketenangan kepada hamba. Selepas membaca Al Quran kitab pilihan hamba adalah kitab Fadhail Amal. Doakan hamba semoga hamba dapat istiqamah.
~Insan Jahil~
Abang Hamka pernah beri pandangan pasal teori konspirasi. Dan sememangnya kebanyakkan teori konspirasi ni hanya sekadar 'teori' dan tak semestinya betul.
Mistisfiles adalah salah satu laman teori konspirasi yg paling aktif di bumi Nusantara ini. Berhati-hatilah.
Henzy,
Hamka dah buat entry tentang Teori konspirasi ni... Kalau tak silap saya tahun 2010. Boleh check balik.Sekian.
Maaf tuan punya blog.. Saya suka2 tolong jawabkan..
-Sall Atli-
http://www.youtube.com/watch?v=-AI4nk2GnR0
"Konspirasi' kan ke dah wujud sejak Nabi Adam lagi "konspirasi Azazil".
Wujud ke tak konspirasi tu tak penting yang penting Dakwah jangan terhenti. Kalau dakwah lemah maka konspirasi dalam apa bentuk pun akan jadi kuat. Kalau org Islam tambah masa Dakwahkan Kalimah Tauhid dan Sunnah Rasuliuluh s.a.w. semua bentuk konspirasi tak akan menjadi kerana Allah lah yang berkuasa selainnya tiada apa daya.
N.Rompin
mane en hamka ni? saya tringin nk tau komen en hamka...
nmpknye ruangan komen ni dh jd ruang perbahasan. masing2 sibuk mmpertahan kn hujah masing2.100 soalan yg dikemukakan puak syiah mempertikaikan every single thing in kitab ASWJ, dan saya percaya 100 soalan ni juge yg adlh soalan klise yg dijadikan bahan perdebatan oleh mereka...i'm not so call islamic, ilmu di dada pun belum cukup untuk menyumbangkan hujah2 di sini tapi saya cume berpegang pade kalimah 'laailahaillaallah muhammadarrasulullah'. perlu ke umat2 islam bgaduh @ btelagah hanya kerana kitab mane yg perlu diikuti???
~akmar~
Salam semua ikhwan Sunni ku sekalian,
Seringkali kita membaca di akhbar-akhbar atau mendengar orang membicarakan mengenai Syiah, tetapi kebanyakan gambaran yang diberikan kurang jelas, kabur, dan negatif. Malah, ada yang mengatakan dengan sewenang-wenangnya bahawa syiah itu kafir kerana terkeluar dari madzhab empat ahlul sunnah tanpa membezakan antara Syiah yang diakui dan Syiah yang ghulat (menyeleweng).
Mereka menyatakan Syiah mempercayai saidina Ali as separuh Tuhan, menganggap guruh dan petir itu suara Ali,mempercayai imam-imam 12 itu lebih baik dari para malaikat yang muqarrabun kepada Tuhan, menggunakan mushaf al-Quran lain dari mushaf Uhtman dan lain-lain.
Justeru itu mereka membuat kesimpulan bahawa Syiah itu kafir. Mereka menegaskan bahawa memerangi Syiah itu mesti diutamakan daripada memerangi Yahudi. Padahal Yahudi tidak pernah membezakanya musuhnya sama ada Sunnah atau Syiah.
Sikap ini lahirnya dari sifat fanatik, pengetahuan yang tidak mendalam, membuat rujukan hanya kepada orang tertentu yang fanatik atau kitab-kitab tertentu yang ditulis khas untuk melahirkan permusuhan di kalangan umat Islam.
Perkataan Syiah (mufrad) disebut sebanyak empat kali dalam al-Qur'an dan ia memberi erti golongan atau kumpulan;pertama dalam Surah as-Saffat: 83-84, firman Tuhan yang bermaksud,"Dan sesungguhnya Ibrahim benar-benar termasuk Syiahnya (golongannya), ingatlah ketika ia datang kepada Tuhannya dengan hati yang suci".
Kedua,dalam Surah Maryam: 69, firman Tuhan yang bermaksud,"Kemudian pasti Kami tarik dari tiap-tiap golongan (Syiatihi) siapa antara mereka yang sangat derhaka kepada Tuhan yang Maha Pemurah".
Ketiga dan keempat dalah Surah al-Qasas: 15, firman Tuhan yang bermaksud,"Dan Musa masuk ke kota (Memphis) ketika penduduknya sedang lengah, maka didapatinya dalam kota itu dua orang lelaki yang berkelahi; yang seorang dari golonganya (Syiatihi) (Bani Israil) dan seorang (lagi) dari musuhnya (Syiatihi) meminta pertolongan kepadanya untuk mengalahkan orang yang dari musuhnya".
Sementara itu, ada perkataan Syiah dalam Hadith Nabi SAWA lebih dari tiga kali, antaranya disebut oleh Imam as-Suyuti dalam tafsirnya Durr al-Manthur, Beirut, Jilid 6, hal.379 - Surah al-Bayyinah, Nabi SAWA bersabda:"Wahai Ali, engkau dan Syiah engkau (golongan engkau) di Hari Kiamat nanti keadaannya dalam redha dan diredhai", dan sabdanya lagi:"Ini (Ali) dan Syiahnya (golongannya) (bagi) mereka itulah yang mendapat kemenangan di Hari Kiamat nanti".
Bersambung........
Dengan ini kita dapati bahawa perkataan Syiah itu telah disebutkan dalam al-Qur'an dan Hadith Nabi SAWA.
Yang dimaksudkan dengan Syiah yang menyeleweng ialah Syiah yang selain daripada Imamiyyah/Ja'fariyyah dan Zaidiyyah. Mereka diringkaskan sebagai ghulat.
Imam al-Ghazali dalam bukunya Mustazhiri menentang keras Syiah ghulat kerana ia mengandungi pengajaran Batiniah. Imam Ja'far as-Sadiq AS pula menyatakan Syiah ghulat tidak boleh dikahwini dan diadakan sebarang urusan keagamaan kerana aqidah mereka bertentangan dengan al-Qur'an dan Hadith.
Pengertian umum, Ahlul Sunnah ialah sesiapa yang mengikut Sunnah Nabi SAWA kemudian ia dihimpun kepada empat madzhab fiqh yang diketuai oleh Imam Malik yang lahir pada tahun 95 Hijrah dan meninggal tahun 179 Hijrah, Abu Hanifah yang lahir tahun 80 Hijrah dan meninggal tahun 150 Hijrah, Syafie yang lahir tahun 150 Hijrah dan meninggal tahun 204 Hijrah, dan Ibnu Hanbal yang lahir tahun 164 Hijrah dan meninggal tahun 241 Hijrah.
Di segi teologi, ia dihimpunkan kepada dua madzhab yang diketuai oleh A-Asy'ari yang dilahirkan tahun 227 Hijrah dan meninggal setelah tahun 330 Hijrah dan al-Maturidi yang lahir 225 Hijrah dan meninggal 331 Hijrah?
Adalah suatu kenyataan bahawa orang di tiga abad pertama (di permulaan sejarah Islam) secara mutlak tidak pernah berpegang kepada mana-mana madzhab itu. Dan madzhab-madzhab itu tidak wujud pada tiga abad pertama, padahal itu adalah masa-masaa yang terbaik.
Hampir dua abad selepas lahirnya madzhab-madzhab empat, kedudukan pengikut-pengikut mereka dilanda perpecahan dan masing-masing mendakwa madzhab merekalah yang terbaik.
Bersambung..
Az-Zamakshari yang lahir 467 Hijrah bersamaan 1075 Masehi dan meninggal 537 Hijrah bersamaan 114 Masehi, seorang Hanafi, telah menggambarkan kedudukan madzhab Empat/Ahlul Sunnah pada masa itu seperti berikut:
Jika mereka bertanya tentang madzhabku,
Aku berdiam diri lebih selamat,
Jika aku mengakui sebagai seorang Hanafi,
Nescaya mereka akan mengatakan aku mengharuskan minuman arak,
Jika aku mengakui bermadzhab Syafie, mereka akan berkata: aku menghalalkan 'berkahwin dengan anak perempuan (zina)ku sedangkan berkahwin dengan anak sendiri itu diharamkan.
Jika aku seorang Maliki, mereka berkata: aku menharuskan memakan daging anjing,
Jika aku seorang Hanbali, mereka akan berkata: aku meyerupai Tuhan dengan makhluk.
Dan jika aku seorang ahli al-Hadith, mereka akan berkata: aku adalah seekor kambing jantan yang tidak boleh memahami sesuatu (Tafsir al-Kasysyaf, Cairo, Jilid, II, hal.494).
Ini adalah sebahagian daripada gambaran fanatik yang berlaku di kalangan madzhab-madzhab itu sendiri.
Dan di abad kemudiannya dihadkan madzhab kepada empat sahaja oleh pemerintah sekular pada masa itu. Dan tidak sekali-kali 'penentuan' itu berdasarkan kepada Hadith-Hadith Nabi SAWA. Malah 'penentuan' kepada empat itu adalah penentuan politik bagi menentang pergerakan Syiah Imamiyyah atau dalam erti kata yang khusus ialah pergerakan Ahlul Bayt.
Hanya di abad ketiga belas tiap-tiap pengikut madzhab menyenaraikan nama-nama pengikutnya seperti as-Subki menulis senarai nama-nama pengikut as-Syafie dalam bukunya Tabaqat as-Syafiiyyah al-Kubra.
Tidak ada perbezaan antara Syiah Imamiyyah dan madzhab Empat/Ahlul Sunnah mengenai asas-asas agama yang utama, iaitu Tauhid, Kenabian, dan Maad (Hari Kebangkitan).
Semua pihak percaya sekiranya seorang mengingkari salah satu daripada asas-asas itu, maka dia adalah kafir. Mereka percaya al-Qur'an adalah Kitab Allah yang diturunkan kepada umat manusia melalui Nabi Muhammad SAWA, tidak boleh dikurang atau ditambah, berdasarkan kepada Mushaf Uthman yang digunakan oleh seluruh umat Islam, manakala mushaf-mushaf lain seperti Mushaf Ali telah dibakar atas arahan Khalifah Uthman.
Sekiranya ada penafsiran yang berbeza antara Syiah Imamiyyah dan Ahlul Sunnah mengenai ayat al-Qur'an, maka ia adalah perkara biasa yang juga berlaku di kalangan Ahlul Sunnah itu sendiri antara Syafie dan Hanafi dan seterusnya.
Ahlul Sunnah berpegang kepada sebuah Hadith Nabi yang merangkumi lima perkara iaitu (1)Mengucap Dua Kalimah Syahadat, (2) Sembahyang, (3) Puasa, (4) Zakat, (5)Haji.
Bersambung..
Sementara Syiah Imamiyyah berpegang kepada sebuah Hadith Nabi yang merangkumi lima perkara juga iaitu sembahyang, puasa, zakat, haji dan jihad.
Ahlul Sunnah berpendapat bahawa Nabi tidak meninggalkan sebarang wasiat kepada sesiapa untuk menjadi khalifah. Persoalan yang timbul, mungkinkah Nabi yang menyuruh umatnya supaya meninggalkan wasiat tetapi beliau sendiri tidak melakukannya!
Syiah Imamiyyah percaya bahawa Imamah/Khalifah adalah jawatan yang dianugerahkan Tuhan kepada Ahlul Bayt khususnya Ali AS sebagai orang yang diwasiatkan untuk menjadi Imam/Khalifah berdasarkan kepada Hadith Ghadir Khum, Hadith AS-Safinah, dan lain-lain (Hakim Nisaburi;al-Mustadrak , bab kelebihan Ali).
Selepas Ali, ia diganti oleh anak-anak cucunya dari Fatimah; Hasan, Husayn, Ali Zainal Abidin, al-Baqir, As-Sadiq, al-Kazim,al-Rida sehingga Mahdi al-Muntazar (Imam ke-12).
Mereka dipanggil Imamah kerana mereka berpegang kepada Hadith Imamah/Khalifah dua belas yang bermaksud:"Urusan dunia selepasku tidak akan selesai melainkan berlalunya dua belas Imam".(Sahih Muslim, Sahih Bukhari, Bab al-Imarah).
Mereka juga dikenali dengan madzhab Ja'fariyyah iaitu dinisbahkan dengan Imam keenam Ja'far as-Sadiq AS yang bersambung keturunannya di sebelah ibunya dengan khalifah Abu Bakar as-Siddiq ibunya bernama Ummu Farwah bt. Al-Qasim bin Muhammad bin Abu Bakar as-Siddiq.
Sementara disebelah bapanya pula al-Baqir bin Ali Zainal Abidin (as-Sajjad) b. Husayn b. Ali dari ibunya Fatimah as-Siddiqah az-Zahra bt Muhammad Rasulullah. Dan beliau juga guru kepada Imam Malik dan Imam Abu Hanifah.
Ahlul Sunnah dan Syiah Imamiyyah percaya bahawa manusia adalah lebih mulia dari para malaikat, meskipun makhluk itu adalah yang hampir (al-Muqarrabun) kepada Tuhan.Manusia dianugerahkan dengan hawa nafsu dan keilmuan berlainan dengan malaikat yang dijadikan tanpa hawa nafsu dan para malaikat disuruh sujud kepada bapa manusia, Adam.
Hanya Muktazilah yang mempercaya bahawa malaikat itu lebih mulia dari manusia, kerana sifatnya yang sentiasa taat kepad Allah SWT dan baginya sujud malaikat kepada Nabi Adam adalah sujud hormatm bukan sujud yang bererti kehinaan.
Oleh itu Ahlul Sunnah dn Syiah Imamiyyah berpendapat bahawa Nabi Muhammad adalah lebih mulia dari semua makhluk Allah, termasuk malaikat.
Bersambung..
Ahlul Sunnah juga bersetuju bahawa Ahlul Bayt Nabi SAWA adalah lebih mulia dari orang lain, sebagaimana firman Tuhan dalam Surah al-Ahzab: 33,"Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu hai Ahlul Bayt dan menyucikan kamu sebersih-bersihnya".
Mengikut Muslim dalam Sahihnya, dan al-Wahidi dalam Asbab an-Nuzulnya, apa yang dimaksudkan dengan Ahlul Bayt ialah Fatimah, Hasan, Husayn dan Ali.
Berdasarkan kepada ayat itu, Syiah Imamiyyah percaya bahawa para Imam dua belas adalah maksum. Pengertian maksum, mengikut mereka ialah suatu kekuatan yang menegah seseorang daripada melakukan kesalahan/dosa. Dan ia tidak boleh menyalahi nas.
Perkara semacam ini memang juga berlaku dalam hidup seseorang. Contohnya seorang yang ingin melakukan maksiat tertentu,kemudian ada sahaja perkara yang menegahnya daripada melakukan maksiat itu. Dan bukanlah pengertian maksum itu sebagaimana kebanyakan yang difahami umum, iaitu seseorang itu boleh melakukan maksiat kerana dia itu maksum.
Selain dari ayat itu, Syiah Imamiyyah berpegang kepada beberapa Hadith Nabi yang antaranya menerangkan kedudukan keluarga Rasulullah SAWA.
Rasulullah bersabda:"Aku tinggalkan kepadamu dua perkara yang berharga:Kitab Allah dan keluargaku (al-Itrah)" (Sahih Muslim, Hadith Thaqalain).
Rasulullah SAWA bersabda:"Ahlul Baytku samalah seperti kapal Nabi Nuh; siapa yang menaikinya berjaya dan siapa yang tidak menaikinya akan binasa/tenggelam", (Al-Hakim Nisaburi, al-Mustadrak, Bab Kelebihan Keluarga Nabi).
Bagi Ahlul Sunnah, mereka mengatakan Ahlul al-Bayt itu lebih umum. Bagaimanapun keistimewaan diberi kepada mereka itu secara khusus.
Tidak wujud perbezaan yang besar antara Syiah Imamiyyah dan Ahlul Sunnah mengenai wuduk. Mereka bersetuju kebersihan mestilah dilakukan sebelum wuduk diambil.
Bagaimanapun mereka berbeza mengenai basuh/sapu dalam Surah al-Maidah: 6, yang bermaksud:"Sapulah (Imsahu) kepada kamu dan kaki kamu".
Jika ditinjau pengertian ayat itu bahawa bukan sahaja kepala yang wajib disapu, malah kaki pun sama, kerana perkataaan Imsahu memberi pengertian sapu,dan huruf ataf di situ mestilah dikembalikan kepada yang lebih hampir sekali.
Bersambung...
Lantaran itu Syiah Imamiyyah mengatakan kaki hendaklah disapu bukan dibasuh. Sementara Ahlul Sunnah mengatakan basuh; mereka berpegang kepada sebuah Hadith Nabi yang bermaksud:"Neraka wail bagi mata kaki yang tidak dibasahi air".
Bagi Syiah Imamiyyah, mereka mengatakan Hadith itu ditujukan kepada orang yang tidak membersihkan anggota-anggotanya, termasuk kaki sebelum mengambil wuduk. Di samping itu, mereka berpegang kepada Hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas. Sabda Nabi SAWA:"Wuduk itu dua basuh dan dua sapu", iaitu basuh muka dan tangan, adapun sapu ialah kepala dan kaki [Nota: Imam Baqir as bertanya di hadapan khalayak ramai:'Apakah kalian ingin saya nyatakan tentang wuduk Rasulullah SAWA ? Mereka menjawab,'Ya'.
Kemudian beliau meminta suatu bekas yang berisikan air. Setelah air itu berada di hadapan beliau, beliau AS menyingkap lengan bajunya dan memasukkan telapak tangan kanannya pada bekas yang berisikan air itu sambil berkata:'Begini caranya bila tangan dalam keadaan suci'.
Kemudian beliau mengambil air dengan tangan kanannya dan diletakkan pada dahinya sambil membaca'Bismillah' dan menurunkan tangannya sampai ke hujung janggut, beliau meratakan usapan untuk kedua kalinya pada dahi beliau, kemudian beliau mengambil air dengan memasukkan tangan kirinya dari bekas itu dan beliau letakkan pada siku kanan beliau sambil meratakannya sampai ke hujung jari.
Setelah itu beliau mengambil air dengan tangan kanan dan diletakkan pada siku kirinya sambil beliau ratakan sampai ke hujung jari. Kemudian dilanjutkan dengan mengusap ubun-ubun beliau dengan sisa air yang terdapat pada telapak tangan beliau sampai ke hujung dahi (tempat tumbuh rambut). Kemudian beliau usap kaki (bahagian atas) kanannya dengan sisa air yang terdapat pada telapak tangan kanan, sedangkan kaki kiri beliau usap dengan sisa air yang terdapat pada telapak kaki kiri (keduanya diusap sampai ke pergelangan kaki beliau - Al-Wasail Syiah, Juz. 1, bab 15, hal.387].
Ahlul Sunnah membuang perkataan Haiya 'ala khayr al-'amal (marilah melakukan sebaik-baik amalan) dari azan asal dan menambah perkataan as-solatu khairun minam-naum (solat lebih baik dari tidur) dalam azan subuh.
Kedua-dua perkataan itu dilakukan ketika pemerintahan khalifah Umar.
Mengenai yang pertama, beliau berpendapat jika seruan itu diteruskan,orang Islam akan mengutamakan sembahyang dari berjihad.
Tentang yang kedua, beliau dikejutkan dari tidurnya oleh muazzin dengan berkata:"Sembahyang itu lebih baik dari tidur", maka beliau lantas tersedar dan menyuruh muazzin itu menggunakan perkataan itu untuk azan Subuh.
Oleh Syiah Imamiyyah diteruskan azan asal sebagaimana dilakukan di zaman Rasulullah SAWA dan khalifah Abu Bakar RA.
Ahlul Sunnah tidak mensyaratkan sujud di atas tanah dalam sembahyang: Syiah Imamiyyah menyatakan sujud di atas tanah itu lebih afdhal kerana manusia akan lebih terasa rendah dirinya kepada Tuhan. Mereka berpegang kepada sebuah Hadith Nabi SAWA yang bermaksud"dijadikan untukku tanah itu suci dan tempat sujud" (Sahih Muslim, Bab Mawdi' as-Salah).
Post a Comment