Oct 1, 2010
Apa tanda ahli neraka?
(Memiliki barang mewah yang korang rasa bangga tapi nobody care, mungkin petanda bahawa korang adalah ahli neraka, mungkin..)
Sempena menumpang hari raya enam orang lain, dan sempena lepas raya yang banyak habiskan duit korang beli barang mewah yang korang rasa bangga tapi nobody care itu, aku terpanggil (rasa semacam guna prosa ‘terpanggil’) untuk berkongsi beberapa tip kali ni tentang tanda-tanda mereka yang bakal masuk neraka.
Tak perlu aku cerita tanda korang masuk neraka adalah apabila korang tak solat atau tak puasa, atau tak hormat orang tua, atau tak bayar zakat fitrah, rogol budak dan buang anak dalam tong sampah, itu budak kecik sekolah tadikapun tahu, aku nak cerita kali ni adalah tanda mereka yang masuk neraka kerana mengalami masalah kewangan, terutama lepas raya sebegini.., lalu mati miskin dan masuk neraka…
Ya, aku tahu, tak salah jadi miskin, Nabipun miskin, dan sahabat bagindapun ramai yang miskin, dan orang miskin akan masuk shurga lebih awal dari orang kaya, kerana kurangnya hisab atas mereka, jadi aku bukan nak cakap jadi miskin itu salah, yang salah bila kemiskinan kita menyusahkan orang, itu yang salah..,
Alang-alang dah jadi miskin, biar mati masuk shurga, tapi jika jadi miskin dan masuk neraka, itu yang payah.., itu yang bengong!
Perlu di ingat sekali lagi, aku bukan nak cerita tentang orang fakir miskin yang tak cukup makan, atau anak yatim takde mak bapak, atau ibu tunggal takde suami dan madu, atau mereka yang pernah muncul dalam rancangan ‘bersamamu..’, bukan itu sasaran aku, mereka miskin kerana diuji Allah, yang mana jika mereka bersabar, insyAllah akan masuk shurga lebih awal dari semua orang kaya dalam dunia yang tonton mereka melalui program TV berbayar...
Mereka bukan miskin masuk neraka, mereka miskin masuk shurga jika bersabar dan masih taat perintah Allah.
Sasaran aku dalam entry ini adalah korang yang jika hidup sederhana, maka adalah banyak duit simpanan, bolehlah bersedekah, pergi haji, sambut takazar ugama atau bantu orang lain, tapi puak puak bengong ni, menyusahkan orang kerana menyelenggara hidup lebih dari pendapatan sebab mereka berlagak bagus kerana memiliki barang mewah yang korang rasa bangga tapi nobody care!
Note: Siapa peduli dengan harta orang lain maka mereka pun sama bengong!
Bengong kerana tak ukur kondom dikemaluan sendiri, eh? Silap, bengong kerana tak ukur baju di badan sendiri lalu menyelenggara hidup lebih dari pendapatan sebab mereka perasan bagus kerana memiliki barang mewah yang korang rasa bangga tapi nobody care!
Beli rumah besar separuh gaji punya ansuran dan renovate lagi buat loan peribadi dengan niat, rumah akulah yang paling besar antara mereka dan mereka.., memang hampeh!
Korang tahu tak? Nabi kutuk orang yang buat rumah besar dengan niat riak, masuk nerakalah korang.., pesan Nabi, “perbelanjaan yang paling buruk adalah membina bangunan…” (dengan niat menunjuk-nunjuk)
Itu belum cerita betapa besarnya dosa bab rumah besar yang menghalang angin bertiup kerumah jiran.., juga boleh membawa ke neraka…
Kemudian, bila rumah besar, sudah tentu: perabot, perkakas dapur, barangan letrik, peti ais, mesin basuh, TV, kalkulator, alat senaman, mangkuk tandas, set sofa, set meja makan, dan semua benda mewah mewah yang korang rasa bangga tapi nobody care itu mestilah besar jugak, baru ‘match’ dengan rumah besar, maka korang beli dengan kredit card sampai habis limit dan setiap bulan hidup gelisah kerana dosa bertambah akibat riba bertambah-tambah. Tak ke masuk neraka?
Lepas tu pulak, bila rumah dah cantik, tak kan lah nak pakai kereta Wira, atau Waja, atau Exora, atau mana-mana kereta buatan Malaysia, maka korang pinjam duit pulak dengan ansuran separuh gaji untuk beli kereta (isikan nama kereta yang korang tag dalam facebook sebagai kereta idaman yang korang rasa bangga jika beli lalu bincang dalam komen kat facebook macam orang hidup seribu tahun).
Kemudian, dah ada kereta mewah, tempat parking mestilah ditepi landskap yang ada kolam ikan dan air terjun butan sendiri, siap dengan patung bangau sedang termenung ditepi pokok bunga, yang mana jika orang bengong tengok rumah korang rasa cemburu tapi aku tengok rasa kasihan, sebab?
Sebab ada tanda-tanda ahli neraka!
Wah, cik Hamka sudah melampau, melebelkan orang ahli neraka ni hanya kerja parti politik so call Islamic terhadap mereka yang tak pangkah parti kegemaran mereka, sejak bila keretamayat dah pandai letak hokum orang kaya masuk neraka?
Woi Mangkuk!, baca sampai habis, aku tak kata orang kaya masuk neraka, tapi Nabi ada kata yang orang kaya lambat masuk shurga, dan cerita aku tentang ahli neraka adalah apabila korang ada melakukan 10 perkara bengong di bawah, jika ada, baru boleh membaca bab kehidupan ahli neraka supaya korang tak janggal waktu tiba disana kelak..
Mari kita bincang bab ni, dan kita check diri masing-masing, ada tak pada diri kita, akan tanda-tanda ahli neraka dalam bab menguruskan harta dunia, check jangan tak check..., jangan cakap banyak. Tepuk dahi Tanya akal, tepuk lutut Tanya nafsu, tepuk dada Tanya iman…,
Layan…
Tanda korang ahli neraka (jika tak bertaubat)
1.Korang berhutang dengan Along
Hutang dengan kakak sulung korang yang bernama Along takpe, tapi jika korang berhutang dengan Along, korang akan miskin di dunia kerana riba(bunga) Along sangatlah tinggi, dan korang juga akan miskin di akhirat kerana Allah melaknat mereka yang terlibat dengan riba, eh, korang bukan miskin di akhirat, tapi akan diazab.., dan mungkin didunia juga korang akan diazab, seperti dikurung oleh Along dalam bilik bawak tanah minum air paip dan makan roti expired, sebelum anggota badan yang penting dipotong-potong..
Maka nasihat aku, jangan jadikan diri kita ni sehina hina manusia dalam islam bila kita sanggup berhutang dengan Along kapir yang bunganya berjalan mengikut kiraan hari…, nak beli perabot, nak beli TV LCD, nak beli patung bangau untuk letak tepi kolam kecik dalam pagar rumah,, tak payahlah nak berhutang dengan Along,.., carilah jalan lain.., kita orang islam, dah tahu Along itu haram, buat apa nak berhutang jugak.., Allah laknat, tak selamat dunia akhirat, tak berbaloi kena potong tangan atas kesalahan bukan hudud, cukuplah kerandut zakar dipotong waktu kecik, sila ambik pengajaran dan bertaubatlah..
2.Ada Kad Kredit tapi tak laku sebab dah kena block.
Jangan emosi dulu, akupun ada Kad Kredit, bagi aku kad kredit adalah untuk orang bijak yang malas bawak duit atas factor keselamatan atau menjimatkan masa dan belanja tanpa dikenakan cukai tahunan atau riba kerana bayar pada tarikh sebelum riba bermula, tetapi bagi mereka yang slow dan mudah diperbodohkan, mereka akan belanja sampai habis limit kad yang melebihi pendapatan bulanan dan bayar bulanan hutang dengan jumlah paling minimum… (itu yang bayar, yang tak bayar lagi bangang)
Bila korang berhutang guna kad kredit, maka riba akan berjalan, apatah lagi korang berhutang untuk beli perkara sampah seperti (masukkan sendiri barang mewah yang korang banggakan tapi takde siapa pedulipun).., dan riba kad kredit adalah riba yang paling tinggi dalam semua riba yang di’halal’kan oleh kerajaan., sendiri mahu ingat!
Kalau korang diistihar muflis kerana kad kredit, aku tak tahu nak cakap apa.., ok, aku tahu:
wahai si bengong, bayarlah hutang cepat cepat dan bertaubatlah jika tak nak masuk neraka..
3.Pinjam duit kawan dan melengah-lengahkannya.
Pinjam duit kawan, adik beradik, saudara mara, adalah tidak salah, Nabipun berhutang, lagipun pinjaman sebegini takde riba, sangat bagus.., tapi jika korang tangguhkan bayar hutang sehingga menyusahkan kawan, adik beradik, saudara mara, PTPTN dan MARA, maka ingatlah, apabila kawan, adik beradik, saudara mara, PTPTN dan MARA yang korang lengah-lengahkan hutang tu mati tanpa sempat korang bayar, maka bersedialah untuk bagi pahala korang pada mereka jika korang jenis solat awal waktu, tapi jika korang jenis solat lengah lengah, sama macam bayar hutang lengah lengah, maka bersedialah untuk ambik dosa mereka dan masukklah korang ke dalam neraka dibakar doa laknat PTPTN, MARA, YAYASAN, kawan, adik beradik, dan saudara mara…
Berdosa dengan Allah, ada peluang untuk diampunkan, tapi bila mati dengan bawak hutang maka sengat besar seksanya diakhirat.., sudahlah hidup didunia orang benci, mati pulak masuk neraka, bengong!
(tolong jangan marah aku guna perkataan bengong sebab mereka memang bengong kerana berhutang untuk hidup mewah tapi lupa nak bayar sehingga menyusahkan orang lain, memang bengong,)
4.Ambik rasuah.
Ni lagi satu masalah besar dalam Negara selain dadah, denggi, dan pembakar bendera ditepi jalan.., arghh, aku malas nak cakap banyak, sebab selalu keluar iklan dalam Tv iaitu mereka yang rasuah akan di penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan, dan aku tambah, korang juga akan masuk neraka!
Nabi bersabda dalam hadith yang diriwayatkan at-Tirmizi bermaksud: "Penerima dan pemberi rasuah akan ditempatkan di dalam api neraka.
(Untuk rujukan: No telefon BPR: talian bebas tol 1-800-88-6000)
5.Jarang balik kampung
Orang tua dikampung sangat rindu pada korang, tapi korang sebab belanja besar dalam hidup beli barang mewah yang korang banggakan tapi takde siapa pedulipun, akhirnya hujung bulan takde duit, lalu setahun dua kali balik kampungpun payah.., kenapa?
Alahai tak kan tak tahu, nak balik kampung, naik kereta minyak mahal, duit tol lagi, minyak hitam lagi nanti jika kereta rosak, duit lagi, sampai kampung, kena bagi duit lagi kat mak ayah.., akhirnya korang jarang balik, mak bapak kecik hati, dan menangis sambil tonton sitcom cerita indon yang banyak kisah anak derhaka, yang mengingatkan mereka juga ada anak derhaka macam korang, dan korang tahu bila korang balik?
Lepas jiran bagitahu mak bapak korang dah jadi mayat barulah nak balik.., itupun sebab nak tolong jual tanah arwah mak bapak, memang boleh jadi ahli nerakalah anak macam ni..
Sementara mak bapak masih hidup, baliklah kampung ziarah mereka, jika takde duit, cerita betul-betul, mereka nak tengok korang depan mata.., sejukkan mata mereka, tapi jika korang sibuk cari harta dunia sehingga lupa ziarah mereka, lupa makan minum mereka, lupa kain baju mereka, lupa kencing berak mereka, lupa ayam itik mereka, maka koranglah yang Nabi cakap, mereka yang celaka kerana tidak mendapat keampunan dibulan Ramadan sebab mak bapak mereka tak dapat manfaat dari anak-anaknya.
Kata korang:, mak, saya tak boleh balik kampung, kerana saya ada masalah kewangan, minyak mahal, tol lagi, lagipun saya kena bayar banyak bil dalam hidup seperti TV astro full package, tiket wayang setiap minggu, yuran gymnasium, bil api tiga phase (sebab rumah korang ada aircond), yuran langgangan Reader's Digest, yuran kelab kereta jelajah Malaysia takde kerja sebab hidup seribu tahun, kelab golf, clubbing dan (isilah perkara yang mak bapak korang tak pernah buat tapi korang buat siap bayar lagi), memang bengong!
6.Ada kerja tambahan sehingga takde masa nak buat amalan sunnat...
Aku hairan kepada mereka yang dah kerja makan gaji, lepas tu buat kerja tambahan dan bangga dengan apa yang mereka buat, bagi aku, jika korang dah kerja makan gaji, tapi kena buat kerja tambahan, maka itu bermakna pengurusan kewangan korang tak betul, yelah, sebab bila korang banyak hutang beli barang mewah yang korang banggakan tapi takde siapa pedulipun, maka dah tentu korang kena buat kerja tambahan, sehingga tinggal solat berjemaah, tinggal kuliah ugama, tinggal kerja dakwah.., apa yang nak dibanggakan?
Balik kerja terus bukak kedai burger, orang azan magrib, korang potong timun, orang azan isyak, korang potong bawang, orang mengaji, korang potong roti, orang berdakwah, korang potong stim, dengan berkata:
“Hamka, salahkah umat Islam mengumpul harta dengan cara yang halal? Bukankah ada hadith: "Beribadatlah kamu seolah esok hari kamu akan mati dan bekerjalah seolah kamu hidup seribu tahun lagi". Bukankah dengan kekayaan kita boleh membela agama kita?, ingat Hamka, bekerjalah kamu seolah olah hidup seribu tahun”
Woi mangkuk, jika korang sedang bekerja atau sedang buat kerja dunia, tiba tiba dengar azan berkumandang, maka segeralah solat bagi wanita dan segeralah ke masjid bagi lelaki kerana korang bekerja di ibaratkan seolah olah hidup seribu tahun, maka boleh buat lain kali, boleh tangguh!, banyak masa lagi daa..,
Tapi oleh kerana korang beribadat macam esok dah nak jadi mayat, maka korang kenalah segera bersolat serta merta, jangan berlengah lagi, nak mampos???... huh! tinggal esok lagi dah nak mampos, tapi masih sibuk besarkan dunia.. oh
Aku ulang: kita dah nak jadi mayat esok, maka kita tidak boleh tangguh sebarang perintah Allah, misalnya jika kita dengar azan, maka kita kena segera ke masjid, untuk solat berjemaah…, dan jika dah memang kita ada peluang untuk hidup seribu tahun lagi, maka kita kena relexs dan bersabar jika kerja dunia tu tak berjaya atau tak menjadi, kerana kita ada banyak masa lagi tu..!!, seribu tahun lagi ape?!!! ..he he he, relekslah brother.. he he he.
Pesan aku, Tak salah buat kerja tambahan, buat overtime, tapi buat bila perlu sahaja, bukan kena buat tiap tiap hari atau jadi ‘terpaksa buat’, yang mana jika tak buat, maka takde duit nak bayar bil, itu yang tak betul.., itu yang jadi kerja 16 jam sehari, ibadat entah ke mana, usahkan masa untuk ibadat sunnat, solat jemaahpun dah takde, kalau datang solatpun tak nampak muka sebab berbungkus kain kapan dan duduk depan sekali sebelum naik kereta mayat..
Tingallah kedai burger, nyam nyam sedapnya makan oblong burger..
7. Kedekut nak mampos.
Zakat yang dibayar hanyalah zakat fitrah, dan sedekahpun biasanya RM seringgit, tapi dalam diri rasa dah banyak bagi pada Allah, maka bila adik beradik susah, atau jiran susah, atau ada fakir miskin mintak tolong, terus ungkit, aku dah banyak bagi sedekah kat masjid, (RM seringgit seminggu), pergi jumpa Along!
Orang kedekut tak ke manapun, duit banyak akhirnya jadi hak waris, badan jadi hak ulat, dan korang masuk neraka, tak ke manapun.
8. Suka bertanya bila gaji nak masuk (bagi mereka yang makan gaji)
Tak salah bertanya, tapi jika gaji masuk 25 haribulan, 26 haribulan, dah bayar hutang dengan semua gaji, kedai burgerpun tak beberapa laku, maka 27 haribulan dah tanya, errr, bila gaji masuk? Tak ke ahli neraka? Sebab jika korang ahli shurga korang akan Tanya, bila zohor nak masuk? Faham!
Akupun tanya jugak pada 22 haribulan, bila gaji masuk?, dan jika mereka cakap, esok lusa masuk, maka aku terus pergi membeli belah keperluan rumah sebab tak nak bersesak sesak dan biasanya sebelum 25 haribulan pasaraya lengang dan barang murah..
Err, gaji dah masuk ke? Bulan lepas punya potongan KWSP tak habis lagi, woha!
9. Marah bila bercakap bab duit.
Aku tak tahupun korang ada masalah kewangan, aku tanya sahaja, “apa kata hujung minggu ni kita pergi berkelah di Pulau Kapas?” terus korang marah kerana anggap aku hina korang yang ada hutang Along, kredit kad, kedai burger tak boleh tutup hujung minggu lau beremosi dengan aku. Marah marah..
Relaklah brother, gua lupa lu ada kedai burger yang kena operasi setiap malam untuk bayar hutang along sebab beli beli barang mewah yang lu banggakan tapi takde siapa pedulipun, ada TV plasma, Astro, tapi tak tengok sebab terpaksa jual burger, siapa peduli? Bodoh lagi apa?
Gua pergi dulu Pulau kapas, lepak homestay sana dua hari, minggu depan nak pergi langkawi pulak.., jangan emosi bro, nanti gua tag gambar gua pergi melancong di singapura dalam facebook lu..
Jangan marah-marah bro, nanti masuk neraka!
Ada masa, kita pergi iktikaf di masjid, apa?!, tak boleh iktikaf sebab takde duit? Bengong!
10. Guna duit raya anak dan tidak berniat nak ganti balik.
Pelik?, lepas raya kenapa lu banyak bawak duit RM seringgit bila belanja?
(Malas nak tulis karangan cerita ini)
11. Takde akaun tabung haji.
Kitaorang mana ada duit nak daftar pergi haji, nanti kitaorang kaya, kitaorang tak mainlah pergi haji dengan pekej murah, kitaorang akan pergi haji dengan syrikat swasta, pekej perdana, RM30 ribu, berkemah dipadang arafah dalam bilik air cond, makan nasi lemak walaupun di tanah arab dan beriktikaf dihotel mewah, sekarang kitaorang takde pendahaluan RM1300, kitaorang tak mampu, lagipun rumah kitaorang ada astro, TV plasma kat dapur dan TV LCD kat ruang tamu, DVD player lagi, sound system surround, mana mampu daftar tabung haji, tayar spare kereta punya rimpun tak sport, (yang lain semua dah sport). Lagipun duit bulan ni nak beli patung bangau betina untuk letak tepi kolam kecik dalam pagar sebab kesian patung bangau jantan yang selama ni sekor sekor duduk tepi kolam, dia kesunyian..,
Haji adalah rukun islam, jika takde niat nak pergi, boleh masuk neraka…, tapi bangau tu kesunyian, Nabi adam dalam syurgapun kesunyian, bila takde Hawa, bangau saya lagilah kesunyian..
(adegan seterusnya terpaksa didelete kerana aku sedang mematahkan leher bangau kesunyiannnya agar tidak kesunyian lagi)
12. Mencuri
Ini memang bengong ganda dua puluh tiga (masukkan soud effect guruh)!, orang yang hutang dengan along ‘lebih baik’ dari korang yang mencuri, aku pernah nampak dalam CCTV seorang wanita bengong yang curi susu anak dalam pasaraya sorok celah kain, harga RM 22 ringgit untuk satu kilogram, susu tu dah jadi haram, anak makan benda haram, dan maka bapak boleh masuk neraka, bodoh!
13.Mintak derma kon nak buat masjid.
Kat Malaysia ni ramai yang mintak derma konon nak buat masjid, tapi rupanya duit tu masuk poket sendiri untuk memiliki barang mewah yang korang rasa bangga tapi nobody care..
Memang masuk neraka!
14:Menipu dalam jual beli.
Contoh: Penipu akan datang pada korang dengan muka manja dan berlagak insan kamil lalu pujuk rayu korang gores satu kad, korangpun sebagai pemuda-pemudi yang menghafal rukun negara, tolak cara baik, tapi penipu tabah lalu buat muka kasihan bagitahu bos dia akan bagi dia 50 sen kat dia sebagai upah jika korang gores, (penipu kena pandai berlakon, semua pelakon menipu dalam wataknya) korang sebagai insan yang baik dan berhati perut mulia pun cepat rasa kasihan, korangpun goreslah.., bila korang dah gores, dia pun akan buat muka terkejut, (pelakon yang berkebolehan melakonkan pelbagai watak)
“wah, cik adik dah menang besar, 1. 5 juta bla bla bla,”
Lepas tu tepon member dia bagitu korang bertuah, lepas tu datanglah bos dia (juga seorang pelakon handalan) puji dan kagum dengan ‘rezeki’ korang, lepas tu korang kena beli barang dia dalam harga RM 3000, baru layak cabutan bertuah hadiah bernilai 1. 5 juta he he he…, member aku yang lurus dan sudah simpan duit nak kahwin, tapi masih cinta dunia dah terkena penyakit wahan.
Lalu beli barang rumah yang tak berguna seperti ‘air cond’ mudah alih (kipas letak air batu) yang mana jika kos asal adalah dua tiga ratus kot tapi dia kena bayar RM 3000, lepas tu bila buat cabutan bertuah dapatlah set pinggang mangkuk tak bermutu.., aku pun tak paham, lebih kurang gitulah member aku cerita.. ish ish ish.. siapa mangkuk dalam cerita ni? siapa yang jadi mangkuk bertingkat dan siapa yang jadi mangkuk hayun?
Pergi masuk neraka!
15.Membunuh orang kaya di dalam kebun
Menculik, memaksa lakukan transaksi wang jutaan ringgit, pukul hingga mati, bunuh, bakar mayat atas zink, dan buang mayat ke sungai.
Korang memang layak masuk neraka! Tak payah cakap banyak.
16.Membunuh diri.
Malas dah nak tulis, akhir zaman ni, dah ada orang islam yang bunuh diri sebab masalah duit, lepas tu masuk neraka, apa punya hampeh daa…
17…. (berhenti minum air kejap)
Arghh, aku mula mula nak tulis sepuluh bab sahaja, tapi masuk nombor 17 ada banyak lagi ilham datang, maka aku stop sampai sini, korang sambunglah sendiri.. aku dahaga..
Akhir kata:-
Tak salah jadi miskin, Nabipun miskin, dan sahabat bagindapun ramai yang miskin, dan orang miskin akan masuk shurga lebih awal dari orang kaya, jadi aku bukan nak cakap jadi miskin itu salah, yang salah bila kemiskinan kita menyusahkan orang, itu yang salah..,

Dalam hadith bagitahu, bilangan orang perempuan masuk neraka adalah 20 nisbah satu, iaitu untuk 20 orang perempuan, satu lelaki akan masuk neraka,
Jika diteliti, orang perempuan memang banyak yang bengong sebab mereka sebenarnya mudah masuk shurga, iaitu jaga solat, akhlak dan aurat, maka masuklah mereka ke dalam shurga, tapi sebab bengong, solat dilengahkan, akhlak buruk, dan tak jaga aurat, maka masuklah 20 orang perempuan itu dalam neraka.
Tapi yang lebih bengong lagi adalah lelaki yang nisbah satu tu.., yang terdiri daripada 17 senarai diatas. memang ngok!
Sekian.
Ps: lain kali aku tulis entry tanda ahli shurga. Sebelum itu, doakanlah agar aku masuk shurga.., dan jumpa korang disana, tingkat lapan, insyAllah.
Bacaan lanjutan: Apa itu rezeki berkat.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
135 comments:
ya allah ampun dosa kami ya allah
wah, lajunya baca, tak sampai seminit aku post
3rd
3rd time post comment, sejak kenal kereta mayat, baca tajuk atas dah goyang dah!
sesuai cerita ni untuk masa ni... baca tajuk terus nak baca.. ermmm.... muda lagi, tak banyak hutang.. terus fikir lepas ni nak berhutang ke tak... PTPTN pon tak bis bayar lagi.. satu-satu.. huhu
siap ader talian tol BPR lagi tu...huhuhu..nice entry tuan hamka
Jaga diri jgn sampai ada tanda2 ahli neraka..
tskut nnti masuk tak keluar2..
Muhasabah2
Assalam.
2 thumbs up bro!
Khalid
Ya Rabb!!
8th. floor please......Amin.
Nafsu nafsu nafsu.
Adeh.
ok. aku terasa bab ziarah org tua tu. aku ngaku aku bajet aku lari kalu balik kampung. lagi satu bab akaun tabung haji. balik ari umrah aritu baru aku tergerak nak bukak akaun. borang dah isi ni, tinggal nak anto je. hehe.
aku baca pun laju ... dah faham gaya bhs cik Hamka, jadi aku pun baca laju jer ..hehe
Insya-Allah, apa yang ditulis disampaikan adalah benar dan memberi manfaat pada semua pembaca itu juga adalah satu ibadah. Mohon saya ambil sedikit (copy) untk dikongsi bersama pembaca lain yer...
Bro Hamka,
Aku bukan takmo byr hutang ptptn, tapi setiap kali aku byr, byr 'kos pentadbiran' yg kosnya 1% sebln. Sethn dah 12%. ce byg kalau aku byr RM200 sebln, sebnrnya aku byr RM150 aje, n baki rm50 (lebih kurang) adalah kos pentadbiran...
hutang tetap kena byr, aku byr la sikit2. sikit2 lama2 jadik gunung berapi!
Ya Allah.. jauhilah aku dr penyakit wahan :)
14 pun ok,selalu 140,heh.
rasanya mohd tu bro hamka kot...
Riba.....
Ya Allah, selamatkan kami dari dosa Riba'
Ya Allah, bantu kami langsaikan hutang kami agar bebas dari riba'
fuhh.. nasib baik aku x jual burger.. aku jual insuran kete je..
http://takaful-am.blogspot.com/
huhu.. sgt berguna untuk perbaiki diri..
minta di copy ye....halalkan
<>
alhmdulillah xde hutang g stakat nie..
thanx atas perkongsian n peringatan...
nauzubillah min zalik...
-__-"
guna duit rayer beli mercun xape kannnn????kasi rayer satu bulan..perghhh
ya,
Assalamualaikum, hadis :
"Kurangkanlah dosa, nescaya kamu akan mudah ketika mati, kurangkanlah berhutang, nescaya kamu akan hidup bebas"
azam nak mati dlm keadaan smua hutang dah selesai, Amin....
p/s : hutang amal yg belum di qada'kan, dan hutang dunia, amin....
doakan ana, dan sama2lah kita usahakan, kejayaan dlm Agama, Taat perintah ALLAH, ikut cara NABI SAW INSYA ALLAH
Assalamualaikum
salam...
terasa jugak bila baca...terima kasih...ada juga niat dihati untuk membuat rumah besar atas niat diwakafkan kepada institusi ilmuan tahfiz etc (since kitaorang xde anak)...kami takut amalan terputus bila mati nanti...doakan semua supaya diberikan hidayah untuk buat yg terbaik semasa hidup dan disudahi dengan penghujung hidup yang baik...
kekadang tu pelik...duit gaji sederhana...tapi tak pernah habis Allah bagi...hutang kredit card tak pernah ada walaupun belanja tinggi lebih dari gaji...tapi subahnAllah adakah ini kesan dari hadith Rasul SAW sekiranya takut papa perbanyakkan sedekah!! sesungguhnya ada kenikmatan di dalam menghidupkan sunnah...
semoga Allah permudahkan kita semua masuk syurga...
"ALLAH SWT berkatkan harta dgn berzakat, ALLAH SWT hancurkan hrta dengan riba"
"Setiap sedekah yg kamu keluarkan, ALLAH SWT akan ganti"
Kitab Muntakhab Al Hadith :
"ALLAH SWT menyukai perbelanjaan,dan bencikan simpanan"
"Setiap simpanan perlulah di zakatkan"
"Sesungguhnya islam itu mudah"
aku tak baca lagi tapi nak komen gak cilakak korang baru kejap keretamayat post dah puluh2 komen hahahaha.
aku tak kira aku nak komen gak. malam karang aku baca. keretamayat pasti marah kalau aku baca blog pjg2 kat ofis hehehehehe.
"Itu belum cerita betapa besarnya dosa bab rumah besar yang menghalang angin bertiup kerumah jiran.., juga boleh membawa ke neraka…"
KALAU RUMAH TERES MACAMANEEE?
terima ksh ats peringatan kete mayat...aku pon hampir terbabas mau semua hebat...maklum le org x pdg kite kalo jln naik moto cabuk, rumah menyewa, dok bersila (sbb dlm umah xde sofa mahal2)...xde tv lcd..astro pon xde...alhamdunillah aku miskin..amin
tahun depan dah habis belajo, mula bekerjo. dok pikir nak pakai moto je sebab nak simpan duit pi umrah dan haji cepat2. kete belakang kira.
Mak pulak tok sabar2 nak suruh renovate rumah. sejak masuk Univ sampe la ni stp kali blk rmh dok ckp hat repair rumah.
Aku dok pikir nak bwk depa pi umrah, haji dulu...ish3
Blh ke hamka?
hutang PTPTN tu bkn sengaja tngguh xnak bayar en hamka, tapi baru keje ekonomi xstabil,kite fresh graduate gaji org bagi ciput je, nk la smpn ckt tuk emergency mak ayah @ adik bradik kt kg, lps ekonomi dh stabil ckt, kite byr la, lps bc post ni, buat aku rasa berdosa n bersalah sgt tang PTPTN tu....
mtk2 aku pnjng umur n sempat hbskn hutang PTPTN sblm jd mayat(makbulkan doa hambaMU YA ALLAH)
1st time komen..
penat 1 mgu tgu n3..
papepun terkesan di hati bab hutang ptptn tu. fuh..
"islam itu mudah, tetapi jangan mempermudahkan islam..."
thanks for the artikel..mohon copy ke blog ye..
syukran
apa tanda ahli neraka..
dosa : -
dosa membawa manusia kepada api neraka. tempat azab yang amat dahsyattt...
dosa menjadi allah murka.. apabila allah murka.. hidup tiada mendapat keredaannya,.. di dunia mahupun diakhirat..
dosa itu meresahkan jiwa yang kudusss... orang yang berdosa bukan sahaja menentang ilahi...... akan tetapi dia juga menentang hati nurani nya..........
jauhilah dosa kerana ianya kan menjdi tanda ahli neraka.. wallahua'lam
pesanan untuk diriku sendiri,,
ada barang mewah tapi semuanya hutang. baik tak payah ada. hahaha!
mujur la saye balik kampung tiap minggu. pasal dekat..sejam setengah je..kihkihih
sib baik aku takde sifat2 spt yg tersebut diatas.. maknanya aku ni baik le kan? ganda dua puluh tiga (masukkan sound effect guruh)!.. ahaks
Pilihlah mana-mana pintu syurga bagi wanita yang jaga 5 perkara - jaga solat,puasa bulan ramadan, jaga aurat, jaga akhlak & taat pada suami.kaum wanita tidak diberat lakukan perkara2 sunat.kaum sejenis hamka yang digalakkan untuk membanyak2 mengerjakan bab2 sunat.so para isteri/ibu rajin dan beri sokongan pada suami/anak lelaki untuk melakukan amalan-amalan sunat.
Astaghfirullahhhh~~~ :(
best..saye suke bace sorang2 pastu cerita kat kawan2..ilmu yang bermanfaat perlu dikongsikan...
mula-mula ingat tak nak tinggal komen.
tapi pasal rumah besar yang menghalang angin tu teringat kat seorang kawan yang rumahnya jadi mcm tu. kesian. pintu belakang rumha dia betul2 dekat ngan pagar umah besar tu...
satu lagi pasal ptptn, aku bayar gak sikit2... tapi, hutang tu makin banyak lak pasal caj pentadbiran... hukhuk...
Assalamualaikum wbt. salam jumaat kpd En Hamka & pembaca blog keretamayat
Alhamdulillah, nie 1st time komen kt sini.
Alhamdulillah, artikel yg baik dan boleh kata memberi kesan kpd ramai org coz ramai yg berhutang termasuk aku sendiri.
"Ya Allah, kau ampunilah dosa2 kami yg berhutang dan Kau kurniakanlah nikmat syurga buat pembaca2 dan penulis blog ini. Amin"
salam ukhwah semua. wassalam
Aku selalu mengikuti Blog Kereta Mayat ni. Bagi aku amat menarik cara tulisan dan penyampaiannya. Banyak yang aku belajar secara tak lansung. Topik kali ini memang kena batang hidung kita orang Melayu yang suka hutang untuk beli benda tak berfaedah.Disini aku nak promote satu web site "Teknik Hafazan Mudah Al Quran Kaedah Jibril"( aku tak pernah pun promote mana-mana website sebelum ini). Panduan ini aku percaya amat berguna untuk kita umat Islam maju bersama Al Quran. Aku rasa dah tiba masanya kita semua perlu belajar Al Quran sepenuhnya dan mengamalkan apa yang dipelajari. Kita umat Islam banyak berlaku kacau bilau, salah keutamaan (contoh hutang beli benda tak berfaedah dsb), mudah putus asa, tak sembahyang di masjid dan lain-lain lagi. Keterangan lanjut klik link berikut: jibril
Syabas sensei,artikel yg agak menarik.. Alhmdlillah,Aku xde htg ngan ptpn,lgi2 la ALONG..hehe
Cool la bro,mereka yg 17 tu memang 'bengong',hakhak..banyak nak kena blajar dari karkun lama ni..hehe
-doakan untuk ummat
Salam En Hamka..
berderau darah baca entry kali ni. (sambil baca, sambil dgr lagu Maher Zain - Always be there.) plus, goosebumps pun ada jugak.
keep up the good work! saya suka cara En berdakwah.
Sama2 berdoa mintak2 Allah pelihara Iman dalam diri.
Amin..
"Barangsiapa keluar untuk mencari rezeki dengan niat supaya tdk jadi peminta-minta, maka dia akan bangkit di padang masyar dlm keadaan wajah bercahaya seperti bulan purnama" - Hadis
Satu rakan seusaha lama bgtau, Hari ni kita p usaha cari rezeki utk tanggung anak bini, itu di kira FISABILILLAH
tp cari rezeki (hrta) utk bermegah2 itu FISABI SYAITAN!!!
rumah tak perlu besar, bukan semua bilik kita nak duduk, makan paling kuat pun 3 pinggan
yg lebih tu tolak la kt org yg memerlukan
"Dalam rezeki kamu, ada hak org lain" - Hadis
"Kalau kamu lihat org kaya yg degil, itu maksudnya ada dlm hartanya hak org lain yg dia tak tunaikan" - Hadis
Nau'zu billah
Kalau nak cepat kaya, banyakkan la bersedekah k
mintk izin copy paste ke dlm blog. trima kasih
Kenapa tengok dompet byk duit RM1? Haha.. Xtahan ayat tuh.. Kesian anak dia.. :)
bes.
menarik.
takut.
aku bukan hidup untuk 1000 tahun lagi kan.
thumbs up Hamka...
best bro...
Cakap pasal hutang piutang ni, teringat pulak pada org yg berniaga yg boleh bayar kali2 ni. Jual kain, jual emas.. kalau beli cash harga rm200, tp kalau nk bayar 3 kali harga akan naik jd rm230. Yg membeli pulak, sanggup berhutang sbb dh bkenan sgt dgn benda tu, smpai ada yg terlupa pulak nk bayar, tp brg dh lama guna.. Ikut perasaan sgt sbenarnya.. Tak ke menyusahkan diri tu?
minta izin share boleh??nanti sy letak link sdr hamka..
syukran atas entry yg bermanfaat ni..
bile nk beli barang yg mahal2 tu ingt2 la org miskin yg xmakan,kutip beras yg tumpah tym agih2 , perut buncit(pelarian afrika)..... apela korg nk jwb depan ALlah nnt..
hp mahal
bj mahal
krete mahal
umah mahal
hand beg mahal
terima kasih atas ingatan. kami dah empat orang anak. pening jugak macam2 nak spend bila buat bajet. kalau tak beringat2 memang duit keluar macam air dengan benda yang entah hapa-hapa.
salam..sekadar teguran dr seorg yg saya hormati bila pos link ke facebook..
"ilmu yg nak disampaikan eloklh dgn akhlak yg baik.Bagaimana ilmu/peringatan tu nak sampai ke hati pembaca kalau disampaikan dgn cara/bhs yg tak berakhlak.Dh byk cth org yg nak b'dakwah tp dgn cara yg kasar tak akan dpt diterima org.Natijahnya org lari dr menerima kebenaran.Jdkan Rasulullah & para Sahabat sbg cth dlm membaiki masyarakat.Wallahua'lam.."
bertaubatlah kita semua sebelum disahkan menjadi ahli neraka
Lipat brader Hamka, jangan tak lipat.. ketawa aku membaca (dh lame dh isu ni dlm hati aku, baru ade org brani sound,hahaha )
Pengumuman: dapatkan rahsia 14 Usahawan Kerajaan & 14 Bisnes Berbeza di http://usahawankerajaan.blogspot.com/
Saya suka Blog Kereta Mayat..
Sesuai dengan peredaran semasa..
PASTI ADA SAHAJA HAMBA ALLAH YANG MENEGUR DAN TIDAK SUKA DENGAN CARA PENDAKWAHAN..
Tetapi, ingin diingatkan manusia akhir zaman semakin tak makan saman dan syaitan semakin bertambah beranak pinak. Kalau berdakwah seperti dahulu, semasa zaman Rasulullah dan para sahabat, alamatnya, blog ni tak laku la weyyyy. Cara Blog ini sangat menarik minat saya untuk membaca kerana sangat2 straight to the point dan kadang2 terkena batang hidung sendiri. Sesiapa yang marah atau tak dapat menerima Blog ini, nampak sangat anda terasa. :) Jadi, bertaubat dan berhijrahlah.. Wallahu'alam.
Nabi menangis kerana ramai wanita mengisi neraka walhal kami kaum yang mudah masuk syurga.
Assalam. Shah yang disayangi...
Berdakwah cari Nabi saw dan sahabat rahum. adalah cara dakwah yang terbaik sehingga Allah swt iktiraf mereka.
Kereta Mayat dan semua kita kena ikut cara Nabi saw dan sahabat rahum. buat usaha dakwah.
Blog-blog ni...tambahan...he..he..
Khalid
Batu Buruk
Ya Rabb.....bantuilah kami faham agamaMu
ape2 aje lah hamka....
Saya suka Blog Kereta Mayat..
Sesuai dengan peredaran semasa..
PASTI ADA SAHAJA HAMBA ALLAH YANG MENEGUR DAN TIDAK SUKA DENGAN CARA PENDAKWAHAN..
aku sokong.bg aku hamka x dikira melampau slagi x lupa diri.korg prasan x tiap kali hamka terkasar bhsa ke apa,msti ada frasa dlm kurungan yg memujuk kita kembali.truskan berdakwah brader!
entry ni the best!! suka baca huraian perkara bengong no.3 tuu..tp kan bro hamka, aku x benci hamba yg utang duit aku tu..aku sabar tahap ke 'infiniti' menunggu dia nak byr balik..'jahat' betol aku ni..taip aku dlm berkias..
salam...
en.hamka, nmpk nye byk gak menyumpah dlm ni, p'kataan 'bengong' tu dah bpe kali di tulis ye..hehe..
tp ak paham, ni nota utk dri sndri, lantak lah nak tulis ape pun kan..:).
ak xabes lg stdy, so xtahu sgt la pasal bebanan hutg hidup ni...
harap2 di permudahkan ALLAH di masa depan. amin...
-na_lin-
haha ... ahli neraka semua tu! ... sob sob .. hrp aku tak masuk dlm golongan tu ..huhu~
salam...
tak salah buat rumah besar...ada rezeki lebih apa salahnya...yang salahnya bermegah dan menjadikan harta yg kita miliki tu beban dan menjadi rantai kepada kita masuk neraka...
klau nak buat rumah besar carik le kawasan rumah bunglow...ingat pesan imam Al Ghazali....nak buat rumah besar make sure jangan lagi besar dari jiran kita...(nak jaga hati)
jangan kita berburuk sangka dengan mereka yang berumah besar...kita tak tau amalan lain yg dia buat hanya Allah yang maha mengetahui...
kalau takut buat rumah halang angin ke rumah jiran...carik lah tanah di atas bukit...
islam itu mudah...dan bila kita ikhlas mencari keredhaannya...insyaAllah akan lebih dipermudahkan...contoh masa tarawikh...sekiranya kita ikhlas mencari kelebihan Ramadhan...23 rakaat + solat malam sampai ke siang kita rasa senaggggg sangat2...subahanAllah...tapi sebaliknya...kalau tak ikhlas...solat subuh 2 rakaat tu pun payah berjemaah di masjid...macam tulah...
nasihat kepada yg baru bekerja...
jangan lah berhutang awal2 (kita ada institusi kewangan islam dan takaful -gunakan sebaik mungkin)kalau hutang awal2 yakinlah...anda akan berhadapan dengan pelbagai masalah dan hilang nikmat berbelanja (kerana Allah)...simpan dulu dah stabil insyaAllah teruskan belanja sekadar yang layak... :-)
yg penting....banyakkan sedeqah..hatta memberi makan kepada binatang sekalipun...yakin dan ikhlas...anda akan merasai nikmatnya...
berbaik sangkalah sesama kita...dan redha...
"Beribadatlah kamu seolah esok hari kamu akan mati dan bekerjalah seolah kamu hidup seribu tahun lagi".
p/s- bukan hadis tapi kata-kata Sayidina Ali
yg lain sumer tak berkaitan cuma satu jer...tak buat akaun dgn tabung haji lagi...nak kena cepat2 buat nih
Salam,
Tuan, pagi ni nak berkongsi dari pembacaan ana dari Kitab Fadhilat Sedekah...
26. "Baginda Rasulullah SAW bersabda bahawa setiap kebaikan adalah merupakan sedekah ; pahala untuk menggalakkan orang lain membuat kebaikan adalah sebanding dengan pahala orang yang mengamalkannya ; dan membantu orang yang bermusibah adalah disukai Allah. [Makasid -ul-Hasanah;Jamius Saghir]
...semoga Allah SWT memberi kekuatan pada kita untuk amalkan.
'Ya Allah, sebarkan rezeki kami diseluruh alam, dan permudahkanlah kami mengambil rezeki itu atas maksud ugama'...amin.
aku rasa aku ada hutang ngan mak bapak aku...hutang kasih sayang dan perhatian...huhu
bila rasa malas menular untuk melakukan ibadah fardu, adakah itu juga tanda ahli neraka?
Tak boleh bela patung bangau untuk lanskap atau apa-apalah betul ke Encik Hamka?
aku bace point je...
jangan marah...
lain kali sambung...insyaAllah..
mn en hamka ni, dh ramai komen, die diam je:-(
jauhkanlah semua tanda2 tu !
mana tak banyak duit RM1, anak2 sekarang pun dah rasa tak glemer kalau guna duit RM1, cukup jer RM10 ditukornya duit kita....naik kembong wallet ayahnya...
nak tukor ngan org kat kedai pun diorang tak nak....lepas raya memang duit terhangat di pasaran RM1 lah...woha...

salam, isi dah bagus
tp penggunaan bahasa xbagus
jikalau Rasulullah masih hidup
nescaya baginda sedih pabila mengetahui begini cara umatnya berdakwah,,tiada hikmah,,tiada qanaah,,kurangkan bhsa bengong, mangkuk dsbgnye,,insyaAllah akn lebih sng membuka hati manusia,,
Assalam.
OK what!!...mangkuk, bengong...hikmahlah tu! Aku suke sangat, terasa sampai ke tulang sum-sum.
Mungkin...aku punya hati ni gelap sangat, kalau bahasa-bahasa standard tak terasa apa-apa, bila kena bengong dan mangkuk atas kepala hidung sendiri, baru ada ummph!!...ada kick!
Bonafide
Khalid.
P/s: Rasulullah saw pasti dan pasti sedih jika baginda hidup lagi dan melihatkan masjid-masjid kosong, perempuan-perempuan sekarang,anak-anak muda sekarang... banyak lagi perkara-perkara yang akan menyedihkan baginda saw sebelum dia nak baca blog ni dan beri komen tak hikmah tulisan Hamka....Sekurang-kurangnya Hamka berusaha dan berani tulis blog agama sebegini. Kita...? he..he.. Bersyukurlah dengan apa yang ada....Woha!
bangau oh bangau kenapa engkau kurus.. haahahha..
kewl bro.. :) keep up.. smoga saya bukan ahli neraka.. heee
huhu..taon ni xdpt balik raya jmpa mak sbb dh 5 bln xkerja.ckp ngan mak insyaALLAH dh krja nnti balik ziarah mak..paling sedih bila mak ckp insyaALLAH pjg umur kita jmpa & kirim duit sbb ksian anak tgh susah..huwaaaaa
err..rmhku xdak astro..tv pun tadak
-petot-
salam..
Hamka.. ko memang mangkuk tingkat!!
sedih taw, rasa termangkuk diri sendiri.. antaranya
1. Ptptipu ahak!
2. Pinjam duit kawan.. (selalu lupa nak bayar..Woha!)
venciKK baca blog mangkuk hamka nie..!!
-pinggan jer
Ada amalan insyaAllah jika dilakukan akan berkat rezeki:
1) Solat sunat dhuha tiap2 hari
2) Baca SurahAlWaqiah tiap2 hari
3) Tiap2 hari/bulan bersedeqah-Allah akan ganti semula sedeqah kita tu
4) Solat awal waktu dgn berjemaah bagi lelaki
5) Baca doa Allah langsaikan hutang
Allahumma akfini bihalalika an haramki wa agnini bifadlika amman siwak
6) Doa Allah bagi sifat qanaah,kaya hati syukur dgn apa yg ada,sabar dgn apa yg takde
saye minta share ye.. tq
Sifat nafsu manusia yg akan rasa inferior/hina kalau org lain nampak lebih kaya/pangkat/cemerlang/berjaya.Sebab tu dia akan usaha nak dapat spt mana org lain dapat.Hati takde rasa cukup/qanaah berpada dgn apa yg ada.Bila kemahuan lebih dari kemampuan itu yg jadi perbelanjaan melebihi pendapatan.Bila xcukup terpaksa lebihkan masa cari duit sampai takde masa nak ngaji,duduk majlis agama,takde duit nak sedeqah,pergi umrah/haji sbb duit dah guna untuk berlumba mewah dgn org lain. Sebab tu Allah kata kamu berlumba2 untuk dunia tapi Allah mahu manusia mencari pengampunan & syurga.Rezeki yg berkat apabila semakin Allah beri rezeki pd sesorang semakin bertambah amal agama&ketaatan dia pada Allah. Moga2 Allah golongkan kita dari kalangan org diberi keberkatan dalam rezeki.Rezeki bukan tgk dari duit aje,kesihatan yg baik dpt amal agama,anak2 yg taat juga rezeki.Jgn lupa beri duit pada ibubapa tiap2 bulan walaupun mereka tak minta sbb Allah akan ganti.Ada sorang hambaAllah tu dia beri ibubapa dia RM1000 sebulan gaji dia pun xle byk sgt rm3-4k aje. Allah ganti semula dgn cara yg Dia kehendaki dia takde hutang kad kredit/hutang peribadi malah boleh simpan duit lagi pegi umrah etc.Dia berkorban tak pakai kereta mewah demi nak beri elaun pada ibubapa dia.
lambatnya tuan hamka menulis entry yg baru...tulis la lagi..menanti.
mohon izin copy n share
menarik2 syukran jazilan Hamka. Mg lepas dalam Halaqah Tentang Dajal (panel: Dr Danial) so klau ukur dgn situasi skarang nampak macam penipuan dajal sdg berlaku sedikit demi sedikit. Yg benar jd salah dan yg salah jd benar. dan mungkin sbb itu jugalah mereka x sedar yg mereka mempunyai Tanda Tanda Ahli Neraka. نعوذ بلله .
Salam,
En Mekar,
"writer's block part 5 please!!!"....oh!
tq. anon rev1
(sengih sengih macam kerang wangi)
kite perasan dalam entri ni, patung bangau salu jadi "mangsa" hehe.
p/s-thanks for reminding us ;)
carilah cahaya
@ameera azahari
couple haram sebab menjerumus kepada zina.. kalo taknak haram mudah je.. suruh BF dating kat rumah ditemani mahram/parents..
sebaiknya nikah terus je, bila nikah..setiap perbuatan suami isteri dapat pahala..
terima kasih kepada yang komen, yang suka, yang tak selesa..
selamat hari jummaat..
minggu ni aku perasan sibuk, so, email dan komen tunggu minggu depanlah aku balas, ..
insyAllah..
: )
couple budak sek rendah pun dah ada..apa lg yg tua cam Ameera Azahari.Hamka,kami bukan buat apa pun..cari inspirasi je...
kami tak buat apa-apapun, cuma menghampiri zina, lagipun sekolah untuk ibu mengandung dah bukak, kat sana banyak inspirasi tamingsari.
aku pengkomen ke 100, sila kagum dari jauh
sy pengomen ke 101 yessss:-)
salam...hamka ni rupenye junior akaq mase kat ums??thanks sbb sudi comment kat blog akaq..ambik kos ape dl?
Nway, salam perkenalan.
Hamka tak setuju la dgn sek mengandung kat melaka tu.. tu sorang murid 12 thn jwb makna simpl bahsa 'bpeluk tubuh'ialah mlm pertama..cubala hamka bg idea yg lebih bernas nak tangani gejala tu.. apa la nabi buat time resah gelisah cam aku ni..
semuanya dh tertulis dlm al-Quran, kita hanya siap sedia masuk dalam keranda...kerata mayat dah lama tunggu.
nice one!!..
terasa cam kena lempang kuat2 jek bila bca entry nie..heheh
mintak izin share yek..:)
hopefully tanak la jadi anak-anak yg tak ingat mak bapak cam yg dalam drama-drama tuh...menakutkan bila fikir hidup di dunia tak aman,akhirat lagi la jahanam...;(((((
Ikut tanda2 yg dinyatakan ramai le yg jadi ahli neraka .. bila le iman Mahadi nak keluar nak selamat dunia ini
dgn moto buruk aku round kg,jumpa duri tepi jalan aku buangkan..org nampak dan bekenan kat aku yg katanya dah buat kbaikan..rupanya org tu pun x bley harap jugak..sama cam aku yg tgh keliling kg mencari ketenangan nenurunkan pedang yg tgh mencanak ni.. susah rupanya nak melawan nafsu sendiri ni..oh.
assalamualaikum..bro hamka..dan rakan-rakan yang lain.aku nak tanya mcm mana cara untuk atasi problem ni.ok..camni..let say kita ada pinjam duit , berhutang dan tak habis bayar,tup..tup..lost kontek.dah berusehe carik tak jumpe.orang tu dah pindah dan tak dapat dihubungi.pastu kita nak bayar jugak camne ye?ada yang bagi tau aku kite boleh niat sedekah untuk org tu sebanyak mana hutang kita kat dia.apa pendapat kamu semua?
emm..yah. kita semua perlu berubah.
puteri bonda
aku kagum!
-----------
MadianiMamat
Kau salah orang, aku belajar tak tinggi..
-------------
zuraida
idea dah pernah tulis, tapi lupa entry mana? Oh..,
----
wakaf al-quran
kan?
-------------
YanTie AhMad
Kena lempang, bukan kena pijak perut, hantuk ke dinding, dan seret ke kubur?
-------------
kacang berkeju
salam.
Kau baca kisah tiga pemuda dalam gua yang terperangkap, aku dah tulis
----------------
abrablog
berubah jadi mayat..
setakat ni ak hutang ngn ptptn, fresh graduate, gaji pun ckup2 je, mcmne ni.. tulun2, bkn xnk byr, tp....
Assalamualaikum.
Menjadi tugas dan kewajiban setiap muslim untuk tegur menegur dan ingat mengingati antara satu sama lain, melalui pelbagai medium.
Teguran dan ingatan ini amat bermakna buat kita semua. tak payahlah nak ber-emo pulak, atau nak marah tak tentu pasal. Dah memang caranya gitu, tengok nama blog pun dah cukup gayat.
Ya Allah, jauhkan kami dari hutang yang tak berbayar, atau hutang yang membuahkan riba.
TQ
Assalam.
Touch down 115...sesungguhnya Allah swt suka yang ganjil.
Berapa banyak tanda ahli neraka yang ada pada diri kita?
(Iklan)
Opick: TOBAT
Berapa dosa kau buat..
Berapa kali maksiat..
Ingat-ingat sobat ingatlah akhirat..
Cepat ucap..astagrfirullah hilazim
Sesungguhnya Allah swt suka mereka yang mensucikan dirinya...
Jangan putus asa.....
Itu tanda pun dari Allah....
Allah swt yang Maha Penyayang dan Maha Pengasih amat sayang dan kasih pada kita beb....sangat-sangat sayang dan kasih!
Yakinlah!!!!...kerana tu dia beri kita sedar kebobrokkan diri kita sebelum kita naik kereta mayat! Woha!
115%
en. hamka i miss ur latest entry, post something please:-)
addicted to ur blog now:-(
salam,
bro Hamka aku hampa!!!
dah 11hb ni...N3 "writer's block part 5,6,7.."
tq
anon rev2
berhenti minum air kejap? oouuhhh.... takutnyer.....
tu entry tahun 2006 klu tak silap la..punya la minat, yg lama pun aku dok baca..bagus, bahasamu banyak menginsafkan aku..Anonymous tu kena byk sabar..hamka tu tgh dok berilham lg tu..sbnrnya aku pun tertunggu2..dah berjanggut ni..
DOSA : merupakan syarat untuk mengesahkan anda sbg warganegara neraka & bukti yg sgt jelas menunjukkan anda tidak berminat kpd syurga...
Ya Allah... lindungilah kami semua drp kepanasan api neraka mu...
sebahagian ulama mengatakan:
"orang kaya yang bersyukur adalah lebih utama berbanding orang miskin yang bersabar"
Dan terlampau banyak doa doa dari nabi kita yang mohon untuk dijauhkan dari kemiskinan.
Dan sahabat sahabat nabi turut ramai yang kaya.
nurul afiza
mereka yang ada niat nak bayar, insyAllah, akan ditolong oleh yang Maha Kaya
------------
Admin P@P
TQ
----------
Abu Humaira
((Dan terlampau banyak doa doa dari nabi kita yang mohon untuk dijauhkan dari kemiskinan.))
Mana sumber? Aku ada sumber Nabi berdoa untuk hidup dalam miskin, mati miskin, dan bergaul dengan si miskin.
((Dan sahabat sahabat nabi turut ramai yang kaya.))
Ya! Abdul Rahman, ahli shurga, 10 sahabat utama, masuk shurga merangkak, di mana kita?
haha XD saket perot aku baca . salah satu pendekatan kearah kebaikan cara hamka . memang best dan bermotivasi . ayat 'nobody care' tu yg tak tahan tu . haha . XD 'thumbs up' .
tapikan..
solat dah buat, puasa dah buat, zakat dah buat, haji gak dah buat, tapi tak lepas dengan soalan nungkar nangkir " Siapa Tuhan kamu"
takda soalan pasal amal ibadat..
soalan kedua "siapa imam kamu"
Itulah pentingnya awal agama mengenal Allah... dah kenal Allah barulah Allah perintahkan beramal ibadat..
belum disuruh buat dah buat...camana tu
http://www.youtube.com/watch?v=miJEp6qTu-U
la la la
salam.
dear princess,
nice name.good try.
:"and mix not truth with falsehood, nor concealed the truth while u know (the truth)." -{2:24}
(why the need to tarnish other's integrity?)
:islam= treat others as u would like to be treated by others.
sabda nabi saw;
"janganlah kamu sekalian dengki-mendengki,jgn putus-memutuskan silatur-rahiim, jgn benci-membenci, jgn musuh-memusuhi, tetapi jadilah kamu sekalian sebagai hamba-hamba Allah yg. bersaudara sebagaimana yg. diperintahkan oleh Allah ke atas kamu."
:{41:34,35}#
---------'judges' around;
: the 'kebijaksanaan' mentafsir dikagumi.
- lets du'a to Allah; dikurniakan 'solid' ketajaman mata hati agar bisa adil, bijak, tepat dalam menghalusi serta merumus situasi.
: be a 'FAROUQ'; able to distinguish, see and define clearly mana perkara haqq mana anasir batil. -{49:6,12}
- lets du'a agar Allah swt melindungi semua diri dari kezaliman org2 yg. durjana serta dari kelemahan org2 yg. boleh dipercayai.
*** suka; dhani ahmad.
*** cinta; alfarouq umar alkhattab (ra).
:{24:11}.
best regards,
barakAllahufeekum.
...............................................
(anak ummi).
salam.
untuk renungan;
--- dewa (bilang),"satu".
..................................................(anak ummi).
muhasabah untuk diri...
salam bro hamka..nice post..hmmm..boleh x saya nak mintak keizinan bro hamka tuk izinkan saya ambil post ni tuk dikongsikan bersama..harap bro hamka sudi..
time kasih sbb post tajuk ni....insaf2..
sib baik aku takde sifat2 spt yg tersebut diatas.. maknanya aku ni baik le kan? ganda dua puluh tiga (masukkan sound effect guruh)!.. ahaks
Aku selalu mengikuti Blog Kereta Mayat ni. Bagi aku amat menarik cara tulisan dan penyampaiannya. Banyak yang aku belajar secara tak lansung. Topik kali ini memang kena batang hidung kita orang Melayu yang suka hutang untuk beli benda tak berfaedah.Disini aku nak promote satu web site "Teknik Hafazan Mudah Al Quran Kaedah Jibril"( aku tak pernah pun promote mana-mana website sebelum ini). Panduan ini aku percaya amat berguna untuk kita umat Islam maju bersama Al Quran. Aku rasa dah tiba masanya kita semua perlu belajar Al Quran sepenuhnya dan mengamalkan apa yang dipelajari. Kita umat Islam banyak berlaku kacau bilau, salah keutamaan (contoh hutang beli benda tak berfaedah dsb), mudah putus asa, tak sembahyang di masjid dan lain-lain lagi. Keterangan lanjut klik link berikut: jibril
salam... tak salah buat rumah besar...ada rezeki lebih apa salahnya...yang salahnya bermegah dan menjadikan harta yg kita miliki tu beban dan menjadi rantai kepada kita masuk neraka... klau nak buat rumah besar carik le kawasan rumah bunglow...ingat pesan imam Al Ghazali....nak buat rumah besar make sure jangan lagi besar dari jiran kita...(nak jaga hati) jangan kita berburuk sangka dengan mereka yang berumah besar...kita tak tau amalan lain yg dia buat hanya Allah yang maha mengetahui... kalau takut buat rumah halang angin ke rumah jiran...carik lah tanah di atas bukit... islam itu mudah...dan bila kita ikhlas mencari keredhaannya...insyaAllah akan lebih dipermudahkan...contoh masa tarawikh...sekiranya kita ikhlas mencari kelebihan Ramadhan...23 rakaat + solat malam sampai ke siang kita rasa senaggggg sangat2...subahanAllah...tapi sebaliknya...kalau tak ikhlas...solat subuh 2 rakaat tu pun payah berjemaah di masjid...macam tulah... nasihat kepada yg baru bekerja... jangan lah berhutang awal2 (kita ada institusi kewangan islam dan takaful -gunakan sebaik mungkin)kalau hutang awal2 yakinlah...anda akan berhadapan dengan pelbagai masalah dan hilang nikmat berbelanja (kerana Allah)...simpan dulu dah stabil insyaAllah teruskan belanja sekadar yang layak... :-) yg penting....banyakkan sedeqah..hatta memberi makan kepada binatang sekalipun...yakin dan ikhlas...anda akan merasai nikmatnya... berbaik sangkalah sesama kita...dan redha...
Tersentak. Alhamdulillah takdir aku membaca sesuatu yg patut jadi asbab kpd diriku untuk memperbaiki diriku ini...
aku ada masukkan entry ini dalam buku KAMAR SUTERA, :)
Post a Comment