Oct 30, 2006

Dah "PUAS" beraya ?

(Tips untuk pelajar sekolah menengah menjelang SPM)

Sebuah karangan merepek- entry ini hanya boleh di baca oleh orang yang betul-betul free SAHAJA-yang betul-betul tadak kerja!-harap maklum

----------

Dalam keghairahan korang menyambut raya enam, makan ketupat sana sini, beli lemang beli rendang, makan kuih, basuh langsir, tak terfikirkah korang akan adik adik kita yang nak ambik SPM tak lama nanti ?, kesian diorang…takde orang nak teman study..

Oleh yang demikian aku yang prihatin terhadap isu isu semasa dalam Malaysia kita ini, akan menolong adik-adik yang nak ambik SPM dalam pelajaran yang paling payah sekali dan selalu berubah-rubah formatnya serta sentiasa bertambah perkataan-perkataan baru, sentiasa memeningkan menteri menteri bukan melayu dalam pengunaan tata bahasa, silap haribulan , jika gagal subjek BM ni, alamak kena halau dari duduk Malaysialer gamaknya, kena pergi duduk Pnom Pheh tu…relax adik-adik, jangan panic, abang tolong setakat yang mampu.

Untuk pengetahuan adik-adik, abang masa SPM dulu Pendidikan islam dapat A, Sains dapat A, tapi bahasa malaysia dapat pangkat '7', tapi lepas tu baru abang ambik BM julai dan dapat "5"..., kira ok apa, he he he...

Ok, kita teruskan kelas kita, Dalam Bahasa Malaysia, ada bebarapa kemahiran yang perlu di kuasai, antaranya sajak, pantun, gurindam, syair dan yang paling susah adalah karangan yang tidak boleh melebihi 360 patah perkataan.

Kita pergi bab pantun dahulu, supaya adik adik kita yang gagal SPM nanti boleh belajar pantun untuk meminang, tapi abang tak nak ajar pantun untuk merisik atau meminang, naik skheih nanti..

Sebenarnta bila bercerita tentang pantun, abang dah tulis dah dulu dalam kotak komen, jadi abang copy/paste sahaja:

BAGAIMAN BERPANTUN YG BETUL

Untuk membuat pantun yang baik , setiap pantun mestilah mempunyai pembayang yang ada kaitan dengan maksud dan hujungnya mestilah berakhir dengan huruf yang sama.

Contoh pantun yang baik di mana maksud dan pembayang adalah selari dan berakhir dengan huruf yang sama:
Cth:

BUDAK-BUDAK PERGI SEKOLAH,
PERGI SEKOLAH NAIK BAS SEKOLAH,
BUDAK-BUDAK BALIK SEKOLAH
BALIK SEKOLAH NAIK BAS SEKOLAH

Inilah pantun yang baik kerana tak perlu susah2 org lain nak menjawab.he he he

Contoh pantun yang salah dimana maksud dan pembayang tiada kaitan dan huruf yang berakhir tidak sama:

MENANAM MAYAT DI TENGAH BANDAR
BANDAR CANTIK INDAH MENAWAN
KALAU TUAN ORANG YANG PANDAI
HABIS MADU SEPAH DI BUANG

Pantun ini akan membuatkan orang ramai dan pihak ketiga tidak faham adakah ianya berbentuk soalan atau keluhan dan adakah perlu dijawab atau di biarkan begitu sahaja..oh

-----------

BAGAIMANA MENJADI PENG-SAJAK YANG BAIK

Untuk sajak pula, mestilah mempunyai bahasa yang ringkas dan ada sedikit jalan cerita..

Contoh sajak..juga abang copy/paste

AKU YANG TIDAK BERUBAH

(baca sambil berdiri dan memegang tongkat imam berkhutbah, sesuai di baca di halaman surau)

Aku berjumpa sahabat lama…Dia dah berubah
Tak munasabah
Sungguh banyak dia berubah…

Aku bertanya kenapa berubah?
Dari ‘ahli surau’ kepada kehidupan manusia biasa?

Dia menjelaskanbahawa dia telah melihat banyak keburukkan “ahli surau”
Jarang bersama anak bini…Cakap benda sama.
Abaikan dunia…Pakaian macam org arab
Rasa diri bagus…Perasan sibuk
Suka bersembang…Tak ada masa depan…
Membazir harta org ramai(masjid)…Buat bising…

Kasihan umat menderita…

Aku kataAku dah 29 tahun memeluk ugama islam
Dalam ugama ini aku jumpa banyak keburukkan orang islam…
Merompak…Berzina…Rasuah…
Membunuh…Sumbang Mahram…Mengedar dadah…
Jerangkong dalam almari...Mengfitnah…
Haruan makan anak...Anjing tersepit yang dilepaskan…
Rogol-bunuh-bakar!

Tapi aku tak tinggalkan ugama islam…
Aku harap kau tidak murtad
Kerana ramai yg murtad bila tengok keburukkan
Juga ramai yang tinggalkan surau bila lihat keburukkan ‘ahli surau’…

Bukankan Allah bagi dua mata?
Satu lihat baik orang
Satu lihat buruk sendiri..
Barulah mata hati akan faham kebenaran….

Itu adalah contoh sajak yang baik dari segi moralnya , tapi yang paling susah bila nak kena buat karangan…, setahu abang Soalan SPM terbahagi kepada dua bahagian dan ada soalan khas yang kena buat karangan yang tidak melebihi 360 patah perkataan.!! mari kita belajar buat karangan.

BAGAIMANA HENDAK MEMBUAT KARANGAN

Berikut adalah soalan ramalan yang abang rasa akan keluar dalam bahagian pertama kertas BM 2006.

Bahagian pertama
Berdasarlah soalan di bawah, pilih satu soalan dan Tulis karangan berdasarkan senario di bawah dengan jumlah perkataan tidak melebihi 360 patah perkataan

Soalan:

1. Tuliskan sebuah karangan ketika anda menempuh lalilatul Qadar dan ceritakan juga pengalaman pengalaman aneh serta misteri di sepanjang malam tersebut.

2. Ceritakan pengalaman anda bermain mercun yang dahsyat sehingga mengorbankan nyawa sebilangan besar penduduk kampung.

3. Berikan pendapat anda tentang budaya hantar kad raya melalui SMS atau email.

4. Bayangkan anda sebagai seorang yang perasan sibuk dengan pelbagai urusan dunia mencari kesenangan dan kemewahan hidup. Hari hari anda bekerja keras untuk melangsaikan pelbagai hutang piutang seperti rumah, tanah, kereta, perabot, kad kreadit, insuran, skim, dobi, bil, dan lain-lain, walaupun sibuk anda masih sempat update lagu popolar, cinema movie dan astro ria, namun demikian, seorang yang sibuk seperti anda memanglah langsung tidak balik kampung kecuali di atas urusan-urusan penting seperti pembahagian harta pusaka misalnya, oleh kerana Hari Raya adalah penting bagi seorang seperti anda, ceritakan pengalaman anda balik beraya di kampung

(semua karangan adalah tidak melebihi 360 patah perkataan)

----------

Contoh jawapan dari aku, aku cuba jawab soalan yang no 4 kerana macam ada kena mengena dengan pengalaman:(..oh)

Nota: tulisan yang berwarna merah adalah jawapan yang salah, bermakna jangan tulis jawapan seperti tulisan merah jika tak nak duduk Pnom Pheh.

Contoh jawapan No 4:

Terima kasih kepada pemeriksa soalan kerana sudi baca jawapan karangan saya, saya rasa sungguh terharu kerana selama ini saya dah banyak menulis karangan saya di blog , tapi tak de orang yang nak baca, oleh kerana tuan pemeriksa sudah di wajibkan membaca karangan saya, maka saya akan mencuba sedaya upaya berserta seluruh jiwa dan raga untuk menulis tidak lebih daripada 360 patah perkataan.. Saya berharap mood pemeriksa ketika membaca karangan saya berada dalam keadaan yang baik untuk memudahkan tuan pemeriksa dalam pembahagian markah kepada saya nanti…

Pada suatu hari, saya dan isteri tercinta telah membuat keputusan untuk pulang beraya di rumah mak saya di Terengganu, sebagai isteri yang solehah, isteri saya yang tercinta itu menurut sahaja tanpa membantah. Ingin menjadi sehebat Siti Fatimah r.a katanya,

Sebelum bertolak kami sekeluarga buat solat hajat terlebih dahulu kerana siapalah kami tanpa pertolongan Allah. Kemudian saya buat ziarah pantas kepada anak-anak jiran dengan membawa sifat dermawan lalu dengan ikhlas menghulurkan duit raya seringgit dua, bukan apa, ada hadith bagitahu sekiranya kita bersedekah sebelum memulakan perjalanan, maka Allah akan hantar malaikat menamani kita di perjalanan.

Keluar dari rumah, sebagai orang islam yang peka, saya membaca doa keluar rumah yang di ajar oleh seorang ustaz, kalimahnya bermaksud:

“Dengan Nama Allah, aku bertawakkal kepada Allah, tidak ada daya dan upaya kecuali pada Allah”

Dalam kereta , saya sebagai amir(ketua) perjalanan telah memastikan agar sang isteri telah membawa semua peralatan yang cukup, seperti air mineral, air bateri, botol minyak hitam, tasbih, cermin mata hitam, tool box, kaset ceramah, kaset mengaji, keset nashid, kaset lagu XPDC, cromok-forever in time, kased fadhilah kamsah, zikir munajat . bla bla bla

(korang boleh tulis banyak lagi, ini adalah satu tektik jika korang rasa takde idea untuk mengcukupkan 360 patah perkataan)

Selepas itu kami beramai ramai (bersama anak-anak) membaca doa naik kenderaan dan membaca 3 kali ayat kursi sambil senyum mendongak ke langit, kenapa kami senyum ke langit? Silalah rujuk ustaz…atau kertas jawapan subjek ugama., saya takut kalau nak terangkan bab ni terlebih 360 patah perkataan..oh!

Maksud/makna Doa memulai perjalanan.

“Maha suci Allah, yang telah memudahkan bagi kami, padahal tidaklah mampu kami menguruskan, Dan sesungguhnya, kami akan kembali kepada Allah.”

Kamipun bertolak dengan beberapa doa lagi , kami bertolak pada waktu pagi hari kerana nak mengikut sunnah Nabi Muhamad SAW yang suka memulakan perjalan pada pagi hari dan paling baik hari khamis, (saya perasan baik) dan jika anda nak tahu, ada beberapa waktu yang makruh kita bersafar seperti hari jummat iaitu sebelum azan jummat, dan haram bertolak pada hari jumma'at sejurus selepas azan jummat. (Solat jumma’at dululah bang!)

Dalam perjalanan balik berhari raya kami sekeluarga telah banyak berjumpa dan menimba pengalaman yang enak-enak seperti melihat dengan mata kasar akan begitu banyak sekali penduduk di Malaysia yang menetapa /tinggal di kampung yang telah berjaya, takrif kampung yang berjaya adalah kampung yang mempunyai beberapa buah jentera, juga kereta proton saga dan tak lupa akan sawah padi yang menguning…

Lagu latar

kampungku sudah berjaya pembangunan sekeliling
ada jentera ada kereta proton saga . . sawah padi menguning


Dalam perjalanan, kami banyak ternampak masjid lalu sebagai Super born muslimim, maka kami akan berselawat dan sekiranya kami berhenti di masjid untuk buang air besar atau air kecil, kami tidak blah begitu sahaja, nampak macam masjid jadi tempat singgah berak pulak, lalu kami sebagai menghormati masjid, kami akan solat shukur 2 rakka'at bershukur pada Allah yang telah bagi kami nikmat buang air.

Di pendekkan cerita, Setelah agak lama memandu, anak-anak dan isteri telah tertidur di buai oleh zikir munajat dari kaset, saya dengan tabahnya memandu walaupun berada dalam keadaan sangat mengantuk.

Saya pun membukak radio dan meng-update lagu lagu pololar dan lagu2 raya..,

Oleh kerana masih mengantuk, sayapun bukak kaset lagu Cromok forever in time, layan solo Karl…tapi masih mengatuk jugak, lalu tutup kaset dan menyanyi sendiri sebuah lagu raya yang bukan versi asal:

Lagu raya versi baru(bukan idea aku sepenuhnya)

Selamat hari raya
kpd suami dan juga isteri..
setahun hanya sekali...
menghabiskan duit beli itu ini.

di masa bulan ramdan
kita selalu tunggu anak bulan
pabila syawal menjelang
kita raya lebih2 dari org

Sungguh hebat pemandangan di pagi raya ini
tua muda makan tak henti2
ku bermohon semoga panjang umur, murah rezeki
kerana aku cinta dunia takut mati..

Dam dam dum macam mercun
pinggang mangkuk terbang berduyung duyung
jiranpun tumpang menontong
sungguh meriah hari raya ini tahun...

mintak boss bonus setahun
isteri mintak hendak bayar hutang along
Selamat hari raya....!!

(aku tak tahu apa reaksi pemeriksa soalan korang jika lampirkan lagu untuk memenuhi kouta 360 patah perkataan-, aku rasa baik korang tak payah taruk lagu jika korang tak nak duduk Pnom Pheh!!!)-sambung balik

----------

Oleh kerana saya masih mengantuk, Sayapun mengejutkan isteri saya dan ajak dia membuat sebarang aktiviti yang boleh menyegarkan mata. maklumlah bulan puasa, nak minum atau nak bermesra antara pusat dan lutut, tak bolehlah pula..oh!

Saya bertanya keadaan isteri saya: awak nak dengar cerita tak tentang pengalaman pertama kali abang melihat kemaluan wanita dewasa?

Tapi isteri saya yang nak jadi sehebat siti Fatimah r.a telah enggan memuaskan nafsu lawak lucah saya, lalu untuk mengelakan mengantuk, kami pun bersetuju untuk menyanyikan lagu lagu duet hari raya, seperti halaman Asmara (Awie, ziana), Seloka Hari Raya (Uji Rashid & Hail Amir)

Tiba tiba kami tiba di jalan yang mengdaki, selaku suami yang beriman saya mula bertazkirah pada isteri:

Saya kata: Sunnah Nabi bila naik bukit(jalan yang mengdaki) kena baca “Allah huakbar”

Isteri kata: oh begitu..

Kemudian kami pun turun bukit dan saya terus bertazkirah…

Saya kata: bila turun bukit kena baca “SubhanAllah”

Isteri kata : oh begitu..

Kemudian jalan mulai rata dan selesa, berkat kerja Jabatan kerja raya dan saya sacara langsung terus menerus menyampaikan imu di dada

Saya kata: Kalau jalan rata sunnah Nabi baca “Alhamdulillah”
Isteri kata : oh begitu..

Sampai kat Mercang terengganu kami banyak melalui jalan yang berselekoh, lalu dengan selamba isteri saya bertanya: “doa selekoh tak de ke bang?”..

Eh, engkau ni buat lawak lah pulak..nah ini di doa selekoh “BEST LAP!!!”

Isteri saya mulai cuak dengan teknik ‘brek menggolongsor’ di jalan selekoh, tiba tiba saya dan isteri saya ternampak tengokorak sedang memegang streng kereta…

Isteri: Abang nampak tak ? skull ngan stereng tu, kawasan kemalangan ni, bawak slow sikit..

Saya kata: apa pulak, skull ngan stereng tu bermaksud kawasan ni kawasan berhantu, kena bawak laju laju (sempat juga saya buat lawak walaupun dah mengantuk)

Isteri: salah tu bang, itu bermaksud semua orang akan berpeluang naik kereta mayat! Anda tidak mampu mengubahnya,!!!, lagi satu, saman had laju tak boleh di kompaun!!!

Saya sebagai pengguna jalan raya yang prihatin dengan jumlah pendapatan, mulai membawa kereta dengan had laju kebangsaan…

Kemudian jalan mulai jam, kenderaan mulai merangkak-rangkak dan bergerak perlahan..ada orang kemalangan rupanya, ada yang jadi mayat…tapi saya tak akan tulis mengenai karangan kemalangan ini kerana tidak kena mengena dengan soalan, saya akan tulis karangan tentang kemalangan pada soalan repeat paper tahun depan. Itupun jika ada soalan karangan tentang kemalangan.-sambung balik.

-----------

Isteri saya seorang pembeli orangnya, dalam perjalan ke kampung saya kami telah singgah di kemaman beli lemang, singgah di kerteh beli McDonald's drive-thru, singgah di Paka beli mercun, singgah di dungun beli kad prepaid, singgah di merchang beli jagung, singgah di marang beli air nira, singgah di rusila beli satay, singgah di chendering beli rempah nasi dagang dan keropok, huh nasib baik rumah saya sebelum sampai pusat Bandar kuala terengganu, jika tak tentu singgah beli kain batik dan barangan tembaga kat kedai payang!!

Sebagai meredakan nafsu membeli sang isteri, saya mulai bertazkirah.

Saya: Nak masuk shurga tak?

Isteri: nak!

Saya: Ahli shurga adalah orang yg sembahyang sepanjang malam dan berpuasa sepanjang tahun.

Isteri: solat sepanjang malam dan berpuasa sepanjang tahun? Biar betul…

Saya: "jika kamu solat isyak dan subuh berjemaah, kamu seolah-olah solat
sepanjang malam, dan jika kamu puasa ramadhan di ikuti 6 hari di bulan
shahwal, kamu seolah2 berpuasa sepanjang tahun."

Isteri: oh, begitu…, nanti lalu kat Kelulut singgah beli air buah ye bang? , rasa nak minum jus kurmalah bang..

Arghhh, nampaknya cerita perjalanan pulang berhari raya terpaksa di hentikan kerana terlalu panjang dan merepek serta sudah melebihi 360 ribu patah perkataan, terima kasih kepada tuan pemeriksa yang sudi menghabiskan baki umur dengan membaca karangan saya, maaf kerana saya telah mengcuri masa anda yang sangat berharga dengan membaca karangan ini, jika anda menghargai baki umur anda, jangan sia-siakan masa yang telah di habiskan dengan membaca karangan ini, luluskanlah saya, saya perlu mendapat kepujian dalam BM untuk megelakkan saya daripada menjadi warganegara Pnom Pehh dan seterusnya mengesahkan jawatan saya di jabatan kerajaan Malaysia.

Sekian, salam sayang. Dan selamat hari raya enam!

Ps: adik adik, selamat menjawab soalan SPM, ada masa bolehlah melawat Pnom Phehh!!

-------------------

DELETED SCANE:

(ini pulak adalah karangan yang aku terpaksa delete kerana karangan tersebut telah melebihi 360 patah perkataan)

Tempat pertama yang kami lewati adalah Bandar kuantan, maka ternampaklah kami akan Kuil hindu, oh..inilah yang di katakan deeparaya, lalu saya menggesa isteri saya membaca doa melihat kuil iaitu:(Error; cannot display arabic world)
Lepas tu ternampak pulak jirat cina lalu membaca doa:
(Error; cannot display arabic world)
Ternampak pulak gereja, lalu baca doa:
(Error; cannot display arabic world)
Ternampak pulak wanita cantik lalu membaca doa terlihat wanita iaitu:
(Error; cannot display arabic world)
Kemudian ternampak pulak kereta orang yang besar dan mewah lalu membaca doa:
(Error; cannot display arabic world)
Lepas tu nampak pulak kediaman orang kapir yang besar dan mewah lalu membaca doa:
(Error; cannot display arabic world)

Apabila setiap kali kami menaiki jambatan, kali akan membaca doa (error; cannot display arabic world) ini sambil berharap dengan Allah agar di selamatkan kami di jambatan akhirat iaitu titian sirat.

Ps: Error; cannot display arabic world = please refer to ustaz, Don't stop before you top, Touch the sky before you drop (corpse)

------

Ps 2: sebelum isteri korang jadi mayat, kepada mereka yang dah berkahwin terutamanya lelaki, jika korang sentiasa inzal sebelum isteri korang inzal, lalu korang biarkan isteri korang tanpa inzal, Baik korang mintak maaf BATIN banyak-banyak!(tak lawak) JANGAN SEKALI2 INZAL TANPA ISTERI INZAL. ITU KEZALIMAN DAN KETIDAKADILAN. kalau dah terlanjur.. mintak maaf batin banyak2 kat isteri..

SELAMAT HARI RAYA ENAM!!!!

71 comments:

zwitterion said...

kenapa pnom penh?..hehe.
untuk hari raya yg satu hari tu..mcm2 kita buat

hamka said...

OK ler Pnom Penh, ingat nak taruk Zimbabwe ke apa...he he

Anonymous said...

ish ko ni...apa-apa aje..
tapi sentiasa ada faedah bila membacanya..hehehe

Anonymous said...

Sekarang dah mula bermula dan akan bermula bermacam2 "exam", lepas raya ni, eg. SPM, STPM, matrikulasi, universiti dan sebagainya. Baguslah Hamka bagi peringat. Sajak tu bukan sebagai contoh je, tapi macam satu kebenaran.

Anonymous said...

hihi..lawak tol la..erk..naper ye lepas baca doa tu kena pandang dan senyum ke langit?[aku yg malas cari jwpn..oh..]..pokai la bro klu balik kg jauh..setiap tempat mesti berenti beli dan belah..haha..

hamka said...

maniss

alhamdulilah, bila kau cakap ada faedah…hihihi
(riakkah aku?)

------------
zabs

Sajak itu adalah kisah benar penulis dan rakan-rakanya..isk!

-------
elcoyote

kau jangan malas, kenapa kena pandang dan senyum ke langit?
Aku nak tulis tapi nanti org Tanya pulak pasal dalil, dan Nas..
Baik kau rujuk ustaz….

Oh!…

Anonymous said...

"Saya sebagai pengguna jalan raya yang prihatin dengan jumlah pendapatan, mulai membawa kereta dengan had laju kebangsaan…"

ya..ya..sila pandu dgn cermat..contohilah bro hamka..:P

p/s:doa naik kenderaan jgn lupa!

-mi-

hamka said...

mi

TAU TAKPE!

ps: ada orang kata kat aku,kenapa kau naik kereta, kau kan nak ikut sunnah, kenapa tak naik unta ke, naik kuda cam Nabi buat?

Aku kata: engkau ni memang banganglah!
Nabi mana ada ajar doa naik unta@kuda, nabi ajar doa naik kenderaan, aku naik lift pun baca doa nih!, kalau kau terer, aku nak belajarlah jugak doa naik unta dan kuda ha ha ha…

Anonymous said...

"tgk langit senyum..."

tk silap itu cuma sbg simbolik yg kite senyum kt Allah..
mcm jgk bile kite bermimpi buruk,kite diajar utk meludah ke tepi.(bkn ludah betul2)

ape2pn yg pnting kite yakin Allah berada di mana2...xsalah pn kalu tk tgk langit.
ini ape yg ana sy blajarlh

MDM FARAH FAIZURA said...

aku sentiasa berharapa,

aku punyai peluang lagi untuk SPM,

aku mau memasukkan perkataan

INZAL

dalam karangan aku,

biar pemeriksa kagum

lalu memberi A

kepada aku

kerna INZAL itu Islamik,

Kerna sekrang heboh sastera ISlam,

mau menang hadiah sastera? buat karya2 Islamik

mau karangan A?

masukkan perkataan INZAL

hehehe

Najwa Aiman said...

ekekekkeke.... entri ni mmg kelakar... dan pada dingin, aku dah cari dlm kamus dewan edisi ke-3 (latest is edisi ke-4), perkataan "inzal" tak ada dlm perbendaharaan kata bahasa melayu la. yg ada ialah orgasma, dan definisinya: puncak kenikmatan syahwat... ekekkekkekeke....... err.. ni kira aku mencarut ke? tak kan?

pasal karya islamik tu, ni sekadar pandangan aku: auta saja tu. sebnarnya aku takut dgn golongan yg ckp pasal karya Islamik sbb dlm byk peristiwa aku dpt kesan wujudnya ujub dlm bicara mereka... tapi hanya Allah yg Maha Mengetahui...

Anonymous said...

-Don't stop before you top, Touch the sky before you drop-
macam lirik lagu scorpions je?

Anonymous said...

cis cis... ceduk idea aku. sib baik tak 100% ceduk. oh anak muridku.

tapi kalau aku saman ko ni, boleh menang RM2 juta ni. anak murid menciplak idea tuan guru kekeke.

sekian terima kasih

hamka said...

Anonymous
"tgk langit senyum..."

aku taruk rawi sikit, hadith ini adalah riwayat Tirmidzi, di petik dari kitab, petunjuk sunnah karangan A. Abdurahman m/s:85, bab safar

Wallahu’alam.

-----------
dingin

Dalam kursus perkahwinan, juga perlu di masukkan kursus:
“bagaimana menginzalkan isteri”
penting kerana ini adalah rahsia rumahtangga yang bahagia…

juga bagi perempuan yang datang haid atau nifas atau sakit puan, juga perlu belajar teknik menginzalkan suami tanpa bersetubuh…

baru dapat score A dalam rumahtangga he he he

--------
Najwa Aiman

((((err.. ni kira aku mencarut ke? tak kan?)))

Mari belajar:

Mencarut adalah menyebut perkataan yang menyinggung perasaan dengan niat mengaibkan orang itu.

Contoh mencarut:
Engkau ni babi
(sedangkan orang itu bukan babi)

Tapi jika untuk menerangkan sesuatu lalu di ucapkan perkataan yang kurang senang tapi berniat untuk menjelaskan:

Contoh macam mencarut tapi tidak mencarut.
Zakar engkau bengkok, akan menderitakan faraj nanti, cuba guna ubat ini untuk meluruskan zakar engkau.

Bersambung….(bila ntah?)

-------------
Anonymous

He he he, tau takpe..

--------
hafizbar

tuan guru nak 2 juta?
Ini dah kira penyakit wahan ni…ish..he he he

maka aku sekali lagi copy/paste tanpa izin engkau untuk memudahkan budak SPM buat kajian:

---------
sumber: hafizbar.blog

[Ramalan Soalan SPM Bahasa Melayu - Kertas II, 2006]

Bahagian B
[Masa yang dicadangkan: 1 jam 30 minit]

[100 markah]

Pilih satu daripada soalan-soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya melebihi 350 patah perkataan.

1.
Selaku ketua pengarang buletin sekolah, anda dikehendaki mewawancara YAB Hafizbar tentang Majlis Perjumpaan Tahunan Persatuan Masak-Memasak Seluruh Argentina dan tujuan majlis tersebut dianjurkan.

Tulis wawancara itu selengkapnya.

2.
Baru-baru ini, kerajaan mencadangkan supaya "Program Meningkatkan Kemahiran Membaca Laman Web Hafizbar" diperkenalkan kepada golongan remaja untuk memupuk semangat cinta akan ilmu yang sohih warrojih.

Tulis pendapat anda tentang cadangan tersebut.

3.
Laman Web Hafizbar berjaya menarik ramai pembaca cemerlang sejak Januari 2004. Kebanyakan pembaca adalah terdiri daripada golongan yang soleh dan solehah. Walaupun mereka memiliki hati yang putih suci berseri, tetapi mereka tetap menjadikan Laman Web Hafizbar sebagai sumber sohih utama untuk mendapatkan lawak sensasi dan mendidik minda. Rakan anda bertanya tentang dalil yang digunakan oleh Hafizbar untuk menulis karya berbentuk satira, entri-entri cemerlang yang dituliskan dan keberkesanannya.

Tulis surat kepada rakan anda itu menceritakan perkara tersebut.

4.
Percambahan lebih banyak blog bosan tidak membantu negara dalam mempertingkatkan kecekapan pekerja terutama yang berada dalam sektor awam. Begitu juga, blog-blog bosan hanya menyebabkan orang ramai meluat, lalu tertimpa penyakit muntah-muntah setelah membaca blog-blog tersebut.

Sejauh manakah anda bersetuju dengan pernyataan di atas?


5.
Rama-rama terbang melayang
Terbang melayang di waktu senja
Kenapa orang bunuh orang
Sungguh jahat orang itu

Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi yang baik dikenang jua
Dua tiga kucing berlari

Anak kambing jalan seorang diri
Membeli baju di rumah Norkumala
Kalau tuan membeli padi
Kenapa ingin menampal tayar

Anak tenggiri di tengah kolam
Anak kolam di tengah tenggiri
Kalau ingin membeli ikan tenggiri
Janganlah membeli di dalam kolam

Dua tiga monyet terbang
Mana nak sama tupai terbang
Kalau kita orang yang baik
Tentu kita banyak wang

Dua tiga kedidi berlari
Gunung daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi yang baik di tak nak sudah

Kalau tuan membeli helikopter
Membeli helikopter di gunung daik
Persatuan negara memajukan negara
Ke mana kita membeli bendera

Menjual helikopter di tengah bandar
Bandar indah maju membangun
Negara Malaysia negara yang maju
Perodua Kancil engkau dah beli

Anak kedidi memakan padi
Memakan padi di tengah hari
Kenapa budaya lepak menjadi jadi
Tolong jawab Cik Tat di sana

Burung serindit atas pokok
Burung merbuk bawah pokok
Itu pokok ada burung serindit
Burung gagak dalam pokok
Kalau tuan panjat pokok
Budaya lepak bawah pokok

Tulis ucapan berdasarkan maksud pantun-pantun di atas.

6.
``Hafizbar's Site adalah seumpama durian. Kalau tidak dipecahkan ruyung masakan dapat sagunya; Kalau tidak dikupaskan durian, manakan dapat isinya yang sedap."

Tulis cerpen berdasarkan gambar dan pepatah seperti di atas.

7. (Soalan Bonus)
Ramai orang yang memiliki sifat ``Holier-Than-Thou" tidak suka dan membenci ``Laman Web Hafizbar." Namun demikian, analisis pelawat di atas adalah merujuk kepada seorang pelawat yang amat membenci dan tidak menyukai laman web tersebut yang dikatakan mencemar budaya remaja. Beliau amat kerap mengunjungi laman web itu, di sebalik sikap ketidaksukaan beliau terhadap bahasa kasar yang kerap digunakan oleh pengendali/penulis laman web. Huraikan sikap sebenar pelawat tersebut dan cara-cara untuk menyedarkan beliau bahawa mencarut juga dibenarkan atas perkara dan keadaan yang tertentu.

Tulis karangan tersebut selengkapnya.

Anonymous said...

haha..lawak la tul soklan BM SPM tu...mau pening aku nak jawab..sebbaek aku dah lepas SPM..hihi...bro Hamka..aku masih malas jugak nak carik ustaz tanya persoalan tu..aku sebuk sgt...[ aku yg perasan sebuk..oh.. ] bgtau je la...takpe...at least aku tau..utk nas dan dalil aku carik sendirik..hihi..boleh kan bro??

p/s: emel me for the answer if u dun wan to write here --> joie_de_vivre09@yahoo.com [aku dah reveal emel aku..haha..perasan glemer..oh..]

hamka said...

ha ha ha!

insyaAllah aku emailakan...

Anonymous said...

En Hamka
Tumpang tanya.
Apa bezanya Allah S.W.T
dan
Allah azza wajalla

??

Terima kasih

Anonymous said...

thanks bro!!hihi..
erm..perbezaan? perkataan S.W.T dan azzawajalla...dieja lain2..hihi..aku tatau..aku rase same je...menunjukkan kebesaran dan keagungan DIA..oh..nih hanya pendapat aku...[pandai2 aje aku nih..]sila rujuk ustaz...oh..

13may said...

bro hamka layan cromok?? rasa mcm teruja:)

Anonymous said...

karangan kertas (1 a) diantara 200 hingga 250 patah perkataan .
kertas (1 b) mesti tidak kurang dari 360 patah perkataan .
sekian ,
yang benar ,
Mohamad Afdal Mohd TAib ,
( saya ambil SPM tahun ni ,doa2 kan saya berjaya )

hamka said...

nujum cik blalang

itu lah aku cakap, kenapa dulu tak nak belajar arob?
Bukaklah kamus arob belalangggg

Ps: aku tak tahu, aku jahil.

----------
elcoyote

tau takpe!

---------
13may

kalau kau call aku time solat, alamat naik syekhlah ahli jemaah kat masjid kerana ring tone H/P aku adalah lagu cromok, …, oh!

---------
Mohamad Afdal Mohd TAib ,

selamat berjaya dik, jawab soalan betul-betul, kita sekaram kat malayasia, bukan kat pnom pehh lagi!!!

abang doakan kau berjaya.

ps: (teringat seorang pengomen setia yang dah lama menghilang , katanya nak tumpukan kepada SPM, apa khabar "budak sham" ?)

Anonymous said...

erm..best sgt baca karangan abang hamka ni..
macam2 ada...
lawak ada,ilmiahnya padat..
lengkaplah..sribu dlm satu..
ni first time sy baca karangan
abang hamka...
ni kalu cikgu BM baca ni ntah la nak bagi A+++ ke atau terus je tak nak jadi cikdu dah..hehe

Anonymous said...

encik hamka,skang nye spm mane de kna wat pantun or sajak..kna komen2 je.harap maklum.tp sajak tu okla..:)

akirasuri said...

wah panjang sungguh esei incet hamka...terhibur saya membaca kalau jadi incet pemeriksa kertas bm spm..ha ha ha...

MDM FARAH FAIZURA said...

najwa (eh rasa nama awek lak...hihi)

KAMUS

itu kamus, bisa berubah, bisa apa2 sekalipun.

...

Asal,
Al-Quran itu jangan seenaknya dibuat
seperti kamus

...

apa pun,
aku kagum
juga hormati
dengan daya semak kamu yang tinggi...
yang aku sendiri ngak punya (baca : aku malas giler siut...heheh)


..

namun aku yakin,
ngak kan ada pemeriksa yang ngak

paham maksudnya

INZAL

..

ehehe

..

kurus nikah harus ditmabah jadi 3 hari,
jika INZAL lama itu di ajar,

herhehehe

Anonymous said...

salam..
teror ar en hamka..ssah nak cari org melayu dpt pangkat 7 bhse melayu..hehe..gurau je..

ble bc blog nih..rs family en hamka ni best sgt..ustz pnah ckp dulu..utk jadikn kehidupan kita ni sbg satu ibadah..setiap ape yg kita bwat kn sertakn ngn doa..n en hamka n famili dah praktikkanny..

insyaALLAH..smoga hidayah ALLAH sentiasa ade utk kita smua..

oyasuminasai~~

Anonymous said...

thanks a lot bro..aku akan senyum pasni..kat langit dan suami [aku blom kawen..oh..]..

Anonymous said...

inzal?ape tu en hamka?

Anonymous said...

eh..silap2..aku baru baca komen najwa aiman (aku br tau inzal tu ape) ..kesulitan amat dikesali.(aku mmg tak tau inzal tu ape sebenarnya- dulu aku sekolah omputeh).

hamka said...

Anonymous

Cikgu yang baca karangan aku tentu tak sabar nak baca sambungan karangan aku dalam kertas BM julai..oh!

Sebab tu aku kena ambik BM julai!!!

--------
aciq

Oh, ye ke? Patutlah ramai yang jadi mat remp-it sekarang ni, rupa2nya generasi sekarang dah tak di ajar dah berpantun dan bersajak..oh!

-----------
akirasuri

pemeriksa soalan tu mesti dapt mesej aku iaitu “hiburan adalah segalanya” dan aku mesti dapat A++

he he he, hiburan adalah segalanya?

---------
dingin

aku dulu pun ingat najwa ni perempuan..

maafkan aku, ampun!

Ps; perlukan aku tulis entry: “bagaimana umtuk inzal”?

------------
yuuki kagaku

Walaupun aku mendapat pangkat 7 tapi aku tidak mendapat pangkat sembilan…
Tapi ingat ni, subjek ugama aku dapat A!

Tapi tak layak jadi ustaz kerana tak ambik bahasa arab..oh!
oyasuminasai~~

----------
elcoyote

Senyum, jangan tak senyum!
Aku sedang sengeh khising!

-------------
Anonymous

Tak tau, takpe..
Tau takpe!!!

blackpurple @ jowopinter said...

Hehehe.... Macam-macam dalam entri kau ni...

Tapi yang paling aku terkesan adalah nota kau di Ps 2 itu.... Hehehe

kakLuna said...

INZAL ada..OUTZAL ada tak..

Abu S.H said...

hamka,
saya bagi sokongan utk anda menulis bagaimana untuk 'inzal' dalam beribadah dan mencari agama...hehe...

dan juga apa itu outzal...

Anonymous said...

bro hamka,kalo tkkeberatan tlg tulis sampai habis hadis yg diriwayatkn oleh At-Tarmidzi tu.
sy bkn kt msia ni,ssh nk cari kitab2..nk tanye ustaz2 bleh jgk sbenanye tp sbbkn bro hamka dh tahu apa salahnye trus tulis jer.nk pegi tanye tu memakan masa jgk.

hamka said...

blackpurple yang menawan
----------
Luna yang comel
------------
hucs yang hensem

he he he

“minat betul korang dengan cerita “inzal” ni ye..
dah habis puasa enam belum?

Aku tinggal lagi, enam hari sahaja…
Harap maklum!

------------------
anynimous

Aku terpakasa mengecawakan engkau yang tiada masa dan nak jimat masa..
Kitab tu telah di pinjam oleh mamat.., baru pagi tadi dia pinjam.bila dia pulang dan sekiranya aku teringat, insyaAllah(serius)

harap maaf,dan bersabar

Abu S.H said...

hamka,
jgn pitnah kata aku hensem..kelak orang tertipu...dan ramai akan mengemail aku..betul ke???hehehe

cerita inzal memang best..tak inzal, tak khusyuk nanti..heheh

bagus2..usaha lagi, utk menghabiskan yang 6 tu...sikit je lagi..300 hari sudah ...lagi 6 x 10.

Anonymous said...

wah..ramai gak ye nak bro tulis pasal Inzal..aku rase klu bro tulis entry How to Inzal..mesti dpt sambutan hangat..kan?kan?kan?hihi...[aku yg tersengih khising..oh..]

Anonymous said...

seseorang bertanya:

ni nk tya ni, Klu nak buat puasa nam di dlm bln Syawal, kita tak leh combine kan dgn yg wajib dan yg sunat...so kene ganti dulu k atau buat yg sunat dulu...ade org kata...( ustaz br nk start) puasa nam dulu pastu baru ganti...confuce ....confuce
i hope u can answer my doubt>
tq and wassalam

Anonymous said...

seseorang bertanya 2

puasa enam tu boleh memerangkap puasa qadha ke?
atau
lain - lain ?

puasa sunat cth : isnin & khamis boleh memerangkap puasa qadha ke?

Abu S.H said...

kita buka laluan kepada al fadhil dato seri tn hj hamka untuk mengupas isu puasa ganti yang 6 hari di bulan syawal..
silakan ahli panel....

p/s aku yang tak gheti...

hamka said...

Ha ha ha,

Aku mengaku, aku tak tahu, mungkin sebab aku bukan perempuan, aku ter’abai’kan ilmu ini…

Walaubagaimanapun, aku ada beberapa tips untuk wanita tentang puasa enam:

1. JIKA AKU SEORANG WANITA YANG DATANG HAID DI BULAN RAMADHAN : MAKA AKU TERUS BERPUASA GANTI PADA 2 SHAWAL KERANA AKU TAKUT JADI MAYAT.

2. JIKA AKU SEORANG WANITA INI MALAS, AKU AKAN SERENTAKKAN NIAT PUASA GANTI DAN PUASA ENAM.

3. JIKA AKU SEORANG WANITA INI RAJIN, AKU AKAN BUAT BERANSINGAN PUASA GANTI DAN PUASA ENAM, DAN AKU JUGA AKAN BERPUASA ISININ DAN KHAMIS SAMPAI JADI MAYAT.

4. JIKA AKU SEORANG WANITA INI SUDAH BERSUAMI, AKU AKAN MERANGCANG ‘BAIK PUNYA PLANING’ SUPAYA MENGANDUNG PADA BULAB RAMADHAN DAN SYAWAL. AKU NAK BERTARAWIH PENUH, BERPUASA PENUH, DAPAT MALAM LALILATUL QADAR DAN JAIZAH SERTA BERPUASA ENAM!

5. JIKA AKU SEORANG WANITA INI BUJANG, AKU AKAN PUJUK ISTERI HAMKA BERMADU DENGAN AKU!!! (abaikan pesanan ini)

MDM FARAH FAIZURA said...

bagaimana jika wanita bujang,

yang memujuk isteri hamka itu,

adalah menteri belia dan sukan?

..

bagaimana pula saudara melihat perkara itu?

nurul said...

salam

ehe mcm kenal je tip2 tu bro Hamka

"bagaimana jika wanita bujang,

yang memujuk isteri hamka itu,

adalah menteri belia dan sukan?"-dingin

jawab bro Hamka jawab...

ha ha ha

ps: apa2 pun bab2 ni kene rujuk ustaz n ustazah...
takbir!

nurul said...
This comment has been removed by a blog administrator.
nurul said...

Boleh tak combine puasa ganti ( wajib ) dgn puasa sunat ( puasa nam)?

"Jawapannya boleh, cara ni byk dipraktikkan utk dpt byk pahala. Perkara wajib digabungkan dgn perkara sunat. Klu wajib+ wajib mmg lah tak boleh. exmp ( puasa ganti + puasa nazar). Ni Jumhur ulama pegang."- Ustaz Nik Hazim

takbir!

Anonymous said...

Langkah mayat aku DULU!!!

Anonymous said...

Assalamualaikum...

Hamka, bini aku kirim salam kat ko.

Dia ucap terima kasih tidak terhingga kerana dengan nasihat ko pada perenggan terakhir post ni,telah berjaya mengelakkan aku daripada menjadi seorang yang zalim....

P/S: Sekarang aku dah menjadi seorang yang "Semakin Adil"

"juga bagi perempuan yang datang haid atau nifas atau sakit puan, juga perlu belajar teknik menginzalkan suami tanpa bersetubuh…"

Yang ni pun aku sokong!! Ko memang Da Bomb la bro.. Sapa2 nak belajar sila kontek isteriku yang tercinta. dia memang mahir!

hamka said...

(orang bujang di larang baca komen aku ini)

ha ha ha

Waialaikumusallam..

ps: bini aku pun handal menginzalkan aku tanpa bersetubuh...

Abu S.H said...

(orang bujang tutup mata..jgn baca)

siapa pandai menginzalkan bini sebelum bersetubuh??..hehehe...

hamka said...

itu yang terbaik, sebab perempuan akan rasa sangat gembira jika inzal lebih dari sekali..

teruskan sahabat!

Abu S.H said...

lelaki tak gembira pun inzal dua kali ek? hehehe

hamka said...

aku tak sanggup nak komen, kesian kat member2 yang belum kahwin.

ps: yang bujang dan asyik terlangjur dengan diri sendiri lalu inzal, bertubatlah, kahwinlah cepat2!!

Anonymous said...

wah..garangnye isteri bro..takut..oh..haha

hamka said...

sebab tu mereka yang berjaya pujuk usteri aku, aku akan tabik, he he he

buTTerFLowEr said...

BM ku x dpt A... huk2... tapi tu cite lame. dh masuk matrik n kolej uni (perghh, 2-in-1) x pakai pun BM... hik2... tapi ak rase lect patut ngajar in BM saje sbb English tunggang langgang... hik2... (mode ngumpat, bertaubatlah wahai ak...)

hehe... x baik ajar kanak2 bwh umo (nk jwb SPM tu) perkataan INZAL... hik2... ajar la perkataan KLIMAKS sbb boleh gune dlm ayat tanpa berbunyi culah, cam "ending cite tu anti klimaks" wpn ayat yg org suke sbenanye "die dh klimaks". hik2...

hamka said...

ha ha ha, betul tu, terima kasih cikgu!!

Anonymous said...

I'm not sure where you are getting your info, but great topic. I needs to spend some time learning much more or understanding more. Thanks for great information I was looking for this information for my mission.

my web blog :: krankenversicherungsbeiträge
Feel free to surf my web site -

Anonymous said...

Howdy excellent website! Does running a blog such as this require a lot of work?
I have virtually no expertise in computer programming however I had been hoping to start my own blog in the near future.
Anyways, should you have any ideas or tips for new blog
owners please share. I know this is off topic nevertheless I just needed to ask.
Thank you!

Also visit my web page warentest private krankenversicherung
Feel free to surf my site ...

Anonymous said...

whoah this blog is excellent i like reading your posts.

Keep up the great work! You know, lots of persons are looking
round for this information, you can aid them greatly.


Visit my weblog - pkv freiberufler
My website -

Anonymous said...

I believe that is one of the most vital information for me.
And i am satisfied reading your article. However wanna remark
on few normal things, The site taste is wonderful, the articles is truly nice :
D. Excellent process, cheers
My website Borrow Money With Bad Credit

Anonymous said...

After exploring a few of the blog articles on your web site,
I truly like your technique of blogging. I bookmarked it to my bookmark site list and will be checking back in the near
future. Please check out my website as well and let me know your opinion.
My weblog :: good small business ideas

Anonymous said...

Great blog here! Also your website loads up very fast!

What web host are you using? Can I get your affiliate
link to your host? I wish my site loaded up as quickly as
yours lol

Here is my weblog :: lucrative home business

Anonymous said...

I’m not that much of a online reader to be honest but your blogs really nice, keep
it up! I'll go ahead and bookmark your site to come back later. All the best

Also visit my blog :: Read the Full Report

Anonymous said...

WOW just what I was searching for. Came here by searching for fed student loans

My web site ... repaying student loans

Anonymous said...

We stumbled over here different web page and thought I might as well check things out.
I like what I see so i am just following you.
Look forward to exploring your web page repeatedly.


Here is my blog post beitragsentwicklung private krankenversicherung
Also see my web site > gesetzliche krankenversicherungen

Anonymous said...

If some one wants to be updated with most up-to-date technologies then he must be visit this site and
be up to date all the time.

Also visit my page: small start up business ideas
My web site > good businesses to start Up

Anonymous said...

It's an remarkable piece of writing in favor of all the online visitors; they will take benefit from it I am sure.

Also visit my web site :: seo certification
my webpage > Seo Jobs

Anonymous said...

These are in fact great ideas in about blogging.
You have touched some fastidious points here. Any
way keep up wrinting.

my weblog: Studentische Krankenversicherung Vergleich
My web site - private zusatzversicherung vergleich

Anonymous said...

Your style is very unique compared to other folks I have read stuff from.
Thank you for posting when you've got the opportunity, Guess I will just book mark this site.

Here is my web page best paying home jobs

Anonymous said...

These are actually enormous ideas in on the topic
of blogging. You have touched some fastidious things
here. Any way keep up wrinting.

Feel free to surf to my website: consolidation loans for credit cards

Anonymous said...

electronic cigarette, electronic cigarette reviews, smokeless cigarettes, vapor cigarette, e cig forum, smokeless cigarettes