Oct 2, 2006

Bagaimana Nak Beriktikaf?

(Adab masjid...)

Pejam celik-pejam celik (berak kencing-berak kencing) dah hampir 10 hari puasa, Tentu korang dah tak sabar nak beriktikaf bersama ustaz dan ulamak pada 10 terakhir ramadhan bukan? Aku tahu korang semua nak ikut betul betul sunnah Nabi Muhammad s.a.w mencari lailatul qadar dengan beriktikaf di masjid bersama ustaz dan ulamak..

Bestler korang dapat iktikaf kat masjid selama 10 hari, satu hari sajer beriktikaf dan di jauhkan dari api neraka sejauh tiga parit, yang mana jarak satu parit adalah seperti langit dan bumi, manakala mereka yang tak beriktikaf di masjid dan lebih suka tidur kat rumah bersama isteri, hanya dapat satu ‘parit’ sajer…oh!(kurus puasa aku!)

Bertambah best lagi kat korang semua adalah dah tentu confirm dapat beriktikaf pada malam lailatul qadar, bonus seribu bulan tu!!, kerajaan Malaysia yang kaya tu pun hanya bagi bonus sebulan gaji sajer kat pekerjanya yang dah penat berkeringat selama setahun, Namun, Allah Yang Memiliki Raja segala kekayaan, bagi kat korang semua bonus seribu bulan hanya untuk amalan satu malam!!!(Nikmat mana lagi yang aku dustakan?)

Ok, straight to the point.., sebelum korang pergi beriktikaf, silalah faham kan etika atau adab berada dalam masjid dulu,..

Nota: penulis tidak ada sijil ugama, dan bukan semua yang di tulis penulis sudah berjaya di laksanakan sepenuhnya oleh penulis, penulis menulis agar di beri kekuatan untuk mengamal apa yang di tulis, bersama-samalah kita berdoa bersama penulis agar penulis dapat mengamalkan apa yang di tulis…, begitu juga dengan para pembaca yang membaca apa yang di tulis oleh penulis..insyaAllah

Bila korang dah berniat untuk beriktikaf di masjid, korang semua sangat bagus kerana korang semua sebagai orangg lelaki yg beriman: hati hendaklah di ‘takluk’ oleh masjid…, iaitu hari-hari kena pergi masjid, seperti doctor yg di ‘takluki’ oleh klinik, hari hari pergi klinik, nelayan di ‘takluk’ oleh laut…hari hari pergi kelaut..,

Jika seorang Nelayan hari-hari pergi bersawah dan jarang jarang sejer pergi ke laut, kita dah tak panggil dia Nelayan, Kita panggil dia Petani..

Begitu juga Jika seorang Doktor hari-hari pergi jual ubat dan jarang jarang sejer pergi klinik, kita dah tak panggil dia Doktor, Kita panggil dia Salesman.Ubat.

Dan begitu jugalah Jika seorang Islam hari-hari pergi berhibur dan jarang jarang sejer pergi kemasjid, kita dah tak panggil dia Ustaz, Kita panggil dia Artis!!!

Ok, tak baik mengumpat lebih-lebih bulan puasa ni, kita berbalik pada main tajuk kita, iaitu beriktikaf di masjid!

Tapi bila kita pergi rumah Allah ni ada banyak pantang larang dan Adab susila dia, kerana.., alahai nak pergi rumah PM pun ada adab dia, nak pergi jumpa raja pun ada dia punya adab, nak pergi negeri sembilan ada adab pepatih, apatah lagi nak pergi Rumah Allah, Raja segala Raja, LAGI LAGILAH KENA BERADAB!!!!

---------------------

27 ADAB MASJID
(lebih kurang yang aku tahu)

1. Sekiranya korang pergi jalan mana mana, tak kira ler, pergi Memancing ke, ‘Bazir’ Ramadhan ke, pergi shoping kompleks ke sekali korang terpandang rumah Allah, apa korang perlu buat?

Mengikut apa yang aku belajar, kena baca selawat ke atas Nabi Muhammad SAW setiap kali terpandang Rumah Allah!!,

Ini adalah kerana mengenangkan akan perkara pertama yang baginda Nabi Muhammad SAW buat bila sampai di madinah iaitu membina masjid (time tu masjid takde lagi) dan kalau nak buat masjid perlu pada orang untuk makmurkan sebab tu perlu pada masyarakat madani yang terdiri daripada Muhajirin dan Ansar, bukannya nak bina Negara Islam seperti yg di dakwa sesetengan pihak, zaman nabi Sulaiman a.s dan nabi Zurkanain a.s dulu dah ada Negara yg complete hebat, tapi Allah tak istiharkan ugama sempurna waktu tu…, Agama yang sempurna bila masjid penuh macam masjid Nabawi..arghh, aku tak nak cakap isu politik pada bulan posa ni, so korang tak payahlah nak berbahas dengan aku mengenai negara islam pada bulan ramadhan ni-malas aku nak layan!!!

2. Sekiranya korang dalam perjalanan atau bermusafir dan tiba-tiba rasa nak berak lalu korang cari tandas masjid di jalanan, dan tunaikan hajat di sana, ada ulamak yang tidak benarkan korang berlalu begitu sahaja selepas berak, tidak beradab namanya..

Adab masjid bila nak berak kat masjid adalah, lepas berak, korang kena ambil wuhdu dan buat solat sunnat dua rakkat, kalau tak masjid jadi macam tempat singgah nak berak sahaja.., ini merujuk kepada musafir, maklumlah dah dekat nak raya, semua pakat nak balik kampung, jangan jadikan masjid tempat nak berak kencing sahaja! ( dan doalah supaya penulis dapat amalkan amalan ini..insyAllah-amin)

3. Pastikan korang tidak berhadas besar atau kecil semasa berada dalam masjid…. Makruh berhadas kecil duduk dalam masjid dan haram berhadas besar duduk dalam masjid..!

4.. Pastikan Masuk masjid dengan kaki kanan, padang mahsyar kelak ada tempat khas untuk pemimpin yang adil kat bawah arasy yang mulia, Pemimpin yang adil ni tak perlulah korang tunggu hingga jadi macam Pak Lah atau Tok Guru Nik Aziz dulu baru nak adil, sekarang ni pun, korang adalah pemimpin pada anggota badan kat tubuh korang, maka selaku pemimpin yang adil, pastikan ‘rakyat’ korang tidak di zalimi, iaitu masuk tandas kaki kiri dan keluar tandas kaki kanan, masuk masjid kaki kanan keluar masjid kaki kiri.

Ingat formula ala-ala pantun ini,

masuk masjid kaki kanan
keluar masjid kaki kiri.
keluar tandas kaki kanan
Masuk tandas kaki kiri

(bersyukur dengan nikmat kemaluan yang tiada kanan dan kiri..oh)

5. Baca doa ketika Masuk Masjid.
"ALLAHUMMAF TAHLI ABWAABA RAHMATIKA
(Ya Allah, bukakanlah bagiku pintu-pintu rahmat-Mu)".

6. Niat beriktikaf.
(rujuk sign board kat masjid, biasanya ada, kalau takde tanya AJK masjid, kenapa takde?
Ingat! Tak boleh makan dan minum serta tidur dalam masjid melainkan dengan niat beriktikaf.

7. Buat solat tahiyatul Masjid-(rujuk ustaz)
Tapi kalau ada majis ugama sedang berlangsung, tak payah solat sunnat lagi terus duduk dalam majlis, dan jangan bagi salam kepada orang yang tengah berceramah, pendek kata jangan ganggu majlis zikrullah tapi sertailah majlis zikrullah.

Nota: Tapi,untuk hari jummat menurut apa yang aku belajar, tetap kena solat sunnat, tu yang dalam khubahpun kena solat sunnat tu-wallahualam.

8. Jangan bersolat di belakang atau di depan pintu, akan menyusahkan dan membebankan orang nak lalu lintas - pakai otak sikit!

9. Orang Berzikir jangan mengganggu orang yang baca Al-quran dengan zikir yang kuat..
Orang Baca Al-Quran jangan mengganggu orang yang sedang solat dengan membaca kuat- kuat..
Orang Bersolat sunnat jangan mengganggu orang yang tidur/beriktikaf
Arghh, pendek kata, semua jangan ganggu antara satu sama lain, boleh insyaAllah?

10. Dalam masjid, Kalau nak tidur pastikan kena ada alas tidur, dan jika nak makan pastikan ada alas makananan(saprah)
Maklumlah bila tidur macam macam cecair boleh keluar, air liur basi, air mani, air tulang belakang etc etc…dan bila makan pulak, dah tentu lah tumpah sana sini, sebab tu SUNNAH nabi, tidur dan makan even kat rumahpun kena lapik alas…

Dan memang di beritakan bahawa Nabi Muhammad saw ada dua kain yang di bawanya, satu ikat sebagai serban satu lagi sangkut kat bahu, sebagai setangan atau untuk memulikan tetamu dengan di hampar duduk, dan lain lain, boleh juga korang lap air mata dan hingus yang meleleh bila bertahajud!

Tambahan: Pakai serban dan setangan ni bagus apa! Naik motor dah tak payah pakai helmet, jika eksiden kain serban boleh buat balut luka, kalau jadi mayat boleh buat kain kapan!!!

11. Ni bukan aku nak buat lawak, ini serius!!!
Jangan sikat rambut dalam masjid-takut rambut jatuh dalam masjid.
Jangan korek hidung dalam masjid-takut tahik hidung jatuh dalam masjid.
Jangan potong kuku dalam masjid-takut kuku jatuh dalam masjid.
Jangan korek telinga dalam masjid-takut tahik telinga jatuh dalam masjid.

12. Tak boleh buat bunyi yang ada unsur muzik dalam masjid, tepuk tangan, patah patahkan jari, bersiul dan lain lain.(Hanset punya ring tone-matikanlah), bayangkan lah tengah sedap solat tiba tiba terdengar bunyi suara apek senario- ‘ada sms’! huh!-
(Nashid pun tak boleh dalam masjid tau!!!)

13. Jangan alih barang dalam masjid sesuka hati, alih jam dinding, alih almari buku. alih kayu ktubah, meyusahkan AJK masjid ajerler korang nie.., pendek kata kena mintaz izin, jangan cas handset dalam masjid, kalau nak cas juga, pandai-pandailah letak seketul dua dalam tabung derma.

14. Jangan melunjurkan kaki ke arah kiblat, atau masa berceramah atau masa tidur!!!

15. Terima kasih kerana tidak meniarap dalam masjid.

16. Sekiranya tidur dan mimpi bersetubuh lalu terpancut air mani, kena berambus dari masjid cepat cepat-Haram duduk dalam masjid dalam keadaan hadas besar, dah mandi kat kolah masjid tu, baru masuk masjid.

17. Bangun tidur tak boleh terus celup tangan kita ke dalam kolah-kena basuh kat luar dulu, al maklumlah masa tidur tangan berjalan ke sana ke mari, terutamanya berjalan di antara pusat dan lutut!

18. Tak boleh jadikan masjid sebagai short cut, masjid besar dan korang malas nak pusing masjid, lalu buat short cut-tak boleh!!! Nak buat jugak boleh tapi berhenti solat sunnat dulu, sama macam kes berak tadi!

19. Tak boleh duduk bertongkat dua tangan ke belakang!!

20. Dari jendela masjid, tak boleh meludah ke arah kiblat…

21, Tak boleh berniaga dalam masjid-siapa yang berniaga mudah jadi muflis!!!

22. Tak boleh buat pengumuman mencari barang hilang dalam masjid, buat pengumuman barang jumpa –takpe..

23. Tak di galakkan bawa kanak-kanak tidur di masjid..

24. Tak boleh berlari lari dalam masjid, walaupun datang lewat, walaupun imam dah rukuk, berjalanlah dengan tenang, dah masbuk!-nak buat macam mana..?
Nabi SAW pernah bersabda.
"Sesungguhnya salah seorang di antara kamu, apabila menuju shalat, maka berarti dia sudah dianggap dalam shalat". (Hadits riwayat : Muslim).

So, relax, cool…

25. Tak boleh bukak aurat!!

26. Tak boleh cakap hal dunia dalam masjid-Nak jawab telofon kena agak-agak, lebih baik jawab kat luar.

27. Dan apabila keluar dari masjid maka ucapkanlah :
"ALLAHUMMA IN-NI AS ALUKA MIN FADLIKA
(Ya Allah, sesungguhnya aku minta kepada-Mu dari karunia-Mu)".

OK. Lah.. korang dah keluar masjid, bolehlah balik rumah atau pergi ‘bazir’ ramadhan, aku rasa ada banyak lagi adab masjid ni, tapi oleh kerana aku bukan ustaz dan ulamak, maka banyaklah kekurangan sana sini.., kesulitan amat di kesali, kalau korang ada apa nak tambah, bolehlah tambah kat ruang komen,

Wah wah wah, best ler korang dapat beriktikaf bersama ustaz dan ulamak pada 10 terakhir ramadhan, sekiranya teringat, sertakanlah nama aku seorang pendosa ini dalam doamu..oh..isk..isk…

Tambahan,

Di hari akhirat nanti, Allah akan bertanya pada malaikat: di manakah jiran-jiranku?

Malaikat bertanya: siapakah jiran-jiranMU?

Allah Berfirman: Jiran-jiranku adalah mereka yang memakmurkan rumahKu..

Satu lagi..
Bulan puasa ini di bahagi kepada tiga bahagian:

-10 hari pertama adalah Rahmat.
(ramai orang datang-ramai orang dapat rahmat)

-10 hari pertangahan adalah Keampunan..
(jema’ah dah kurang sikit..tak ramai dapat keampunan)

-10 hari terakhir adalah kelepasan dari Api neraka!!!
(hanya ustaz dan ulamak sahaja yang beriktikaf di masjid..oh!, semoga Allah pilih kita semua beriktikaf di masjid-lelaki sahaja)

Amin ya Rabbil a’lamin..

SEKIAN dan salam sayang dari keretamayat,

Ps: ada org tu kan, tak pernah pergi masjid, bila jadi mayat baru pergi masjid, duduk kat depan sekali pulak tu!!!

58 comments:

abu_harraz said...

sempat baca sampai habih and jadi pengomen pertama..yihaaa

weh byk benda aku tak tau nih...especially tidur berlapik tu..dgn duduk bertongkat tangan ke belakang.

Lagi satu Ibn Majah ada meriwayatkan (lebih kurang)Jauhkan orang gila dan kanak2 dari masjid. acu terangkan buleh?

Hamka said...

copy paste dari mereka yang bukan ustaz..

-------
blackpurple said...

Semoga kita sama-sama dapat MENGHAYATI ibadah puasa ini dengan sebenar-benar PENGHAYATAN...Insya'Allah..

10 hari pertama: Surau penuh...
10 hari kedua: Separuh penuh...
10 hari terakhir: Bazar & kompleks membeli belah penuh..!

----------
hucs said...

mencelah...

10 hari pertama - kerahmatan: maka ramailah orang dapat rahmat. rahmat senang sket allah nak bagi Sebab tu penuh surau2..

10 hari yang kedua - keampunan: maka susah sket la nak dapat keampunan berbanding kerahmatan...sebab tu analoginye...kuranglah jugak orang kat surauuuuu......

10 hari yang ke tiga - pembebasan dari apai neraka - maka....walaupun ramai dapat keampunan, masih kurang yang bebas dari api neraka...so..sebab tu la tinggal beberapa kerat je... - aku nak!! aku nak yang nih!! - tapi kalau setakat skang ni......? takottt :(

p/s - hamka..aku suka ko cakap pasal tukar shift tu..hehehe..kita harap orang buat over time lah daripada tukau shift.

Anonymous said...

Alhambulillah dapat banyak maklumat naik keretamayat ni.

Niaga dalam Masjid tak boleh kat luar tu apahal. Lambat2kan orang nak masuk beriktikaf? Apa hukum, nak tahu juga? T.K.

elcoyote said...

oh..aku jahil..so much info i got today..tp kan..klu pompuan yg nak beriktikaf camne pulak ye?takkan laki je kot..

p/s:berangan nak beriktikaf jugak..huhu

Hamka said...

Hucs

Berbaik sangka itu harus, berburuk sangka itu haram..

----

Tangan tongkat ke belakang..

Kau duduk bersila tapak tangan dua-dua jatuh ke belakang.., tangan lurus, dada dan perut ke depan, kira macam duduk bersandar pada tangan..

Lapik tidur,

Guna serban atau kain yang agak tebal, hampar dan tidur di atasnya..

Budak budak..

Setengah budak budak bila tidur boleh menaikkah syahwat lelaki-seks mania, so lebih baik elakkan..

Orang gila

Mereka akan buat benda yang tidak dapat di jangka.- agak bahaya.

---------
Zabs

Mereka yang berniaga, tapi time azan terus tinggalkan perniagaan dan masuk masjid, adalah tergolong dalam golongan yang masuk shurga tanpa hisab,

Mereka yang tak masuk masjid sebab sibuk melayan peniaga pulak-wallahua’lam..

--------
Elcayote

Perempuan dia boleh khususkan satu tempat khas di rumah dia, dan ada pendapat mengatakan boleh beriktikaf di rumah untuk perempuan, aku tak tahu dalil dan nas – niat ikhlas, buat insyaAllah..

elcoyote said...

oo..ye ke..baru aku tau..uhuhu

amanitium said...

heh, banyak saham kau ni hamka. kalau orang ikut. kau dah dapat share. dah la bulan Ramadhan. oh, Hamka, terima kasih, bagi penerangan.

maknanya 24 jam sehari ke dalam masjid?

aku pernah dengar pasal iktiqaf ni, cuma tak pasti cara, dan takde orang buat. jadi aku pun tidak tahu. InsyaAllah, kali ini, aku cuba. Doakan~

Hamka said...

elcoyote

tapi better kau rujuk ustaz ler jugak pasal iktikaf untuk perempuan, aku takde pengalaman,

------------
amanitium

pergi iktikaf nanti, doakan lah aku…
terimaksih!

Anonymous said...

Nota: Tapi,untuk hari jummat menurut apa yang aku belajar, tetap kena solat sunnat, tu yang dalam khubahpun kena solat sunnat tu-wallahualam.

emm..yang aku tau pulak masa khutbah tu tak boleh solat sunat sebab 2 khutbah tu menggantikan 2 rakaat lagi...maka kenalah adabnya mendengar khutbah...maka solat jumaat tu juga jadilah seperti zohor 4 rakaat...silap aku tlg betulkan yer..

Assalamualaikum wrth...

- org baru

hafizbar said...

A: kamu tahu tak adab2 masjid?
B: tak tau.
A: ala.. sebut je ape2 yg kamu tau utk hormat rumah Allah.
B: oo ok. kita tak boleh bermain bola sepak dlm masjid.
A,C,D,E dan F: kekekekekekekeke

---
hafizbar

mamat said...

Yang Hamka cakap ni Mazhab Syafie
Nota: Tapi,untuk hari jummat menurut apa yang aku belajar, tetap kena solat sunnat, tu yang dalam khubahpun kena solat sunnat tu-wallahualam.

Ini pun betul..cuma mazhab lain
emm..yang aku tau pulak masa khutbah tu tak boleh solat sunat sebab 2 khutbah tu menggantikan 2 rakaat lagi...

Sebenarnya ada cerita disebalik hadis ini..
Semasa Nabi berkhutbah, ada lelaki masuk dan terus duduk. Lalu Nabi suruh lelaki itu solat.

Cuma yang kita tak diberitahu :-
1.Lelaki itu qadha solat subuh (Nabi tahulah...)
2.Nabi menghentikan khutbahnya semasa lelaki itu solat.

Jadi terpulanglah nak ikut yang mana.Rahmat ALLAH.Cuma bagi aku lebih baik dengar khutbah, mana tahu ada pengajaran yang berfaedah.
(Lainlah kalau korang nak qadha subuh yang termiss)

greng said...

bro',
greng rasa post kebelakangan ni kurang menyengat pulaks..
kenapa eh?
ada apa-apa ker?

tapi tak per lah kurang menyengat kat greng tapi menyengat kat warga yang lain pun cukup baik... hehehe

teruskan usaha murni!!!

abu_harraz said...

hamka,
bab bersangka buruk/baik ni soalan aku yang mana ek?

aku nak tau..betul ke tak leh bawak org giler (yg ni agak confirm) dan kanak2 (aku akur, tapi aku nengok banyak je otroman dan power rangers dan gerak khas, dan alam perwira, teletubbies dan power puff dan macam2 lagi kat masjid waktu tarawikh...tu yg aku confuse tu)

abu_harraz said...

hamka...aku dah tgk comment kat post sebelum ni...jadi abaikan soalan aku dlm comment yang sebelum ni

irsha said...

1) bertongkat tangan ke belakang. (sgt ramai yg masih buat, sgt ramai yg masih tak tau, kesian dia.. kalau aku nk cuba ckp "pakcik tak boleh duduk dgn tangan tongkat ke blkg ni.." "hah? sapa cakap? aku dh duduk mcm ni drp zaman jepun lagi... takde sapa pun yg tegur aku!) "tp.. hamka cakap.." "sapa hamka?" so, hamka, sblm dia tengking cam tu kau cerita lah apa rasional dan hikmahnya larangan tu..

2)aku rasa (aku rasa2lah), solat tahiyatulmasjid tu tetap afdhal buat walau tgh khutbah, sepatutnya kena buat sentiasa tiap kali masuk dan sebelum duduk dlm masjid. [mmg 2 khutbah tu mcm menggantikan 2 rakaat zohor sbb tu dilarang berckp2 atau bermain bola pada masa khutbah, tp ianya tetap khutbah. solat sunat tu dibolehkan. (sila rujuk hamka atau ustaz)]

Anonymous said...

alhamdullilah..sempat gak aku bace entry baru hamka ni..walaupon tak dpt jadik pengomen pertama..huhu

**cik siti

semutmerah said...

sekadar info ya. Hadis 10 10 10 itu merupakan hadis munkar. Ref sini atau buku berkenaan puasa eg. "Perkara-perkara remeh tentang puasa yang anda ingin tahu tapi malu bertanya" karangan Us Ismail Kamus.

Wassalam

ainee said...

aduh hamka, yg terakhir itu cukup pedih sekali.

Hamka said...

Org baru?

Baru masuk islam? or baru naik kereta mayat..

Apa2pun terima kasih ustaz!!!

--------
hafiz
A: kamu tahu tak adab2 masjid?
B: tak tau.
A: aku ada tulis dalam blog
B: aku malas baca bab bab ugama, tapi sebab kau tulis maka aku pun baca..
A:terima kasih kerana sudi baca
B: aku juga ada komen
A: terima kasih kerana mengomen..: kekekekekekekeke

Ps: adab masjid 28: jangan main bola dalam masjid!

-----------
mamat

Terima kasih mamat!
Terima kasih ustaz mamat!
Adakah kau mamat yang selalu bermain di mulutku?

------------
greng

kau nak kena sengat?! Berenanglah bersama ikan pari!

Ps: mungkin entry ini lemah kerana aku tidak mengecas kerana dpt cuti 2 bulan dari sang isteri..oh!(alas an..)

---------
Hucs

Baiklah, aku abaikan…
Pasal bawa anak ke masjid, tak kisah jika tak buat bising, Cuma ada ustaz larang kanak2 tidur di masjid…panjang cerita..

-----------

irsha

1)bertongkat tangan ke belakang. Dan duduk kakli bersilang, masih posisi duduk, lutut naik, tapak kaki ke lantai, tapi bersilang-kata ustaz itu adalah duduknya manusia yang ingkar di padang masyar sementara menunggu keputusan masuk neraka-wallahualam.maaf, tak dpt bagi dalil dan Nas.-tak tahu!!!

2) solat tahiyatulmasjid tu afdhal tapi majilis ceramah atau majlis membesarkan Allah fadhilat dia 1000 rakkat, jadi tak payah solat sunnt dua rakaat, terus duduk dalam majilis, perumpaan ganjaran duduk dalam majlis ilmu dengan ibadat sorang sorang, adalah seperti lautan dan setitik air, jadilah pengguna yang bijak dengan membayar bil air sebelum air di potong-walaupun air di cincang tak akan putus, tapi boleh di potong, maklumlah dah dekat nak raya etc etc (apa aku merepek ni?)

------
**cik siti

aduhai…cik siti kita sorang ni…!!aduhai!, abang K tunggu juga he he he, (K-hamKa)

------------
semutmerah

sekiranya korang ada soalan mengenai Perkara-perkara remeh tentang puasa yang korang ingin tahu tapi malu bertanya-tanyalah ustaz islmail Kamus!

Ps: terima kasih semutmerah..

Wassalam

-----------
ainee

entah sempat atau tidak menjelang akhir ramadhan,? Hanya Allah yang tahu,
selamat menjadi mayat! Anda tidak mampu mengubahnya!

greng said...

hahaha.... kesian hamka lama tak mengecas... kenalah beli bateri energizer nampaknya...

anyway, ada beberapa perkara hal dalam masjid ni yg greng rasa kena dipertimbangkan untuk tidak mengganggu jemaah yang lain.

Bagi lelaki :
Kalau boleh janganlah pakai pakaian yang berkaler-kaler/ bercorak/bergambar. Pakai yang plain pastel color lagi baik.

Kalau boleh tak payahlah bawak brg-brg berharga dalam masjid, eg hp canggih, jam berjenama dan kunci bersilau, kunci kereta yang nampak jenamanya dll. Mungkin kita bukan nak berlagak tapi greng rasa ia boleh juga mengganggu para jemaah yang lain.

Bagi perempuan ;
Kalau boleh tak payahlah pakai telekung yang bersulam-sulam dan berwarna. sebab mak greng cakap tengah solat dok pikirlah kat mana dia beli, mesti mahal dlll. Kan mengganggu tuh...

Ini pada pandangan greng ajer...

Wallahualam... hamka?

abu_harraz said...

benarlah kata2 mu greng..
juga pakain yang bertulisan,
juga bau2 kari pada tangan,
juga bau2 hapak pada baju,

hamKa,
nama kau hucs, tapi yang 'c' tu bunyi cam 'K' gak....teehehe
yang bermain dimulutmu itu ada lah mamat = mati ek? bukankah ko lebih suka pada kenderaan ? i.e kereta mayat?

Anonymous said...

emmm...

Baru naik kereta mayat...
tapi so far tak pernah lagi naik kereta mayat...camner rasanyer yek :)

- pendapat/ilmu itu luas sungguh, maka berdampinglah kepada mereka2 yang senantiasa menjaga adabnya kerana tidak berilmu seseorang itu jika tiada adab padanya...:D

greng said...

korang tahu hari tu greng nampak ada mamat ni main game kat hp lagi sambil dengar khutbah jumaat dalam masjid...

pergh...

amethyst said...

hi bro hamka assalamualaikum. dah lama amethyst x jenguk blog ni. computer br2 ni hilang dicuri. sgt2 sedih. now amethyst still berusaha bace yr blog, but now in university punye comp lab. bile baca psl rezeki tu, rs tenang skit. nk wt cmne dh xde rezeki bende2 yg hilang tuh. dugaan ramadhan btul. mungkin de hikmah di sebalik apa yg berlaku. to bro hamka, even tho i lost my computer, i will try to read your blog always, either pinjam komputer kawan or baca kat komputer universiti... i really like your blog.. doakan amethyst mampu bersabar menempuh dugaan ini.. :-)

Hamka said...

kskbgreng

Kalau tulis perkataan, JANGAN: memang banyak lagi boleh tulis, apa yang aku tulis tu adalah kesalah kesalah umum yang setengah dari orang macam aku selalu buat..oh..

Dan memang ada sesetengah negara yang tidak benarkan pakai baju bergambar dalam masjid-
Malaysia tak ada, mungkin kerana rakyatnya dah bijakpandai, tak perlu di beritahu…

Jadi, rakyat malysia dah bijak pandai, insyaAllah..

------
hucs

ha ha ha, ada hati nak jadi datok k? he he he

-------
Anonymous

Selamat naik kereta mayat!!!,nak rasa naik keta mayat? orag tak puasa kena naik kereta mayat-..oh..

----------
amethyst

Terima kasih kerana menghargai diri ini, wujud org macam engkau yang setia membaca, buat aku rajin menulis,terima kasih sayang..

ps: komputer tu bukan rezeki engkau, kalau dah rezeki, ikan dalam perut jin pun muntah balik bagi badan makan..oh!

Anonymous said...

salam..

A) beriktikaf
B) berISTERIkaf
C) berIstericatch
D) tak pernah tahu apa itu iktikaf

a) tiga parit
b) satu parit
c) -sda-
d) tiada parit untuk mu

hehehe
-nis, adik beradik nas yg jahat

greng said...

amethyst,

sabar jelah, greng pun pernah kena jugak. kereta kena pecah masa solat jumaat kat masjid wilayah..

banyak data hilang tapi takperlah itu semua kehendak Allah. Mungkin ada benda yang tak elok kat dalam komputer tu kot? hehehe...

tak!!! greng bergurau jer...

Anonymous said...

semut merah,
aku dah check web tu...
pasal hadith 10, 10 ,10 tu..

tu website sumebr dari fahaman wahabi/salafi indon tu...

berhati2..

-lagipun hadith munkar bukan hadith palsu, tapi hadith dhaif(lemah).still boleh pakai selagi ia tidak bertentangan dengan benda yang confirm soheh...

InsyaAllah

abu_harraz said...

aik? apsal kuar anonymous...?
aku nak bertanggungjawab atas post aku..dan aku ulangi..web itu dari fahaman wahabi/salafi indon...

hm said...

Sape2 yg mngaku llk kat sini.. angkat tangan!! semalam tido kt mana??

hehe.. semoga berjaya mnggerakkan kaki ke masjid utk beriktikaf.. prpn kene tido kat umah, kn.. doakn semoga mampu buat qiam..

hafizbar said...

adab masjid #29:
jangan beranak dlm masjid

hihihihi
---
hafizbar

13may said...

hehhe...sebelum ni ada kes ke org beranak dlm mesjid?

hafizbar said...

adab masjid #30:
jgn kencing dlm masjid.

adab masjid #31:
kalau jumpa org kencing dlm masjid, jgn herdik dia. tegur dgn kasih sayang.

hihihi nak tau cerita detail, tanya hamka.... hahahahamka mesti tau nyer

---
hafizbar

Farah Azmi said...

pompuan pon boleh i'tikaf dlm rumah kn? niatkn bilik sbg tmpt i'tikaf... kan kan?

Anonymous said...

assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakaatuh...

article yang menarik lebih-lebih lg untuk menggalakkan lebih ramai lagi orang datang untuk memakmurkan masjid.

menjadi HAMBA Allah ialah position yg paling best kalau nak bandingkan menjadi kepada hamba benda2 lain.
subhanaAllah

sebagai penutup, jus nak komen sket, menurut Syeikh Ihsan b Muhammad bin ‘Ayis al Utaibi dalam bukunya bertajuk 100 Hadis Palsu, pembahagian ramadhan yang saudara pamerkan di akhir article tuh adalah hadith palsu.

banyak masalah yang berlaku disebabkan hadith palsu. Jd lebih baiklah kita elakkan. Allahu 'alam

salam,
wardatulislam

abu_harraz said...

farah azmi,
ye betul tu...even lelaki pun boleh kalau dah takde masjid yang bukak...tapi kena carik betul2 la...aku rasa kes ni tak berlaku kat mesia kot.


anonymous, siapakah Syeikh Ihsan b Muhammad bin ‘Ayis al Utaibi ?

Mazhab apa? fahaman apa? apa susur galur guru2nye?

aku dah check and dapat tahu hadith tu bukan palsu, tapi dhaif.

elok kalau dapat dikongsi bersama sumber rujukan...tima kasih

abu_harraz said...

That hadith is part of a longer narration and has been used by Sheikhul Hadith Muhammad Zakariyya Khandalwi RA, one of the greatest Ulama of the 20th century of the traditional Ahlus Sunnah Wal Jamaah line, and he has used it to explain the virtues of Ramadhan in great detail. I hope all of you here are convinced InshaAllah. It is a narration from Sahih Ibn Khuzaimah.

Memang pun tak menghairankan kalau hadith-hadith dhaif / munkar di-claim sebagai maudu' oleh para Salafi / Wahabi.

Hamka said...

Nas

Sendiri Tanya, sendiri jawab..he he, nampaknya kau suka sangat pada parparitan dan saliran ye?

Aku nak Tanya pulak, siapakah yang jatuh dalam parit?
Dan siapakah yang ketawa jerit jerit?

He he he
salam..

---------
greng

(((Mungkin ada benda yang tak elok kat dalam komputer tu kot? hehehe...)))

pengalaman ke?

---------
hafizbar

Oh.., hanya hafizbar yang berani tambah adab masjid, mungkin pengalaman telah medewasakan hafizbar, dan mungkin juga hafizbar berjaya mengkudakan nafsunya hanya dengan jari telunjuk..(wah, wah, skemanya bahasa aku!)

aku tambah lagi adab masjid yang ke 31.

Jangan buang anak dekat masjid, sebab masjid tak hidup 24 jam, kalu bunag lepas isyak, subuh esok orang baru jumpa, kesian budak tu, kalau nak buang, buanglah kat temapt 24 jam, macam kedai 7 eleven, stesen minyak, klinik kecemasan, balai polis, balai bomba, talian gula, radio era, astro dll..


adab masjid #32
jika nak tegakkan negara islam, mesyuaratlah di masjid, bukannya di balai raya, nabi tak buat macam tu!!!!

Ps: pasal adab masjid #30, aku pernah tulis dalam post: bagaimana mencegah mungkar, better rujuk ustaz dan ulamak..

-------------
13may

ada kot, tapi biang anak, banyak sangat!!!!isk isk!

---------
Farah Azmi

Itu setakat aku yang hina dan jahil ini tahu, yang aku tahu, boleh, dan aku dah perintahkan isterku beriktikaf..di rumah,,

Selamat naik keretamayat!

----------
Hucs, semut merah dan Anonymous

Hadith daif boleh di gunakan kerana ada hadith sahih yang membawa makna hampir serupa atau menyokongnya…

Lagi lagi hadith fadhail, langsung tak menjejaskan iman bila percaya, malh meningkatkan iman dan ilmu ihtisab lagi, yang bahaya hadith masail..

So, pergi sajer masjid, dan buat adab masjid!

Kepada hucs, terima kasih banyak banyak.., nampaknya aku dah jadi murid engaku, terima kasih cikgu hucs!

abu_harraz said...

woi..tuition fees tak bayar lagi dah ngaku murid...hehehe..

aku ni cut n paste je pandai

itu aku rujuk ustad lah tu..ustad tu cakap omputih sebab tu comment omputih..dia balas email aku..
jgn risau..aku memang kenal ustad yang warak ini...dia belajar direct dengan ulama kat banyak negara. dia engineer, bukan al azhar grad..tapi UK je..

p/s - dulu guru silat aku penah cakap, amat senang murid nak mengaku dia anak murid guru , tapi payah guru nak mengaku "itu anak murid aku". reason: bukan senang nak akui apa yang di ajar di amalkan dengan sebaiknye...

Man said...

Aku cuma nak cukupkan komen yang ke 40.

sama-samalah kita menjadi RAKAN MASJID. Keahlian Percuma..kadang2 makan pun percuma.

Pahala 27points (1 waktu), kalau 5 waktu 135points.sebulan 4050points, setahun RM48,600 points. InshaAllah.

abu_harraz said...

1 waktu 27 points..

tapi:
kalau lepas 1 waktu tu, lepak2 yang lagha dan berborak di dalam kawasan saf pasal hal dunia, ngumpat etc..
jadi negatif berapa point ek?

so marilah kita mengekalkan point kita dan menambahnye...ini cuma peringatan..

bagus point ko pasal point tu man..

p/s aku dapat 41 point sebab komen ke 41

Anonymous said...

macam mana nak buat iktikaf kat rumah? kena declare kawasan mihrab sendiri? adakah sama point iktikaf kat umah bagi wanita dan isteri?
kalau lelaki dan suami iktikaf kat tempat mihrab tu afdal tak? point die sama?... nak reedem point tukar beli kereta boleh tak?... hamka jawap keretamayat@blogspot.com
-nis lagi

abu_harraz said...

carik je satu area yang boleh bersendirian dan takde gangguan. jgn buat berjamaah pulak ye

-itu yg aku blajar, kot2 tersalah, hamka boleh tolong chekc ngan ustaz tak?-

hafizbar said...

hahahamka silap bilang. aku dah tambah sampai #31 la. jadi, yg ko kata #31 tu adalah #32 sebenarnya... dan #32 adalah #33.

sekarang ni giliran aku pula utk tambah adab masjid #34:

dlm masjid... jangan nyanyi lagu siti nurhaliza atau siti nordiana atau siti sarah atau siti norkumalasari (hehehe ada siti ke pangkal dia?)

---
hafizbar

Anonymous said...

e..mmm...ini aku perasan bagus..
aku tgk laa dlm masjid ketika solat tuh bila time amin lemah jer org2 skrg tak mcm aku budak2 dulu2 bergema suara amin...dlm ati aku pun pklah knp yerk org skrg nak ckp amin pun lembik,lemah jer...mcm tak mkn 10 hari jer...
itu yg palig rendah skali aku tgk laa kan jadi aku rasa nak iktikaf lagi laa kan mesti laa lagi weak..aku perasan baik lagi..

itulah jihad umat akhir zaman ini...

org baru

Hamka said...

HUcs

he he he...

-----------
Man
best kau punya calculation, jumpa kat masjid nanti ye!

------
nis,

perempuan sajer iktikaf kat rumah, org lelaki iktikaf kat rumah dapat satu parit sajer, tu pun belom confirm lagi,
rujuk ustaz dan kitab ler..

-------
cikgu hucs

aku tak jumpa lagi ustaz yang boleh cerita pasal iktikaf untuk perempuan...oh!

--------
hafizbar

#35

Jangan memblog dalam masjid, ha ha ha!

------
Anonymous

AMIN!!!!, senangnya jihad, jihad ini terbahagi kepada empat, pertama arghhh! rujuk ustaz ler, aku perasan sibuk..

Hamka said...

aku dapat berita, masjid besar Negeri pahang akan adakan program beriktikaf di masjid pada 10 ramadhan, julung2 kali di adakan, sekarang diorang meeting pasal nak jemput ustaz dan ulamak..

subhanAllah!

aku said...

salamun 'alaik... nak tanye sket... boleh ke aku niat beri'tikaf di dalam surau atau musolla?

Kapir_Hadhari said...

Quote:

"Tambahan: Pakai serban dan setangan ni bagus apa! Naik motor dah tak payah pakai helmet, jika eksiden kain serban boleh buat balut luka, kalau jadi mayat boleh buat kain kapan!!!"

Pakai serban sememangnya bagus.

Tapi lebih bagus pakai helmet daripada pakai serban semasa menunggang motosikal.

Jalanraya itu bukanlah selembut kain serban.

Hamka said...

aku

boleh, kat surau atau musalla tetap boleh iktikaf dengan niat masjid kerana dalam islam takde istilah surau, semuanya masjid, malaysia jer yang bagi nama surau, so boleh, takdok hal, no problem!

Kapir hadari

sesetengah penunggang motosikal yang kecurian helmet, boleh pakai serban untuk pulang ke rumah ambik duit..

ps: tak pernah tengok mayat terbujur pakai serban kat jalan raya, yang pakai halmet banyak!, semua dari Allah.kadang2 org yang pakai halmet, yakin salah, kononnya dah mampu mengubah, sekali jadi mayat daa.., anda tidak mampu mengubahnya!

AHA said...

Yang saya pernah baca, iktikaf hanyalah satu ibadat yang khusus untuk masjid, rumah Allah, atau tempat di mana solat berjemaah diadakan pada setiap waktu. So untuk perempuan juga, kalau nak beriktikaf, mesti pegi masjid.

Perempuan digalakkan solat di rumah, tetapi ada hadis Nabi yang menegur suami2 supaya jgn menghalang jika isteri mereka ingin bersolat di masjid.

Wallahu'alam.

Hamka said...

perempuan boleh iktikaf di masjid, dan juga di rumah tapi tertakluk pada terma dan syarat, harap maklum dan boleh rujuk ustaz.

AHA said...

Cuma nak confirm, saya check ngan seorang ustazah, dan dia kata i'tikaf hanya boleh dibuat di masjid. Jika dibuat di rumah, itu dinamakan uzlah bukannya i'tikaf.

Hamka said...

uzlah? tak kisah apaapaun..

masalah istilah ajer kot..

jom uzlah!!!

hambaALLAH said...

~~salam~~
memetik...

Sebab
dosa mana yang tidak terampun,
Pahala mana yang boleh riak,
Jatuh mana yang tidak ke bawah,
Rebah mana yang tidak tumbang,
Kentut mana yang tidak busuk,
Bodoh mana yang tidak bangang,
Neraka mana yang tidak panas,
Setan mana yang tidak jahat,
Nafsu mana yang tidak bergelora,


Jatuh mana yang tidak ke bawah????
ader....
jatuh perigi...
tak kew ke bawah tuh...
ngahngahngahngah...
huu...sory..
loyar buruk pulak kat blog saudara..
gurau..
jgn marah..
sedangkan nabi pun bergurau
huu...

~~salam ukhuwah~~

hambaALLAH said...

lagi sekali terlanjur tulis...
hambaALLAH...
huu...

Hamka said...

:)

Anonymous said...

Отличный сайт! Нужно убить пару часиков - вам сюда :)