Apr 27, 2018

Ucapan wakil Rakyat paling best!

(Lima cara menjadi wakil Rakyat terbaik)


Asalamualaikum, terima kasih sudi datang, yang depan sila duduk sebab yang belakang tak Nampak.

Parti kita, takde bendera, sebab tak nak membazir. Membazir ni saudara syaitan. Orang mengundi bukan sebab bendera besar, dan banyak, tapi sebab akhlak kita yang baik. Amin.

Maka tuan tuan dan sidang hadirin sekalian, straight to the point, saya telah dapati bahawa ada 5 kerja yang perlu dibuat bagi menjadi pemimpin yang sejati!

Lima cara ini,  yang mana jika korang seorang Menteri dan amalkan 5 langkah ini maka insyAllah Negara akan Cermelang, jika korang seorang Pengurus, insyAllah Syarikat akan maju, jika korang seorang Pengetua, insyAllah Sekolah akan berketrampilanm jika korang ketua kampung maka kampong akan berjaya, kampong korang akan ada jentera dan kereta proton saga, tak lupa juga jika korang seorang ayah, insyAllah keluarga pulak akan bahagia, maka wahai seorang ayah, seorang manager, atau seorang Menteri, kalau korang betul betul nak jadi pemimpin yang sejati kena sabar dengar ceramah saya yang agak lintang pukang tapi ada sinar bahagia di dalamnya, woha!

Untuk itu, saya bukak hadis, terus saya idolakan Saidina Umar sebagai contoh pemimpin yang telah lakukan lima kerja dengan baik!

Saya masih ingat, ada orang DAP konon nak jadi macam Umar, tapi tak nak masuk islam, dulu orang PAS percaya mereka dah berjawa dakwah DAP hingga mahu jadi macam Umar, tapi dah penat kena tipu, PAS telah keluar dari Pakatan dan bergerak solo, Tahniah PAS sebab sudah Nampak kebenaran walaupun lewat untuk PRU yang lepas, tapi bagus untuk PRU yang ini, tahniah! Better late than never!

Ok, mari kita rujuk hadis!

Hazrat Aslam r.a, seorang hamba kepada Saidina Umar RA sewaktu Umatr menjadi Pemimpin menceritakan bahawa, pada suatu hari, ketika mereka berdua sedang meronda dari pintu ke pintu, mereka terjumpa dengan sebuah keluarga yang mana di dapati anak-anaknya sedang menangis meraung, dan di luar rumah terdapat periuk yang di nyalakan api, apabila di tanya Umar RA kepada si ibu akan apakah gerangan derita si anak-anak menangis sebegitu rupa? Jawab si ibu, bahawa anak-anaknya sedang menderita kelaparan dan beliau sedang menipu anaknya dengan memasak bekas kosong hanya untuk menghiburkan anaknya supaya anaknya nanti tertidur sambil menunggu ‘makanan‘ itu masak.

Saidina Umar RA yang merupakan seorang khalifah islam pada waktu itu terus pergi ke BAITUL MAL dan bergegas kembali membawa sekarung makanan yang di pikulnya sendiri, walaupun hambanya menawarkan diri untuk menolong, tapi di bantah oleh khalifah dengan soalan: “Adakah kau nak pikul dosa saya kat akhirat kelak?.”

Kemudian Saidina Umar RA sendiri memasak makanan untuk keluarga tersebut dan menurut hambanya si Aslam r.a, ketika melihat saidina Umar memasak sambil meniup bara api, “saya lihat asap keluar dari celah-celah janggutnya yang tebal”.

Maka makanlah seisi keluarga itu dengan gembira tanpa menyedari bahawa orang yang menolongnya adalah Pemimpin tertinggi orang Islam, ketika keluarga itu makan, saidina umar lepak berehat sambil berkata:

“Tadi saya telah lihat mereka manangis, sekarang saya lepak sekejap kerana ingin melihat mereka ketawa gembira..”

OK, tamat cerita itu kat situ, itu hanyalah sebuah episode “bersamamu”versi rare yang mana si miskin di temui oleh pemimpin dan di bantu juga oleh pemimpin.., ada riwayat menyatakan jika jiran kita lapar dan kita sengaja membiarkan jiran kita lapar, maka kita akan berdosa dan akan di azab oleh Allah kerana sengaja pentingkan diri sendiri..

Dan seorang pemimpin yang ada Baitul Mal, atau DANA bantuan kemiskinan, sangat perlu MENUNAIKAH HAK orang miskin terutama rakyat jelata yang berada di bawah jajahan perintahnya,

Tak kan lah nak tunggu tv3 terbit rangcangan ‘bersamamu’ baru nak perihatin, , bukankah yang lapar itu berada di bawah jajahan Menteri besar masing masing? Sedangkan orang yang bukan pemimpin seperti kita semua pun Nabi wajibkan supaya prihatin terhadap 40 jiran kiri kanan, apatah lagi pemimpin? 

Kemiskinan tak boleh di hapuskan selagi ada jurang dan kasta, tapi kemiskinan boleh di hapuskan bila Pemimpin tunaikah HAK kemiskinan, dan di Bantu oleh rakyat yang mampu sama..InsyAllah.

Sekarang BN dah bagi BRIM, itu bagus, boleh merasang ekonomi dan jika BN kalah, parti baru yang memang jangan lupa bagi BRIM, dan jentera parti kena selalu meronda macam Umar dan Aslam cari orang miskin untuk dibantu, bukan buat waktu kempen mengun di sahaja.

Dan bercerita bab bantuan makan, Pemimpin kena sangat pastikan rakyat mereka mendapat bekalan makanan yang HALAL..

Sangat perlu.., kerana bila makanan haram, doa tak makbul, ummat menderita dan takut bila jadi mayat kelak masuk neraka..naduzubillah.

Jadi sekarang JAKIM dah ada buat kerja ni, jika BN kalah, parti baru yang memang jangan lupa perkasakan JAKIM, jika memang lah.

Ok, habis bab pertama menjadi pemimpin contoh.

Kita pergi kepada kerja kedua.

Langkah kedua menjadi seorang pemimpin yang gemilang.., err mari kita rujuk hadis lagi:
Pada suatu malam yang lain, ketika saidina Umar r.a sedang meronda, beliau terlihat ada seorang lelaki sedang duduk di luar kemah dan ada suara perempuan mengerang dari dalam khemah, bila bertegur sapa tahulah beliau bahawa perempuan itu sedang dalam posisi tersangat hampir nak beranak dan si suami tu pulak dalam keadaan susah hati gundah gelana kerana mengalami masalah keewangan..

Saidina Umar terus pulang ke rumah dan ajak isteri dia Ummnu Kulthum r.anha untuk menjadi bidan terjun.., pendek cerita, bila isteri khalifah Amirul mukminin bersedia menjadi mak bidan dan dengan segera menolong perempuan yang nak bersalin tadi, maka selamatlah semuanya dan tahniah untuk bapak budak itu kerana mendapat seorang baby boy.

Mula mula lelaki itu kritik kerajaan sebab tak jaga rakyat susah macam dia, tapi bila bini Umar panggil suaminya dengan gelaran “Amirul Mukmunim” terus lelaki itu insaf kritik kerajaan sebab yang bantu bini dia beranak adalah first lady zaman tu.

Jadi, kecirian pemimpin yang ke dua adalah!

MESTILAH MENGUTAMAKAN KESIHATAN RAKYAT DIA!

Mesti menyediakan bantuan perubatan tak kira walau di mana rakyat berada..

Dan saya puji sedikit dengan system perubatan di Malaysia kerana di laporkan, Malaysia adalah nombor lima terbaik dari segi kebajikan perubatan! Dan termasuk aantara Negara yang sangat murah kos perubatanya iaitu hanya RM satu!, bini saya beranak kena cas RM 4 sejer, Cuma bila ada special kes melibatkan sakit yang menelan kos yang besar seperti barah, jantung berlubang dan sebagainya, dana untuk perubatan tersebut agak lembab untuk di agihkan dan macam dah jadi budaya iaitu pesakit kena glamer dulu, nak kena masuk akbar, TV, radio, bersamamu, baru lah sama sama pakat bantu.

Ataupun mungkin kena ubah system insuran, tak payah guna ejen, terus rakyat bayar kepada hospital kerajaan, dan bila sakit kritikal, terus guna dana tu untuk bantu semua rakyat, tanpa ejen, kos bayaran insuran akan lebih murah, tapi itu detail bincang semulalah, cadangan sahaja.
Apa-apapun, belanja untuk kesihatan dan keselamatan memang termasuk dalam sedekah. Safety first adalah sunnah nabi SAW.

Ok, cukup sampai situ.

Sekarang, kita focus kepada kerja ketiga dalam menjadi seorang pemimpin yang terbilang

Rujuk hadis lagi:

Hanzalah r.a adalah seorang sahabat Nabi SAW yang di amanahkan sebagai penyimpan rahsia, banyak rahsia berbentuk ramalan diketahui oleh beliau, terutamnya tentang peristiwa zaman hadapan, (teknologi wahyu) dan antara rahsia yang glamer di ketahuinya adalah senarai nama orang munafik di kalangan sahabat, Saidina Umar RA ketika menjadi Khalifah telah bertanya kepada hanzalah r.a iatu: 

Adakah orang munafik di kalangan wakil rakyat yang di lantik oleh beliau?, Hanzalah RA menyatakan ‘ada’dan bilangannya hanyalah seorang tapi Hanzalah r.a tidak memberitahu namanya kerana itu adalah rahsia antara dia dan penerima wahyu (nabi Muhammad), maka saidina Umar telah memeriksa amalan wakil rakyatnya dan jika ada yang tak kena akan di pecat.

Antara amalan orang munafik di zaman Nabi SAW adalah meninggalkan solat jemaah, kemudian ada pulak satu hari tu Salman RA selaku menteri bahagian pentadbiran pasar, telah tidak datang solat subuh berjemaah, maka saidina Umar RA terus pergi ke rumah Salman dan bertanya kenapa tak datang solat berjemaah wahai WAKIL RAKYAT?

Maka kata ibunya, Salman telah bertahajjud sepanjang malam, dan bila dah dekat-dekat nak subuh, mengantuk telah menguasai dirinya, maka legalah saidina umar mendengar jawapan itu kerana ternyata Salman RA bukan seorang yang munafik, Cuma tak sengaja tinggal solat jemaah, namun Umar RA sempat menegur salman bahawa beliau lebih baik solat subuh berjemaah daripada bersolat tahajjud sehingga tinggal solat jemaah!

Stop cerita! Hari ini adalah tugas setiap PEMIMPIN kena pastikan wakil rakyat atau orang bawahan dia tidak mengamalkan amalan orang munafik, kena pastikan orang bawahan dia tidak MENINGGALKAN SOLAT JEMAAH!

So, jika korang seorang Ketua Menteri, korang kena pastikan wakil rakyat korang tak miss solat berjemaah, kalau tak rosak rakyat nanti..huh! ada benarnya Wakil rakyat yang tak datang solat jemaah mungkin tertidur kerana sibuk bertahajud…, so pemimpin kena pastikan betul ke solat tahajjud atau benda lain?, kena check.., ini tugas pemimpin, dan saidina Umar sendiri tidak teragak agak untuk memecat Wakil Rakyat beliau bila ada rakyat mengadu, malahan beliau pernah memecat ketua perang dalam medan pertempuran. (rujuk sejarah)

Dan yang kena pecat relaks sajer, takdelah nak tunjuk perasaan nak bantah ke apa sebab diorang bertugas kerana Allah, dan sangat takut dengan soalan tentang pucuk pimpinan di akhirat kelak, maka bila di pecat, ok lah tu..

Bila ada orang munafik lain yang suruh panglima perang yang di lucutkan jawatan ini buat bantahan, maka kata panglima perang, saya bekerja kerana Allah, bukan kerana Umar. Dan saya akan taat perintah pemimpin kerana itu adalah perintah dari Allah supaya taat kepada pemimpin… (rujuk sejarah)

Kreadit untuk Pak Lah di awal pemerintahan dulu bila menggalakkan Menteri Besarnya menjadi Iman di masjid, Tapi itulah, atas nasihat Tun, Pak Lah berhenti, dan sekarang Tun jadi ketua Pembakang, semoga Tun galakkan wakil rakyat mereka solat berjemaah, Najib pun sama!

Cerita bab munafik, saya cadangkan jangan lah para pengundi mengundi calon yang berfahaman Syiah, wahabi, atau penyokong LGBT, Peliwat, Atisme dan lain-lain.

Tadi saya dapat gambar orang share katanya, dalam PAS, AMANAH, dan UMNO ada calon berfahaman wahabi.., So wahabi, Syiah, dan lain-lain ajaran sesat jangsnlah kita pilih, dan sebagai pemimpin, jangan ada dikalangan wakil rakyat yang berfahaman wahabi atau syiah atau lain lain ajaran sesat.

Ok, habis sampai situ dulu. Sekarang kita fokos kepada Kerja keempat yang patut di buat dalam menjadi seorang pemimpin yang bergemerlapan

Mari rujuk hadis lagi:

Pada suatu malam yang lain pulak, ketika Saidina Umar R.a buat ziarah dari pintu ke pintu, beliau telah terdengar suara wanita bersyair yang sungguh sedih, memberahikan dan ada unsur kelucahan yang melampau, wanita itu sedang bersyair lebih kurang maksud, “jika suami ku ada, maka akan meriahlah katil ini dengan macam macam bunyi”,- wah wah wah!!

Maka Saidina Umar RA telah hantar anak perempuannya untuk ziarah wanita tadi dan tanya apakan problem sebenar dia? Lain macam jer bunyi nya.. Rupa-rupanya wanita itu sedang ketagih seks kerana suaminya sedang berjihad di jalan Allah lama sangat, tapi masih tak pulang-pulang, lalu bertanyalah umar RA kepada anaknya, akan berapa lamakah kadar seorang perempuan beriman boleh tahan tak bersetubuh?Anaknya malu malu angkat empat jari..

Empat minit?

Empat hari?

Empat minggu?

Akhirnya dengan malu malu perempuan, anaknya bagitahu: 4 bulan.

Maka bila muayarat di buat akhirnya saidina UMAR RA keluarkan perintah bahawa semua pendakwah islam dan pejuang islam kena balik ‘bayar bil air’ jika dah keluar lebih dari 4 bulan, tapi jika isteri dia tak kesah, jenis bertakwa, lantaklah, kerana ada isteri yang faham bahawa jika suami pulang dia sorang jer dapat manafaat, tapi jika suami keluar berdakwah, maka ribu ribu ummat akan mendapat menafaat, kerana itulah isteri-isteri sahabat RA rela suaminya tak balik terus (syahid) lantaran si isteri faham benar darjat bagi seorang isteri syuhada di akhirat kelak

So untuk kita semua, jangan tinggalkan isteri lebih dari 4 bulan , kecuali isteri korang iman macam Khatijah RA yang nabi selalu tunggalkan dia ketika bermunajat di gua hiraq, macam juga Hajar isteri nabi ibrahim a.s, 10 tahun kena tinggal kat mekkah, selamba jer, juga macam isteri nabi musa a.s yang kena tinggal di kaki bukit tursina dan pendek kata, macam semua isteri ambiyak dan sahabat r.a… wallahu’lam

Sebab tu lah (kot), orang tablih keluar jalan Allah 4 bulan…, (kot.., saya tak tahu) dan kalau korang perasan, ingat tak masa lepas akad nikah dulu kadi suruh baca cerai lafaz ta’liq iaitu:

“Bahawa adalah saya mengaku apabila tinggalkan isteri saya (nama) selama EMPAT BULAN Hijrah berturut-turut,atau lebih dengan sengaja atau paksaan dan saya atau wakil saya tidak memberi nafkah kepadanya selama masa yang tersebut, kemudian ia mengadu kepada Mahkamah Syariah dan memberi kepada Mahkamah Syariah yang menerima bagi pihak saya satu ringgit, maka pada ketika itu tertalak ia dengan cara talak khulu’[Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan)1984, Kaedah-kaedah Keluarga Islam (borang dan Fee) 1985 (seksyen 134(3)]

Moral cerita ini adalah SETIAP PEMIMPIN kena sangat tunaikah HAK wanita.., jika suami askar bertugas di sempadan, 4 bulan cukuplah, biarlah suami mereka yang telah meleleh air kepala pulang ke tanah air bayar bil air.., begitu jugak suami isteri yang duduk berjauhan kerana tugas, seorang kat Perils, seorang kat Sabah, elok sangatlah tu macam lagu, “dari Perlis sampailah ke Sabah, kita sudah berjaya”.., berjaya apanya, nak mintak tukar posting, banyak sangat ragamnya, itulah inilah, ini HAK wanita, kesian mereka, Pemimpin kena ambik tanggung jawab sama..

Itu baru bab seks, masalah lain para wanita adalah komitmen, nak kena masak, nak kena menyusu, so jika korang seorang bos maka korang kenalah bertolak angsur dengan pekerja wanita, bagi balik awal sikit, bagi cuti bersalin lama-lama, buat pusat asuhan kat pejabat, dan nak tak nak kerajaan kena campur tangan bagi perlindungan untuk wanita, kalau boleh kerja yang lelaki boleh buat, wanita tak payahlah buat, makin ramai lelaki yang menganggur nanti, susah nak cari bini, balik balik perempuan jugak yang susah, terpaksa jadi anak dara tua, dan bila permpuan tu berkerja, maka pemimpin kena pastikan hak aurat dia(bertudung), hak solat dia (awal waktu) dan hak akhlak dia (pergaulan) di jaga rapi, kerajaan kena main peranan, kena sangat..!

Panjang bila nak hurai bab tentang hak wanita ni, terutanya wanita muslim, lain kali ada masa dan izin Allah saya sambung..

Ok, kita pergi kepada Kerja terakhir, dalam menjadi seorang pemimpin yang paling cemerlang, gemilang dan terbilang..

Mari rujuk hadis lagi:

Alkisah Hadrat umar RA, satu malam setelah penat membuat rondaan dari pintu ke pintu, beliau telah duduk bersandar pada dinding sebuah tembok. Tiba-tiba beliau terdengar dari sebuah rumah suara seorang ibu berkata kepada anak perempuannya:

“Wahai anakku! Pergi campurkan susu dalam bekas itu dengan air.”

Lalu jawab anaknya: “Wahai ibuku! Bukankah khalifah islam melarang mencampurkan susu dengan air.”

Kata ibunya: “Wahai anakku! campurkan sajer susu itu dengan air kerana Saidina Umar tak nampak..”

Lalu anak gadis tersebut berkata kepada ibunya: “tapi Allah nampak wahai ibuku!

Saidina Umat tersenyum mendegar perbualan itu dan rasa best kerana IMAN rakyat dia berada dalam keadaan yang baik…, dan menurut riwayat, sebenarnya si ibu kepada anak gadis tu sajer nak test power iman anak dia, dan sebagai balasan, si ibu ini dapat berbesan dengan Khalifah apabila Saidina Umar mengahwinkan anaknya, ‘Asim dengan gadis yang amanah ini iaitu Laila. Hasil perkahwinan ‘Asim dengan Laila ini, mereka berdua telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang kemudiannya telah melahirkan Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang DAP pun naj jadikan idola.

Ada jugak bila saidina umar buat rondaan, sekali ternampak seorang budak pengembala kambing, sajer beliau nak test iman rakyat dia, dia suruh budak tu jual sekor, budak tu cakap tak boleh, tuan dia tak benarkan, saidina Umar RA ‘suruh’ budak tu tipu tuan dia cakap kambing tu hilang ke apa, tapi budak tu kata, Allah sedang melihat.., best bukan?

So, pendek cerita, antara TUGAS PEMIMPIN yang PALING PENTING adalah bagaimana memastikan IMAN semua rakyat dia berada dalam keadaan yang baik dan sempurna…

Jika korang lihat sejarah tamadun manusia, sebagai contoh dalam pembinaan tembok besar cina, tiada seorang Nabipun yang terlibat, begitu jugak dengan pembinaan Taj Mahal, Menara condong, KLCC, komplek sukan, litar lumba, atau senjata nuclear, tiada langsung walaupun seorang Nabi yang yang Allah hantar untuk bantu manusia buat usaha untuk majukan dunia, TIADA! tapi kesemua 124 ribu para Nabi dan rasul di hantar oleh Allah untuk buat usaha atas iman-iman manusia..

So, sekarang Nabi dah takde kerana tugas kenabian telah di wariskan kepada Ummat Muhammad SAW..

Dan korang duhai para pemimpin sekalian, dah tentu amat sangat kena main peranan besar dan bertanggung jawab dalam kerja kerja menyeru rakyat beriman kepada Allah..WAJIB!

Iman adalah perkara yang sangat bernilai di sisi Allah..

Dan orang islam mulia di sisi Allah kerana Iman.

Iman satu perkara yang sangat berharga kerana seorang yang jadi mayat tanpa iman, maka akan kekal dalam api neraka buat selama-lamanya tanpa jadi mayat.

Namun seorang yang berjumpa dengan Allah kelak, dan hanya membawa Iman sebesar zarah, maka nescaya Allah akan menukar dengan Syurga yang luasnya sepuluh kali ganda dunia.

Iman sangat di perlukan bila tiba waktu nak jadi mayat, bahkan siapa yang ucapkan kalimah iman sejurus sebelum menghebuskan nafas yang terakhir, maka SYURGA wajib untuknya…, ada riwayat menyatakan siapa yang akhir kalam dapat ucap kalimah IMAN maka azab neraka di HARAMKAN untuknya!

Iman sangat penting, sehinggakan dalam kubur perkara pertama yang akan di soal oleh malaikat yang mana jika tak dapat nak jawab kena azab adalah IMAN…

Di padang masyar kalimah IMAN akan memberatkan Timbangan Kebaikkan.

Di titian Sirat, Iman akan mencahayakan dan memudahkan perjalan meniti titian perjalanan..
Dan nilai shurga adalah IMAN!

Dan siapa yang masuk neraka dan pernah ucap kalimah IMAN maka pasti akan di keluarkan oleh Allah..

Sahabat buat usaha atas IMAN selama 13 tahun di mekah, dan Nabi Muhammad SAW adalah GURU IMAN yang terbaik, dan sahabat sahabat baginda adalah MURID IMAN yang terbaik,

Dan KHALIFAH IMAN yang terbaik adalah saidina Abu Bakar , saidina Umar dan lain lain..
Saidina Umar yang di lahirkan pada 586 masihi dan memerintah dunia selama 10 tahun, adalah PEMIMPIN IMAN yang paling besar jajahan takluknya dan telah berjaya mengislamkan ribu ribu ummat manusia…, jadi wahai seorang ayah, manager atau pemimpin umat islam hari ini, di mana korang? Berapa ramai yang dah masuk islam di bawah jajahan tuan? Murtad lagi ada? Kenapa ini berlaku?, benar! kerana SUASANA IMAN tidak terbentuk di tempat kerja, di hospital, di rumah , di kampong dan Negara, sehingga dalam masjidpun ada orang bergaduh..oh!

Untuk bentuk suasana iman, orang yang lapar atau sakit kena tawajuh dan berdoa kepada Allah, nabi SAW sendiri perintahkan anaknya siti fatimah r.aha yang lapar supaya bertasbih, berzikir dan solat hajat bila lapar atau susah, dan begitu juga nasihat nabi kepada rakyatnya.., kerana ini adalah pendidikan IMAN, 13 tahun nabi ajar perkara ni kat mekah..

Tapi Nabi tak biarkan pelajaran iman itu tanpa common sense, kerana Bila saje nabi ada peluang untuk membantu, maka Nabi akan segera membantu ummat dalam bentuk makanan, harta atau ubat-ubatan, sebagai contoh tak kala Nabi SAW dan saidina Umar serta Abu Bakar RA di jemput makan di rumah abu ayub  yang telah menyembelih seekor anak kambing, maka nabi perintahkan agar di hantar sebahagian makanan kepada anaknya fatimah r.aha kerana dah 2 ,3 hari tak makan, so nampak?

Siti fatimah boleh belajar iman dengan cara macam ini, begitulah keadaannya bila orang islam sakit atau menderita, mereka kena solat hajat dan tawajjuh dengan Allah, namun apa peranan pemimpin? Ya! Pemimpin kena bagi bantuan perubatan kepada rakyat-rakyatnya, so, rakyat boleh belajar iman dengan melihat doa mereka makbul, saya jika bini saya demam selsema atau sakit menderita, maka saya akan perintahkan anak bini saya buat solat hajat mintak pada Allah supaya bagi sembuh, ketika anak bini saya sedang tawajjuh kepada Allah, mala saya akan keluar mencari ASBAB, mencari ubat.
So lepas bini saya dah solat hajat kemudian ubat datang, tak meningkat iman dia?, dan kebanyakkannya ketika ubat datang, bini saya dah sembuh.. serius! subhnAllah..

Doa kerja bini saya (dia sakit)

Cari ubat kerja saya (suami)

Bagi sembuh kerja Allah!

So inilah yang di katakan pendidikan IMAN, jangan biarkan rakyat yang miskin dan kebulur tinggalkan ibadat untuk cari rezeki, mereka sepatutnya kena lebih tambahkan ibadat mereka, dulu di zaman Nabi orang miskin duduk di masjid dan mereka di namakan ahli suffah, so senang jika ada antara mereka yang berhajat nak sedekah atau nak ajak teman pegi makan kat kedai, dan nabi sendiri, jika dapat harta ghanimah, akan terus agih-agihkan kepada fakir miskin, so mereka dapat belajar iman, maka di sini, peranan pemimpinlah, iaitu, ayah, cikgu, pengurus dan perdana menteri untuk bekalkan bantuan makanan dan ubat ubatan kepada rakyat yang sedang bertawajjiuh kepada Allah, dengan cara ini rakyat kita akan dapat belajar IMAN!

Hari ni kat Malaysia, orang miskin tak lepak di masjid, tak tidur di masjid, dan tak datang solat jemaah, mereka lebih senang mengemis, dan ada yang buat jenayah.., oh!

Kasihan mereka menderita di dunia dan akhirat…

Ingat! tugas pemimpin yang utama adalah mengelakkan doa dari orang terinaya sampai terus kepada Allah!

Penutup:

Sebenarnya ada banyak lagi perkara yang nak di tulis, tapi tak panjang sangat ke?, saya belum cerita bab jihad, dakwah, hudud dan lain-lain, tapi takpe, kira ni basic dulu,

Bukan senang nak jadi pemimpin..

Sebenarnya, Pangkat akan datang mencari orang yang layak.. (macam Abu bakar dan Umr RA yang menolak pangkat..)

Dan orang yang tak layak akan mencari pangkat.. 

Pendek kata:

Untuk penjadi pemimpin yang baik, Amalkanlah 5 perkara ini yang kita boleh belajar dari Saidina Umar Khalifah Islam yang paling cemerlang dan gemilang (di ukur dari jajahan takluk)

Saya ulangi antara 5 perkara penting yang WAJIB di buat oleh pemimpin adalah:

  1. -MENYEDIAKAN BANTUAN MAKANAN YANG BAIK DAN HALAL
  2. -MENYEDIAKAN BANTUAN PERUBATAN YANG CUKUP DAN SELESA
  3. -MENUNAIKAN HAK WANITA
  4. -MEMASTIKAN WAKIL RAKYAT (dan rakyat) BERSOLAT JEMAAH
  5. -MEWUJUDKAN SUASANA IMAN DI BAWAH JAJAHAN TAKLUK.

Sekian terima kasih.

Sekian ceramah dari Parti atas pagar.

Woha!

7 comments:

Anonymous said...

Kecik kecik dulu, pernah terlintas nak jadi pemimpin. Bila dah besar, dah belajar, jadi takut pulak. Tanggungjawabnya besar, amanahnya berat, Hisabnya pula panjang.

Ashari said...

Pemimpin ni, walau pun sekejap tp Hisabnya panjang. Besar tanggungjawabnya, berat amanahnya. Besar pulak fitnah dan ujiannya. Di dunia jadi rebutan, di Akhirat jadi penyesalan.
Moga Allah swt berikan ampunan, rahmat dan pertolongan bg yg memikulnya semata mata keranaNya.

Azwan Ali said...

Dah ada entry baru rupanya. Encik Hamka masih belum menjawab soalan-soalan saya pada enry-entry yang lepas. Tak mengapa lah. Saya bawak ke sini.

Encik Hamka yang budiman. Sebagai seorang tabligh (atau cenderung tabligh - wallahu a'alam saya tak tahu), parti manakah yang harus saya pilih dalam PRU yang akan datang? PH atau BN?

Saya tidak akan pilih PAS kerana saya sifatkan mereka sebagai pengeluar fatwa kaum kera, ada ura-ura nak kunci masjid dan sekat dakwah tabligh. Jadi antara PH dan BN, parti manakah yang harus saya pilih dan mohon penerangan sebab-sebabnya.

Saya mohon jawapan yang tepat dan tiada samar-samar atau korner-korner untuk menjadi panduan dalam PRU akan datang. Dakwah mesti terang dan saya difahamkan golongan tabligh ni golongan yang kuat mujahadah.

Terima kasih.

Anonymous said...

assalamualaikum wbt saudara..

sekadar ingin menulis warkah elektronik dan maafkanlah jika warkah ini tidak relevan.

merujuk kepada tulisan saudara yang bertajuk seperti di atas dan bertarikh seperti di atas,ada kemusykilan yang tertimbul..

mengapa saudara menulis mari rujuk hadis dan kisah2 yang tertera tidak pula melibatkan junjungan mulia kita nabi muhammad akan tetapi hanyalah kisah2 saidina umar sedangkan seketahuan saya,hadis itu ialah perkara yang terkait dan terlibat dengan nabi muhammad (maafkanlah jika saya khilaf akan hal ini)

jika pandangan saya ini ada kebenarannya, maka eloklah jika pernyataan mari rujuk hadis itu ditukar kepada mari menyoroti sejarah umar alkhatab atau lain2 yang difikirkan wajar

maaf jika coretan tak seberapa ini mengganggu tugas saudara membina keranda 😋😋😋

sekian,terima kasih

Hamka Kereta Mayat said...

Ashari: Benar!

Azwan Ali: Pas sejak tak gabung dengan DAP ni dah tak guna fatwa kaum kera, so boleh undi PAS. cuma dalam artikel tu ada sebut bab pendidikan iman, yang mana jika ada calon mana mana parti sokong wahabi, syiah, LGBT, dan lain lain yang bertentangan dnegan akidah, jangan pangkah mereka. Jadi tepuk dada tanyalah iman.

Anom: akan saya edit. Saya tulis tentang umar sebab DAP kata nak jadi macam umar, tapi merepek hingga PAS dah tak nak kawan dengan mereka. Pujian untuk PAS! terima kasih atas teguran. saya edit nanti

Anonymous said...

ada typo: Berjawa

Azwan Ali said...

Terima kasih Encik Hamka. Saya tidak akan undi calon-calon yang terpesong akidah.

Saya cadangkan Encik Hamka tulis satu entry berkenaan pendirian jemaah tabligh dalam pembentukkan negara. Bila orang Islam semakin ramai hidup bermasyarakat, maka kena ada seorang ketua. Apa kaedah jemaah tabligh dalam hal ini. Nak kena pakai undang-undang mana dan kaedah ekonomi mana. Kalau tidak mampu bentuk kerajaan islam yang pakai undang-undang hudud, qisas dan takzir seperti zaman kerajaan islam dulu-dulu, apa kaedah jemaah tabligh menanggapi situasi begini. Kalau hidup dalam negara yang mengamalkan sistem demokrasi, macam mana nak meletakkan diri dalam negara tersebut. Parti mana nak disokong. Jemaah tabligh kena terangkan hal ini supaya orang lain jelas terhadap pendirian mereka.

Islam datang bukan setakat ajar akidah, ibadat dan tasawwuf. Islam juga datang lengkap dengan contoh Rasulullah SAW macam mana nak memerintah negara. Jemaah tabligh kena terangkan hal ini. Kalau ayat kasar kita guna gak, tak cukup setakat dok usung periuk belanga dari masjid ke masjid tapi biar negara diperintah orang jahat dan zalim. What is jemaah tabligh stand to this issue. Please explain.

Moga permohonan saya dipertimbangkan.