Mar 26, 2018
Siapakah Pendosa sebenar?
(Monolog keretamayat di Masjid Sri Petaling)
Dalam kedinginan subuh aku bangun menggeliat, Terima kasih
kepada Allah, atas nikmat hidup.
Dahulu, sebelum kita datang ke dunia ini, kita adalah hampir
dengan Allah di alam arwah.
Sekarang di dunia, antara kita dan Allah sudah ada dinding
pemisah yang menyebabkan kita tak nampak Allah, dan hanya hati sahaja satu
saluran yang boleh menghubungkan kita dengan Allah, tapi bila hati ada
kecintaan pada selain Allah, maka makin jauhlah kita dari Allah..oh!
Tahukah korang, apakah tandanya kita jauh dari Allah?
Terdapat tiga tanda yang menunjukkan kita jauh dari Allah…,
Pertama:
Kita suka menangguhkan taubat… (aku ler ni..isk)
Kedua:
Kita tidak berpuas hati dengan kehidupan, harta rasa sikit,
kereta rasa kecik, rumah rasa sempit, rezeki rasa tak cukup
Ketiga:
Kita beribadat dengan malas…
Dan tahukah korang apakah yang menyebabkan kita mendapat
ketiga tiga perkara di atas?
Jawapanya, kerana kita melupakan maut, melupakan mati dan
melupakan mayat..
Dari Gerbang Masjid, Seawal Pagi ini, manusia telah berpusu pusu keluar menuju ke tempat kerja masing masing, kenderaan mulai sesak di beberapa
persimpangan, di hujung jalan kenderaan di laporkan merangkak rangkak dan ada
tempat yang jam giler
Sayang pada waktu yang fresh, dan pada waktu keupayaan minda
dan jasad berada di tahap optimum, kita menuju ke arah dunia yang sementara
dengan sungguh-sungguh, sementara petang nanti pulang dari kerja setelah penat
dan letih, barulah kita menuju ke rumah Allah, sampai
tertidur-tidur time ceramah..oh! hinanya aku..
Tahukah korang pada saat dan ketika ini, satu angkatan
tentera sedang menuju kepada korang, datangnya bala tentera yang berjumlah 500 ahli
ini adalah datang untuk menamatkan riwayat korang, langkahnya tidak pernah
henti, semakin hari semakin dekat, dan hentakkan kakinya boleh menggocangkan
jantung korang, sedangkan T-rex yang mara boleh mengkocakkan air di cawan,
angkatan tentera ini jauh lebih dahsyat hentakkanya yang boleh mengkocakkan
hati!
TUNG! TUNG! TUNG!
Angkatan tentera ini sedang melangkah setapak demi setapak
ke arah korang, tujuannya hanya satu, untuk ‘membunuh’ korang. Tiada seorangpun
yang dapat menghalangnya.. Tiada mana mana bala tentera pun yang dapat
menghalangnya.. Tiada sebarang kerajaan dunia pun yang dapat menghalangnya.
Itulah tentera Malaikat maut yang menjalankan perintah Allah
untuk memayatkan korang kerana AKU DAN KORANG sebenarnya, telah DI JATUHKAN
HUKUMAN MATI SEBELUM KITA LAHIR LAGI!
KITA TELAH DI JATUHKAN HUKUMAN MATI SEMENJAK DALAM PERUT
IBU..
Dan.., Angkatan tentera malaikat maut ini telah mematahkan
leher orang orang yang zalim dan kuat dengan MATI, dan telah mematahkan
pinggang raja raja di singgahsana dengan MATI.
Dengan perintah Allah, malaikat maut telah tamatkan cita
cita manusia yang mempunyai sejuta impian yang hebat dengan MATI.
MAUT akan menghantar korang dari mahligai yang tinggi ke
lubang kubur di bawah bumi.
MAUT akan menghantar korang dari tempat yang bercahaya
letrik ke lubang kubur yang gelap gelita.
MAUT akan menghantar korang dari dunia yang penuh pembantu,
pekerja, kuli yang taat, namun kini korang terperangkap dengan ulat dan cacing
di ruang yang sempit.
MAUT telah menukar makan minum yang lazat kepada debu debu
yang akan menerjah ke mulut yang di penuhi air busuk..
Tidak ada lagi kawan kawan sebaliknya terpengkap dalam
kesunyian yang menakutkan..
Matahari mulai tergelincir, manusia mulai pulang dari tempat
kerja masing-masing, ada yang cedera di tempat kerja, tapi esok akan tetap
datang lagi, ada yang bertekak dan bergaduh di tempat kerja, tapi esok akan
tetap datang lagi..
Pernah tak kita cedera kerana ugama?
Dan jika kita bergaduh di masjid kerana berbeza fahaman
ugama, kenapa terus tak datang masjid?
Wahai korang yang tidak bodoh, tahukah korang siapakah yang
paling bodoh?
Benar! orang yang paling bodoh adalah orang yang melupakan
mayat, dan lupa membuat persediaan sebelum jadi mayat,
Takpe jadi mayat yang hodoh, tapi jangan sekali kali menjadi
mayat yang bodoh
Maka sebelum jadi mayat yang bodoh, aku dan korang kena
sangat masukkan isu kematian dalam kehidupan korang..
Kerana, dalam dunia ini terdapat ramai manusia yang perasan
sibuk dengan dunia, dan tidak suka dengan perbincangan mengenai mati kerana
bimbang kelazatan dunia hilang., Jika di bincang tentang matipun, maka akan di
bincang tentang keburukkan mati kerana dengan kematian itu, mereka akan
kehilangan wang dalam bank, kehilangan harta tanah, anak isteri, kereta mewah,
dan segala kelazatan dunia,
Maka pesan Nabi Muhammad 1400 tahun yang lalu
“Orang yang paling bijak adalah orang yang mengingati Mati”
Dalam majlis majlis kamu, harus di adakan perbincangan
mengenai perkara yang menghancurkan segala syahwat iaitu mati.
Ingatlah mati dengan kadar yang banyak, ia boleh
menghapuskan dosa dan menghapuskan cinta dunia.
Jika kamu mengetahu apakah keadaan kamu selepas kamu mati,
nescaya kamu tidak akan ada selera makan dan tidak dapat menikmati kelazatan
air.
Ingatlah mati dengan kadar yang banyak, ia boleh
menghapuskan perasan meminta minta.
Tapi manusia masih perasan sibuk, bila sibuk jadi stress,
bila stress cari hiburan, hilang stress kembali perasan sibuk, habis tu bila
nak belajar ehwal berkenaaan: hanya dengan cara mengingati Allah hati akan
menjadi tenang?
Sesungguhnya sekiranya korang di ancam bunuh oleh sekumpulan
gangster, apakah korang masih boleh berhibur dengan hiburan yang lalai? Masih
boleh berseronok di pusat hiburan?
Masihkah? Tak boleh tidur aku rasa,..
Ingatlah tentera malaikat maut tak pernah undur, langkahan
mereka adalah langkaham maut…, datang untuk ‘membunuh’ korang
Namun korang di tika ini (dan aku), masih berhibur di sini
sana… oh!
Di kubur sana, ada yang pandai menanyi tapi sekarang senyap
membisu.., ada yang melupakan mati tapi sekarang sedang menjadi mangsanya..
Dan yang takutnya, pada ketika ini, adalah kerana, kita
masih belum mengetahui akan apakah ALAMAT TETAP KITA..
Apakah alamat tetap kita?
Shurgakah?
Atau Nerakakah?
Pesan orang alim, jika kita selalu terlupa pada hari kita
menjadi mayat, maka sebelum jadi mayat, hantarkanlah sedekah, zakat, dan jihad
kita ke akhirat sebanyak banyaknya, kerana tabiat hati yang terpaut pada harta,
maka bila harta telah di hantar ke kehidupan selepas jadi mayat, maka hatipun
rindu untuk jadi mayat.., insyAllah.
Akhir kata:
Orang Yahudi lupa pada mati kerana sibuk dengan politik
(rujuk Israel yang mempolitikkan dunia di palsetin)
Orang Majusi lupa pada mati kerana sibuk dengan sukan
(rujuk sukan terbesar di dunia yang menyalakan api besar)
Orang Nasrani lupa pada mati kerana sibuk dengan hiburan
(rujuk rumah ibadat mereka, ada alat muzik dan lagu lagu)
Orang Islam lupa pada mati kerana apa pula?…, sibuk bergaduh
dalam politik, sibuk langar hokum dalam bersukan dan sibuk halalkan hiburan
yang melalaikan?
Akhir kata sekali lagi.
Pesan Maulana Saad.
Belajarlah memandang orang berdosa dengan pandangan kasih
sayang.
Akupun pandang kiri kanan dan mendapati semua orang di dalam
masjid memiliki pandangan kasih sayang.
Oh.. akulah pendosa itu.
Sob...sob.
Pesan kepada diri sendiri.
Hamka Keretamayat
Masjid Sri Petaling 2018
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Kita semua pendosa.
Pendosa yg sentiasa istighfar dan bertaubat, bagai tidak berdosa.
Di Akhirat pendosa itu tiga golongan.
1. Yg tak menghiraukan hukum hakam agama.
2. Yg bergelumang dosa dosa besar, mati tak sempat taubat.
3. Org org kafir, mati dlm keadaan kafir.
Mrklah bakal bakal golongan kiri.
(Pengajaran dr Al Waqi'ah 45-47).
Kita semua pendosa.
Ada dosa Tuhan ampunkan di dunia lagi, alhamdulillah.
Ada dosa Tuhan ampunkan di Barzakh.
Ada dosa Tuhan ampunkan di Mahsyar, Hisab, Mizan hinggalah di Shirath.
Jika masih belum selesai, Nerakalah tempatnya.
Namun begitu, masih ada yg mendpt ampunan dlm Neraka, hingga dikeluarkan dia dr Neraka.
Hanyalah dosa syirik yg Tuhan tak ampun, mk kekallah dlm Neraka.
Jauhilah syirik.
3 golongan pendosa termasuk golongan kiri ;
1. ZOLIMIN, yg terlibat dosa dosa besar, mati tak bertaubat. Zolim terhdp dirinya sendiri, mengundang azab hukuman Tuhan.
2.FASIKIN, yg tak menghiraukan hukum hakam agama, berbuat mengikut nafsu, tak ingat Syurga Neraka. Hukum hakam agama diketepikan dlm urusan hdupnya.
3. KAFIRIN, golongan kafirin, musyrikin dan munafikin.
Adapun sekelian para mukminin, yg sempurna imannya sentiasa beristighfar dan sentiasa bertaubat.
Mudah mudahan kita semua selamat di Akhirat nanti.
Allahummaghfirlana warhamna wassallimna wakaffir sayyiatina !
Allahumma ampunilah kami rahmati kasihanilah kami selamatlah kami dan tutupilah kesalahan kesalahan kami.
Amiin !
terima kasih atas komen yang bernas
Post a Comment