Mar 23, 2018

Boleh ke Pura Pura Murtad?

(Dari satu babak filem, bertukar menjadi ceramah agama)




Aku jawab ni bukan datok Yusof Haslam atau Syafiq Yusof belanja aku tengok wayang free filem KL Special Force ke, belanja makan ke apa, tapi nak terangkan sikit bab hukum agama.

Soalan :

Scene Lan sembah asyraff supaya jangan bunuh anak dia tu tak sepatutnya ada. Kerana nampak macam dia takda iman pulak pegi sembah penjahat siap ada dialog "aku sembah kau asyraff, jangan apa-apakan famili aku" Akidah boleh lari mcm tu. Minta pertolongan hanya kepada Allah bukan sampai tahap menyembah manusia macam tu. Cerita tu best tapi bila tengok scene tu terus jadi tak best

Jawapan:

Bab sembah manusia untuk babak itu, jika situasi sebenar dalam darurat, contoh sekiranya penjahat suruh makan babi pun tak haram, jika dipaksa murtad, maka kita pura pura murtad pun tak jatuh murtad sebab dipaksa, dalam kes babak filem tu, Lan merayu agar penjahat tak bunuh anak dia, maka dia bersujud sembah dan penjahat tu puas hati dan tak bunuh anak Lan, jika ini adalah situasi sebenar, perbuatan itu tidaklah salah.

Lagipun sembah disitu sembah merayu, bukan sembah bertuhan, macam lagu Mamar raya, kan ku sujud dikakimu bila bertemu, bukan maksud jadikan tuhan, hanyalah gambaran kata kata puitis. Bab ikut perintah orang jahat demi kebaikkan lebih besar pernah berlaku di zamanzaman Saidina Umar, yang mana ketua tentera islam selepas ditangkap dipaksa cium dahi raja kafir baru lepaskan semua tawanan, dia buat, bila balik ada orang islam yang perli tindakan cium dahi si kafir, tapi Umar telah cium dahi ketua tentera ini dan puji tindakan beliau, so dalam darurat, jika dipaksa bersujud supaya anak bini tak mati dibunuh adalah tak salah.

Ok, sekarang kita ambik situasi lebih teruk, bagaimana jika penjahat suruh murtad? Boleh ke? Sedangkan ada Kisah Bilal yang rela disiksa, kisah sumayyah yang rela dibunuh? Boleh ke pura pura murtad kerana takut dibunuh?

Jawapannya boleh, dan ada berlaku pada sahabat, Kisah Amar anak kepada Yasir yang dipaksa oleh abu jahal supaya  berkata Unta ini Tuhan Aku, dan dipaksa kutuk Nabi, da, Amar mengucapkannya, Lalu Abu Jahal melepaskannya

Bila Ammar rujuk pada Nabi, maka Nabi benarkan perbuatan dalam keadaan dipaksa maka tak salah, lalu turun ayat Al quran:

 “Barangsiapa yang kafir kepada Allah sesudah dia beriman (dia mendapat kemurkaan Allah), kecuali orang yang dipaksa kafir padahal hatinya tetap tenang dalam beriman (dia tidak berdosa), akan tetapi orang yang melapangkan dadanya untuk kekafiran, maka kemurkaan Allah menimpanya dan baginya azab yang besar.” (QS. An-Nahl: 106)”

Jadi begitulah indahnya islam, yang mana bila kita dipaksa murtad oleh orang jahat, maka ada dua  pilihan, nak tabah macam Sumayyah lalu mati si siksa pun boleh, atau nak pura pura murtad depan mereka, tapi dalam hati tetap beriman kepada Allah. Ingat, pura pura ni depan mereka sahaja. Jangan pulak mentang mentang pernah kena kecam, terus korang cakap aku dah murtad sewaktu balik kampung rumah mertua itu bangang namanya.

Okey, itu sahaja ulasan babak dalam filem dari segi islamik. Harap datok Yusof Haslam atau Syafiq Yusof belanjalah aku lain kali, tak pun jadikan buku aku filem islamik pun okey-woha!

Ps: Aku ulas ini bukan nak halalkan orang berlakon babak haram, yang haram tetap haram, berlakon dengan bukan mahram, berlakon pegang bini orang, berlakon minum arak, berlakon sembah berhala, atau lafaz cerai walau dengan niat berlakon, semua itu boleh jatuh haram. Apa yang aku nak ulas adalah babak dalam filem itu jika situasi sebenar, rujuk nas dan dalil, tak jadi haram. Wallahu’lam.

Post a Comment