Sep 29, 2011

Writer's Block? part 5.

(Aku harap setahun sekali cukuplah untuk writer's block, dan tahun ini, terkena pada bulan sept, ok kot.. )

Kronologi.

April, 2008: Writer's Block part 1.

Aku menulis 3 perkara yang selalu di tulis oleh blogger blogger bosan seluruh dunia..
Iaitu menulis tentang “filem terakhir yang aku tonton” atau tulis tentang “cerita aku dan keluarga” atau tulis tentang“aku dan rakan-rakan”.. rujuk sini.

Julai, 2008: Writer's Block part 2.

Sekali lagi, Aku menulis 3 perkara yang selalu di tulis oleh blogger blogger bosan seluruh dunia..
Iaitu menulis tentang “filem terakhir yang aku tonton” atau tulis tentang “cerita aku dan keluarga” atau tulis tentang“aku dan rakan-rakan”
.. rujuk sini.

April 2009: Writer's Block part 3.

Aku ubah format writer's block, aku tulis tentang lagu english yang aku ubah, dari lagu 'wake me up when sept ends', kepada 'wake me up when election ends.'

April 2010: Writer's Block part 4.

Aku ubah lagi format writer's block, aku copy paste chatting. rujuk sini.

Sept 2011: Writer's Block part 5.

Akhirnya, Aku ubah lagi format writer's block, hari ni, aku tak nak tulis apa apa, aku nak copy-paste video sahaja, terimalah magic tricks daripada anak bongsu aku. Woha!


Ps: Err, ada gambar anak aku makan sambil berjalan di lokasi belakang, apa punya bapaklah Hamka ni, ajar anak makan berjalan, hmm, mungkin Hamka terlalu sibuk rakam gambar sehingga terlupa tegur anak Hamka yang lain.., lain kali jangan buat silap lagi, ok, (kutuk diri sendiri dulu, sebelum orang kutuk-woha!)

Sep 25, 2011

Apa tanda Sayang?

(Tanya sama hati, apa asal sayang, adakah tandanya, nampak dipandang…)

Aku percaya, pasangan hidup yang terbaik adalah mereka yang jarang berkomunikasi dari jarak yang jauh, jika ada apa apa hal, mereka sedaya upaya akan mencari lokasi paling hampir dengan pasangan hidup masing masing, lalu berbicara dengan lemah lembut dan perlahan.

Contoh bila isteri di dapur, suami pula dalam bilik, lalu isteri menjerit: “bang, mari makan, cepatlah, nanti makanan sejuk!.

Suami diam tak kata apa-apa.

Bang, cepatlah makan, BUAT APA TU! MARI MAKAN!!

( huruf besar bermakna suara makin kuat.)

Suamipun datang dan jerit: awak ingat saya pekak ke?

Lalu merekapun bergaduh di meja makan, bla bla bla, malas aku nak ulas. Dua dua bodoh bangang!

Hakikatnya, bercakap dari jarak yang jauh dengan orang yang kita sayang, adalah tidak bagus. Memang kita boleh menjerit dengan mereka, tapi lebih baik kita pergi hampir dengan suami anda misalnya, lagi dekat lagi bagus, jika bersentuhan lagi-lagi bagus, atau peluk dan cakap sambil berbisik. “Bang, mari makan, nanti makanan sejuk, tak best pula”, ,

InsyAllah, isteri yang berbuat demikian, suami akan fikir seratus empat belas kali sebelum mahu bercerai, InsyAllah.

*****

“Baiklah, Hamka, terima kasih atas nasihat, akak sudah mahu balik, isteri kamu mana?, akak nak bersalaman dengan beliau sekejap.”

Kata saudara perempuanku yang ziarah sempena rumah terbuka lalu akupun tinggalkan beliau di ruang tamu kerana aku tidak mahu menjerit memanggil isteriku, lantas aku kedapur, memeluk isteriku dari belakang dan berbisik.

“Puan X sudah mahu balik”.

Isteriku kegelian dipeluk aku.

15 minit kemudian, Puan X menjerit.

Woi, buat apa lama sangat kat dapur tu!

Woha!

Ps: Tanda orang sayang kita adalah mereka akan cuba bercakap dengan jarak yang paling hampir dengan kita, oleh kerana begitu hampir, kadang kadang mereka berbisik dan kita masih mampu mendengarnya, maka malam ini, apa kata kita berbisik pada Tuhan di tikar sejadah tanda sayangnya kita pada Dia. Jom!

(Semoga aku dapat amal apa yang aku tulis)

Sep 19, 2011

Muallaf?

(Kata aku kepada isteriku pada suatu malam: Abang tidak mahu antara kita ada Sharifah Amani…)

Beberapa tahun dahulu.

Aku suka apabila isteriku berambut panjang, tak kira betapa besarnya akan mengerbang rambutnya di waktu pagi, aku suka, bab kata kaki facebook, I Like!

Suatu hari isteriku meminta izin untuk memotong rambut dengan gaya pendek, ingin ubah fesyen katanya, (jangan salah faham, isteriku bertudung, cuma ingin mengubah penapilannya kepada aku seorang) tapi aku tidak mengizinkannya.., sebab aku suka wanita berambut panjang..,

Adalah dua tiga kali beliau meminta kebenaran untuk berambut pendek, tapi aku tak benarkan, bab kata kaki facebook:

I Spam!

******

Suatu hari di Malam Raya

Hari Raya bila balik rumah mertua, mungkin boleh aku namakan sebagai hari berpeluang menonton filem melayu kerana free luar biasa, dan filem pilihan aku bagi Raya tahun ini adalah filem Muallaf arahan Arwah Yasmin Ahmad.

Waktu aku tengok, jam dah 11 malam, anak anak dah tidur kepenatan dan bini aku sedang gosok baju untuk berhari raya esok hari, (baca: Hari Raya kedua)

Tiba tiba aku ketawa kuat kuat, lepas tu senyap, lepas tu ketawa lagi kuat-kuat macam orang gila.

Bini aku yang sedang khusyuk gosok baju bertanya:

“apa yang kelakar sangat bang?”

Aku kata:

“Jap lagi abang cerita”

Lepas tu dari jauh kelihatan bini aku menyambung gosok baju dan dari luar rumah, kedengaran suara aku gelak kuat kuat macam orang gila. Jangan bimbang, rumah mertua aku besar, maka gelakkan aku tidak mengganggu tidur mereka..

Akhirnya, bini aku habis gosok baju, dan aku habis menonton filem Muallaf, gelak ku sudah hilang dan semua baju baru sudah tersidai di penyakut almari menunggu untuk melaram di pagi raya di rumah arwah mak aku pula (esok balik Terengganu)

Oleh kerana bini aku sudah kepenatan gosok baju dan kemas barang, dan aku juga sudah penat update movie, maka tidurlah aku tanpa sempat menceritakan akan sebab kenapa aku ketawa berdekah dekah ketika menonton filem malayu pilihan tahun ini kepada bini aku,

Menunaikan janji, aku tulis ulasan filem dan sebab ketawa hari itu dalam nota ugama hari ini kepada bini aku yang akan baca blog ini hari hari.


Sebelum tu aku bagi trivia filem ini.

1. Menang filem terbaik dalam Anugerah Skrin 2010 (ASK 2010)

2. Sebelum filem ini diterbitkan, satu kontroversi telah timbul di mana watak Sharifah Amani (Rohani) yang dicukur rambutnya meninbulkan kemarahan mufti-mufti tertentu disebabkan amalan mencukur rambut bagi wanita adalah sama sekali haram dari segi Islam. Namun selepas potong beberapa babak, barulah filem ini mendapat kelulusan tayangan.

3. Sepertimana filem-filem yang sebelumnya, penayangan Muallaf bermula dengan ayat Bismillahirahmanirrahim (Dengan nama Tuhan, Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang). Apa yang berbeza kali ini ialah ayat tersebut ditulis dalam bahasa Cina

4. Menang Anugerah Khas Filem Terbaik Asia-Timur Tengah (Special Mention Best Asian-Middle Eastern Film) di Festival Filem Antarabangsa Tokyo.

5. Muallaf adalah cerita berkisahkan perempuan berambut besar (lakonan Ning Baizura) bertemu dengan perempuan bermulut besar (Sharifah Amani) yang menyuruh perempuan ber’mulut besar’ itu agar membuat potongan fesyen rambur besar sepertinya, dah nama mulut besar, maka Rohani bersikap kurang ajar kerana Ning Baizuara hanyalah ibu tiri selepas mak kandung Ani meninggal, lalu Ayah Rohani(Rahim razali) yang panas baran, dan suka minum arak tapi tak nak sentuh anjing telah menghukum Rohani dengan membotakkan kepala Amani sampai berarah darah. Geram, marah, dan malu, Rohani melarikan diri bersama adik perempuannya Rohana (Sharifah Aleesya) lalu tinggal di rumah berhantu di perak, sebelum memulakan persekolahan di sana. Di sekolah baru adiknya, Rohani berkenalan dengan cikgu sekolah berbangsa cina yang bergaduh dengan emaknya kerana sudah lama tidak pergi gereja dan bila imbas kembali, ada sejarah hitam yang mana beliau di bogelkan oleh ayahnya kerana buat dosa melihat majalah tak senonoh. Panjang cerita aku pendekkan, Rohani memaafkan ayahnya di hujung cerita, begitu jugak pemuda cina itu. Mungkin moral cerita ini adalah, memaafkan semua orang sebelum tidur. Oh, ye lupa nak bagitahu, sinopsis ini adalah spoiler, padan muka kamu, woha!

6. Ada dua ayat dalam filem ini yang disenyapkan oleh LPF kerana bimbang timbul kontreversi, tapi oleh sebab aku kononnya boleh baca pergerakan mulut, maka babak senyap itu berbunyi, "You look like nuns" yang dikatakan oleh Brother Anthony (Tony Savarimuthu) ketika melihat Rohani (Sharifah Amani) memakai telekung dan juga "Nanti orang ingat kita wahabbi" yang dikatakan oleh Rohana (Sharifah Aleysha) di gerai makan. Ha ha!

7. Mungkin filem ini lebih konterversi jika ada babak Rohana bertanya Brother Anthony, selaku seorang paderi yang memakai salib di tengkuk dengan soalan: If Jesus had died in the electric chair would you wear and electric chair around your neck?Woha! (ok, ini peringatan juga untuk orang islam, apa apa kita buat dalam perkara ugama, mesti ikut sunnah Nabi, harap korang faham)

8. Pengarah filem ini, Yasmin Ahmad telah meninggal dunia pada usia 51 tahun pada bulan Julai 2009, beliau tidak sempat mengambil trofi kemenangan filem terbaik, ini hakikat hidup, semua orang akan jadi mayat, anda tidak mampu mengubahnya. Pesan kepada diri sendiri.

Ok, sekarang pergi pada babak kenapa aku katawa berdekah dekah,

****

Babak satu: Rohani start motor nak hantar adiknya kesokolah tapi motor tak hidup-hidup, dia pun baca bismillah dan motor hidup.

Rohani senyum, dan aku pun senyum.

*****

Babak dua, sampai sekolah, waktu adik dia turun dari motosikal, baru kakak dia perasan si adik tak ikat tali helmet, kakak dia marah, tapi aku senyum.

*****

Babak tiga, sedang si adik bergaduh, datang paderi nasihat, lalu adik dia, Rohana quote ayat dari Pengakuan-pengakuan St. Augustine, bila tengok muka paderi tu confuse aku senyum..

Lepas tu paderi tu beri nasihat:

“Girl, my mother once told me…”

Terus adik beradik tu berhenti bergaduh dan tunggu apa ayat seterusnya dari si pedari, lalu kata si paderi:

“I forgot what she told me!”

Amani senyum dan Aku gelak! Woha!

*****

Babak empat. Rohani berborak dengan kerani berbangsa cina kat sebuah Kolej selepas mencari kursus sesuai untuk sambung belajar tapi tak jumpa,

Rohani: Miss you guys don’t seem to have courses on Theology.

Kerani: what?

Rohani: Comparative Religions?

Kerani:What?

Rohani: How about Sociology of Religions?

Kerani: Why would anyone want to study that?(muka boring gila)

Rohani:Why not?

Kerani: What for? No use lah, Our courses prepare our students for the life they have ahead.

(Sambil si kerani berbangsa cina tunjuk logo besar kolej dengan moto: FUTERE KOLEJ: for the life you have ahead- Aku ketawa berdekah)

Rohani: What about the death that lies ahead. (aku ketawa lagi)

Kerani: Prepare for death, for what?

Rohani: Because it’s more certain than life.

Kerani hembus nafas dengan muka bosan..

Rohani berlalu dan berkata: It’s Ok, I will try somewhere else, Thanks.

Kerani: Hey, no college in this town is stupid enough to conduct courses to teach you about death lah.(dengan nada menyindir)

Rohani: You should try it sometime.

Kerani: why should I try the course?(dengan nada marah)

Rohani: No, Not the course. Death!

Woha!

*****

Babak empat:

Rohana adik Rohani kena marah oleh cikgu India dalam kelas, tapi tiap kali kena marah beliau akan quote ayat ayat dari kitab kitab, macam kisah sahabat Nabi, Sa’id bin Jubair r.a ketika berdialog dengan Hajjaz sebelum di bunuh, aku senyum tengok babak menjawab guna kitab ugama ni, kreatif, dan aku gelak bila cikgu tu cakap dalam keadaan marah,

Stop it or I will do somenting, I’ll rigret.!

Lepas tu selamba ayu betulkan inglish cikgu tu, regret, not rigret! Dan terus kena rotan-woha!

Masa rotan boleh pulak si Ana quote nombor pelik (105:1) yang mana akhir cerita kita tahu bahawa nombor tu adalah surah al fill, kisah tentera bergajah-ada kaitan dengan subjek melukis gajah dalam kelas tu, hu hu.. What director try to tell us? Tak paham.

*****

Babak 5:

Rohani naik motor dan berselawat dalam bentuk lagu ke atas Nabi, aku senyum-klasik.

*****

Babak 6

Rahim Razali, ayah Rohani, minum arak gelas besar, tapi tak nak bersalam dengan orang yang sentuh anjing- ha ha! (klasik pendosa melayu)

(note: Babak rahim Razali minum arak tak di tunjukkan, tapi dari suasana lokasi, kita tahu seolah rahim Razali baru lepas minum arak, nampaknya mungkin pengarah faham tentang satu fatwa yang dikeluarkan sesetengan ulamak, yang menegur pelakon berlakon minum arak sebagai dosa juga, jadi dalam kes ni, genius. Tapi betul dalam filem ini ada babak minum arak dan dipotong LPF-tarik balik genius.

*****

Babak 7:

Rohani bekerja di Pub, tapi babak tu tak tunjuk jugak, dari perbualan bos dan pekerja, kita tahu ramai pelanggan suka Ani kerana bagus PR dan cerdik, dan kerjanya nasihat pelangan Pub supaya berhenti minum arak dan minum air mineral water, ha ha, sekali lagi, pengarah play safe untuk filem ugama dan ini bagus, aku pantang filem ugama yang nak tunjuk hero insaf di babak akhir, tapi babak awal, kena ada watak pergi disko, raba raba, minum arak.., tak perlu babak disko untuk filem melayu, tak perlu! (tapi amoi pub ni seksi sangat-akukan kena jaga mata..aduh..)

******

Babak 8:

Ani dan Ana baru lepas solat, masing masing pakai kain sembahyang, cantik sungguh, lepas tu bila pintu rumah kena ketuk, si Ani ambil batang besi sebelum bersedia bukak pintu, cantik sungguh babak tu.

Rupanya Paderi dan cikgu sekolah Ana datang rumah, Bila Ani nak tukar kain solat, paderi cakap, tak apa, sebab nampak macam sister paderi, sungguh realistic dialog. Lepas tu ada lagi dialog yang aku dah malas nak tulis, tapi kelakar.., lepas tu borak pasal bible dan terdedahlah rahsia quote pelik si adik Ani, adalah dari Al quran, lepas tu borak pasal Hantu, dan gambar Hantu yang bunuh diri, kelakar!

Mereka panggil Hantu dalam rumah tu: Uncle! Woha!

******

Babak 9:

Ani dan Ana dan cikgu borak pasal ugama kat kedai mamak sambil pekena roti canai, siap bukak topic Tauhid Rubuliah, Ululiah, Wahabi, Muallaf, Sunni, Syiah, Kritisan, dan moral dari kakak, rujuk Ustaz untuk faham makna Al quran, (rujuk Buznama)

lepas tu azan, kedua mereka pergi solat awal waktu di masjid, dan datang Mamak kedai bagi tahu pada cikgu jangan mengorat si Ani sebab dia dah cop! Woha!

“satu roti telur berapa”? seratus dua puluh ringit! Jawab Mamak tu bila cikgu tu suruh kira. Marah sungguh sebab takut rohani kena ngorat-ha ha!

******

Babak 10:

Latihan Teekwandoo, ending dia kelakar gila babi. Aku malas nak tulis sebab panjang sangat.

*****

Babak 11.

Ayah Ani dan Ana datang ke sekolah untuk culik anak mereka yang lari dari rumah, si Paderi terus lari ke gereja, doa sebaris ayat dan lari balik untik selamatkan Ana dari di ‘culik’ bapanya. Ha ha,

Lepas tu paderi jatuh dan di selamatkan oleh ustaz. Wow!

******

Babak 12.

Cikgu sekolah tolong kemas rumah Ani, kelakar. Malas nak tulis sebab aku dah malas.

******

Babak 13.

Mak si cikgu nasihat anaknya, jangan bawak kereta laju laju, anaknya cakap baik, lepas tu dia bawak kereta laju laju. Ha ha!

Babak bukak kasut masuk rumah orang islam tak kelakar, tapi bila di guna untuk ending, kelakar!

Ok, ada banyak lagi kot aku tak cerita, dan cerita ni ada jugak kelemahan seperti watak Ani dan Ana yang tak bertudung, bersalam dengan bukan Muhrim, mungkin kefahaman ugama yang ada pada pengarah filem ini masih di tahap muallaf, buat filem itu diterjemahkan tidaklah menapati syariat islam walaupun untuk perkara asas, tapi masih baik dari segi keberanian bercerita tentang subjek ugama di sebalik kisah cinta, dan kemaafan.

Ok, habis laporan kepada bini aku akan “kenapa abang ketawa malam itu”.., jadi bini aku mungkin tak perlu tengok cerita tu sebab aku dah cerita, tapi jika nak tengok jugak, boleh, tapi abang tak nak gosok baju, woha!

Apa kesan filem ini pada kau Hamka?

Kesan? Hmm, baik, Habis cerita itu, aku cakap, pada bini aku ,:permintaan kamu untuk berambut pendek, abang benarkan… woha!

Mungkin aku terkesan dengan kecomelan Sharifah Amani berambut pendek dalam filem itu, Astarfitullah..,

Bini aku gembira, dan terus pergi potong rambut pendek pada hari raya ke enam, dan lepas ia berambut pendek, aku tengok bini aku, nampak muda sangat.., macam budak sekolah pulak aku rasa.

Lalu nafsu aku membara,

Terus aku ajak bini aku bersetubuh malam tu, aku nak rasa rambut baru, ha ha ha…

Tapi malam itu, kami ‘tidur’ tak tutup lampu..

Lalu bini aku tanya, kenapa tak tutup lampu bang, nak hayati potongan rambut baru saya ke?

Jawab aku:

(sila baca ayat pertama entry ini)

Woha!

Ps: Moral Entry ini, dalam islam, dilarang bersetubuh dengan membayangkan orang lain selain pasangan anda yang sah, sebab tulah abang bukak lampu malam tadi sayang, sebab abang takut teringat dengan Sharifah Amani yang juga berambut pendek, astarfrulahiazim, jom sambung tidur, woha!

Ps2: rambut bini aku tak lah sependek sharifah Amani dalam filem tu, tapi masih nampak macam orang perempuan, (cover line, takut LPF potong entry ni-woha sekali lagi)

Sep 9, 2011

Forever Alone?

(Demi malam apabila telah sunyi,Tuhanmu tiada meninggalkan kamu dan tiada pula benci kepadamu, Dan sesungguhnya akhir itu (akhirat) lebih baik bagimu dari permulaan(dunia).Dan kelak Tuhanmu pasti memberikan karnia-Nya kepadamu, lalu (hati) kamu menjadi puas. Ad Duhha: ayat 2 hingga 5)

Soalan pembaca:

Salam En.Hamka,tolong saya camner nak mengelakkan diri daripada forever alone ? saya nie tak de sorang pun lelaki nak kat saya.sebab tue lah saya jadik forever alone..., tolong saya atasi masalah yang sangat membebankan ini, tolong!

Hamka keretamayat said:

Aku ada satu cerita, dan aku tak tahu siapa punya idea, dan rasanya terbaca dalam bentuk komik di satu blog.., tapi bila cari tak jumpa pulak, salahkan internet yang slow, senang cerita, aku terjemahkan komik itu dalam bentuk karangan..

Bayangkan pada suatu hari, anda yang forever alone, yang tidak pernah ada teman lelaki sebagai kekasih, telah pergi makan di sebuah restoran dan sudah tentu anda duduk seorang diri di meja makan, tiba tiba, masuk seorang lelaki yang jugak kelihatan sendirian, mukanya tidaklah kacak tapi matanya bersinar dengan penuh harapan sedang ekor matanya mencari cari sesuatu di dalam kedai, lalu apabila melihat anda duduk seorang diri, si diapun tersenyum.

Matanya tanpa berkerdip terus menuju ke arah anda, setibanya di meja anda, si dia bertanya dengan penuh harapan dan lemah lembut:

“ adakah kerusi di depan ini kosong tiada orang?”

Lalu anda dengan penuh harapan menjawab:

“ya!..”

Si diapun tersenyum lalu berkata:

“kalau begitu baguslah, sebab saya nak guna kerusi ini.”

Woha!

akhirnya tinggalah anda seorang diri.. forever alone.. melihat si dia menarik kerusi ke meja lain yang di penuhi orang perempuan yang cantik dan jelita.

******

Ps: jangan makan seorang diri di kedai makan, hendaklah rasa malu seperti seorang lelaki berman yang malu solat fardhu seorang diri, solat mesti bejemaah, yay!

Ps2: Dik, orang tak ada ugama sahaja yang forever alone, kerana mereka tidak percaya pada tuhan dan tidak pernah berpeluang menyintai tuhan, maka, bercintalah dengan Tuhan semampu mungkin, enjoy the silence, dan kelak, terpulanglah pada Allah, untuk kahwinkan kamu di dunia (jika umur panjang dan ada jodoh) atau di akhirat(jika umur pendek dan beramal soleh)..

Ps3: Wahai perempuan forever alone, ketahuilah di dunia ini juga ada lelaki forever alone, pandai pandailah korang berusaha dan berdoa, kerana blog aku bukan blog Cari Jodoh, maaf sangat sangat, kata aku sambil mengambil kerusi kosong di meja kamu...woha!

Sep 6, 2011

Hari raya, borak apa?

(Kawan tanya, ada tengok tak Konsert 3 Gegaran May, Lefthanded & XPDC di TV3, jawab aku, Mael XPDC jika menyanyi lagu nasyid, tentu sedap.)

Bila tiba hari raya, korang pun saling ziarah menziarahi antara satu sama lain, alhamdulillah.., inilah satu satunya amalan yang akan kekal sampai dalam shurga kerana bila dah masuk shurga kelak, (amin..) sudah tiada lagi ibadat seperti, solat, puasa, bayar zakat, pergi haji dan lain-lain ibadat, tapi semua ahli shurga akan buat satu ibadat khas iaitu ziarah antara satu sama lain kerana dalam shurga, Hari Raya Adalah Hari Hari!

Di shurga, ada hari ziarah shurga Nabi,ada hari ziarah shurga ibu bapa, ada hari ziarah shurga ustaz ulamak, ada hari ziarah shurga anak murid dan pada penghulu hari, iaitu hari jummaat di shurga, ahli shurga akan ziarah Allah SWT yang mana nikmat ziarah Allah, dan melihat wajah Allah adalah jauh lebih nikmat dari bersetubuh dengan semua bidadari.

Hentikan imiginasi korang, kerana sebelum kita bercerita tentang ziarah seronok dalam shurga, cuba tengok ziarah kita di dunia ni dulu, ada gaya ahli shurga tak?

(Masa untuk mengumpat)

Waktu ziarah, kita pakai baju bukak aurat, terbelah sana sini, ada yang pakai baju kebaya sehingga nampak lurah buah dada siap dengan tahi lalat yang di gelapkan dengan Eyeliner glides on adding drama and definition to your TAHI LALAT with waterproof formula won’t smear, smudge or fade for up to 16 hours berjenama Revlon.

Lepas tu pulak rambut mengerbang macam puntianak Suhaimi Baba part one two.

Warna rambut pulak macam buah Naga cicah Coklat.

Solat pulak lengah lengah dan bersalaman jantan betina sambil menhampuskan dosa serta merta laksana Fahter di gereja dengan ungkapan, “kosong-kosong.”

Wah wah wah, meriahnya raya..

Lepas tu bersembang mesti cerita pasal harta, politik dan hiburan...

“Kerja kat mana sekarang? Gaji dah cecah 5 ribu ke?”

“anak anak dah berapa orang, masuk U berapa orang?”

“Baju I ni sama butik dengan penari latar Dato Siti Nurhaliza you..”

“Balik kampung berapa hari, jalan jem tak? Tapi I tak penat sangat sebab naik kereta MPV baru, siap boleh tengok movie dekat GPS screen..”

“masak apa rumah terbuka tu, I ingat nak tempah Buffet Hotel Seri Malaysia macam penari latar artis RTM buat rumah terbuka tahun lepas, muah muah muah”

“dengar khabar dah naik pangkat, boleh lah dapat duit raya, hik hik hik..”

“wah merahnya bibir I lepas minum air sirap you, rasa macam Justin justin bieber lah pulak, haw haw”

“Teruk betulah kerajaan Malaysia, jalan jem gila, mana pergi duit juta juta rakyat bayar cukai, kenapa tak buat LRT dari KL ke Kelantan?”

“Apa tak patriotik betulah orang politik, dengar khabar PM sambut merdeka di Austrlia, MB penang pulak sambut merdeka di China, ish ish ish”

“Bukaklah TV3 tu, ada cerita hantu kopek, sedap cerita tu, dah dua kali tengok wayang, lapan belas kali tengok dekat ASTRO, dan sembilan kali tengok dekat DVD Player, hari raya pertama ni, kita layanlah pulak dekat TV3 sambil makan ketupat”

“Apa kenapa si Blogger keretamayat ni tak update blog hari raya, blogger politik semua update blog”

“Tahun ni jer aku pakai kereta tu, tahun depan aku nak ambik MPV pulak”

“Baju ni aku tempah pada 15 sya’ban, nasib baik sempat siap, cantik kedai tu jahit”

“berapa lama balik kampung ni, bila nak ajak I pergi jalan jalan dengan kereta baru U”

Dan lain lain lagi... (sebab rasa nam muntah pulak bila qoute banyak-banyak)

Baiklah, Aku malas nak mengumpat sambil puasa enam(ehem-ehem, riaklah tu), tapi itulah hakikatnya korang beraya.., langsung takde ciri islamik, tu belum cerita bab makan sehingga terbaring kekenyangan mengalahkan orang somolia yang terbaring kelaparan.., malas dah nak mengumpat lebih lebih di waktu sedang puasa enam ni, (kena berbuka aku ni nampaknya), apa yang aku nak fokus adalah bila tiba ziarah hari raya, patut bersembang bab ugama, macam ahli shurga, jaga akhlak macam ahli shurga.., maklumlah dah sebulan berpuasa, dah sebulan dengar tazkirah, tak kan tak boleh borak bab ugama kot..

Jika korang rajin baca kisah sahabat dan Nabi Muhammad SAW, (macam lah aku ni rajin sangat) korang akan dapati banyak perbualan antara Nabi dan sahabat yang mana perbualan mereka pada mulanya hanyalah dalam urusan dunia, tapi bila bersembang dengan Nabi, topik perbualan itu akan bertukar menjurus kepada cerita tentang akhirat,

Sebagai contoh, hadith riwayat Ibnu Majah, Daripada Abu Hurairah r.a. beliau menceritakan bahawa pada suatu hari Rasulullah s.a.w. datang kepadanya yang sedang bercucuk tanam, lalu Baginda bertanya kepadanya:

"Wahai Abu Hurairah! Apakah yang kamu sedang tanam?"

Abu Hurairah menjawab: “menanam tanaman untukmu Ya Rasullulah”,

Baginda kemudian bersabda, "Wahai sahabatku Abu Hurairah, mahukah aku tunjukkan kepada kamu satu tanaman yang lebih baik daripada tanamanmu ini?"

Aku menjawab, "Bah kan ya Rasulullah?"

Jawab Baginda, "Bacalah, Subhanallah Alhamdulillah Walailahaillallah Allahuakbar, akan ditumbuhkan untukmu sepohon pokok di dalam syurga.”

Tengok, bila sahabat cerita bab pokok di dunia, Nabi alihkan tentang cerita pokok di shurha, itu sunnah..

Baik, itu satu contoh, yang lain korang boleh baca sendiri, seperti kisah sahabat bercerita betapa untung beliau berniaga hari itu, lalu Nabi cerita tentang untung lagi orang yang solat sunnat selepas solat fardu, kemudian, anak Nabi sendiri, Fatimah r.aha, cerita kisah sedih akibat penat dan perlukan hamba untuk menolong kerja rumah, Nabi cerita pulak kelebihan baca tasbih sebelum tidur.., ada sahabat lain cerita tentang unta betina bunting yang mahal, Nabi cerita pulak kisah kelebihan baca Al quran.. dan lain-lain.., (rujuk sendiri)

Jadi, korang boleh check balik, bila korang berborak dengan kawan di waktu ziarah hari raya, ke mana topik perbualan akan menjurus?.., adakah akan menjurus kepada akhirat? atau menjurus kepada harta dunia, politik , hiburan atau tepi kain orang? (yang menambahkan dosa)

Check balik, cuba ambik kertas dan pen kalau tak percaya, lepas tu bila berkumpul dengan kawan kawan, cuba catat tajuk isu yang dikongsi, (memang kelakar dan ending yang menyedihkan..oh!)

Mula mula korang akan cerita tentang jalan jem sempena balik kampung di hari raya, kemudian start cerita tentang model kereta, lepas tu melalut cerita tentang sport rim, drift, bla bla bla.. lepas tu, tiba-tiba ada salah sorang kawan cerita tentang hiasan rumah sempena hari raya, korang pun sambung cerita tentang rumah pulak, saiz rumah, pagar rumah, perabot rumah, bayaran instalment, bla bla bla.. lepas tu melalut cerita pulak skim cepat kaya, MLM, bla bla bla.. lepas tu meleret cerita pasal artis, bla bla bla.. lepas tu sangkut cerita pasal movie, bla bla bla.. lepas tu sukan pulak, bla bla bla.. lepas tu cerita banjir di kampong saya, bla bla bla.. lepas tu maksiat orang, bla bla bla.. lepas tu cerita tentang kemalangan ngeri, bla bla bla.. lepas tu cerita hantu? Toyol?.., lepas tu? lepas tu? lepas tu?

Ada nak cerita tentang akhirat? Cerita tentang pokok di shurga? Cerita tentang api neraka?

Ada?

Dan rujuk balik bab cita-cita islam korang, perjuangan islamic korang, parti islam korang, rujuk balik bab “al quran bergerak” .., Arghh, aku malas nak membebel di waktu puasa enam begini!

Akupun masih banyak yang tak betul.., cakap kat diri aku sendiri ler ni.., dan memang nak kena amal sunnah Nabi yang ni, iaitu tukar topic perbualan korang tentang dunia yang sementara kepada akhirat yang kekal abadi.., tukar cerita korang tentang makhluk kepada Khalid, tukar cerita korang tentang Mal (harta) kepada Amal!..

So, membebel sahaja tak guna, aku kena bagi cadangan dan jalan penyelesaian.. ehem-ehem.

Baik, serius sikit.

Sebenarya masalah suka berborak bab dunia di hari raya ini terjadi kerana kita banyak modal untuk cerita bab dunia, tapi tak de modal nak cerita bab akhirat.

Yelah, jalan jem, baju raya, model kereta, filem hantu, politik babi, dan macam macam lagi semuanya jika di utarakan akan merancakkan perbualan sehingga habis satu tabung kuih raya..

Apatah lagi bila TV tayang iklan pasal dunia, lagi banyak modal boleh cerita.

Maka, untuk atasi masalah ini, masalah suka berborak bab dunia di hari raya ini, Aku cadangkan kita kena ada modal akan perkara bab bab ugama.., aku bagi beberapa perbualan yang boleh di jadikan modal untuk kita bercerita perkara ugama di pagi raya..

Contoh.

“Eh, kau tahu tak khutbah hari raya tadi cerita pasal apa?”

Apa sahaja jawapan kawan korang, dengar ke tertidur, maka korang dah ada modal untuk cerita bab ugama, maka terus masukkkan hadih Nabi atau ilmu ilmu yang korang dah belajar sepanjang tazkirah antara tarawikh 8 rakkaat yang lalu, bila lagi nak belajar, AMAL dan SAMPAIKAN.. kan?

Contoh lain.

“tarawikh kat sini buat lapan ke 20?”

Apa sahaja jawapan kawan korang, lapan ke tiga puluh dua ke, maka korang dah ada modal untuk cerita bab ugama, maka sekali lagi, terus cerita ilmu yang korang dapat sewaktu tazkirah antara tarawikh 8 rakkaat yang lalu, sembang jangan tak sembang.. biar kawan korang terheret ke dalam kancah perbualan yang bermanfaat, matikan cita cita dunia mereka, ha ha ha!

Contoh lain.

“Ustaz mana yang kau rasa paling memberi kesan dalam tazkirah pada malam tarawikh yang lalu?”

Apa sahaja jawapan kawan korang, ustaz best ke tak best, lawak bukan tempat sini ke tempat lain, maka korang dah ada modal lagi untuk cerita bab ugama, sembang jangan tak sembang... masukkan dalil dan Nas sebagai pelincir tazkirah di pagi raya, biar kawan kau tu rasa diri hina disisi Allah di pagi raya, ha ha ha!

Contoh lain.

“Masa balik kampung hari tu, ada orang mati eksiden tak di jalanan?”

Apa sahaja jawapan kawan korang, orang mati ke atau cedera, maka korang dah ada modal lagi untuk cerita bab mati, persedianan untuk mati, esok boleh mati, mati itu sakit, ha ha ha, biar tawar air sirap, biar lemau kuih raya, janji semua insaf dan bertaubat ha ha ha!

Ok, aku rasa cukuplah beberapa contoh yang aku sebut di atas, sebagai modal untuk bercakap bab ugama supaya kawan korang dan korang tak bercakap benda yang sia sia(hiburan) atau benda yang berrdosa (firnah politik) di pagi hari raya yang mulia..

Lagipun aku rasa belum terlewat untuk kita membuat perubahan, sebab sepanjang syawal akan setiasa ada rumah terbuka, ziarah macam ahli shurga dah elok dah, Cuma tinggal nak cuba sembang bab ugama sahaja, biar ianya menjadi satu budaya berpahala di hari raya. Mudah mudahan..

Sebagi penutup, aku bagi modal last yang paling best sebagai modal bercerita tentang ugama di pagi raya.

Iaitu jumpa kawan di pagi raya, dan tanya mereka..,

“Pernah baca tak blog keretamayat?’

Woha!

Sekian, selamat beramal!

Ps: Selamat Hari raya enam, aku sedang puasa enam ni, dah tak banyak yang tinggal, lagi 5 hari setengah jer, Woha sekali lagi!

Ps2: Hendaklah kita belajar bercakap bab ugama supaya kebesaran Allah datang dalam diri kerana bila dah jadi mayat kelak, malaikat kubur akan ajak kita ‘berborak bab ugama’ yang mana jika kita diam tak reti nak bercakap bab ugama, maka malaikat Nakir akan hantuk kepala kita ke tanah! oh..