Mar 26, 2018

Siapakah Pendosa sebenar?


(Monolog keretamayat di Masjid Sri Petaling)



Dalam kedinginan subuh aku bangun menggeliat, Terima kasih kepada Allah, atas nikmat hidup.
Dahulu, sebelum kita datang ke dunia ini, kita adalah hampir dengan Allah di alam arwah.

Sekarang di dunia, antara kita dan Allah sudah ada dinding pemisah yang menyebabkan kita tak nampak Allah, dan hanya hati sahaja satu saluran yang boleh menghubungkan kita dengan Allah, tapi bila hati ada kecintaan pada selain Allah, maka makin jauhlah kita dari Allah..oh!
Tahukah korang, apakah tandanya kita jauh dari Allah?

Terdapat tiga tanda yang menunjukkan kita jauh dari Allah…,

Pertama:

Kita suka menangguhkan taubat… (aku ler ni..isk)

Kedua:

Kita tidak berpuas hati dengan kehidupan, harta rasa sikit, kereta rasa kecik, rumah rasa sempit, rezeki rasa tak cukup

Ketiga:

Kita beribadat dengan malas…

Dan tahukah korang apakah yang menyebabkan kita mendapat ketiga tiga perkara di atas?

Jawapanya, kerana kita melupakan maut, melupakan mati dan melupakan mayat..

Dari Gerbang Masjid, Seawal Pagi ini, manusia telah berpusu pusu keluar menuju ke tempat kerja masing masing, kenderaan mulai sesak di beberapa persimpangan, di hujung jalan kenderaan di laporkan merangkak rangkak dan ada tempat yang jam giler

Sayang pada waktu yang fresh, dan pada waktu keupayaan minda dan jasad berada di tahap optimum, kita menuju ke arah dunia yang sementara dengan sungguh-sungguh, sementara petang nanti pulang dari kerja setelah penat dan letih, barulah kita menuju ke rumah Allah, sampai tertidur-tidur time ceramah..oh! hinanya aku..

Tahukah korang pada saat dan ketika ini, satu angkatan tentera sedang menuju kepada korang, datangnya bala tentera yang berjumlah 500 ahli ini adalah datang untuk menamatkan riwayat korang, langkahnya tidak pernah henti, semakin hari semakin dekat, dan hentakkan kakinya boleh menggocangkan jantung korang, sedangkan T-rex yang mara boleh mengkocakkan air di cawan, angkatan tentera ini jauh lebih dahsyat hentakkanya yang boleh mengkocakkan hati!

TUNG! TUNG! TUNG!

Angkatan tentera ini sedang melangkah setapak demi setapak ke arah korang, tujuannya hanya satu, untuk ‘membunuh’ korang. Tiada seorangpun yang dapat menghalangnya.. Tiada mana mana bala tentera pun yang dapat menghalangnya.. Tiada sebarang kerajaan dunia pun yang dapat menghalangnya.

Itulah tentera Malaikat maut yang menjalankan perintah Allah untuk memayatkan korang kerana AKU DAN KORANG sebenarnya, telah DI JATUHKAN HUKUMAN MATI SEBELUM KITA LAHIR LAGI!

KITA TELAH DI JATUHKAN HUKUMAN MATI SEMENJAK DALAM PERUT IBU..

Dan.., Angkatan tentera malaikat maut ini telah mematahkan leher orang orang yang zalim dan kuat dengan MATI, dan telah mematahkan pinggang raja raja di singgahsana dengan MATI.
Dengan perintah Allah, malaikat maut telah tamatkan cita cita manusia yang mempunyai sejuta impian yang hebat dengan MATI.

MAUT akan menghantar korang dari mahligai yang tinggi ke lubang kubur di bawah bumi.

MAUT akan menghantar korang dari tempat yang bercahaya letrik ke lubang kubur yang gelap gelita.

MAUT akan menghantar korang dari dunia yang penuh pembantu, pekerja, kuli yang taat, namun kini korang terperangkap dengan ulat dan cacing di ruang yang sempit.

MAUT telah menukar makan minum yang lazat kepada debu debu yang akan menerjah ke mulut yang di penuhi air busuk..

Tidak ada lagi kawan kawan sebaliknya terpengkap dalam kesunyian yang menakutkan..

Matahari mulai tergelincir, manusia mulai pulang dari tempat kerja masing-masing, ada yang cedera di tempat kerja, tapi esok akan tetap datang lagi, ada yang bertekak dan bergaduh di tempat kerja, tapi esok akan tetap datang lagi..

Pernah tak kita cedera kerana ugama?

Dan jika kita bergaduh di masjid kerana berbeza fahaman ugama, kenapa terus tak datang masjid?
Wahai korang yang tidak bodoh, tahukah korang siapakah yang paling bodoh?

Benar! orang yang paling bodoh adalah orang yang melupakan mayat, dan lupa membuat persediaan sebelum jadi mayat,

Takpe jadi mayat yang hodoh, tapi jangan sekali kali menjadi mayat yang bodoh

Maka sebelum jadi mayat yang bodoh, aku dan korang kena sangat masukkan isu kematian dalam kehidupan korang..

Kerana, dalam dunia ini terdapat ramai manusia yang perasan sibuk dengan dunia, dan tidak suka dengan perbincangan mengenai mati kerana bimbang kelazatan dunia hilang., Jika di bincang tentang matipun, maka akan di bincang tentang keburukkan mati kerana dengan kematian itu, mereka akan kehilangan wang dalam bank, kehilangan harta tanah, anak isteri, kereta mewah, dan segala kelazatan dunia,

Maka pesan Nabi Muhammad 1400 tahun yang lalu

“Orang yang paling bijak adalah orang yang mengingati Mati”

Dalam majlis majlis kamu, harus di adakan perbincangan mengenai perkara yang menghancurkan segala syahwat iaitu mati.

Ingatlah mati dengan kadar yang banyak, ia boleh menghapuskan dosa dan menghapuskan cinta dunia.

Jika kamu mengetahu apakah keadaan kamu selepas kamu mati, nescaya kamu tidak akan ada selera makan dan tidak dapat menikmati kelazatan air.

Ingatlah mati dengan kadar yang banyak, ia boleh menghapuskan perasan meminta minta.

Tapi manusia masih perasan sibuk, bila sibuk jadi stress, bila stress cari hiburan, hilang stress kembali perasan sibuk, habis tu bila nak belajar ehwal berkenaaan: hanya dengan cara mengingati Allah hati akan menjadi tenang?

Sesungguhnya sekiranya korang di ancam bunuh oleh sekumpulan gangster, apakah korang masih boleh berhibur dengan hiburan yang lalai? Masih boleh berseronok di pusat hiburan?

Masihkah? Tak boleh tidur aku rasa,..

Ingatlah tentera malaikat maut tak pernah undur, langkahan mereka adalah langkaham maut…, datang untuk ‘membunuh’ korang

Namun korang di tika ini (dan aku), masih berhibur di sini sana… oh!

Di kubur sana, ada yang pandai menanyi tapi sekarang senyap membisu.., ada yang melupakan mati tapi sekarang sedang menjadi mangsanya..

Dan yang takutnya, pada ketika ini, adalah kerana, kita masih belum mengetahui akan apakah ALAMAT TETAP KITA..

Apakah alamat tetap kita?

Shurgakah?

Atau Nerakakah?

Pesan orang alim, jika kita selalu terlupa pada hari kita menjadi mayat, maka sebelum jadi mayat, hantarkanlah sedekah, zakat, dan jihad kita ke akhirat sebanyak banyaknya, kerana tabiat hati yang terpaut pada harta, maka bila harta telah di hantar ke kehidupan selepas jadi mayat, maka hatipun rindu untuk jadi mayat.., insyAllah.

Akhir kata:

Orang Yahudi lupa pada mati kerana sibuk dengan politik
(rujuk Israel yang mempolitikkan dunia di palsetin)

Orang Majusi lupa pada mati kerana sibuk dengan sukan
(rujuk sukan terbesar di dunia yang menyalakan api besar)

Orang Nasrani lupa pada mati kerana sibuk dengan hiburan
(rujuk rumah ibadat mereka, ada alat muzik dan lagu lagu)

Orang Islam lupa pada mati kerana apa pula?…, sibuk bergaduh dalam politik, sibuk langar hokum dalam bersukan dan sibuk halalkan hiburan yang melalaikan?

Akhir kata sekali lagi.

Pesan Maulana Saad.

Belajarlah memandang orang berdosa dengan pandangan kasih sayang.

Akupun pandang kiri kanan dan mendapati semua orang di dalam masjid memiliki pandangan kasih sayang.

Oh.. akulah pendosa itu.

Sob...sob.

Pesan kepada diri sendiri.

Hamka Keretamayat
Masjid Sri Petaling 2018

Post a Comment