Apr 2, 2018
Nabi Solat ikut Mazhab Mana?
(Hari bercakap dengan Wahabi)
Pada suatu hari, ada orang wahabi tanya:
“Nabi solat ikut mazhab mana?”
Aku diam tak sempat nak jawab dia dah jawab
dah.
“Nabi solat mana ikut mazhab mana-mana,
sebab mazhab belum ada!”
Dia tambah lagi.
“Kita solat jangan ikut mazhab, kita ikut
Nabi”
Aku pulak tanya:
“Kau nampak Nabi solat?”
“Tak, tapi kita ikut hadis soheh!”
“siapa yang sohehkan hadis tu?”
“Ustaz sayalah, beliau pakar hadis”
“Jika ustaz wahabi yang sohehkan hadis tu,
bermakna korang ikut mazhab wahabi, sebab korang pun tak nampak Nabi, aku ikut
Mazhab Shafee sebab Imam Shafee yang sohehkan hadis tu, lagipun Raja kita dan wartakan ikut mazhab Shafee, senang semua
selari, tak payahlah kau nak peningkan orang islam di Malaysia dengan Mazhab
wahabi kau”
Ok dialog dibawah ni aku tambah jawapan
dari dia:
“Ohh, saya Mazhab wahabi rupanya. Maafkan saya
kerana mengkritik Mazhab Shafee, terima kasih Hamka keretamayat atas pencerahan
yang sangat bermakna ini, saya sungguh terharu.
Lalu kamipun meneruskan hidup masing
masing.
Ps: Muhadisin terkenal Maulana Zakariyya Penulis
Kitab Fadhail Amal yang mengajar hadis dari umur 20 tahun hingga 80 tahun
berkata: Semakin lama saya mengaji hadis dan mengajar hadis, semakin saya
nampak kebenaran imam 4 mazhab yang bertepatan dengan Al-Quran dan Sunnah. Tapi
orang kita baru tujuh kali pergi usrah sudah pandai tepis fatwa 4 mazhab, amboi
amboi amboi amboi amboi amboi. Woha!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
20 comments:
Masalahnya ialah pengikut antara 4 mazhab ini yg terlalu taksub dan ada yg tidak mengiktiraf mazhab selain mazhabnya saja... Lain sikit amalan org dituduh macam -macam .
Solat Kita : Mengikut Nabi atau Mazhab?
Mari kita hadami hadis Nabi Muhammad SAW dari Imam Bukhari yang berbunyi :
"Solatlah kamu sepertimana kamu melihat aku (Rasulullah) bersolat".
Perlunya Merujuk Pada Mazhab.
Bermazhab adalah hakikat yang diakui di dalam Islam. Para Imam Mazhab yang bertaraf Mujtahid Mutlaq dengan penguasaan ilmu yang luas dan mendalam serta penuh amanah telah berusaha memahami nas daripada al-Quran dan menghalusi setiap hadis yang berkaitan dengan pembacaan dan perlakuan dalam solat. Lalu mereka mengistinbatkan (mengeluarkan) hukum dan cara perlaksanaan mengikut ijtihad masing-masing.
Oleh itu, cara solat yang seperti di ajar dalam mazhab adalah mengikut cara solat Nabi. Sedikit perbezaan dalam solat, hanyalah kerana para imam ini berbeza dalam berisitnbat dan beristidlal (berdalil) mengikut manhaj (method) masing-masing. Al-'Allah al-Faqih Sayyid Muhammad asy-Syathiri (1422 H) menyebutkan :
"Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam asy-Syafi'i dan Imam Ahmad bin Hanbal dan selain mereka, semuanya telah menyelidik semua hadis keseluruhannya (tentang solat), membezakan antara hadis yang kuat dengan yang lebih kuat, antara hadis yang kuat dengan hadis yang lemah, antara hadis Mutawatir dan selainnya. Setiap seorang dari imam-imam mazhab yang empat ini membicarakan (tentang solat Nabi SAW) dengan apa yang dipegang dan apa yang zahir (jelas) bagi mereka masing-masing. Dari sinilah timbulnya khilaf (perselisihan) dan sebenarnya semua para imam ini bertemu pada satu lingkungan sahaja". (Lihat Syarh al-Yaqut an-Nafis fi Mazhab Ibn Idris, Sayyid Muhammad bin Umar asy-Syathiri, Beirut: Dar al-Minhaj, Cetakan Kedua, 1427 H, m/s 155).
Sebab Terdapat Perbezaan Dalam Kalanggan Sahabat Meriwayatkan Hadis Tentang Cara Solat Nabi SAW.
Ini kerana cara Nabi SAW solat juga berbeza. Pelbagai riwayat hadis menunjukkan bahawa Nabi SAW solat :
Tidak hanya dalam satu keadaan.
Tidak hanya dengan satu cara.
Tidak hanya di satu tempat.
Selain solat dalam keadaan biasa, Nabi juga bersolat dalam keadaan musafir dan ketika peperangna. Pada suatu ketika, Nabi memendekkan solat dan dan pada ketika lain baginda memanjangkan solatnya. Para sahabat meriwayatkan mengikut apa yang mereka lihat. Ada juga di kalangan mereka yang tidak melihat apa yang dilihat oleh para sahabat lain.
Cara Memahami Hadis Di Atas.
Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari dalam sahihnya.
Para ulama' menyebutkan di dalam kitab-kitab fikah mereka bahawa maksud hadis ini ialah :
رأى بصرية بالنسبة للصحابه وعلمية بالنسبة لمن بعد وفاة النبي أى صلوا كما علمتمونى كما فسر بذلك العلماء""
"(Maksudnya) melihat Nabi SAW solat dengan penglihatan mata bagi para Sahabat dan cara ilmu (mengetahui) bagi sesiapa (yang hidup) selepas kewafatan Nabi SAW, iaitu bermaksud, "Solatlah kamu seperti mana kamu mengetahui aku solat seperti yang dijelaskan tentang perkara (solat itu) oleh para ulama".
Para ulama' di sini adalah para ulama' dahulu (mutaqaddimin) dan yang terkemudian (muta'akhirin) yang telah menjelaskan cara solat Nabi SAW secara lisan atau menulisnya di dalam kitab-kitab mereka seperti kitab-kitab fiqh mazhab Hanafi, Maliki, Syafi'i atau Hanbali.
Mengambil Terus Dalil Daripada al-Quran dan al-Sunnah Tentang Solat Nabi?
Seseorang yang hidup selepas zaman sahabat - terutama sekali masyarakat awam zaman moden ini - tidak boleh secara terus mengambil dalil daripada al-Quran dan Hadis tentnag solat cara Nabi, lalu memahaminya mengikut kefahaman sendiri. Ini kerana :
Mereka tidak melihat bagaimana Nabi SAW solat.
Mereka tidak mampu memahami bahasa Arab dan kaedahnya.
Mereka tidak menguasai ilmu Usul al-Fiqh, Qawa'id Fiqhiyyah dan ilmu-ilmu yang berkaitan.
Persoalan fiqh hendaklah diserahkan kepada para fuqaha'. Para muhaddisin (ahli hadis) terdahulu, ataranya, Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam at-Tirmizi, Imam an-Nasa'i dan lain-lain menyerahkan persoalan fiqh kepada para fuqaha' walaupun mereka juga berilmu tentangnya. Mereka hanya mengemukakan dalil-dalil fiqh dalam masa mereka berkecimpung dalam mengumpulkan hadis. Sikap mereka dengan para fuqaha' jelas tertera dalam satu ungkapan yang mahsyur yang ditujukan kepada para fuqaha' iaiu, "Kami yang menyediakan ubat, kamu adalah doktor".
(Lihat Al-Bid'ah fi al-Mafhum al-Islami ad-Daqiq, Dr. Abdul Malik bin Abd ar-Rahman as-Sa'adi, terjemahan Muhammad Fadhli bin Ismail, Kuala Lumpur: Darul Nu'man, Cetakan Pertama, 2002 M, m/s 39).
Petikan dari Majalah Q&A, isu no. 4, m/s 25-26, penulis oleh Ustaz Muhadir Haji Holl, cetakan Galeri Ilmu Sdn. Bhd.
maafkan hamba yg jahil bertanya tuan hamka. sapu muka selepas salam tuan hamka amalkan x?apa pandangan tuan.
Level level kita ni, bukan layaknya utk mengambil hukum terus dr Quran dan Hadis. Ikut ulama' dan imam mazhab bukan bererti tak ikut Nabi saw, bahkan sebenarnya, kita mengikut Nabi saw sbgmn yg difahami oleh para ulama' dan imam mazhab, kita meyakini para ulama' dan imam mazhab jauh lebih arif dan memahami akan dalil dalil Quran dan Hadis dr diri diri kita sendiri.
Lazim yg dpt diperhatikan, cara pemahaman wahabiyah / zahiriyah popular bg yg baru baru mengenal agama, tp bila jujur mencari agama, lebih mendalam ilmu dan pemahamannya, insyaAllah akan ditunjuki Allah swt jalan dan pemahaman yg benar.
Hamka tengah bengang sebab ada orang kritik tabligh. Perasan tak, setiap kali tabligh kena kritik, hamka mesti tulis entry pasal wahabi.
Tuan hamka, ini dialog cerita betul ke cerita rekaan? Sapa "wahabi" tu? Dia wakil pihak mana? ingat, jangan koner2, Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui.
ahlisunahwaljamaah ni ialah
-akidah-imam abuhasan asyari,imam abu mansur maturidi
-feqah-imam hanafi imam hambali imam maliki imam syafie
-tasaup-imam ghazali, imam junaid bahgdadi..
jadinya x mungkin ahlusunnah yg bermazhab syafie dalam feqah akan taksub mengaku mazhab feqah dia je betul sedang ahlusunnah yg pakai 3 mazhab feqah lain tu salah hehe.. begitu jugala sebaliknya.
yg ahlusunnah x bertolak ansur kat wahabi ni ialah kat bab akidah dan mereka menolak tasaup, dia memang mula2 sembang feqah dgn gaya cool seolah2 tak bermazhab,lepas tu nanti dia masuk akidah lak, lepas tu tasaup jadi bidaah lak.. sedang dalam ahlusunnah tasaup itu ialah salah 1 dari 3 rukun agama.. imam akidah wahabi ni pun x sama ngan imam akidah ahlusunnah, jadinya pengajian akidah ahlusunnah dan wahabi itu x sama..itu antara perbezaan besar dia.. kalo ahlusunnah yg betul seperti di atas tu, dia x kesah dan meraikan ahlusunnah yg bermazhab feqah lain..mazhab feqah je lain2,tapi akidah mereka tetap sama.. maka nya x mungkin jika sesiapa ahlusunnah yg dok kat malaysia ni ada masalah untuk ikut mazhab feqah yg telah dipilih disini iaitu mazhab syafiie, kalo anda jumpa seseorang tu x nak folo2 gak mazhab syafiie di msia dan bawak gaya cool x bermazhab, selalu pertikai bab feqah orang lain sedangkan xda masalah pe pun sambil bidaah2kan orang sambil syrik2kan orang lain.. cuba cek akidah dia, lepas tu cek dia pakai tasaup ke x?mungkin gang2 dia la tu hehehe
Soalan menguji kefahaman agama dan kejujuran untuk hamka dan anon-anon.
(Fakta) - Empat orang Khulafa' Ar-Rasyidin dan empat orang imam mazhab, kesemua mereka tidak pernah belajar akidah cara Asya'irah dan Maturidiyyah.
(Soalan) - Jika akidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah hanya golongan Asya'irah dan Maturidiyyah, apakah kedudukan akidah empat orang Khulafa' Ar-Rasyidin dan empat orang imam mazhab?
A. Akidah mereka adalah akidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah, walau pun mereka tidak pernah belajar akidah cara Asya'irah dan Maturidiyyah.
B. Akidah mereka bukan akidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah, kerena kesemua mereka tidak pernah belajar akidah cara Asya'irah dan Maturidiyyah.
Jika pilihan anda ialah A, sila jelaskan. Jika anda memilih B, juga sila jelaskan. Jika anda pilih untuk tidak menjawab atau corner-corner, kejujuran dan kefahaman agama anda akan menjadi persoalan.
hihihi.. ko kelakar, bunyi je mcm ye2 tapi beringus
memang la 4 imam mazhab tu x belajar dari imam abu hasan asyari,tapi imam abubhasan asyari tu la yg belajar dari 4 imam tu tentang akidah... hehe
kerana imam abuhasan asyari ni la orang yg bertanggungjawab merumus@mentahkikkan ape akidah yg dibawa oleh 4 imam tu tadi..dia tukang susun apa yg imam 4mazhab tu bawak, sebelum tu xda orang susun.. hihi paham kan? sebab 4imam tu sebelum tu x menyusun ilmu akidah secara terperinci, mereka menyusun ilmu feqah secara terperinci..
cerita dia gini ye..
imam abu hasan asyari ni dia lahir zaman salaf tapi meninggal di zaman khalaf, jadinya ada sesetengah orang cakap dia salaf dan ada sesetengah lagi kata dia khalaf, dan moyang dia ialah sahabat besar kepada nabi saw iaitu abu musa asyari..pernah dengar sahabat besar nabi saw dari yaman ni? dia la moyang imam abuhasan asyari ni..
pada zaman imam abuhasan asyari ni, orang ramai telah menyusun ilmu akidah secara terperinci yg x pernah dilakukan sebelum tu,sehinggalah muncul berbagai mazhab akidah, muktazilah, jabariah dan lain2.. sehinggakan diri dia pun terlibat dalam muktazilah.. lalu pada suatu hari dia sedar yg susunan2 dari mazhab2 akidah yg muncul ini ada yg x kena..
lalu dia menyelak quran semula, menyelah hadis semula, menyelak helaian2 kitab peninggalan imam 4 mazhab semula.. lalu dia merumus akidah yg dibawa oleh imam 4mazhab itu.. iaitu akidah imam 4mazhab itu dipanggil akidah tanzih. lalu dia menyusun secara terperinci dalam jalur tanzih ni tadi.. ianya dipanggil tanzih tafsili.. ianya ada keperluan disususun secara terperinci ketika tu sebab manusia dah berbicara pasal tuhan secara terperinci tetapi dah terkeluar dari jalur tanzih yg dibawa imam 4mazhab ni tadi. dialah yg susun secara terperinci tetapi didalam jalur tanzih..
dia la yg belajar dari imam 4mazhab..bukan imam 4mazhab yg belajar dari dia hehehe.. nama dia dinukil disitu ialah sebagai orang yg merumus akidah imam 4mazhab ni tadi,dia yg belajar dari imam2 tu hehehe..ia membelek helaian demi helaian peninggalan imam 4mazhab ni tadi dalam usaha nak membentengi orang ramai dari memeluk2 aliran2 akidah yg dah terkeluar dari jalur tanzih, yg dah x serupa dengan apa yg 4 imam tu bawa dalam akidah...
jadi aku ulang lagi sekali disini, imam abuhasan asyari la yg telah belajar dari imam 4mazhab tentang akidah hehe.. lalu dia merumus..jadinya akidah yg dia rumus tu akidah imam 4mazhab la,dia merumus dan menyusun secara tafsili(terperinci).. jadinya imam abuhasan asyari ni ialah pengikut imam 4mazhab dalam berakidah...jadinya akidah ahlusunnah itu ialah akidah 4 imam mazhab ni la tadi. yg merumus@mentahkikkannya ialah imam abuhasan asyari.. dia tukang susun je..
hehehehe
ha paham dah kan?semoga bermanafaat ye insyaAllah..
Mana si hamka tak komen-komen lagi ni. Jawab dengan jujur, hamka. Allah Maha Melihat tu.
kenapa A. hurai sikit. bukankah akidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah hanya Asya'irah dan Maturidiyyah?
Kejujuran dan kefahaman agama hamka dan anon-anon diuji kali ini. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui dan Maha Melihat.
Menjadi tanggungjawab saya untuk menyampaikan maklumat/ Fatwa ini kepada teman² Ahlussunah agar lebih berhati² terhadap faham "WAHABI-SALAFY" ini dan dengan harapan supaya kita smua terselamatkan dr fitnah akhir zaman.
● Mufti Kedah
Mufti Kedah turut menyatakan bahaya faham wahabi dan menolak faham wahabi ini kerana banyak khilaf dari sudut aqidah fiqh.
● Mufti Pahang
Mufti mengatakan fahaman selain asyairah boleh diambil tindakan karena menyesatkan, juga baru-baru khutbah negeri pahang menekankan berkenaan masalah wahabi.
● Mufti Negeri Sembilan
Mufti negeri Sembilan juga menolak & menyimpang faham wahabi
● Mufti Perak
Jabatan Mufti Perak telah mengeluarkan arahan larangan penyebaran faham wahabi karena menyimpang & menyesatkan
Baca di sini ═>http://mufti.perak.gov.my/.../372-fatwa-penegahan...
● Mufti Wilayah Persekutuan
Mufti Wilayah Persekutuan telah menulis buku, dan didalam buku tersebut mengkritik aliran salafi kerana sikap mereka yang ghuluw:
● Kerajaan Negeri Johor
Kerajaan Negeri Johor jelas memfawakankan bahwa manhaj akidah yang mesti diikuti adalah asyairah dan maturidiah serta 4 mazhab fiqh muktabar selain itu sesat & menyesatkan.
● Majlis Fatwa Kebangsaan
Berikut sedikit petikan dari fatwa tersebut:
Ramai ulama-ulama yang telah mengkritik dan menghujah aliran Wahabi termasuk saudara kandung Sheikh Muhammad Abdul Wahhab sendiri iaitu Sheikh Sulayman Abd Wahhab dalam kitabnya bertajuk al-Sawa’iq al-Ilahiyyah fi al-Radd ‘ala al-Wahhabiyyah. Antara ulama-ulama lain ialah Sayyid Ahmad Ibn Zaini Dahlan (m.1886) Mufti Mekkah dan Shaykh al-Islam dalam kitabnya al-Durar al-Saniyyah fi al-Radd ‘ala al-Wahhabiyyah dan Dr. Sa’id Ramadhan al-Buti dalam karyanya al-Salafiyyatun Marhalatun Zamaniyyatun Mubarakatun la Mazhabun Islamiyyun.
Seterusnya silahkan baca disini:
http://www.e-fatwa.gov.my/.../pandangan-mengenai-golongan...
● Pandangan JAKIM
Pandangan JAKIM dalam hal ini adalah jelas yaitu: "Wahabi- Salafy sesat menyesatkan
● Mufti Brunei
Mufti brunei ada menulis buku dan didalamnya jelas mengkritik penyimpangan faham wahabi
● Pandangan Giptis
Gabungan Institusi Pondok, Tahfiz & Ilmuan Sunni menolak fahaman Wahabi:
● Prof Syed Naquib Al-Attas
Prof Syed Naquib telah menolak fahaman wahabi dan menjelaskan keburukannya dalam karyanya:
Seterusnya silakan baca disini pernyataan murid beliau:
http://www.rausyanfikir.com/.../keseluruhan-penjelasan...
● Lain- Lain
Terlalu banyak untuk diuraikan semuanya tetapi jelas dalam setiap seminar yang dianjurkan oleh muafakat Alim Ulama Malaysia dan Ahli Akdemik seperti Dr. Uthman Muhammady, Dr. Asmadi dan Dr. Fakhruddin Mukti dan banyak lagi ahli akademik telah berkumpul dan menolak fahaman wahabi.
http://muafakatmalaysia.com/.../wacana-pemikiran-dan.../
● Akhir Kata Kepada masyarakat awam diingatkan supaya berpegang teguh dengan jumhur ulama dan jangan sesekali terlibat dengan pemikiran yang ganjil seperti faham wahabi- salafy yang bisa merusakkan akidah dan persatuan ummat
Saya pilih A, dan biar Ustaz Azhar Idrus tolong jawabkan:
Ustaz Azhar Idrus - Adakah Aqidah Al Asya'irah&Al Maturidiyyah Tergolong ASWJ?
https://www.youtube.com/watch?v=yWS397w9EPs
Siapakah Ahlu Sunnah
Fatwa Mufti Negeri Mesir
Soal :
Siapakah yang sebenar dimaksudkan Ahlu Sunnah Wal Jama'ah?
Jawab :
Ahlu Sunnah Wal Jam'ah ialah orang-orang yang menjalanai jalan sederhana sepanjang zaman pada aqidah, syariat dan suluk.
Maka pada syariat ialah yang berpegang dengan mazhab-mazhab sunnah yang empat yang diikuti.
Dan pada aqidah ialah dengan aqidah Asya'irah bagi Syeikh Abu Hasan Al-As'ary dan Maturidiah bagi Syeikh Abu Mansur Al-Maturidi.
Dan pada suluk ialah tasawuf sunnah yang bersandarkan Al-Quran dan Hadith yang adalah atasnya umat terdahulu dan umat terkemudian. Dan yaitu menjaga adab serta Allah dan membersihkan hati dan menuntut maqam yang sempurna dan darjat yang baik.
Dan Ahlu Sunnah atas perumpamaan ini mereke itu kumpulan ramai dari kaum Muslimin kerana sabda Rasulullah saw :
فَاتَّبِعُوا السَّوَادَ الْأَعْظَمَ، فَإِنَّهُ مَنْ شَذَّ شَذَّ فِي النَّارِ
artinya : "Maka ikutlah kamu akan kumpulan ramai kaum Muslimin. Maka sungguhnya siapa yang terasing maka terasing ia di dalam neraka. " (Hadith Hakim)
Wallahua'lam
sumber:
المراد بأهل السنة والجماعة
الرقم المسلسل : 2366
التاريخ : 24/07/2013
Semua orang tak jawab soalan.
Hamka tak jawab soalan dengan 'wahabi' mana dia bercakap. Entah cerita betul ke cerita tipu, kita pun tak tahu. Allah Maha Mengetahui.
Anon-anon pun tak jawab soalan yang jawapannya semudah A atau B. Yang ada hanyalah karangan bukan jawapan.
Jujurlah. Kejujuran asas kejayaan.
esok2 ingus ko dah kering, ok la t hehe
Boleh jelaskan fahaman wahabi tu macam mana?
Post a Comment