May 18, 2016

Anti Hadis Meroyan?

(Orang mengaku Rasul Melayu dengar khabar sudah bertaubat, Alhamdulillah, Aku doakan anti hadis di beri hidayat dan petunjuk untuk bertaubat, dan aku juga berdoa agar kita semua di beri jalan yang lurus dan mendapat keampunan-Nya, amin)

Pada suatu hari, di zaman duduk asrama. Aku capai buku hadis, (ehem, ehem)

Pok Mang (bukan nama sebernar) capai buku komik.

Kata Pok Mang, lebih baik baca komik dari baca hadis, sebab komik ni walau menipu tapi menghiburkan, hadis pulak, semua palsu, semua tipu dan penuh ancaman.

Rupanya Pok Mang anti hadis, kata Pok Mang, hadis ni ciptaan manusia, ciptaan orang arab untuk tipu semua manusia. Al quran sahaja yang betul. Lebih baik baca komik dari baca hadis!

Stop kejap kisah aku dan Pok Mang anti hadis di atas, sebab, rupanya di ruang komen blog keretamayat. Ada juga insan lain bernama Pok Mang sedang meroyan kutuk ulamak arab.

Pok Mang kata dia percaya pada Al quran sahaja, hadis semua palsu. nak jugak aku berdebat dengannya, tapi bila dia kata orang Islam sembah Kaabah sama macam sembah berhala, dan semua orang pergi haji syirikkan Allah dengan batu, buat aku rasa buang masa berdebat dengan orang bodoh macam gini,

Lagipun di ruang komen ada orang cuba bagi Ayat Al quran kisah syaitan yang tak nak sujud pada Nabi adam, sebab konon nak sembah Allah sahaja, lalu kena laknat, tapi Pok Mang pusing tafsir lain seolah dia lebih faham Bahasa arab dari ulamak arab.

Lepas tu ada pembaca lain buat anologi Pok Mang anak luar nikah, sebab IC boleh di palsukan, mana boleh percaya pada IC, Al quran sahaja betul? tahu pulak Pok Mang marah, tahu pulak IC ni ada yang palsu dan ada yang betul, sebab ada system yang mana pakar IC boleh sahkan, jadi sama jugak hadis ni ada yang palsu dan ada yang soheh, pakar hadis boleh sahkan.

Tapi Pok Mang meroyan, lalu bila ada pembaca bagi Link Dr Maza cabar anti hadis berdebat, katanya tak nak berdebat dengan orang yang sembah batu. Adohai…

So pesanan ringkas pada Pok Mang.

Al Quran tak turun senaskah dengan hard cover, sahabat yang sama sampaikan hadis, sahabat yang sama kumpulkan al quran. Ulamak sama yang ambik hadis dari sahabat, ulamak sama yang ambil Al quran dari sahabat, zaman berzaman.

Jadi, Jika korang boleh percaya pada Al quran yang dikumpulkan oleh sahabat, sebagai manusia yang punyai akal yang waras, hadis pun kita kena percaya bang.

Lainlah korang anggap Al quran turun sebijik terus siap dengan Hard Cover.. adohai..

Kembali kepada babak aku dan Pok Mang di atas.

Babak yang mana aku sedang baca hadis tapi diperli oleh Pok Mang yang sedang beca komik.

Katanya baca komik lagi bagus dari baca hadis. sebab komik ni walau menipu tapi menghiburkan, hadis pulak, semua palsu, semua tipu dan penuh ancaman.

Ok, aku yang sedang baca hadis (ehem, ehem), tiba tiba berhenti dari baca hadis.

Pok Mang senyum dan bertanya:

“kenapa?”

Jawab aku sambil tersenyum.

“Dalam hadis yang aku baca tadi bagitahu, siapa baca surah al Mulk akan dijauhkan azab kubur”

Lalu dari jauh kelihatan Pok Mang yang tidak khuysuk membaca komik kerana di sisinya ada aku yang sedang khuyuk membaca surah Al Mulk.


Woha!

ps: “Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga.”-Hadis.

230 comments:

«Oldest   ‹Older   201 – 230 of 230
Anonymous said...

ada org kesah pendapat ko tu?hehe

Anonymous said...

Kafir adalah orang2 yang menolak Al Quran. Tak percaya ayat2 yg ada dlm tu. ingat tu sapa itu kafir...

Al Quran-18:56-57

Dan tidak Kami mengutus Rasul-rasul, melainkan sebagai pemberi berita gembira dan pemberi amaran; dan orang-orang yang kafir membantah dengan alasan yang salah untuk menghapuskan kebenaran dengan bantahan itu; dan mereka jadikan ayat- Katakanlah: "Hai manusia, sesungguhnya aku adalah seorang pemberi peringatan yang nyata kepada kamu".ayatku, dan amaran yang diberikan kepada mereka sebagai ejek-ejekan. Katakanlah: "Hai manusia, sesungguhnya aku adalah seorang pemberi peringatan yang nyata kepada kamu".

Orag kafir akan membantah..
Akan bagi alasan yg salah..
Menghapuskan kebenaran dgn bantahan itu



Anonymous said...

Repost

Kafir adalah orang2 yang menolak Al Quran. Tak percaya ayat2 yg ada dlm tu. ingat tu sapa itu kafir...

Al Quran-18:56-57

Dan tidak Kami mengutus Rasul-rasul, melainkan sebagai pemberi berita gembira dan pemberi amaran; dan orang-orang yang kafir membantah dengan alasan yang salah untuk menghapuskan kebenaran dengan bantahan itu; dan mereka jadikan ayat-ayatku, dan amaran yang diberikan kepada mereka sebagai ejek-ejekan. Katakanlah: "Hai manusia, sesungguhnya aku adalah seorang pemberi peringatan yang nyata kepada kamu".

Orang kafir suka membantah..
Akan bagi alasan yg salah..
Menghapuskan kebenaran dgn bantahan itu



Anonymous said...

sapa x ikut mata kartun dia,dia nampak sama saja mcm bantah quran pulak dah..adoii masyaAllah....
sape x ikut mata kartun dia dikafirkannya pulak...
hehe...
pegi la "makan angin" dulu tenang2 kan fikiran hehehe..
cari angin kat kedai tayar terdekat ye hehe

Anonymous said...

Ooppstt.. Maaf, terasa ke?

Saya cuma masukkan Ayat Al Quran je. Tak ada tuduh sesiapa kafir.
Habis tu kalau ustaz baca hadis tentang kafir, maknanya ustaz tuduh orang yg dengar tu kafir ke. Tak kann? Ustaz cuma bagi tau jek

Aku cuma bagi ayat Quran sikit jek



Anonymous said...

ko bukan amik hadis yg jujur dan selari dgn sifat2 tuhan, tapi ko amik yg mana selesa dgn otak ko dan selera dgn hati atau najfu ko.. tapi tu bukan salah ko.. tu mmg natijah bagi otg yg mula2 dah salah dari awal2 belajar... tapi insyaAllah kalu ada sekelumit ikhlas dalam hati utk cari kebenaran.. insyaAllah ko akan jumpa jugak nanti..

Anonymous said...

ko x perasan2 lagi ke mata ko memandang sesuatu mcm kartun?hehe
jgn la ko "rosakkan" quran pula dengan mata kartun ko tu..
biar diri ko sendiri je rosak sebab mata ajaib ko tu xpe..jgn rosakkan org lain..hehe

Anonymous said...

ok..ko belajar memandang yg ringan2 dlu ye..
1-makan angin
2-buah tangan
3-buah hati
hehehehehe

Anonymous said...

Kepada - Anon 2:47 PM, May 23, 2016

Aku dulu pon cam tu gak.. quran amik tejemahan yg tepat tanpa tokok tambah dlm().
Tapi skrg setelah tahu kebenaran langsung aku tak guna dah quran tu.
Quran tu tak lebih cam peta je.. bila dah puas pusing dan sampai destinasi peta pun tah kemana.. Rupanya kebenaran yg diperolehi adalah untuk meNIKMATI HIDUP.

APEHAL

saya sayang dave said...

Hidup manusia di beri pilihan.

Apabila anak adam membuat pilihan untuk engkar perintah Tuhan. (malas solat misalnya)

Maka Allah akan mencampakkan dalam hatinya perasaan benci pada Rasul.(tolak hadis)

Kemudian, mereka cuba ambil Al quran sahaja tapi matanya akan dibuka untuk melihat aib sahaja lalu menolak Al quran (murtad)

Akhirnya mereka sangka mereka berjaya, sehinggalah mereka tahu hakikat konon tiada hidup sesudah mati, lalu mereka bangga membunuh diri.

Akhir pesanan: Orang yang percaya pada Tuhan akan memang akhirnya walaupun dengan meminjam ego seorang Athest. Sebab?
If I die and I’am right I WIN!
If I die and you are right I WIN!
Why?I lived my life with a greater hope
Now and reward at the end, even ‘if I live with a false joy’
Atheist have no hope now or joy at the end just blackness so really who wins?
If I die and I’am right You LOSE!
If I die and you are right YOU LOSE,cause Atheism produces hopelessness in life.

Semoga Tuhan bukakan kembali hati kamu, apabila kamu memilih untuk menjadi hamba Tuhan.

Hari ini mungkin hari terakhir aku dan kamu, bye bye. Jumpa di sana. :)

Anonymous said...

Okay APEHAL.. Nikmati hidup mu..

Anonymous said...

Jgn mcm orang agama. Ada orang yg dah tua bangka seperti Kassim Ahmad pun nak disumbatnya dalam lokap. Siannn orang tua tu. Orang agama ni sibuk nak paksa2 orang lain ikut cara diorang. Nak perbetulkan orang lain konon2nya.

Anonymous said...

Anon 3:50

Ko nak aku letak satu kitab penuh dalam ni?? Ko ingat aku baca Quran sikit ?? Separuh2 ?? Macam korang. Silap bohh.

Hamba Allah said...

MAAROBBUKAAAA!!!!..... kikikikiki

Anonymous said...

"makan angin"..jgn,kembong perot nnt.
kikikikiki

Anonymous said...

Budak kartun, dia asyik ulang benda yg sama. Dia ingat Quranist ni bengap cam dia agaknya. Dia ingat aku tak paham apa yg dia maksudkan. Dia cuba nak ajar, contohnya, kalau tengok diorang sembah kaabah jgn ingat diorang sembah batu tp mereka sembah tuhan.

Suruh tunjukkan ayat Quran yg mana suruh sembah kaabah mesti tak nak tunjuk.
Suruh tunjuk ayat yg mana suh gi haji ngan umrah mesti tak nak tunjuk.

Kalau betul tunjukkan lah ayat2nya. Nak tengok ayat mana ko petik. Manalah tau ko leh ajar kitorang yg tak nampak apa yg ko nampak. Lain orang lain pandangannya.
Meh lah tunjuk. Meh lahhh.. Ajarlah..ajarlah..

Anonymous said...

Dan kalau ikut atheist membuat anda lemah...anda boleh juga mengikut deist...maaf ye saya percaya tuhan yg mencipta sekelian alam dan satu tu wujud tapi bukan dalam konsep keagamaan yg hanya diguna untuk memanipulasi

Anonymous said...

Salam....
Sy ada mengambil beberapa point dari geng2 anti hadis.
Surah al fatihah ayat 4 minta tolong sesiapa sahaja jelaskan pada sy sebab sy mendapati perkataan deen tidak diberi maksud...maaf saya baru belajar

Anonymous said...

Hamka, tolong jawab luahan dave

hamka said...

Salam.

Maaf terpaksa buat tapisan komen, sebab bila pengkomen hina Allah dan Rasul dengan mencarut, yang mana kami orang islam letak kedudukan Allah dan Rasul melebihi ibu bapa, yang mana jika orang hina ibu bapa kita dengan mencarut pun marah, maka aku akan buat tapisan dan delete komen sedemikian.

nak komen biar dengan hujah, jangan mencarut.

Dulu pernah aku rasa hairan, kenapa syaitan susah payah buat kerja nak rosakkan anak adam, tapi bila baca komen anti Tuhan yang susah payah masuk blog aku, komen dengan word notification, sampai jam 3 pagi pun komen lagi, dan sanggup komen dekat entry entry lain, untuk buktikan apa? komen anda membuktikan syaitan dalam al quran pun gigih macam anda.

so, aku suka bila dapat tahu ada anti hadis, anti Al quran, dan orang bukan agama islam baca blog aku, tak tahu korang datang dari mana, tapi sila tinggal komen yang sama sama boleh belajar, tak payah nak mecarut, nanti aku akan update entry baru untuk orang bukan islam yang mencari maksud hidup, contoh, lina, dave, dan anom yang lain.

InsyaAllah.

:)



Anonymous said...

nampak tu gang "makan angin" punya confident hehe..
apa yg aku nak sampaikan mereka cuma dapat faham mengalahkan budak..kalo setakat itu yg ko paham,budak kecik awal2 dah paham dah hihi..lepas tu angkuh plak mata dia nampak diri dia x bengap..
kikikiki

Anonymous said...

Tak perlu tafsir. Kena faham yg bahasa arab guna akar kata. Kat atas tu ada org guna open burhan dan corpus quran. Itu alat utk kenal perkataan. Perkataan arab konsisten. Bila diamati dan dikaji perkataannya, di situ kita akan nampak jelas akan pembengkokkan makna oleh penterjermah, maklum kena dpt kelulusan pentadbir agama arab.
Boleh juga mula dgn quran perkata dan guna apps project root list. Itupun kalau anda ikhlas nak ambil tahu dan kaji.
Bukankah Allah itu Maha Bijaksana, Dia pasti menerangkan dlm simplest point. Cuma mungkin kita tidak cukup pengalaman/pengetahuan utk memahami beberapa keterangan spt jika org tidak belajar tentang big bang, janin manusia pasti tidak dpt merasai impak seperti seorg saintis bila membaca ayat yg sama.

Anonymous said...

x kn x faham anon katun. Mmg btulla tu ko bengap. kn tu dia bg cth je. x kirala ko beragama atau x, cubala jd cerdik skit

Anonymous said...

Assalam

Kau begitu faham tentang semua jarum2....
Yang kau tak faham bila kau kata orang 'sembah' kaabah, syirik maka...
Orang tua kau bagaimana pula? Kalau orang tua kau tak 'sembah' kaabah tak perlah...
Tapi kalau dia orang sembah, kau telah syirikkan kedua orang tua Kau.
Apakah dosa yang lebih besar dari dosa mensyirikkan kedua orang tua bang..

Aku sayangkan Kau...Kau tak nampak
Yang Kau nampak jarum2...
Bertaubatlah bang

Hisham Shahar said...

Alangkah baiknya jika apa yang kamu tahu kamu amalkan dan apa yang kamu tak pasti dan berbeza pendapat kamu pulangkan pada Allah. Syurga Allah itu atas redha Allah. Bukan atas betapa banyaknya amalan kamu yang kamu boleh persendakan sesama sendiri seolah-olah kita semua pasti masuk syurga. Kalau ikut sejarah kawasan jajahan Arab sepertiga dunia ini. Jadi tidak hairan ramai ulama berbangsa arab kerana islam sendiri diturunkan di tanah arab. Allah memang suruh kita guna akal. Tapi adakah kamu gunakan akal jika kamu memberi alasan bahawa hanya al-quran sahaja yang terpelihara jadi kita hanya ikut al-quran dan tak perlu untuk berguru dengan sesiapa tentang apa yang nabi buat. Sedangkan Allah mengutus nabi muhammad adalah untuk dicontohi dan kelahiran Nabi Muhammad adalah rahmat seluruh alam. Bukan rahmat untuk orang dizamannya sahaja. Adakah kamu nak kata semua ulama bercita-cita untuk masuk neraka kerana mengada-adakan hadis dan kalau ulama itu sendiri menipu dan mengada-adakan hadis. Tentu dia sendiri tidak akan solat menghadap kiblat kerana dia tahu kebenarannya. Untuk apa mereka beribadah hingga tidak tidur dan tidak rehat kalau dia adalah pendusta dan mempunyai agenda jahat? Jangan la disebabkan sebahagian hadis maudhu' kamu hukum semua hadis itu palsu. Syurga itu milik orang yang Allah redha walaupun disaat hujung nyawanya barulah dia mengucap syahadah. Buang sifat persenda ni dan bincang kongsi apa yang kamu ada. Fakta dikongsi bersama dengan damai supaya masing-masing dapat mencari kebenaran. Nada perli ni hanya untuk golongan takabbur dan selendang takabbur ini hanya Allah yang layak pakai

hamka said...

TERBAIK hISHAM sHAHAR

hamka said...

aku cuba berlembut dengan pok mang

salam, rujuk al quran:

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu– sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.(al-Hujurat:6)”

Jadi pok mang dah belajar ilmu al quran sahaja yang betul, maka pok mang kena siasat, untuk siasat, bukan boleh rujuk pada sorang ustaz atau satu pendapat sahaja, kena rujuk pada yang pakar:

Maka bertanyalah kepada ahlinya jika kamu tidak mengetahui , Surah An-Nahl ayat 43

jadi dalam Al quran dah ajar rujuk pakar, bab solat, bab sujud, bab rukuk, siapakah pakarnya? jika tafsir sendiri maka kita dah menolak surah an nahl ayat 43 tu, jadi begitulah sempurnanya Al quran, sebagai petunjuk, tapi untuk detail, rujuklah ahlinya.

Wallahu'lam, selamat berpuasa pok mang :)

(Pok mang mengaku tak solat macam ulamak ajar, harap pok mang puasa, mudah mudahhan hidayat milik pokmang dan kita semua-amin)

Selamat hari raya kepada sunni/syiah said...

ish3, x habis lagi hamka...ingat nak bagi jawapan. hamka jangan lupa, membaca juga perintah tuhan, selidik & ambil pendapat terbaik pun perintah tuhan, jangan ambil agamawan sebagai pemimpin pun tuhan ajar. sy bertanya hamka ni pun, sbb ingat hamka pakar, yelah dah banyak buku kan, menulis pun dah 10 tahun.

selamat berlapar hamka...

Unknown said...

http://hafizfirdaus.com/ebook/20hujah/kandungan.htm
Sekadar berkongsi ilmu

peminat salman ali said...

Berdasarkan disiplin sebahagian antihadith, mereka sepatutnya berada dalam ketegori anak tidak sah taraf melainkan setelah mereka jalankan sendiri saringan DNA dan bandingkan dengan profil bapa mereka.
1)Kata mereka hanya al-Quran sahaja sumber ilmu dan bukannya hadith yang tidak terjamin ketulinannya.
Implikasi:
Pada mereka , hanya perkara yang قطعي (tiada keraguan langsung padanya) sahaja dikira ilmu sebaliknya setiap perkara yang ada ruang untuk berlaku keraguan semuanya tertolak.
Aplikasi:
Hakikatnya tiada siapa dapat buktikan bapanya adalah bapanya yang betul melainkan setelah dia sendiri menjalankan saringan dan perbandingan profil DNA. Cakap ibunya dan bapanya tidak boleh diterima sebab ada kemungkinan nurse tertukar anak ketika kecil. Boleh jadi juga ibu bapanya menipu untuk menjaga hati. Sifat fizikal yang sama juga bukan hujjah قطعي sebab boleh jadi datang dari bapa lain yang serumpun. Hantar sample DNA ke lab juga bukannya bukti قطعي kerana boleh jadi tertukar dengan profil orang lain atau penipuan.
Jadi kepada mereka, tidak wajar anda binkan kepada bapa anda sebelum dapat bukti قطعي iaitu buat ujian itu dengan sendiri.
Hakikat:
Sedangkan ahli ilmu dalam pelbagai lapangan kajian sains kemanusiaan(theology, philosophy, sociology, history dll) bersepakat bahawa sumber ilmu ada dua, قطعي( tiada keraguan langsung padanya) dan dzonni:ghalabat al-غلبة الظن (segala keraguan yang munasabah telah ternafi). Bahkan Proses pengumpulan kesemua buku-buku ilmiah dan bahan sejaran dari kurun-kurun lepas berlaku secara ghalabah al-Dzan. Hampir kesemua orang terbukti bersalah di mahkamah atas dasar bukti-bukti yang غلبة الظن (tanpa keraguan munasabah).

«Oldest ‹Older   201 – 230 of 230   Newer› Newest»