Sep 19, 2011

Muallaf?

(Kata aku kepada isteriku pada suatu malam: Abang tidak mahu antara kita ada Sharifah Amani…)

Beberapa tahun dahulu.

Aku suka apabila isteriku berambut panjang, tak kira betapa besarnya akan mengerbang rambutnya di waktu pagi, aku suka, bab kata kaki facebook, I Like!

Suatu hari isteriku meminta izin untuk memotong rambut dengan gaya pendek, ingin ubah fesyen katanya, (jangan salah faham, isteriku bertudung, cuma ingin mengubah penapilannya kepada aku seorang) tapi aku tidak mengizinkannya.., sebab aku suka wanita berambut panjang..,

Adalah dua tiga kali beliau meminta kebenaran untuk berambut pendek, tapi aku tak benarkan, bab kata kaki facebook:

I Spam!

******

Suatu hari di Malam Raya

Hari Raya bila balik rumah mertua, mungkin boleh aku namakan sebagai hari berpeluang menonton filem melayu kerana free luar biasa, dan filem pilihan aku bagi Raya tahun ini adalah filem Muallaf arahan Arwah Yasmin Ahmad.

Waktu aku tengok, jam dah 11 malam, anak anak dah tidur kepenatan dan bini aku sedang gosok baju untuk berhari raya esok hari, (baca: Hari Raya kedua)

Tiba tiba aku ketawa kuat kuat, lepas tu senyap, lepas tu ketawa lagi kuat-kuat macam orang gila.

Bini aku yang sedang khusyuk gosok baju bertanya:

“apa yang kelakar sangat bang?”

Aku kata:

“Jap lagi abang cerita”

Lepas tu dari jauh kelihatan bini aku menyambung gosok baju dan dari luar rumah, kedengaran suara aku gelak kuat kuat macam orang gila. Jangan bimbang, rumah mertua aku besar, maka gelakkan aku tidak mengganggu tidur mereka..

Akhirnya, bini aku habis gosok baju, dan aku habis menonton filem Muallaf, gelak ku sudah hilang dan semua baju baru sudah tersidai di penyakut almari menunggu untuk melaram di pagi raya di rumah arwah mak aku pula (esok balik Terengganu)

Oleh kerana bini aku sudah kepenatan gosok baju dan kemas barang, dan aku juga sudah penat update movie, maka tidurlah aku tanpa sempat menceritakan akan sebab kenapa aku ketawa berdekah dekah ketika menonton filem malayu pilihan tahun ini kepada bini aku,

Menunaikan janji, aku tulis ulasan filem dan sebab ketawa hari itu dalam nota ugama hari ini kepada bini aku yang akan baca blog ini hari hari.


Sebelum tu aku bagi trivia filem ini.

1. Menang filem terbaik dalam Anugerah Skrin 2010 (ASK 2010)

2. Sebelum filem ini diterbitkan, satu kontroversi telah timbul di mana watak Sharifah Amani (Rohani) yang dicukur rambutnya meninbulkan kemarahan mufti-mufti tertentu disebabkan amalan mencukur rambut bagi wanita adalah sama sekali haram dari segi Islam. Namun selepas potong beberapa babak, barulah filem ini mendapat kelulusan tayangan.

3. Sepertimana filem-filem yang sebelumnya, penayangan Muallaf bermula dengan ayat Bismillahirahmanirrahim (Dengan nama Tuhan, Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang). Apa yang berbeza kali ini ialah ayat tersebut ditulis dalam bahasa Cina

4. Menang Anugerah Khas Filem Terbaik Asia-Timur Tengah (Special Mention Best Asian-Middle Eastern Film) di Festival Filem Antarabangsa Tokyo.

5. Muallaf adalah cerita berkisahkan perempuan berambut besar (lakonan Ning Baizura) bertemu dengan perempuan bermulut besar (Sharifah Amani) yang menyuruh perempuan ber’mulut besar’ itu agar membuat potongan fesyen rambur besar sepertinya, dah nama mulut besar, maka Rohani bersikap kurang ajar kerana Ning Baizuara hanyalah ibu tiri selepas mak kandung Ani meninggal, lalu Ayah Rohani(Rahim razali) yang panas baran, dan suka minum arak tapi tak nak sentuh anjing telah menghukum Rohani dengan membotakkan kepala Amani sampai berarah darah. Geram, marah, dan malu, Rohani melarikan diri bersama adik perempuannya Rohana (Sharifah Aleesya) lalu tinggal di rumah berhantu di perak, sebelum memulakan persekolahan di sana. Di sekolah baru adiknya, Rohani berkenalan dengan cikgu sekolah berbangsa cina yang bergaduh dengan emaknya kerana sudah lama tidak pergi gereja dan bila imbas kembali, ada sejarah hitam yang mana beliau di bogelkan oleh ayahnya kerana buat dosa melihat majalah tak senonoh. Panjang cerita aku pendekkan, Rohani memaafkan ayahnya di hujung cerita, begitu jugak pemuda cina itu. Mungkin moral cerita ini adalah, memaafkan semua orang sebelum tidur. Oh, ye lupa nak bagitahu, sinopsis ini adalah spoiler, padan muka kamu, woha!

6. Ada dua ayat dalam filem ini yang disenyapkan oleh LPF kerana bimbang timbul kontreversi, tapi oleh sebab aku kononnya boleh baca pergerakan mulut, maka babak senyap itu berbunyi, "You look like nuns" yang dikatakan oleh Brother Anthony (Tony Savarimuthu) ketika melihat Rohani (Sharifah Amani) memakai telekung dan juga "Nanti orang ingat kita wahabbi" yang dikatakan oleh Rohana (Sharifah Aleysha) di gerai makan. Ha ha!

7. Mungkin filem ini lebih konterversi jika ada babak Rohana bertanya Brother Anthony, selaku seorang paderi yang memakai salib di tengkuk dengan soalan: If Jesus had died in the electric chair would you wear and electric chair around your neck?Woha! (ok, ini peringatan juga untuk orang islam, apa apa kita buat dalam perkara ugama, mesti ikut sunnah Nabi, harap korang faham)

8. Pengarah filem ini, Yasmin Ahmad telah meninggal dunia pada usia 51 tahun pada bulan Julai 2009, beliau tidak sempat mengambil trofi kemenangan filem terbaik, ini hakikat hidup, semua orang akan jadi mayat, anda tidak mampu mengubahnya. Pesan kepada diri sendiri.

Ok, sekarang pergi pada babak kenapa aku katawa berdekah dekah,

****

Babak satu: Rohani start motor nak hantar adiknya kesokolah tapi motor tak hidup-hidup, dia pun baca bismillah dan motor hidup.

Rohani senyum, dan aku pun senyum.

*****

Babak dua, sampai sekolah, waktu adik dia turun dari motosikal, baru kakak dia perasan si adik tak ikat tali helmet, kakak dia marah, tapi aku senyum.

*****

Babak tiga, sedang si adik bergaduh, datang paderi nasihat, lalu adik dia, Rohana quote ayat dari Pengakuan-pengakuan St. Augustine, bila tengok muka paderi tu confuse aku senyum..

Lepas tu paderi tu beri nasihat:

“Girl, my mother once told me…”

Terus adik beradik tu berhenti bergaduh dan tunggu apa ayat seterusnya dari si pedari, lalu kata si paderi:

“I forgot what she told me!”

Amani senyum dan Aku gelak! Woha!

*****

Babak empat. Rohani berborak dengan kerani berbangsa cina kat sebuah Kolej selepas mencari kursus sesuai untuk sambung belajar tapi tak jumpa,

Rohani: Miss you guys don’t seem to have courses on Theology.

Kerani: what?

Rohani: Comparative Religions?

Kerani:What?

Rohani: How about Sociology of Religions?

Kerani: Why would anyone want to study that?(muka boring gila)

Rohani:Why not?

Kerani: What for? No use lah, Our courses prepare our students for the life they have ahead.

(Sambil si kerani berbangsa cina tunjuk logo besar kolej dengan moto: FUTERE KOLEJ: for the life you have ahead- Aku ketawa berdekah)

Rohani: What about the death that lies ahead. (aku ketawa lagi)

Kerani: Prepare for death, for what?

Rohani: Because it’s more certain than life.

Kerani hembus nafas dengan muka bosan..

Rohani berlalu dan berkata: It’s Ok, I will try somewhere else, Thanks.

Kerani: Hey, no college in this town is stupid enough to conduct courses to teach you about death lah.(dengan nada menyindir)

Rohani: You should try it sometime.

Kerani: why should I try the course?(dengan nada marah)

Rohani: No, Not the course. Death!

Woha!

*****

Babak empat:

Rohana adik Rohani kena marah oleh cikgu India dalam kelas, tapi tiap kali kena marah beliau akan quote ayat ayat dari kitab kitab, macam kisah sahabat Nabi, Sa’id bin Jubair r.a ketika berdialog dengan Hajjaz sebelum di bunuh, aku senyum tengok babak menjawab guna kitab ugama ni, kreatif, dan aku gelak bila cikgu tu cakap dalam keadaan marah,

Stop it or I will do somenting, I’ll rigret.!

Lepas tu selamba ayu betulkan inglish cikgu tu, regret, not rigret! Dan terus kena rotan-woha!

Masa rotan boleh pulak si Ana quote nombor pelik (105:1) yang mana akhir cerita kita tahu bahawa nombor tu adalah surah al fill, kisah tentera bergajah-ada kaitan dengan subjek melukis gajah dalam kelas tu, hu hu.. What director try to tell us? Tak paham.

*****

Babak 5:

Rohani naik motor dan berselawat dalam bentuk lagu ke atas Nabi, aku senyum-klasik.

*****

Babak 6

Rahim Razali, ayah Rohani, minum arak gelas besar, tapi tak nak bersalam dengan orang yang sentuh anjing- ha ha! (klasik pendosa melayu)

(note: Babak rahim Razali minum arak tak di tunjukkan, tapi dari suasana lokasi, kita tahu seolah rahim Razali baru lepas minum arak, nampaknya mungkin pengarah faham tentang satu fatwa yang dikeluarkan sesetengan ulamak, yang menegur pelakon berlakon minum arak sebagai dosa juga, jadi dalam kes ni, genius. Tapi betul dalam filem ini ada babak minum arak dan dipotong LPF-tarik balik genius.

*****

Babak 7:

Rohani bekerja di Pub, tapi babak tu tak tunjuk jugak, dari perbualan bos dan pekerja, kita tahu ramai pelanggan suka Ani kerana bagus PR dan cerdik, dan kerjanya nasihat pelangan Pub supaya berhenti minum arak dan minum air mineral water, ha ha, sekali lagi, pengarah play safe untuk filem ugama dan ini bagus, aku pantang filem ugama yang nak tunjuk hero insaf di babak akhir, tapi babak awal, kena ada watak pergi disko, raba raba, minum arak.., tak perlu babak disko untuk filem melayu, tak perlu! (tapi amoi pub ni seksi sangat-akukan kena jaga mata..aduh..)

******

Babak 8:

Ani dan Ana baru lepas solat, masing masing pakai kain sembahyang, cantik sungguh, lepas tu bila pintu rumah kena ketuk, si Ani ambil batang besi sebelum bersedia bukak pintu, cantik sungguh babak tu.

Rupanya Paderi dan cikgu sekolah Ana datang rumah, Bila Ani nak tukar kain solat, paderi cakap, tak apa, sebab nampak macam sister paderi, sungguh realistic dialog. Lepas tu ada lagi dialog yang aku dah malas nak tulis, tapi kelakar.., lepas tu borak pasal bible dan terdedahlah rahsia quote pelik si adik Ani, adalah dari Al quran, lepas tu borak pasal Hantu, dan gambar Hantu yang bunuh diri, kelakar!

Mereka panggil Hantu dalam rumah tu: Uncle! Woha!

******

Babak 9:

Ani dan Ana dan cikgu borak pasal ugama kat kedai mamak sambil pekena roti canai, siap bukak topic Tauhid Rubuliah, Ululiah, Wahabi, Muallaf, Sunni, Syiah, Kritisan, dan moral dari kakak, rujuk Ustaz untuk faham makna Al quran, (rujuk Buznama)

lepas tu azan, kedua mereka pergi solat awal waktu di masjid, dan datang Mamak kedai bagi tahu pada cikgu jangan mengorat si Ani sebab dia dah cop! Woha!

“satu roti telur berapa”? seratus dua puluh ringit! Jawab Mamak tu bila cikgu tu suruh kira. Marah sungguh sebab takut rohani kena ngorat-ha ha!

******

Babak 10:

Latihan Teekwandoo, ending dia kelakar gila babi. Aku malas nak tulis sebab panjang sangat.

*****

Babak 11.

Ayah Ani dan Ana datang ke sekolah untuk culik anak mereka yang lari dari rumah, si Paderi terus lari ke gereja, doa sebaris ayat dan lari balik untik selamatkan Ana dari di ‘culik’ bapanya. Ha ha,

Lepas tu paderi jatuh dan di selamatkan oleh ustaz. Wow!

******

Babak 12.

Cikgu sekolah tolong kemas rumah Ani, kelakar. Malas nak tulis sebab aku dah malas.

******

Babak 13.

Mak si cikgu nasihat anaknya, jangan bawak kereta laju laju, anaknya cakap baik, lepas tu dia bawak kereta laju laju. Ha ha!

Babak bukak kasut masuk rumah orang islam tak kelakar, tapi bila di guna untuk ending, kelakar!

Ok, ada banyak lagi kot aku tak cerita, dan cerita ni ada jugak kelemahan seperti watak Ani dan Ana yang tak bertudung, bersalam dengan bukan Muhrim, mungkin kefahaman ugama yang ada pada pengarah filem ini masih di tahap muallaf, buat filem itu diterjemahkan tidaklah menapati syariat islam walaupun untuk perkara asas, tapi masih baik dari segi keberanian bercerita tentang subjek ugama di sebalik kisah cinta, dan kemaafan.

Ok, habis laporan kepada bini aku akan “kenapa abang ketawa malam itu”.., jadi bini aku mungkin tak perlu tengok cerita tu sebab aku dah cerita, tapi jika nak tengok jugak, boleh, tapi abang tak nak gosok baju, woha!

Apa kesan filem ini pada kau Hamka?

Kesan? Hmm, baik, Habis cerita itu, aku cakap, pada bini aku ,:permintaan kamu untuk berambut pendek, abang benarkan… woha!

Mungkin aku terkesan dengan kecomelan Sharifah Amani berambut pendek dalam filem itu, Astarfitullah..,

Bini aku gembira, dan terus pergi potong rambut pendek pada hari raya ke enam, dan lepas ia berambut pendek, aku tengok bini aku, nampak muda sangat.., macam budak sekolah pulak aku rasa.

Lalu nafsu aku membara,

Terus aku ajak bini aku bersetubuh malam tu, aku nak rasa rambut baru, ha ha ha…

Tapi malam itu, kami ‘tidur’ tak tutup lampu..

Lalu bini aku tanya, kenapa tak tutup lampu bang, nak hayati potongan rambut baru saya ke?

Jawab aku:

(sila baca ayat pertama entry ini)

Woha!

Ps: Moral Entry ini, dalam islam, dilarang bersetubuh dengan membayangkan orang lain selain pasangan anda yang sah, sebab tulah abang bukak lampu malam tadi sayang, sebab abang takut teringat dengan Sharifah Amani yang juga berambut pendek, astarfrulahiazim, jom sambung tidur, woha!

Ps2: rambut bini aku tak lah sependek sharifah Amani dalam filem tu, tapi masih nampak macam orang perempuan, (cover line, takut LPF potong entry ni-woha sekali lagi)

92 comments:

Wanita Bertudung Hijau said...

best entry ni

Anonymous said...

second....wah

Akim Iqbal said...

hahahahahahahaha,, lawak2

Akim Iqbal said...

Kena la rambut panjang,

(abang tak mahu antara kita ada Lisa Surihani)

Wo ha !

Anonymous said...

top 5...woha...

puteri cahaya said...

mau tengok jugak!! hahaha...adeh..penat gelak...

marouane said...

siapakah kamu hamka?
-woha-

lieynanilaz said...

memang kelakar...:)

uan609 said...

aku akan usaha utk tengok filem director yang aku tak pernah minat ni kerana kau, Hamka!

sesegar said...

aku berasa didunia lain. :P
dapat bayangkan lahh kau cerita ni hamka.haha

dzoelhakim said...

huahahha3...

kalau takut asyik terbayangkan si Amani tu boleh tambah lagi satu yang sepersis Amani kan? ada nafsu or ada berani?... ihiks...

Hamka said...

ada yang tanya siapa aku?

aku adalah makhluk asing yang cuba menakluk bumi, lalu masuk dalam tubuh Hamka, dan jatuh cinta dengan manusia, lalu kahwin dan buat keputusan menatap di bumi sampai jadi mayat, menganut ugama islam, dan menolong hantar mayat ke kubur, tapi orang lain tanamlah, aku pergi dulu, isi minyak jap,.

woha!

Anonymous said...

legendary la seyh ending dia.
super slowpoke. HAHA
not safe for un-married couple. HAHA

rahum08 said...

nais!

Nerzhul said...

atdoi banyaknye spoiler hahaha

Anonymous said...

Assalam

Apabila aku tonton cerita ni aku nangis.....
Siap kasi lagi cd tu kat staff suruh tengok.....
Dan sekali lagi aku nangis bila tahu tentang pengarahnya dah kembali kepada Penciptanya.

Aku konfius...namun bersangka baik.
Tuhan tahu apa yang kita tak tahu...
Bisik aku kepada hatiku yang kering kontang.

Nutshell:Menangislah kamu, sebelum kamu ditangisi..

Khalid
110% bro....in every direction and in my prayer.

jaY said...

kalau la ada laki sebut yg p/s(1) tu..mau kena cepuk, halau tido luar! Amani yg mcm budak sekolah tu pun u minat?? haram btol

hendrik said...

aku xp penah nengok citer nie....tapi disebbkan tuan hamka cerita mcm best, so kene layan la pasni....take it positive....wwooohhhaaa...

Anonymous said...

jeles gile aku dgn bini hamka...


Meh nak jd bini no 2 boleh??

en_j

Anonymous said...

jeles gile aku dgn bini hamka...


Meh nak jd bini no 2 boleh??

en_j

Bungakopi said...

tekun betul aku baca.

Henzy said...

Bro, kau patut tulis skrip filem.

Skrip yg kau 'improvised' lebih kelakar dari Hantu Bonceng Ahmad Idham.

Eim Abey said...

kata kaki facebook tegar, LIKE! aku blom tengok lg citer ni sbb aku jrg layan citer melayu. rs nk tengok la lps ni

Skymatrix said...

Salam,

Pada pendapat aku filem muallaf ni ada baiknya especially bab buat "orang berfikir dan mencari" ke arah kebaikan...tak dapat banyak, sikit pun jadi la asal dapat ilmu yang berguna...

Tapi yang haru ending entry ni...aku puasa bro, wife tengah pantang kena bedah sebab mengandung luar rahim...isk isk isk...

As usual, nice entry, good job bro...

Wassalam.

nursyazwanee damea said...

saya baru jugak buat entry fasal muallaf kat belog saya. woha !

http://sebabsayadamea.blogspot.com/2011/09/my-thursday.html

cenderawasihputih said...

eh..ade gambar la entry kali ni..
sinopsis cerita yang menarik..
teringin nak tengok cite ni skali lagi..

teringin ade follower ramai...dapat la komen yg banyak mcm blog keretamayat ni...huhu

PemilikMataCoklat said...

anda buat sy jadi excited nk tgk jugak cite nie, walau dh lm kluar,huhuhu

C I K . F Y Z A said...

yg quote "abg x nak antara kita ada syarifah amani" tu mcm adoiiiaiiii

Ismi Ijmi said...

Ya Allah abg Hamka,

saya ada tengok.
mula2 tanak tgk, dah tv dok tgh rumah xleh lari (alasan)...

mmg agama sungguh cerita dia.walaupun talah gempak cam filem lain, mmg best.

pastu saya buka blog yasmin ahmad.
dalam entry terakhir(sehari sebelum dia jadi mayat), ada org tanya, dia bg tak org2 bawahan die masa rehat utk solat.jawabnya ada...


lagi saya ada terbaca, last2 semua warga filem yang berlakon dalam cite ni masuk Islam.

entah Briyan Yap tu masuk Islam ke tak..


tapi pilem ni mmg penuh ngan mssg..


saya bg 5 setengah bintang.

Hafiza Omar said...

pasni nk kene tgok cte muallaf la.
teringin tau sape hamka ni sbnrnye..=)

Mummy said...

nak tengok jugak lah...cam best jer

Anonymous said...

salam..

Fikir pengarah Yasmin Ahmad, telah menghantu boncengkan HAMKA..
sehingga lampu tidur tidak ditutup bagi mengelakkan amalan sedekah menjadi haram kerana membayang orang lain..

You should see her other movies.. more or less she did her best to show the massage of Islam. -Like-

An-Nahl:125
Adz-Dzaariyaat:55

-eju

Ahliacikgukhairul said...

nasib baik ada ulasan selari dari tuan hamka.. kalau tak sampai sekarang aku tak paham jalan cerita 'muallaf' tu.. sah la ilmu aku tak tinggi.. wo ha!

Marhaen Kacak said...

haha...mmmg terbaik bro.. entri yg mengujakan aku membacanya sampai abis...wahahha

Anda Rabun Warna? : Chromagen Membantu Anda Melihat Warna Seperti Individu Normal! Dapatkan Konsultansi Dari Vision Care Optometry

Anonymous said...

WOHA~

asan said...

bro Hamka, boleh minta tolong...
komen...
post lama...
ku.

the link - http://pakcanjibam.blogspot.com/2011/07/antara-sebab-aku-jealous-ngan-org-baru.html

Hamka said...

senyum , sengih, dan gelak aku baca komen korang..

nak cepuk aku sebab minat amani yang macam budak sekolah? tidur luar? inilah orang perempuan, (sambil geleng geleng kepala)

eh, ada nak jadi bini no 2? kan aku dah cakap, aku gemok, muka banyak jerawat, dahi luas, gigi jongang, menyesal nanti, aku tak ada rupa, harta, yang ada hanya 'seni'. Woha!

cadangan tulis skrip filem?. aku dah lama nak start, tapi belum start, pemalas nak mampus aku ni, mungkin jika ada penerbit bagi lampu hijau, aku akan rajin,

: )

Hamka said...

Bab filem ni, ramai salah faham yang mana bila ada orang insaf tengok filem, bukan bermakna semua orang kena buat filem untuk ramai orang insaf, sebab orang insaf ada macam macam kehendak Tuhan.

Tengok mayat pun ramai orang insaf, tapi tak perlu kita bunuh diri jadi mayat supaya orang insaf..

filem hanyalah pilihan hiburan, banyak lalai dari baik. tapi alang alang dah jadi pengarah filem, cuba buat yang terbaik.

err, takde ke produser nak upah aku arah filem? woha!

Adam said...

Saya suka menonton filem filem arahan Yasmin Ahmad. Cerita dia banyak mendekati perassan dan jiwa manusia. Ada nilai yang tinggi dan mesej yang bermakna. tapi selalu di anak tirikan oleh LPF. Aku benci dengan Malaysia bila mana cerita yang bawa pengajaran dan mesej macam ini ditolak ke tepi (Muallaf ditayangkan di Singapore terlebih dahulu sebelum Malaysia). Bayangkan cerita macam bohsia,rempit,bojan dan segala2nya yang tunujuk moral bangang boleh ditayangkan tanpa perlu sekatan atau tapisa. ARGHHHHH!!!
Aku benci sebab bila Yasmin Ahmad dah pergi baru orang nak appreciate apa yang dia cuba sampaikan.

Dia pembuat filem Malaysia terbaik pada pandangan aku. Filem dia banyak mendekatkan penonton dengan kehidupan sehari2 kita.

RIP Yasmin Ahmad.

Btw i have watched this movies more than 10times if i remember correctly and Amani is a sure thing one of the beautiful things Allah ever made. Hehe...

Adam

Anonymous said...

Assalam

Al Fatiha untuk beliau.

Allah created Amani as a beautiful creature....and also as example to how much more beautiful creatures He could create in the hereafter. The most beautiful creature in hereafter will be our wife in the world...don't believe me? Wait till hereafter...he..he..

Amani's beauty will fade...one of this day...and there will be another..

Jangan tengok lama-lama...anak panah syaitan! Woha..

Khalid

malubertanyasesatjalan said...

Tak boleh eh bersetubuh bayang orang lain? Habis tu yg ustaz2 selalu bagi ceramah cakap kalau nampak orang lain lepastu naik ehem then balik umah setubuh isteri, tutup lampu (in a way biarpun jasad isteri - tapi bayangan tu adalah org yg dilihat tu) macammana plak eh encik hamka? alasan atas Nabisaw nampak org dan masuk menyetubuhi isterinya (tak ingat siapa,sorry)

Lobai said...

Tongah sodap2 layan FB,teraso plak nak terberak...tapi ternampak pulak Link Blog nih kek wall den...terus klik link tuh sambil tangan nyalokan sebatang samron...sambil nahan berak terkekek2 baco post HAMKA nih....yang atas tergolak,yang bawah terkontut-kontut...ngeh!!....(ya Allah..masukkan kentut ini ke dalam mulut syaitan)
P/S:len kali kot ado hajat,tunaikan dulu sebolom baco BLOG nih..

Anonymous said...

I love you hamka
but dont worry
I'm not gay

- lelaki jambu

Khry Hnry said...

mungkin untuk menghayati filem ini sedalamnya adalah mustahil bg aku kerana ia terlalu dalam...hehe

Zulfikar Hazri said...

terus rasa nak 1. tengok muallaf pas ni... 2. nak kahwin..

Anonymous said...

best....

~butterfly~ said...

woha!

tiba-tiba rasa nak berambut pendek balik..

review filem yang terbaek pernah dibaca :)

menusuk hati said...

mengawan sambil buka lampu memang terbukti mengasyikkan.woha!

Hamka said...

(((Tak boleh eh bersetubuh bayang orang lain? Habis tu yg ustaz2 selalu bagi ceramah cakap kalau nampak orang lain lepastu naik ehem then balik umah setubuh isteri, tutup lampu (in a way biarpun jasad isteri - tapi bayangan tu adalah org yg dilihat tu) macammana plak eh encik hamka? alasan atas Nabisaw nampak org dan masuk menyetubuhi isterinya (tak ingat siapa,sorry)))

memang ada hadith Nabi yang mana jika kita stim, balik rumah dan bersetubuhlah dengan isteri yang halal, tapi takdelah masa bersetubuh tu layan kepala dengan bayangkan orang lain.

ni yang bertanya ni orang lelaki ke orang perempuan,

jika orang perempuan, kau tak faham lelaki, kerana kami lelaki, imiginasi tinggi dan mampu mengawal. cuma kelemahan lelaki: malas.

so, aku boleh jer fokus pada bini aku dalam gelap, tapi sebab aku malas, aku bukak lampu.

sekian.

Hamka said...

aku asalnya nak tulis blog pasal ULASAN FILEM, tapi oleh sebab aku tak terlibat dengan dunia FILEM, maka aku takut ulasan filem aku lebih kepada syok sendiri, akhirnya aku buat BLOG pasal ugama kerana aku memang terlibat dengan UGAMA.

dalam blog ini, aku terbuat jugak beberapa ulasan filem dalam entry lama, antara filem itu adalah:

Pay it Forward.
A beautiful MInd.
My Name is Earl.

walau bagaimanapun, mungkin aku akan sanggup buat blog ulasan filem jika di bayar atau terlibat. mungkin.

: )

insanpelupa said...

Aik, dan lagi nak cari makan? hehe

Anonymous said...

tak payah tengok cerita muallaf la..hamka dah bagiatu scara detail semuanya..

Anonymous said...

bengong mu! . kasik bini potong rambut pas tengok 'pah amani'.
sah terangsang la tu tgh 'pah amani' yang kecik molek tuh

Encik Hatta Durian said...

dari filem Mualaf ke proses persetubuhan...impak yang amat mendalam dalam hidup anda.....hahahha...

GOKU said...

cerita muallaf 1000 kali ganda lagi baik daripada cerita hantu bonceng...

someone kene pegi tampar muka ahmad idham tu bagi dia sedar sikit...

Peace Yoh said...

kelakar seyh entri ni

Anonymous said...

aku tak nak tengok la filem ni. ada perempuan tak pakai tudung. dosa

Anonymous said...

benar

kueh bakar said...

ending superb.

pompuan rambut pjg lurus memang lawa.

rambut bini ko pendek nampak muda pada ko.err.. apa ko nak buat agar ko nampak muda pulak pada dia? hehe

Anonymous said...

Assalam

Manusia adalah pendosa......
Tuhan Maha Pengampun.....

Kelebihan menjaga pandangan
Nikmat dalam beramal ibadat...arrrrghhh....!!!!

Khalid

limaumaniss said...

esok jgn nyesal nk rambut panjang..ketahuilah kalu rambut dah pendek sangatlah lambat nk tunggu dia panjang...hahaha...

hendrik said...

pemilik mata coklat, kite nengok sesama yer....wwwooohhhhaaa...

School Of Tots said...

Siapa Muallaf? Kau atau aku? Lahir2 dah Islam, tapi ilmu & amal senipis kulit bawang. Atau baru masuk Islam, tapi ilmu & amalnya masyaAllah, hebat. Siap boleh berceramah menyampaikan mesej dakwah dan menyebarkan risalah Islam. Siapa Muallaf? Gelak gelak jugak.

Note: para sahabat generasi Rasulllah, semuanya Muallaf. Subhanallah.

Anonymous said...

Assalam

Salah siapa iman orang-orang Islam senipis bawang......?

Salah sayalah......
kerana tidak buat usaha dakwah sepertimana Nabi saw...serta sahabat-sahabat yang asalnya semua muallaf.

110%

Anonymous said...

iman jadi senipis kulit bawang kerana tak berdakwah macam nabi?-aku tak faham ni. boleh saudara khalid terangkan.

kredit untuk hamka sebab pandai menggunakan IT utk berdakwah.. metod berdakwah yg berkesan, amat berguna di zaman kita

Anonymous said...

kerana melalui dakwah iman akan dapat dibina. mafhum hadis nabi, "perbaharui lah iman kamu". sahbat bertanya, "bagaimana kmi perbaharui iman kami ya Rasulullah?". nabi menjawab,"perbanyakkan ucap kalaimah 'lailaha'illallah". ulama bgtau, mksud nabi di sini adalah sampaikan kalimah ini kepada semua org dengan menceritakan mafhumnya, iaitu nafi makhluk, dan isbatkan Allah Ta'ala..

aku bodoh dan lemah

Anonymous said...

Assalam

Nabi sembahyang...kita sembahyang.
Nabi puasa........kita pun puasa
Nabi bayar zakat..kita pun bayar
Nabi gi haji......kita gi.

Nabi hari-hari jumpa manusia, cerita pasal Allah. Saya malu....sebab bukan nabi. Errr...itu kerja tok kadi, ustaz-ustaz....

Nabi setiap masa risau pasal ummat...saya suka tengok wanita dalam cerita muallaf....arrrghhh...

Khalid yang lebih bodoh dan lebih lemah.....

Anonymous said...

Hamka gigi jongang,byk jerawat,perut buncit,dahi luas?? Samalah i. Boleh ke nak jd bini no 2 ??

Woha!!!

Baby G

Ridhwan bin mohd yunus said...

baca komen pun sedap

Anonymous said...

salam..

Rohani: You should try it sometime.
Kerani: why should I try the course?(dengan nada marah)
Rohani: No, Not the course. Death!

-How on earth this line could come across to be said?..
kudos to YA!

-Yusuf:108

Hamka said...

rambut bini ko pendek nampak muda pada ko.err.. apa ko nak buat agar ko nampak muda pulak pada dia? Hehe

(cukur misau dan bulu kemaluan, woha!)

Hamka gigi jongang,byk jerawat,perut buncit,dahi luas??

Samalah i. Boleh ke nak jd bini no 2 ??

(tak boleh, aku nak yang dahi luas dan bibir terjuih jer, maaf)

Anonymous said...

baru tengok cerita ni.. baru make sense

Anonymous said...

oh hamka...apa hukum bgtau aurat dgn orang bukan mahram?
contoh:

engkau taukah **** aku saiznya "begini" dan panjangnya begini dan besar...opss..

:D Skadar tanya...heheh

Anonymous said...

oh hamka...apa hukum bgtau aurat dgn orang bukan mahram?
contoh:

engkau taukah **** aku saiznya "begini" dan panjangnya begini dan besar...opss..

:D Skadar tanya...heheh

Cik Ct said...

Salam,

hmm..bahaya kalau dah terbayang-bayang..
Syaitan ni dah takde kerja lain, itulah kerjanya..

ada suatu kisah ttg Abu Hurairah r.a:

suatu ketika, ada syaitan telah menjelma dalam bentuk manusia lalu datang ke ladang Kurma Abu Hurairah ra. Syaitan tu dtg sbb nak mencuri kurma di ladang itu. Abu Hurairah dpt tangkap,tp beliau tak tahu itu syaitan.. syaitan tu pun minta dilepaskan sambil berkata

"Tolonglah lepaskan aku, aku berjanji tak akan datang lagi esok, anak bini aku ada kat rumah ni, tak makan, lepaskanlah aku,"

begitulah lebih kurang kata2 syaitan tu. maka, Abu Hurairah pun lepaskan. esoknya beliau berjumpa dgn RasulULLAH saw, belum sempat beliau bercerita, RasulULLAH saw dah tanya, lebih kurang gini

"Apa dah jadi kpd orang yg kau tangkap malam tadi wahai Abu Hurairah?"

Abu Hurairah pun ceritakan bhw dia telah lepaskan org tersebut sbb org tu janji tak nak datang lagi dah, pastu RasulULLAH saw balas lebih kurg gini

"dia tu penipu, tgk malam ni dia datang lagi."

mmg syaitan tu dtg lagi mlm tu, Abu Hurairah ra masih tak tahu yg itu adalah syaitan dan apabila beliau tangkap, syaitan berupa manusia tu cakap perkara yang sama, iaitu

"Tolonglah lepaskan aku, aku berjanji tak akan datang lagi esok, anak bini aku ada kat rumah ni, tak makan, lepaskanlah aku,"

maka Abu Hurairah kesian lalu lepaskan. esoknya, beliau jumpa RasulULLAH saw, mcm biasa, belum sempat cerita, baginda dah tanya dulu, lebih kurang gini

"Apa dah jadi kpd orang yg kau tangkap malam tadi wahai Abu Hurairah?"

Abu Hurairah beri jwpn yang sama mcm semalam, lalu RasulULLAH pun bg jwpn yg sama jugak

"dia tu penipu, tgk malam ni dia datang lagi."

Abu Hurairah tahu apa yg dikatakan oleh KEKASIH ALLAH itu benar, maka beliau tggu "org" tu dtg. malam tu iaitu malam ketiga "org" tu dtg lagi, dan mcm biasa, Abu Hurairah ra tangkap. tapi kali ini jwpn "org" tu lain. lebih kurang gini

"Tolong lepaskan aku, aku janji akan beri kau satu ilmu"

Abu Hurairah rasa suka bila dengar org nak beri ilmu kpd beliau maka beliau setuju dgn "org" tu. "org" tu pun ajarkan

"semasa kamu hendak berbaring utk tidur, bacalah ALLAHulaa ilaha illahuwal haiyulQayyum,laa tak khuzuhu sinatuwwalanaum...(smpi habis) maka kamu akan dilindungi drpd gangguan jin dan syaitan smpi pagi."

tahulah Abu Hurairah ra ttg ayat kursi dan kelebihan ayat tersebut. esoknya Beliau jumpa RasulULLAH saw dan ceritakan apa yg berlaku selepas baginda tanya. RasulULLAH saw pun jawab

"Lahuwa saddaq, wa huwa kutuhu" yg bermaksud: benarlah dia dan juga dia adalah penipu. gitulah lebih kurang. dan RasulULLAH kata lagi "tahukah kamu siapa yang yg kamu tangkap itu? itulah syaitan"

kisah di atas telah diceritakan oleh Ustaz dalam rancangan Madrasah AlHijrah: Madrasah akidah.

Oleh itu, drpd kisah di atas, mari kita sama2 amalkan ayat kursi sebelum kita tidur. Selain itu, baca selepas solat fardhu pun akan dpt menghindarkan diri kita drpd gangguan jin dan syaitan smpai solat fardhu seterusnya.Lagi satu, bacalah 2 ayat akhir surah Al-baqarah, ia dpt melindung diri kita drpd gangguan jin dan syaitan. Di mana saja kita berada.
Dan.. semuanya itu InsyaALLAH kerana Wallahua'lam (",)

Anonymous said...

Bro hamka, entri ni tak best, sebab macam bukan entri kereta mayat, dah macam entri blog blog hiburan yang lain. Saya tak rasa ape ape baca entri ni, saya je lah kot.

-jo

umi said...

sama la kita..

Zul Fattah said...

pernah tengok cite muallaf ni.. tp nampaknye.. dgan penerangan dari Hamka, mebuatkan saya lbih pham akan cite ni..

mushroom said...

nak rasa rambut baru tu sangat tak boleh blah hahaha

zuraida said...

hamka yg hensem...
bertemu lg..lama tak bersua..rasa diri dan emosi makin sihat dan kebal...terus menulis...jom kita berguling...

Fendy said...

terbaekkkk!!!heheh

pisanghijaulover said...

hamka, oleh kerana aku dtg dari generasi selepas generasi ko, aku bharap aku jumpa sseorang dari generasi aku yang seperti engkau sbg jodohku....boleh ke camtu? hahahahaha.... amin? ahahaha

Hamka said...

Jawab mana yang sempat:

korang:oh hamka...apa hukum bgtau aurat dgn orang bukan mahram?

Hamka: hokum haram jika tiada tujuan baik,
eh, adakah soalan ini perangkap kepada aku? Cerita panjang pendek rambut bini?, nasib baik aku tak cerita jenis rambut bini aku, sama ada ikal, kerinting, atau lurus, biarlah rahsia.

Korang: Bro hamka, entri ni tak best, sebab macam bukan entri kereta mayat, dah macam entri blog blog hiburan yang lain. Saya tak rasa ape ape baca entri ni, saya je lah kot.

Hamka: Aku harap kau bukan Sharifah Amani, woha!

Korang: hamka yg hensem...
bertemu lg..lama tak bersua..rasa diri dan emosi makin sihat dan kebal...terus menulis...jom kita berguling...

Hamka: boleh nak berguling, jadi mayat nanti, duduk belakang, tak payah duduk dalam keranda, sekali aku break emergency, terus mayat kau berguling, woha!

Korang: hamka, oleh kerana aku dtg dari generasi selepas generasi ko, aku bharap aku jumpa sseorang dari generasi aku yang seperti engkau sbg jodohku....boleh ke camtu? hahahahaha.... amin? Ahahaha

Hamka: Tanya aku pada bini, apa amalan kau hingga dapat kahwin dengan aku, jawab bini aku, walaupun dia berjiwa rock, tapi bila berdoa dia nak kahwin dengan lelaki kaki masjid,
Adakah ini membantu, woha!

Nadheen said...

Entry maut la yang ni.. hehehe

Hamka said...

he he HE!

Mama Rocks said...

tapi kadangkala bila budak-budak kecik panjat sana sini, terpaksa jerit sebab tak sempat nak lari tengok, takut tergolek

Hamka said...

mama, salah entry kau punya komen ni... : )

Anonymous said...

Aku doa nak laki masjid jugak la kalu cmtu.
Jgn hamka sudah.

en_j

Anonymous said...

untungla ko hidup ko bahagia

Hamka said...

aku orang orang besar yang bahagia dengan benda benda kecil..

Bulan Mengambang said...

Saya tidak pernah menonton cerita Muallaf ini. Apa yang saya tahu penggambaran cerita ini dibuat di rumah Cikgu Bee Wah (bapanya India dan ibunya Cina). Bapanya telah memeluk agama Islam dan adiknya memeluk Kristian. Cikgu Bee Wah masih lagi Hindu dan lakinya Hindu India. Laki Cikgu Bee Wah mengenakan sewa yang tinggi untuk menggunakan rumah mereka untuk penggambaran tersebut tetapi oleh kerana Yasmin berkenan sgt lokasi tersebut maka dibayar juga walaupun mahal. Saya teringin sangat nak tengok wayang cerita ini tetapi kekeringan poket tatkala ceritanya berada di pawagam. Hu Hu. Saya juga tidak berkesempatan melihatnya di kaca televisyen kerana di rumah saya terdapat dua buah TV yang telah rosak. Sebuah telah dijual di Kedai Kitar Semula dengan harga RM3/- manakala sebuah lagi masih ada di rumah. Saya ke cabutan bertuah Jamuan Hari Raya Peladang dengan harapan dapat TV 24 inci (no cabutan 6000) tapi bukan rezeki saya. Petang ini jika bos saya tiada di pejabat, saya akan tengok Cerita Korea - Cinderella Step Sister. Cerita yang menarik dan saya terpikat dengan pelakonnya. Sy amat berharap suatu masa nanti saya dapat melihat cerita Mualaf dan mungkin akan gelak seperti saudara.

Hamka said...

oh, baru ku tahu