Oct 19, 2010

Betul ke kita ni Ummat terbaik?

(Kisah aku di bawah kipas dan lampu sedang memandikan keretamayat sambil menunggu mayat doctor dan mayat jurutera dimandikan…)

Masa aku budak budak, bila pergi surau, (ciri budak riang ria yang beriman di akhir zaman), lalu setelah penat bermain dan bergurau bersama rakan sebaya ketika orang dewasa sedang solat, dan sebaik imam duduk tahiyat akhir, maka akupun terus duduk tahiyat akhir bersama mereka di saf paling belakang, lantas turut menyempurnakan rukun tiga belas solat, dan setelah memberi salam bersama dengan jemaah yang lain.., lalu pakcik pakcik surau melihat aku dengan pandangan kagum dan mungkin sempat berangan aku menjadi menantu, maka akupun mengkumat kamitkan mulut seperti orang yang hebat berzikir..,

Lepas solat, dalam kepenatan bermain ketika jemaah sedang solat tadi, terdengar ustaz berceramah tentang betapa beruntungnya menjadi Ummat kepada Nabi akhir zaman, iaitu Nabi Muhammad SAW,

“Ini adalah kerana kita ni adalah sebaik baik Ummat, the Best Ummat, Ummat Terbaik, yang mana bila mati, masuk shurga lebih awal dari seluruh ummat Nabi lain,” Kata Ustaz A sambil menggosok perutnya yang buncit.

Akupun rasa best semacam.., dan cerita ummat terbaik hanya berlegar sekitar masuk shurga awal, dan nikmat nikmat dalam shurga, habis ceramah, kehidupan diteruskan macam biasa, kerja, makan, tangkap ikan, tidur, berak, tengok TV, main bola, dan pergi surau dengar ceramah yang berbeza beza tajuknya.., jadi kat mana kehidupan yang menggambarkan kita ni adalah ummat terbaik?

Habis ceramah malam tu, dan ketika tengok TV hitam putih di rumah Ustaz yang antara penduduk awal ada TV, terlihat filem Bujang Lapok, lakonan P Ramlee, Aziz Satar dan Sudin yang duduk rumah sewa berkongsi bilik air, yang mana di waktu pagi mereka kena beratur untuk mandi, ketika itu tergambar kisah Ummat terbaik di benakku yang bila mati masuk shurga awal dari semua ummat lain, boleh potong ‘que’, tapi aku tertanya Tanya: apa yang bestnya ummat ni sampai mendapat layanan istemewa dari Tuhan?

Aku tengok Ummat ni hidup macam biasa, pagi-pagi pergi kerja, makan, tangkap ikan, tidur, berak, tengok TV, main bola, bersetubuh dengan bini dan pergi surau dengar ceramah yang berbeza beza tajuknya.., jadi kat mana kehidupan yang menggambarkan ummat terbaik?

Sedangkan umat lain ada yang beribadat beratus tahun, ada yang boleh jalan atas air, ada yang boleh terbang, ada yang sujud sehingga batu melekuk, ada yang makanan keluar dari celah jari sebab lama berzikir, tapi kenapa mereka masuk shurga lambat?, berbanding dengan ummat yang hidup macam biasa, pagi-pagi pergi kerja, makan, tangkap ikan, tidur, berak, tengok TV, main bola, bersetubuh dengan bini dan pergi surau dengar ceramah yang berbeza beza tajuknya.., apa yang best sangat dengan amalan ummat ini?

Rupa-rupanya, jawapan ada dalam Al quran, Ustaz yang ada TV hitam putih tu tak cerita habis (atau aku yang tertidur waktu ustaz cerita-sangka baik)

Jadi kali ni aku nak terangkan kepada mereka yang tertidur ketika ustaz ceramah, atau kepada mereka yang langsung tak datang surau waktu kecik sampailah sekarang akan kenapa kita masuk shurga awal dari ummat lain..,

(masukkan elemen muzik soundtrack dari filem JAWS kat sini)

******

Ceritapun bermula…

Seorang Raja yang masuk ke dalam istana barunya, lalu mendongak di ruang balai mengadap, maka terlihatlah di atas kepalanya, tergantung kipas syiling dan lampu-lampu..

Sebagai seorang Raja, beliau patut murka kepada benda yang dimuliakan begitu tinggi, sehingga lebih tinggi dari batu jemala baginda, tapi Raja tidak marah?

Kenapa Raja tidak marah kepada lampu dan kipas yang berada lebih tinggi dari kepala jemala seorang Raja?

Jawapan: Kerana kipas dan lampu itu membuat ‘kerja’ masing-masing, iaitu kipas ‘bekerja’ (berputar) memberi kenyamanan kepada Raja, dan lampu ‘bekerja’ (bercahaya) memberi cahaya kepada Raja…

Tapi cuba bayangkan, jika kipas dan lampu itu tidak berfungsi, ‘on’ suis banyak kali, kipas tak berpusing jugak, lampu juga tidak menyala, maka bukan Raja sahaja yang Murka, korangpun akan marah pada lampu dan kipas yang kita letak tinggi tinggi tapi tak buat ‘kerja’(tak beroperasi)

Maka apa akan kita buat kepada kipas dan lampu yang tidak ‘bekerja’? tak beroperasi? Dah tentu kita turunkan dia dan buang dalam tong sampah? Lalu mengganti dengan kipas dan lampu yang baru…

Moral, kipas dan lampu atau apa sahaja, adalah tidak layak berada di atas jemala kita, sebaik sahaja kipas tu tak berfungsi sebagai kipas, dan ketahuilah bahawa, orang bengong sahaja yang gantung kipas rosak dalam rumah!

Dan kipas yang terbaik, bukannya kipas yang cantik di kedai kipas, atau mahal, atau antic, tapi kipas yang terbaik adalah kipas yang digunakan oleh orang ramai, sehingga orang ramai mendapat manfaat dari bilah bilahnya..

Sekarang faham tak bagaimana nak hubungkan antara kipas terbaik dan ummat terbaik?

Jika masih slow, aku bagi contoh lain:-

Ok, sekarang aku nak tanya, bilakah seorang doctor itu layak mendapat gelaran sebagai seorang doktor yang terbaik?

Adakah waktu doctor itu lulus cemerlang dalam ujian kedoktororan?, atau waktu mendapat sijil kepujian 4 pointer dalam peperiksaan? Sehingga digelar perlajar elit yang "cream", atau berjaya mengharungi housemanship dengan jayanya?! Adakah begitu?!

Tidak!, Doktor tidak menjadi doctor terbaik ketika mereka belajar ilmu kedoktoran, (walaupun mungkin mereka pelajar terbaik), sebaliknya Doktor akan menjadi doctor terbaik adalah apabila mereka membuat ‘kerja-kerja’ kedoktoran, iaitu apabila mereka ‘terjun’ ke dalam masyarakat, dan menggunakan ilmu kedotorannya untuk menyelesaikan masalah penyakit masyarakat sehingga masyarakat mendapat manfaat dari ilmu kedoktorannya, maka ketika itulah seorang doctor itu layak mendapat gelaran sebagai seorang doktor yang terbaik!

Faham?

Contoh lain, bilakah seorang Jurutera itu layak mendapat gelaran sebagai seorang Jurutera yang terbaik?

Adakah waktu Jurutera itu lulus cemerlang dalam ujian peperiksaan sehingga mendapat anugerah Dekan? Atau ada sijil berdaftar dari Lembaga Jurutera Malaysia yang mencukupi syarat sebagai jurutera professional? Adakah begitu?

Tidak!, Jurutera tidak menjadi Jurutera terbaik ketika mereka belajar ilmu kejuruteraan, (walaupun mungkin mereka pelajar terbaik), sebaliknya Jurutera akan menjadi Jurutera terbaik adalah apabila mereka membuat ‘kerja-kerja’ kejuruteraan, iaitu apabila mereka ‘terjun’ ke dalam masyarakat, dan menggunakan ilmu kejuruteraanya untuk menyelesaikan masalah teknikal masyarakat sehingga masyarakat mendapat manfaat dari ilmu kejuruteraanya, maka ketika itulah seorang Jurutera itu layak mendapat gelaran sebagai seorang Jurutera yang terbaik!

Jadi balik kepada tajuk asal, bilakah suatu Ummat itu, layak mendapat gelaran sebagai Ummat yang terbaik?

Adakah waktu Ummat itu belajar ugama? Dengar ceramah? Menadah kitab? Hebat berzikir? Membuatkan mereka menjadi Ummat terbaik?

Jika begitu, apa lebihnya Ummat ini berbanding Ummat terdahulu? Ummat terdahulupun belajar ugama dan beribadat, malahan lebih hebat dari ummat akhir zaman, maka di mana hebatnya kita?

Adakah kerana kita berpolitik meluaskan sempadan pemerintahan menjadikan kita ummat terbaik? Ummat terdahulu lagi hebat berpolitik meluaskan sempadan sampai terkorban nyawa, maka di mana hebatnya kita?

Jawapan ada dalam Al quran wahai tuan tuan dan puan puan yang dimuliakan oleh Allah Subhanahuwataala sekalian, yang mana suatu Ummat, tidak menjadi Ummat terbaik ketika mereka belajar ilmu ugama, (walaupun mungkin mereka pelajar terbaik, hafal hadith, pakar Masail, halal haram meniti dibibir), sebaliknya Ummat akan menjadi Ummat terbaik adalah apabila mereka membuat ‘kerja-kerja’ Ugama, iaitu apabila mereka ‘terjun’ ke dalam masyarakat, dan menggunakan ilmu ugamanya untuk menyelesaikan masalah Ummat sehingga masyarakat mendapat manfaat dari ilmu ugamanya, maka ketika itulah suatu Ummat itu layak mendapat gelaran sebagai Ummat yang terbaik!

Faham?

Apa kerja ummat terbaik?

"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah SEBAIK-BAIK UMAT yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu MENYURUH BERBUAT SEGALA PERKARA YANG BAIK DAN MELARANG DARIPADA SEGALA PERKARA YANG SALAH (Berdakwah) serta kamu pula beriman kepada Allah "

(Aali Imran 3:110)

Jadi, aku dan korang menjadi umat yang terbaik bukanlah di atas dasar kerana kita ni umat Nabi Muhammad semata-mata, tapi kita menjadi sebaik baik ummat adalah apabila kita membuat kerja yang memberi faedah kepada manusia didunia dan akhirat, iaitu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah,

Inilah kerja Ummat terbaik, dan inilah fungsi ummat terbaik..

Ingat!, kipas yang tak berfungsi, adalah tidak layak duduk ditempat tinggi, dan patut dibuang dalam tong sampah, begitu jugak Ummat yang tak ‘berfungsi’, tak layak mendapat kedudukan sebagai Ummat terbaik dan patutlah tuhan sediakan azab yang keras kepada mereka yang mengabaikan kerja-kerja kenabian ini.., oh!

Oleh yang demikian, berdakwahlah sebagaimana Nabi berdakwah kerana ummat terdahulu, mereka tidak mendapat anugerah kerja ini,

Dulu, bila Nabi wafat, Allah lantik Nabi lain buat dakwah, lepas Nabi lain itu wafat, Allah lantik pula Nabi lain, begitulah seterusnya sehingga tiba ke zaman Nabi terakhir yang tidak ada Nabi lagi selepas ini, kenapa?

Kerana ummat yang terbaik adalah Ummat yang menyambung kerja kenabian.., pernah zaman firaun, ketika Allah perintah Nabi Musa Berdakwah kepada Firaun, Maka Nabi Musa mintak Harun sepupunya untuk menemani baginda bertemu Firaun, maka Allah melantik Harun menjadi Nabi terlebih dahulu, barulah layak berdakwah kepada Firaun, sedangkan Sahabat Nabi, dengan gelaran Ummat terbaik, mereka semua diberi kehormatan membuat kerja kerja kenabian tanpa perlu dilantik menjadi nabi.

Jadi balik bab masuk shurga awal, Ummat dulu tentu tak marah kepada ‘kipas yang duduk tinggi jika kipas tu buat kerja’, kan?

Tapi tentu pelik jika kita setakat pagi-pagi pergi kerja, makan, tangkap ikan, tidur, berak, tengok TV, main bola, bersetubuh malam jummat dan pergi surau dengar ceramah yang berbeza beza tajuknya, lalu kita claim kita ummat terbaik dan perasan bila mati dapat masuk shurga awal dari ummat terdahulu, sedangkan kerja menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah tidak buat, pelik?

Kalau yang buatpun, setakat email forward, tulis blog dan tulis Facebook cerita ugama dan anggap sudah memadai menyambung kerja Nabi lalu perasan bila mati dapat masuk shurga awal, memang hampeh!

Akupun tak boleh lama disini, sebagai keretamayat, tak kanlah aku nak panaskan injin kereta dan basuh bagi kilat jer hari hari sambil update blog, aku kenalah buat kerja sebagai sebuah keretamayat,

Jika tidak.., aku tak layak mendapat gelaran sebagai kereta mayat yang terbaik kerana kereta mayat tidak menjadi kereta mayat terbaik ketika parking dalam garaj dimasjid, sebaliknya kereta mayat akan menjadi kereta mayat terbaik adalah apabila kereta mayat membuat ‘kerja-kerja’ kemayatan, iaitu apabila kereta mayat ‘terjun’ ke dalam masyarakat, dan menggunakan ilmu kemayatannya untuk menyelesaikan masalah bau busuk masyarakat mayat sehingga masyarakat bakal mayat mendapat manfaat dari ilmu kemayatan kereta mayat, maka ketika itulah kereta mayat itu layak mendapat gelaran sebagai seorang kereta mayat yang terbaik!

Aku pergi dulu, sebab dengar cerita, korangpun dah jadi mayat, dah tentu orang lain mandikan mayat korang, kafankan, aku disini tak sabar nak hantar mayat korang ke kubur, sampai kubur dah tentu orang lain tanam, aku pergi dulu, nak isi minyak jap..., nak ambik mayat orang yang paling korang sayang pulak..

Ok, jumpa nanti lepas mayat korang dah mandi.

Chow!

Ps: Aku, jika tak dapat gelaran keretamayat terbaik, dapat gelaran tokoh Maal Hijrah pun ok gak, woha!

(Eh, kenapa kipas bilik aku dah tak hidup ni?)

72 comments:

Hamka said...

Tak Kira Kampung Atau Kota
Semua Akan Naik Kereta
Kereta Mayat Warna Putih
Boleh Membawa Kita Ke Kubur

Pong Pong Pong Pong Pong Pong Pong
Kereta Mayatku Berbunyi
Marilah Imam Mari Jiran
Mari Menghantar Kita Ke Kubur

Aku first!

woha

Nurul Syuhada said...

seken...nice entry again sirr..!!

Wan said...

KM
btl ke sejarah zaman batu adalah suatu penipuan??

animkechik said...

en. hamka.. nice entry.. smg sentiasa menulis utk kami yg x brape b'ilmu nie bc. tq..

Mahadaya said...

Menurut al quran, Firaun suruh Haman bakar tanah liat buat bangunan tinggi sbb firaun nak tgk tuhan nabi Musa. Orang Egypt buat piramid guna batu gunung yg dipahat bukan guna tanah liat. Ini jelas menunjukkan bhw Firaun tiada pengetahuan bina piramid. Siapakah Firaun? Beliau adalah raja di Mesir dan ibukotanya Madinah. Ini bermaksud nabi Musa lahir di tanah Arab dan kitab taurat sudah semestinya di turunkan di dlm bahasa yg sama dgn al quran. Manusia kini kebanyakan mengagungkan bangsa Firaun dan meninggalkan firman2 tuhan di dlm al quran. http://mahadaya-asalama.blogspot.com

Nadia Abdullah said...

salam..saya pon sama ngn wan..boleh x en hamka ulas isu berkenaan zaman batu yg skrg ini heboh di fwdkn dlm FB..time kasih

Entry yg baik

Hashira Yusoff said...

zaman skunk ni bnyak sgt dugaan untuk umat Muhammad SAW..

berbanding dgn zaman dulu yg x byk kem0denan..


skunk ni pegi mne2 p0n ade mksiat even dpn lappy skali p0n.

dats y Allah bg ganjaran lebih kpd ummat akhir zman c0mpare dgn umat yg sblumnya..yg beribadah beribu2 tahun.

mcm tu la yg sy tau..T__T

tina said...

tak merasa kot aku naik keretamayat?
rumah nenek aku dekat je dgn tanah kubur. org usung je rasanya. harap-harap mayat aku xberat & menyusahkan adik-beradik yg mengusung. amin.

tina said...

eh sori, salah.

tak merasa kot aku naik keretamayat?
rumah nenek aku dekat je dgn tanah kubur. org usung je rasanya. harap-harap mayat aku xberat & TAK menyusahkan adik-beradik yg mengusung. amin.

kaliPertama said...

Salam Sajehtera,izinkan saya masuk tanpa diundang.
Harap contoh saya kemukakan dapat menambah kefahaman tentang 'ummat terbaik'. Saya dengar dari orang tua2, selalunya kita beli lembu utk pelihara supaya dapat susu. Selagi mana lembu berfungsi mengeluarkan susu, dia akan dipelihara dengan baik. Bila tiba hari susu lembu dah kering, maka Tuannya akan bertindak sembelih lembu tadi.Datanglan si penyembelih dengan parang tajam siap untuk penggal leher lembu. Tiba2 si lembu mula keluarkan susu, berfungsi kembali seperti yang sepatutnya... Tuan dia pun cepat2 batalkan hasrat potong leher lembu. Begitulah ummat ini apabila tinggalkan tugas sebagai ummat terbaik, musibah dan kerugian akan datang kepada kita. Jika kita kembali kepada kerja asli kita (ajak manusia kpd kebaikkan)... maka Allah swt pasti akan pelihara kita. Marilah sama2 taubat dan istighfar atas pengabaian tugas dan tanggungjawab kita selama ini.

habibah said...

kali pertama tinggalkan komen

Nerzhul said...

kipas rosak boleh tukar atau baiki.

Hendrik said...

aku ke 13th..yes...mereng sekejap...

Yutaka Mushimura said...

aq mau kipas yang berfungsi dgn baik...

aq sebuah kipas.

Agaga said...

Bro Hamka..
mase aku skolah dulu, rasa-rasa cam pernah dengar hadis pasal pekerjaan, lebih kurang 'perkerjaan yang baik adalah bercucuk tanam, membina kemudahan dan menyebarkan ilmu'..
rasanya betul tak.. lupe lah

Peluncur Islam said...

umat yang terbaik...
selalu buat baik...
selalu jugak tak balik...
sebab hati ni selalu berbolak balik...
jadi kena usaha atas iman sebelum balik...

balik mana?

balik sana (akhirat)

Ibnu_ghazali said...

Salam Prof Hamka..

Gaya bahasa pakcik macam lain sikit kali ni. Lebih macam ustaz.

Tapi, tak mengapa, sedikit sebanyak mencetuskan rasa untuk 'bergerak'.

Setiap orang bergerak dengan cara mereka.

Sesiapa yang melihat kemungkaran, maka dia perlu mencegah dengan tangan, jika tidak mampu, dengan lisan, jika tidak mampu, dengan hati.maka itulah selemah-lemah iman.

Mencegah dengan tangan, bukan mencegah dengan kuasa, tetapi dengan menyentuh hati-hati masyarakat dan mengajak mereka kepada kebenaran.

Wallahua'lam, terpanjang pulak.sori~

Khairi said...

InsyaAllah, kita ummat terbaik. Pastu, ayat tu boleh tafsir dari bayk persepsi juga.

Hmmm... malam karang juga nak kena baca ni. kat ofis da hahaha.

Afiq Bukhari said...

:) kereta mayat xkan terbaik kalau xde ayat2 yang terbaik.

Puteri Bonda said...

wow, superb!!!

aina mardiah said...

okay! ke-21 Top 30. HAHA. tak baca lagi neh.

Vanjenazah said...

Salam

Sapa pandai baiki kipas rosak?
aku umpama kipas yang rosak...

sesapa technician mai la ziarah rumah aku bleh repair apa yang patut...nanti nak jadi ummat yang terbaik (kipas berfungsi)

ajak hamka la datang repair kipas aku...huhuhu

Hamka said...

Nurul Syuhada

Seken jer?

-------
Wan

Aku kena pergi mezium losong dulu..

------------
animkechik

brrrr.., sedang mandikan kereta mayat

---------
Mahadaya

ok

-------------
Nadia Abdullah

Mezium losong belum sampai lagi ni

-----------
Hashira Yusoff

Then?

-----------
tina

akupun sama, rumah dekat kubur..

--------
kaliPertama

berdebar-debar

-----------
habibah

juga berdebar debar

----------
Nerzhul

Hantar bengkel kipas, 3 hari boleh siapa jika kerosakkan tak teruk

--------
Hendrik

ha

--------
Yutaka Mushimura

Tuliskan karangan, aku sebuah kipas, tidak lebih 360 patah perkataan sahaja.

---------
Agaga

Kerja yang baik, adalah kerja yang tak ambik upah

----------
Peluncur Islam

Balik balik, sana, bailk balik, sana, kan?

---------
Ibnu_ghazali

Jangan bergerak dengan cara mereka, bergeraklah cara Nabi bergerak.

---------Khairi

hahaha.

-------
Afiq Bukhari

Tak pernah ada pertandingan kereta mayat terbaik, kan?

----------
Puteri Bonda

: )

---------
aina mardiah

pulak

-----------
Vanjenazah

Sifat orang beriman: meyerah diri, bila azan, datang masjid, bila lemah iman, buat usaha atas iman,
kecuali anda adalah kipas, memang tak boleh nak serah diri, isk..

...antikapel... said...

Kena ada usaha atas agama....
tetapi, bila berdepan dnegan situasi yang memerlukn usaha tersebut...
tiba2 lidah menjadi kelu...
kepala jadi buntu....
dan segera buat tak tahu..

oh!lemahnya iman...

bro, kipas bilik aku tak rosak tapi mengeluarkan bunyi yang agak mengganggu kenteraman aku...nak kena turunkan gak ke?haha

Anonymous said...

again & again tafsiran 'amar ma'ruf nahi mungkar berbeza2 sdgkn yg betul hnyalah dakwah ikut cara Nabi.

masa form 4 ada belajar hadis ni smpai boleh hafal sanad & matan tp xfaham err..buat2 faham sbb msuk dlm exam.tp bila buat usaha br ALLAH bg faham.

betullah kata sorg ahlia-bila ALLAH suka kita ALLAH akn bg not only ilmu agama tp kefahaman agama.ada ustaz yg byk ilmu agama tp ALLAH blum bg faham apa maksud kuntum khaira ummatin ukhrijat linnaas....

-petot-

Anonymous said...

Hamka baik kau nyatakan dengan jelas dan terang bagaimana nak jadi umat yg terbaik ..kalau dh duduk ceramah, dah sokong parti islam dh berdakwah dlm internet dah baca yassin tiap2 mlm jumaat pun masih belum dapat umat yg ter baik apalagi caranya...Kau jgn ckp je cara nabi semua org kata cara Nabi tapi macamana cara Nabi yg betul


Haji amin

Nana said...

:) saiia amat suka ini belog.. haha.. sye ske sgt blog nih! muahhh!!

Ridhwan bin mohd yunus said...

jaman dulu.... mase kaya.. tak de loan peribadi...

pakai kipas .. dah tak sejuk lg ( hilang pungsi ) .. masukkan dalam tong sampah... gantikan ekon ... terbaik

(umat yang dah tak baik ( hilang pungsi ) hapuskan ... gantikan umat baru yang terbaik... )

jaman kini... ketika kewangan kritikal..

pakai kipas pun dah tak sejuk lg ( hilang pungsi ) .. antar servis rm 30 hinggit.... pakai balik... rosak lagi antar servis.. rm 30 hinggit pakai lagi ..terbaik..

(umat yang dah tak baik ( hilang pungsi ) kena servis juga.. hati dan perasaan... )

ingat kan diri.. sebelum kereta mayat datang umah jemput aku.. ngeteh.. heh

sudusenduk said...

aku anugerahkn hamka sbg keretamayat terbaik..!

Anonymous said...

penggali kubur

hari ni gash...sapa nak join buat
kerja ummat terbaek!!?

nuha said...

zmn skunk nie... blh ke nk berdakwah cm zmn nabi dlu... rasanye da xblh... kite kene guna pendekatan lain... tp blh kah saudara hamka bg tau apakah cara yg saudara guna tok berdakwah d masa kini????

Anonymous said...

32 komen..top 40..ek?

Khairi said...

Salam Hamka,

Ketika ditanya Nabi, sejauh manakah hari kiamat itu dengan zaman nabi. Nabi menunjukkan jari telunjuk dan jari hantunya rapat2.

Dan kita lebih hampir kepada kiamat sebanyak 1500 tahun sudah.

Ummat terbaik, jika mengikut ilmu alam, adalah satu golongan manusia yang berada di tahap optimum kebijakannya, kepandaiannya, ketererannya dalam ilmu sosial, dunia dan kendiri.

Aku percaya, kita semakin menghampiri kemuncak ketamadunan manusia yang paling optimum selepas zaman kebangkitan junjungan nabi. Dalam celah-celah kekalutan unsur-unsur setan yang semakin menunjuk taring, sebenarnya, ada di satu tempat nilai-nilai Islam semakin berkembang dan mengambil tapak yang kuat.

Ummat ini telah menjadi yang terbaik, dan setelah itu sifat-sifat azali manusia yang lalai meletakkan mereka seburuk-buruk tempat dan insyaAllah mereka akan kembali.

Dan dengan itu juga aku percaya, hari kiamat, amat-amat-amat dekat. kerana apabila perginya yang terbaik... untuk apa lagi adanya dunia?

Save the best... for the last.

sufi said...

korang tak nak jadi umat terbaik ke? sambung kerja nabi...belajar ilmu agama.amal dan lepas itu mengajar. Sory Hamka..blog ni dah terberi kat anak murid aku yang masih pakai uniform sek. harap2 Hamka tak masukkan entri yg menganggu jiwa remaja diorang yea...teruskan usaha bawa mayat ke jalan yang lurus ^_^

Tok Esah said...

hamka~
sekarang dah pakai aircond,
kipas tolak tepi lar plak..
wooohaa~~

jelaskan skit mcm mane nak jadi umat yg terbaik tuh!!

Tuan Tanah(TT) said...

salam,
Kalau nak kait dgn KM kata, walopon lps Rasul&nabi2 wafat, jenerasi slps tu still buat keje2 kenabian.

Mereka tetap dakwah even bkn nabi. Tp dunia skrg ni, tiap kali aku nk tarik kwn dr buat benda x baik, aku akn hlg kwn. Aku mmg bkn baik mcm nabi tp aku ader niat dan sygkan kwn2. Tp kesannya tetap sama.

Aku rsa phobia.Sbb jiwa n iman n method aku sgt lemah. So, aku xtau nk jd ummat terbaik mcmn dlm msa yg sama hablun minannas aku nk kne jaga juga. xkan la diorg nk tggu kne tgr dgr ustaz/ustazah bru nk ikut..tp ikut ker?

zuraida said...

Dr smlm jerebu meliputi zon pandangan hingga la ni..sama jerebunye hatiku.. aku percaya aku terbaik krn kerja aku baik, galak org jd baik tinggalkan kemungkaran.. tp aku ni hamka, buat jugak..dah baca hadis nabi tp bengong buat jugak walau tahu salah..kau dtg lempang aku skrg bley? Ya Allah, ampuni aku.. oh..

AbuzZubair said...

Salam Tuan Hamka,
Nak tanya sikit, dalam alQuran pengikut nabi2 dahulu dikenali dengan panggilan 'kaum' contohnya kaum Madian, kaum Aad, kaum Tsamud, kaum Nuh dll. Tiba2 pengikut Nabi Muhammad saw digelar 'Ummat'. Juga mereka yang mendampingi Rasulullah saw dikenali sebagai 'assahabah', bukannya 'kaum'. Apa gerangannya kaitan jolokan ini dengan kedudukan sebagai 'Ummat Yang Terbaik'??? Jazakallahu Khair.

Hamka said...

antikapel...

kalau begitu, kau yang kena naik, sapu minyak dekat motor..

------------
-petot-

Kisah sahabat 12 orang, seorang jaga kuda, yang 11 lagi belajar ugama, bila bak balik, yang sorang mintak masa sekejap untuk belajar ugama, dalam masa yang singkat, sahabat ni dapat faham ugama lebih dari 11 lagi, dan nabi lantik sahabat ini jadi amir kepada 11 orang tadi..

Moral: kefahaman ugama bergantung kepada pengorbanan..

--------
Haji amin

Aku sibuk, kau pergi dengar ceramah malam minggu di masjid sri petaling, insyAllah!

--------
Nana

Aku, kau tak suka?

----------
Ridhwan bin mohd yunus

Kadang kadang, kipas pusing tapi rumah masih panas, kena lah tuan rumah lepak luar

----------
sudusenduk

hadiah pergi bali, takde ke?

-----------
nuha

pergi rumah orang ketuk pintu, dan cakap tentang kebesaran Allah, lepas tu kena maki, esok datang lagi, sampai dia mati atau aku mati, ulang ulang rumah jiran sampai mereka bosan dan pindah dan aku pergi pulak rumah jiran baru., dan ada jugak jumput masuk dan makan malam, rezeki, kena halau biasa, tapi tak pernah kena ludah macam nabi, tak nakpun, semoga Allah pilih korang jadi wakil Nabi di kampong korang.

------------
Khairi

Kiamat kecil lagi dekat, belum sempat matikan enjin keretamayat, phone dah call..

----------
sufi

kalau termasuk pun, anggaplah itu pendidikan seks..

----------
Tok Esah

Caranya adalah dengan bertanya kepada jemaah dakwah dari luar Negara yang beriktikaf dikampung korang

----------
Tuan Tanah(TT)

Tuan tanah kubur ke ni?

--------
zuraida

bini sendiripun tak boleh lempang, inikan pulak anak orang, oh..

-----------
AbuzZubair

Salam

Nabi terdahulu dakwah kepada kaum, kaum yahudi, kaum tsamud, atau sengan bangsa..

Sekarang zaman satu ummat, satu Malaysia, eh, silap, satui bangsa, satu ugama, satu nabi, pencapai diutamakan, ingat tu!

Nana said...

La..msti la sye suka kamu.. tnpa kamu, siapalah blog ini, kan?? Woha! :D

Shah Qurratu 'Aini said...

Best2!! tak pernah terfikir... terima kasih hamka..

INSAN LEMAH IMAN said...

Crita ko msa kecil agak2 sma dgn aku la hamka. Sume org2 yg so call islamic crita psal umat trbaik, tp bila aku baca crita2 sahabat nabi, xnmpak pun ciri tersebut pada umat ini sehinggalah ada 1 group yg usung beg, bantal etc ke masjid n bila dengar crita agama (bayan)ada yg dapat mengalirkan air mata. & mula kuar 3 hari di U 10tahun yg lepas, baru dibukakn sedikit kefahaman, yg dikatakan KERJA, KENA BUAT HARI2, SMA CAM KITA KEJE DUNIA SKRANG & SUME ORG KENA KEJE, BEGITU LA JGA KEJE AGAMA. SUME SEDIA INSYA ALLAH???? 2 1/2 JAM-->8JAM-->24JAM. BUAT LAGI & LAGI SAMPAI KITA TIADA LAGI.

matadore said...

kipas bilik aku ok je.
tapi still panas lagi.
haizz

kot kot bahang neraka?

matadore said...
This comment has been removed by the author.
KaliPertama said...

Ummat terbaik..
Buat yang terbaik,
Beri yang terbaik,
memang patut pun..
Allah swt anugerah kita semuanya yang terbaik..
Nabi terbaik,
Kitab terbaik,
Bulan terbaik,
Hari terbaik,
Malam terbaik,
la la la la...
tak kan nak beri Allah yang kurang baik...
harta yang saki-baki,
masa yang sudah manguap,
solat hujung2 waktu,
zikir cuma hitungan tasbih,
la la la la..
betul tak Tuan Hamka????

Anonymous said...

Assalam. Salute spring bro!

146%

Anonymous said...

Assalam.

Dalam ummat terbaik ni dah ada zaman terbaik. Zaman Nabi saw bersama-sama 124,000 para sahabat rahum.

Dari 124,000 para sahabat ni...hanya sebahagian kecil sahaja yang kuburannya di tanah arab. Sebahagian besar sahabat rahum kuburannya di China, Andalusia, Yaman,India dan lain-lain.

Kenapa ye? mereka tinggalkan tanggungjawab sebagai ayah dan suami pi jauh-jauh! what for!!...tak boleh ke duduk diam-diam sembahyang kat Mekah al Mukaramah dan Madinah al Munawarah yang gandaan sembahyangnya sampai 100,000-50,000 kali, dengar ceramah dari sahabat-sahabat nabi kan lagi baik? Abu Bakar rahu ada lagi, Umar rahu ada lagi...tawaf hari-hari, cium hajaratul aswad hari-hari, minum zam-zam hari-hari!
Takkan tak boleh jadi ummat terbaik!

Tell me..... what for pi tinggal amanah yang Allah dah beri jaga anak isteri tu buat apa?....dahlah tu mati jauh-jauh tempat orang (bumi allah)kan susah nak ziarah kuburannya.

He...he...sebab, tulah yang Rabb mahu, cam nabi Ibrahim tinggalkan isteri dan anaknya. Asbab korban tinggalkan anak bini. Anak jadi nabi, air zam-zam mengalir hingga kini...

Tak faham? jangan tunggu faham. Hanya Allah dan Rasul yang faham agama ni. Beranikan diri dan daftarkan diri dengan mana-mana jemaah yang bergerak dari pintu ke pintu. Untuk belajar untuk korbankan diri masa dan harta.

Khalid
yang tak faham-faham. Woha!

pembaca said...

Ya kita memang umat terbaik.
Kelak di hari perhitungan hanya Rasul S.A.W kita yg dapat memberi syafaat terhadap umatnya. Jadi kita mesti berusaha membuktikan yang kita umat terbaik. Insya Allah

Anonymous said...

anda benar!hnya dgn mujahadah ALLAH bg faham.

tmbah sket blh?..dlm tafsir ibnu kathir (sy dh lupa kisah nabi mana) ada srang lelaki kpd sorng nabi zaman dulu, dia bgtau nabi tu ada pnduduk kg sebelah yg x di ajak sembah ALLAH tp jwb nabi tu 'aku hanya di utus utk kaum ku' sdangkn nabi kita diutuskan utk seluruh ummat manusia-x mnjurus kpd kaum2 trtentu eg. kaum arab etc so mgkn ni blh jwb soalan knp perkataan kaum di gunakn instead of ummat, vice versa.

* pesan suami, kipas x blh bg sejuk tnpa izin ALLAH..bila on kipas bc doa petik api kt dapur - ALLAHumma ajirna minannaar

-petot-

umat said...

takut bila panggil kami ini mayat..secara tak langsung ingatkan kami pasal kematian..
tahnih2.

Anonymous said...

test

Suhaibah said...

Aiii... naik seriau (seram) jugak bila hamka duk sebut mayat, kemayatan, keretamayat, berulang2 kali ni... Ishhh... Mintak2 jgn la saya jd mayat yg terseksa...

Anonymous said...

salam..

Pembaca blog keretamayat yang terbaik ialah daripada tak pernah kenal 'Jemaah yang bergerak' sehinggalah telah menjadi rindu kepada jemaah bergerak..

Jika pembaca blog itu lelaki..
maka die telah pun keluar at least tiga hari..
Jika pembaca blog itu suami..
maka die telah pun keluar masturah at least nusrah jemaah..
Jika pembaca blog itu datuk bercucu..
maka die telah pun beri azam untuk keluar at least tiga hari sebelum die nak mati..

Jika die ... (sila lengkapkan)

-fuji

hainur hapis said...

jika dia belum berkahwin?

azam nak kawen , dan bawak isteri kuar masturat, amin....


mdh2an mati dlm keadaan husnul khatimah, sentiasa lah berwaspada

hindarilah kita, dari jadi golongan yg lalai

serta lunaskan lah hutang2 mu
sama ada hutang duniawi

atau hutang ukhrawi, berupa amalan2 yg tertinggal dsb

kene qada' tu INSYA ALLAH


"Org yg bijak s'asa mengingati mati dan buat persiapan ke atasnya"

kata utz maksud ayat ni ialah

"buat sstu perkara dgn meletakkan akhirat di depan ( kalau aku buat mcm ni, apa kesan nya ke atas akhirat ku, bgtulah sbliknya )


doakan aku skali


Assalamualaikum

zuraida said...

Subhanallah..nikmat Allah sgt byk..apa lg yg mahu aku dustakan..tiada..Syukur..esok perlu buat lebih dr hari ini..Harap Allah ampuni segala dosa aku yg banyak macam buih di lautan..sebelum kereta mayat hamka tu jemput aku..harap2 la..

shahira ismail said...

sangat suka post ni!!

aku heran said...

Salam

Kalau kita tengah queue panjang2 nak masuk toilet, alih2 datang sorang nak potong line...mesti marah punya...

Tapi apa macam kalau org tu kata tandas yg kita dok queue tu rosak..dan dia datang nak baiki tandas...sudah tentu dia boleh masuk tandas dulu kan..kan..

Camtu jugak, dikatakan umat terdahulu dah lama hidup, dah lama tunggu/queue dlm kubur, alih2 di akhirat, umat yg umur pendek2ni yg baru mati, baru sekejap dok kat kubur nak masuk syurga dulu...

Kenapa istimewa ekk? Sebabnya, umat yg umurnya pendek2 ni buat pengorbanan agama...baiki diri dan baiki umat sampai terpaksa cuti tanpa gaji, tinggal anak isteri, nak hidupkan sunah nabi yg paling tinggi...bawa umat pada Illahi...umat dah tak kenal Pemberi Rezeki yg Haqiqi...

Ya, zaman jahiliah, mereka bunuh anak, minum arak dlm jahil bertuhankan berhala...hingga nabi teramat risau dan berkhalwat di gua hirak....zaman sekarang, sama jugak umat ini buang anak, minum arak tapi kita tak risau dengan sebenar2 risau...boleh lagi ketawa guling2...

ohh...adakah aku umat terbaik jika siangku tidak macam Nabi dab malamku juga tidak macam Nabi?

Anonymous said...

Memang tak patut...tak patut...kalau kita kata cara dakwah Nabi tak valid lagi dan tak sesuai lagi.

Istighfarlah...Nabi dihantar sebagai rahmat seluruh alam sampai hari kiamat...siapakah kita yg mengaku lebih pandai berdakwah dari Nabi?

Azan adalah dakwah yg haq. Bila muazzin azan, ditutup telinganya..
Allahu Akbar..Allahu Akbar

Macamtulah bila buat dakwah,..ceritakan kebesaran Allah iaitu ceritakan isi Al-Quran tentang kehebatan Allhu ta'ala...dan pekakkan telinga dari cemuhan2 org disekeliling...dan bila kita dengar azan, kita jawab balik...begitu juga bila orang dakwahkan kita keagungan Allah, kita ulang balik..yakni kita ceritakan pula pada orang lain tentang apa yg didengar...

Bila muazzin azan 'Allahu Akbar'..syaitan lari sejauh2nya, tapi bila insan mula solat "Allahu Akbar'..syaitan datang utk melalaikan..

Camtulah bezanya antara dakwah dan ibadat...bila buat dakwah, syaitan lari, tapi bila beribadat, syaitan mula datang mengacau...

Dan dalam azan didakwahkan untuk datang bersolat, serta diberikan fadhilatnya...hayya 'alal falaah'..
Camtu jugak, bila berdakwah dengan hikmah, ceritakanlah fadhilat2nya...jadi...rajin2lah hari2 baca Kitab Fadhail Amal...

--Ingatan untuk sendiri--

zuraida said...

Hamka, kenapa ye?bila aku dah brazam jd wanita soleh,ummat terbaik la..ada je yg nak aku kembali cam dulu.Aku tak kuat la Hamka..nak balik je asal.cari keseronokan..bebas.Aku tahu salah, hati aku kata buat la..buat la..tak apa..
Hamka.. Ya Allah mana kekuatanku nih..oh..

azni said...

Aku jarang komen di Blog Encik Hamka ni tapi topik kali ni begitu menarik sangat. Topik ni buat aku berfikir tentang diri sendiri. Adakah aku umat terbaik. Apakah sumbangan aku kepada agama ku.Bagaimana nak jadi umat TERBAIK didalam keadaan sekarang di Malaysia dimana orang dari ugama lain pandang rendah dengan orang Melayu disebabkan kita agak ketinggalan dari sudut ekonomi dan akhlak(buang bayi, rempit,dadah, dsb). Dari satu sudut kita boleh lihat petikan dari surah Ali-Imran ayat 110, Allah berfirman bermaksud" Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan bagi manusia, kamu menyuruh kepada makruf, mencegah kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah." Maksudnya disini umat Islam perlu terlebih dahulu memahami Islam dan berasa mulia dengannya. Umat Islam juga mesti mempengaruhi dan memimpin dunia berasaskan kebenaran, keadilan dan menjadi contoh yang terbaik bagi orang lain. Islam telah memimpin dunia dalam bidang ilmu dan tamadun. Tanpa Islam, Barat tidak dapat mengecap Era Kebangkitan. Kita MESTI menjadi umat yang cemerlang atau terbaik, kita sebenarnya tiada pilihan. Aku rasa kalau setiap dari kita, terutamanya yang rajin baca BLOG ini, sama-sama tanamkan azam dan berusaha kearahnya, insyaalah kita mampu menjadi umat yang terbaik. Aku suka ambil petikan dari sebuah buku yang aku baca tentang ciri-ciri Umat Islam terbaik (utk kita kongsi bersama:
1. Berfikir seperti pemimpin - Allah menyuruh kita berdoa dengan sebuah doa yang terdapat dalam surah Al-Furqan ayat 74 yg bermaksud " Dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-ornag yg bertakwa". Pemimpin orang yang bertakwa bermaksud pemimpin yang berkualiti tinggi.
2. Perkongsian Nilai - perkongsian nilai Amanah.Amanah adalah tanggungjawap yg berkaitan dengan hak-hak Allah dan hak-hak makhluk saada berbentuk perbuatan, perkataan atupun kepercayaan.
3. Memberikan fokus kepada Inovasi, kajian dan pembangunan. Umat Islam disuruh mencontohi Zulkarnain kerana beliau tidak menguasai dunia secara gopoh gapah tetapi sebaliknya berdasarkan perancanagn yang rapi. Bacalah sikit buku-buku tentang beliau. Kalau malas nak baca macamana nak jadi umat terbaik..
4. Mementingkan kualiti - Dalam surah Al-Mulk ayat 2, Allah menyatakan : Dialah Tuhan yang menjadikan kematian dan kehidupan supaya Dia menguji siapakah antaramu yang lebih ihsan (baik) amalannya.
5.Tidak berasa rendah diri - Dalam Suah Ali)imran ayat 139 Allah berfirman yang bermaksud "Janganlah kamu berasa lemah dan janganlah berdukacita kerana kamu adalah golongan yang tinggi jika kamu beriman"
6. Mampu bekerjasama.

Dan satu lagi ( dah jadi panjang pula, aku ingat nak tulis sikit saja), aku rasa kiat patut tengok balik pencapaian kita dalam bidang ekonomi. Kita dah di bagitahu 9/10 dari punca REZEKI adalah dari perniagaan, Tapi kita biarkan 9/10 tu untuk orang lain yang ambil. Kita umat Islam (dahlah ramai di Malaysia ni) asyik dok berebut yang baki 1/10 tu... Habis macamana. Ini pandangan aku. Aku harap kita semua mapu jadi umat yang TERBAIK.
-AZNI-

Suhaibah said...

Saya doakan hamka jd tokoh maal hijrah...

Farina Ariffa said...

Sedang cuba untuk jadi ummat terbaik..

Skymatrix said...

Assalamualaikum...

Dah agak lama tak jenguk blog ni, sibuk dengan documentation...

Nak jadi baik memang banyak halangan dan kita akan jadi terasing...

Bagi aku biarlah kita diasingkan oleh orang lain demi mengejar keredhaan Allah...

Biar la orang nak benci kat kita asalkan jangan Allah benci kita...kat dunia mana lagi kita nak duduk kalo Allah dah benci?

Disuatu masa Islam akan terasing tapi berbahagialah mereka yang terasing...

Semoga dengan amal baik yang dikerjakan, di doakan rahmat dan berkat Allah sentiasa mengiringi kita semua...

pembaca said...

ZURAIDA.
di mana ada kemahuan di situ ada jalan.
Insya Allah Ar Rahman & Ar Rahim akan memberikan jalan.
Orang lain tidak akan dapat membantu melainkan Dia yang esa.
Setiap hari sekurang-kurangnya 17 kali kita baca Al Fatihah. Di situ ada nadi kekuatan yg kita minta. "Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat".
Yakin Allah akan berikan hidayah dan kuatkan hati bahawa Allah akan menjauhi kita dari perkara2 yang mungkar. Teliti punca rezeki dan jauhi dari makanan yg di syakki ada unsur haram. Tanamkan azam nak bertemu dengan Rasul S.A.W kelak dan Maha Agung , Maha pencipta Allah S.W.T. Kita kaum wanita boleh masuk pintu syurga mana-mana pun. InyaAllah pertemuan dengan Allah S.W.T adalah kejayaan yg mutlak. Untuk menggapai kejaaan ini al Quran dan sunnah Rasul S.A.W ada resepinya. Ikhlas dalam segala amalan. Walaupun Allah izinkan syaitan untuk menyesatkan anak adam tapi bukan anak adam yg ikhlas hatinya kerana Allah semata-mata.
Sama-sama kita berusaha untuk mendapat kejayaan yang mutlak. InsyaAllah.

zuraida said...

Salam buat Pembaca..
terima kasih atas kata yg tlh menyentuh jiwa..
Insyaallah.. saya kuatkan azam ini..walau cabaran sgt berat utk saya tempuhi. Doakan saya.. saya keseorgn disini tanpa ada siapa yg saya percayai utk berkongsi.Hanya Allah dan blog Hamka yg bjari pedas ni..juga pembaca blog yg mengerti..Thanks a lot.

eden said...

Umat Muhammad adalah sebaik baik umat..
Siapa kata kita umat Muhammad?
Nabi Muhammad pun tak pernah jumpa apalagi nak jadi umatnya..

merah_s said...
This comment has been removed by the author.
KucaKuci said...

tokoh Maal Hijrah
tuuu...
xmenahan!!
insyaallah~

Anonymous said...

walau zaman
keretaapi boleh
terbang sekalipun..
sunnah tetap sunnah
yang terbaik..

Hamka said...

: )

Hasan Dino said...

p/s:: umat yg Terbaik bermaksud Umat Nabi Muhammad yg mengikut segala ajarannya..berbanding dengan umat2 terdahulu walaupun mereka tetap mengamalkan ajaran nabi2 terdahulu..

Hamka said...

yup