Oct 5, 2006

Ceramah untuk Non-Muslim?

(Sesungguhnya, orang kapir itu tidak tahu apa yang orang islam tahu tentang ramadhan..)

Salam ramadhan…

Aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada korang yang sudi meninggalkan komen dalam hamper setiap entry aku, memeriahkan blog aku, (mengimarahkan kononnya…,) dan dek lantaran kewujudan korang para pembaca keretamayat yang tegar yang sentiasa memberi reaksi serta tindak balas, melatah bila di cucuk, terkejut bila di sergah, yang back-up dan yang attack, yang memuji dan yang mencaci, yang berbaik sanggka dan bersangka burghok!, terima kasih aku ucapkan sekasih kasihnya.., ilove u all!, (jangan muntah-batal puasa!), korang membuatkan aku yang perasan sibuk dan perasan bagus ini terus menulis, menulis dan menulis…, sampai jadi mayat..oh..

Tak lupa juga seribu sebelas ratus terima kasih pada pembaca senyap yang telah mula mewujudkan dirinya,
(hey! Baru ku tahu siapa kamu, ada antara kamu adalah orang kapir!!!)

Hari ini aku akan menulis, errr.. masih tentang puasa, cuma aku nak menulis hubungan di antara bulan puasa, dan orang kapir…, sebab baru baru ni ada pembaca senyap yang mengaku sebagai non-muslim…., dan bertanya tentang hakikat puasa lebih kurang,

OK, oleh kerana Allah membahasakan non muslim sebagai kapir dalam Al-Quran, maka wahai orang kapir sekalian, aku akan menulis tentang bulan ramadhan kepada korang yang kapir, atau bahasa senangnya iaitu:

CERAMAH UNTUK ORANG KAPIR…sempana bulan Ramadhan Al-mubarak!!!
(hanya untuk orang kapir yang sudi membacanya sahaja..)

Salam sejahtera kepada orang kapir sekalian,

Aku belajar bersangka baik dengan korang orang kapir yang mana jika korang masuk islam kelak, maka korang akan jadi lebih baik dari aku..!!!, oh, aku hanyalah orang islam yang jauh dari Allah, tapi korang orang kapir lagi jauh dari Allah sebab tak mengaku Allah sebagai tuhan…oh!, Dan yang mengaku Allah sebagai tuhan pula menolak kerasulan Nabi Muhammad saw..isk!

Sementara Allah bagi aku rajin sikit untuk menulis, dan Allah pulak izinkan korang orang kapir baca entry ini, dan baru baru ni, walaupun aku dah tulis tentang “apa maksud puasa”, sebagai orang kapir, tentu korang masih lagi tak faham dan mengerti akan kenapa orang islam berpuasa…?

Baiklah, sebagai orang kapir, dah tentu korang rasa pelik tengok kami orang islam tahan lapar sepanjang hari, lepas tu menjelang malam pakat solat panjang-panjang, gembirakah kami? Tak penat kah? Tak tertekankah? Tak kebulurkah? Bagaimana kesihatan kami?

He he he

Sebenarnya kami orang islam talah di ‘dominer’ oleh kuasa yang luar biasa dan sesungguhnya, orang kapir itu tidak tahu apa yang orang islam tahu tentang di sebaik bulan ramadhan..!

Mari sini aku cerita.., tentang di sebalik tabir bulan puasa atau bulan ramadhan ini.., segalanya adalah cerita mengenai iman, iaitu beriman(yakin dan percaya) pada perkara perkara ghaib yang berselindung di sebalik ke’mayat’an…

Dah Jadi mayat baru tau!!!

---------------

Wahai orang-orang yang kapir…

Sesungguhnya, korang orang kapir itu tidak tahu bahawa syurga telah diharumkan dan dihiasi dari tahun ke tahun untuk menyambut kedatangan Ramadhan.

Ketika mereka orang kapir sedang enak makan-makan pada 1 ramadhan, sebenarnya mereka tidak tahu, iaitu apabila tiba malam pertama dari bulan Ramadhan, sejenis angin akan bertiup dari bawah Arasy yang dinamakan ‘Muthirah’.

Lalu bergeseranlah daun-daun pokok syurga dan juga gagang pintu-pintu syurga, maka kedengaranlah satu bunyian yang begitu merdu yang tidak pernah didengari bunyian yang lebih merdu dari itu sebelumnya.

Kemudian muncullah bidadari-bidadari bermata jeli sehingga mereka semua berhenti di anjung syurga.

Kemudian bidadari-bidadari itu menyeru,
“Adakah sesiapa yang ingin meminang kami supaya Allah mengahwinkannya dengan kami?”

“Adakah sesiapa yang ingin meminang kami supaya Allah mengahwinkannya dengan kami?”

“Adakah sesiapa yang ingin meminang kami supaya Allah mengahwinkannya dengan kami?”

Tapi orang kapir itu masih tidak tahu dan tidak mendengar kerana bidadari-bidadari itu tidak menyeru kepada mereka…

---------
Kemudian bertanyalah aku kepada orang kapir, adakah korang tidak fikirkan tentang dirimu yang akan jadi mayat?

Ketika orang kafir itu cuba menjawab soalan aku.. mereka tidak tahu bahawa bidadari-bidadari di malam satu haribulan ramadhan telah bertanya kepada Penjaga shurga:

“ Wahai Ridhwan penjaga syurga! Malam apakah ini?”

Maka malaikat Ridhwan penjaga syurga akan menjawab kepada para bidadari-bidadari itu lalu berkata,

“Malam ini adalah malam pertama dari bulan ramadhan.
Hari ini pintu-pintu syurga dibuka bagi orang yang berpuasa dikalangan umat Muhammad s.a.w.”

--------

Sedang di bumi, sikapir itu memberitahuku, buat apa hendak fikir tentang mayat? Sama ada aku fikir atau tidak fikir, aku akan tetap menjadi mayat, kenapa perlu aku susah-susah memikirkan tentang mayat?

Aku kata: wah, hebatnya engkau, kerana tidak takut MATI!

Kata si kapir: aku bukan tidak takut mati, Cuma sekarang ini….

Ketika si kapir itu cuba mencari alasan tentang mati, sesungghnya mereka orang-orang kapir tidak tahu bahawa pada malam ramadhan Allah telah berfirman,

“ Wahai Ridhwan !
Bukakanlah pintu-pintu syurga dan wahai Malik penjaga neraka tutuplah pintu-pintu neraka bagi mereka yang berpuasa daripada kalangan umat Nabi Muhammad!

Dan Wahai Jibrail! Turunlah ke bumi dan tangkaplah syaitan yang sangat-sangat degil lalu ikatlah mereka dengan rantai kemudian lontarkanlah mereka ke dalam laut supaya mereka tidak dapat merosakkkan puasa umat Muhammad kekasihKu.”

------

Dan di bumi, si kapir itu berkata;
Aku bukan tidak takut mati, Cuma aku masih ada banyak urusan yang belum aku selesaikan, hutang rumah lagi 20 tahun, hutang kereta lagi 5 tahun, aku ada anak isteri, aku telah berjanji untuk memberi keselesaan kepada mereka, lalu aku tidak boleh fikir tentang mati, bah kan!, aku tidak boleh mati lagi sekarang ini,

AKU TIDAK BOLEH MATI LAGI SEKARANG INI!!! TAK BOLEH!!!

Walau apapun jawapan orang kapir itu, sesungguhnya orang-orang kapir itu tidak tahu bahawa pada setiap malam dari Ramadhan, Allah akan memerintahkan seorang penyeru supaya dia menyeru tiga kali bagi pihak Allah,

Seruan pertama:
“Adakah sesiapa yang ingin memohon sesuatu supaya Aku mengurniakannya?”

“Adakah sesiapa yang ingin memohon sesuatu supaya Aku mengurniakannya?”

“Adakah sesiapa yang ingin memohon sesuatu supaya Aku mengurniakannya?”

Seruan kedua:
“Adakah sesiapa yang ingin bertaubat supaya Aku menerima taubatnya?”

“Adakah sesiapa yang ingin bertaubat supaya Aku menerima taubatnya?”

“Adakah sesiapa yang ingin bertaubat supaya Aku menerima taubatnya?”

Seruan ketiga
“Adakah sesiapa yang ingin memohon keampunan supaya Aku mengampuninya?”

“Adakah sesiapa yang ingin memohon keampunan supaya Aku mengampuninya?”

“Adakah sesiapa yang ingin memohon keampunan supaya Aku mengampuninya?”

Tapi sayangnya, orang kapir itu tidak tahu…
Walaupun mereka orang kapir membuat keputusan untuk tidak akan mati pada hari ini, Namun Allah telah menetapkan akan jumlah nafasnya, dan Allah menghintung dengan hintungan yang cermat, lalu apabila tiba nafas terakhir, tanpa di lebihkan satu nafas pun!!
Maka menghebuslah nafas yang terakhir akan diri aku dan korang orang kapir berserta semua orang islam…, jadi mayatlah kita buat selamanya..isk..

Wahai orang-orang yang kapir…

Namun demikan, sesungguhnya orang-orang kapir itu tidak tahun bahawa setiap hari pada waktu berbuka puasa dari bulan Ramadhan Allah akan membebaskan sejuta manusia yang kesemuanya telah ditentukan untuk masuk neraka. Dan, Apabila tiba hari terakhir dari bulan Ramadhan, Allah akan membebaskan pada hari itu sebanyak bilangan manusia yang telah Dia bebaskan dari awal sehinggalah ke akhir bulan.

(nikmat manakah lagi yang aku dustakan?)

Pun begitu, sesungguhnya orang-orang kapir itu masih tidak tahu bahawa apabila tiba Lailatulqadar Allah akan memerintahkan malaikat Jibrail a.s supaya turun bersama satu kumpulan besar malaikat. Bersama mereka terdapat bendera hijau. Malaikat jibrail akan memacakkan bendera itu di atas Kaabah. Hanya mata yang layak sahaja dapat melihatnya dan mungkin dengan izin Allah untuk memberi hidayat kepada orang kapir, mereka dapat melihatnya..subhanallah..!!

Walaubagaimanpun, sesungguhnya orang-orang kapir itu tetap tidak tahu bahawa malaikat Jibrail a.s mempunyai seratus sayap Dua daripada sayap tersebut tidak pernah dibuka kecuali pada malam lailatul qadar itu sahaja. Lalu beliau membuka kedua-dua sayapnya sehingga menutupi timur dan barat. Kemudian pada malam tersebut Jibrail a.s akan mendorong para malaikat lain supaya mereka pergi memberi salam kepada setiap orang yang sedang berdiri dan duduk, bersolah atau berzikir.

Dan korang wahai orang-orang kapir, tidak tahu bahawa pada malam lailatul qadar itu, malaikat telah datang kepada manusia yang sedang menangis sujud menyembah Allah lalu meminta maaf kepada manusia kerana pernah menghina manusia ketika awal kejadian manusia di ciptakan…oh!

Dan korang orang kapir memang tidak pernah ambil tahu…!!!

Kemudian, para malaikat itu akan berjabat tangan dengan mereka dan akan meng-aminkan doa-doa mereka sehingga terbit fajar. Apabila terbit fajar Jibrail a.s akan menyeru segala malaikat,
“ Sekarang pulanglah.!”

Para malaikat itu pun akan bertanya,
“ Wahai Jibrail apakah yang Allah telah lakukan terhadap keperluan-keperluan orang beriman di kalangan umat Muhammad?”

Beliau akan menjawab,
“ Allah telah memerhatikan mereka pada malam ini lalu telah mengampunkan mereka semua kecuali empat jenis manusia.”

-----------

Maka korang yang sedang ghairah membaca pun bertanya atau tertanya-tanya..?

“ Siapakah mereka empat jenis manusia yang tidak mendapat keampunan Allah pada malam lailatul qadar?

Orang kapir bertanya aku: adakah kami termasuk dalam 4 golongan itu?

Aku kata: tidak, kamu memang tidak akan mendapat keampunan buat selama-lamanya jika kamu mati dalam keadaan kapir, sesungguhnya empat jenis manusia yang tidak mendapat keampunan Allah pada malam lailatul qadar adalah orang islam yang berterusan meminum arak, seseorang yang menderhakai kedua-dua ibu bapanya, seseorang yang memutuskan silaturrahim (memutuskan hubungan sesame keluarga) dan musyahin.” Tahukah kamu, siapakah musyahin itu?”,” Dia ialah musorim (orang yang berhasad dengki dan memutuskan hubungan).”

Aku ulangi..
Empat jenis manusia yang tidak mendapat keampunan Allah pada malama lailatul qadar yang penuh berkat adalah..:

1. peminum arak yang berterusan,

2. seseorang yang menderhakai kedua-dua ibu bapanya,

3. seseorang yang memutuskan silaturrahim

4. orang yang berhasad dengki

(hujan pun turun mambasahi bumi menjelang pagi lailatul-qadar..)

----------

Wahai orang-orang yang kapir…

Korang memang tidak tahu bahawa apabila tiba malam hari raya aidil-fitri maka pada malam itu disebut sebagai Lailatul Jaizah iaitu malam pengurniaan hadiah. Dan tiada satu orang kapirpun yang layak mendapat hadiah itu, tapi mereka masih tidak mengerti…, islamlah kamu wahai sahabat..isk..isk..

Tahukah kamu wahai orang-orang yang kapir?

Sesungguhnya, Pada pagi hari raya Aidilfitri, Allah menghantar para malaikat ke setiap tempat. Lalu mereka turun ke bumi dan berdiri di muka-muka jalan dan lorong. Mereka akan menyeru dengan suara yang boleh didengari oleh semua makluk Allah selain jin dan manusia.
Mereka berkata,
“ Wahai umat Muhammad! Keluarlah kepada Tuhan yang Maha pemurah yang mengurniakan dengan banyaknya dan yang mengampuni dosa-dosa besar.”

Tapi kemanakah kamu pergi pada pagi hari raya aidilfitri duhai orang-orang kapir?

Kemudian, Apabila orang islam tiba ditempat sembahyang raya, Allah akan bertanya kepada para malaikat,
“Apakah balasan bagi seorang pekerja yang telah menyempurnakan kerjanya?”

Para malaikat akan berkata,
” Wahai Tuhan dan Pemilik kami, balasannya ialah disempurnakan ganjarannya.”

Lalu Allah berfirman,
“ Sesungguhnya Aku jadikan kamu sebagai saksi, wahai malaikatku, sesungguhnya Aku jadikan keredaan dan keampunanKu sebagai pahala puasa bulan Ramadhan dan ibadat malam mereka.”

Kemudian Allah akan berfirman kepada kita semua manusia!

"Wahai hamba-hambaKu! Pohonlah daripadaKu.
Demi kemuliaan dan keagunganKu, kamu tidak memohon sesuatu daripadaKu pada hari ini iaitu dalam perhimpunan kamu untuk kepentingan akhirat melainkan Aku pasti akan menunaikannya dan begitu juga untuk kepentingan dunia yang kamu mohon nescaya Aku akan mengurniakan yang baik bagimu.
Demi kemuliaanKu, Aku akan tutup keaiban-keaibanmu selama mana sengkau mengingatiKu.
Demi kemulian dan keagunganKu, tidaklah aku menghina kamu dan tidak juga memalukan kamu di kalangan orang yang orang-orang kapir.

Bersurailah dalam keadaan kamu di ampunkan dan telah Ku tukarkan segala keburukkan kamu kepada kebaikkan.
Sesungguhnya kamu telah meredakan daku dan Aku juga telah reda dengan kamu.”

Maka gembiralah para malaikat dan bersuka rialah mereka dengan segala yang di kurniakan Allah kepada umat ini apabila mereka telah selesai berpuasa pada bulan Ramadhan.

(Yang Allah, jadikanlah kami di kalangan mereka)

Wahai orang-orang yang kapir…

Maka korang masih tidak tahu bahawa pada pagi hari raya aidilfitri, akan orang islam itu telah di ampunkan segala dosa-dosanya dan korang wahai orang-orang kapir juga tidak tahu bahawa pada pagi itu syaitan telah di bebaskan dari belenggu, maka akan menangis dan bersedihlah akan setan bila melihat ummat Nabi Muhammad SAW berada dalam keadaan ‘fitrah’ yakni suci dari sebarang dosa dan noda…. Sia-sialah usaha setan selama ini…

---------
Sekian, tazkirah untuk orang kapir..sesungguhnya, korang memang tidak tahu, tidak mahu ambil tahu dan tidak pedulipun, terpulanglah kepada korang!!!

Akhir kata, Wahai orang kapir, satu berita baik, jika korang hidup seribu tahun pun, dan hidup dengan sentiasa ingkar kepada Allah, namun sebelum mati, korang yakin dengan Allah, lalu mengucapkan kalimah “La-ila-ha-‘e’-lallah!,

Maka wajiblah shurga untukmu..
Dan Allah akan ampunkan segala dosa-dosa korang..
Bukan itu sahaja, Allah yang Maha Pemurah akan convert korang punya dosa kepada pahala..
Maha suci Allah, nikmat mana lagi yang korang dustakan?

Wahai orang-orang yang kapir…
Kami orang islam menunggu kedatangan kamu wahai bakal mualaf, selamat pulang ke jalan yang di redhai Allah..

Last, terimalah serangkap pantun!

Pisau sudah ada di tangan kanan,
Mentimun sudah terletak di tangan kiri,

Hiris nipis, nipislah ia,
Hiris tebal, teballah ia,

selamat menghiris!!!

Ps: Menjadi mayat orang kapir adalah satu penderitaan,!!
(Ya Allah, selamatkanlah kami)

54 comments:

interested! said...

hye Hamka,

thanks a lot for an interesting post. kena baca dua kali nie.. ;P

p/s:walaupun sukar dan kadang2 rasa putus asa tu ada...

Anonymous said...

assalamualikum !!!
SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL MUBARAK !!

Anonymous said...

harap ramai non-muslim yang baca dan beroleh hidayah....

Anonymous said...

aku yang muslim tapi baca juga.. kot2lah ada nonmuslim yg bertanya isu nih... cuma di sana dinyatakan bidadari2 menyeru-untuk-dikahwinkan kepada lelaki soleh dan berbuat ibadah... siapa pula yang menyeru kepada perempuan solehah dan beribadah? adakah bidadari tu lelaki dan perempuan?

abu_harraz said...

1. bidadari-bidadari bermata jeli tu apa? mata juling aku tau la.

2. tak leh ke laut or scuba diving ke bulan puasa? ada byk setan kena ikat..?

3.tapir mati lagi bagus dari kapir mati.

Marilah mengucap la ila ha illallah. belajar tu blakang kira...ucap dulu, pastu blaja la..

-orang yg tak kapir yang tetap baca-

Man said...

aku rasa istilah kapir tu agak keras..elok guna non-muslim atau belum-muslim, yet to be muslim..

kalau dakwah non-muslim, ceritakan persamaan antara agama kita dan mereka..(aku tak kata semua agama itu sama)

lepas tu baru cerita bab aqidah..macam yg kau buat ni lah.

akula said...

Assalamualaikum

Aku setuju pendapat Man.. Mungkin boleh guna perkataan yang lebih lembut selain "kapir" sebab mungkin ada yang akan tersinggung.

Betul semua yang ko tulis ni hamka, tapi i wonder, dari mana sumber yang ko ambik? Nas2 hadith yang soheh atau Quran? Harap dapat bagi sumber supaya boleh dirujuk...

Bukan nak mempertikai tapi hadith tanpa rawi boleh dianggap Maudhu' dan Dhoif dan hadith Dhoif dan Maudhu' tidak boleh dijadikan hujjah.

Satu lagi komen aku, tulisan ni bersifat terlalu teknikal kalau aku seorang yang bukan muslim. And non-muslim tak even percaya Jibrail or malaikat tu wujud so lagu mana depa nak percaya apa yang ko tulis ni?

Cadangan: mungkin boleh bagi "Ceramah" yang lebih bersifat logik akal dahulu kepada non-muslim, biar depa yakin sikit2 dulu then baru masuk sikit2 bab Aqidah dan Tauhid...

Sori kepada yang akan marah kat aku sebab aku tegur ni (aku bersanka buruk lagi!)

Anonymous said...

aku puasa dikelilingi non-muslim. mereka tak tahu hakikat syurga yg sebenarnya, dan hakikat Islam,puasa yg sebenarnya... kesian aku rasa tgk diorang nih. moga2 Allah memberi hidayah, ameen.

abu_harraz said...

teringat plak pasal islam plural (sesat)

cth:
1.kongsi raya bersama
2.meraikan perayaan agama lain
3.semua agama sama menyeru kebaikan
dan banyak lagi yang sengaja disamakan.

note utk man: aku tak kata ko kata..aku teringat je...

aku prefer yet-to-be-muslim drpd non-muslim. ada unsur2 doa kat situ.

abu_harraz said...

stoojoo ngan akula bab 'terlalu teknikal' heheh

coldstarz_12 said...

assalamualaikum- btul ke singkatan ejaan a'kum tu tak brapa elok? my frend kata. maksudnya boleh jadi lain?-tapi apapun bersandar pada niat kan..?
ok, back to the major topic,sebenarnya aku pun ada berdebat ngan non muslim ni,tapi melalui on-line gak la, memang mencabar keimanan sungguh la bila kami membincangkan isu yang cukup sensitif ni,dia akan soal aku dari pelbagai sudut dan walaupun ayat dia cukup bersopan tapi dengan halusnya dia cuba kata yang agama islam ni, agama penganas-dan mereka yang sebenarnya menjadi mangsa...????-If I recall correctly, the folks who dropped the bombs on pearl
harbor were mostly Buddists, I'll bet the guys who did abugrade
and Guantanamo (sp?) were christian and of course we get to see
beheadings on video compliments of Islam. So who really wins
this "argument"?(well sebelum ni, ada kristian lain yang sokong aku and kata aku menang perdebatan malam tu, sebabnya mereka ramai-2 dan aku kata islam is no. 1 no matter how!!dan aku suruh mereka keep asking!!-hehehe sebenarnya aku pun rujuk other source nak jawab sema soklan mereka tu)dan make women suffer, nak nak bila dia sebut "..about this polygamist Jeff Warren?...I just got to ask one question why are there all these weird religions where men can have a bunch of wives…Why aren’t there religions where women can have a bunch of husbands?...I mean why do men get have all the fun?..aku kata poligamai yang betul ialah nak tolong ppuan yang sebatang kara dan yang lemah-i xplain it-secara major juga dia menolak poligami, heran gak aku napelah omputih ni lebih suka kalu hubby mereka 'makan luar' yang haram dan memudaratkan dari yang halal dan tetap.. tapi tak pulak dibalasnya kata-2 aku tu, semua fakta sains (walaupun aku tau sains ialah satu ilmu hasil manusia menemui & mencuba untuk mendapatkan rumusan dan bersifat berubah-2-sedangkan islam dan quran adalah tetap-dan ayat-2 quran juga x blh membuktikan fakta sains itu btul atau tidak,krn sains bergantung kepada permerhatian, percubaan dan rumusan hipotensis serta teori-tapi aku terangkan lah jugak tentang fakta-2 sains mcm fingerprint,universe dll sampai lah ke isu perdebatan penciptaan manusia dari tanah- dan dia kata dalam bible- manusia ni diciptakan dari darah dan air,tapi tak lak dia bagi penerangan yang lebih lanjut-ohh..1 more thing, kalu seorg isteri dijadikan dari tulang rusuk sisuami,..kalu yang kawin sampai 4 tu...? dijadikan dari tulang rusuk jugak ke...? encik hamka? answer me.k?-ohh, selamat berpuasa untuk semua, dan kalu ada student sek.men.chukai.kemaman disini- aku nak bagi salam rindu yang teramat sangat pada mreka sema, aku rindu la nak skool sam\na balik..!!-hehehe-sori, banyak lak iklannya....-assalamualaikum kembali

amanitium said...

oh, ada dedikasi pulak dalam ruangan komen ni. baguslah.

Nadiah said...

Assalamualaikum sumer.

1. saudara hucs,
camner nak scuba diving kalau kita posa? batal la posa sebab kena masukkan alat pernafasan tu dlm mulut kan? hehe

2. saudara/saudari anonymous,
rasanya bidadari tu merujuk kepada bidadari lelaki dan perempuan - Allahualam!

coldstarz_12 said...

akula...!
aku ada terbaca ntah kat mana-aku pun dah lupa- yang ada sesetengah orang yang tak percaya yang neraka dan syurga itu wujud- dan mereka kata tak kan la, syaitan yang dijadikan dari api itu akan 'tersiksa' kalu kena bakar ngan api...?
korang pernah nampak oksigen yang korang tengah sedut tu..?tak nampak kan..? sekarang ni, korang tau tak pergerakan oksigen yang mengalir dalam darah korang tu...?-sekarang ni...?-tak nampak kan...?-tapi korang tau- ianya wujud?kan? korang pernah kena tampar tak?sakit tak...?kalu tak pernah meh sini aku tolong tamparkan-hehehe- tangan tu dijadikan dari kulit-pipi yang kena tampar tu pun dijadikan dengan kulit-so...???- get the answer??- selamat menyambut bulan puasa yang berkat dan memberkati ini untuk diri sendiri- assalamualaikum sema!!

abu_harraz said...

*cik seri/*puan seri nadiah (*use where applicable),
masuk alat pernafasan dalam mulut tak batal. telan alat pernafasan baru batal. kalau salah tolong betulkan.
ok la...kalau pukat nelayan tersangkut? dia nak gi check apa yan gbuat benda tu tersangkut, boleh tak nyelam bulan pose.
untuk yang tak puasa, yang boleh menyelam, baik2, ada byk hantu...


bintangkesejukan,
ko tak ckp diorang ke, umat akhir zaman pompuan lagi byk dari lelaki?
'kitab' diorang tak adress pasal benda ni....muahahaha...'kitab' tipu....buatan manusia. diolah oleh paderi/pope dan diterjemahkan oleh orang melayu kiteeee...

abu_harraz said...

waalaikumussalam bintangkesejukan,

ada citer pasal non muslim tanya ustaz:

1. dia x caya qadak dan qadar, dia kata "i am in control of myself"
2. dia tak percaya allah tu wujud sebab dia tak nampak
3. dia heran kenapa syaitan nak masuk api neraka sebab x sakit api ngan api.

ustaz tu pun tampar dia terussss..panggg!!!!!

ustaz tu kata

1. kata in control..tu dah kena tampar? dah takdirnye gitu
2. sakit tak? sakit...nampak tak? tak...
3. kulit ngan kulit sakit kan?

pasal tulang rusuk tu kan, aku rasa explanation dia :
wanita di jadikan aslanya mengikut tulang rusuk yang bengkok. bukan setiap suami punye tulang rusuk dia amik....asal kejadian. tu yang aku paham.

kalau suami rendah, isteri tinggi? tulang rusuk siapa pulak kalau cam tu?

abu_harraz said...

bintang kesejukan lagi...

kalau anda selalu berpeluang berdebat, nak tambah ilmu, banyak baca buku tulisan harun yahya. "GOD is known thru creation" dan buku seangkatannya.
(semua version kulit hitam)
bagus utk berhujah

coldstarz_12 said...

assalamualaikum
aku dah cakap dah...siap bagi dalil lagi...tapi hati mereka tetap keras....nak buat macam mana...??aku cuma kata/tulis apa yang betul...-tapi mereka still kata poligami bagi kesan yang buruk aku juga kata lelaki yang kawin lebih dari 1 ni, peluang nak masuk syurga/neraka lagi-cerah-bergantung pada niat nak tolong/atau bentuk keadilan yang dibuat-tapi sebenarnya aku kesal gak ngan yang mengamalkan poligami ni- masa nak kawin kata-poligami tu ikut sunnah nabi- tapi,secara tak langsung masa timbul soal keadilan dan perasaan seringkali gagal buat keputusan.-

::mUsLimAh:: said...

assalamualaikum...

walaupun tazkirah tue utk non-muslim,tp aku sbg muslim pun ada terasa gak kekurgn diri....trime kasih hamka sbb letak artikel mcm tue....sungguh trasa terutama pasal 4 golongan manusia tue....

Thanx again hamka....

coldstarz_12 said...

terus terang hucs
aku tak yakin ngan jawapan ko pasal tulang rusuk tu- even it's not a big deal tapi aku nak penerangan yang lebih jelas- ada orang tanya aku- khadijah r.a dan aisyah r.a tu di jadikan dari tulang nabi s.a.w ke...?
tulang yang berlainan tapi dari lelaki yang sama...?

-bab, syaitan yang dijadikan dari api dan yang kena tampar tu, aku rasa kita ada baca benda yang sama le...-kerek tul la ko ni...-

abu_harraz said...

stoojoo ngan muslimah,

bintangkesejukan,
aku dah kaji asal usul perkataan kerek. (kajian sendiri tak pakai pendapat sesapa pun)
'kerek' berasal dari perkataan character. orang selalu kata "he got a character" yang bermaksud, dia ni spesel atau unique la..

so 'kerek' di guna dalam erti negatif kat sini..
ko ni 'kerek' la..apsal ko degil sangat, apsal ko nak jadik lain ni...dan seangkatannya.

pasal tulang tu pemahaman aku je...

p/s hamka memang kerek...kerek perlu ada pada setiap da'i or yang cuba jadi da'i. tapi kerek yg positif la

An Naum kat masjidu khairummi nannum kat opis (kalau niat iktikaf la) JOMMM

Anonymous said...

huc,
biarlah hamka je yang jadi moderator blog ni(maaf ye).

interested! said...

hi,

baru perasan mmg detail explanation u. susah jugak nak terima nih..(no offence) tp yg bidadari2 yg u cerita ni for real ker?

Hamka said...

interested!

hye non muslim!

Sesuai untuk anda! Pengomen pertama dari non muslim!
Tahniah, bila dah masuk islam kelak, bagitahulah aku di sini..Ok?!

p/s: keretamayat menantimu..

--------------
Anonymous

Bila bercakap tentang shurga, nabi bersabda lebih kurang maksud:pastikan anda berusaha sungguh2 mendapatkan shurga dahulu!, dan apa sahaja yang terlintas, PASTI ADA!
Allah bagi sifat “kun-fayakun” untuk setiap ahli shurga..insyaAllah.

Ps: akau ada tulis pasal isu shurga secara agak detail dalam post, bagaimana nikmat di shurga, better rujuk ustaz dan ulamak laa..oh!

---------
orang yg tak kapir yang tetap baca-

he he he, terima ksih cikgu!

---------
Man

Sebelum aku tulis entry ni, aku dah mintak izin pada non-muslim yang baca blog aku, untuk aku kekalkan istilah kapir, mereka tak kisah.
So just do it!

--------
akula
Waalaikumusalam

Janganlah jadikan blog aku ini rujukan lengkap, aku sekarang sedang belajar kebolehan mengagihkan tugas, kalau kau ikhlas nak tahu, mana sumber yang aku dapat, kau kena rujuk sendiri, dalam perjalanan mencari ilmu, kau akan jumpa banyak hakikat ugama, janagn lupa tegur aku jika apa yang kau jumpa bercanggah dengan kenyataan aku,!!

Anggaplah ini sebagai petunjuk blue, BLUE CLUE!!!
Aku bagi clue, dan korang mencari pentujuk, tapi aku buka anjing yang berwarna biru!

Ps: Kesian orang islam jika ustaz buat macam aku buat, ..oh.., biarlah aku sorang sajer bukan ustaz yang membebankan pembacanya..oh!, dan jadilah korang pembaca yang berdikari, bukan semuanya di suap guru!!!

----------
hucs
'terlalu teknikal' heheh hehe, cuba kau baca komen muslimah, he he he..

----------
coldstarz_12
Chukai kemaman?

AKU ADA SATU IKLAN

SAPE SAPE YANG NAK DUDUK KEMAMAN TAPI TAKDE RUMAH SEWA, SILALAH EMAIL AKU, 3 BILIK, DAN DUA BILIK AIR, RM 350 AJER,

KE KUANTAN 45 MINIT, DEKAT TAMAN PERUMAHAN PERWAJA, RUMAH TERES..

SEKIAN

Sory, sajer tumpang iklan, aku perasan sibuk!

Bila dunia kena serang jepun dulu-dulu, tok aku kata, jepun suka ambik anak dara, tapi dia tak ambik bini org, tak best!, jadi tok aku poligami dapat selamat orang pempuan dari kena rogol dek jepun macam embun dan paloh tu.., bapak akupun kahwin empat, orang jahat nak buat kacau pun takut, sebab tok aku handal, jadi untunglah pempuan yang poligami tu selamat dari di culik oleh jepun atau bintang tiga, nak tahu camne jepun rogol org melayu, rujuk filem embun, aku tak tengok, baca akhbar sajer, tapi embun tu anak dara, jadi sebelum malyasia kena serang, kahwinlah cepat cepat dik oii…

Nota: perogol lebih suka merogol anak dara dari isteri orang!!!

Bab tulang rusuk, Tulang rusuk Nabi adam sejer yang Allah jadikan asbab cipta perempuan, lepas tu kita ikut gen Nabi adam, yang perempuan datang haid, bukannya makan buah khuldi, siti hawa sejer yang makan , korang ikut gen..tu yang tak puasa tu!!!

Tak payah pening pening kepala..

-----------
amanitium

love me!

---------
Nadiah

Hucs dah jawab soalan engkau…he he he

--------
::mUsLimAh::
Walaikumuslamm

Ha ha ah, tahniah sebab faham makna di sebalik post ini!! Tahniah!

ps: tazkirah ini untuk muslim juga hakikatnya..

---------
Pengomen

he he he, Biarlah hucs memeriahkan blog ini, aiman tak kisah, sape-sapen di galkakan, nanti bila hucs jadi mayat kelak, kita jugak yang rindu..oh!

Teriam kasih HUcs!!

lini said...

aku terkesan giller bace entry nih...
skali lagi entry ko menginsapkan aku..
trimas bebanyak bro hamka..
aku aser sayu je ramadhan dh separuh meninggalkan aku, dan aku aser byk nikmat yang Allah janjikan di bulan ramdhan ni, aku x dapat...
alangkah ruginye aku..
oh syahdunye aku aser...

p/s: err komen aku nih xde kene-mengene ngan komen2 org2 lain kt ateh tu..

Hamka said...

kalau shahdu, menangislah, bayankan aku sedang menyayi lagu mambai dan raihan tu..

lepas tu ingat aku dalam doa mu..oh!

aku pulak yang shahdu!

Anonymous said...

Saudara Hamka,

kenapa guna bahasa gen...tak tau la kenapa aku amat gelihati sgt dengan perkataan gen...

Bingung seketika...

abu_harraz said...

pengomen terima kasih kerana melawat blog ini dan sudi memberi komen...har har har..

ok la..sori la...aku tau sapa diri ini..
dageeanng pak mallauuu dageeeaang merempat...

tapi aku bukan moderator? aku hanya pengomen macam ngko..
cuma aku byk masa 2-3 hari niii..


hamka,
meamng aku sendirik pun terkesan jugak...sebab tu aku kata orang tak kapir yg tetap baca. utk semua golongan post ni.

aku nak balik...
wassalam..

coldstarz_12 said...

just step by...-again-hehehe

sebenarnya aku ska gak baca komen hucs kat sini-hucs jgn merajuk k, keep on coming,ko pesimis yang sinis-hehehe-aku lak tipikal yang kritikal-poor me-
ooo...en.hamka rumah yang enko iklankan tu dekat je ngan rumah mak sedara aku-kat taman indah-dekat pintu gerbang kan??-hehehe
one more thing,ada kawan aku kata, dia tak takut langsung ngan api neraka dan siksaan kat dalamnya, dan dia langsung tak terliur ngan syurga yang dijanjikan Allah, tapi dia tak mahu tinggal solat-coz dia kata dia buat sebab itu tugas dia sebagai hamba-dia solat sebab itu apa yang tuhan kata BUAT !!-bukan sebab takut ngan neraka atau inginkan syurga, dia kata dia yakin Allah itu tuhannya untuk selamanya-lamanya tapi tetap tak takut kalu tuhan nak siksa dia dalam api neraka - walaupun dia ni fobia ngan api kat rumah-hebatnya dia sebab tak takut ngan neraka kan..?? bila aku tanya dia kata kat dunia ni boleh larikan diri dari api dunia, so dia larilah, kan hukum menjaga nyawa itu wajib?? tapi kalu kat neraka nanti dia kata dah tak boleh lari. Dia kata ada tanya macamana orang takutkan neraka?dan dia kata dia pun nak rasa takut gak, tapi tak terbit lagi kegerunan dalam hatinya,dan dia kata dia pun nak rasa rindukan syurga tapi dia tetap tak rasa kehebatan syurga itu lagi- aku pun tak tau macamana nak xplain la...-aku kata kena tgok keimanan kita terhadap benda ghaib, ingat rukun iman yang 6 tu, dia kata dia ingat dan dia yakin dengan benda2 ghaib tu ada,tapi dia kata yang dia nak terima ngan redha segala bentuk hukuman yang bakal dia terima nanti kalu betul dia patut terima, dia kata yang dia takut ialah langgar semua larangan Allah sama ada yang besar/kecil dan gagal buat apa yang Allah perintahkan sama ada yang senang/susah juga yang wajib/sunat - boleh ke kalu kita pk macam tu? aku konfius ni- atau semua itu juga bersandarkan niat? aku pun tak tau la....-nanti ko buat satu tajuk khas tentang rukun iman ni bleh? it's a simple tittle but aku rasa penting kalu dah berkait ngan keimanan dan kepercayaan luar jangkauan begitu??-ahh...satu lagi- macamana nak tanamkan cinta pada rasul s.a.w melebihi cinta pada manusia lainnya? aku ska gak baca kisah nabi ni, dan kekadang terharu gak ngan pengorbanan yang Baginda buat, tapi nape Allah sayangkan baginda sangat-2?? aku rasa masih banyak keistimewaan Baginda yang aku tak khetahui- rasa lebih sedih bila dengar lagu hijjaz - Rasulullah - macamana nak sayangkan baginda dengan cara yang selayaknya? bantulah aku sebab aku nak sayangkan baginda!!
dengar lagu pondokkecil tu sedih ingat masa skool kecik-2 dlu, aku selalu nyanyi lagu tu...-iklan lagi!!-

interested aka non muslim! said...

yeah..pengomen pertama..

akan inform..lama sgt dah pk sampai kdg2 x tau apa nak pk...situasi yg amat menyukarkan!

Anonymous said...

isk..isk..
lagi skali aku bukan pengomen pertama..takpe aku bg laluan untuk non muslim plak..hehe

**cik siti

interested aka non muslim! said...

hye cik siti,

sorry k. next time bagi peluang kat u plak. anxious sgt mlm tadi lepas baca terus nak komen...x sangka plak jadi pengomen pertama! :)

Anonymous said...

hi interested!

its ok..i tau mesti u eager nk komen kan..hehe..sape yg slalu bace blog Hamka nih mmg kene 'curse' nk jadik pengomen pertama..haha..gurau je..nway,hopefully u peluk islam satu hari nnti:)

**cik siti

Anonymous said...

aku pernah baca salah satu post hamka:
ada sahabat r.hu mempunyai tahap iman yg sgt tinggi, jika diletakkan syurga dan neraka disebelahnya pon imannya takkan meningkat lg (dah tepu), tp harus diingat, bukan calang2 ibadah dan pengorbanan yg beliau telah ushakan, ada sahabat yg langsung x hafal quran, tau cuma bbrp surah lazim (mungkin) saja, tp Allah telah redha atas mereka2 ini, jadi dalam mencari keredhaan Allah, kita patut merasai bagaimana agama telah dipelihara oleh mereka2 ini (sahabat r.hum).

dari segi perasaan, tak merasa takut atau pedihnya api neraka dan tak terliur akan nikmat2 di syurga sebenarnya itu hak Allah dalam melatakkan rasa ghibtah (translatekan) pada sesuatu, ada manusia yg gile bola, sanggup layan siaran walaupon mase tu logika semua org patut rehat aka tidor...dan mereka yg tido pula ada dr mereka yg langsung tak tahu menahu pasal bola, langsung takde ghibtah pada bola dan cara2 permainannya, lagi dikutuk adala..bola satu kejar sampai 20 org, kdg2 22..heh

yakin dan percaya dua bende yg berlainan setau aku, hamka ada pernah tulis post pasal ni,

percaya kpd 6 rukun iman, percaya kpd 5 rukun islam cthnya..bererti dia bukan orang yg beriman lg..hinggalah dia diuji lalu dia yakin bahawa Alah itu ada dan sentiasa melihatnya dari segala segi, malaikat itu makhluk Allah yg mulia tiada nafsu dan taat akan segala perintah Allah tanpa satu bantahan dan bla bla bla
(bukan malas nak taip tp sila la rujuk) maybe hamka pernah buat post ni...

hidayah dan taufiq itu milik Allah, maka pohonlah dan masukkan lah nama2 mereka bersama (aku skali)

selamat berpuasa dan meningkat kan iman ...sesungguhnya menjadi mayat itu bakal membongkar kehidupan yang abadi.

-amir

hanisumayyah said...

Saya suka baca entry ini, tidak... saya tidak anggap ia terlalu teknikal, ia adalah fakta sebenar yang diolah dengan tepat padat dan tidak terpesong. ia merupakan ringkasan dari banyak lagi hakikat dan kelebihan Ramadhan. Bacalah buku Fadhilat amal dibawah tajuk fadhilat Ramadhan. Insyaallah akan datang ghairah untuk beramal di bulan mulia ini.

Najwa Aiman said...

aku suka part ni:

Walaupun mereka...membuat keputusan untuk tidak akan mati pada hari ini, Namun Allah telah menetapkan akan jumlah nafasnya, dan Allah menghintung dengan hintungan yang cermat, lalu apabila tiba nafas terakhir, tanpa di lebihkan satu nafas pun!!
Maka menghebuslah nafas yang terakhir akan diri aku dan...semua orang islam...


the best statement yang aku pernah baca!

Hamka said...

Anonymous yang Bingung seketika...

gen atau kromosom, arghh, lain kali aku cari istilah yang lebih sesuai.

ps: jangan ponteng kelas sains!

-------
hucs

balik elok, elok, dan jangan lupa pulang ke pangkuan tuhan...

ps; teruskan mengomen hucs, biar istiqamah, baru dpt hakikat ikhlas , he he..

-------
coldstarz_12

memang rumah aku tu dekat pintu gerbang tu, suruhlah makcik engkau sewa rumah aku, ha ha ha. aku bagi diskaun!

pasal kawan engkau tu, aku shor dia bejar ilmu IHTISAB!
apa itu IHTISAB? huh! rujuk ustaz..

Buat amal kerana Allah adalah ikhlas, buat amal kerana makhluk semata-mata adalah salah..
janji Allah bukan makluk,
buat amal kerana janji Allah adalah ikhlas..
sape buat baik Allah bagi selamat, tanpa shurga pun Allah boleh bagi selamat!
sape buat jahat, Allah akan azab! tanpa neraka pun Allah boleh Azab!!
sekarang, yang pemting,adalah YAKIN dengan JANJI ALLAH!!!!

Ada sahabat yang tak dapt tidur bila terbayangkan api neraka!
mata yang pernah menangis kerana takutkan api neraka adalah haram api neraka membakarnya!

Kau buat amal tak nak pahala? huh! kau belum faham apa itu IHTISAB..
mana ada orang buat dosa dan tak nak dosa, dosa akan datang automatik
begitu jugak amal, pahala akan datang automatik, kau nak ke, kau tak nak ke? bila kau buat amal ia akan datang, yakin pahala akan datang ITULAH IMAN!!!!!

panjang cerita, baik belajar lagim jangan belajar kat blog!!!

he he he, macam marah pulak aku ni..oh!

next: cinta Nabi?
kalu kau kahwin, lepas tu suami kau mati, maka kau akan buat semua kerja suami engkau, repair kereta, bayar bil, cari duit, hantar anak ke sekolah, repair bumbung, bla bla, masa tu kau akan rindu sangat2 pada suami engkau..

Sekarang, Nabi dah wafat, kita buat kerja Nabi, barulah rindu dan cinta kan datang ..insyaAllah.., kalau tak buat, setakat di mulut sajer ler...oh!

---------
interested aka non muslim!

Semoga Allah memberi hidayat kepadamu..
selmat menghiris timun!

-------
**cik siti

he he he,jangan lupa doa kat depan kaabah!
hamka, isteri hamka, haikal, adha dan najiha..he he

-----------
amir..

betul tu Amir!!!
betul tu!!

kena belajar ilmu ihtisab!!

------------
hanisumayyah

Bacalah buku fadhilat Ramadhan versi baru, kulit warna biru, ada dalil dah nas
terima kasih sahabat .

---------------
Najwa Aiman

part tu ada hadith tu, tapi seperti biasa, aku lupa..oh!

hanisumayyah said...

Memang suami dah lama belikan buku versi baru berkulit hard cover biru di Sri Petaling, buku Fazail Amal lama guna kat pejabat jer...
Terima kasih juga atas ingatan dan pesanan tanpa jemu buat semua pembaca setia... teruskan lagi dan lagi...semoga apa yang saudara tulis tu dapat diamalkan dan disampaikan pada sahabat yang lain...

dead meat da bakal! said...

post yg menarik utk non-muslim
dulu masa kecik2 jeles tgk org mkn waktu puasa...
tp skrg ni dh besar2 nih rs kesian tgk org non yg tak sedar betapa byknya ganjaran pd buln ramadhan ni kalo mereka Islam...tp ksian jugak kat org Islam snedrik (tmsk daku) yg dh sedar akan hakikat byknye kelebihan di bulan Ramadhan tp masih begitu tegar mlakukan perbuatan sia2 di bln ramadhan yg mulia ini... astaghfirullah... ampunkn aku

abu_harraz said...

malam tadi lailatulqadar???aku dapat rasakan...dan buktinye...pagi ni berkabut...apa?? oh tidak..jerebu rupanya....jadi..aku hanya bermimpilah ni...chaitzzz..

elcoyote said...

huhu...wp entry nih utk not-yet-be-a-muslim..tp..aku insaf..apekah ramadhan yg berlalu dah 2minggu aku manfaatkan betul2..?astaghfirullah..smoga aku berdaya meneruskannya dengan semurni hati..insyaAllah..wallahua'lam..isk..

Hamka said...

hanisumayyah

bila korang dah suka kat aku kerana menulis, TOLONG doa kat ALLAH sebut NAMA AKU MUHAMMAD HAMKA akan hal hal kebaikkan..

AMIN YA RABBIL ALAMIN...

---------------
dead meat da bakal!

kita kena kenangkan segala fadhilat ini, cth masa nak bukak puasa, Allah bebaskan sejuta hamba dari neraka, sayu jer rasa time tu...oh!

---------
hucs

mimpi? semalam aku dapat lihat matahari dengan seluruh mata tanpa berkedip, tapi waktu maghribler..

--------
elcoyote

juga smoga aku dan engkau berdaya meneruskannya dengan semurni hati..insyaAllah..wallahua'lam..isk..

ramadhan said...

apepon thanks..byk manfaat dr post nih..

konpius skit..mostly sume yg dlm post kali ni ade dlm 1 hadiskan..

sy dpt tau yg 'Perkhabaran-perkhabaran ghaib sepanjang bulan Ramadhan'-status Hadith ini adalah hadith Maudhu'..

macamane tu yer..
sy yg kurang ilmu..

- vanilla - said...

Assalammualaikum..

Post kali ini menambahkan lagi ilmu aku yang tak berapa cukup...Aku dahagakan Ilmu tetapi..

1) Ustaz/Imam/Mufti sentiasa tiada di saat aku perlukan..Aku redha! Mungkin mereka sibuk dengan beribadat( aku bersangka baik) Aku cemburu!!

2) tahap kecenderungan aku selalu nyer dipotong oleh nafsu dunia yang selalu menyelubungi hati aku.

Tetapi..disebabkan komen dari beberapa posto di sini mengingatkan aku pada satu peristiwa yang berlaku pada diri aku...

Aku tanya pada kawan aku ini yang berlagak atau mmg arif tentang hadith dan nas2 dan fatwa2 dll...( Aku takut hendak bertanya, tapi aku perlukan jawapan...oohh..)

Lalu aku tanya dia, kalau dah tau sangat tentang Agama Islam kenapa ko tau tak berpuasa dan tak sembahyang dan yang lebih tepat..kenapa ko tak lakukan AMAL MAKRUF NAHI MUNGKAR??

Jawapan dia..Jika orang Kafir itu ingin masuk Islam atau Untuk ko menjadikan ko seorang Islam yang sejati, aku nk tanya ko..Mana yang dulu??

RUKUN IMAN DULU

ATAU

RUKUN ISLAM DULU

yang perlu kite tahu/hayati...

dan jawapan dia..

Kite perlu tekankan kepada RUKUN IMAN dahulu..So, bila dah cukup ilmu dengan RUKUN IMAN baru kite teruskan kepada RUKUN ISLAM..barulah kite mengucap, solat lima waktu, puasa dia bulan Ramdhan, Bayar zakat dan menunaikan Haji..

Jadik, dia kata dia perlu menghayati RUKUN IMAN dahulu baru dia amal RUKUN ISLAM ( Solat, Puasa, Zakat, Haji)

minta maaf kalau perkara ini di anggap kecil, tetapi aku yang kurang ilmu atau dengan lebih tepatnyer..BODOH..ingin sangat penjelasan dari sesiapa sahaja yang boleh menerangkan perkara ini..TOLONG!!

Sesungguhnyer aku percaya RUKUN ISLAM DAN RUKUN IMAN itu datang dengan seiring!!

Iringilaah aku..Ditakdirkan Kamu Muslimin dan muslimat menolong aku dan lain2..


p/s: Malam ini adalah malam yang ke 15 kite berpuasa..

Hamka said...

ramadhan

1.aku amnik dari satu hadith yang pangjang, dan dua hadith yang pendek iaitu bab kiraan nafas dan malaikat minta maaf..

2. jawapan untuk hadith maudhu, jika kau nak rujuk pada blog ini, dah pernah ada orang jawab(hucs) juga termasuk aku dalam post sebelum ini, yang terdekat…, boleh rujuk..insyaAllah

-----
- vanilla -
Walaikumusalam

Aku jawab lebih kurang, akupun BODO gak..

Kenapa tak nak AMAL MAKRUF NAHI MUNGKAR??

Syaitan kata: jangan baca buku ugama, sebab aku tok guru…
Syaitan kata: jgn buat daqwah kalau kau takde ilmu…
Syaitan kata: tunggu kau baik dulu baru boleh daqwah org…
Syaitan kata: tunggu kau kaya dulu baru boleh sedekah…

Org alim kata: bacalah buku ugama sukurang2nya ½ jam sehari…
Org alim kata: sampaikanlah walaupun satu ayat…
Org alim kata: kalau kau nak jadi baik, ajaklah org buat baik…
Org alim kata: kalau kau nak kaya, sedekahlah satu sen pun!

ps: hari pertama abu bakar r.a masuk islam, Nabi cakap: apa yang aku buat, kau kena buat-so, tak yah nak tunggu kaya baru nak sedekah, tak yah nak kena ada ilmu baru nak dakwah, sampaikanlah walapun satu ayat!!

greng said...

Alhamdullillah.. semakin ramai warga keretamayat...
Hari ni greng rasa nak mengomel sikit...

Wahai orang kafir / non muslim / yet to be muslim.

Kenapa perlu menyembah anak tuhan sedangkan kita boleh terus menyembah Tuhan?

Kenapa ada orang lain yang boleh menghapuskan dosa kita sedangkan orang itu juga tak lari dari membuat dosa dan bukankah lebih baik kalau kita memohon ampun terus dari Tuhan?

Kalau saya membunuh bapa kamu dengan pistol adakah kamu akan menggantung pistol itu di leher kamu sebagai penghormatan? i.e. Kalau kamu kata Jesus mati disalib kenapa kamu memakai salib di leher kamu sebagai penghormatan?

Wahai orang kafir / non mulim / yet to be muslim,

Kenapa kamu menyembah api / matahari / patung dan sebagainya sedangkan mereka itu juga makhluk seperti kamu?
Mereka tak boleh berbuat apa-apa melainkan menurut perintah Tuhan.

Fikirkanlah...

abu_harraz said...

vanilla,
menurut pendapat patik yang hina dina ini, rukun ISLAM lagi penting untuk dihayati, sebab didalamnye ada kalimah syahadah, ada kalimah tauhid.

ada erti yang sgt besar, paling besar dalam ISLAM.

SO, kalau boleh hayati yang pertama tu.....yang lain2 akan follow..

'HAYATILAH' LA ILA HA ILLALLAH....yang lain boleh beres...insyaAllah

zwitterion said...

aku tetap baca entry ni..

coldstarz_12 said...

assalamualaikum
1 more ting-
aku pernah dengar akak aku citer, dia kata dalam apa-2 hal pun jgn tinggal solat-sebab dlm tu ada 5 rukun islam dan 6 rukun iman, masa tu aku kecik lagi tapi, jadi tak byk yang aku ingat, tapi kalu ikut logika, memang betul
coz dalam solat-kita mengucap-solat-puasa (tak makan dan minum)-zakat-pegi haji (rujuk tahiyat)-dalam solat juga kita percaya pada tuhan-kerana itu kita solat-kita percaya pada malaikat-pecaya pada rasul-kitab-hari akhirat-qada'qadar..-tak ikut susunan-(tapi terdapat huraian yang lebih terperinci mengenainya-cuma aku tak mampu menguraikannya dengan lebih detail, rujuk lah org-2 yang lebih tahu-dan jika ada yang tau-bagitau aku sama-
just step by 4 a while-

ramadhan said...

hamka said
'..aku ambik dari satu hadith yang pangjang, dan dua hadith yang pendek iaitu bab kiraan nafas dan malaikat minta maaf..'

camne tuh..x brape paham...
kurang pandai btol ler aku nih..

cth:

Ibnu - Jauzi menyebutkan dari riwayat Muhammad bin Abu Tahir Anas r.a. katanya : Rasulullah s.a.w bersabda :
...'Apabila malam pertama bulan Ramadhan berserulah Tuhan Al- Jalil akan Malik Ridhwan penjaga Syurga seraya berfirman : Persiapkan Syurgaku dan hiasilah dia untuk orang - orang yang berpuasa dari umat Ahmad , janganlah engkau menutupnya bagi mereka sehingga habis bulan mereka ( Ramadhan ). Kemudian Tuhan Al-Jalil memanggil Malaikat penjaga Neraka : Hai Malik ! Malik menjawab : Ya Tuhanku! Kemudian Allah berfirman : Tutuplah pintu - pintu Neraka Jahim dari orang - orang yang berpuasa dari umat Ahmad dan janganlah engkau membukanya untuk mereka...(pjg lg tp aku quote skit je coz yg lain2 same cam yg da bro hamka elaborate)

Hadith ini adalah Maudhu'

Sumber: Himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu' (Jld 1) - Drs Abdul Ghani Azmi- m.s. 503

maaflah sy budak baru belajar..
harap dpt bersabar ngan kemusykilan sy ni..

blackpurple said...

Alhamdulillah. Bersyukur kerana aku dilahirkan sebagai seorang muslim dan kekal muslim.

Hamka said...

greng

betul apa yang kau cakap tu, tapi tak baik hina kekasih orang, akan buat dia hina kekasih kita, marah tak orang hina kekasih kita?
Bila kita hina kekasih orang, dia akan kasihan kat kekasih dia dan akan lebih sayang kat kekasih dia..
Buat sajer dia curang dengan kekasih dia, dengan cerita kelebihan kekasih kita..

Ps;aku tak pandai, tapi aku rasa nabi dakwah guna tektik ini..wallauhalam

---------
hucs

'HAYATILAH' LA ILA HA ILLALLAH....yang lain boleh beres...insyaAllah !!
(betul!!!)

--------
zwitterion

terima kasih, baik untuk kau, baiklah untuk aku..

----------
coldstarz_12
Waalaikumusalam

Kalau kau nak rujuk keretamayat, aku ada tulis mengenai rukun islam dalam post:
“siapa paling rugi”
insyaAllah

-------
ramadhan

aku ambik dari kitab fadhilat sedekah dan fadhilat ramadhan, karangan maulana zakaria, aku tak ingat hadith no berapa, mukasurat berapa, harap maaf..

-------
blackpurple

Alhamdulillah. Moga jadi mayat pun dalam muslim.

blackbutterfly said...

thanks for the attention given!

Hamka said...

sama sama...
:)