Apr 15, 2009
Apa itu tasauf? (part 2)
(Apabila aku terperangkap dalam gua, tiba tiba terdengar suara ghaib yang berkata betapa hidup dengan mengamalkan rukun islam lima perkara belum tentu masuk shurga jika tidak sempurna tiga perkara iaitu...)
Aku dah tulis ‘apa itu tasauf’ untuk bahagian yang pertama pada tahun 2006, tapi tak pula aku tulis secara detail bab tasauf, malahan melalut dari cerita ulamak iraq dan arab kepada soalan kartun dan seterusnya kisah bulu kemaluan yang berkerinting… Apa-apalah… lagipun korang punya komen juga melalut dari tajuk yang aku tulis, lebih kepada cerita bab bulu kemaluan, ninja turtles dan teknik mencegah melancap…
Macam-macam hal..
Baru-baru ni aku ditanya orang, “cik hamka ada amalkan ilmu tasauf tak?” Pada mulanya aku tak paham maksud soalan lalu jawab macam dah faham sehingga akhirnya aku pulak yang tak faham apa yang nak fahamkan..
Tapi takpe, kita sama sama belajar bab ni, sebab akupun jahil gila babi jugak dalam banyak hal, jadi hari ni, kita bincang sikit bab tasauf dari sudut seorang aku yang bukan ustaz.. almaklumlah, aku hanya seorang tua yang baru belajar makan cempedak di luar pagar, kalau salah janganlah jolok.., sebab tak baik jolok orang tua di luar pagar.., apa-apalah!
Bila kita cerita bab ilmu tasauf, kebanyakkan orang akan terbayang di kepala mereka akan pendekar pendekar atau wali wali yang mempunyai ilmu keramat tertentu, seperti boleh jalan atas air macam labah-labah, atau boleh menyelam tak timbul timbul macam kura-kura, atau boleh terbang macam burung gagak atau juga boleh ghaib macam hantu Keliwong.
Kemudian terbayang lagi bahawa ahli tasauf adalah ahli Hakikat, Tarikat, Makrifat, yang mengamalkan zikir zihri dan zikir qulbi, ada tasbih yang berjumlah seribu ke atas, sentiasa bersuluk dan mencapai makam khayaf sehingga boleh melihat alam ghaib dan juga suka merahsiakan ilmu kepada orang awam dalam mujahadah mendidik tujuh nafsu menjejak cinta ilahi.., begitu lebih kurang…
Lalu aku di tanya, cik hamka macam tu ke? Cik Hamka ada ilmu Hakikat, Tarikat, Makrifat tak?, ada amal zikir zihri dan zikir qulbi tak? Atau cik hamka pergi tak bersuluk? khayaf tak cik hamka? boleh jalan atas air macam spiderman tak?, atau boleh menyelam tak timbul timbul macam mentibang laut tak?, atau boleh terbang macam cicak kubing tak?
Tengok! Asal cerita pasal tasauf, korang terus merujuk kepada wali, atau bercita cita nak jadi wali, gua memang wali wa cakap lu, gua wali anak perempuan gua bila nak kahwin nanti lu semua dah tahu..
Ok, aku bukan nak hina para wali wali yang korang puja dan keramatkan, tapi taraf mereka para wali lebih rendah dari taraf Nabi dan Sahabat… kena faham tu, dan kita diperintah untuk ikut jejak langkah Nabi dan Sahabat, yang mana para walipun kena ikut mereka..
Tapi bila aku cerita pasal sunnah nabi dan sahabat, korang rendahkan amalan itu kerana bagi korang ilmu seperti bersuluk, makan bertih, zikir qulbi, khasyaf dan lain-lain adalah jauh lebih tinggi dari kerja dakwah, tak ke hampeh?
Zaman nabi dah ada tiga orang hamba Allah yang jumpa nabi dan bila tahu amalan nabi amat sikit berbanding mereka, terus hamba Allah ni perasan bagus, sambil berbangga dengan amal masing masing, sempat mereka berkata:, kami solat malam tak tidur-tidur, kami puasa tak berbuka, dan kami beribadat pada Allah tak kahwin-kahwin..
Lalu Nabi Muhammad SAW tegur mereka, sambil mengaku bahawa Nabi solat malam dan tidur jugak, Nabi berpuasa dan berbuka, dan Nabi kahwin lebih dari satu, last sekali, nabi cakap, siapa yang tak ikut aku, BUKAN UMMAT AKU!
Faham?
Jadi amalam tasauf yang korang imiginasikan dengan merujuk kepada ahli zikir tarikat dan para keramat, dan tuduh aku tak amal tasauf adalah silap, sebab maksud tasauf itu bukan begitu yang aku faham..
Jadi, apa itu tasauf? Nabi ada ajar sahabat ilmu tasauf tak?
Baik, kita akan bincang slow-slow bab ni, Sebelum tu aku nak petik dulu satu kisah yang popular di kitab kitab zaman berzaman sebagai rujukan dalam memahami ilmu tasauf.. mudah-mudahan…
****
Bermula al kisah, pada zaman dahulu kala, ada cerita tentang 3 orang Bani Israel yang terperangkap dalam sebuah gua. Kemudian, mereka cubalah dengan sedaya upaya untuk menolak batu besar yang jatuh dan menutup pintu gua itu namun tidak berjaya jua.
Akhirnya salah seorang daripada mereka mencadangkan supaya menyelesaikan masalah melalui perantaraan amal iaitu dengan berdoa sambil menyatakan kebajikan yang telah mereka lakukan dengan harapan Allah akan memperkenankan doa mereka.
Aku pendekkan cerita, terus kita pergi kepada doa doa tersebut,:-
Pemuda pertama pun berdoa:-
“ Ya Allah, pada satu hari aku telah bawa susu untuk ibu bapaku, kebiasaanya aku akan mendahului mereka sebelum anak dan isteri, tetapi satu hari mereka sedang tidur. Aku terus menunggu mereka terjaga dari tidur walaupun anak-anakku menangis kehausan. Apabila ayah dan ibuku sudah terjaga dari tidur dan mereka telah minum susu itu barulah aku berikan kepada anak-anakku. Ya Allah, jika itu ada kebajikannya maka lepaskan kami dari bahaya ini.”
Selesai berdoa maka bergeraklah batu itu sedikit tapi masih tidak muat untuk seorang manusia melepasinya, maka pendek cerita pemuda kedua pulak yang berdoa:
"Ya Allah, aku ada seorang sepupu perempuan yang sangat cantik dan rupawan, pada suatu hari dia datang kepadaku untuk meminjam sedikit wang sebab ayah dia sakit, pada kesempatan itu aku mengugutnya bahawa aku tak akan memberi pinjam wang tersebut kecuali perempuan tu rela di zinai, , oleh kerana terpaksa dia akur untuk berzina bersamaku, tapi ketika hampir nak berzina, boleh pulak dia berkata,: tidakkah kamu takut pada Allah?, lalu aku jadi sangat takut dan bagi duit pada dia, dan terus bertaubat.., Ya Allah, jika itu ada kebajikan dalam perkara ini, maka lepaskan kami dari bahaya ini.”
Selesai berdoa maka bergeraklah batu itu sedikit lagi tapi masih tidak muat untuk seorang manusia melepasinya, maka pendek cerita pemuda ketiga pulak yang berdoa:
"Ya Allah, aku mempunyai seorang pekerja dan suatu hari, beliau telah berpindah tanpa sempat mengambil gajinya, oleh sebab itu aku melabur gajinya ke dalam perniagaan lain sehingga untung berlipat kali ganda, pada suatu hari pekerjaku datang untuk mengambil gajinya yang ditinggalkannya dulu,maka aku memberi semua keuntungan baru, dan dia terus ambik tanpa meninggalkan sedikitpun, Ya Allah, jika itu ada kebajikan dalam perkara ini, maka lepaskan kami dari bahaya ini.”
Akhirnya pintu gua itu terbuka sedikit demi sedikit lalu dapatlah mereka keluar dengan selamat dan sejahtera..
Sekian.
Apa yang kita faham dari cerita di atas?
*****
Sebenarnya, cerita di atas secara ringkas merujuk kepada tiga masalah dalam hidup manusia, iaitu:-
1) Masalah dalam hubungan sesama manusia atau kita namakan: “AKHLAK”, sebagai contoh, kisah seorang anak yang mendahului ibu bapa dari segala yang lain.
2) Masalah dalam pergaulan berlainan jantina yang kita namakan: “MUNAKAHAT”, sebagai contoh, kisah seorang pemuda yang ada peluang zina, tapi membatal niat dan akhirnya berkahwin dengan wanita itu demi menjaga maruah.
3) Masalah dalam bab urus niaga yang kita namakan:, “MUAMALAT”, sebagai contoh, kisah seorang majikan yang menunaikan hak pekerja secara telus.
Jadi, tiga perkara ini, AKHLAK, MUNAKAHAT, dan MUAMALAT adalah asas kepada kehidupan seorang manusia yang menjadi khalifah di muka bumi..
Ketiga tiga perkara ini adalah seperti tiga buah bangunan yang berdiri teguh setelah di sokong oleh landasan/basement yang kukuh, atau seperti tiga pohon pokok besar yang tumbuh tegap setelah di sokong oleh akar akar yang kuat dan kukuh sebagai pemasak bumi.
Soalannya sekarang, dari mana datangnya landasan/basement yang kukuh atau akar akar yang kuat dan kukuh sebagai pemasak utama dalam membagunkan tiga perkara besar iaitu AKHLAK, MUNAKAHAT, dan MUAMALAT?
Jawapannya adalah RUKUN ISLAM yang lima iaitu Kalimah Syahdah, solat, puasa, zakat dan haji yang mana amalan ini adalah terlindung, manusia tak nampak, orang kafir tak nampak, korang solat banyak, baca al quran dan zikir banyak-banyak, semua tu orang tak nampak, sebab itu perumpamaan kepada Rukun islam yang lima ini adalah benda yang terlindung dalam bumi, seperti landasan/basement yang kukuh atau akar akar yang kuat dan kukuh sebagai pemasak utama..
Jadi, perkara yang tidak terlindung, yang memang manusia nampak, orang kafir pun nampak, adalah tiga perkara utama iaitu, AKHLAK, MUNAKAHAT, dan MUAMALAT.
Orang kafir dan manusia lain menilai orang islam berdasarkan tiga perkara ini, jika mereka melihat orang islam suka gaduh gaduh, caci, serta menghina, dah jelas AKHLAK orang islam itu dah rosak, atau yang suka berzina, kacau bini orang dan rakam gambar kekasih dalam keadaan berbogel misalnya, dah jelas MUNAKAHAT orang islam tu dah punah, dan jika suka curi tulang, ponteng kerja, malas kerja, makan rasuah dan sebagainya, dah tentu kantoi bab MUAMALAT.
Jadi tiga perkara ni adalah cermin kepada setiap individu muslim yang mana 3 perkara ini, AKHLAK, MUNAKAHAT, dan MUAMALAT akan betul jika rukun islam yang lima juga betul, yelah, pokok tak kan tumbang jika akarnya kukuh bukan?, atau bangunan tak kan runtuh jika basementnya teguh, betul tak?
Maka, masalah orang islam hari ni, mereka dah kantoi dalam Rukun Islam yang lima, lantas merosakkan 3 perkara asas kehidupan, Akhlak jadi buruk, Munakahat tak jaga, dan Muaamalat dah tak ikut hokum, habis dunia rosak..
Sedang dalam cerita kisah tiga pemuda yang terperangkap dalam gua, Allah nak bagitau pada kita bahawa, apabila kita ada masalah dalam hidup, kita kena selesaikan melalui 3 amalan ini, iaitu AKHLAK, MUNAKAHAT, dan MUAMALAT, faham tak?
Dalam cerita tu juga gambarkan macam mana jika Akhlak sahaja betul masih belum selesai masalah, ibu bapa memang kena jaga, tapi jika dah tak tahan bersetubuh, memang wajib kena kahwin dan jangan lupa cari rezeki yang halal, maka lengkap pekej, AKHLAK, MUNAKAHAT, dan MUAMALAT, baru Allah akan selesaikan segala masalah! insyAllah!
Maka, perumpaan Orang islam hari ni adalah sama macam kes pemuda di atas yang mana orang islam hari ini adalah seperti sedang di timpa ‘batu yang besar’ dan semua orang islam tak tahu macam mana nak alihkan batu tu, ada yang nak bina senjata, nak bina teknologi, nak boikot sana sini, nak menyanyi dan sertai parti, tapi mereka lupa, ‘batu yang besar’ itu akan dapat di alih hanya apabila mereka betulkan amal, iaitu betulkan AKHLAK, MUNAKAHAT, dan MUAMALAT, dan untuk betulkan 3 perkara itu, nak kena betulkan tapak basementnya, atau akarnya iaitu Rukun islam yang LIMA, nak tak nak, hanya ini caranya dan Ini lah jalan yang telah ditunjukkan oleh para NABI dan SAHABAT NABI MUHAMMAD SAW..
Faham?
Kita kena betulkan 5 rukun islam, baru 3 perkara iaitu AKHLAK, MUNAKAHAT, dan MUAMALAT jadi betul dan selesailah segala masalah didunia dan di akhirat..
Dah sebagai peringatan, sekiranya korang dah sempurnakan 5 rukun islam, tapi derhaka pada suami, atau mak bapak, tetap masuk neraka, atau dah bagus rukun islam yang lima tapi berzina atau makan rezeki yang haram, semua akan bawa kepada jalan masuk nereka, sebab tu aku tulis di atas:
Mengamalkan rukun islam lima perkara belum tentu masuk shurga jika… AKHLAK, MUNAKAHAT, dan MUAMALAT tak betul, tapi dah tentu ketidak betulan akan AKHLAK, MUNAKAHAT, dan MUAMALAT adalah berpunca dari Rukun islam yang di tunaikan dengan cara yang tidak betul.. faham?
Habis tu hamka, apa kena mengena cerita kau dengan tasauf?
Laa, aku lupa, punya panjang intro, baru kita pergi pada tajuk entry..
Senang begini, aku tahu benda ni banyak pecahan, tapi sebab nak bagi mudah faham, aku pecahkan pada dua sahaja, iaitu, dalam bab kita belajar ugama, ilmu ni kita bahagi kepada dua:
Satu: Ilmu FEKAH.
Dua:. Ilmu TASAUF
Maksud Ilmu FEKAH, atau Ilmu MASAIL, atau Ilmu SYARIAT, (semua benda yang sama lebih kurang), adalah: ILMU UNTUK MENGETAHUI SYARAT AMAL DI TERIMA, seperti Ilmu Hukum-Hakam, Sah-Batal, Sunnah Bidaah dan yang sewaktu dengannya..
Atau senang cerita: Ilmu FEKAH adalah: ILMU UNTUK MENGETAHUI SYARAT AMAL DI TERIMA.
Manakala, Maksud ilmu TASAUF, atau Ilmu MAARIFAT, atau Ilmu HAKIKAT, atau ilmu ROHANIAT, (semua benda yang sama lebih kurang), adalah: ILMU UNTUK MENGETAHUI ADAKAH AMAL SUDAH DI TERIMA ATAU TIDAK. Yang mana Ilmu ini bermula dengan membetulkan niat dan berakhir dengan mencapai darjat Ehsan iaitu dapat melihat Allah lalu gunakan amal itu untuk selesaikan semua masalah yang korang tafsirkan sebagai keramat..
Atau senang cerita: Ilmu TASAUF adalah: ILMU UNTUK MENGETAHUI 'ADAKAH' AMAL DI TERIMA dan gunakan amal itu untuk selesaikan semua masalah.
Faham?.
Ramai orang yang belajar ilmu bab syarat amal di terima tapi tak ramai yang nak belajar ilmu bab amal yang melayakkan untuk di terima. Sebab ilmu ni berkaitan dengan benda yang tersembunyi seperti pakaian nak kena jaga, makanan nak kena jaga, tempat berdiri nak kena jaga, dan banyak cabang serta pecahannya,namun yang asas adalah merujuk kepada niat dan sejauh mana cara Nabi di hubungkan….
Dan untuk ilmu fekah, ramai orang tahu amal kita sah atau tidak, boleh rujuk kitab dan ustaz, tapi dalam bab ilmu tasauf, hanya korang dan Allah yang dapat tahu mana amal yang di terima, dan mana amal yang di tolak.. dan inilah jalan takwa.., akan timbul takut dan harap di hujung setiap amalan.. dan akan timbul niat untuk baiki amal dari masa ke semasa, dan akan wujud irihati kepada mereka yang sempurna amal, serta akan wujud kasihan kepada mereka yang belum mencapai amal, begitu lebih kurang.., benda ni payah nak cerita, tapi gitulah bunyinya setakat yang aku paham..
Sebab tu dalam kitab kita boleh jumpa ungkapan seoarang alim yang berkata bahawa aku tahu mana doa yang di terima iaitu apabila hati bergetar, air mata mengalir dan badan menggigil dan hubung kait akan bagaimana para sahabat Nabi yang tahu amalan mereka diterima melalui qabulniat, yang mana mereka gunakan amal untuk selesaikan segala masalah yang korang tafsirkan sebagai keramat...
Banyak cerita dalam rentetan sejarah perihal mereka-mereka yang tahu amal mana yang diterima atau tahu bagaiamna amal itu layak diterima lantas gunakan amal itu untuk selesaikan masalah, macam kisah Saidina Ali dan pengisar gandum, kisah sahabat hidupkan keldai, atau kisah sahabat yang mendapat air telaga kausar, atau kisah tentera islam berkuda yang berlari atas air, dan beribu lagi rentetan sejarah yang menunjukkan para sahabat menyelesaikan masalah dengan perantaraan amal yang mana disinilah ajaran tasauf di kenali sebab benda ni nampak macam keramat sedang ia adalah nusrah Allah kepada ummat akhir zaman yang tahu amal mana yang di terima dan guna amal itu untuk selesaikan masalah, inyAllah..
Sama macam kes kisah pemuda dalam gua di atas, yang tahu amal itu layak di terima, lalu guna amal itu untuk keluar dari masalah, lantas pintu gua terbuka kerena mereka telah guna AKHLAK, MUNAKAHAT, dan MUAMALAT yang betul.., kita rujuk balik kisah sahabat, bagaimana AKHLAK, MUNAKAHAT, dan MUAMALAT mereka yang mana melalui amalan ini, Allah buka pintu pintu hidayat sehingga berbondong bondong orang kafir masuk islam dan seterusnya mengukuhkan kaki kaki mereka dalam usaha menakluk dunia dengan cara yang disukai Allah..
Jadi soalan paling popular hari ni, tentang kenapa orang islam lemah?, kenapa orang islam di tindas dan orang kapir pulak susah nak masuk islam malahan nak bunuh pulak orang islam, kenapa ek?
Kerana, AKHLAK, MUNAKAHAT, dan MUAMALAT dah rosak, yang derhaka pada suami dan mak bapak, orang islam kitalah, yang berzina dan makan rasuah, orang islam kitalah, dan kenapa semua jadi lagu tu?, sebab kantoi rukun islam yang lima, kalimah tidak diperbaharui dengan banyakkan dakwah, solat pulak dilengahkan, puasa sebab suasana, zakat tak bayar, pergi haji sebab nak glemer dan sebagainya..oh oh..oh..
Lepas tu nak pulak korang mengaku dah belajar TASAUF?
Hampeh seribu kali!
Panjang aku nak cerita, tapi sebab buah cempedak di luar pagar dah habis dijolok, sampai sini sahajalah, bertemu lagi kita lain kali jika belum jadi mayat,
*****
Eh, Hamka!, nak ke mana tu?, pintu gua ni siapa nak bukak?
Kau suruhlah para wali yang bukak, merekakan ada keramat..
Lalu aku beredar dengan sangkaan yang baik, eh, aku nak kemana?, pintu guakan sedang tertutup..isk,isk…
Sekian.
Ps: Niat enson mata karji semar ngiseng!!!

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
53 comments:
SALAM.. waaa.. org pertama..
sbnrnya masih tak faham lagi..
xpela, ak cuba cari sendiri kat mana2.. hahaha..
p/s: perasan mcm dah tau byk, rupanya byk lagi yg belum tau..huhu.. mmg belajar tak pernah habis..
aku rasa ilmu tasauf bukanlah bermaksud begini:
menggunakan amalan-amalan yang diketahui ianya diterima oleh Allah untuk selesaikan masalah,
tapi ilmu tasauf maksudnya begini:
menggunakan amalan-amalan yang diRASAkan ianya diterima oleh Allah
untuk selesaikan masalah,
kita tak tahu amalan kita diterima oleh Allah ataupun sebaliknya, sebab urusan penerimaan amalan adalah urusan Allah, bukan urusan kita. Kita hanya mampu berusaha sedaya upaya ke arah itu.
Wallahualam, sekadar menegur. Moga kita sentisa tetap dalam akidah Ahlussunnah Wal Jamaah
Salam... Wahhh aku org ke 3.. Bior betui.. Selama ni aku baru nk hntr, tengok2 post dah smpi 43 la 49 la.. ish malas... heh!.. Walaupun aku bukan org ke 1, tp aku tetap sokong ko.. ape2 je la...
setuju.
dan sebagai tambahan, permulaan bagi tasawwuf ialah TA - iaitu taubat, bagi mencapai SAD - iaitu safa, dan dengan adanya safa, seseorang itu bisa mencapai makam WAU - iaitu wilayah (kewalian), dan akhirnya, FA- iaitu fana (dimana ke'aku'an itu lenyap).
TA-SAD-WAU-FA (tasawwuf) ini punya peringkat-peringkat yang dilalui pelbagai cara. sedikit yang berjaya, manakala ramai yang hanyut dengan tipu daya, dan berputus asa dek fitnah.
aku masih ingat masa sekol2 dulu, senior aku ambik subjek tasauf masa spm (nak tambah A la kononya) erm..aku pon tak tau sebenarnya pasal ape..aku pon jahil gak..ahaks..ape2 pon ko memang stylo.. hohoho.. :D
ok..aku faham sikit-sikit...alhamdulillah..kena baca 2 kali kot, baru faham lagi...
salam hamka,
rasanya munakahat patut ditukar pada muasyarah .... rasanya munakahat = perkahwinan ..... muasyarah = tatacara pergaulan
yup..aku setuju dengan iboro..dalam usrah aku ada blaja benda tu..bab munahakat memang best..menaikan lagi keinginan untuk aku nikah awal..hehe..
SALAM.. waaa.. org kesembilan..
lolz :-s
rse nye cter psl 3 hmba allah 2 ade slh skit,boleh tgk kitab mutakhab hadis.ade versi melayu
Alop..salam..hohohoi semua..for da first time,i put my comment ere..follow diz blog since 2007..huhuhuhua.huahuahuahua..hamka,pe citer?
salam
muasyarat = social life
setuju dgn lboro
rasanya munakahat patut ditukar kpd muasyarat
nota hardware saya mencatatkan yg Islam merangkumi 5 perkara:
1 imaniat
2 ibadat
3 muamalat
4 muasyarat
5 akhlak
ooh.. jadi rukun islam dah masuk category 1 dan 2. Jadi tinggal 3. Saya terfikir2 adakah ini Islam yg syumul? Ye laa rasa2nya 70 cabang iman pun boleh masuk dalam mana2 yg 5 tuhh.
Ada yg kata 12 usul yg kita belajar masa khurujtu:
4 perkara yg patut diperbanyakkan adalah amalan da'i (pendakwah)
4 perkara yg patut dikurangkan adalah amalan a'bid (ahli ibadat)
4 perkara yg patut ditinggalkan adalah amalan ahli sufi (ahli tasauf)
Kalau benarlah, maka beruntunglah org yg keluar 3 hari, 40hari, 4 bulan dll kerana 'kursus islah diri' tu dah complete utk belajar asas agama.
..sekadar berkongsi nota dan pendapat.
sape2 blajar tasauf nak jadi wali bek toksah!..rentikan! heks
apah x dapat,buang mase.
ermm tp mmg btol syariat 2 pnting..
tp org yang blajar feqah x blajar tasauf fasik..
wohoo~
sempat komen sebelum entri jadi 2 minggu lamanya... hahaha!
aku mengaku aku termasuk golongan muslim yang akhlaknya so and so, munakahatnya berterabur, dan muamalatnya nak dekat hancur...
oh, ampunilah dosa-dosaku ya Allah...
Taringmaut..
saya rasa maksud hamka lain..amalan2 yg diketahui diterima Allah mungkin maksudnya amalan2 yg ada janji-janji Allah dan rasul..atau amalan2 yg mmg dipuji2 dan disebut2 dalam kalamNya, atau hadith rasulNya..
Wallahualam
salam
aku juz nak nasihatkan je,n3 ni dah cukup bagus dah(bro hamka jgn prasan....woha)
so jgn la korg cite pasal hakikat...
jom bsangka bek !!
so yg anggap hamka salah,anggap die tsalah type,and yg anggap hamka btol,anggap la yg tegur hamka tu salah type... oh..
sama2 baiki umat melalui cara nabi baiki sahabat.. Nabi SAW xruntuhkan bhala keliling baitullah,tp bile bhala2 dlm hati sahabat dah runtuh dek kebesaran Allah,dgn sendiri diorg yg runtuhkan!!
wallahua'lam
liza_ixora
baca sambil angguk dan bincang perkara ni bersama ustaz ulamak, insyAllah, akan datang faham, sehingga akhirnya korang akan lebih faham dari aku yang sudah jadi mayat waktu korang faham tu.. mungkin?
-----------
taringmaut
RASA?
Aku tulis,
Ilmu TASAUF adalah: ILMU UNTUK MENGETAHUI 'ADAKAH' AMAL DI TERIMA dan gunakan amal itu untuk selesaikan semua masalah.
ADAKAH?
Susah nak cerita benda yang tak boleh nak terang, akan keluar dari mulut keluhan, ish…
Kisah saidina Ali yang solat dan balik Tanya fatimah, ada makanan tak? Jawab fatimah takde, lalu saidina Ali solat lagi, sehingga akhirnya ada..
Itu satu contoh.., ISH..
------------
anazahra
: )
-----------
zawq
akupun setuju dengan diri sendiri..
-----------
AhMiEzZ
hohoho..
-----------------
limaumaniss
baca sambil makan cempedak diluar pagar, dan mintak ustaz jolokkan kalau salah makan, ok?
----------------
lboro
err, apa kata pembaca lain?
-----------
AhMiEzZ
hehe..
-----------
Dewa Kebaikan
Kau berbakat untuk kasi komen yang gempak, tolong tunjuk ‘kebaikkan’ anda
Oh, ye, aku pengkomen yang 17, lolz :-s
-----------
Anonymous
Takpe, korang boleh rujuk sendiri, aku tulis tanpa rujuk just ambik dari otak, maka versi aku salah dalam bentuk susunan bahasa, tapi maksud adalah sama, lagipun aku memang niat nak meringkaskan jalan cerita..
-----------
LoboDaGr8
Bolehz takz gunaz bahasaz yangz betulz, takde z untuk s, tolongz, danz bukazn kauz sajerz, tapiz semuaz pengkomenz, tolong!!!
Aku apa cerita?
Cerita apa kau nak?
: )
-----------
11 anon
Bagus, nanti, (mungkin) aku edit, tapi rasa boleh jugak tulis MUNAKAHAT, sebab takut keliru MEETING dan muasyarat.., dan jalan muasyarat perlu akhiri dengan MUNAKAHAT, betul ke faham aku macam tu?
Ok, tunggu satu lagi komen pembaca lain bab ni..
----------------
Silent Death
Hmmmm
------------
rean
sama sama kita belajar makan cempedak diluar pagr..
------------
zuhairirani
Wallahualam
--------------
radiated
kalau baca dan faham, bagus, tapi cub baca lagi, mungkin bertambah faham atau baru perasan ada yang salah, lalu bagitahu aku dan sama sama kita betulkan.., insyAllah..
jadi, tak yah edit ler ni, kan?
pesanan pesanan luqman al hakim pada anaknya pun tasauf gak ke?
aku tak cukup lagi...
akhlak aku selalu usahakan, muamalat selalu dijaga tapi munakahat susah benor rasanya...
tak cukup lagi nih...
kalo jln smua menuju ke Allah taala x kira tabligh ke tarikat ke apa slahnya?..smua jaln menuju tuhan ..
tapi bab mempersendakan amalan nabi 2 yang x brape nak berkenan..
hrmmm
ingat satu kisah mengenai sunnatullah
allah bagi yang berusah je
tak usaha
tak bagi
tengok macam nabi kita
ada ke baginda mintak doa je kat allah supaya agama islam terus melebar sehingga seantero dunia?
baginda buat dengan strategi
bg pengajaran kat kita jangan duk doa je lebih, buat tidak
mekasih ye kongsi ilmu
Anak Aji Saleh
Dalam semua nasihat ada tasauf, begitu lebih kurang, wallahulam..
---------
faz
sama samalah kita…
------------
stardog
tepuk dada Tanya iman…
-----------
joegrimjow
sama sama belajar.
:)
NIAT ENGSON MATA KARJI SEMAR NGISENG = ASAL CERITA ORANG DULU2 WAT JAMPI SERAPAH PANGGIL JIN....
SEMAR NGISENG = JIN BERAK
NIAT ENGSON MATEKAJI=AKU BERNIAT PANGGIL KAMU..... BAPAK AKU YANG CAKAP SUPAYA JANGAN MAIN2 NGAN KATA2 YANG KITA TAK PAHAM
marahnye kedaijamu...
siap gune capital letter lg...
huhu...
betol la...
aku pon rase nk kawen awal bile bincang pasal hubungn laki n pompuan ni...
haha....
aku dah nk dekat exam ni...
exam final...
pray 4 me eh...
wish me luck get the best result 3.5 above...
smoga usaha aku mendapat keredhaan ALLAH...
to all sudent u, especially uitm s.alm......remember this...
"kejayaan dengan usaha, itu yg terbaik...
kejayaan tanpa usaha, itu nasib baik...
kegagalan dengan usaha, mungkin ada yg terbaik..."
chayok2 for final...
study, study gak...tp jgn lengahkan solat...
biar kejayaan kita mendapat keberkatan....
sowi bro hamka...saje nk menambah2 kat komen ang....
ni name aku, name lame...antikapel...hehe
Apa itu tasawwuf? “Barangsiapa yang membersihkan hatinya adalah kejayaan baginya dan barangsiapa yang merosakkan hatinya adalah kerugian baginya.” Berapa banyak orang yang tidak memahami akan hakikat tasawwuf. Berapa banyak pula orang yang menyangkakan bahawa tasawwuf terkeluar dari AlQuran dan Sunnah. Para ahli sufi yang jahil juga para ulama yang cetek ilmu, walaupun di atas garis yang berbeza, bersama-sama mendokong pengertian yang salah. Akibatnya, golongan pertama telah membelakangkan AlQuran dan Hadith, manakala golongan kedua telah membelakangkan tasawwuf.
Sebenarnya, walaupun istilah “tasawwuf”, seperti mana istilah-istilah agama yang lain, timbul kemudian, namun ianya adalah jelas salah satu bidang syariah. Bidang syariah yang menyentuh hal-hal mengenai amalan zahiriah seperti solat dan zakat dikenali sebagai bidang feqah, manakala bidang syariah yang menyentuh hal-hal batiniah dan mengenai hati dikenali sebagai tasawwuf. Kedua-duanya adalah perintah Allah dalam AlQuran. Dengan itu, sebagaimana jelasnya perintah Allah Ta’ala mengenai solat dan zakat, AlQuran juga menjelaskan perintah kesyukuran dan kecintaan terhadap Allah Ta’ala, juga menjauhi riya dan takabur serta keangkuhan dan kesombongan. Begitu juga, di dalam kitab-kitab hadith, bersama-sama tajuk mengenai Ibadat, jualbeli dan perniagaan, nikah dan talaq, juga kita dapati juga tajuk-tajuk mengenai riya’, takabur, akhlak dsbnya. Perintah-perintah Allah Ta’ala ini adalah sama pentingnya dengan kepentingan seseorang itu menjaga amalan zahiriah.
Penelitian yang mendalam menunjukkan bahawa segala amalan zahiriah adalah berkait rapat dengan pembaikian hati. Ini adalah punca kepada kejayaan di akhirat manakala pengabaian terhadapnya menjadi punca kepada kemusnahan. Inilah maksud dari istilah yang dikenali sebagai tasawwuf. Tumpuannya adalah “tahzeebe akhlaq” atau akhlaq yang terpuji; maksudnya adalah untuk menyukakan Allah Ta’ala; manakala caranya adalah dengan mematuhi segala perintah Allah dengan mengikuti cara yang disyariatkan kepada Rasulullah (sallalaahu alayhi wasalam).
Tasawwuf adalah roh Islam. Peranannya adalah untuk membersihkan hati dari sifat-sifat buruk dan tercela seperti hawa nafsu yang tidak terkawal, kegelinciran lidah, marah, hasad dengki, cinta dunia, cinta kemasyhuran, bakhil, tamak haloba, bermegah-megah, angkuh, dsbnya. Pada masa yang sama, ianya bertujuan untuk menghiasi hati dan dalaman dengan sifat-sifat terpuji seperti penyesalan dan taubat, ketabahan, kesyukuran, taqwa kepada Allah Ta’ala, pengharapan, ketahanan jiwa, tauheed, amanah, ikhlas, benar, dsbnya.
Untuk mengenal pasti sesuatu penyakit dan cara merawati penyakit hati biasanya memerlukan bantuan dan dorongan dari seorang guru yang mursyid atau Syakh. Berikut ini dipaparkan kualiti-kualiti seorang guru yang mursyid:
1. Beliau memiliki ilmu agama yang mendalam.
2. Aqidah dan kepercayaannya, kelakuannya serta amalannya adalah mengikuti syariah yang dibawa oleh Rasulullah (sallalaahu alayhi wasalam).
3. Beliau tidak mempunyai sedikit pun rasa kecintaan kepada hartabenda dunia.
4. Beliau sendiri telah meluangkan masa belajar dengan guru yang murysid.
5. Para ulama fuqaha dan para mursyid yang benar yang seangkatan dengan beliau memberikan anggapan yang baik terhadap beliau.
6. Para pemuja beliau adalah dari kalangan orang-orang yang mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam agama.
7. Rata-rata pengikut beliau mentaati syariah yang dibawa oleh Rasulullah (sallalaahu alayhi wasalam) serta bukan ahli cinta dunia.
8. Beliau sungguh-sungguh dan ikhlas dalam mengajar dan melatih secara moral pengikut-pengikut beliau. Jika beliau dapati sesuatu yang salah, maka beliau perbetulkan.
9. Apabila bersam-sama dengan beliau, kecintaan seseorang itu kepada dunia berkurangan dan kecintaan kepada Allah Ta’ala bertambah.
10. Beliau sendiri beristiqomah dalam mengerjakan zikir dan latihan-latihan rohani.
Dalam mencari seorang yang mursyid atau Syakh, jangan sesekali melihat kepada kebolehannya melakukan karamat ataupun kebolehannya memperkatakan sesuatu perkara yang belum berlaku. Seorang mursyid atau Shaykh yang baik mungkin tiada sebarang karamat pada dirinya. Sebaliknya, seseorang yang menunjukkan “kekeramatan” bukan bererti dinya seorang yang soleh, atau boleh jadi saja orang itu bukan pun seorang Muslim. Seorang ahli sufi yang mashyur, Bayazid Bistami berkata: “Janganlah kamu terpedaya jika kamu lihat seorang yang boleh melakukan sesuatu yang luarbiasa terbang di udara. Berilah pertimbangan terhadapnya mengikut garis ukuran Shariah.”
Apabila kamu telah mengenalpasti seorang Shaykh yang mursyid dan kamu telah benar-benar yakin yang beliau berkemampuan memberkan kamu bimbingan rohani, maka bolehlah kamu berbai’ah dengannya. Ianya adalah persetujuan dua-hala; Shaykh tersebut berikrar untuk membimbing kamu ke arah Shariah, dan kamu berikrar untuk mematuhinya. Seterusnya, Shaykh tersebut akan memberikan arahan-arahan awal kepada muridnya. Arahan-arahan ini termasuk:
1. Bertaubat dengan sebenar-benarnya terhadap dosa-dosa yang lalu dan berusaha untuk melakukan pembaikian diri, contohnya, jika ada solat-solat yang ditinggalkan di masa lalu, usahakan untuk mengqadha solat-solat tersebut.
2. Jika kamu ada berhutang dengan seseorang, usahakan untuk melunaskannya.
3. Jaga mata (penglihatan), telinga (pendengaran) dan lidah (percakapan).
4. Lakukan zikir dengan istiqomah.
5. Mulakan muhasabah diri setaip malam sebelum tidur. Renungkan apa amalan-amalan yang telah kamu lakukan sepanjang hari itu. Bertaubat terhadap amalan-amalan buruk dan bersyukur kepada Allah Ta’ala atas amalan-amalan baik.
6. Lakukan “muraqabah maut” (renungan atas kematian) setiap malam sebelum tidur. Gambarkan yang kamu telah mati. Renungkan tentang kesakitan sakaratul-maut, soalan-soalan kubur, keadaan di Padang Mahsyar, penghisaban di Mahkamah Allah, dsbnya. Ini akan membantu melembutkan hati dan menghindari dari perbuatan-perbuatan dosa.
7. Usahakan atas kerendahan diri. Walaupun kamu lihat seseorang melakukan seburuk-buruk maksiat, jangan mengeji atau menghina dia, ataupun jangan anggap kamu lebih mulia dari dia. Kemungkinan besar dia akan benar-benar bertaubat manakala orang yang mengeji dan menghinanya pula menjadi hamba nafsu dan syaitan. Tidak ada seorang pun yang boleh memberikan jaminan ke atas keadaan akhir hayat seseorang itu. Jadi, seseorang tidak boleh bersangka buruk terhadap orang lain.
Maksud sebenar “tahzeebe akhlaq” (akhlaq yang terpuji) adalah untuk membawa sifat-sifat asas pada diri manusia dalam keadaan seimbang. Sifat-sifat asas tersebut adalah kemarahan, keinginan, dan kepintaran.
Kemarahan: Apabila ianya seimbang, natijahnya adalah keberanian, keteguhan, daya tahan perasaan marah, dan bermaruah. Apabila ianya berlebihan, natijahnya adalah sifat terburu-buru, sombong, bongkak, megah, perasaan marah yang tak terkawal, dan angkuh. Apabila ianya kekurangan, natijahnya adalah penakut, dayus dan perasaan hina diri.
Keinginan: Apabila ianya seimbang, natijahnya adalah kesucian, pemurah, kesopanan, kesabaran dan rasa cukup (berpuas hati). Apabila ianya berlebihan, natijahnya adalah tamak dan hawa nafsu yang tidak terkawal. Apabila ianya kekurangan, natijahnya adalah fikiran sempit, lemah dan tidak berupaya.
Kepintaran: Apabila ianya seimbang, menjadikan seseorang itu bijaksana, cerdas, dan kefahaman yang mendalam. Apabila ianya berlebihan, natijahnya adalah putar belit dan penipuan. Apabila ianya kekurangan, natijahnya adalah kejahilan dan kebodohan yang menjerumuskan seseorang itu dalam kesesatan.
Seseorang itu adalah dikatakan mempunyai akhlaq yang terpuji hanya apabila sifat-sifat asas pada diri manusia itu berada dalam keadaan keseimbangan. Akhlaq yang sempurna hanyalah ada pada diri Rasulullah (sallalaahu alayhi wasalam). Kecantikan zahiriah adalah berbeza-beza pada diri manusia seperti mana kecantikan bathiniah. Akhlaq yang terpuji akan ada pada diri kita apabila iannya menghampiri akhlaq Rasulullah (sallalaahu alayhi wasalam).
notes by my friends.
Aku belum berapa nak faham sangat...tp aku serius nak faham...harap aku akan faham lepas aku baca untuk kesekian kalinya ni...
Aku dapat email dr kawan2 Petua nak rawat tercekik tulang...aku baca la..then aku rasa macam ku kenal corak penulisannya...rupanyer di ambik dr blog ni..ermmm..
Tasauf itu adalah suatu cabang ilmu untuk...
menyucikan hati yang kotor, mewangikan hati yang busuk,
menjinakkan hati yang liar,
menundukkan hati yang sombong,
menyuburkan hati yang gersang,
mendalamkan hati yang cetek,
dan sebagainya.
waa.. aku org kedua puluh tujuh. ahakz lolz (perkataan2 yang menggambarkan hati yg cetek kekeke)
salam....
fahamkan: orang yang belajar ilmu kewalian,,,kerana kekeramatannya atau pangkat di dunia...atau untuk pangkat dia akhirat...selalunya tidak akan menjadi wali..
wali tu maksudnya penolong...wali Allah tu maksudnya penolong Allah...bermakna orang tu punya sifat amar makruf nahi mungkar...walhal hakikatnya Allah Maha Penolong...
dan hakikatnya...Allah menolong para wali Allah untuk menolong Allah...
analoginya macam..bersyukurlah kerana dapat bersyukur..kerana Allah yang memberi anda kesyukuran kepadaNya...
atau,,,segala rancangan kita sudahpun dirancang Allah terlebih dahulu..
atau,,lagi senang faham...fahami maksud..la haulawala kuwwataillabillahila'liyyala'zim...
sebenarnya ahli tasauf yang sebenar...adalah yang mendekatkan diri kepada Allah...bukan kerana dunia...dan juga bukan kerana syurga..atau takutkan neraka...tapi kerana Allah semata2...kerana Allah berhak untuk disembah...
so kalau kita rasa kita dah sampai satu peringkat 'kewalian'...atau kita dah belajar ilmu tasauf yang hebat...cuba rujuk kembali niat anda...
apapapun,,baguslah kalau manusia mencipta silibus dan kaedah untuk mendekatkan diri kepada Allah,...dan setengah orang memanggil ia sebagai tasauf dengan pelbagai nama...baguslah,,,kalau ia bertujuan untuk membersihkan hati..selamatkan diri dari api neraka...mahukan syurga...menjadi hamba yang baik...tidak menyimpang dari jalan islam..dan sebagainya...sebab semua diatas ini adalah boleh diterima..
moga kita semua selamat...amin...
salam
Alhamdulillah, asbab entryni saya terpanggil untuk baca buku AADABUL MUAASHARAT (Etiquettes of Social Life) by Maulana Ashraf Ali Thaanvi (rahmatullah alaihi)
Nak kongsi intro sikit:
The Shariat consists of 5 branches or parts:
AQAA-ID(Beliefs) e.g. beliefs in the Onenss of Allah Ta'ala and the Risaalat (Prophethood) of Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam)
A'MAAL (Righteous deeds) e.g. Solat, Saum
MUAMALAT (Transactions, Contracts) e.g. trade and commerce
AKHLAAQ (Moral character) e.g. humility, generosity, etc
HUSN-E-MUASHARAT (Beautiful social conduct) i.e. good relationship with people,e.g. abstention from acts which cause others inconvenience, such as disturbing a person in a sleep
Of the five branches, Muslims in general nowadays regards only two branches as being integeral parts of the Deen. These are Aqaa-id (beliefs) and Ibaadaat (worship)...
mungkin perkataan melayu kita 'masyarakat' datang dari 'muasyarat'..jgn kelirukan dengan mesyuarat/meeting pulak..
Tapi rasanya tak semestinya muasyarat berakhir dengan munakahat (rasanya ni bab nikah kahwin,talak, edah dsb) sebab kandungan buku maulana ni (buku adab muasyarat) antaranya pasal adab of salam, musafahah, majlis, speech, listening to talk, mulaaqat (bukan mulaqat mcm keluar masturat), the guest, adab of the host, khidmat, correspondence, training children, promise, adab of the masjid, eating, istinja, parents dll
Camnepun bab adab of munakahat takde kat sini...saya masih tertanya2 kat branch mana nak letak bab munakahat..
Terimakasih for the entry...sekurang2nya dah selesaikan sikit pasal bab muasyarat yang saya tertanya2 selama ini.
Terimakasih juga pada qwerty yang kongsi notes pasal tasawuf. Saya rasa saya dapat belajar bab2 ni secara practical semasa ikut 'kursus islah diri' 3 hari, 40 hari...
Jazakumullahukhoran katheero pada ulama2 yg menyusun kursus islah diri yang sangat menakjubkan ini...
Tanpa hidayatNya pastinya saya dalam 'kegelapan'.
11 Anon
Salam..
kalau x salah kisah tiga pemuda di atas telah diriwiyatkan Oleh Muslim..sila betulkan saya..
Mengapa kita tak direct tiru cara nabi atau para Sahabat...kenapa taksub Mursyid tertentu sehingga ada sesetengah mengangapnya sebagai wali/keramat?..Padahal Mursyid tu sendiri x pernah cakap macam tu.
huhuhu...pening gak ye nak baca komen korang...aku dah la slow dalam bab paham memaham ayat2 tinggi ni...please jgn bagi aku pening :)
jom pegi masjid..sunah paling utama, solat jemaah, tasbih panjang2 kalau tak leh pegi masjid solat jemaah pun tak de maknenye...mulakan dengan solat jemaah..
Niat enson mata karji semar ngiseng!!!
apa maksudnya yer? ada sesiapa yang tahu bahasa jawa kat sini tak???
tapi aku rasa kan baiklah guna istilah munakahat sebab yang aku faham munakahat = kawin, janganlah guna istilah kurang popular hehehe
tapi kan aku rasa doa semasa menjalankan tugas da'i ini sangat power. jadi gunakan untuk mintak benda yang paling mahal iaitu hidayat
namun jika ada peluang .....
Assalamualaikum...
hmmm... apa2 la korg ni..
actually sebenarnya tasauf tu ilmu akhlak dan adab,bila korg kluar 3 hr ke,40 hr ke, apatah lg 4 bln,korg akan blajar tasauf scr tak sengaja.
tasauf ade 2:
1.kpd Allah,
2.kpd makhluk..
tapi xde masalah kalau blajar tasauf mlalui teori,so kite akan lebih faham knapa2 dan knapa buat bende tu dan ni,..
ikram,jgn sngka buruk,ect2...so,jgn salahkan org yg amal ilmu nih,cos mereka org tiggi di sisi Allah.
ada diceritakan seorg ulamak fiqh yg terpaksa blajar tasauf dr seorg ulaamk tasauf(rujukan,dok majlis ta'lim)
dan kitab tasauf plg best ialah kitab hikam(hbngan dgn Allah) dan pelita hati(hbngn dgn manusia)... yg zikir pjg2 tu ahli tariqat,bkn tasauf.. tp ak capai darjat tasauf,kene ikut tariqat..
what ever lah,tp yg plg best ialah Tariqatun Nabi,jalan nabi dan para sahabat....
so sape2 yg nak blajar praktikal tasauf,jumpa la sape2 yg korg tau... ikut skali..(dlm tenet takleh tasykil)
wallahua'lam
apa itu tasauf?
mak aku:apabila bertambah akhlakmu maka bertambahlah tasauf dalam dirimu....
jawapannya??
sampai kini aku xtahu hakikatnya...
cik hamka pula????
hohohohoo
kedaijamu
aku tak main-main, kalau itu passwordnya yang telah diprogramkan oleh zul design untuk bukak pintu gua sewaktu pameran art of electronic,, nak buat camno?
Tapi apsal pulak nenek jawa kawan aku cakap maksud dia lain?
-----------
fauzeah
dah tukar kah? Hehe
--------------
qwerty
panjangnya.., terima kasih.
------------
HaGiMaRu
Akupun dapat email forward tu, rupa-rupanya, aku yang tulis, ekosistem?
Sirih pulang ke gagang?
-----------
Dewa Kebaikan
waa.. aku pulak orang ketiga puluh tujuh. ahakz lolz
-------------
ibnuismail
PANDAI! Tahniah
------------
CT Anon
Buku tu betul, kau betul dan entry aku jugak err, kira betullah, tengoklah, nanti aku edit muinalahat kepada muasyarat, insyAllah..
-------------
van qif
aku pulak belajar berguru dengan guru yang berniat belajar jadi guru..
--------------
mat_pitamd
jom..
-----------
Amin007
Munakahat, he he
orang yang dah munakahat satu pun tak cukup lagi, bab kata saleh yaakob bila bagi nombor phohe..
“kosong satu tiga dah ada..”
Woha!
-----------------
nama ku dikesan
walaikumusallam
BETUL, terima kasih.
---------------
perokoksoleh
akupun tak tahu.., Cuma kena tanya diri sendiri:
sudahkan solatmu dapat menyelesaikan masalahmu?
oh
salam...........
ana baru nak citer serba sedikit pasal tasawuf...
tapi ana sibuk sangat sekarang memandangkan tengah pulun kitab..
exam dah dekat nih...
dengan pertolongan Allah,dah ada sorang hamba (qwerty),yg komen sebelum nih...
barakallahufik...
benarlah apa yg qwerty jelaskan...
nnt kalu ana betul2 free,ana nak gak kongsipengalaman ana, bersama syeikh ana sepanjang ana belajar mengenal hakikat tasawuf...
ana sekarang tengah study kat egypt,cairo..
awal bulan 6nih,kitaorg final exam..mintak sahabat2 diluar sana mendoakan kejayaan kami disini....
ameen....
wallahua'lam...
A'kum...apa yang baik adalah datang dari allah s.w.t dan apa yang buruk datangnya dari kelemahan diri kita sendiri.APa Yg penting kita selalu berpesan pada kebaikan dan kebajikan..
Salam... Semua ilmu milik Allah... orang yang tahu dengan orang yang tak tahu... sangat2 berbeza... disebabkan bayak lagi yang aku tak tahu... aku minta orang yang tahu tolong bagi tahu...
Aku memang tahu ada orang pura-pura tahu, atau buat-buat tak tahu.. dah la bo***, sombong, miskin, malas... semua yg mazmumah laaa.. tapi masih x nak ambil tahu ilmu Allah yang Maha Luas... Nak kenakan orang saja yang dia tahu...
Dah jadi tanggungjawab aku nak bagi tahu.. tapi aku tahu Iman aku lemah, selemah-lemahnya...
ainul_yaqin
jawab exam dulu, lepas tu boleh lepak sini..
-----------
PokNik
Betul tu pok..
-------------
Luqiem
Benarlah bagai dikata..
hakikat itu sudah ada bersama kita.:)
tasawuf tu istilah sahaja. hakikat istilah sahaja. kalau tidka mahu guna pun tidak ada.nabi pun tidak guna.tetapi jgn sampai mencela. sebab ulamak pun ada banyak.mana ada istilah ilmu2 agama dna pembahahian macam zaman nabi dulu.tetapi DISUSUN oleh ulamak. macam pengajian rohani, tak semestinya tarikat/tasawuf walaupun banyaknya melalui jalan tarikat.sebab itu benda ini kenalah mengaji mengadap guru.namun bab hakikat bukan boleh mengaji seperti mana menadah KITAB sebab KITAB KEROHANIAN CTHNYA SIRRUL ASRAR oleh S Abdul Qadir Jailani pun bukan boleh difahami dengan AKAL. Hakikat berkaitan dgn HATI. Nak kenal Allah tawajuh pun dengan HATI. Jadi mengapa nak engkar?Kalau engkar sebab jahil tak apalah. Tapi engkar tu sebab DIRI TAK PERNAH DAPAT MAKA ITULAH MENCERCA KE SANA KE MARI. Campur aduk makan bertih dengan hakikat. bro kereta mayat. JANGAN MEMBUAT JUSTIFIKASI. DALAM BIDANG ILMIAH PUN AWAK PUNYA JUSTIFIKASI TIDKA BOLEH DIPAKAI. Dalam ilmu lojik pun HUJAH AWAK berada dalam kategori FALASI. nak mencerca tasawuf tetapi memukul lambak dengan sekelian faktor yang terkeluar daripada metod tasawuf yang benar itu sendiri seperti makan bertih-puja kubur wali keramatkan-kasyaf (tau ke maksud kasyaf yang sebenarnya atau main hentam ikit akal ?)janganlah bnegitu bang..IMAM SAYUTI termasuk Imam Ahlsul Sunnah tu namanya di hujung gelarnya Al Hariri pun seorang hali tarikat NAQSANBANDIAH...pi la belajar lagi bang...ilmu tasawuf ni boleh di pelajari lagi syarat dengan guru yang tahkiq bukan mememkik saha menyambung lidah si jahil....ilmu Allah luas bang...bincang kenalah FOKUS satu demi satu...ulamak tasawuf pun banyak..namun bila semakin ke atas iaitu hakikat dha kian kurang....macam ahli sufu yang mursyid dah layak bimbing dah berada dalam hakikat..kang dikatakan dalam hakikat dituduh pulak macam ayah pin..den tak heran sebab sekarang zaman fitnah..tetapi bang kalau nak cari dalil ilmu carilah pada tempat yang betul..ada dalil ilmu pasal taswuf dengan tersusun...oleh ulamak besar..kita tak agungkan ulamak kerana syirik tetapi ilmunya itu daripada ALlah juga..tambah satu lagi..KEFAHAMAN..ilmu takder kefahaman tak guna jugang bro...matikanlah diri kamu sebelum kamu dimatikan....
soal amalan diterima atau tidak itu soal Allah..boleh diusahakan tetapi akhirnya kenalah berserah kpd Allah tanda kita makhluk yang hina...jgnlah bongkak takabbur..kadang2 kita rasa kita takbbur kepada manusia..amalan aku diterima kau tidka diterima....tetapi pada masa yang sama secara langsung kita takabbur dengan Allah..jadi hati2lah ;)
ade dgr jmaah tabligh dapat baiah tarikat gak last2..hanya tuhan yang tahu
Mohd Ali Atan
Terima kasih atas segala nasihat dan maklumat, aku cuba hati hati.. dan aku masih belajar lagi
: )
-------------
Syukri Someone Something
Tak paham, tapi takpe, sebab tuhan sahaja yang tahu..
Kita masih nk belajar...tp masih niat nk menjadi guru!!? Tinggi sangat korang nih!! takut aku..."Jika sudah berimamkan yg satu, perlukah berimamkan yg kedua!?" petikan dari kata2 seorang hamba Allah.
Masih kita tidak bersatu hati..
Jalan kefahaman masing2, maka bawalah yg terbaik dari diri kita, smoga tidak digelincirkan hati kita dari DIA..Sesungguhanya Tuhan Maha memberi Petunjuk kepada hamba2NYA...Moga kita sentiasa dalam Rahmat dan RedhaNYA...Amin Ya Rabbal Alamin!
apa yang kau takut?
takut salah?
atau takut nak menengur kerana takut salah?
jika aku salah, jangan takut, beranikan diri tegur aku sementara aku belum jadi mayat
Takut!?, takut hanya pada DIA...tp nanti trasa diri baik dr org yg dtegur, malah berpaling dan terkena pd kita jika kita rasa kita bukan seperti mereka. Maka kita lebih truk dari yg ditegur. biar DIA kehendaki utk dtegur dan menegur..bukankah berasa diri lebih baik dari org lain akan menjauhkan diri kita dari DIA!? betulkan jika salah!!
tegur biarlah kena dgn cara, barulah selesa...malah x dijauhi..."wahai jiwa2 yg tenang jgn skali2 kamu mencuba jd Tuhan utk mengadili dan menghakimi, bahawa sesungguhnya kamu mmg x punya daya dan upaya utk menentukan kebenaran yg sejati" petikan kata2 dr seorng hamba Allah.
salam...
alhamdulillah,imtihan dah selesai...teringat plak kat blog kereta mayat pasal tasawuf ni...
hmmm...tak tahu nak mula macam mana...cuma,apa yg kami,(tolibul ilmi),dapat apabila duduk dibawah bimbingan syaikhuna,=tasawuf mengajak kita mengenal Allah,dengan kita mengenal diri kita sendiri...tasawuf bukan
semata2 ilmu...tapi tasawuf adalah amal..iaitu latihan mujahadah..
dan inti perbahasan tasawuf ialah nafs(diri)qalb(hati)dan zikr(zikir)..
dan kita sangat2 perlu pada guru@syaikh didalam tarbiyah ini..
dan permulaan tasawuf adalah zikir pada Allah....
jadi,bagaimana caranya kita ingin bertasawuf?
jawapannya,perlu kepada madrasah@ duduk dibawah bimbingan murabbi@ para masyaikh,yg mewakafkan dirinya,hartanya,ilmunya,semata2 kerana Allah...
mana'rafa nafsahu,faqad a'rafa rabbahu.
waAllahua'lam..
syariat,hakikat,maarifat dan tarikat semuanya ilmu allah.Yg baik dtg dari allah yg kurang datang dari manusia itu sendiri,ilmu yg manusia dpt ibarat setitis air dari seluas lautan.,Klu dah tau,buat2 tak tau.Rahsia tetap rahsia.
AKM
Teruskan apa yang kau nak cerita..
------------
ainul_yaqin
kadang kadang benda benda ni Nampak macam ‘permainan’..
sorang guru akan ulas mimpi atau apa sahaja lintasan ketika berzikir, kemudian guru tentukan zikir dah sampai tahap mana, kemudian membezakan antara orang awam dan makam makamnya, lepas tu buat link dengan Nabi.., lepas tu perasan betul.., lain kali aku tulis!
--------------
shahrin
tak baik berahsia benda yang baik, jangan bakhil ilmu...
Post a Comment