Oct 22, 2008
Bagaimana menjaga Password?
(Cerita tentang Password yang hanya korang dan Tuhan sahaja yang tahu)
Hari ini, October 22, 2008, seawal jam 3:15 pagi.
Aku terima soalan pada entry terkini:
SOALAN:
Hamka...aku lupa password untuk blog aku..amacam mahu dapat semula? tq
JAWAPAN:
Aku tak boleh nak tolong untuk dapatkan Password kamu yang dah hilang tu, dan aku hairan, WHY ME?
Tapi untuk tidak menghampakan korang, disini, aku boleh ajar korang semua akan bagaimana nak menjaga password baru supaya tidak akan hilang lagi, dan andai kata hilangpun selepas ini, tak ingat ke, terlupa ke, terantuk kat bucu meja ke, pasti akan dapat menjejak semula password itu dalam masa yang singkat… insyAllah.
Caranya begini, mudah sahaja, mula mula, ambil mouse dan gerakkan dengan tangan kanan, sambil jari telunjuk tekan tekan, lepas tu guna dua tangan taip “password yang hanya korang dan Tuhan sahaja yang tahu”…
Kemudian, cuba korang buat-buat lupa pada password tu, selepas itu, bila korang nak “log in”, maka taiplah kembali “password yang hanya korang dan Tuhan sahaja yang tahu”…
Maka insyAllah, dapatlah korang masuk kembali untuk update blog.
Senang bukan?, tak adalah nak susah-susah jadi gila macam Nicolas Cage dalam Filem “National Treasure” cari Password yang di sembunyikan dalam sejarah America...
******
OK, sepuluh tahun kemudian, bila korang nak “log in” balik, maka dah tentu masa tu korang terlupa password, biasanya macam tu ler…, kadang kadang tak payah tunggu sepuluh tahunpun, sepuluh minit pun dah boleh lupa password, almaklumlah, akhir zaman, kat jalan tunduk tak nak tengok perempuan, tapi bila tengok TV, tak tunduk pula tengok Rita Rudani atau Lisdawati bergaduh berebut pakwe!, hampeh betul!,
Lalu, bila dah lupa passwort tu, apa korang buat? maka korang biasanya akan mencarut dalam nada marah dan kecewa, bukan? Seperti:
“cis!”
“Hampeh”
“F word”
“binatang!”
“Bengong!”
“Sial!”
“Bodoh!”
Dan lain-lain…
Maka, nasihat aku, ketika korang sedang melafazkan cacian itu, jangan lupa untuk taip balik setiap lafaz cacian itu dalam ruangan password dan insyAllah, tertakluk kepada julat carutan yang biasa korang amalkan, tak sampai seminit, maka dapatlah korang akan kata laluan yang betul…
Jadi “Password yang hanya korang dan Tuhan sahaja yang tahu” itu adalah cacian-cacian yang biasa korang amalkan dan luahkan sepanjang hidup.
Faham?
Satu Kisah benar..
“Hamka, sial betul computer ni, aku dah banyak kali masuk password, tak boleh boleh gak.., sial betul”
Cuba kau tulis “sial”
“apa?, sial?”
“Aku cuba try test dulu…”
“S-I-A-L”
“Eh, dapatlerr….”
Sekian…
PENUTUP.
Kita mencarut secara spontan adalah berdasarkan apa yang ada dalam hati, dan sesungguhnya itulah sebenarnya “Password yang hanya korang dan Tuhan sahaja yang tahu” yang mana jika dalam hati kita ada kebesaran Allah, maka tiada lagi carutan yang akan keluar, sebaliknya secara spontan akan “melatah dengan lafaz yang murni” dan itupun adalah cerita tentang “Password yang hanya korang dan Tuhan sahaja yang tahu”
Dan, bila Malaikat Maut datang mengambil nyawa kita secara mengejut kelak, adakah kita akan mencarut dengan lafaz yang buruk atau Melatah dengan lafaz yang murni?
Apa-apapun yang berlaku, hakikatnya, Itulah sebenarnya “Password yang hanya korang dan Tuhan sahaja yang tahu”
Sekian.
Ps: kepada Anonymous yang bertanya di atas, Why Me?

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
47 comments:
lailahaillah
lailahaillah
Apa kejadahnya dia gi tanya ko pasal password dia tu...? tak faham aku.
Semua password2 aku biasanya aku akan salin kat notepad. Memang tak dapat la nak ingat semua password web2 dan blog yang aku daftar. Salin la baru mudah kerja. Takyah berat palo mikir banyak2.
why u? dah suratan bukan kebetulan
Salam,
Aku lak senang je.. dari kad ATM, email company, private email, facebook, faceparty, myspace, friendster, bla.. bla.. bla.. passwordnya semua sama.. dan hanya aku dan Allah je yang tahu...
Hehe
aku penah lupa password blog aku, tapi bila aku mengadu kat blogger support tu, dia emailkan balik kat aku link utk aku masuk blog tu...tah camana tah aku pun dah lupa..
yang penting aku dpt masuk dan edit balilk blog aku yg dah 2 tahun aku tak usik tu...
bila nak putus nyawa, memang ada password yang nak kena sebut, tu pun klu sempat sebut..
wah wah wah...kutuk aku namapak...HIHIHI
serius nie..aku dh try cari mcm si faz bgtau tp tak jumpe mana blogger support tu...
AKU YG TANYA HAMKA PASAL PASSWORD..
ya ALLAH masyaALLAH..ingatkan ape la tadi..
to en amir...
btull..pasword aku kat alam maya sume aku letak pasword yg sama...cuma ada satu dua site yg pntg je aku letak tak sama...
aku pon ada pasword yg "hanya aku dan Tuhan je yg tahu" dan ada gak pasword yg aku share dgn orang...(erk..ada ke paswod camtuh?heheh)..
apa2 aje..macam2 karenah orang yg semakin maju nih...ish ish...
to anonymous..
aku pon tertanya2..WHY EN HAMKA???
PIECE.... :)
bukan ada ke pernyataan lost password? klik kat kotak sebelah kanan penyataan tu, nanti dia tolong le. itupun kalau ingat guna emel mana..
password teknologi ni, bukak sekali lepas tu dah tak buka2, memang senang lupa. atau, suruh lah pakar IT hack kan. hihi.
harg harg harg harg harg...................... macam-macam betullah ...... aku punyer pasword senang jer.... aku tulis "katalaluan" heh....
sila tanye pada yg pakar. dlm hal ini, propeser HAMKA telah menyedarkan akoo ttg pasword yg penting. pasword tersebut adalah "lu pikir lah sendiri". hehe. bukan2. paswrd yg penting adalah sebagaimana artikel tersebut. TORSOBUTTTT! TORRR TORRRR!
assalamulaikum,
Menarik tu hamka...password yang kene kasi bila malaikat datang nak cabut nyawa atau password yg paling betul3x bila nak enter pintu alam baraqoh...LA ILAAHA ILLA ALLAH...
Ya ALLAH, mudah mudahan kami semua dapat lafaz password tu sebelum roh dicabut dari jasad nanti..Aminn
why u???
because u r d chosen one haha...
erm moral of d story
kurang2 kn la menggunakan
password y bukan2 verbally
n non verbally >_<
password nama bini (yang masih bini dan bukan mantan bini) pun ok. paling banyak pun empat kebarangkalian je...
mohd
: )
------------
Kavkiskey
Buat-buat paham..
-----------
Amir
Aku setuju ngan kau, dan setuju dengan diri sendiri, harap maklum
Hehe
-------------
Faz
Bagus blogspot ni, 2 tahun tak usik pun masih boleh update, satu berita baik, bermakna lepas aku jadi mayat, mungkin blog ni masih boleh dijengah?..
-----------
INTAN RH
Kena 'hafal' sekarang password tu, takut tak ingat.
--------------
Anonymous
Kau ni dahler lupa password, lepas tu lupa gak nama samaran, dan aku yang tak suka jawab soalan dari anonymous ni, sekali jawab, siap satu entry..
Lepas jumpa password nanti, belanja aku minum, ok?
-----------
Limaumaniss
PIECE.... :)
------------
Maryam Abu Ahmad
Akupun nak belajar jugaklah, manalah tahu dah tua nyayuk esok esok lupa password lak, lepas tu lupa jugak nak 'mencarut' atau 'melatah'.. oh..
-----------
PENDEKAR
"katalaluan"..hmm, tak payah susah-susah.
: )
----------
Extremist Thinker
Atau, ‘Lu tak payah piker’ (sebab dah Tanya pada yang pakar)
-------------
van qif
dengan password itu, maka Nabi menjamin shurga, apa lagi nak di kata?
-------------
SpEkmATaKu
Are you the one, who always in my dream.. la la la
-------------
Najwa Aiman
Lama benar kau tak datang singgah jengok keretamayat ni.. terubat sikit rindu pada ‘password’tu..
:)
Salam,
Teruskan 'Pass the Words' to eberibodi.
Tapi kalu aku ingat PASSWORD tapi lupa USERNAME, macamana plak?
smalam ak nampak ko hamka...
cube teka sape aku?
Salam..
aku pun sama gak cam amir..password sumer sama..senang nak ingat..no kete laki aku..huhuhu..kalo lupa gak tak tau la..
naper dia pilih hamka?
aku rasa sebab hamka kan ada banyak idea yang orang lain tak terpikir tapi hamka leh fikirkan(aku yang berbaik sangka)..
(MARIA-BPP)
MMohdSha
kalau macam tu, aku shor kau pergi jumpa pakar terapi, dapatkan nasihat mingguan, bayar bil bulanan..ok
-----------------
garigarugara
kalau kau nampak aku, tapi aku tak nampak kau, bermakna kau adalah kuda yang menyorok.
(MARIA-BPP)
boleh juga gunakan no. plate keretamayat berhampiran sebagai password, kalu tak ingat teruspergi masjid tengok, he he
Aku dgn berbaik sangkanya kpd Hamka meneka password Hamka ialah "salah satu daripada lafaz2 yg murni"
betul?
heh..
Najwa, aku cadangkan ko guna nama husband ko sebagai password..yehaa
Vanqif
hi...
guna nama husband tu macam idea yg baik..
yg tanya pasal pw kat u tu tentu sebab dia tau u ada solution to his problem, kan?
Sekalitu kutanya password laptop anakku sebelum dia pi sekolah. Katanya ENTER je. Bila dia kesekolah, adiknya minta pdku utk pasangkan laptop abangnye. Jenuh ku taip ENTER tapi tak dapat2. Bila abangnye balik, kutanya lagi. Laa rupa2nya takde password...tekan je button ENTER. Kesian si adik...
to anonymous???
guna nama husband??? takkan la orang lain tak tau nama husband dia...ish ish...its not a really good idea...sekadar pendapat...
piece..:)
skar
baguslah sangka baik, sebab ada pembaca yang sangka buruk pada aku, adalah pro dan kontra..
:)
------------
Vanqif
mana kau tahu si najwa penulis novel tu perempuan?
----------
umi ameer
:)
-----------
NOR
asam garam kehidupan..
bru 1hr da byk giler komen?
popular tul blog ni..
mana ade tanye soal?? yang ada cuma..."No Google Account? Sign up here.
You can also use your Blogger account."..so aku "..use your blogger account"..tp fail gak sblm nie ok jer...
aku sebenarnye nak bagi komen kat entry2 dlm blog hamka...jadi aku pilih Google/Blogger
username dah betul tp password plak salah...
mmm..nasibku....woha...siap jadi entry baru lagi pasal password nie...tingtong tul ko ham...
AKU YANG TANYA HAMKA PASAL PASSWORD
LUPE PLAK ...AKU YANG TANYA HAMKA PASAL PASSWORD ADALAH najmussobah yang sblm nie kerap guna nick RON atau RON TULEN
"...jam 3.15 pagi..."
masa tu sbb..aku baru je pasang internet tp guna handphone 3G ..yg broadband pasang usb kat pc tu...aku pun tak tahu nak terangkan mcm mana...lebih kurang mcm tu lah...so,RM8 per 24hours...jadi,gasaklah selama 24jam...alhamdulillah dpt gak solah suboh di masjid...sini kan suboh 4.33pagi azan...ahaks...
lagipun aku jenis .." apa lelaki buat selepas bersetubuh..."
yang susah mau tido selepas "bersedekah"...woha
hurmm
tu la. lately byk terinfluence dgn "pass the words" yang kurang murni.
ku harap hati ini masih suci, belum ternoda dgn dunia carutan si penghasut dusta.
aku mau taubat dari carutan xbermakna..
akan ku penuhi tuturku dgn kalimah2 suci spt lailahaillah..
bagus, entry ni tlh menyedarkan aku tiada guna menurut nafsu amarah serapah..
lailahaillahhh.. allahuakbar!
salam~
nk mntak permission ltak link blog ni into mine.
(da ltak pon)
hee~
blog berilmiah yg sempoi!
=)
salam
saya nak syor beberapa passwords yg insya-Allah x akan lupanyer (risiko you all tanggung sendiri bila semua ambil keputusan guna contoh2 passwords ni):
- pa55word
- pa$$word
- open4you
:-)
tapi saya teramat suka password=katalaluan...betul2 sempoi & klasik. I'm lost for words & laughter...
kita tutup dgn tasbih kiffarah.
wassalam,
iZar @ KUL
salam bro hamka, lupa btul aku nak ajk bro dtg beraya di rumah kluarga tempoh hari.. klu ke kl, sudi2lah singgah
salam...
satu lagi password yg disyorkan..
~ p@ssword
~ k@talaluan
hehe.. sebarang masalah tak de kena mengena dgn yang idup dan mati yek..
p/s : bley plak maen2 kongsi password.. ^_*
REKA PASSWORD
Gunalah password apa pun. Lupa pun tak pe. Tak berdosa. Tapi jangan lupa 'password' masa 'pass away' nanti udah le.
salam saudara hamka..aku da kemuskilan sikit..aku selalu dengar ayat ni
"Allah tidak aan mengubah nasib hambanya kecuali dia berusaha mengbahnya"
dan jugak ayat ni
"apa yang terjadi keatas kta sudah ditetapkan sejak azali lagi, kia hendak lah redo' dengan qoda' dan qadar nya.."
soalan aku..
aku tak dapat kaitkan perkaitan antara 2 ayat di atas..
walaupun kita dah berusaha, tapi qoda' dan qadar nya keatas kita sudah ditetakan sejak azali lagi..kompius aku..
nampak sangat ilmu aku kurang sekurang-kurangnya sampaikan 2 ayat ni pun aku tak boleh kaitkan antara satu sama lain..
aku harap saudara or sape2 lah boleh xplain sedikit...
terima kasih..
kakakaka...
passwordppun tnyer kat ko..
patutnya tnyer la bill gates...
Kisah benar.
Ada sorang customer komplen kat TM pasal streamyx dia. Bila call call centre biasa lah di akan minta password. Maka customer ni nak pedajal kat TM dia dah tukar password dia. Berikut adalah petikan perbualan dia..
TM : Apa password log ini Encik..??
Customer : TELEKOM MANYAK BODOH
p/s - berani betul customer tu, sebab dah geram sangat dengan TM.
Aku pulak dari kad ATM, Internet Banking apa-apa yang perlu password. cuma sama saja atau hampir sama.
bertahun aku cari password yg sesuai utk aku.......????? smpai skg x dpt2.....?????? anak kunci syurga????
RON
LAAA! Kau rupanya, kenapa tak cakap siang siang? Kenapa cakap jam 3 pagi?
He he he..
Tapi itulah, ramai yang sayang kau kat sini..
:)
-------------
valsa nine
dan jika manusia itu ingin memaki, maka makilah pada diri sendiri..
--------------
nurainmunderfahn.
Siapa yang nak link blog aku ke blog dia, memang aku bagi, free sajer, sila sila sila..
Tapi untuk korang yang nak aku link blog dia ke blog aku, itu yang kena bayar, ha ha!
=)
----------
iZar @ KUL
:-)
-------------
Linanilza
Errr, lepas syahwal boleh tak, eh? Kau dah balik Malaysia rupanya..
-----------
REKA PASSWORD
Aku cadang, guna perkataan yang ada unsure mayat dalam PW, macam ‘keretamayat’ misalnya, atau ‘Hamkahendsomemacammayatbarumandi’,
contoh!
----------------
Azharjaafar
masa 'pass away' nanti, takut bukan setakat lupa 'password', tapi terlupa jugak “username”!!
-----------
Anonymous
Aku dah tulis dalam saiz a4 19belas muka surat dalam entry: “apa itu takdir”
Semoga ada takdir kau baca entry tu, dan ‘terubah’ takdirmu itu selepas baca entry tu..
terima kasih..
-------------
perokoksoleh
kenapa tiada yang Tanya aku no akaun Maybank 2u?
------------
abikhsan
biasa ‘Kisah benar’ akan berakhir dengan moral, apa moral cerita engkau?
-----------
kedaijamu
kalau kau cari memang tak dapat, jumpa kau ‘jumpa” pulak..
lain kali password tu selepas buat,
kena bagi tau Allah yang maha ...
simpankan
lepas tu kalau lupa, mintak balik kepada Allah yang maha ...
tapi kan apa guna solat hajat???
bukan ker boleh dapat balik password tu balik
opis aku pun kalau ada masalah komputer yang tak dapat setelkan
aku ambil wuduk, lepas tu solat hajat 2 rakaat, lepas tu tambah 2 rakaat lagi, lepas tu tambah 2 rakaat lagi
akhirnya dengan izin Allah yang maha ... bantu aku setelkan masalah tersebut. kadang2 dalam solat baru ingat
jadi demi ...
wakkakaka
:)
You never fail to educate and amuse me at the same time :)
Thank you.
for that reason, perhaps i can be your 'password" he he he
Post a Comment