Apr 9, 2018

Manifesto Laki Bini?


(Baca dengan tenang dan bersetujulah di hujungnya)

Sempena pelancaran Manifesto olah BN dan PH, Encik Laki juga nak buat Manifesto. Kita pecah kecilkan Manifesto ini pada beberapa bahagian:

1. AGAMA:

  • Akan menambah bajet membeli beberapa buah kitab baru untuk seisi taklim, kerana kitab lama sudah koyak covernya.
  • Jika sebelum ini Puan Bini yang kejut suami tidur dengan pakaian solat, Sekarang azam untuk Laki kejut Bini dengan pakaian siap sedia solat subuh berjemaah di masjid.
  • Mencari bajet tambahan agar dapat pergi haji atau umrah dalam tempoh 5 tahun mendatang, juga bajet untuk keluar berdakwah.
  • Kaunter “Tanya Ayah Apa Sahaja Bab Agama” akan dibuka setiap hari. Jika suami tiada di rumah, boleh tanya dalam whatsappa group “Tanya Ayah Apa Sahaja Bab Agama”
  • Masa tambahan untuk Muzakarah akan mengikut pilihan majoroti
  • Mengadakan ceramah khas seminggu sekali dengan penglibatan semua ahli keluarga.
  • Selepas Mesyuarat Mingguan, semua ahli keluarga dibelanja makan luar.
  • Menambah bajet untuk melayan tetamu agar makan mereka sedap, tidur mereka lena, dan kesalamatan mereka terjamin.


2.SUAMI:

  • Menambah bajet untuk hadiah hari jadi isteri
  • Menambah destinasi melancong berdasarkan pilihan isteri
  • Memasak untuk seisi keluarga sekurang kurang sekali sebulan oleh encik Suami
  • Tanya nak makan kat luar di mana?, lalu isteri jawab “saya tak kisah” tapi dah tahu siap siap kedai makan kegemaran isteri.
  • Akan selalu ada hadiah kecil secara mengejut seperti: Air minuman Kacip Fatimah
  • Memberi masa tambahan untuk isteri peluk lama lama bagi melepaskan penat.
  • Menambah bajet untuk ubah suai rumah mengikut citarasa isteri.


3.ANAK-ANAK

  • Menambah bajet untuk hadiah hari jadi anak-anak.
  • Menambah destinasi melancong berdasarkan pilihan anak-anak.
  • Keluar berpoya-poya berdua dengan anak sahaja sewaktu mendapat result periksa yang cemerlang
  • Menambah bajet duit saku sebanyak RM 1.
  • Menambah bajet untuk pembelian alat sekolah, baju harian, dan baju raya.


4.KESIHATAN:

  • Menambah bajet untuk hiking, menyelam, jungle tracking, dan lain lain aktiviti
  • Menggantikan makanan berkhasiat, beras perang, lebihkan beli sayur. Kurangkan makanan bergoreng
  • Meluangkan masa beriadah Bersama seluruh keluarga
  • Mengadakan ceramah kesihatan berdasarkan keperluan.


Wah, macam best jer manifesto aku tulis ni, Cukuplah 4 manifesto tu sebagai contoh korang nak bincang bersama laki bini. Ada banyak lagi terpulanglah pada diri masing-masing.

Apa-apapun, Kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan segalanya.

Bertawakal setelah merancang adalah lebih baik dari hanya serahkan kepada takdir tunggu nasib baik sebab Allah tak akan ubah nasib kita jika kita tak plan nak ubah.

Jadi dengan ada manifesto keluarga, maka adalah Visi dan Misi yang kita nak tempuh bersama, dan andaikata manifesto kita tu gagal dicapai dan anak bini kita macam nak marah-marah.

Ingat Pesan Menteri:

Manifesto bukan janji!

Woha!

Post a Comment