(Tiga belas tip tip memuji dan dipuji secara kebajikan, eh, silap, secara islam...)
Aku nak buat kenyataan sekali lagi, kepada semua perserta pertandingan teka tajuk buku pertama keretamayat yang telah mengisi borang penyertaan tapi tidak menang tiba tiba mendapati komen korang “saya suka baca artikel keretamayat kerana..” tiba tiba ada tersiar dalam buku aku kelak, lalu membuat demotrasi serentak dengan perhimpunan bersih untuk menuntut hadiah, aku nak cakap biar jelas dan bersih: Bohlayan!
Aku dah cakap dalam syarat pertandingan, hadiah hanya untuk lima peneka/pencadang tajuk buku yang tepat atau kreatif, jadi.., sebarang Komentar/Testimoni yang dah selamat di isi korang, yang mana buat aku ketawa berguling atau menangis berguling guling ketika membacanya, akan aku pilih dah letak dalam buku itu, korang tak dapat apa-apa melainkan glamer dan sejarah, sebab tu aku mintak nama(nama samaranpun boleh), tempat tinggal dan pekerjaan yang sebenar.
Berikut adalah beberapa Komentar/Testimoni yang aku fikir sesuai untuk letak di bahagian intro buku aku, belum finalize lagi, akan di buat pilihan peringkat terakhir pada tarikh tutup peraduan jika ada Komentar/Testimoni yang lebih gempak dan ikhlas.
Copy/paste testimoni peserta yang mungkin disiarkan dalam buku pertama aku.
*******
Saya suka artikel kereta mayat kerana ia membantu saya menambahkan ilmu pengetahuan melalui pembacaan yang menarik dan tidak membosankan, sebab kat dalam kete mayat ada banyak lawak yang tak berapa nak bodoh,hehe. Selain itu saya juga suka cara penyampaian yang kasar macam kat dalam kete mayat sebab ia lagi senang bagi impact tuk orang yang agak bebal macam saya neh..
Eda, Tutor, KL
******
Pernah buat aku tersembur 100plus kat screen pc pasal lawak superman dia yang ngokngek tu...
Cik Kiah nama sebenar... huahahaha....
*******
Saya suka artikel Kereta Mayat kerana saya kena baca juga sebab suami saya baca untuk kerukunan rumahtangga kami dunia akhirat sambil sama sama tambah ilmu. Kalau tak baca 'wavelenngth' tak sama, dia kata ayam saya kata itik... Jom baca Kereta Mayat sebelum jadik mayat! –
Cikgu Ketam, Klang
*******
Artikelnya telah mengkayakan ilmu pengetahuan dari banyak segi contohnya macam dari segi ibadah dan hubungan kekeluargaan.saya suke stail penulisannya yang tidak membosankan jika dibaca 2 kali.
Siti,Exec,syarikat minyak malaysia,Selangor
*******
Saya suka artikel kereta mayat kerana di dalam artikelnya sering kali ia mengingatkan saya kepada kematian dan sudah tentu orang yang bijak itu ialah orang yang sering mengingati mati.-
Ijan, Pegawai Bank, Seri Kembangan.
******
Saya suka artikel kereta mayat kerana ia mampu membibitkan senyuman mat kuntum di bibir saya walaupun setelah di marahi oleh bos. Kini saya juga mengesyorkan bos saya yang suka marah-marah supaya membaca kereta mayat supaya kami boleh bersama-sama mengukirkan senyuman mat kuntum sepanjang hari.
Hatta,Kerani Pengangkutan,Shah Alam
******
Saya suka artikel Kereta Mayat kerana garapan idea yang kreatif membuatkan saya berfikir ada betulnya pendapat hamka nih.walaupun dia bukan ustaz tetapi banyak artikelnya yang mengubah pemikiran saya kearah yang lebih positif. Artikel kegemaran adalah "rumahku syurgaku" dan "rumahku nerakaku". Luangkan masa untuk membaca. InsyaAllah anda tidak akan menyesal.
Mummy Batrisyia, Penjawat Awam putrajaya
*******
Saya suka artikel Kereta Mayat kerana isi kandungannya yang kelakar, tepat lagi benar dan sarat dengan ilmu. Semuanya dikaitkan dengan kereta mayat, hatta menginsafkan diri saya untuk selalu mengingati kematian.
Ili, pelajar perubatan, UK.
******
Artikel keretamayat membuatkan kami suami isteri asyik bersengkang mata membacanya...Dah tu sibuk nak berbahas...Kalau sorang buat salah boleh pulak hantar artikel link...Ceh! itu macam pun ado..! tapi suke je sebab kamu kelakar dan kami sedang ketawakan diri sendiri. sekian.
Ahliarazman-pen.penerbit-damansara
*******
Blog kau yang Allah swt bagi aku jumpa ketika aku bersendirian..dan memerlukan teman yang memahami apakah erti kehidupan. Woha!
Khalid, Hakim, Terengganu.
******
Saya suka artikel kereta maya kerana info dan penerangannya mudah difahami. penulisannya banyak membantu saya memahami sesetengah perkara dalam kehidupan saya. daripada pemahaman itu juga, saya belajar lebih jauh dengan bertanya dengan rakan2 lain dan guru2 dan ustaz2/ustazah2 untuk clarification. dengan pengetahuan/pemahaman itu pula, saya dapat kongsikan dan menerangkan pada orang2 lain. :) terima kasih encik hamka. walaupun sy tak menang, terima kasih :)
-wawa, guru dari sabah
*******
Cukuplah tu beberapa komentar aku copy/paste yang mungkin bakal muncul, tapi akan dibuat tapisan lagi sebab tak nak letak banyak-banyak, 10 komenter cukuplah, hins hins.., (bunyi lubang hidung kembang)
"Eh, Cik Hamka, kau tak rasa riak ke bila kena puji memanjang?, bukanlah ada hadith Nabi yang mencela orang yang memuji?"
Ehem-ehem, sepatutnya aku riak dan takkabur, tapi bila hari-hari bukak blog, bukak facebook, bukak email, asyik baca respon orang puji aku jer memanjang, aku dah jadi kebas dengan pujian, ha ha, dah jadi imun!, korang pujilah aku satu Malaysiapun, aku dah tak riak, jika Menteri Menteri baca blog aku dan pujipun aku selamber jer tersengih sedang hati terus kudus dan telus (ni dah macam puji diri sendiri nih, isk)
Alahai, macam korang yang baru beli pewangi kereta, bila letak dalam kereta, maka semerbaklah bau harum, tapi bila dah lama drive, korang rasa bau tu macam dah hilang lalu korang mengumpat pembuat pewangi kereta tu ‘tipulah’, ‘tak bermutu’lah, ‘orang melayu’lah ni, dan apa apalah , sedangkan bau tu masih ada tapi hidung korang tu yang dah imun, tak percaya, cuba ajak kawan korang naik kereta korang tu, tentu mereka akan tegur, eh, best bau ni, pewangi apa yang saudara pakai?
Kapur barus!, jawab aku kerana sedang bawak keretamayat-Woha!.
Eh?, Macam tak berapa tepat anologi bau wangi dan kaitannya dengan pujian, kita ambik contoh lain.
Untuk pengetahuan korang, bukan semua komen korang berbentuk pujian dalam sejarah aku menulis blog, ada dalam bentuk kutukan, makian, cercaan, hinaan dan ugutan, tak percaya boleh baca komen dalam entry di bawah:
Imun iman
Hina Kekasih orang
Arrivals
Teori konspirasi
Akhir zaman
begitulah sebahagian entry aku yang korang kutuk kaw kaw, tapi aku tak delete pun, sebab aku perasan sibuk sampai takde masa nak delete, nak baca komenpun tak sempat kadang kadangg, hu hu..
"Eh, Cik Hamka, kau tak rasa down dan loser ke bila kena kutuk dalam entry tu?"
Sepatutnya aku sedih dan bunuh diri, tapi bila hari hari bukak blog, bukak facebook, bukak email, dan baca komen korang untuk entry yang lama (pelik, entry lama baru nak kutuk?) maka aku jugak dah jadi kebas dengan kutukan, ha ha ha!, dah jadi telinga kuali!, setaraf telinga ketua pembakang yang tahan dikritik-woha!, korang kutuklah aku satu Malaysiapun, ada aku kesah?, jika semua Ustaz politik baca blog aku dan fitnah aku, pun aku selamber jer tersengih sedang hati terus kudus dan telus kerana iman yang sempurna tidak terkesan dengan celaan, (wah, ni dah macam puji diri sendiri nih, bengong!)
Alahai, macam korang yang kerja kutip sampah dan bawak lori sampah, mula mula kerja korang akan tutup hidung, tapi bila dah lama(beberapa jam kemudian) korang akan selamba angkut sampah tanpa tutup lubang hidung sebab bila dah hari-hari bau sampah, maka sampah dah ‘tak busuk’ lagi, tak pecaya? cuba tanya awek korang yang bercinta dengan penoreh getah(yakni kau sendiri), ada mereka cakap getah tu bau busuk? Takde maknanya!
Jadi, bila bawak lori sampah, maka lama lama bau sampah dah takde kerana hidung dah imun yang mana andai kata korang ajak kawan korang naik lori korang tu, tentu mereka akan tegur, eh, busuk betul, korang bawak apa kat belakang?
Mayat! jawab aku kerana aku memang sedang bawak keretamayat-Woha.
(Eh?, Macam samer jer anologi bau busuk dengan kutukan, wangi dengan pujian, apa apalah!)
Ok, serius sikit, sambung balik cerita bab hukum memuji dalam islam,
Untuk bab Nabi mencela orang yang memuji, memang betul ada hadith berbunyi:
“Taburkan tanah-tanah atas muka orang yang asyik memuji” (Riwayat Abu Daud)
“Rasulullah mendengar seorang lelaki memuji seorang lelaki lain dengan berlebihan dalam pujiannya, lalu Nabi menegur : "Kamu telah memotong leher lelaki tersebut" ( Riwayat Bukhari)
Dan lain lain.
Ok, straight to the point, bila aku rujuk Buzmana, kata mereka , hadith ini adalah untuk mereka yang memuji dengan niat mendapat manfaat yang salah dan di buat bukan kerana Allah, seperti membodek, mengampu, mengipas, ‘menabur pasir dalam periuk nasik orang’, sebagai contoh:
Pujian yang mana bila si pemalas puji bos, bos suka pada si pemalas lalu lantik jadi bos sehingga orang rajin tertindas, atau puji bini orang sehingga bini curang dengan laki lalu bercerai. Begitu contoh lebih kurang.
Selain itu pujian jugak di larang kepada orang yang mudah riak, nak tahu orang tu mudah riak atau tidak, sila apply common sense.
Sebab tu nabi selamber jer puji sahabat, atau sahabat puji sahabat sebab mereka tahu bahawa pujian tu tak membuatkan orang itu riak, sebaliknya sebagai semangat dalam mengukuhkan silaturahim.
Contoh lebih kurang Nabi puji Saidina Abu bakar secara direct, “Semalaman Abu bakar bersamaku di Gua Thur, tidak ada satu amalanpun penduduk dunia dapat tandingi beliau!”.
Contoh lebih kurang Nabi puji Saidina Umar secara direct, “Jika ada Nabi lagi selepas aku, Umar lah orangnya yang paling layak”.
Contoh lebih kurang Nabi puji Saidina Usman secara direct, “Jika dibenarkan poligami bersama adik beradik, aku akan benarkan semua anak perempuan aku kahwin dengan Usman”.
Contoh lebih kurang Nabi puji Saidina Ali secara direct, “Jika aku gedung ilmu, saidina Ali lah pintunya”.(hadith ini dibahaskan kesohehhanya, namun siapalah aku untuk memalsukan hadith)
Contoh lebih kurang Buznama puji hamka keretamayat secara direct, “Bagus soalan kau ni Hamka, jarang ada orang nak tanya soalan yang tak pernah terfikir dek ustaz..,”- woha!
******
Di tempat lain, banyak jugak Nabi puji sahabat secara tidak direct.
Contoh bila lalu seorang lelaki, Nabi bagitahu, "jika nak tengok ahli shurga, itulah orangnya."
Contoh lain bila ada orang tanya soalan ugama, lepas orang tu balik nabi cakap lebih kurang maksud, "jika orang tu amal tanpa tambah apa yang aku cakap, dialah ahli shurga."
Kadang kadang lepas perang, ketika mengurus mayat, Nabi akan memuji mayat akan darjat darjat mereka.
Contoh lain dari Buznama A bila aku takde tempat kejadian, “bagus Hamka tu, jika tak kahwin lagi, aku jadikan dia menantu,(Buznama B yang cerita kat aku-woha!)
Kesimpulan:-
0. Jika buat amal, jangan berniat mendapat pujian, kerana ia akan mensia siakan amal, lepas buat amal, jika orang puji jangan tinggalkan amal kerana siapa yang meninggalkan amal takut orang puji, itulah riak, dan siapa buat amal dengan mengharapkan pujian, itulah syirik!
1.Jika nak memuji sebaiknya korang kenal benar dengan orang yang dipuji, takut dia riak takkabur pun susah jugak.
2.Dalam bab ilmu hidup, manusia dahagakan pujian, anak anak, pekerja, isteri, jiran dan siapa sahaja, memerlukan pujian untuk menjadi asbab lebih bersemangat, so puji jer anak korang yang rajin, bini korang yang setia dan pekerja korang yang tekun. Isteripun, tak salah puji suami di ranjang-woha!
3.jangan puji melampau sampai tahap memuja, elok benar simbah tanah ke muka, contoh, “jika sehari aku tak baca blog kau Hamka, aku akan mati,” Nampak jelas benging dan syirik! elok mampos baham tanah!
4.Pastikan peratus pujian korang kepada Allah, lebih dari pujian korang kepada manusia, jika korang dapati korang lebih banyak memuji manusia daripada Allah, berdiam diri lebih baik.
5.Jangan puji orang yang orang benci depan orang yang benci tadi, faham tak? Maksud aku, jika bercakap dengan orang Pas, jangan puji Umno, nanti mereka akan buat dosa (mengumpat, mengamuk dan merusuh) sama jugak orang Pas, jangan puji DAP depan orang UMNO, nanti mereka jugak akan buat dosa yang sama seperti kamu. Woha!
6.Orang melayu dulu, jika suka: diam, dan jika tak suka: Mengumpat atau mengutuk, kita tukar cara kebajikan, eh silap, cara islam, jika suka: puji, jika tak suka: diam.(ini sunnah Nabi Muhammad SAW yang di riwayatkan dari isteri baginda)
7.Jika ada orang islam sedang dihina, diumpat, di keji, dan korang berada di tempat kejadian, maka selamatkanlah maruah orang itu dengan memujinya (tafsir hadith riwayat Abu daud dari Jabir bin Abdullah)
8. “Apabila membayar hutang, bayarlah bersama pujian”. (ringkasan hadith riwayat Nasai dari Abdullah Abu Rafiah)
9.Hadith yang orang UMNO suka quote: Barang siapa yang tidak bersyukur kepada manusia, maka dia tidak akan bersyukur kepada Allah(riwayat tarmizi), korang tafsir sendiri dengan ustaz pilihan korang.
10.Jika tak nak puji orang selepas menerima pertolongan, memadai dengan ucapan “jazakallahu Khairan”, ringkasan Hadith riwayat Usamah bin Zaid.
11.Berhati hatilah dalam memberi kritikan, dan bermurah hatilah dengan member pujian, (Dale Carnegie)
12.Jika nak puji depan atau belakang, jangan puji dengan niat supaya orang tu kembang lubang hidung, (riak), tapi pujilah dengan niat supaya orang lain dapat manfaat dari pujian tadi, contoh: “Kedai ali tu bagus, barang murah dan berkualiti” pujian macam ni tersangatlah boleh pahala sebab orang lain akan dapat manfaat dari pujian ini dengan pergi kedai ali, contoh lain, saya suka artikel keretamayat kerana.., korang sambung sendiri tapi pastikan niat korang kerana Allah dan agar orang lain dapat manfaat dari pujian itu. Eh, kenapa lubang hidung aku kembang semacam?
13.Ada doa khas Nabi ajar kepada mereka yang menerima pujian, hujung entry aku tulis.
OK, habis sampai sini, dah panjang sangat dah ni, karang ada yang kena kutuk, ok, habis, sila rujuk ustaz ulamak untuk pencerahan yang lebih baik, kita habiskan cerita bab puji pujian di sini…
Tapi sebelum itu(ada lagi), aku rasa macam nak panjangkan testomi ini kepada blogger dan fan FB pulak, iaitu korang boleh lengkapkan testimmoni, “saya suka artikel keretamayat kerana...,” lepas tu tulis nama korang dan alamat blog sekali, contoh:
"Saya suka artikel keretamayat kerana... sayalah orang pertama yang mengomen dalam blog ini pada tahun 2006, tak sangka blog ini sudah mencecah 2011 tapi masih ada orang yang berebut manjadi pengkomen pertama sedangkan saya adalah pengkomen pertama sepanjang kewujudan blog ini - woha!"
Hafiz
hafizbar.blogspot.com
Testimoni/komentar itu tak payah email, korang post jer kat ruangan komen di blog atau FB tapi mestilah di bawah TAJUK INI SAHAJA (pening pulak aku nak check semua entry). harus di ingat!, anda mestilah menggunakan password anda sendiri, dan alamat blog yang betul. Anonymous tidak akan di layan.
Jika anda tak mahu komentar anda tersiar kepada umum, anda boleh tulis dalam borang pertandingan teka/cadang tajuk buku. (link di bawah)
Tiada hadiah untuk komenter terbaik. Cuma berpeluang muncul dalam buku keretamayat yang akan di baca oleh beribu ribu orang yang mana korang akan dapat promosi blog korang secara percuma. lumayan jugak tuh.
Ok, cukup sampai sini, jumpa lagi minggu depan, insyAllah. semetara itu, pertandingan teka/cadang tajuk buku keretamayat dan survey beli buku masih di buka, harap maklum.
Kaji Selidik (Saya akan beli buku Hamka / Saya malas beli buku Hamka)
Pertandingan Teka Tajuk Buku (boleh tulis “saya suka artikel keretamayat kerana...” dalam borang ini)
Akhir kata: sila komen dengan ikhlas dan dengan niat orang lain mendapat manfaat, harap maklum.
Sekian...
Ps: Ya Allah, janganlah kamu mengapa-apakanku kerana apa yang disebut oleh mereka(pujian), dan ampunkankan daku berkaitan perkara yang mereka tidak ketahui (dosa),jadikanlah daku lebih baik dari apa yang mereka sangkakan. (Doa menerima pujian- Riwayat Abi Syaibah)