Sep 6, 2011

Hari raya, borak apa?

(Kawan tanya, ada tengok tak Konsert 3 Gegaran May, Lefthanded & XPDC di TV3, jawab aku, Mael XPDC jika menyanyi lagu nasyid, tentu sedap.)

Bila tiba hari raya, korang pun saling ziarah menziarahi antara satu sama lain, alhamdulillah.., inilah satu satunya amalan yang akan kekal sampai dalam shurga kerana bila dah masuk shurga kelak, (amin..) sudah tiada lagi ibadat seperti, solat, puasa, bayar zakat, pergi haji dan lain-lain ibadat, tapi semua ahli shurga akan buat satu ibadat khas iaitu ziarah antara satu sama lain kerana dalam shurga, Hari Raya Adalah Hari Hari!

Di shurga, ada hari ziarah shurga Nabi,ada hari ziarah shurga ibu bapa, ada hari ziarah shurga ustaz ulamak, ada hari ziarah shurga anak murid dan pada penghulu hari, iaitu hari jummaat di shurga, ahli shurga akan ziarah Allah SWT yang mana nikmat ziarah Allah, dan melihat wajah Allah adalah jauh lebih nikmat dari bersetubuh dengan semua bidadari.

Hentikan imiginasi korang, kerana sebelum kita bercerita tentang ziarah seronok dalam shurga, cuba tengok ziarah kita di dunia ni dulu, ada gaya ahli shurga tak?

(Masa untuk mengumpat)

Waktu ziarah, kita pakai baju bukak aurat, terbelah sana sini, ada yang pakai baju kebaya sehingga nampak lurah buah dada siap dengan tahi lalat yang di gelapkan dengan Eyeliner glides on adding drama and definition to your TAHI LALAT with waterproof formula won’t smear, smudge or fade for up to 16 hours berjenama Revlon.

Lepas tu pulak rambut mengerbang macam puntianak Suhaimi Baba part one two.

Warna rambut pulak macam buah Naga cicah Coklat.

Solat pulak lengah lengah dan bersalaman jantan betina sambil menhampuskan dosa serta merta laksana Fahter di gereja dengan ungkapan, “kosong-kosong.”

Wah wah wah, meriahnya raya..

Lepas tu bersembang mesti cerita pasal harta, politik dan hiburan...

“Kerja kat mana sekarang? Gaji dah cecah 5 ribu ke?”

“anak anak dah berapa orang, masuk U berapa orang?”

“Baju I ni sama butik dengan penari latar Dato Siti Nurhaliza you..”

“Balik kampung berapa hari, jalan jem tak? Tapi I tak penat sangat sebab naik kereta MPV baru, siap boleh tengok movie dekat GPS screen..”

“masak apa rumah terbuka tu, I ingat nak tempah Buffet Hotel Seri Malaysia macam penari latar artis RTM buat rumah terbuka tahun lepas, muah muah muah”

“dengar khabar dah naik pangkat, boleh lah dapat duit raya, hik hik hik..”

“wah merahnya bibir I lepas minum air sirap you, rasa macam Justin justin bieber lah pulak, haw haw”

“Teruk betulah kerajaan Malaysia, jalan jem gila, mana pergi duit juta juta rakyat bayar cukai, kenapa tak buat LRT dari KL ke Kelantan?”

“Apa tak patriotik betulah orang politik, dengar khabar PM sambut merdeka di Austrlia, MB penang pulak sambut merdeka di China, ish ish ish”

“Bukaklah TV3 tu, ada cerita hantu kopek, sedap cerita tu, dah dua kali tengok wayang, lapan belas kali tengok dekat ASTRO, dan sembilan kali tengok dekat DVD Player, hari raya pertama ni, kita layanlah pulak dekat TV3 sambil makan ketupat”

“Apa kenapa si Blogger keretamayat ni tak update blog hari raya, blogger politik semua update blog”

“Tahun ni jer aku pakai kereta tu, tahun depan aku nak ambik MPV pulak”

“Baju ni aku tempah pada 15 sya’ban, nasib baik sempat siap, cantik kedai tu jahit”

“berapa lama balik kampung ni, bila nak ajak I pergi jalan jalan dengan kereta baru U”

Dan lain lain lagi... (sebab rasa nam muntah pulak bila qoute banyak-banyak)

Baiklah, Aku malas nak mengumpat sambil puasa enam(ehem-ehem, riaklah tu), tapi itulah hakikatnya korang beraya.., langsung takde ciri islamik, tu belum cerita bab makan sehingga terbaring kekenyangan mengalahkan orang somolia yang terbaring kelaparan.., malas dah nak mengumpat lebih lebih di waktu sedang puasa enam ni, (kena berbuka aku ni nampaknya), apa yang aku nak fokus adalah bila tiba ziarah hari raya, patut bersembang bab ugama, macam ahli shurga, jaga akhlak macam ahli shurga.., maklumlah dah sebulan berpuasa, dah sebulan dengar tazkirah, tak kan tak boleh borak bab ugama kot..

Jika korang rajin baca kisah sahabat dan Nabi Muhammad SAW, (macam lah aku ni rajin sangat) korang akan dapati banyak perbualan antara Nabi dan sahabat yang mana perbualan mereka pada mulanya hanyalah dalam urusan dunia, tapi bila bersembang dengan Nabi, topik perbualan itu akan bertukar menjurus kepada cerita tentang akhirat,

Sebagai contoh, hadith riwayat Ibnu Majah, Daripada Abu Hurairah r.a. beliau menceritakan bahawa pada suatu hari Rasulullah s.a.w. datang kepadanya yang sedang bercucuk tanam, lalu Baginda bertanya kepadanya:

"Wahai Abu Hurairah! Apakah yang kamu sedang tanam?"

Abu Hurairah menjawab: “menanam tanaman untukmu Ya Rasullulah”,

Baginda kemudian bersabda, "Wahai sahabatku Abu Hurairah, mahukah aku tunjukkan kepada kamu satu tanaman yang lebih baik daripada tanamanmu ini?"

Aku menjawab, "Bah kan ya Rasulullah?"

Jawab Baginda, "Bacalah, Subhanallah Alhamdulillah Walailahaillallah Allahuakbar, akan ditumbuhkan untukmu sepohon pokok di dalam syurga.”

Tengok, bila sahabat cerita bab pokok di dunia, Nabi alihkan tentang cerita pokok di shurha, itu sunnah..

Baik, itu satu contoh, yang lain korang boleh baca sendiri, seperti kisah sahabat bercerita betapa untung beliau berniaga hari itu, lalu Nabi cerita tentang untung lagi orang yang solat sunnat selepas solat fardu, kemudian, anak Nabi sendiri, Fatimah r.aha, cerita kisah sedih akibat penat dan perlukan hamba untuk menolong kerja rumah, Nabi cerita pulak kelebihan baca tasbih sebelum tidur.., ada sahabat lain cerita tentang unta betina bunting yang mahal, Nabi cerita pulak kisah kelebihan baca Al quran.. dan lain-lain.., (rujuk sendiri)

Jadi, korang boleh check balik, bila korang berborak dengan kawan di waktu ziarah hari raya, ke mana topik perbualan akan menjurus?.., adakah akan menjurus kepada akhirat? atau menjurus kepada harta dunia, politik , hiburan atau tepi kain orang? (yang menambahkan dosa)

Check balik, cuba ambik kertas dan pen kalau tak percaya, lepas tu bila berkumpul dengan kawan kawan, cuba catat tajuk isu yang dikongsi, (memang kelakar dan ending yang menyedihkan..oh!)

Mula mula korang akan cerita tentang jalan jem sempena balik kampung di hari raya, kemudian start cerita tentang model kereta, lepas tu melalut cerita tentang sport rim, drift, bla bla bla.. lepas tu, tiba-tiba ada salah sorang kawan cerita tentang hiasan rumah sempena hari raya, korang pun sambung cerita tentang rumah pulak, saiz rumah, pagar rumah, perabot rumah, bayaran instalment, bla bla bla.. lepas tu melalut cerita pulak skim cepat kaya, MLM, bla bla bla.. lepas tu meleret cerita pasal artis, bla bla bla.. lepas tu sangkut cerita pasal movie, bla bla bla.. lepas tu sukan pulak, bla bla bla.. lepas tu cerita banjir di kampong saya, bla bla bla.. lepas tu maksiat orang, bla bla bla.. lepas tu cerita tentang kemalangan ngeri, bla bla bla.. lepas tu cerita hantu? Toyol?.., lepas tu? lepas tu? lepas tu?

Ada nak cerita tentang akhirat? Cerita tentang pokok di shurga? Cerita tentang api neraka?

Ada?

Dan rujuk balik bab cita-cita islam korang, perjuangan islamic korang, parti islam korang, rujuk balik bab “al quran bergerak” .., Arghh, aku malas nak membebel di waktu puasa enam begini!

Akupun masih banyak yang tak betul.., cakap kat diri aku sendiri ler ni.., dan memang nak kena amal sunnah Nabi yang ni, iaitu tukar topic perbualan korang tentang dunia yang sementara kepada akhirat yang kekal abadi.., tukar cerita korang tentang makhluk kepada Khalid, tukar cerita korang tentang Mal (harta) kepada Amal!..

So, membebel sahaja tak guna, aku kena bagi cadangan dan jalan penyelesaian.. ehem-ehem.

Baik, serius sikit.

Sebenarya masalah suka berborak bab dunia di hari raya ini terjadi kerana kita banyak modal untuk cerita bab dunia, tapi tak de modal nak cerita bab akhirat.

Yelah, jalan jem, baju raya, model kereta, filem hantu, politik babi, dan macam macam lagi semuanya jika di utarakan akan merancakkan perbualan sehingga habis satu tabung kuih raya..

Apatah lagi bila TV tayang iklan pasal dunia, lagi banyak modal boleh cerita.

Maka, untuk atasi masalah ini, masalah suka berborak bab dunia di hari raya ini, Aku cadangkan kita kena ada modal akan perkara bab bab ugama.., aku bagi beberapa perbualan yang boleh di jadikan modal untuk kita bercerita perkara ugama di pagi raya..

Contoh.

“Eh, kau tahu tak khutbah hari raya tadi cerita pasal apa?”

Apa sahaja jawapan kawan korang, dengar ke tertidur, maka korang dah ada modal untuk cerita bab ugama, maka terus masukkkan hadih Nabi atau ilmu ilmu yang korang dah belajar sepanjang tazkirah antara tarawikh 8 rakkaat yang lalu, bila lagi nak belajar, AMAL dan SAMPAIKAN.. kan?

Contoh lain.

“tarawikh kat sini buat lapan ke 20?”

Apa sahaja jawapan kawan korang, lapan ke tiga puluh dua ke, maka korang dah ada modal untuk cerita bab ugama, maka sekali lagi, terus cerita ilmu yang korang dapat sewaktu tazkirah antara tarawikh 8 rakkaat yang lalu, sembang jangan tak sembang.. biar kawan korang terheret ke dalam kancah perbualan yang bermanfaat, matikan cita cita dunia mereka, ha ha ha!

Contoh lain.

“Ustaz mana yang kau rasa paling memberi kesan dalam tazkirah pada malam tarawikh yang lalu?”

Apa sahaja jawapan kawan korang, ustaz best ke tak best, lawak bukan tempat sini ke tempat lain, maka korang dah ada modal lagi untuk cerita bab ugama, sembang jangan tak sembang... masukkan dalil dan Nas sebagai pelincir tazkirah di pagi raya, biar kawan kau tu rasa diri hina disisi Allah di pagi raya, ha ha ha!

Contoh lain.

“Masa balik kampung hari tu, ada orang mati eksiden tak di jalanan?”

Apa sahaja jawapan kawan korang, orang mati ke atau cedera, maka korang dah ada modal lagi untuk cerita bab mati, persedianan untuk mati, esok boleh mati, mati itu sakit, ha ha ha, biar tawar air sirap, biar lemau kuih raya, janji semua insaf dan bertaubat ha ha ha!

Ok, aku rasa cukuplah beberapa contoh yang aku sebut di atas, sebagai modal untuk bercakap bab ugama supaya kawan korang dan korang tak bercakap benda yang sia sia(hiburan) atau benda yang berrdosa (firnah politik) di pagi hari raya yang mulia..

Lagipun aku rasa belum terlewat untuk kita membuat perubahan, sebab sepanjang syawal akan setiasa ada rumah terbuka, ziarah macam ahli shurga dah elok dah, Cuma tinggal nak cuba sembang bab ugama sahaja, biar ianya menjadi satu budaya berpahala di hari raya. Mudah mudahan..

Sebagi penutup, aku bagi modal last yang paling best sebagai modal bercerita tentang ugama di pagi raya.

Iaitu jumpa kawan di pagi raya, dan tanya mereka..,

“Pernah baca tak blog keretamayat?’

Woha!

Sekian, selamat beramal!

Ps: Selamat Hari raya enam, aku sedang puasa enam ni, dah tak banyak yang tinggal, lagi 5 hari setengah jer, Woha sekali lagi!

Ps2: Hendaklah kita belajar bercakap bab ugama supaya kebesaran Allah datang dalam diri kerana bila dah jadi mayat kelak, malaikat kubur akan ajak kita ‘berborak bab ugama’ yang mana jika kita diam tak reti nak bercakap bab ugama, maka malaikat Nakir akan hantuk kepala kita ke tanah! oh..

55 comments:

ika~~ said...

nak jadi first!
hahaha

Wanita Bertudung Hijau said...

mmmm teruskan perjuangan :-)

abu_ammar said...

3rd...hehe..slmt raya 6..

hendrik said...

alhamdulillah aku top 10.....wwooohhhaaa...

Mama Rocks said...

komen dulu baru baca

PemilikMataCoklat said...

Aku pun nak muntah baca quote tu banyak2, haha. orang slalu tanya aku antara soklan2 yang ada kt dlm quote tu, nak muntah rasa nak menjawab bile org tanya, yang plng bosan bile orang tany bile nak kawen soklan ni pegi mana2 mesti org tny..

Hamka cepat masuk pinang aku, woha!!!

Pasal blog tak leh tny org laen, nnt aku kena perli "kau ni tak habis-habis dengan ketemayat, sikit2 kete mayat"(smbl they all buat muka bosan) nyampah!!
blog ugama taknak baca blog hiburan tetiap hari tgk update...

syafiqahatta said...

suke bace blog mcm ni. citer bab ttg agama but semp0i. sile update byk3 lagi...hehe =) slmt berpose enam~

Amin Baek said...

slamat bhari raya bro..

slamat berpose 6

hehe

Anonymous said...

salam....masa bershopping dgn kawan saya beritahu saya tak mahu pakai kemeja singkat ke pejabat...nak cari kemeja labuh melepasi paras punggung kalau sampai lutut lagi bagus....jawab kawan.." ooo okay...saya masih nak pakai lagi kak..huhuhuh kesian.....teringat saya masa tengah lalai dan alpa...sesungguh kuasa hidayah tu hebat sangat....seakrang ni kalau nak pergi kedai runcit tak pakai setokin pun rasa bogel!!!!

Anonymous said...

salam. saje nk komen gak. slalu tgk org berebut je nk komen. hehe...

Mummy said...

Slamat berpose 6..tak dinafikan borak2 di hari raya mmg berkisar ttg quote2 yg hamka tuliskan...kalo kiter mengajak bercerita pasal ugama pun kena ada ilmu takut2 tersalah cakap...heh..nak slamat kurangkan berborak...kalo nak borak pun hal sendiri jer..sekurang2nya terhindar dosa mengumpat dan memfitnah...heheh...

Anonymous said...

jika kita cakap pasal kebesaran Allah hari2 maka kebesaran Allah itu akan datang pada diri kita.

pendosa said...

benar..kalau xmampu nk crita kebesaran Allah Taala pda org lain..cuba ckp sorg2..tgh2 borg xde buat pape..tryla ckp pd diri sndri..insyaAllah kebearan Allah akn dtg dlm dri kita..kalau nak buat mksiat insyaAllah tbntut..hehehe

selamat mencuba..

rahum08 said...

nais!
aku blom posa 6 lagi weh.
aduh,bile la ni..~

budak kacamata said...

slmt ari raye cik hamka..jom pakat pose enam sbl sywal melabuhkan tirai tuk kesekian kalinya..
[da unsur perbualan ke arah akhirat dh nie..hehehe]

Anonymous said...

aku no bape??? hukhuk....

SH said...

Rayo rayo jgk...puase enam jgn tinggal

Lobai said...

entry kali ini melegakan pemuda2 Islam se-malaysia.....ngeh!!
Raya tahun nih masih x sempat nak beraya ngan baju warna merah merun...Tahun dopan insya-Allah...

Anonymous said...

selamat hari raya....raya sebenar..apabila disah kan ahli syurga

AkuMuzikFilem said...

citer jalan jem ni banyak orang kelantan punya cerita ni. kampung aku di tengah-tengah macam biasa jadi mangsa kesesakan. neway aku balik kelantan isnin malam raya sejurus habis kerja. bagi can orang kL balik dulu

jom cerita tentang akhirat pulak. erm camne ek.

Yutaka Mushimura said...

hhahah..den dah paham..betul lah tuh ilustrasi anda...woohaa...den jugak terikut2..

Lady RaRa said...

tapi dah jadi trend la pulak sekarang ni

bila ramai-ramai tengah bercakap isu dunia, tetiba mai sorang turn the topic to akhirat

terus kena cop serbanistas



kan? kan?

Suhaibah said...

Hahaa.. umpatan yg sangat menjadi la.. tp mmg itu la yg berlaku pada setiap hari raya..

Pak Dollah said...
This comment has been removed by the author.
Pak Dollah said...

Sarip disapa oleh Sirap " halamak bro lamanya tak jumpa" jwpn Sarip " Assalamualaikum Sirap" jwpn Sirap " eerr.. Walaikum salam" Sarip tegur " jawapan biar penuh bro, Waalaikumussalam" Sirap jwb " Ooo.. Soory la bro hehehe" Sarip bgi jwpn mantop " No problem senang2 jemput la naik ke dalam kereta mayat, soory la bro aku joke je, jemput la masuk kerumah sebelum jadi mayat woha"
Sirap beraya dalam kebingungan + seram krna kwnnya tetiba cerita bab mati jeeew.. WOHA!!

Hamka said...

setelah membaca semua komen dengan penuh teruja, maka komen aku setelah menilai semua komen dan membuat stastitik value kotemperari imiginatif para pengomen, maka..

..

..

..

aku pengkomen ke 26!

Woha!

ps: word verification malam ini: FISCONI.

Anonymous said...

http://id.lidwa.com/app/

hamka, ni ada 9 kitab hadith, boleh rujuk. bolehlah lepas ni letak sumber.

Miscellaneous Smiles said...

ak diap je masa org tua tua bercerita

bkn apa mls nk menyampuk

Ibni Hatari said...

kat swak

intro topic perbualan time nak makan cake;

eh ehhhh, cake nih buat guna mentega, butter jenama golden churn kerr? jenama mentega tuh dah masok dlm surat kabar pasal disyaki berperisa ott-ott( babi)tauuuu...ape? alamak...gua kene samak perut la nih.. isk isk..

cakap satu kebesaran Allah, satu kebesaran makhluk keluar dpd hati

Anonymous said...

Assalam

Pheh! Terbaeeek...as always.

Allah swt bersama fikir risau kita.
Dalam masa berborak-borak hal dunia...tertiba waktu itu kita rasa ruginya kita....itu fikir risau sahaja, sudah cukup tinggi bagi seorang hamba yang benar-benar rasa diri dia hamba.

Demi zat yang mengenggam nyawa Mohd Khalid.....tiada kata-kata yang lebih baik daripada kata-kata yang membesarkan Rabbulalamin.

Bila ada kesempatan untuk bercakap agama....cakaplah dengan niat untuk diri sendiri...bukan untuk orang lain. Insyallah ketenangan akan datang dari semua arah....

Ya Rabb...aku rinduuuuuuu sangat untuk berada di jalan Mu. Pilihlah aku Ya Allah....aku terlalu rindu.

Crying Judge

abdullah said...

thnx trik tukar topic duniawi ke ukhrawi mmg mantap. leh try nt. haha.

Intan Halina said...

1 more thing, ada jugak yg nak jual insurans time jumpa sanak sedara. Huuhh

azharjaafar said...

malam raya aku tak banyak borak.. sebab baru balik dari klr 10 hari..

JalilHamidRaya said...

ada kereta mayat ada...

bila borak pasal jem.. kitorang akan cakap.. ni baru jem kat dunia.. baru umat malaysia.. kalau umat dari nabi adam sampai kiamat..camne la agaknye jem kat padang mahsyar?

pastu plak..pasal smarttag.. kat sini kadang2 smarttag tak berfungsi, kat akhirat Allah dah bagi guide nak dapat laluan pantas ke syurga melalui alquran.

pastu masa ziarah2..pesan kat kawan2..kat syurga nanti jangan lupe ziarah aku yer!!

pastu masa makan2..agak2 makanan2 yg kita makan ni nanti kat syurga aku nak jugak ketupat yg paling sedap di akhirat... weha! woha!

pastu masa lepas solat hari raya kitorang akan gi ziarah kubur sambil pesan2 kat awek2 seksi kalau nak ziarah kubur takyah seksi2 nanti korang kena siksa dalam kubur sampai hari kiamat pastu kene sambung siksa lagi.... bila dah ziarah kubur mestila ingat mati dan ingat akhirat..

pastu masa bakar2 satey ,ktiraong mesti akan cakap..panasnya api dunia..belum api kat akhirat nanti...

pasti masa ziarah rumah awek, cakap kat dia, jomla kawin nanti awak boleh jadi bidadari saya kat syurga..ketua bidadari tau, bukan ketua wanita cawangan!! wehooo!! wuha wuhi!!

tapikan, masjid kosong skang ni..wehooo!! mana orang2 yg bising pasal bacaan quran kat cerobong masjid? nampak yg himpun2 haritu lagi ramai dari saf masjid...

wehooo!!

Hamka said...

Jawab mana yang sempat.

(((Hamka cepat masuk pinang aku, woha!!!)))

Baca komen dengan bini, sampai komen kau, aku terus scroll laju laju, ha ha ha.., nasib baik bini tak perasan.

(((suke bace blog mcm ni. citer bab ttg agama but semp0i. sile update byk3 lagi...hehe )))

Selain sempoi, aku juga boroi,

((seakrang ni kalau nak pergi kedai runcit tak pakai setokin pun rasa bogel!!!!))

Takutlah berbogel sebelum kita semua berbogel di padang mahsyar.

(((kalo kiter mengajak bercerita pasal ugama pun kena ada ilmu takut2 tersalah cakap...heh..nak slamat kurangkan berborak...kalo nak borak pun hal sendiri jer..sekurang2nya terhindar dosa mengumpat dan memfitnah...heheh...)))

Tapi jika kita diam, orang pulak mengumpat kita..

(((entry kali ini melegakan pemuda2 Islam se-malaysia.....ngeh!!Raya tahun nih masih x sempat nak beraya ngan baju warna merah merun...Tahun dopan insya-Allah...))

Tapi baju raya aku tahun ni warna biru selepas di pilih oleh bini aku, adakah ini melegakan pemuda2 Islam se-malaysia? Tepuk lutut tanya kemaluan.

((bila ramai-ramai tengah bercakap isu dunia, tetiba mai sorang turn the topic to akhirat,terus kena cop serbanistas))

Ha ha ha, itulah ‘dagang akhir zaman’ namanya.

(((hamka, ni ada 9 kitab hadith, boleh rujuk. bolehlah lepas ni letak sumber.))

Terima kasih.

((ak diap je masa org tua tua bercerita, bkn apa mls nk menyampuk))

Akupun diam jugak bila orang bercakap sebab mulut penuh kuih raya. Woha!

((kat swak, intro topic perbualan time nak makan cake;eh ehhhh, cake nih buat guna mentega, butter jenama golden churn kerr? jenama mentega tuh dah masok dlm surat kabar pasal disyaki berperisa ott-ott( babi)tauuuu...ape? alamak...gua kene samak perut la nih.. isk isk..))

Samak perut? Maksud kau, minum air lumpur segelas, dan air mineral tujuh botol, gitu? Woha!

((Bila ada kesempatan untuk bercakap agama....cakaplah dengan niat untuk diri sendiri...bukan untuk orang lain. Insyallah ketenangan akan datang dari semua arah....))

U better than me, isk

(((1 more thing, ada jugak yg nak jual insurans time jumpa sanak sedara. Huuhh)))

Nak meniaga waktu raya memang potong stim, tapi orang macam ginilah senang nak ajak borak bab ugama, last last, product tak terjual, mereka pulak beli kitab Fadhail amal dari aku RM 25. He he

((malam raya aku tak banyak borak.. sebab baru balik dari klr 10 hari..))

Malu aku kerana di zaman ini, masih ada orang yang mengzahirkan hadih Nabi, tapi aku sibuk ‘bersetubuh seribu bulan’.. oh.

((tapikan, masjid kosong skang ni..wehooo!! mana orang2 yg bising pasal bacaan quran kat cerobong masjid? nampak yg himpun2 haritu lagi ramai dari saf masjid...))

Ramai kawan aku yang asalnya cerdik, tapi bila mereka joint politik, jadi bodoh bangang..

Anonymous said...

raya sahabat lama jumpa tanya dah berapa anak,kerja mana.

-aku jawab takde belum kahwin
-tak kerja kena korban jaga oku-abg dan adik,siapa yg sanggup korban(jadi isteri)-mmglah belajar tinggi tapi ALlAH dah letak tanggungjawab

rakan seusaha lain tanya kalau tak kerja mana dtg income,cukupke

-pencen ade,eleun oku, cukup... ALLAH bagi cukup insyallah

Anonymous said...

khaliq, bukan khalid

PemilikMataCoklat said...

cakap kt bini jangan jeles2, kalau tak nt mcmn nk bermadu, woha!!

eh buku bile kluar?? hr tu ckp sblm lailatul qadar @ seblm hari last byr zakat, ni aku dah nk sambut raya pose nam takde2 pun lagi buku ni, ape cer?? dah tak sabar nk order neh..curon

Anonymous said...

cadangan abang ni memang baik dan bagus.pada satu ramadhan suami adik gilah sembayang tarawih kat masjid,adik tak gi sebab uzor.bila suami pulang kerumah adik tanya lah sambil menghulorkan secawan kopi panas kat abang,"ayang!!apa tazkirah malam ni,ayang cer certa adik nak tahu".selamba je dia menjawab "ntahlah!! ayang sendiri pun tak paham".abah adik pulak menambah.."ni!!lah ghopenye menantu,laki kesayangan anak abah!!"aduhai kereta mayat ooii!!!ni belum laie pak mentua adik lobai kasim kek n9 bukak mukhadimah khutbanya,memanjang aja laki adik kena sarahan.

Hamka said...

akupun turut tersengih sengih..

LiFe Is BeAuTifUl LyRiC said...

hahhaha.... macam2 ragam raya kan..

abah khalisha said...

Macam terkena batang hidung je sikit..hehehe

Wanita Mengandung Dilarang Melihat Gambar ini

kiah propa said...

saya nak tanya soklan neh..

Love bite kat leher pompuan yg belum kawen tu satu trend eh?? knp reramai pakat buat love bite kat leher tak cover dan tak segan silu orang lain tengok.

Timbulkan syak yang boleh membawa prasangka atau umpatan orang lain, berdosa kan??

Haishh, tak faham betula la..

Maaf komen takde kena mengena dgn entry, patutnya komen kat entry "bersetubuh di malam qadar" haha. ke takde kaitan jugak??

fuad ansari said...

kena jadi kreatif jugak kalau nak tukar topik dari topik dunia kepada topik agama.. (",)

Anonymous said...

xdapat2 nak jadi org first komen.huh.
'penah bace blog kete mayat?'
jawab kawan: oh blog yang suruh kawen cepat tu eh.

pastu sambung borak pasal pakwe,pasal SA,pasal kawen hantaran kenduri dan last2,sape nak kat aku??? haishhh.

en_j
aku wanita mahu ilmu akhirat

menusuk hati said...

fieewwiiit!!like dulu.(”,)b

SAUJANA HIJAU said...

salam.nak tanya satu soalan, kalau bro hamka busy x dapat reply, sesapa yang nak bg pendapat pun amat dialukan....
soalannya, jika kita solat, kadang terasa teresak sedikit, ( sebab takut dengan Allah atas dosa2), dan kadang tersedu macam nk nangis sangat dah, itu tandanya dapat khusyuk dalam solat atau ada gangguan syaitan.

terima kasih,
kundi

detective nie said...

salam...
seronok bace blog keretemayat n comment2 nye yang menarik
haha....kekadang terkena batang idung sendiri....pasni nk praktikkan apa yg En hamka ajar.....
hahaahhaa.....
sesama kita menjadi umat islam yg beriman.....!!!!
(bru dpt 1 hari pose nam...)....chaiyok!

sesegar said...

hazrul bertanya di ikim.fm :P
asslamualaikum,selamat hari raya

mushroom said...

hahaha lawak lah yg last tu

Hamka said...

: )

magedol said...

ISHHH MALU LER CAKAP PASI BERSERUBUH DGN BINI KAT SINI....ORG2 YNG KENAL KITER MESTI..TAU HUI HUI

magedol said...

ishh malu ler cerita pasai totat dgn bini kat blog...

Hamka said...

nota kepada bini, nak malu apa?

Hamka said...

soalannya, jika kita solat, kadang terasa teresak sedikit, ( sebab takut dengan Allah atas dosa2), dan kadang tersedu macam nk nangis sangat dah, itu tandanya dapat khusyuk dalam solat atau ada gangguan syaitan.

****

eh, ada soalan terlepas..

manangis tu bagus, (bukan dari syaitan) tapi riak, atau rasa diri macam bagus lepas tersedu tu yang bahaya(dan itu adalah kerja syiatan)

wallauh'lam.