Apr 20, 2018

Solat korang Best Tak?


(Di tulis sebelum Tayangan perdana Avangers Infiniti War)

Cerita bab bola dulu, kita boleh tengok macam-macam stail penonton, ada yang lebih suka tengok kat rumah dalam tv, ada yang lebih suka tengok dekat kedai makan screen besar sambil menjerit sama kawan-kawan, ada yang just nak tahu keputusan, cukup tengok berita babak gol, atau ada yang just baca surat kabar, youtube dan macam-macam lagilah!

Tapi yang paling best, adalah mereka yang tengok bola dekat stadium sambil jerit-jerit, siap pakai jersi warna sama dengan pemain bola, dan ada yang siap conteng muka lagi lengkap dengan kain rentang, mercun dan leser, ha ha ha..

Bila di tanya, kenapa korang sanggup conteng muka, pakai jersi warna warni dan duduk kerusi hadapan sambil menjerit-jerit macam jurulatih?

Jawab mereka, tengok bola, kena ada ‘feel’, dan bila dapat ‘feel’, nikmatnya tak dapat di gambarkan dengan kata-kata.

Ok, itu tengok bola kat stadium, ada kawan aku yang main bola secara seronok-seronok dekat padang kampong, tapi datang siap dengan jersi lengkap, bila lawan pertama sumbat gol, yang kalah kena bukak baju, jadi mamat yang dah tahu kalah, dan kena bukak baju tapi masih datang main dengan pakai lengkap jersi walaupun hanya dia sorang jer pakai, dan bila ditanya, kenapa sanggup susah susah pakai baju bola sedangkan kita main suka-suka jer?.

Jawab mereka, main bola, kena ada ‘feel’, dan bila dapat ‘feel’, nikmatnya tak dapat di gambarkan dengan kata-kata.

Itu cerita bab bola, aku ada jugak kawan kaki filem, dia tahu filem lambat laung akan keluar dekat TV, tapi tak nak, katanya tengok dekat wayang baru feel, sebelum spoiler dibocorkan di mana mana media, dia nak jadi orang pertama yang menonton dan tahu spoiler, malahan ada yang pakai kostum sewaktu menonton filem, sanggup bayar tiket mahal pada tayangan perdana, mereka tak kisah, sebab tengok movie kena ada ‘feel’, dan bila dapat ‘feel’, nikmatnya tak dapat di gambarkan dengan kata-kata.

Straight to the point, dah nama blog pun keretamayat, tak kan nak cerita pasal bola dan filem?, maka aku nak bagitahu, jika kita sungguh sungguh dalam ibadat, kitapun akan dapat ‘feel’, dan bila dapat ‘feel’, nikmatnya tak dapat di gambarkan dengan kata-kata.

Bab solat misalnya, (ehem, ehem)

Kita boleh tengok macam-macam stail pesolat, ada yang solat kat rumah lengah-lengah, ada yang solat berjemaah dengan bini, ada yang solat hanya pakai kain pelikat, ada yang solat sekadar melepas kentut di tangga, dan macam-macam lagilah!

Tapi yang paling best, adalah mereka yang solat berjemaah di masjid, saf depan, datang awal, siap buat solat sunnat tahiyatul masjid dan pakai lengkap sunnah Nabi dengan siap bercelak, berserban dan berjubah putih!

Bila di tanya, kenapa korang sanggup bercelak, berserban dan berjubah putih, datang awal, duduk saf depan, lalu bertasbih dan beriktikaf di masjid macam ustaz ulamak?

Jawab mereka, solat, kena ada ‘feel’, dan bila dapat ‘feel’, nikmatnya tak dapat di gambarkan dengan kata-kata.

Aku ulang: solat, kena ada ‘feel’, dan bila dapat ‘feel’, nikmatnya tak dapat di gambarkan dengan kata-kata.

Jadi ‘moral of the story is:’ Solat kita tak best sebab tak ada feel, Feel tak datang sebab kita tak bersungguh!

Tak bersungguh untuk solat!.

Cuba kita buat macam peminat bola atau penpnton wayang hari pertama buat, eh silap?, cuba kita buat macam ustaz ulamak selalu buat, datang awal ke masjid, duduk saf depan, solat sunnat tahiyatul masjid, dan pakai pakaian sunnah siap berserban, bila solat rasa satu feel yang.., nikmatnya tak dapat di gambarkan dengan kata-kata.

Aku sendiri dapat rasakan perbezaan kalau hari jummaat, bila aku pergi awal, pakai baju sunnah, pakai serban, duduk saf depan, lepas solat sunnat duduk zikir, dengan niat iktiqaf sambil tunggu azan, bila time solat rasa sungguh best! dapat ‘feel’ yang feelnya tak dapat di gambarkan dengan kata-kata.

Tapi kalau datang orang dah nak habis khutbah, duduk pulak saf belakang. Pakai pulak baju T shirt dan seluar jeans, kopiah pun tak pakai, lepas solat aku rasa macam gitu-gitu jer, kurang feelnya, (ni aku lah nih..korang tak, korang semua beriman dan bertakwa, tak dengar khutbah dan solat masbukpun tapi masih kusyuk solat sehingga lupa alih kereta yang parking di tengah jalan block kereta orang-memang bangang!..)

Maka nasihat aku, sama samalah kita bersungguh dalam ibadat, orang pergi himpunan kuning pun sanggup bersungguh-sungguh pakai baju kuning nak gulingkan mahadir dulu-dulu, atau orang pergi tengok bola di stadium pun sanggup bersungguh-sungguh pakai baju jersi melambakan semangat gila bola siap conteng muka? atau ada orang sanggup pakai kostum avangers waktu menonton filem Avangers, maka apatah lagi untuk perkara yang lebih utama ngan solat nih,

Kalau boleh bawak uniform khas dalam beg siap dengan serban dan jubah warna putih (macam superhero dengan kostumnya: superman/spiderman/cicakman), yang mana bila dah nak azan terus tukar baju, zassss.., dan dengar azan dalam masjid, memang bestlah…

Orang perempuan pulak, lagi sepuluh minit nak azan pergi siap-siap, pakai kain sembahyang dan tunggu azan, lepas tu senyum-senyum kat suami sambil angkat-angkat kening, sebab jika isteri solat awal waktu, dan suami solat berjemaah di masjid, lalu, bila suami pulang karang, korang akan ada banyak masa untuk buat banyak benda, nak berjimak sampai solat seterusnya pun boleh.

Woha!

Ps: Aku sendiri belum mampu amal apa yang aku tulis, dan memang aku menulis untuk tegur diri sendiri, semoga aku diberi kekuatan untuk amal apa yang aku tulis, hu hu hu.

5 comments:

Anonymous said...

best.. terima kasih, tapi ada dua typo, penponton dan melambakan

Farahain ZFA said...

hai ain datang singgah sini dan follow awak. salam perkenalan :)
sincerely , farahain zfa

Ashari said...

6 tingkatan org yg ngaku muslim ni berkaitan dgn solat.

1. Ngaku muslim tp tak kisah nak solat.
2. Kadang solat, kadang tidak, ikut suka, ikut mood, ikut sempat.
Yg dua ni, kategori muslim fasik.

3. Solat fardhu cukup, kalau tertinggal diqadha', kurangnya dr segi pd rukun rukun dan syarat syarat kesempurnaannya dan khusyu'nya.
Kategori muslim yg tidak sempurna atau cacat imannya.

4. Solat fardhu cukup, sempurna syarat syarat, rukun rukunnya, dihiasi dgn memperbnyk sunat sunatnya, dan sempurna pula dr segi khusyu'nya. Sempurna solat fardhu itu adalah dgn berjamaah.
Golongan mukmin yg baik, yg soleh.

5. Solatnya sempurna, khusyu' dan sudah merasa nikmatnya solat. Sering terlihat memanjang manjangkan solat solat sunatnya.
Derjatnya para muttaqin. Ketika solat, sudah dpt merasa berada dlm majlis Allah swt.

6. Solat adalah nikmat terbesar bgnya, sbgmn tidur adalah nikmat terbesar bg yg ngantuk, minum adalah nikmat terbesar bg yg kehausan, makan adalah nikmat terbesar bg yg kelaparan.
Derjat para waliullah. Ketika solat merasa sedang bercakap cakap dgn Tuhan.

Ashari said...

Perkara kufur yg paling ringan atau batas atau sempadan antara Islam dan kufur adalah meninggalkan solat fardhu dgn sengaja. Perkara kufur itu membatalkan segala amal baik yg dilakukan sebelumnya, bagai org yg bankrap hilang segalanya. Tidak dihisab segala amal baiknya bg yg meninggalkan solat fardhu dgn sengaja. Bila bersolat semula, bg amal kebaikan, bagai bermula semula dr awal, sedang dosanya sudah bertimbun timbun.
Cumanya bg mazhab kita ASWJ, selagi tidak menolak atau menafikan kewajipan solat, tidaklah sampai kafir murtad.
Bermula seorg muslim itu dgn Syahadah, kekal dia dgn Islam selagi bersolat.
Batal perjanjian dgn Allah swt bg yg tak bersolat.
Putus dr Rahmat Allah swt bg yg meninggalkan solat.
Kat mana pun level solat kita, selagi masih bersolat, ttp ada kira kiranya.
Yg tak solat diazab di Saqar, yg mencuai cuaikan solat pula, kadang solat kadang tidak, di Weil, lubang celaka, satu jurang dlm Jahannam.

Jgnlah sekalipun meninggalkan solat.

Hamka Kereta Mayat said...

terima kasih atas perkongsian ilmu tuan :)