Nota: aku terpaksa tulis perkataan ‘bodoh’ sebagai ganti kepada perkatan ‘munafik’ kerana ‘bodoh’ itu lebih‘murni’ berbanding munafik sebab aku tak nak letak hukum akhirat kepada mereka yang belum jadi mayat-harap maklum.
*****
Kali ni, aku nak tanya dua soalan kepada korang, soalan 1:
Pernah tak korang rasa menyampah, benci atau ‘perasan disalahkan’ apabila melihat segolongan manusia yang cuba hidupkan sunnah nabi, seperti berserban, berjubah, beriktikaf, dan berdakwah pada korang, pernah tak?
Tak kiralah sama ada orang tabligh atau bukan tabligh, tapi yang pasti mereka cuba hidupkan sunnah nabi dengan berdakwah tapi korang naik marah, pernah tak?
Perasan marah yang mencucuk-cucuk dalam hati, lantas meruap dan membahangkan dari telinga ke tulang, lantas gigi geraham dirapat erat, dan mulut terketar ketar menahan nafsu amarah, lubang hidung bertambah diameter secara mendadak, dan urat urat menjalar seperti akar kilat di kaki langit, kemudian datang perasaan nak tempeleng si pendakwah tu, rasa nak I.S.A kan mereka, rasa nak pijak perut mereka, rasa nak patahkan bulu kening mereka, rasa nak jahit pusat mereka, dan lain lain, pernah tak?
Kalau ada, baik korang tarik nafas dalam dalam, dan pergi ambik wudhu, lepas tu sila lah duduk, atau berbaring,
Kemudian bila dah baring, tapi marah korang terhadap golongan yang nak hidupkan sunnah Nabi masih jugak belum reda, maka, ketahulah bahawa korang termasuk dalam golongan yang bodoh bangang dalam bab ugama, sebab ada banyak penyakit hati dan sudah dikuasai iblis..,
kenapa?
Makhluk yang benci orang buat baik ni,-adalah syaitan, dan juga syaitan yang bertopengkan manusia,
Dan apa kerja syaitan?
Dah tentu kerjaya utama syaitan adalah mengahalang orang islam lain yang nak beramal ugama..
Maka, jangalah jadi syaitan, janganlah jadi munafik, dan janganlah menjadi bodoh dan bangang!
Cuba renung diri, tanya diri sendiri kenapa perlu aku jadi syaitan?, kenapa aku benci dan meluat bila tengok orang nak buat baik?, kenapa aku jadi bodoh bangang?
Sekiranya korang ada ruang untuk tanya soalan macam ini dalam diri, alhamdulillah, korang memang bukan syaitan sebab syaitan tak pernah ada ruang untuk tanya soalan macam tu kat diri sendiri.. dan alhamdulillah lagi sekali sebab walaupun asalnya korang bodoh, tapi bila dah dapat tanya soalan macam tu dalam diri, maka kebijaksanaan akan datang, Alhamdulillah..
Tapi yang aku pelik, bila ada golongan yang berugama kononnya, berstatus ustaz, bilal atau imam, tapi berperangai macam syaitan, yang mana cukup benci dan menghalang orang islam lain untuk amal ugama, untuk hidupkan sunnah Nabi, kan pelik tu?
Kadang kadang mereka cakap dengan bangga:
“kalau pakcik masih muda macam dulu, pakacik halau jer puak-puak ni“
Laaa, boleh pulak pakcik tu cakap dengan bangga? Akupun ‘puji’ pakcik ni:
“Hebatlah pakcik masa muda dulu, sama macam Abu jahal yang halau Nabi masa muda dulu lah pakcik ni, ‘hebat’kan!"
Sama macam Abu jahal itu hebat?
Tak ke bodoh bangang tu?
Patut orang yang ada ugama ni, kena buat macam cerita dalam Surrah yassin ayat 21 juz 23 yang menceritakan apabila datang utusan Allah pada satu kampong, lalu orang kampong jadi bodoh bangang dengan menghalang utusan Allah tadi, lantas dari hujung kampong, berlarilah seorang pakcik dan berkata:
"Ikutlah orang yang tiada meminta upah kepadamu itu, karena mereka mendapat pimpinan yang benar."
Faham tak pakcik?
Faham tak bahawa Kehinaan bagi pakcik adalah kemulian bagi mereka?
Sudah! Tutup kes, semoga pakcik tu dan aku dapat bertaubat sebelum mati, aku sayang pakcik tu, tapi pakcik tu tak nak sayang aku, oh!, aku kena belajar lagi ambik hati orang tua..
********
Soalan kedua, aku nak tanya:
Pernah tak korang rasa kasihan apabila melihat segolongan manusia yang cuba hidupkan sunnah nabi, seperti berserban, berjubah, beriktikaf, dan berdakwah pada korang, pernah tak?
Tak kiralah sama ada orang tabligh atau bukan tabligh, tapi yang pasti mereka cuba hidupkan sunnah nabi dengan berdakwah tapi korang rasa 'kasihan yang pelik', pernah tak?
Kasihan sehingga korang rasa korang lebih beruntung dari mereka, mereka lebih hina dari korang atau korang lebih mulia dari mereka.., kasihan sebab rugi tengok masa mereka habis untuk cari akhirat sedang korang beruntung sebab banyak masa cari dunia, kasihan pada mereka sebab berpisah dengan keluarga lalu sibuk berdakwah sedang korang berbahagia di celah ketiak suami atau di celah kangkang isteri masing masing, pernah tak?
Kalau ada, baik korang tarik nafas dalam dalam, dan pergi ambik wudhu, lepas tu sila lah duduk, atau berbaring,
Kemudian bila dah baring, tapi kasihan korang terhadap golongan yang nak hidupkan sunnah Nabi masih jugak belum reda, maka, ketahulah bahawa korang termasuk dalam golongan yang bodoh bangang dalan bab ugama, sebab ada banyak penyakit hati dan sudah dikuasai iblis..,
kenapa?
Antara makhluk yang kasihan tengok orang buat baik ni, adalah macam ‘orang kafir’ yang kasihan tengok orang islam bermujahadah lalu rasa diri mereka beruntung sebab orang islam kena pergi haji, puasa, solat 5 waktu tapi mereka tak payah semua itu, boleh mium arak dan sebagainya tapi akhirnya mereka akan mati masuk neraka buat selama-lamanya!
Kenapa nak kasihan dengan orang yang dipilih oleh Allah untuk amal ugama?, untuk amal sunnah Nabi? Untuk dapat mati syahid?, Sepatutnya mereka di cemburui, baru betul iman kita..
Jangan jadi macam orang kafir yang cintakan dunia, sehingga mereka merasa kasihan tengok orang islam yang cuba bermujahadah menentang nafsu..
Kita patut cemburu pada mereka! Atau dalam istilah arab, ‘GHIBTAH’!, Baru betul iman kita,
Ada satu cerita yang berlaku zaman Nabi, iaitu apabila seorang ibu kepada beberapa anak lelaki yang di beritahu tentang kematian suami di medan perang, tentang kematian anak sulung, tentang kematian anak nombor dua dan seterusnya anaknya yang bongsu. bila terdengar semua ahli keluarganya mati di jalan Allah dia masih bertenang, tapi bila mendapat tahu anaknya yang bongsu juga mati , si ibu ini terpegun dan menangis…dia dipujuk orang, supaya bersabar dengan ujian Allah..
Tapi si ibu berkata:
“janganlah kamu semua ucap takziah pada aku, tapi ucapkanlah tahniah kepada aku, …, sesungguhnya, Jika kamu datang untuk bersimpati padaku, atau untuk menangis bersamaku, baliklah kamu, tapi jika kamu datang untuk ucap taniah padaku di persilakan! Ketahuilah, sesungguhnya, aku menangis bukan kerana semua ahli keluargaku telah mati, tapi aku menangis kerana aku sudah tiada anak lelaki lagi untuk di korbankan di jalan Allah.!!!!”
Oh! Aku pulak yang tak faham… nak kena belajar lagi bab ghibtah!
Sambung balik,
Adalah menjadi satu kesilapan besar dalam hidup ini, apabila kita merasa kasihan terhadap mereka yang tidak patut di kasihani, atau merasa cemburu pada mereka yang tidak patut dicemburui atau berasa benci pada mereka yang tidak patut dibenci..
Contoh lain, apabila orang islam melihat satu orang kafir yang kaya raya, rumah besar, kereta besar, dan isteri besar, ada pulak ayam itik penuh reban, dan lembu kambing penuh kandang, lalu tiba tiba ada orang islam yang boleh pulak cemburu pada orang kafir tu, maka disitulah kebodohan bermula..
Bodoh kerana jahil ugama, tak tahu apa yang patut di cemburui, dan apa yang patut di kasihani.. dan bila orang islam dah cemburu pada orang kafir, lalu cuba sedaya upaya jadi macam orang kafir, dan takut akhirat kelak, dibangkitkan bersama orang kafir kerana menyerupai mereka.. nauzubillah!
Patut kita kasihan pada orang kafir, mereka mati masuk nereka, menderita buat selama-lamanya.., Nabi pernah menangis melihat mayat yahudi kerana terkilan mereka mati kafir sedang Nabi masih hidup..oh!
Sebenarnya kan korang,...
Mungkin korang rasa kasihan kepada pendakwah kerana menyangka mereka bodoh sikit dari korang, sedangkan korang rasa pandai sikit sebab tak jadi bodoh macam mereka, padahal orang yang bodoh sikit dan patut di kasihankan adalah korang!
Kenapa korang seorang yang kasihan?
Sebab?
Begini ceritanya,
Zaman Nabi dulu, jika ada antara korang yang buat dosa dan maksiat, Allah akan hantar Nabi jumpa korang, Nabi yang hebat berpidato, Nabi yang mat som, Nabi yang ada mukjizat, nabi yang kacak dan sebagainya..
Tapi zaman sekarang, bila korang buat salah, Allah dah tak hantar Nabi dah, tapi Allah ‘hantar’ mereka manusia biasa yang korang rasa bodoh tu jumpa korang, ha ha, kasihan korang.., lantas mungkin kerana ada antara mereka yang confirm bukan nabi atau ustaz ni jumpa korang, maka percakapan mereka yang tak berhikmah atau tak pandai atau tercakap lepas menyebabkan korang yang perasan ‘bijak’ (bodoh sebenarnya)makin jauh dari ugama, oh kasihannya korang.., korang harapkan nabi jumpa korang, tapi aku yang hina dina ini jumpa korang, kasihan kan???
Tapi korang bukannya sayang diri sendiri, sepatutnya korang rasa kasihan diri sendiri tapi sebab kebodohan yang tebal, korang kasihan pulak kepada mereka yang cuba hidupkan sunnah Nabi..
Tak ke jahil tu?
Tapi, jika korang nak kasihan jugak pada mereka, boleh.., masih ada ruang yang dibenarkan untuk rasa simpati kepada mereka iaitu..
Simpati kepada mereka kerana mereka buat dakwah tanpa ada Nabi di sisi, bila mereka kena marah, kena caci, kena hina, kena laknat, dan sebagainya, mereka takde tempat nak ngadu…. Sebab Nabi dah takde(sebak). Kalau zaman dulu, mereka boleh berlari jumpa nabi sambil tunjuk lebam atau luka lalu nabi gembirakan mereka dengan hadith hadith soheh, tapi hari ni, bila mereka dihina dan dipukul, mereka hanya dapat mambaca hadith hadtih yang belum tentu 'soheh' kerana dipalsukan oleh korang yang mengina..oh! tapi takpe, mereka ada Allah, hanya pada Allah tempat kita semua mengadu..isk..iskk..
Dan bersyukurlah pada Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang yang memberi ketabahan kepada mereka, memberi kekuatan yang luar biasa kepada mereka, dan kini, mereka bergantung hanya pada Allah, akupun kena cemburu pada mereka kerana masih belum sempurna ikut jejak langkah mereka, apatah lagi jejak langkah para sahabat? Oh!
“Siapa saja yang menyembah Muhammad maka ketahuilah bahwa Muhammad telah tiada. Dan barangsiapa yang menyembah Allah, maka sesungguhnya Allah itu hidup dan tidak akan pernah mati.” (rujuk Al-Quran Surah Ali ‘Imran ayat 144)
So, mereka sepatutnya di cemburui, dan berdoalah kepada Allah agar kita dan anak cucu kita menyertai perjuangan mereka…
Terdapat beberapa kisah sahabat Nabi Muhammad SAW yang mati dalam perperangan yang mana Nabi telah menguruskan jenazah mereka sehingga sahabat sahabat lain yang masih hidup, cemburu dengan kematian mereka...
Tak perlu aku tulis semua cerita itu, tapi yang kita kena faham adalah, apabila seorang yang beriman dan bertakwa seperti Saidina Abu Bakar RA atau Saidina Umar RA juga cemburu pada mayat orang lain yang Nabi telah bersaksi shurga mereka, maka itulah hakikat kejayaan yang sebenar-benarnya!
Ketahuilah, Apabila kematian kita di cemburui oleh orang yang beriman, maka sesungguhnya kita telah berjaya!
Akhir kata:
Sekiranya korang sedang marah atau bengang, Cubalah muhasabah diri korang, renung diri, tanya diri sendiri kenapa perlu aku jadi syaitan?, kenapa aku benci dan meluat bila tengok orang nak buat baik?, kenapa perlu aku jadi bodoh bangang?
Sekiranya korang ada ruang untuk tanya soalan macam ini dalam diri, alhamdulillah, korang memang bukan syaitan sebab syaitan tak pernah ada ruang untuk tanya soalan macam tu kat diri sendiri.. dan alhamdulillah lagi sekali sebab walaupun asalnya korang bodoh, tapi bila dah dapat tanya soalan macam tu dalam diri, maka kebijaksanaan akan datang, alhamdulillah..
Kasihanilah kepada ummat yang menderita, dan cemburilah(ghibtah) kepada mereka yang dapat amal ugama..
Akhir kata,
Pada pendapat aku yang hina ini, sekiranya ahli maksiat terlihat orang yang amal ugama, lalu ahli maksiat ada cita-cita untuk menjadi orang beriman satu hari nanti, dan apabila orang beriman terlihat ahli maksiat, lalu kasihan dan sangka baik terhadap mereka ahli maksiat dan turun padang jumpa mereka.. maka isyallah, ugama islam akan kembali gemilang..
Tapi, Islam tunggang langgang hari ini adalah kerana, ahli maksiat yang terlihat orang yang amal ugama, tiada cita-cita di hati mereka untuk menjadi orang beriman walaupun untuk tempoh satu hari yang akan datang, sebaliknya mereka membenci orang yang amal ugama.. oh!
Dan hari ini juga, Islam tunggang langgang kerana apabila orang beriman terlihat ahli maksiat, mereka benci pada pendosa dan sangka buruk terhadap mereka ahli maksiat yang kononnya pintu hidayat sudah tertutup.. lalu berhenti menasihati mereka..oh!
Dosa mana lagi yang tidak kita akui?
Dan buat korang yang puji aku disini, sebenarnya, tak payahlah korang cemburu pada aku, kerana aku hakikatnya seorang yang patut dikasihani, kerana ketika orang islam lain sibuk berjuang di jalan Allah, sibuk bermandikan peluh dan darah, sibuk menjauhkan diri dari asap api neraka.., tapi aku disini.., sedang bersenang lenang di celah ketiak
amin.
Ps:
47 comments:
ouh..
sy insaf..
dan 1st komen!
:D
Salam,
Islam tunggang langgang???
Islam = Sejahtera
Maka Islam tunggang langgang bersamaan Sejahtera tunggang langgang.
Bleh ke?
Orang tunggang langgang tu Sejahteran Ke???
Tak Sejahtera = Tak Islam
Agak-agak M'sia ni negara Sejahtera ke?
Moga ayat yg dipotong kat bwh skali tu, akan jd satu entri satu masa nti. woha! :)
saye x marah..saye x kasihan,,,,tapi saye malu...
bercita2 untuk menguasai nafsu..dan sedang berusaha kearah itu...
tapi aku disini.., sedang bersenang lenang di celah ketiak dan kangkang isteriku..oh!
..................
maaf copy tulisan.
aku perasan satu perkara.
betul, bagus, bernas, baik....
tapi bila bab di atas tu.
woha!
-bukan nama sebenar.
encik ariff
tahniah!
-----------
MMohdSha
Pernah tulis bab Malaysia Negara islam kah?
Boleh rujuk..
----------
SRI INTAN RH
Aku..aku..aku.., eh, kenapa potongan bawang bini aku semakin tebal?
-----------
Ibnuismail
Malu malu kucung takpe, jangan alim-alim kucing..
Ps: nasihat kat diri sendiri
-----------
bukan nama sebenar.
Terus aku edit post tu! Sebab kau jerit woha!
Aku teringat kt taman aku...setiap petang hari ahad mereka datang ke rumah rumah utk menganjak ke masjid sembahyang berjemaah. Mereka selalu mulakan dengan muqadimah "fikir atas iman dan amal, kearah 24 jam amal ibadah".Sekali sekala terkena kt rumah aku...lalu aku membuka pintu pagar dan beri peluang kpd mereka utk sampaikan misi mereka. Selepas selesai anak aku selalu bertanya siapa mereka dan kenapa ayah sering tersenyum dan teranguk-anguk. Lalu jawab aku 'orang tabligh datang ajak ayah ke masjid'.
Moral of the story : Beruntungnya kita tinggal di bumi yg masih ada orang ajak kita ke masjid/surau.
salam..
pernah dahulu.. ketika tiada siapa yang tahu, terbitlah kata-kata caci maki dan sumpah seranah sahabat sekolej..
..wei! hilang akal ker ko?
..apa nak jadi la ko nie ikut orang-orang sesat?
..ko ikut hadis mana nie tinggal mak bapak?
wawa.. nak nangis.. sedih sanggat..
sungguh daku mencintai Nabi SAW..
sungguh daku akan terus mencintai Baginda SAW..
biarpun..
daku sangat segan bila beriktikaf kat surau dan masjid..
susah nak mandi, urusan diri sangat berjaga-jaga, rumah Allah lain tata caranya, minimum sangat julat keselesaan, serasa bagaikan banyak perkara kena berhati-hati.
daku sangat tidak selasa kalu jauh safarnya, surau tempat tu macam layak kandang panggilannya, nyamuk di malam hari itu cerita yang lain..
tapi sungguh, daku cemburu pada para sahabat yang melulu setia mereka kepada baginda, berbahagia bila memandang wajah Baginda, walaupun pada diri, tiada rupa dan harta.. ah sahabat ada Nabi di samping mereka,
tapi daku, pada saat-saat hati pecah, remuk dan patah..
kerana marah ibu kesayanganku,
kerana fitnah adik beradikku,
kerana darah..
kerana siapa yang harus daku adu
-anas
orang naik basikal spatutnya yg kasihan tgk org naik bmw (bnyk kena hisab)...tapi skrang tebalik...tuan saya add link ye,,,
pelik betol sy skarang nie,
pernah ternampak lah, kalau ada org tabligh datang nak ajak pergi surau, dari jauh nampak mereka dah ada org yg tutup pintu rumah rapat2..
kalau yg penjual/ apa2 je lah dtg umah, dibukakan pintu rumah seluas2nya..TETAMU lah katakan..perlu hormat tetamu!
dan kalau ada budak2 yg masuk skolah pondok..macam2 yg dikatakan, "nie mesti b***h nie..sbb tu masuk sk pondok, tak ada tempat kat sk biasa"
kesian kat merekakan yg punyai pemikiran sebegini?..
percaya atau tidak saya telah bermimpi bro hamka.
siap dapat tengok muka bro hamka dgn jelas lagi.
siap ada kereta sport mercedes tu.
he he.
hem..
mintak pakcik hamka bykkan post2 ttg dakwah
=D
Salam..tidak tumbuh pun sebarang perasaan marah atau tidak puas hati ketika membaca entri ini..sebaliknya saya terasa amat malu kerana ada jugak segelintir umat Islam yang nak menyerupai syaitan..
Astgafirulaalhazim..
Islam tunggang langgang kerana perangai umatnya pada masa kini..
Islam dihina kerana kelakuan umatnya yang hanya Islam pada nama tidak pada hati dan jiwa..
Kita perlu merasa malu kerana memalit kotoran pada Islam..
Mudah2an aku terus mendapat hidayah Allah begitu juga kepada umat Islam yang lain dan khasnya kepada mereka2 yang telah jauh terpesong..
2 Mr Hamka..
entri yang menarik..
Tahniah!
Bagaimana pula dengan perasaan malu dengan mereka? Boleh ditambah tak tajuk tu atau dibuat saja topik baru. Malu sebab tak dapat amal seperti apa yang mereka amalkan walaupun mengetahui. Minta komen En. Hamka.
saLaam
hamka, aku sudah lama berhenti berasa kasihan (simpati) kepada manusia. (cacat, peminta sedekah, fakir miskin dsbgnya). aku belajar ber-/emphaty/ dengan bergaul dengan mereka.
sekiranya mereka tahu mereka berjalan di atas suatu takdir ar-rahman, (yang juga al-mudhill) nescaya mereka akan minta dikasihani, bukan mengasihani, mencemburui bukan dicemburi.
aku masa zaman jahiliah ku dulu bukan benci ngan golongan dakwah ni..tapi aku takut tgok ble depa mai umah ..siap nyorok dan kadang2 lari pintu blakang...oh. betapa jahil nye aku tika itu .tpi alhamdulillah berkat pengorbanan n doa org2 lame..Allah masih sygkn aku n dipilih utk sama dlm usaha ini...alhamdulillah ..terkdg bile teringt balik memori silam itu ..ku terpk..n tersenyum sendirian ble teingt gelagatku..tpi terkadang air mata ini mengalir ble terpk...oh alangkah jahilnye aku tika itu..dan kini Allah msh sygkan aku...moga Allah istiqomahkn aku dlm usaha ini..amin
aku cemburu pada golongan yg kau cakap tu...cemburu kalau orang lain dapat bersuami kan orang seperti mereka....boleh ke cemburu nie??hhheee
Allahu akhbar.
Walaupun En hamka sibuk dengan kerja seharian....masih sempat utk menulis....oh sesungguhnya aku jealous dengan kau Hamka....
Assalamualaikum kepada mereka yang mendapat hidayah.
Pada zaman Rasulullah s.a.w terdapat 4 orang Abu.
1) Abu Lahab/Abu Jahal - Seorang yang menentang dakwah Rasulullah s.a.w sampai akhir hayat mereka dan mati dalam keadaan kafir.
2) Abu Talib - Seorang yang tidak menentang dakwah Rasulullah s.a.w malah banyak membantu Rasulullah s.a.w tapi akhir meninggal dalam keadaan kafir.
3) Abu Sufian R.A. - Seorang yang sangat menentang dakwah Rasulullah s.a.w tapi akhirnya telah mendapat hidayat dan mengikuti dakwah Rasulullah s.a.w.
4) Abu Bakar R.A - Seorang yang mengikuti dakwah Rasullullah dari awal Islam sampai ke akhir hayatnya. Dia telah mengorbankan 100 % kehidupannya untuk usaha agama.
Jadi korang boleh pilih untuk:
1) Tentang habis-habisan usaha agama sampai jadi mayat. [Paling Rugi]
2) Suka dengan usaha agama dan duduk kat tepi, support dan sorak dari tepi je tapi tak ikut langsung sampai jadi mayat. [Masih Rugi]
3) Tentang habis-habisan kemudian Allah bagi hidayat untuk ikut usaha agama sampai jadi mayat. [Untung]
4) Ikut usaha agama sekarang juga dan semoga Allah pilih untuk kekal dalam usaha agama sampai jadi mayat. [Paling Untung]
What say you?
p/s: Tak sama seorang Ahli Badar dengan mereka yang tak mengikuti Perang Badar. Tak sama.
zaman jahil aq seperti TOLHAH..
jahilnye aq..
cemburu kafir kaya,
urm... cemburu kita x ada harta byk utk digunakan ke jln ni... boleh ke?
heeeeeeeeeeee.
saya cemburu jugak..~
owh..saya tahu bila saya cemburu...
bila tengok perempuan muda yang redha dengan suaminya..yang melepaskan suaminya di jalan Nya..
cemburu tengok anak2 remaja yang lebih semangat untuk dakwah dari saya..cemburu dengan budak2 yang belum berdosa..cemburu dengan orang tua yang masih kuat berjalan ke masjid..
paling cemburu tengok perempuan lagi muda dari saya..dah kawin..dapat suami yang baik dan memelihara diri dia..tinggal nak jaga solat,puasa..dan cari redha suami..cemburunya!
baru saya tahu...saya nak kawen rupanya...tak malu~
Cemburu jugak, macam limaumanis, cemburu sape dapat suami yg josh dalam agama dan sanggup keluar berkorban ke jalanNYA... :(
God slave
Masa aku pergi rumah kawan aku pakai baju biasa, anak dia jerit:
“Ayah! Kawan ayah datang..”
Tapi bila aku pergi jumpa kawan aku pakai baju sunnah, anak dia jerit:
“Ayah! Orang islam datang..”
Ps: Advance betul budak-budak zaman sekarang, dah tahu beza orang islam dengan orang kafir..oh!
------------
anas
Adu-lah pada Allah, dan mungkin juga boleh adu, dalam ‘nota kepadadiri sendiri’
: )
----------------
ابن زين الرمباوي
Add-lah.., dan selamat naik keretamayat
-------------
Tujuh Kaki Dalam
Bila mimpi nak jadi kenyatan, err, maksud aku, tang kereta sport mercedes tu. He he
Ps: orang selalu merungut tak dapat pakai kereta besar dan mengidam nak naik kereta besar lalu kerja kuat sampai abai agama..
Kalau aku jadi PM, aku akan tukar keretamayat kepada kereta yang mahal dan berjenama, jadi tak payahlah rakyat abai agama, sebab sebelum masuk kubur, dapatlah korang merasa naik kereta besar, woha!
Terbaru, kertamayat ezora! Siapa nak naik, phew..
---------
Toaster
Aku menulis spontan, harap apa yang spontan itu tak memudaratkan korang..oh!
-----------
Mrs Ambuyat
Komen yang menarik..
Tahniah!
-----------
ShafiQ
Lain kali aku tulis, kot…
: )
Malu pulak nak tulis sebab belum jadi seperti mereka, malu betul, oh sungguh memalukan..
Tapi, walaupun kuat, jangan tunjuk kekuatan, dan walaupun malu, jangan tunjuk kemaluan..
Woha!
------------
zawq
dan aku sudah lama berhenti naik bas, sejak beli motor masa bujang, kadang-kadang cemburu tengok orang tidur dalam bas sebab aku kena tahan ngantuk drive kereta..
eh, tak kena mengena pulak..
--------------
tholhah
ingat hadith kisah sahabat yang sebelum mati bercerita tiga zaman, satu zaman menentang nabi yang mana jika dia mati masa tu confirm masuk neraka, zaman kedua zaman bersama Nabi berjuang yang mana harap mati waktu tu dan confirm masuk shurha, dan lepas tu zaman Nabi dah wafat yang banyak pembaharuan sehinngga beliau takut status jika mati waktu itu..
oh..
----------
limaumaniss
tak payah cemburu lagi, pergi jadi madu dengan wanita itu.
--------
Pok Nik
Kau jealous atau kau kasihan, (atau kau perli)? Isk..isk…
----------
Ibn HAJARS
Pada zaman Rasulullah s.a.w terdapat 3 tempat hijrah:
1) Habshah, sedia tempat untuk orang islam tapi tak bersama mereka, tiada apa-apa yang berlaku.
2) Taif – tak sedia tempat dan tentang-Allah bagi peluang Nabi untuk perintahkan malaikat azab mereka.
3) Madinah-sedia tempat dan bersama orang islam-sampai sekarang menjadi tempat yang mulia.
Harap imam, pengerusi masjid, jadikan masjid mereka seperti Masjid nabawi..
------------
Najmi Hayat
Masa depan pulak belum tahu..oh!
------------
sufiyyah zulkifli
ghibtah hanya untuk orang islam, maka cemburulah pada orang islam yang kaya tapi siang malam Bantu ugama dengan harta dan diri..
--------------
aishah_conteng_je
ha ha!
-------------
WeLove|sLam
Kalau kau bermadu pulak dengan limau manis, aku cemburulah dengan suami kau tu.
Salam Hamka...
Kadang2 rasa kasihan pada ustaz2 ceramah kat tv cakap ajak ikut Quran dan sunnah tapi dagu licin licau takde sehelai bulu janggut pun, yg pelik misai yg tak sunnah disimpan dan ditrim elok pulak...camana nak ajak ikut sunah, sendiri sunah kecik pun xikut...
P/s: kalau rasa cemburu pada orang berpoligami, doalah dapat jodoh lagi...[ustazah rock izinkan ker???]
Assalamualaikum...
Aku cemburu bila ada orang mampu nak amal sunnah Nabi saw... tapi aku tak mampu...
Aku cemburu bila ada orang lebih hebat ilmunya daripada aku... tapi aku tak mampu nak belajar... lemah nya aku...
Aku kasihan (kesian) bila tengok orang selalu kutuk-kutuk orang yang amal agama... kesian kat diaorang... semoga Allah beri hidayah kepada mereka...
Tapi aku sangat2 cemburu bila orang yang duk kutuk2 orang yang amal agama tu kelak di beri hidayah oleh Allah, amalan mereka lebih hebat dari aku...
Salam...
kat masjid tmpt sy slalu pegi tu, pakcik2 usrah ngan pakcik2 tabligh duk sesama. aduuu sejuk mater memandang.
sy baru tau Allahyarham ayah sy seorang tabligh (beliau pergi ketika sy blum kenal & nmpk dunia)....
HIJRAH1429,
minggu lepas aku tengok siaran langsung khutbah jumaat, khatib yang membaca khutbah menyeru supaya umat Islam mengikut sunnah rasulullah. tetapi (oh!) khatib ini tidak berjanggut. (oh! lagi sekali kerana kecewa)
aku fikir, keutamaan sunnah itu adalah dari segi akhlak dan ibadah. tetapi dari segi pakaian dan cara berpakaian, berhias diri, itu mungkin (mungkin) perkara yang diberi kelonggaran.
asal jangan berlebih-lebihan sehingga mendatangkan makhruh, sudah. kerana dalam hal yang mubah ini terkandungnya syubhat.
luaran manusia itu berbeda-beda adatnya. "keimanan" itu tidak sama dengan "keyakinan".
berapa ramai yang mengaku melalui kalimah iman (lailahaillah), dan kalimah amal (muhammadarasullah) benar-benar beriman dengan al-quran, dan beramal dengan sunnah rasullah sehingga mereka yakin?
sekarang aku kecewa, kerana tidak memahami al-quran dan sunnah dengan sebaik-baik kefahaman.
Janggut oh janggut...secara tiori amat senang di praktikan tetapi hakikatnya....oh...tepuk dada tanya iman..
sentiasa panas kan..?
salam alaik
mintak pakcik hamka tolong buat post psl masalah status halal haram makanan
memandangkan kite salu dpt email forward psl status haram makanan yg kite salu makan nie
zawq...
Mengikut sunnah dalam semua aspek kan lebih baik sebab ikut sunnah bawa kejayaan!
kalau janggut yg senang bangat tu tak boleh simpan, agak2nya sunnah lain macam makan, minum, tido, bersugi, pakaian agak2 ikut sunnah tak...???
Hijrah1429
Aku tak delah cemburu, Cuma bila kenang bab sunnah Nabi, dan fikir bila kita tingal isteri kita lama-lama dan dia takde kawan, aku jadi kasihan, bukan cemburu.. he he
-----------
Luqiem
Mereka berada dalam gelap, lalu menyalakan api dan bangga pada diri, kemudian api padam dan mereka berjalan hanya berpandukan cahaya kilat, tapi mereka masih bongkak, sedang Allah mampu buta dan pekakkan mereka
Kenapa mereka masih belum berfikir?
----------
anak kucing
Makbulkan doa ayahmu..
-------
Zawq
Faham ugama ikut mujahadah, sebab tu akupun masih banyak yang tak faham..oh!
---------
Abdullah
Kayu sugi aku asyik hilang jer..isk!
---------
Wawa
Takdelah
----------
anonymous #007
senang jer, makanan banyak, beli kat orang islam, lepas tu jangan percaya email forward, teruskan hidup..
---------
Hanisumayyah
Malu saya pada suami akak…
salam...
aku baru terjaga dr mmpi indah penuh kepalsuan...
huhu...
skrg ni, aku jeles tngok pompuan yg pakai tudung labuh menutup hijabnya...alangkah bahagia nya mereka krn di akhirat nnt ALLAH sndiri yg akn jumpa dgn mereka...
aku kasihan tngok pompuan2 yg menampak kn dada nya walaupun bertudung dn menmpak kn lehernya...alngkah x sempurna nya...apatah lg yg lngsung x bertudung....
aku jeles tngok mamat2 yg soleh n pemuda masjid sudah berkawen...jeles sgt ngn isteri2 dorang...
adakah aku juga beruntung seperti wanita2 itu yg bersuamikan lelaki yg soleh??
aku kasihan ngn laki2 yg bertindik2 n berkarat rambut n berseluar pendek yg dah berkahwin...lg2 kasihan kt isteri2 dorang krn x mendapt bmbingn yg betol dr suami mrk...
aku berdoa sunggh2 smoga aku tergolong dlm golongn mereka yg aku cemburukan itu...
aku hnya mmapu berdoa semoga mereka yg aku kasihankan itu akn mendapat hidayah ALLAH sblm ajal menjemput mrk...
kadang2 aku hnya mampu mencegah dlm hati jer...alngkah rendah n lemhnya iman ku ini...oh!
...antikapel...
carilah suami soleh di awal waktu sembahyang
: )
aku cari suami yg solat 5 waktunya berjemaah di masjid...jugk solat di awal waktu la..
rujukan terpantas, kau cari budak tabligh.
tulisan y mnarik...bnar2 mnarik..sy link yer..tq
ayat bawah yg dipotong tue..kasihan andartu dan cemburu plgmi..ermmm Kenapa ?
berbisik:
"belum sampai masanya"
he he
kalau orang tu dilahirkan takde janggut ..... camane ??
takde tu takpelah, dah takdir ALLAH, yang penting, niat bang..
: )
aku konon sampai skang rasa, rugi mamat2 tabligh tuh buat keje ajak org g mesjid. coz konon pk cam suma org cam aku. dpn diorg ckp ok semata-mata nak suoh diorg blah cepat2 dr umah. (ya ALLAH ampunkan dosaku) tp bila baca entry ko, tak percaya lak leh sebak dsebabkan tulisan ko.aku percaya tiap kali ko tulis blog, ko doakan kitorg pembaca blog ko kan? semoga ALLAH tak pesongkan aku n kita semua w'pun aku susah atau buat2 susah nak beramal.
Salam bro Hamka (bukan HAMKA :-))
Bercakap pasal ghibtah, ni ada 1 hadith yg saya jumpa (in English la):
Ibn Mas`ud (May Allah be pleased with him) reported: The Prophet
(PBUH) said, "Envy is permitted only in two cases: A man whom Allah gives
wealth, and he disposes of it rightfully, and a man to whom Allah gives
knowledge which he applies and teaches it.''
[Al-Bukhari and Muslim].
Wassalam,
iZar
belajar utk meletakkan perasaan cemburu n kasihan pd tempat yg betul...
Post a Comment