Apr 9, 2018

Manifesto Laki Bini?


(Baca dengan tenang dan bersetujulah di hujungnya)

Sempena pelancaran Manifesto olah BN dan PH, Encik Laki juga nak buat Manifesto. Kita pecah kecilkan Manifesto ini pada beberapa bahagian:

1. AGAMA:

  • Akan menambah bajet membeli beberapa buah kitab baru untuk seisi taklim, kerana kitab lama sudah koyak covernya.
  • Jika sebelum ini Puan Bini yang kejut suami tidur dengan pakaian solat, Sekarang azam untuk Laki kejut Bini dengan pakaian siap sedia solat subuh berjemaah di masjid.
  • Mencari bajet tambahan agar dapat pergi haji atau umrah dalam tempoh 5 tahun mendatang, juga bajet untuk keluar berdakwah.
  • Kaunter “Tanya Ayah Apa Sahaja Bab Agama” akan dibuka setiap hari. Jika suami tiada di rumah, boleh tanya dalam whatsappa group “Tanya Ayah Apa Sahaja Bab Agama”
  • Masa tambahan untuk Muzakarah akan mengikut pilihan majoroti
  • Mengadakan ceramah khas seminggu sekali dengan penglibatan semua ahli keluarga.
  • Selepas Mesyuarat Mingguan, semua ahli keluarga dibelanja makan luar.
  • Menambah bajet untuk melayan tetamu agar makan mereka sedap, tidur mereka lena, dan kesalamatan mereka terjamin.


2.SUAMI:

  • Menambah bajet untuk hadiah hari jadi isteri
  • Menambah destinasi melancong berdasarkan pilihan isteri
  • Memasak untuk seisi keluarga sekurang kurang sekali sebulan oleh encik Suami
  • Tanya nak makan kat luar di mana?, lalu isteri jawab “saya tak kisah” tapi dah tahu siap siap kedai makan kegemaran isteri.
  • Akan selalu ada hadiah kecil secara mengejut seperti: Air minuman Kacip Fatimah
  • Memberi masa tambahan untuk isteri peluk lama lama bagi melepaskan penat.
  • Menambah bajet untuk ubah suai rumah mengikut citarasa isteri.


3.ANAK-ANAK

  • Menambah bajet untuk hadiah hari jadi anak-anak.
  • Menambah destinasi melancong berdasarkan pilihan anak-anak.
  • Keluar berpoya-poya berdua dengan anak sahaja sewaktu mendapat result periksa yang cemerlang
  • Menambah bajet duit saku sebanyak RM 1.
  • Menambah bajet untuk pembelian alat sekolah, baju harian, dan baju raya.


4.KESIHATAN:

  • Menambah bajet untuk hiking, menyelam, jungle tracking, dan lain lain aktiviti
  • Menggantikan makanan berkhasiat, beras perang, lebihkan beli sayur. Kurangkan makanan bergoreng
  • Meluangkan masa beriadah Bersama seluruh keluarga
  • Mengadakan ceramah kesihatan berdasarkan keperluan.


Wah, macam best jer manifesto aku tulis ni, Cukuplah 4 manifesto tu sebagai contoh korang nak bincang bersama laki bini. Ada banyak lagi terpulanglah pada diri masing-masing.

Apa-apapun, Kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan segalanya.

Bertawakal setelah merancang adalah lebih baik dari hanya serahkan kepada takdir tunggu nasib baik sebab Allah tak akan ubah nasib kita jika kita tak plan nak ubah.

Jadi dengan ada manifesto keluarga, maka adalah Visi dan Misi yang kita nak tempuh bersama, dan andaikata manifesto kita tu gagal dicapai dan anak bini kita macam nak marah-marah.

Ingat Pesan Menteri:

Manifesto bukan janji!

Woha!

13 comments:

Anonymous said...

ini bukan menifesto..ini matlamat..impian..hajat yg normal.
menifesto lain sket. ia adalag matlamat...impian atau hajat yg akan kita buat seandainya kita berjaya mendapat sesuatu kejayaan.
contohnya gini..
"kalau puan bini undi dan bagi sokongan utk abg dan abg berjaya nikah lagi sorang..maka abang akan bg itu..buat ini...bla bla.." itu br menifesto.

kahkahkahkah..
gurauuu aje bohhhh..
deme memang kellasssss!

Ashari said...

Musim pilihanraya ni, mana nak pangkah ?
Cara saya ;
1. Islam dgn bukan Islam : Pangkah yg Islam. Aqidah diutamakan. Kalau dia tak amanah itu dosa dia. Tp kalau kita pangkah yg kafir dgn mengenepikan yg Islam, besar dosanya tu, bahkan boleh jadi munafik.

2. Bukan Islam dgn bukan Islam : Pangkah yg lebih lunak, yg lebih mudah bekerjasama dgn muslim. Umat Islam diawal kenabian cenderung ke Rom dr Parsi ketika perang Rom-Parsi. Habsyah yg diperintah Najasyi yg adil dipilih sbg tempat hijrah diawal kenabian.

3. Islam dgn Islam : Bergantung maslahah. Musab Bin Umair r.a. dipilih Nabi saw mewakili Baginda utk berdakwah dan mengajarkan agama di Madinah selepas perjanjian Aqabah pertama, sedangkan ramai lagi Sahabat r.anhum yg lebih senior dr beliau ketika itu, dikeranakan manis wajahnya, bijaksana lemah lembut berhikmah tuturkatanya dan perwatakannya yg mudah mempengaruhi. Khalid AlWalid r.a. dipilih Abu bakr r.a. sbg pimpinan dakwah dan perang ke Parsi kerana kepimpinan perangnya, tp diganti Umar r.a. dgn Saad r.a. atas taqwanya.

Ashari said...

Bila Muslim dgn bukan Islam, mengapa kena pilih yg muslim ?

"Wahai org org yg beriman ! Jgnlah kamu ambil bapa bapa kamu dan saudara saudara kamu sbg wali pimpinan jika mrk lbh menyukai (memilih) kekufuran dr iman, dan brgsiapa yg mengambil mrk sbg wali pimpinan dr klgn kamu, mk mrk itulah org org yg zalim." QS9:24.

Sungguh Tuhan menguji kita dlm hal ini...
"Apakah kamu menyangka kamu dibiarkan begitu sahaja (mengaku ngaku beriman) sdg belum dibuktikan lg kpd Allah (swt) akan org org yg berjihad dr klgn kamu, dan tidak mengambil selain Allah (swt), dan selain RasulNya (saw), dan selain org org mukminin sbg wali pimpinan dan Allah (swt) Maha Mengetahui akan apa yg kamu kerjakan." QS9:16.

Tuhan berlps diri, memutus hubungan atau ditafsir sbg putus dr Rahmat Allah swt org org yg berbuat sedemikian. 3:28.

Dancam Allah swt akan org org yg keras degil....
"Katakanlah (wahai Muhammad) ! Taatlah kamu kpd Allah (swt) dan Rasul (saw), mk jika kamu berpaling durhaka, mk sesungguhnya Allah (swt) tidak menyukai org org yg kafir." QS3:32.

Ciri terbesarnya org org munafik itu bila mengambil org org kafir sbg wali pimpinan dgn mengenepikan org org yg beriman. 4:138_139.
Diancam Allah swt lg, yg melakukan yg sedemikian itu sbg sengaja mengundang sbb utk azab dan Murka Allah swt. 4:144.

Bahkan disebut lg...
"Wahai org org yg beriman ! Jgnlah kamu ambil org org Yahudi dan Nasara sbg wali pimpinan, stgh mrk adalah wali pimpinan bg stgh yg lain, dan brgsiapa yg mengambil mrk sbg wali pimpinan dr klgn kamu, mk sesungguhnya dia termasuk golongan mrk. Dan sesungguhnya Allah (swt) tidak memberi petunjuk kpd org org yg zalim." QS5:51.

Aqidah diutamakan.

Azwan Ali said...

Dear Hamka. Sempena musim pilihanraya ni, cuba buat entry yang lebih serius sikit. Parti mana atau pemimpin mana yang mesti dipilih. Contohnya kenapa Hamka pilih BN bukan Pas atau PH. Bagi reasoning. Supaya pembaca tahu pendirian Hamka sebagai seorang tabligh dalam hal ni. Bagi pandangan kenapa puak tabligh terus sokong BN dan tolak Pas atau PH. Tak perlu keep yourself in the dark. Dakwah kan? Bukankah dakwah mesti terang dan nyata?

Hamka Kereta Mayat said...

terima kasih semua komen, kepada azwan ali, alkisahnya:

Semalam jumpa jiran lama lepas solat isyak di sebuah masjid, terus ajak mengeteh.

Oleh sebab dia adalah jiran lama, topik kami banyak tentang masjid disitu, maklumlah aku dah tak duduk situ, nak tahu jugak perkembangan dakwah di sana.

Kata kawan aku, sejak aku dah pindah, masjid tu kini buat hal, pengerusi barunya orang parti politik XXX, dulu setiap minggu pendakwah boleh bagi ceramah setiap hari selasa, sekarang di ganti dengan ustaz parti mereka dan ceramah pasal politik semua orang tak betul dia sahaja yang betul, orang dakwah dah tak boleh ceramah. lepas tu dalam whatsapp group masjid, pengerusi tegur orang dakwah membazir lampu dan air kerana banyak lepak di masjid. Ada ura ura nak kunci masjid.

Adohai, dah dekat pilihan raya masih ada orang parti politik gila kuasa menafikan peranan umat islam masing-masing.

Ingat pendakwah ni tak mengundi ke?

Jadi kepada pengundi.

Jika calon Islam vs bukan Islam : Pangkah yang Islam.

Jika Islam vs Islam : Pangkah yang tak halang kerja kerja pendakwah islam.

Take note.

Azwan Ali said...

Camtu je komen kau, hamka? Main seek and hide lagi. Umum sangat tu. CUba berani sikit. Nyatakan kebenaran versi kau. Contohnya, (saya sebagai seorang tabligh menyokong umno dan BN kerana ........., dan saya tolak Pas dan PH kerana ...........) lepas tu bagi reason kenapa puak tabligh buat camtu. Mujahadah kan?

Azwan Ali said...

Yang halang kerja dakwah islam tu Pas ke? atau PH?

Yang buka kerja dakwah islam tu umno ke?

Cuba hamka jawab. Kita nak mengundi ni.

Adakah itu je timbang tara puak tabligh nak pilih parti politik atau pemimpin?

Hal-hal lain puak tabligh tak check ke?

Anonymous said...

Assalamualaikum

Nasihat Habib Umar Bin Hafiz hafizahullah :

BAGAIMANA SIKAP KITA MENGHADAPI MUSIM PILIHANRAYA...

Habib Umar berkata :

" Tinggalkan kancah panasnya pilihanraya di wilayah kalian, jadilah penyejuk dari jiwa yang berpecah belah dan gundah, biarkan muslimin memihak pada pilihannya masing-masing, jangan mencaci siapapun dari calon pemimpin kalian dan jangan pula terlalu memuji-muji salah satunya, tetaplah bijaksana dalam kedudukan yang menghargai semua kelompok .

Jangan ternodai dengan permusuhan antara pendokong masing-masing. Ketahuilah dakwah Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wassalam sudah ada sebelum kancah persaingan ini ada., dan dakwah Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wassalam akan terus ada hingga seluruh kepemimpinan ini sirna , maka jangan larut dalam permusuhan dan jangan pula terpengaruh dalam keruhnya persaingan , rukunlah walau berbeza pendapat.

Tenanglah dengan keputusan الله تعالى , teguhlah dalam niat agung dalam penjernihan Ummah. Selalulah dalam tuntunan kedamaian bagi masyarakat mu ."

Anonymous said...

Pemikiran ala wahabi, akibat dr beberapa pimpinan utama keluaran dr U wahabi, mrk saja yg betul. Tak ikut mrk, tak sokong mrk, semuanya sesat. Mrk anggap, mrklah Al Jamaah yg disebut Nabi saw, menentang mrk bermakna menentang Al Jamaah, tak ikut mrk mk bagai biri biri yg ketunggalan, keluar dr jamaah mrk bagai melepaskan tali kekang Islam dr leher (hampir kpd murtad). Semua umat wajib memberi wala' kpd pimpinan mrk, jika tidak sesat semuanya, tiada maknanya apapun amalannya. Bilalah nak sedar ?

Ashari said...

Jamaah yg Nabi saw sebut tu, adalah jamaah Nabi saw dan para sahabat r.anhum. Tu masa zaman tu lah. Skrg ni, Jamaah tu, konteksnya negara kita, kitalah semua umat Islam keseluruhannya, pimpinannya pulak, sultan / agong.

AlJamaah adalah sawadul'azam umat dgn aqidah yg benar, aqidah salaf-tahawi dan maturidi-ash'ari. Sawadul'azam tu maknanya jumhur umat pd satu satu masa, pd satu satu tmpt / negara / negeri. Dr zaman Nabi saw hingga zaman Saidina Othman r.a. AlJamaah umat Islam tu satu jer, tp slps zaman Saidina Othman r.a. hinggalah skrg, AlJamaah umat dah terpecah berbilang bilang ikut lokalitinya masing masing. Selepas Saidina Othman dibunuh, umat setmpt ketika itu, mengangkat Saidina Ali r.a. sbg Ulil Amri / Khalifah, tp umat di wilayah wilayah lain tidak menyetujuinya dan tidak membai'atnya, ketika itulah AlJamaah itu mula berpecah. Begitulah juga dgn pengangkatan ulil amri ulil amri dr klgn bani Umayyah tidak diiktiraf oleh umat di Hijaz yg mengangkat Saidina Abdullah Bin Azzubair r.anhuma. sbg Ulil Amri. Hinggalah skrg ini AlJamaah itu bnyk jumlahnya berbilang bilang mengikut lokalitinya masing masing.
Konteksnya negara kita AlJamaah tu adalah kita semua umat Islam dlm negara dgn agong dan sultan sultan sbg ulil amri. Jamaah jamaah umat Islam dlm negara, bukanlah AlJamaah yg dimaksudkan, jadi tak timbul isu wala' ker, bughat ke, terhdp pimpinan jamaah mrk masing masing. Kalau ada yg menganggap sedemikian, tu pemikiran ala khawarij, ala ISIS, ala wahabi. Geng geng tu tak guna ajak bincang ke, debat ke, mmg kita kalah punya, diaorg jer yg betul, gaya cakap mcm gaya angkuh dan taksub.

Yg penting jgn taksub, apatah lg angkuh. Ingat selalu pesan Nabi saw, tiga sifat ahli Neraka ; Kasar, degil dan angkuh. Didik diri dgn sifat org yg dicintai Allah swt ; tenang, tawaddu', lemah lembut bersopan santun.

Azwan Ali said...

Tanpa angin tanpa ribut, tiba-tiba anon-anon angkat senapang tembak wahabi. Masya Allah. Doakan anon-anon ini sedar kesalahan mereka.

Hamka Kereta Mayat said...

(saya sebagai seorang tabligh menyokong umno dan BN kerana ........., dan saya tolak Pas dan PH kerana ...........)


Kenapa nak gabungkan PAS dan PH wahai Azwan Ali?

Hari tu ada orang PAS cakap kat aku:

"kau tengok Hamka, sejak PH berkawan dengan kami, mereka dah mahu jadi macam Umar Abdul Aziz, tapi tengok MCA, ada nak jadi khalifah islam?"

Wah, senang betul nak ambik hati orang PAS, bisik aku dalam hati, tapi itu dululah.

Sekarang PAS dah sedar, dan sudah tak kawan dengan PH sebab PAS dah nampak, nak jadi Umar Abdul Aziz ke benda jika dalam manifesto, bab perjuangkan islam pun takde.

PKR jer belum nampak atau buat buat tak nampak?

Apa-apapun, aku doakan agar DAP yang nak jadi Umar Abdul Aziz masuk islam.

Amin.

Azwan Ali said...

Orang pas mana pulak yang cakap kat kau tu hamka. ingat jangan reka-reka cerita, Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui. kalau hamka bijak, hamka mesti tahu bezakan yang mana percakapan orang yang mewakili golongan atau percakapan peribadi. kalau bijak lah.

hamka ambil poin bukan dari sumber. hamka cuma ambil perkataan orang pas tu orang pas ni. kalau kita kata ini namanya pemikiran kolot dan lokaliti, nanti hamka marah pulak. dia punya maklumat cuma dari sekitar orang yang dia jumpa kat kampung dia. jauh sekali kalau nak dengar daripada usrah siasah atau kuliah.

so, apa pendirian tabligh dalam politik negara? terus pilih ahli politik BN ke macam mana? hal pas hamka seronok bantai habis, yakin dia benar belaka. tapi hal BN diam seribu bahasa bisu tak terkata. tabligh katanya kuat mujahadah. sila terangkan sikit pendirian tabligh dalam kancah politik tanah air. Sebagai contoh (tabligh pilih BN kerana BN tidak sekat dakwah islam) lepas tu jelaskan, bagi poin. Baru kita semua nampak pendirian tabligh macam mana. Itu contoh.