Oct 20, 2006

Selamat "DEEPARAYA" ???

(Selamat Hari Raya- Maafkan aku wahai kawan..Maafkan aku wahai makhluk tuhan..)

Tajuk di atas bukan bermaksud apa-apa, ada tanda soal di belakangnya, bermakna ianya adalah satu bentuk soalan, bukan ucapan 'selamat'-harap maklum, jadi aku bukan nak bincang bab "deeparaya"..aku just nak update blog!
Maafkan aku yang dah lama tak up date blog (gaya seorang blogger yang perasan blognya ramai orang baca-setakat 200 orang per day tak usah lah berlagak cek hamka oi...)

Bismilahirahmanirahhim..
Maafkan aku wahai kawan..Maafkan aku wahai makhluk tuhan..

Assalamualaikum kepada semua warga pembaca keretamayat, yang dah jadi mayat salam takziah, yang bukan islam, salam sejahtera di dunia, akhirat merana jika kekal sebagai bakal mu’alaf.oh!

Assalamulaikum juga kepada Mualaf yang telah menambahkan bilangan ummat islam, dan kepada yang murtad yang dah jumpa 'tuhan' lain di dunia, bak kata mael xpdc:

"Ukurkan baju badan sendiri, kita tepuk dada ini,
Jika dah memang jadi ‘mongkey’, apa lagi nak di kata?
Di kata!!!!!


Maafkan aku wahai kawan..Maafkan aku wahai makhluk tuhan..

Salam sayang juga kepada seluruh bakal mayat sekalian,
Baik yang kaya raya atau yang hina dina.
Yang bekerja panjat tiang letrik atau yang kerja gali lubang kubur.
Yang mampu beli teket kapal terbang atau yang hanya mampu tumpang lori muatan panjang.
Yang menjaga tutur bahasa atau yang mengcarut sepanjang masa.
Yang nasihat macam bendahara melaka atau yang membebel macam mak nenek
Yang tau hokum hakam dan yang hidup lintang pukang
Yang sibuk memanjang atau yang perasan sibuk
Yang alim dan yang zalim
Yang pandai dan yang keldai
Yang berbudi bahasa dan yang tak reti bahasa
Yang mengundi dan yang merosakkan undi
Yang masbuk dan yang khuyuk
Yang Afdal dan yang bedal
Yang bodoh dan yang bangang
Yang tak bayar hutang dan yang bayar riba..
Dan kepada yang belum bayar zakat...

Atau sesiapa sahaja, samada yang masih sihat atau yang dah menghampiri mayat.
Sama ada pembaca senyap atau pengkomen setia,
Sama ada yang glamer dan yang tumpang glmer

Maafkan aku wahai kawan..Maafkan aku wahai makhluk tuhan..

Maafkan aku yang selalu bercakap bahasa tua, korang bercakap bahasa muda, bahasa tua nasihat di dada, bahasa muda nafsu gelora!(kononnya aku..ish)

Maafkan aku wahai kawan..Maafkan aku wahai makhluk tuhan..

Aku bercakap satu bahasa, dan aku tak pandai berdolak dalih, maafkanlah segera dan segala apa yang tak kena dengan penulisanku ini, aku tak paksa korang baca blog ini, dan aku hargai umur yang korang habiskan dengan membaca blog ini, maafkan aku kerana telah banyak mengcuri umur korang yang berharga dalam menghabiskan setiap entry aku ..oh!

Maafkan aku wahai kawan..Maafkan aku wahai makhluk tuhan..

Korang cakap: banyak manafaat yang telah korang dapat dari blog aku ini, Alhamdulillah, sebenarnya semua dari Allah, aku tak pandai dan jahil, aku Cuma belajar satu jurus iaitu “gaya pulang ke pangkal jalan”…

Maafkan aku sahabat, jika buat korang rasa pedas dan nak marah,
buat korang rasa terhina dan ternoda…
Buat korang rasa terkucil dan terkuncil,
buat korang berak tak puas dan kencing tak lawas!

Maafkan aku wahai kawan.. Maafkan aku wahai makhluk tuhan..

Maafkan aku yang jahil sejahil-jahilnya bab bab ugama, sekiranya korang rasa ada manafaat dengan membaca blog ini, berdoalah kepada Allah akan hal-hal kebaikkan, dan isk..isk.. sekiranya korang teringat, sertakanlah aku seorang hamba Allah yang berdosa ini dalam doamu, aku adalah seorang peminta, dan selalunya seorang peminta yang hina seperti aku mempunyai hak yang harus di tunaikan.., doakanlah aku supaya selamat dari azab api neraka!! Isk,,isk..

Satu lagi korang yang perasan dirinya aku umpati atau mengutuki, terkutuk dan di kutuk, Maafkan aku wahai kawan..Maafkan aku wahai makhluk tuhan..sebenarnya..aku tak tujukan kutukkan ku kepada seorang individu sahaja. tapi,
Aku tujukan kepada umum, kepada semua orang yang ada jugak buat kesalahan yang sama dan termasukklan aku, berserta ahli keluargaku, so, bila baca relax, jangan emosional.., tenang, peace..yang pahit itu ubat, yang manis itu madu, di telan pahit hendak di buang tak terasa sayang ke? (bermadah konon)

Sebagai contoh, ada sorang hamba Allah tegur aku, baik! aku jawab teguran kau kat blog ni kerana kesilapan ini juga di lakukan oleh orang ramai(aku bersangka buruk..oh).

Aku nak cerita sikit tentang manusia yang perasan bagus bila aku merendah diri kepada mereka, dan mengambil kesempatan lalu mengcela “gaya merendah diri” yang aku lakonkan, berlakon?
Ya!, aku memang berlakon kat dunia ni!

Berlakon jadi baik, banyak perintah Allah bertentangan dengan nafsu aku, lalu aku berlakon-lakon jadi baik di hadapan Allah. Nak berdoa sambil menangis tak mampu, lalu berlakon dan buat-buat menangis..oh!, nampak perempuan cantik berserta buah dada yang besar memang hati nak tangok tapi aku berlakon macam orang yang tak de nafsu, ingat satu pesan orang alim,

jika kaki kiri kita tekan nafsu, maka kaki kanan akan melangkah ke shurga!

Bercerita mengenai nafsu...sesungguhnya jihad yang terbesar adalah menetang nafsu, jihad dalam perperangan jika kita kalah dan mati, terus masuk shurga kerana syahid, sebaliknya jika kita menang kita akan dapat harta rampasan perang!

Dalam bab jihad menetang nafsu pula, bila kita menang belum tentu masuk shurga sebab kita masih belum jadi mayat, hari ini menang esok tak tahu lagi, setiap detik dan saat kena berlakon jadi baik dalam usaha mengalahkan nafsu, pendek kata dalam jihad menetang nafsu,:

Jika menang belum tentu.., jika kalah masuk neraka!!!

Maafkan aku wahai kawan..Maafkan aku wahai makhluk tuhan.. Oleh kerana dalam diri aku ini banyak perasan serba bagus dan serba cukup, tapi aku takut dengan azab tuhan, maka aku bejalar merendah diri, aku anggap semua orang lebih baik dari aku, tapi aku di tegur oleh orang yang perasan bagus, katanya bila aku merendah diri, mengaku hina, mengaku bodoh, itu adalah doa, nanti jadi bodoh dan hina..

Hello!
Aku memang hina dan bodoh..tak macam engkau yang mulia dan bijak! Aku belajar merendah diri kerana merendah diri adalah sifat tawadduk yang tiada pada Allah, dan Allah sangat suka pada hambanya yang ada sifat tawadduk. Allah mana pernah merendah diri! Allah mempunya sifat Sombong! Allah selalu sebut :

“ Aku Maha Besar”, “Aku Maha Bijaksana”, Aku MAha Mendengar
(ada banyak lagi, lebih dari 99)

Dan hanya Allah yang layak dengan sifat Sombong (bukan samseng ye..) kerana Allah Tuhan sekalian Alam dan Allah sangat benci dengan manusia yang ada sifat Sombong!
Yang mana siapa yang ada sifat sombong walaupun sebesar zarah, tak akan dapat masuk shurga akan ia! Naduzubillah..

Biarlah setan sahaja dengan kesombongannya, tak payah ikut jejak syaitah, ikutlah jejak Rasul…

Ada sahabat seperti Hanzalah r.a, Abu bakar r.a yang mengaku munafik!
Mereka bukan berdoa nak jadi munafik, tapi mereka begitu tawadduk dengan Allah sehingga kesilapan kecil yang mereka lakukan membuatkan mereka mengaku sebagai munafik,!!!

Saidina Umar RA berkata bahawa jika semua orang masuk shurga kecuali seorang, itu adalah aku!!!
Korang yang bijaksana fikirkanlah sendiri kenapa saidina Umar merendah diri sampai tahap macam tu?
Bukan nak berdoa masuk neraka, tapi takwa yang begitu takut dengan Allah membuatkan diri rasa tidak layak masuk ke shurga kerana banyaknya dosa..isk..iskk…

("Ya Allah jika tidak dapat masuk shurga, tak mengapa, asalkan tidak sekali-kali masuk Neraka walaupun sekelip mata!!)

Tuan-tuan yang mulia, Allah sangat suka kepada mana-mana hambanya yang bersifat merendah diri…

Di beritakan bila Nabi Musa A.S di Tanya orang: adakah siapa yang lebih baik dari tuan?
Lebih kurang cerita Nabi Musa kata takde,
Maka Allah tegur dan perintahkan Nabi musa bergi belajar ugama dengan Nabi Khidir… oh!

Di beritakan juga apabila semua para Nabi Nabi di waktu berjumpa dengan Allah dan di Tanya oleh Allah:

SIAPA KAMU?

Ada yang jawab:

“aku Nabi Allah”

“aku kekasih Allah”

“aku Kalamullah”

“aku manusia terpilih”

Tapi bila tiba giliran Nabi MUHAMMAD SAW, jawab Nabi:

“aku adalah anak yatim..”

(…..)

Nota: jika korang berkeras jugak nak cakap saya lebih baik dari sipolan-itu adalah larangan ugama, jika nak cakap jugak-boleh! cakaplah saya lebih baik dari saya yang semalam!!!

Sebenarnya, bila berlaku sesuatu peristiwa: yakinlah bahawa semuanya adalah dalam kehendak, kudrat, izin, perintah Allah Subhanahuwataala!

Orang kapir bunuh orang islam pun dengan kehendak, kudrat, izin, perintah Allah Subhanahuwataala!
Negara kita di landa bala dan tragdedipun dengan kehendak, kudrat, izin, perintah Allah Subhanahuwataala!

Gugurnya daun di hutan, bergesernya pasir di lautan, adalah dalam kehendak, kudrat, izin, perintah Allah Subhanahuwataala!

Naiknya harga minyak, turunnya harga Handphone, adalah dalam kehendak, kudrat, izin, perintah Allah Subhanahuwataala!

Korang yang selalu baca blog inipun adalah dengan kehendak, kudrat, izin, perintah Allah Subhanahuwataala!

Jadi secara umumnya, jangan cepat menghukum sedang ilmu tak sampai selubang jarum,
jangan cepat berfatwa sedang masih terkial kial mencari makna takwa,
Yang hina jangan lah terus di benci,
Yang mulia janganlah gila bersanjung,
Yang berdosa janganlah di pulaukan,
Yang bersalah janganlah terus mengeji,
Yang murtad baliklah dan belajarlah jurus”gaya pulang ke pangkal jalan”..

Sebab, ...
dosa mana yang tidak terampun,
Pahala mana yang boleh riak,
Jatuh mana yang tidak ke bawah,
Rebah mana yang tidak tumbang,
Kentut mana yang tidak busuk,
Bodoh mana yang tidak bangang,
Neraka mana yang tidak panas,
Setan mana yang tidak jahat,
Nafsu mana yang tidak bergelora,

Sebenarnya kerana ada orang kapirlah maka ada Nabi-nabi yang di hantar berdakwah kepada mereka dan jadi mulia, dan kat Malaysia ni, kerana ada orang kapirlah maka korang dapat berdakwah dan seterusnya jadi manusia mulia,

Kerana ada orang jahillah maka uttaz dapat pahala mengajar, kerana ada pendosalah maka korang si penasihat sukarela dapat pahala dalam usaha menyedarkan mereka,

Setan memang mahluk yang jahat, tapi jangan gunakan alasan di perdaya setan yang membuatkan korang untuk selamba membenci, mencaci, melaknat, mengumpat, mengfirnah, berdendam, bermusuh, berdengki, bertamak, berhaloba!…

sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun dan Allah suka kepada mereka yang memaafkan, maka sekali lagi..wahai kawan kawan!

Maafkan aku wahai kawan..Maafkan aku wahai makhluk tuhan..

Sesiapa yang melindungi aib orang lain, maka Allah akan melindungi aib mereka....
Sesiapa yang memaafkan kesalahan orang lain, maka Allah akan mengampunkan dosa mereka....

Akhir kata, Maafkanlah aku akan makhluk Allah yang hina dan berdosa ini, aku memang jahil dan hina,,korang adalah jauh lebih bijak dan mulia dari aku!!
Sekali lagi maafkan aku sebelum aku melunjurkan kaki menjadi mayat!!!
Maka Maafkan aku wahai kawan..Maafkan aku wahai makhluk tuhan..

Selamat hari Raya, ingat!! malam raya adalah malam laitul jaizah! Teruskan solat sunnat dan tahajjid macam biasa!!!

Selamat hari Raya Aidilfitri dari Haikal Hamka, Adha Hamka dan Najiha Hamka.

Wasalam!

ps: Sesiapa yang datang terengganu, silalah ziarah bakal mayat ini!!!, boleh makan nasik dagang kat rumah aku yang mana rempahnya aku beli kat Makcik RM48 kepala ikan tonggkol tu!!!

22 comments:

Anonymous said...

Selamat Hari Raya buat hamka dan keluarga. Walau tak pernah jumpa tapi macam dah kenal biasa. Sungguh menyentuh perasaan. Semua yang ditulis macam pernah nak dikata, tapi tak bijak nak menungkapkannya. MAAF ZAHIR BATIN yang dapat dilahirkan. Selamat menikmati nasi datang.

Hamka said...

he he he, bestnya makang Nasi dagang,
marilah tranung makang nasik dagang!!

selamat hari raya juga kepada pakcik sekeluarga

Anonymous said...

selamat hari raya Idul Fitri kpd Hamka dan semua pembaca blog ini

ikhlas dari ,
Ikhtiar

Hamka said...

ikhtiar?

pertama kali dengar nama anda, :)
selamat hari Raya!!

HazuraHamzah said...

slamat ari raya.... kirim salam pada org kg.

puteh seroja said...

selamat hari raya aidilfitri buat hamka sekeluarga...

hati2 di jalanraya (^_^)q

teruskan perjuangan saudara!

Semoga dapat memberi kesedaran kepada bakal2 mayat lain...

InsyaAllah!

yuuki kagaku said...

well done en hamka...
semoga kita mendapat hidayah dr NYA..amin

seronokny beraya ngn famili..aku yg jauh di perantauan ini..hny mampu beraya dlm kelas di pagi raya..isk..isk..

interested aka non muslim said...

Selamat Hari Raya..

*dlm diam terasa i miss something very BIG!

dingin said...

selamat hari raya

aku suka blog ini

Najwa Aiman said...

banyak sungguh dosa
hingga tak nampak di mata
hingga di hati tak terasa
hingga tertimbus neraka

patutlah orang tak takut
maksiat lebih mulia dpd kentut
kalau terkentut malu-malu
kalau berzina riak mengaku

Maafkanlah aku...

Hamidi Hamidon said...

Selamat Hari Raya Hamka. Apsal artikel kali ni nampak cam emotional jer? Sapa yang buat Hamka emotional tu...biar aku pergi belasah dia!
Kepada semua bakal mayat...ingatlah hari raya bukan setakat beraya, tapi kena beramal.

Hamidi
Kajang

Anonymous said...

No one of you becomes true believer until he likes for his brother what he likes for himself(al-Bukhari and Muslim)

marilah bersayang2an,elakkan persengketaan,

Selamat Hari Raya

-mi-

hm said...

SELAMAT HARI RAYA utk sdr Hamka n keluarga. tak sabarnya nk balik kampung.. cepatlaa habis exam..
nasi dagang... nasi dagang.. nasi dagang menanti kepulanganku... heh heh...

Selamat Hari Raya gak utk semua warga blog Kereta Mayat.. (",)

bibun sekibun said...

salam..
lama xtinggalkan komen.klu bro hamka igt,dl penah soh aku bgto psl mayat(mybe ayt aku slh smpai bt slh phm yg aku ni bljr psl mayat)sory xdpt nk tunaikn permntaan.tp aku penah tnya kwn aku yg bljr myt ni.myt 2 rs manis..hakhak..xtola..sbb formalin kot..hukhuk..aku jahil..
nway,selamat hari raya buat bro hamka n family..(bestnya rs ngan family!!)
terima kasih kongsi ilmu2 pndapat n lwk2..terima kasih..terima kasih..dan terima kasih lagi..
slmat hari raya!!
\(^0^)/

muhammad fakhrul razi said...

salam..

jangan selamat hari raya saja.. selamatlah juga orang yang berhari raya.. dan selamat menjadi mayat di jalan raya jika tidak pandu dengan selamat... semoga selamat dunia dan akhirat.

p/s...
satu hari seorang ibu mahu keluar rumah untuk mengundi pilihanraya, si anak bertanya kepada si ibu, "ibu mahu ke mana?" ibu itu menjawab, "ibu mahu pergi undi pilihan raya" , si anak cepat-cepat berkata," ibu undilah raya puasa... sebab raya puasa best.. itulah pilihan raya adik!"

maaf jika tak lawak.

TarakNama said...

Salam Aidil Fitri Salam Lebaran UTK koo SEKELUARGA....

Semoga Aidilfitri tahun ini menjadi aidilfitri yg bermakna dan kesempatan ini aku ingin memohon KEMAAFAN atas kesalahan yg aku lakukan secara sedar @ tak semasa aku layari blog koo ini....

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN...

Hamka said...

HazuraHamzah

insyaAllah

----------
puteh seroja

(^_^)
aku dah selamat sampai kat kampong!!!

-------
yuuki kagaku

belajar rajin-rajin…insyAllah

-----
interested aka non muslim

aku tumpang sedih bersamamu…

-------
dingin

terima kasih!! Datanglah selalu dlm bentuk komen
:)

-------
Najwa Aiman

Aku maafkan engkau jika kau ada ‘kentut’ depan aku…

--------
Hamidi Hamidon

Sabar..sabar, aku ada buat jus kurma, marilah minum!

---
-mi-

terima kasih mi..
marilah bersayang2an,elakkan persengketaan,

---------
hm

marilah mengketedarah nasi dagang, hari pertamna sejer, tertaluk pada mood emak aku!
Datang rumah aku, jangan sekali2 sebut psal LAWAK TULANG! Ingat ni! He he he

-------
bibun sekibun

terima kasih kerana sudi komen dan ucapkan selamat…!
slmat hari raya!!
\(^0^)/

----------
muhammad fakhrul razi

salam..
aku pulak nak undi raya haji
itulah pilihan raya adik!"

he he he

---------
TarakNama

Salam Aidil Fitri Salam Lebaran UTK koo SEKELUARGA...JUGAK.

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN...
(sampai la ni aku tak tau sapo namo engkau..oh!)

Inqilaab said...

Selamat Hari Raya En Hamka.

Saya terperasan sesuatu... malam lailatul ijazah. Dah ada laila, tak perlu malam =D. nanti jadi banyak.

Maaf zahir batin.

akhie said...

salam hamka

ana ucapkan " min aidina wa al faiizin wa maqbullin "

moga2 amalan kita diterima Allah Yg Maha Esa sbgai amalan yg soleh disisiNya.. menjadikan kita hamba2Nya yg beruntung dunia akhirat.. dan menjadikan kita org2 yg dimakbulkan doa.. amin !

salam syawal penuh keikhlasan,
dari akhie

Hamka said...

inqilabb

oh, tak perasan pulak..
biar banyak, takpe..he he he

--------
akhie

salam sahabat awallin
selamat hari raya enam!

jazakkalah...

hanzalah said...

kepada Inqilaab. Nak tegur orang tak payah tulis malam sebab dah ade laila tapi dia sendiri tulis lailatul ijazah.Ape ingat konvokesyen ke? lailatul jaizah lah...............

Hamka said...

he he he, nasib baik laila ijazah, kalau laila diploma lagi haru...

he he