May 25, 2010

Pernah dengar Fatwa Magic?

(satu hari dilaman email keretamayat..., Untuk pelajar di luar nagera yang bakal memimpin Malaysia kononnya...)

Copy paste email:-

Assalamualaikum saudara,

Saya pelajar sedang menuntut di luar negara. Komuniti melayu/islam di tempat saya ni boleh tahan ramainya (lebih kurang 100 orang).

Bila pelajar baru sampai di sini, selalunya senior akan sampaikan fatwa yang diorang pernah dengar dari orang lain (disertakan dengan website tertentu) pasal makanan halal.

Kami kat U.S. ni susah nak cari makanan halal. Fatwa ini cakap, kalau kat negara ahli Kitab macam U.S ni, boleh makan semua ayam-ayam kat kedai mat saleh, kat Mc Donald, kat KFC semua tu boleh makan (orang panggil ayam katoq)

Kat sini, kami melayu islam ni terbahagi pada 2. Ada yang telan ayam katoq, ada yang tak makan, kecuali ayam yang memang sah halal.

Masjid kat sini ada saja jual ayam halal (ayam Zabiha). Tapi, kalau berjalan susah sikit la nak cari kedai halal. Pun begitu, ada saja kalau cari betul-betul.

Yang makan ayam katoq ni kebanyakkannya lelaki. Ramai budak perempuan yang tak makan.
Macam tu la ceritanya.


Harap saudara dapat kemukakan pendapat saudara mengenai isu ini. Terima kasih

Yang benar,
The Pennsylvania State University.

******
Reply email

Walaikumusallam dik.

Islam melarang magic, sebab magic itu haram..

jika kat negara luar ada fatwa magic, macam boleh makan ayam ahli kitab di akhir zaman, itu magic!

Fatwa takde yang magic, fatwa ikut dalil dan Nas, jika ayam haram, tapi bila baca bismillah jadi halal, itu magic, dan magic haram hukumnya..

Sama jugak, jika duduk Negara kapir yang ugama rasmi mereka kristian, kitapun anggap semua penyembelih dinegara itu adalah ahli kitab, lalu keluar fatwa boleh makan ayam kat Negara tu sebab Negara tu Negara ahli kitab, maka itupun ada unsur magic, dan magic haram hukumnya...

Sedangkan duduk Negara islam Malaysia ni pun ada kedai yang tak boleh dimakan ayamnya sebab cara sembelih tak betul, inikan pulak duduk di Negara ‘ahli kitab akhir zaman’ yang bab basuh kencingpun tak rujuk kitab. Tak ke Magic?

Oleh sebab itu, Rujuk balik bab darurat, kebulur dan tiada pilihan, baru boleh makan babi, bila ada pilihan, itulah ujian, itulah islam..

Dan islam menolak magic, because MAGIC IS HARAM.

Dan dalam hidup ini, elakkan diri daripada ustaz yang keluarkan fatwa magic, seperti boleh kahwin kontrak satu malam, solat pakai niat sahaja dah cukup, baca bismillah makanan haram jadi halal, duduk Malaysia tak payah solat sebab Malaysia tak macam madinah lagi, bayar duit boleh tebus dosa, undi parti XYZ masuk shurga, tak tahu sifat 20 mengucap tak sah, undi parti ABC masuk neraka, dan macam macam lagilah fatwa yang magic! Hampeh semuanya!

Ingat! islam menolak magic, because MAGIC IS HARAM.

Takutlah Allah, dan Jagalah dirimu dan keluargamu dari azab api neraka!

(Tak matipun jika hari-hari makan 'fish-filet'..., sedap apa?)

Ps: Ada jugak benda magic yang tak haram, seperti isteri tiba tiba benarkan poligami, Nampak macam ‘magic’, tapi lebih kepada “Ripley's Believe It or Not!” dan repley’s bukan magic, unbelive it? Jawab sendiri!

Woha!

May 19, 2010

Isteri yang dingin?

(Entry ini adalah untuk mereka yang dah berkahwin sahaja, soalan: apa nak buat jika isteri menolak untuk bersetubuh? Jawapan, lakukan ini,..., ha ha ha, dan ini..., ,..., ha ha ha, juga ini..., ,..., ha ha ha, dan juga ini..., woha!)

Suatu malam, ketika sedang menonton TV seorang diri, ada jugak babak babak yang biasa bagi korang, tapi aku dah rasa semacam.., rasa ‘air meleleh di telinga’.., dan apabila tiba waktu iklan, melihat babak babak dalam iklan, terutamanya iklan alat senaman, membuatkan aku rasa nak ‘bersenam’jugak, ni tak boleh jadi nih..,lalu aku tutup TV dan terus ke bilik tidur mengejutkan isteri untuk ajak ‘bersenam’.., bukan apa, teringat hadith Nabi yang aku lupa mantan dan perawinya yang memberitahu jika dalam perjalanan tiba tiba terlihat sesuatu yang terangsang, maka pulanglah kerumah dan bersetubuhlah bersama isteri.., begitu lebih kurang maksud.., wallahulam.

Jadi kes aku, salah aku jugak, siapa suruh tengok TV yang ada iklan jual alat senaman malam malam?, astarfirullahalazim.., terpaksalah aku ganggu isteri aku yang sedang tidur untuk ajak bersenam, tapi.., mungkin kerana baru terjaga dari tidur, antara sedar dan tidak sedar, boleh pulak isteri aku menolak ajakan amaradana dari lelaki yang macho ini?

What! Ke mana aku nak tumpahkan kuah jika tak ke tempat yang betul?

Ok, aku cuba cool, aku cuba ambil wudhu dan cuba tidur, tapi dalam keadaan isteri aku yang seksi di sebelah dan model iklan alat senaman terbayang di mata, apa daya aku? Sekali lagi aku kejut isteri aku, tapi isteri aku memusingkan badannya pula...

Apa aku nak buat? Aku bukan ada isteri lain, jika tak, aku boleh buat buat merajuk, dan pergi rumah isteri nombor dua, dan terus tumpahkan kuah pada nasik di sana.., tapi isteri aku satu jer..

*****

“boleh tak abang kahwin dua”, Tanya aku pada suatu petang..

“Tak boleh”Jawab isteri aku selamba.

“nanti kalau boleh, bagitahu ye?” jawab aku lagi selamba.

******

Ok, kembali pada babak malam ini, isteri menolak ajakan aku untuk bersetubuh, apa kita nak buat?

Tiba tiba aku mendapat satu ilham, ha ha (gelak orang jahat)

Maka dalam kedinginan malam, akupun bangkit dari pembaringan, lalu akupun melakukan beberapa angkara yang mana jika kita buat kat orang sedang tidur, maka orang itu akan marah.., tapi orang yang akan marah itu adalah isteriku, biarlah dia marah, sebab sekarang dia yang sedang buat aku marah..

Aku pendekkan cerita, lepas aku dah buat beberapa angkara itu, akupun tidur..,

Pagi itu jam loceng berbunyi seperti biasa, isteriku pun bangun seperti biasa, dan pelik?, tidak marah marah.., aku yang juga terdengar jam loceng itu, biarkan sahaja ianya terus berbunyi lalu dimatikan alarmnya oleh isteriku dan isteriku terus pergi mandi, selepas mandi, isteriku datang mengejutkan aku..

“bang, bangun, bang, dah dekat nak subuh ni..” kejutt isteri aku yang sedang berkembang dengan kain tuala.

Akupun tarik dia dan berkata;

“Abang nak bersetubuh dulu, sebab jam baru satu pagi”

Woha!

Rupa-rupanya, angkara yang aku buat tadi adalah dengan menukar waktu jam, dari satu pagi kepada jam 5 pagi, dan untuk merealkan lagi suasana, jam kat ruang tamupun aku tukar waktunya, mulanya iasteri aku tak percaya, tapi setelah aku bukak TV dan isteri aku melihat rangcangan bersama iklan alat senaman masih belum habis, maka percayalah isteri aku bahawa dia dah tertipu oleh aku dan waktu. Woha sekali lagi.

(babak seterusnya terpaksa dipotong kerana semua tahu sudah, kemana tumpahnya kuah kalah tak.., arghh, sambung sendiri)

Moral of the story, janganlah kamu wahai para isteri, menolak ajakan suami untuk bersetubuh, kerana jika suami tidur dalam keadaan marah, maka kamu akan dilaknat oleh malaikat sampai ke subuh,

...dan yang belum jadi isteri orang lalu menolak ajakan teman lelaki untuk bersetubuh, maka kamu adalah antara wanita yang suci lagi terpelihara...

...dan jika kamu menerima ajakan teman lelaki untuk bersetubuh, maka kamu adalah bodong bangang, dan akan dilaknat oleh Allah sampai kamu bertaubat..

Takutlah Allah dalam bab menjaga kemaluan, dan jagalah kangkanganmu dari lelaki yang sundal!

Ps: isteriku, jika kamu menolak lagi ajakan abang, bukan setakat jam ruang tamu yang abang akan ubah waktunya, jam dalam keretapun abang akan ubah sekali, woha!.., (bukan senang dapat tidur bersama isteri yang baru lepas mandi...he he)

May 5, 2010

Tarikat atau Tasauf?

(Ramai email aku dan bertanya benda ni, ada yang dah joint dan ada yang nak joint, pesan aku: Naik basikal itu lebih susah dari belajar ugama...)

Dari hujung pagar masjid, aku terlihat seorang pakcik sedang duduk termenung sambil memerhatikan jemaah masjid yang sedang bersiap siap mengambil wudhu kerana waktu magrib sudah hampir tiba. Lalu aku seorang yang ‘baik ada makna’ terus menghampiri pakcik tu dan menegur sambil berbudi bahasa..

Dalam asyik aku berborak akan perihal peribadi yang membuka kepada takruf(pengenalan), maka pakcik ni tiba tiba membuka ilmu di dada...

“Orang islam sekarang ramai yang solat tapi tak sah”, katanya.

“Kenapa pulak?” Tanya aku sambil menambah gulung pada ikatan kain pelikat di pinggang.

Sebab mereka mengucap kalimah syahadat tapi tak tahu hakikat. Kalimah syahadat itu ada 24 huruf, yang mewakili 24 jam, setiap huruf ada maarifat dan hakikat, ada sifat 20 yang berhubung dengan asma 99 nama Allah, tak tahu ini, syahadat tak sah, bila syahadat tak sah, semua ibadat menjadi sia sia, dan ramai tak tahu ilmu tasauf serta belajar tariqat..

“Siapa yang ajar pakcik?"

Tanya aku sambil membetulkan posisi telur dicelah kain pelikat.

Tok guru Pakcik, iaitu syekh (aku lupa nama guru pakcik tu), dia adalah seorang wali yang susur galurnya datang dari Rasullullah..

Aku pun buat-buat terkejut:

Wah! ini sudah bahaya, apa kata malam ni lepas solat magrib, saya kumpulkan semua ahli surau agar mereka dapat betulkan syahadah, ini tak boleh main main.., sia sia semua amal, pakcik jangan bimbang, ustaz yang mengajar malam ni saya kenal, saya akan suruh ustaz tu juga belajar dengan pakcik malam ni..

“Err, pakcik tak boleh ajar ilmu ni secara beramai ramai, sebab ada benda rahsia yang pakcik tak boleh bagitahu...”

Eh, apa pulak? Jika pakcik tak ajar kami mengucap Kalaimah syahadat yang ada 24 huruf, yang mewakili 24 jam, yang ada maarifat dan hakikat, yang ada sifat 20 yang berhubung dengan asma 99 nama Allah.., nanti kami semua sesat, pakcik wajib ajar kami, jika tak, kami semua masuk neraka, apa pakcik nak jawab dengan Allah?

Pakcik tu tersenyum tawar, dan nampaknya pakcik tu bersetuju..

Lepas solat magrib, aku cari pakcik tu dalam saf solat,. Tapi takde, pakcik tu tak solat pun kat situ.

Ok, mungkin pakcik tu sakit perut nak berak, tapi sampai isyak,. Pakcik tu pun takde..

Ok, mungkin pakcik tu masih sakit perut terberak berak..

Dan beraklah kau pakcik, sampai subuh!

********

Moral of the story:
Ugama ni tak de lah complicated sangat, sampai susah nak belajar, nak kena ada ilmu syariat, makrifat, tarikat, hakikat, dulu kononnya baru sah solat.., nak kena ada hakikat tasauf dan zikir tariqak dulu, atau nak kena tahu sifat 20 dan menafsir kearah 99 nama Allah, lalu mengkaji dalam ‘bismillah’ ada ‘ba’, dalam ‘ba’ ada ‘titik’ dalam titik ada ‘ismu azam’.., dan lepas belajar semua tu barulah ibadat di terima kononnya.., siapa ajar kau?

Atau nak kena suci hati dulu melalui zikir beribu ribu di dalam kelambu atau tanah kubur sehingga mencapai darjah nafsu ketujuh di tunduk, baru boleh jadi mukmin.., siapa ajar kau?

Dulu masa orang kafir masuk islam, ada Nabi ajar mereka sifat 20 dan 99 nama Allah baru ajar solat?

Atau ajar dalam ‘bismillah’ ada ‘ba’, dalam ‘ba’ ada ‘titik’ dalam titik ada ‘ismu azam’.., dan kenal syariat, makrifat, tarikat, hakikat, kemudian baru ajar solat..

Atau Nabi ajar “Awaluddin makrifatullah” yang mana selagi tak ‘kenal’ Allah secara zat maka ibadat tak sah?

Takdepun!,

Nabi ajar kalimah tayyobah secara jelas, iaitu tiada tuhan melainkan Allah, dan Nabi Muhammad pesuruh Allah.

Setuju: islam,

Tak setuju: kafir..

Mudah sahaja.. Lepas tu Nabi terus ajar sahabat tentang dakwah dan solat.., simple..

Kenapa simple?

Ok, aku bagi contoh:

Kalau aku cakap, “dalam kereta mayat ada Hamka..”

Ayat aku di atas adalah kalimah yang tidak lengkap, masih boleh dipertikaikan…maka tak salah kalau korang tanya aku balik,: “dalam keretamayat ada tak Rita Rudani?, ada tak Tiz Zaqyah? Atau ada tak Puteri Sarah Liyana?..”

Aku jawab balik.. “Takde..”

Korang boleh tanya lagi, ada tak Sonali Bandre? ada tak Scarlett Johansson?, dalam keretamayat tu?

Aku jawab takde..

Korang akan tanya lagi…, ada tak Maria Ozawa yang berlakon dalam filem “menculik Miyabi?”
aku cakap: Argh., dah!, cukup!…salah aku juga kerana memberi kenyataan yang tidak lengkap..

Jadi, apakah kalimah yang lengkap?

Kalimah yang lengkap adalah kalimah yang mempunyai NAFI dan ISBAT.

Jadi aku patut cakap macam nih:

“Tiada sesiapapun dalam keretamayat selain Hamka…”

Maka, memang bodohlah orang yang tanya ada tak Dato’ K, Datuk Siti, atau datuk Shahrukh selepas dah tahu hanya aku dalam keretamayat tu..

Dan memang slow kalau yang tanya: ada tak stereng?, kerusi, gear dalam kereta?, sebab aku dah bubuh perkataan siapa..(argh tak payah aku nak terangkan-STOP)

NAFI: TIADA SESIAPA
ISBAB: SELAIN HAMKA.

Jadi.., dulu-dulu kita tahu bahawa para ambia dan para Nabi Dakwah ummat pada zaman itu adalah dengan menggunakan lafaz..
“Allah Maha Besar”

Tapi orang kapir masih pertikaikan, “latta dan uzza pun besar jugak..”(nama tuhan berhala)

Maka Allah s.b.w telah turunkan kalimah yang paling agung (tiada lafaz yang lebih agung) iaitu:
“TIADA TUHAN SELAIN ALLAH”

Memang KAPIRlah orang yang tanya lagi, ada tak: LATTA? , USZA?, dan lain lain..

Dan memang banganglah kalau Tanya: ada tak anak tuhan?, ibu tuhan?..

Kenapa?

Kerana lafaz kalimah tauhid itu telah sempurna:

NAFI: TIADA TUHAN.

ISBAB: SELAIN ALLAH.

LA ILA HA ILLALLAH!

TIADA TUHAN SELAIN ALLAH!
TIADA YANG BERKUAS SELAIN ALLAH!
TIADA YANG BAGI MANFAAT DAN MUDARAT SELAIN ALLAH!

Simple!

Tapi pakcik buat ugama jadi complicated,. , kena belajar ilmu hakikat tasauf dulu, tarikat maarifat dulu, baru sah ibadat, tapi bila suruh terangkan, tak boleh pulak, sebab rahsia..., kena berzikir dulu baru faham sifat 20..

Dah ramai aku jumpa orang yang macam pakcik di atas, dan pakcik di atas tu adalah yang terkini aku jumpa.., minggu lepas kat sebuah surau di kuantan, pakai kopiah panjang, tak suka bercakap dengan orang, tapi jika tegur maka akan bercakap dengan ayat yang banyak lapis, macam ayat sastera yang mereka selitkan unsur hakikat maarifat..

Bila aku usul baru aku perasan satu ‘permainan’..

Ceritanya macam ni, Pakcik nak kenal Allah, nak masuk shurga dengan cara yang paling cepat,. lalu jumpa satu tok guru yang Pakcik diyakinkan bahawa susur galurnya adalah dari Nabi Muhammad SAW, dan dengan sedikit magic, seperti keluar air dari tangan, dapat pegang api, dan dapat bercakap dengan jin, pakcikpun percaya bahawa itu adalah wali keramat yang seangkatan dengan Tok Kenali di kelantan,tok ku paloh di terengganu,tok said linggi di negeri sembilan,sheikh matnor di selangor,habib noh di singapura dan setujulah pakcik untuk taat setia kepada wali tersebut.

Lalu tok guru itu bagi pakcik amal satu jenis zikir, dan pakcikpun berzikirlah siang malam dengan zikir tersebut..

Bila berjumpa tok guru itu, maka tok guru itu akan Tanya apa mimpi pakcik selepas zikir tersebut dan pakcikpun ceritalah mimpi pakcik..

Lalu tok guru itu akan tafsir mimpi pakcik dan tahulah pakcik bahawa tahap demi tahap telah di capai kononnya.., sebab tok guru itu akan reletekan mimpi pakcik dengan sifat 20 dan makarifat serta hakikat..

Di sinilah aku cakap ianya menjadi macam satu ‘game’, yang mana , akhirnya pakcik menang, iaitu apabila sampai satu tahap, tok guru akan bagitahu melalui tafsir mimpi bahawa pakcik telah mencapai darjah ehsan atau darjat kamil yang mana segala amal pakcik telah diterima oleh Allah..

Dan tentu pakcik rasa seronok dan rasa bagus semacam, sebab zikir telah mencapai ‘tahap’.., dan masa inilah bila aku ajak pakcik solat di masjid, pakcik akan padang aku sebelah mata sebab aku menurut tok guru pakcik, belum sampai darjat maqam nafsu ketujuh ditunduk, walaupun kami solat jemaah 5 waktu, baca Al quran dan puasa, tapi pakcik yakin aku dan penduduk kampong beribadat sia sia sebab tak ada tok guru yang mengiktiraf martabat aku dan penduduk kampong, sebab tu lah pakcik solat dirumah dan berzikir dalam kelambu perasan bagus...

Dan tak lupa, ilmu yang tok guru pakcik ajar bab ismul azam, sifat 20, roh laduni, roh kuddus, maarifat hakikat, yang bunyi pelik pelik buat pakcik perasan bagus masuk shurga walaupun dengar azan tapi selamba solat dirumah.., siap lengah lengah pulak..., tak tahu aku nak cakap apa..

Dan jika aku suruh pakcik ajar, maka Pakcik cakap kena cari tok guru sendiri, ilmu yang diberi adalah rahsia macam Nabi khidir dan Nabi musa.., tak boleh ajar secara umum..., kena belajar jam 3 pagi rumah tok guru atas kain kuning bersama tujuh bertih dan ntah apa apa ntah!

Pulak?

Kenapa jadikan islam complicated sampai macam tu sekali..?

Kenapa buat ugama jadi complicated, jadi rumit dan susah nak di amalkan, kenapa nak kena masuk tarikat, berzikir beribu ribu dulu baru belajar bab solat?

Aku rasa masalah orang ‘tarikat’ yang mengutamakan ‘zikir’ dari segala ibadat yang lain adalah kerana salah faham..

Ada pembaca blog ini yang hantar aku satu buku menceritakan betapa pentingnya berzikir, betapa afdalnya berzikir dan betapa tingginya darjat berzikir..

Betul, aku akui, banyak hadith dan ayat Al quran menceritakan kelebihan bab berzikir..

Tapi zikir yang dimaksudkan dalam hadith dan Al quran itu bukanlah 'tasbihat' semata mata, korang tafsir zikir itu adalah pegang tasbih dan ucap kalimah banyak kali, padahal zikir adalah perkara yang membawa hubungan pada Allah ta’ala..

Baca Al quran juga termasuk dalam zikir, berdoa juga termasuk dalam zikir, duduk dalam majlis ilmu juga adalah berzikir, fikir risau atas ummat juga berzikir dan ganjaranya besar sekali yang mana sedetik fikir risau atas ummat, ganjarannya lebih besar dari 80 tahun ibadat sunnat..

Sebab tu tolong jangan sempitkan pengertian zikir dan fadhailnya hanya kepada tasbihat semata mata..

Ada riwayat dari Buznama menceritakan di zaman Nabi Musa a.s, ada seorang ahli ‘zikir’ yang beribadat dalam gua siang dan malam selama bepuluh puluh tahun..

Apabila ia mendapat tahu bahawa Nabi Musa dapat berdialog dengan Allah secara langsung, terus dia mintak Nabi Musa Tanya pada Allah yang dia ni jika jadi mayat kelak, masuk shurga tingkat berapa? al maklumlah, si abid ini memang hebat zikirnya, di beritakan makanan telah keluar dari celah jarinya, dan akar kayu telah melilit badannya kerana telah lama berzikir, lantas bertanya kepada Allah, : aku duduk shurga tingkat berapa wahai tuhan?

Tapi pakcik tahu apa jawapan Nabi Musa alaihisalam? Usahkan shurga tingkat berapa? Nama dalam senarai ahli shurgapun belum ada..

Alangkah terkejutnya ahli ibadat yang telah beribadat mencecah berpuluh puluh tahun, yang mana makanan telah keluar dari celah jarinya, dan batu melekuk kerana lamanya bersujud, dah begitu hebat punya amalan, namun, nama dalam senarai ahli shurgapun belum ada?

"Oh, jika aku yang dah begini banyak ibadat belum tentu masuk shurga?, bagaimana dengan orang lain yang tak pernah ibadat? Bagaimana nasib mak aku, adik aku yang tak pernah beribadat..?" Tanya orang tua itu dalam keadaan penuh sedih..

Lantas Allah telah memberi jawapan yang baru kepada Nabi Musa a.s untuk dikhabarkan kepada ahli ibadat itu bahawa sekarang, setelah ahli ibadat ini ada fikir risau atas orang lain, maka namanya telah berada dalam senarai ahli shurga, Alhamdulillah…

Aku tak kata korang bertasbih itu salah, tapi jika korang bertasbih sahaja dan meninggalkan kewajipan yang lain, itu yang sesat!, jadi.., kepada ahli tariqat yang siang malam berzikir, tapi tidak pernah berkerut kening apabila melihat atau teringat kepada ahli maksiat, maka janganlah korang berangan masuk shurga tingkat berapa, kerana apabila azab Allah turun, koranglah orang yang pertama kena azab, demikian berita yang aku dengar dari hadith sabdaan nabi Muhammad SAW.., oh, dosa mana lagi yang aku dustakan..?

Jadi.., pakcik, kita sekarang duduk zaman kerosakkan ummat, dan kita bukan ummat Nabi Musa atau nabi khidir yang mana nak kena berzikir siang malam, kita ummat Nabi Muhammad saw, ikutlah sunnah Nabi, solat berjemaah, dan ajak orang kapir masuk islam, dan ajak orang islam supaya bertakwa.., waktu yang Allah haramkan solat sunnat selaps solat, iaitu lepas subuh dan lepas asar, eloklan bertasbih.., memuji Allah.., dan sampai masa kita berjihad, maka berjihadlah dengan masa, harta dan nyawa...

Dan tolong jangan buat islam itu jadi terlalu rumit dan complicated, jangan jadi macam Bani Isarel yang buat amalan ugama jadi complicated, (rujuk Al quran surah Al baqarah)

Tolong!

Satu lagi golongan yang buat ugama jadi susah adalah puak puak yang menafsir Al quran pakai kepala otak, tak ikut asbabbun nuzul, menolak tafsir dari hadith tapi pakai ilmu ‘laduni’, dan beranggapan bahawa Malaysia ni macam zaman jahailiayah, jadi syariat madinah tak perlu amal, nak kena tunggu Malaysia jadi ‘madinah’ dulu, baru boleh amal ugama.., kemudian, perempuan haidpun suruh baca Al quran, dan takde galakkan solat berjemaah, lepas tu cas pulak pelajar dengan wang ringgit sebagai Baroah,paksa dan desak pelajar sebab tahu pelajar ‘kurang’ dalam bab ugama, senang percaya maka kena tipulah hidup hidup.., kasihan.., kenapa jadikan ugama terlalu complicated? Kenapa ada duit baru boleh belajar ugama?

Bukankah Allah telah menjadikan agama islam itu adalah mudah untuk diamalkan, sebab Allah menjadikan manusia ni macam macam, ada yang pandai, ada yang bodoh, ada yang slow.., ada yang senang kena tipu, ada yang kejam, ada yang mudah kasihan sampai diri tergadai, ada yang kaya raya, ada yang papa kedana, dan macam macam..

Maka, bila ugama datang kepada manusia, maka ia datang kepada semua golongan, orang kampong, orang Bandar, orang slow, orang pandai.., semua!

Jadi.., Nabi telah ajar ugama yang mana semua orang boleh faham, takdelah complicated sampai nak kena “kenal” Allah secara zat atau bersebati dengan sifat 20, atau zikir 13 ribu baru dapat amal ugama, takde macam tu.., jika ada orang kapir masuk islam hari, ajar bersuci, tahu apa itu najis, tahu hadas besar dan kecil, terus boleh belajar 6 rukun wudhu dan 13 rukun solat.., dan jika mati hari ini, insyAllah korang terus masuk shurga..,

Zaman Nabi ada orang kapir yang masuk islam, lalu terus ikut Nabi berperang dan mati dan terus masuk shurga, sedang dia tak pernah solatpun, simple kan?

Islam itu mudah.., kerana semua orang boleh amal ugama tanpa mengira sama ada seorang itu sihat atau cacat, kaya atau miskin, gemok atau kurus, hitam atau sawo matang, cantik atau buruk.., cerdik atau slow, semua boleh amal ugama!

Malahan belajar ugama adalah lebih mudah dari naik basikal!

Tak percaya Islam lebih mudah dari naik basikal?.., kenapa tidak? Basikal kena beli, dah pakai duit, lepas tu Nak naik basikal kena ada kaki, jika kudung tak boleh, lepas tu nak kena pandai balance, kena pegang handle.., mata kena buka, rantai kena letak minyak pelincir dan lain lain.., kan susah?

Sedangkan untuk amal ugama, orang yang tiada kakipun boleh, orang cacat masih boleh solat, orang buta masih boleh puasa.., orang bisu masih boleh bayar zakat.., orang miskin masih boleh makan cara Nabi, kan senang tu? Semua orang boleh amal ugama.., Oh! adilnya Allah…, sungguh Maha Adil..

Akhir sekali, cuba baca ayat Al quran ini dan jangan tafsir "mengingati Allah' dalam ayat di bawah adalah 'tarikat tasbihat' semata mata, tapi takutlah Allah dalam bab api neraka!

“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, iaitu orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri dan duduk serta dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi seraya berkata: “Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.”
Semoga Allah ampunkan dosa kita semua dan bagi peluang untuk kita bertaubat dan terlibat dalam perkara yang membantu ugama.

Amin...

Ps1: Maksud ugama yang mudah disini bukannya jika kita letih, kita boleh solat lengah-lengah.., jika sakit sikit terus tak payah puasa, jika malas, terus jamak solat.. jika sibuk terus tinggal solat dengan niat qotho.., jika tak nak ikut Sunnah maka boleh ikut Bidaah.., bukan! bukan dan bukan!!!Maksud sebenar ‘Islamic ways are easy’ adalah.. semua orang boleh amal ugama tanpa mengira sama ada seorang itu sihat atau cacat, kaya atau miskin, gemok atau kurus, hitam atau sawo matang, cantik atau buruk.., cerdik atau bodoh, semua boleh amal ugama! Sebab tu aku kata islam itu lebih mudah dari naik basikal.

ps2: pakcik.., tolong jangan perasan bagus, dan tolong jangan berak lama sangat, err, pakcik pandai tak naik basikal?

Apr 30, 2010

Writer's Block part 4?

(Jika korang terdengar aku sedang berborak dengan kawanku, jangan lupa bawa pen dan kertas kerana akan banyak sekali ilmu baru yang korang akan perolehi, mudah-mudahan...)

Dulu aku janji, jika takde idea nak menulis kerana perasan sibuk (atau malas) maka aku akan buat entry bertajuk "Writer’s Block", yang mana aku telah buat satu formula untuk penulis separa rajin macam aku yang jika takde idea nak menulis tapi nak tulis jugak, maka aku akan menulis 3 perkara yang selalu di tulis oleh blogger blogger bosan seluruh dunia..

Iaitu menulis tentang “filem terakhir yang aku tonton” atau tulis tentang “cerita aku dan keluarga” atau tulis tentang “aku dan rakan-rakan”.., boleh rujuk detail di entry writer's block part 1 and part 2.

Tapi aku tengok, ada blogger yang ‘jika malas nak upadate blog tapi tetap update’dapat menggunakan cara yang lebih mudah dalam mengemaskini blog mereka, iaitu mereka hanya copy perbualan dari ‘gmail chat', atau 'Yahoo Messenger', atau 'irtc' atau chatting kampung' dan post, lalu siap satu entry.

Cis!, ini tak boleh jadi, aku nak buat jugak, kata aku pada diri sendiri dan terus bukak gmail dan bukak facebook untuk cari 'chatting' yang boleh di kongsi..

Tapi, rupa-rupanya aku dah off semua chatbox, sebab aku perasan sibuk dan tak suka benda benda yang on-line.., tapi aku tak putus asa, aku cari pulak entry lepas dan baca komen dari korang kot kot adalah chatting ayng boleh di copy/paste..

Hmm, dipendekkan cerita, dari hujung komen post minggu lepas, aku terus copy paste perbualan ringkas di antara aku dan peminat yang bermula jam 3.18 petang semalam, dan berakhir menjelang asar petang semalam juga, lama betul kami berborak, hampir satu jam, dan alangkah baiknya jika perbualan itu dirakam dan di baca oleh beribu ribu follower serta fans, dapatlah korang belajar ilmu baru, maka kita jangan berlengah lagi, terimalah:-

Copy/paste:-

(perbualan hampir setangah jam ketika aku buat kerja pejabat dan layan komen peminat)

*******

Anonymous said...

assalamualaikum...
mintak maaf kalau soalan aku nanti ni out of topic...tapi sebagai sorang manusia, aku harus bertanya takut aku tersesat pulak...ini tentang perniagaan berbentuk pyramid, sorang kawan telah mengajak aku untuk join benda tuh...dengar dapat duit yang banyak, kerja pun senang jer (masukkan orang lain sebagai ahli saja)..

Aku betul-betul konfius dengan perniagaan begini...iman pun kurang...harap aku bertanya ni tak la sesat jauh...

juga aku tak mau rosakkan hubugan aku dan kawan ku...

tak bisa memilih...adusss
3:18 PM, April 29, 2010

*******

Anonymous said...

alamak..sori tak tau nak simpan nama di mana...anymous atas tu aku - anysa -

3:23 PM, April 29, 2010

*******

Hamka said...

piramid tu firaun yang punya..

3:25 PM, April 29, 2010

********

Hamka said...

harta yang banyak pulak, qarun yang punya.

3:26 PM, April 29, 2010

********

Hamka said...

dan mereka berdua masuk neraka

3:26 PM, April 29, 2010

********

Anonymous said...

terima kasih kereta mayat...sebab bagi aku melihat dengan lebih jelas...
ya ALLAH...teguh kan hati ku..iman ku...hanya satu....
tak bisa aku memlilh jalan itu

-anysa-

3:43 PM, April 29, 2010

*********

Hamka said...

Ok, dah nak asar, bye.

4:13 PM, April 29, 2010

End: Copy Paste.

*******

SEKIAN

Bestkan? siaplah entry aku minggu ini, jumpa lagi minggu depan di tempat yang sama tapi baki umur yang lain, wabillahitaufik walhidayah, jangan hisap fit jangan hisap dadah, kita tutup dengan tasbih kifarah.

Ps: Woha!

Apr 22, 2010

Tak Bisa Memilih?

(lama tak update blog bang? ok, aku tulis spontan-cerita tentang Kekasih nombor satu)

Satu hari tu dua kawan aku ajak minum air kat kedai tepi airport, oleh sebab kerusi meja kat luar restoran tu penuh, kitaorang kena lepak minum air kat bahagian dalam dan betul betul depan TV besar.., maka terganggulah isu yang nak di borakkan kerana speaker TV sungguh kuat dan pada waktu tu ada drama “Asmaradana” lakonan Tiz Zaqyah, Norish Karman dan lain lain.., itu aku tak kisah, tapi lagu latar drama tersebut yang kerap di ulang sepanjang drama membuatkan aku (seorang yang kuat ingatan dalam bab hiburan) terus terbuka satu file kosong dalam minda aku untuk save lirik dan melodi dalam otak belah kanan.., lagu six sense, “Tak bisa memilihmu”..

Terjauh, terpisah, diriku dan dirimu,
Dalam ruang dan waktu,
Sendiriku jalani sepiku, tanpa dirimu,
Resahku tanpa hadirmu,
Sungguh berat hatiku merasakannya

Salahku mencintai dirinya saat jauhku terpisah darimu,
Dan hadirnya menyentuh hatiku,
Untuk cintainya,
Hatiku pun inginkannya,
Hingga runtuh setiaku kepada dirimu...,


Teng teng teng (bunyi piano)

Balik dari rumah, ketika tolong bini basuh pinggang(seminggu sekurang kurangnya sekali) tiba tiba bini aku menyanyi satu lagu yang aku tak reti nak sambung, lantas secara spontan, aku ternyanyi lagu nih..

Maaf ku tak bisa memilih dirimu
Karena kuterhanyut mencintai dia

Inilah salahku yang memberi ruang
Didalam hatiku untuk mencintainya…


Terus bini aku tegur: Wah bang, dah ada kekasih lain ke?

Woha!

******

Kekasih sebenar adalah Allah, yang setia membuka pintu taubat di malam hari untuk mereka yang berdosa di waktu siang, dan terus membuka pintu taubat di siang hari menunggu pendosa yang datang dari bahagian malam..,

Tapi pendosa itu melupakan kekasihNya yang Maha Pengasih, yang memberi peluang hidup, rezeki dan perbagai nikmat.. sebaliknya si pendosa terus mengingkari Kekasih, walaupun telinga sudah mendengar guruh berdentum di langit, dan kadang kadang cahaya kilat menjadi pununjuk arah menuju maksiat.. oh!

Namun Allah akan terus menunggu si pendosa, kerana selagi si pendosa tidak curang, tidak menyekutukan Allah, tidak syirik, maka pintu taubat akan sentiasa terbuka walaupun dosa semalam sebesar gunung mencecah awan, asalkan tidak curang, Allah pasti menanti disepertiga malam yang tidak dipedulikan oleh insan..

Tapi kita masih melupakan Dia..

Aku nak tanya korang, sebelum tidur, antara jaga dan lena, ke manakah fikiran korang melayang? Dan apakah perkara terakhir yang korang fikir sebelum tidur?

Sudah tentu fikiran korang akan melayan kepada perkara yang korang suka, ada yang terbayang sedang bersetubuh dengan kekasih hati, ada yang terbayang sedang menjadi kaya, ada yang terbayang tentang projek ribu ribu esok hari, ada yang terbayang tentang filem yang baru di tonton, atau ada yang sedang mendengar lagu memuji kekasih dunia.., dan dalam keadaan begitu, korangpun tertidur tanpa memberi sedikit ruang untuk bersyukur dan memuji Allah..., terus tidur bersama ‘kekasih’ korang...

Dan aku nak tanya lagi, ketika bangkit dari tidur, antara lena dan jaga, ke manakah fikiran korang melayang? Dan apakah perkara pertama yang korang fikir selepas terjaga dari tidur?

Sudah tentu fikiran korang akan dilayankan kepada perkara yang korang suka, terus terkenang kekasih hati, terkenang tentang harta dunia, apa nak makan hari ini.., sedang subuh sudah semakin tinggi.., tahajjud sudah lama dilupai..

Korang boleh cakap, itu waktu luar kawalan, otak sedang letih.., jangan ukur cinta kami kepada tuhan dengan apa yang kami fikir waktu nak tidur dan waktu bangkit.., sekarang kami sedang berjuang, berdakwah melalui blog, lagu dan parti, jangan perasan bagus wahai keretamayat...

Oh, maafkan aku kepada mereka yang terasa, aku menulis blog ini adalah nota kepada diri sendiri, dan izinkan aku bertanya lagi, jika kamu beralasan bahawa otak letih lalu bertindak diluar kawalan buat kamu lupa pada tuhan, maka aku ingin bertanya lagi...

Dalam solat, antara ayat Al quran dan takbir, antara rukuk dan sujud, ke manakah fikiran kita melayang?

Sudah tentu fikiran akan melayan kepada perkara yang kita suka, ada yang terbayang kekasih hati, ada yang terbayang sedang menjadi kaya, ada yang terbayang tentang projek ribu ribu, ada yang terbayang tentang filem yang baru di tonton, atau sukan yang baru di tonton, dan dalam keadaan begitu, kita habiskan solat di depan Kekasih, dengan ingat pada “kekasih” yang lain..

Mungkin kerana kita ‘curang’ di dalam solat, maka Allah telah sediakan azab untuk mereka yang lalai dalam solatnya.., oh..

****

Kusakiti hatimu yang tulus mencintaiku….

Maaf ku tak bisa memilih dirimu
Karena kuterhanyut mencintai dia

Inilah salahku yang memberi ruang
Didalam hatiku untuk mencintainya…


Eh, bang, suka benar menyanyi lagu nih? Ada kekasih baru ke?

Terhenti lamunan aku kepada Kekaksih, tahajjud, dan dosa dosa, kerana di sampuk isteri yang berada sisi aku sambil memengang sekeping pinggan.

Alamak, ada pinggan mangkuk yang akan terbang ke?

Eh, tak lah, lagu ni untuk peminat abang dan kekasih lama abang, abang curang kepada mereka sebab “mencintai dia” “dirinya” dan “hadirnya” itu adalah awak.., jadi awak adalah watak wanita yang abang pilih sebagai kekasih hati dalam lagu tu dan 'mintak maaf' adalah kepada peminat abang..,

Maaf ku tak bisa memilih dirimu(peminat perempuan aku)
Karena kuterhanyut mencintai dia(isteri aku)


Inilah salahku yang memberi ruang
Didalam hatiku untuk mencintainya(isteri aku)...

Isteri akupun tersentum sambil menyusun pingang mangkuk... dan akupun terus meyambung mencuci pinggan dan sambung menanyi.. “terhanyut jiwa ini, terjatuh dihatinya..”

Ps: Isteriku, malam ini, tolong kejut abang jumpa Kekasih nombor satu...

Apr 8, 2010

Berapa ramai anak Bro?

(Untuk mereka yang bertanya sahaja, mungkin ada niat nak berbesan? Atau mungkin nak jadi mak tiri?-woha!)

Biasa dalam email atau facebook, ramai yang bertanya, sama ada dari kawan atau peminat, iaitu soalan yang aku biasanya jawab dengan angka, tapi lepas tu akan menyusul lagi solan yang kena aku jawab dalam bentuk alphabet pula, dan lepas tu menyusul lagi soalan yang ingin jawapan dalam bentuk gambar..., macam macam hal korang ni...

Jadi.., untuk soalan “ Berapa ramai anak Bro?” dan sebagai seorang yang perasan sibuk, maka aku post entry ni sebagai link untuk skema jawapan “Berapa ramai anak Bro?”

Jawapan:

Anak aku setakat 2010, ada 4 orang, 3 lelaki, dan satu perempuan.., nama samaran mereka, Abang H (7 tahun) , Abang A (5 tahun) , adik N (4 tahun) , dan adik K(2 tahun)..

Berikut gambar mereka jika korang tanya bagaimana rupa anak-anak keretamayat, adakah mereka ikut rupa ayah mereka yang chubby a.k.a baby face? atau ikut bonda mereka yang (delete-aurat)..?,itu akupun tak pasti, dan itu tak penting..

Kaki bersilang nombor 4, dan tangan simbol "V peace" yang juga berjumlah empat.., mungkin si anak ingin memberitahu makna tersurat.., Abang H, jangan buat ayah pijak semut tak mati.., karang kena minum air semut, susah juga.., oh!
Senyuman paksa, mungkin ada makna tersirat, Abang A yang sedang menternak dinasour tersenyum bersahaja pada paksi x-, "senang je bela dinasour ni, semua dia makan..., nasi sejuk dia makan..., dedak dia makan..., sampahpun dia makan.., belahlah dinasour, jika kita abaikan diapun takpe, sebab bila mati, dinasour akan menjadi minyak, harga minyak mahal tau! (kata Abang A ketika di interviu)
Adik N, errr, harap Sudin ajaib tak baca blog ni...
Last, adik K, yang masih tidur di celah celah kasing sayang antara ayah dan bondanya.., kadang kadang terjaga di waktu malam lalu menagis sebab terperosok seorang diri di tepi katil, lalu bangkit dan kembali ke posisi tengah katil, iaitu antara ayah dan bondanya, cheh..

Dah ada gambar, kadang kadang korang tanya lagi, Abang A ikut rupa siapa?, atau adik N ‘menurun’ dari siapa?, dan kadang kadang ada yang bertanya tentang anggota badan, mata adik K ikut ayah ke atau bonda? Hidung Abang H, ikut ayah ke ikut bonda..,? susah nak jawab, sebab akupun ada mata dan hidung, isteri akupun ada mata dan hidung..

Cuma bab anggota peranakkan jer yang aku tahu ikut siapa, Abang H, A, dan K, ikut aku, manakala adik N ikut bondanya, Woha!

PENUTUP

Kadang hati jadi sedih bila tengok gambar orang dera anak, sampai mati pulak tu.., Oh, kepada mereka yang berzina, janganlah menambah dosa dengan membunuh anak itu, di buang ke dalam perigi atau di bakar api..., takutlah kamu kepada Tuhan, kerana semua orang akan mati.., dan Allah melihat apa yang kita buat, dan apa yang kita buat akan dibalas oleh Allah, buat baik sebesar zarahpun Allah kira, buat jahat sebesar zarahpun Alllah kira jugak.., lama mana hidup, mati jugak.., ke dasar kubur jugak korang turun.. takutlah kita akan azab Allah..

Nabi pernah bermimpi melihat satu tempayan yang di masak dengan api yang besar, yang mana dalam tempayan itu ditempatkan orang lelaki dan perempuan yang berzina, dan untuk azab membunuh anak setelah berzina, oh! Bagaimana pula..?

Hari manusia di selamatkan adalah hari ini, dan hari ini telah berlalu separuh hari akan masa dan usaha untuk buat usaha menyelamatkan diri kita dari api nereka, esok belum tentu kita hidup.., maka gunakanlah baki hari ini untuk selamatkan diri kita dari azab api neraka..
Akhir kata, Anak adalah anugrah Allah, satu hari nanti, mungkin apabila korang follow-up dan up date bilangan anak aku, bukannya semakin bertambah, tapi berkurang pula, (semua dari Allah) kerana semua orang akan jadi mayat, baik kanak kanak, korang dan aku juga..

Baki hari semakin berkurang.., esok belum tentu akan datang.

Sekian.

Ps: kepada yang bertanya “Berapa ramai bini Bro?”, errr, cerita lain kalilah! woha!

Mar 26, 2010

Apa itu JOSH?

(Biasanya ceramah ugama suruh kita menambah amal, tapi hari ni terbalik pula, jangan josh sangat)

Ketika permulaan islam, Nabi banyak memberi ‘taghrib’ atau ‘zihin’ atau dorongan kepada penganut ugama islam agar meningkatkan amalan mereka sehari hari, dari menekankan amalan yang wajib, sehinggalah kepada memperbanyakkan ibadat yang sunnat selain membetulkan niat serta tujuan beribadat..

Lama kelamaan, ugama mulai maju dalam diri penganut ugama islam sehingga terdapat ummat islam yang ‘terlebih’ dalam beribadat, sebagai contoh ada sahabat nabi, yang mana pada hari pertama kahwin, dan pada malam pertama lepas akad nikah, tak macam korang, sibuk berlaga lubang kencing sampai terlewat solat subuh, tapi sahabat Nabi ni, malam pertama kahwin sama jugak macam malam yang lain iaitu ralit bersolat tahajjud sampai ke subuh.., bila tiga malam kahwin, tapi isteri tunggu punya tunggu namun suami tak datang ‘jamah’ kerana asyik dalam solat tahajjud, maka mangadulah si isteri kepada Nabi, maka Nabi pun bagi nasihat, tarhrib, zihin atau dorongan supaya ‘dikurangkan’ amal.., dan sahabat inipun akur.., pendekkan tahajjud, dan bagilah masa untuk bersetubuh dengan bini..

Itu satu contoh, ada jugak sahabat yang sehari khatam Al quran banyak kali, Nabi nasihat, supaya kurangkan.., ada yang tak nak kahwin, nak ibadat hari hari tanpa gangguan, pun Nabi nasihat suruh kahwin, bermakna di sini, ugama telah maju, sehingga Nabi terpaksa bagi ‘ceramah’ agar sahabat ‘kurangkan’ amal.., dan itu semua bagus, kerana itulah tanda ugama telah menjadi nombor satu dalam diri ummat islam pada waktu itu..

Namun hari ini, ugama masih mundur, buktinya, ustaz berceramah dari dulu sampai sekarang adalah dalam julat topic: “tambah amal”, iaitu dorongan kepada penganut ugama islam agar meningkatkan amalan mereka sehari hari, seperti memperbanyakkan ibadat yang sunnat dan membetulkan niat serta tujuan beribadat..

Kenapa jadi macam tu? sebab ummat islam hari ni masih banyak cinta dunia dan takut mati, dapat ugama pulak bukan dengan susah payah, tapi dapat melalui ‘islam baka’, maka ugama mulai merasa sebagai beban, maka bila dah beban, terpaksalah ustaz ceramah hari hari supaya korang dapat tambah amal ugama.., sebab banyak amal ini tak buat lagi, amal itu tak buat jugak.., amal yang tertinggal belum ganti, amal yang wajib belum niat nak buat.., itu ini begitu begini.. oh..

Namun hari ini, dalam keadaan ummat islam banyak ilmu tapi masih selamba tinggal solat berjemeah, terdapat jugak ummat islam yang ‘terlebih’ dalam amal, dan terlebih itu bukan pulak perkara yang baik, tapi mendatangkan fitnah pulak..., maka, tak seperti tulisan aku yang biasa, iaitu tulisan yang menggalakkan korang tambah amal, tapi hari ini aku nak bagi nasihat supaya korang ‘kurang’kan amal..

Pelik? Tapi benar, dan aku bukan nak buat ajaran sesat.., baca dulu sampai habis. Jeng jeng jeng..

Baiklah, sebagai mukadimah, jika korang tanya encik google dengan guna carian imej, dan tulis perkataan “josh hindi”, maka korang akan nampak wajah Shahrukh khan dan Aishwarya Rai yang menghiasi poster filem berjudul “JOSH”, cukup sampai situ, aku nak cerita hari ini adalah tentang istilah “josh”.., dan dalam bab ugama, tolong jangan ‘josh’...

Sebenarnya istilah ‘josh’ ini sudah di guna pakai hampir di seluruh dunia dalam kaedah mencegah rakan rakan seugama agar mereka tidak tersesat dari jalan yang benar, cuma kat Malaysia ni tak ramai yang guna istilah ini.., so, ada baiknya juga kita dapat belajar sesuatu yang mana lain kali bila ada hamba Allah tegur korang, “jangan ‘josh’ sangat bro..”, , maka tahulah korang akan apa makna ‘josh’ itu..

Straight to the point, untuk guna istilah ini mudah sahaja, iaitu bila ada antara kawan korang secara sedar tau tidak sedar tiba tiba terlihat unsur ‘perasan bagus’ dalam bab ugama, maka korang terus nasihat mereka secara ringkas, iaitu: “jangan ‘josh’ sangat..”, dan jika kawan korang tu seorang islam yang bertakwa tentu mereka akan sedar diri dan terus beristigfar..
Pada awalnya, aku nak ganti istilah ‘josh’ ini dengan istilah ‘perasan bagus’, sebab sebelum ni aku dah cerita tentang ‘perasan unik’, dan ‘perasan di salahkan’, yang mana selepas korang baca entry tu, maka komen dan email yang berbentuk ‘perasan unik’ dan ‘perasan di salahkan’ semakin berkurangan.., Alhamdulillah.., tapi komen dan email yang berbentuk perasan bagus pula semakin bertambah, untuk atasi gejala ini demi menyelamatkan ummat manusia dan dunia serta akhirat, (mudah-mudahan) biarlah aku menulis tentang betapa buruknya akibat yang akan menimpa korang jika hidup dengan gaya ‘perasan bagus’, dan untuk elakkan aku sendiri perasan bagus, aku tukar istilah perasan bagus ini kepada istilah “JOSH”... (woha!)

Josh yang aku nak cerita hari ini adalah bukan dari bahasa Malaysia, tapi bahasa urdu, atau hindi?, (aku tak pasti), tapi maksud yang aku nak guna dari istilah JOSH ini adalah lebih kurang dengan sesuatu sifat yang tak elok, atau dalam bahasa English, kita guna “Frenzy" yang memberi makna “kekalutan” atau “something wrong” atau lebih jelas untuk JOSH ini,:
“kekalutan yang timbul akibat salah faham” atau “semangat yang di salah guna” atau apa sahaja yang bermaksud “macam bagus-tapi tak bagus”

Arghh, susah sangat, dan untuk senang cerita, JOSH, yang aku nak maksudkan adalah: satu perkara yang di buat atas dasar ugama tapi bakal mendatangkan huru hara kerana perasan bagus!., faham?

Aku ulangi,
Josh adalah “satu perkara yang di buat atas dasar ugama tapi bakal mendatangkan huru hara kerana perasan bagus!.,”!

Panjang sangat istilah, maka tulis “josh” sahaja cukup..

Maka, kepada kawan kawan dari geng wahabi, atau puak Pas, atau pro Umno, atau pendakwah bebas, atau ustaz shok sendiri, atau pendakwah email foreard, atau fanatic mazhab, atau jemaah tabligh dan lain lain gerakan so call Islamic, nasihat aku, jangan ‘josh’ sangat...

Sebagai contoh, kepada geng wahabi, (bukan semua..), aku tahu korang nak hidupkan sunnah 100% dan nak hapuskan bidaah 100%, lalu lepas solat korang terus blah tak nak berzikir dan berdoa dengan alasan nabi tak buat benda ni, korang jugak tak nak bersalaman sesama jemaah lepas solat sebab Nabi tak buat, juga tak nak pergi tahlil atau tak nak baca yassin malam jummat.., itu ok, aku takde hal, dan akupun lepas solat terus blah kadang kadang sebab ada kerja lain.., atau sibuk tak sempat nak joint korang baca yassin malam jummat, dan semua tahu bahawa tak berdosapun jika lepas solat terus blah tak bersalam berpusing pusing sambil selawat..

Cuma, yang jadi masalah, adalah bila korang ‘josh’ iaitu lepas korang blah dari amalan yang korang anggap ‘bidaah’ tu, korang letak hukum pula bahawa orang yang berzikir atau berwirid atau bersalaman selepas solat masuk neraka sebab mereka korang anggap buat ‘bidaah’.., itu yang hampeh, dan tuduh juga mereka yang buat amalan ikut mazhab syafee, Maliki, Hambali dan lain lain mazhab juga masuk neraka sebab banyak buat ‘bidaah’..., amboi sedapnya mulut, letak hokum orang masuk neraka sini sana.., jangan ‘josh’ sangat bro.., tak kan orang yang bersalaman selepas solat masuk neraka? Atau baca yassin malam jummat masuk neraka, ustaz mana kau rujuk ni? Aduhai.., Inilah masalah bila belajar bab ugama merujuk pada satu ulamak sahaja, bukankah perbezaan pendapat itu rahmat? Kenapa slow sangat?

Korang nak hidupkan sunnah Nabi, dari sunnah sirah(perjalanan)kepada surah(penampilan) , tapi sunnah sarirah(pemikiran) kurang, tu yang lancang mulut berkata kata, tak hikmah langsung.., buat orang kutuk kau balik dan ada yang haramkan terus.., Nabi dulu berdakwah dengan fikir risau, bukan letak hokum sesuka hati.., dan malam menangis atas dosa dosa ummat.., semoga Allah beri hidayat pada kita semua untuk dapat keredaanNya.., amin..

Sama jugak mereka yang ikut mazhab, jika lepas solat korang nak bersalaman sambil selawat dan berpusing pusing dari satu saf ke satu saf, lantaklah, bersalaman sesama islam itu bagus, tapi jika lepas solat ada yang terus solat sunnat, jangan pulak letak hokum orang tu sesat.., sebab memang sunnah Nabi lepas solat terus solat sunnat, maka jaga lidah, jangan kutuk wahabi masuk neraka dan wahabi jangan tuduh mazhab syafee masuk neraka, bila letak humum orang masuk neraka, itu yang hampehh, itu yang JOSH!, so.., jangan ‘josh’ sangat bro.., ingat Malaikat Malik tu akan senyum pada korang ke kat akhirat nanti, lu fikirlah sendiri...

Ok, itu untuk geng wahabi, untuk parti so call Islamic yang kerja siang malam kutuk kerajaan, pun sama, bukan semua, tapi ramai yang perasan bagus.., Aku tahu korang nak dapatkan Negara islam, nak laksanakan hudud, nak isteri PM bertudung dan lain lain so call Islamic, tapi dalam mencapai matlamat yang baik, ketahuilah niat tidak mengahalalkan cara.., jangan ‘josh’ sangat..

Aku tengok, korang ni bila buat silap, tak nak mengaku, malahan sanggup pulak muzakarah dalam usrah untuk cari dalil dan Nas bagi menghalalkan ‘kesalahan dalam parti’..

Sebagai contoh, jika ada orang UMNO bela babi, korangpun panggil dia sebagai bapak babi, dia pun kecik hati, lalu suruh korang mintak maaf, tapi korang masuk usrah cari dalil dan nas untuk halalkan apa yang korang buat, lalu korang jumpa dalil bahawa Nabi panggil sahabatnya yang bernama Abdul Rahman dengan bapak kucing(Abu hurairah), sebab Abdul Rahman bela kucing, maka hokum memanggil orang dengan nama bapak babi adalah halal..

Ini yang hampeh, Nabi panggil Abu hurairah dengan nama tu takpe sebab Abu hurairah suka, sedangkan menjaga hati ummat islam juga adalah perintah Allah, orang tak suka, janganlah buat.., sama jugak isu kalimah Allah, korang boleh cari dalil dan Nas untuk halalkan benda ni, tapi ada ramai ummat islam termasuk aku yang tak suka, (sampai ada yang ‘josh’ pergi pulak bakar gereja.. pun hampeh!) banyak lagi isu, boleh mencarut, boleh doa bala, boleh mengumpat.., tuhan samseng dan lain lain.., aduhai.., jangan ‘josh’ sangat.. yang paling bangang? Bila korang tuduh mereka yang tak pangkah parti korang masuk neraka! Podaahh.., Hampeh!

Ok, itu parti xyz, yang pro kerajaan pun sama jugak, jangan josh, mentang mentang Nabi berniaga waktu umur 25 tahun dan pergi hijrah di tempat tanah yang subur yakni Madinah, korangpun guna alasan untuk ‘beribadat dalam kerja’, cari harta dunia banyak banyak sampai sunnah yang besar tertinggal, jangan josh sangat bro.., lagi teruk sebab nak cepat kaya, dah buat benda haram.., ni detail boleh rujuk parti xyz tadi..,

Nasihat aku,: Bro, Nabi bila dah jadi Rasul di umur 40 tahun, siang malam berdakwah dan berjihad.., tak sempat nak tanam pokok kurma, korang nak ikut sunnah sebelum nabi jadi Nabi ke atau selapas nabi jadi Nabi? Lu fikirlah sendiri!

Habis sampai situ, nasihat aku jangan josh.., oh ye sebelum terlupa, ni nasihat untuk jemaahTabligh. Aku tahu korang nak hidupkan sunnah dari sekecil kecil sunnah sehinggalah sebesar besar sunnah.., lalu korang solat jemaah 5 waktu tak tinggal, solat tahajud, dan pergi ziarah dari rumah ke rumah.., beriktikaf pula di masjid seluruh dunia selama 3 hari, 40 hari atau lebih lama lagi.., alhamdulilah.., aku suka dan harap anak cucu aku akan jadi macam korang..

Cuma adalah sorang dua pengikut yang josh.., yang nak amal sumua sunnah termasuk sunnah yang boleh mendatangkan fitnah, macam kes kahwin dengan budak, jangan josh sangat.., ulamak tabligh tak ada galakkan poligami, suruh hidupkan masjid, tapi yang ‘josh’ lain pula niatnya.., sama jugak kes tinggal anak bini tanpa keperluan, (tipu shura-atau tipu borang tafakult).., jangan josh sangat, atau berhenti kerja tanpa mesyuarat sebab nak keluar jalan Allah, bila balik menganggur sampai tahap meminta minta, dah datangkan fitnah... jangan josh.., bahaya.., islam ini mudah, halus dan hati hati, ingat tu!

Atau ada jugak yang josh berdakwah kepada orang kapir sehingga anggap orang yang berdakwah sesama islam sahaja adalah sesat.., jangan josh sangat, korang kata nabi tak pernah suruh ummat islam tinggaklkan dakwah pada orang kapir, aku nak Tanya, bukankah ada hadith cerita bahawa akan tiba satu zaman yang mana Nabi suruh tinggalkan dakwah sebab orang buat maksiat teruk sangat, Nabi suruh lari ke gua selamatkan iman macam pemuda al kahfi, tapi zaman tu belum tiba, zaman sekarang zaman ajak orang islam kembali pada syariat ugama, sebab tu ‘Takdir Allah berjalan’ macam tu,.., atau ingat tak kisah nabi kena tegur dari Allah sebab utamakan orang kafir dari orang islam yang buta.., arghhh, aku bukan nak berdebat, aku nak kata, jangan josh sangat..

Kepada ahli masjid, pun aku nak tegur, sebab ada pak imam yang baca Al quran panjang panjang dalam solat berjemaah, habis sejadah, baca Al insan, itu ok.., lepas tu baca pulak qunnut panjang siap ada doa tambahan dalam bahasa arab sehingga ada sorang pakcik tu boikot tak nak pergi lagi solat subuh berjemaah sebab letih berdiri.., aku ok, muda lagi, bila dah tua, jika korang baca panjang aku kenalah duduk, dah kurang pahala solat aku, sedangkan Nabi dah pesan, amalan yang melibatkan orang ramai jangan bebankan orang.., jangan josh..

Sama jugak hari jummat, baca khutbah sampai habis waktu rehat kerja apa kejadah?, cakap pulak isu politik, khutbah pulak sama macam ahli perlimen dapt speaker.., lepas tu baca khutbah menag dah guna speker, tapi menjerit jerit macam semua orang ni tuli.., aduh.., jangan josh sangat.., minggu depan aku tak nak datang solat jummat kat masjid pembakang lagi..

Hampeh semua!

Satu lagi, kepada mat dan minah forward, yang percaya pada email forward dan paksa orang lain percaya, ni bukan sahaja josh, tapi dah jadi lebih bodoh dari Pak Pandir moden! Ramai orang pergi ceramah ilmu hokum hakam, dengar pendapat ustaz A terus anggap orang yang tak ikut cakap ustaz A sebagai ahli nereka, bro,ulamak dulu berbeza pendapat tapi mereka tak josh, mereka tak kapirkan orang, jika lu nak kata facebook haram, itu lu dengan ustaz lu lah pegang pada dalil tu, lantaklah, tapi bila ada ustaz ulamak lain yang guna facebook, maka jangan nak perasan bagus dengan dalil yang lemah lagi daif.., jangan josh bro.., jadi mayat itu sekali sahaja, maka, jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka..

Yang bom sana sini, pun josh jugak.., aduhai.. , malas dah nak tulis..

Akhir kata: Jika korang solat tahajjud sampai bengkak kaki, berdakwah pada orang kapir siang malam, berpuasa setiap hari, itu bagus, itu bukan josh.., josh adalah bila korang perasan bagus, rasa diri terbaik dari orang lain, rasa diri paling pandai dalam ugama, rasa diri paling banyak korban, dan tuduh orang yang tak buat macam korang adalah ahli neraka.., itu yang hampeh!
Ketahuilah, walaupun korang dah banyak korban untuk ugama, tapi jika tiba satu hari, korang rasa koranglah orang yang paling bagus dari orang lain, maka hari itu adalah hari yang paling hina buat korang .., jangan ulang kesilapan ketua malaikat ( iblis) yang perasan bagus, jangan josh macam setan..

Dulu ada seorang hamba Allah jumpa Nabi, lalu tanya apa amalan Nabi sehari hari, bila dengar Nabi puasa selang sehari, dan tidur sekejap selepas tahajjud dan juga lapangkan masa bersama isteri, si sahabat ni josh.., dan mula perasan bagus, dengan bangga bagitahu bahawa amalannya lebih hebat, sebab beliau tak kahwin, 100% masanya untuk Allah, malam solat tahajjud tak tido tido, lepas tu setiap hari puasa.., lalu korang tahu Nabi jawab apa? Siapa yang tak ikut aku, bukan dari ummatku!, atau jika hamba Allah tu berlagak depan aku, aku jawab, siapa yang ‘josh’, Nabi tak mengaku ummat! (Aku pulak yang josh,..isk)

Ada jugak sahabat yang jumpa Nabi lalu mintak ‘ijazat’ supaya dengan tauliah di beri izin dari Nabi agar beliau menjadikan amalan khatam Al quran sepuluh kali sehari.., Nabi suruh kurangkan, lalu berlaku tawar menawar, akhirnya (aku lupa berapa kali sehari) bersetuju dengan satu jumlah.., lalu bila dah tua dan sibuk, menyesal sebab dulu josh sangat..

Ada jugak yang josh dalam beribadat sampai takde masa nak layan anak bini, dan mengaku depan nabi tak pernah senyum pada anak anaknya, Nabi terus tegur..,

Tuan tuan yang mulia, Nabi sendiripun teringin supaya ummat buat amalan yang berat-berat, tapi sebab tak nak bebankan ummat, Nabi letak hokum sunnat.., contohnya, Nabi pernah nak wajibkan solat tahajjud, atau wajibkan bersugi sebelum solat, dan solat sunat yang lain.., tapi Nabi takut korang tak mampu, maka Nabi letak hokum sunnat.., tapi korang yang dah mampu buat amalan yang berat dan hebat, terus paksa orang lain bersugi sebelum solat, paksa orang lain solat tahajjud? apa kes? Jangan josh.., ikan Jaws pun tak josh..

Sebagusnya, kita ikut Nabi Muhammad SAW dalam hal ugama, jangan buat lebih dari yang Nabi suruh, itu josh..., ada sahabat yang Nabi perintah pergi mengintip musuh, sekali bila sahabat ni pergi mengintip, dapat pulak peluang bunuh abu Supian ketua orang kapir, tapi dia ingat, BUAT SETAKAT YANG DI SURUH BUAT. MakA dia tak jadi bunuh abu supian, dan akhirnya aku pendekkan cerita: abu supian masuk islam dan banyak bagi sumbangan pada Agama islam. Nasib baik sahabat ni tak josh...

Sebagai penutup, ada sorang hamba Allah ni email aku dan tanya tentang apa hokum mencium tangan orang tua sambil membongkok macam rukuk, sedangkan Nabi tak cium tangan orang tua bila berjumpa, tapi Nabi peluk.. dan dia kata itu bidaah, dan perbuatan hormat pada orang sampai tahap rukuk adalah haram, jadi dia sekarang jumpa mak bapak, salam macam biasa, nak peluk segan pulak sebab tak biasa buat, so macam mana?

Dik, jangan josh sangat, cium sahaja tangan mak, sebab benda ni termasuk dalam “adat yang boleh membawa kepada kasih sayang”..., dan kasih sayang di tuntut dalam ugama, dan tak best rasanya jika balik kampong tak cium tangan mak.. salam macam bayar zakat sahaja tak best..

Mak aku sekarang dah takde, jika masih ada, aku cium tangan mak banyak kali pun tak pe, sebab itu membawa kepada kasih sayang.., bab tunduk sampai rukuk tu, lu pikirlah sendiri, sebab aku dengan bini aku, dalam bab membawa kepada kasih sayang, bukan setakat cium tangan, tapi cium lebih lagi dari itu iaitu cium lutut, paha, pusat dan (delete)..., lepas tu bukan setakat cium sambil rukuk, tapi lebih daripada sujud iaitu cium sambil meniarap. Apa lagi nak di kata, Woha!

Dah cukuplah nasihat aku pada korang, akhir kata, Ikutkah Sunnah Nabi Muhammad SAW, dan janganlah korang melampaui batas..., kerana Allah benci kepada mereka-mereka yang melampaui batas..

Semoga aku dan korang tidak josh, dan dapat amal apa yang aku tulis, amin..

SEKIAN.

Ps: Josh sama macam ikan Jaws yang suka gigit orang, suka letak hokum orang lain masuk neraka.., maka terpaksalah aku sumbat pressurized air tank dalam mulut korang yang josh macam ikan jaws lalu tembak guna M1 Garand ikut gaya police chief Martin Brody dalam filem Jaws.., tak nak? Tahu takpe..