May 18, 2016

Anti Hadis Meroyan?

(Orang mengaku Rasul Melayu dengar khabar sudah bertaubat, Alhamdulillah, Aku doakan anti hadis di beri hidayat dan petunjuk untuk bertaubat, dan aku juga berdoa agar kita semua di beri jalan yang lurus dan mendapat keampunan-Nya, amin)

Pada suatu hari, di zaman duduk asrama. Aku capai buku hadis, (ehem, ehem)

Pok Mang (bukan nama sebernar) capai buku komik.

Kata Pok Mang, lebih baik baca komik dari baca hadis, sebab komik ni walau menipu tapi menghiburkan, hadis pulak, semua palsu, semua tipu dan penuh ancaman.

Rupanya Pok Mang anti hadis, kata Pok Mang, hadis ni ciptaan manusia, ciptaan orang arab untuk tipu semua manusia. Al quran sahaja yang betul. Lebih baik baca komik dari baca hadis!

Stop kejap kisah aku dan Pok Mang anti hadis di atas, sebab, rupanya di ruang komen blog keretamayat. Ada juga insan lain bernama Pok Mang sedang meroyan kutuk ulamak arab.

Pok Mang kata dia percaya pada Al quran sahaja, hadis semua palsu. nak jugak aku berdebat dengannya, tapi bila dia kata orang Islam sembah Kaabah sama macam sembah berhala, dan semua orang pergi haji syirikkan Allah dengan batu, buat aku rasa buang masa berdebat dengan orang bodoh macam gini,

Lagipun di ruang komen ada orang cuba bagi Ayat Al quran kisah syaitan yang tak nak sujud pada Nabi adam, sebab konon nak sembah Allah sahaja, lalu kena laknat, tapi Pok Mang pusing tafsir lain seolah dia lebih faham Bahasa arab dari ulamak arab.

Lepas tu ada pembaca lain buat anologi Pok Mang anak luar nikah, sebab IC boleh di palsukan, mana boleh percaya pada IC, Al quran sahaja betul? tahu pulak Pok Mang marah, tahu pulak IC ni ada yang palsu dan ada yang betul, sebab ada system yang mana pakar IC boleh sahkan, jadi sama jugak hadis ni ada yang palsu dan ada yang soheh, pakar hadis boleh sahkan.

Tapi Pok Mang meroyan, lalu bila ada pembaca bagi Link Dr Maza cabar anti hadis berdebat, katanya tak nak berdebat dengan orang yang sembah batu. Adohai…

So pesanan ringkas pada Pok Mang.

Al Quran tak turun senaskah dengan hard cover, sahabat yang sama sampaikan hadis, sahabat yang sama kumpulkan al quran. Ulamak sama yang ambik hadis dari sahabat, ulamak sama yang ambil Al quran dari sahabat, zaman berzaman.

Jadi, Jika korang boleh percaya pada Al quran yang dikumpulkan oleh sahabat, sebagai manusia yang punyai akal yang waras, hadis pun kita kena percaya bang.

Lainlah korang anggap Al quran turun sebijik terus siap dengan Hard Cover.. adohai..

Kembali kepada babak aku dan Pok Mang di atas.

Babak yang mana aku sedang baca hadis tapi diperli oleh Pok Mang yang sedang beca komik.

Katanya baca komik lagi bagus dari baca hadis. sebab komik ni walau menipu tapi menghiburkan, hadis pulak, semua palsu, semua tipu dan penuh ancaman.

Ok, aku yang sedang baca hadis (ehem, ehem), tiba tiba berhenti dari baca hadis.

Pok Mang senyum dan bertanya:

“kenapa?”

Jawab aku sambil tersenyum.

“Dalam hadis yang aku baca tadi bagitahu, siapa baca surah al Mulk akan dijauhkan azab kubur”

Lalu dari jauh kelihatan Pok Mang yang tidak khuysuk membaca komik kerana di sisinya ada aku yang sedang khuyuk membaca surah Al Mulk.


Woha!

ps: “Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga.”-Hadis.
Post a Comment