May 5, 2016

Bermain Tweet di malam Israq Mikraj?

(27 Rejab: Ceramah oleh aku, khas buat anak Haji Kazim Takzim yang suka suka main tweet akaun ayah beliau. Kisah ini dipetik dari Buku Semusim Di Syurga)

Selepas selesai solat magrib, seorang pengerusi masjid bangun dan membuat pengumuman:

“InsyhaAllah tuan tuan, hadirin sekalian, selepas solat sunnat bar’diah maghrib, kita akan adakan ceramah sempena israk dan mikraj yang akan di sampaikan oleh ustaz Hamka Keretamayat, insyaAllah!”

Hadirin mulai bersolat sunnat.. ada jugak yang beredar ke luar masjid, pergi berak agaknya-aku bersangka baik…

Beberapa minit kemudian, bangkitlah seorang lelaki yang berbulu jarang pada kakinya menuju ke kerusi yang telah di tempatkan di hadapan hadirin bersebelahan tempat imam yang membelakangi kiblat dan mengarah kepada kamera, atau dalam situasi sebenar mengarah ke arah penonton juga sidang hadirin masjid.

Kata lelaki yang duduk di kerusi sambil melabuhkan perutnya..:

“Asalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh”

(hadirin mulai menjawab salam, secara berbisik..)

“Saya bukan ustaz, saya baru ‘Nak Start’

(ada hadirin yang tertawa-aku tak buat lawakpun-ikhlas, aku mengaku bukan ustaz)

“Saya sebenarnya hanya di minta oleh pengerusi masjid ini, Imam Habib Abid kerana ustaz Sufi Supian yang sebenar tidak dapat datang kerana hantar mertuanya berubat, saya tak pandai sangat sebenarnya, jadi dalam masa yang terluang ini, elok rasanya kita penuhkan sedikit dengan pengkosian ilmu..

(wah, skemanya aku)

"Bismillahirahmanirahim, Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih pergantian malam dan siang, terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, yaitu orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri dan duduk, dan dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi lalu berkata : 'Ya Tuhan kami, tiadakah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia?. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa api neraka'"

(Aku sengaja membaca ayat di atas dalam surah Ali Imran: ayat 190-191dengan harapan dapatlah aku menumpang Nur Al- Quran ke dalam majlis ini kerana berkat Nur Al-Quran, akan mudahlah melembutkan hati manusia dan Jin.. insyaAllah!)

Aku mula berceramah…

Pertama-tama sekali, syukur pada Allah s.b.w kerana telah pilih kita semua, sedangkan ada ramai lagi yang duduk di luar sana, tapi kerana kasih dan sayang Allah, dapat kita duduk di tempat yang patut kita duduk pada waktu dan tika ini…

Sedangkan Allah berkuasa untuk letak kita depan TV sekarang ini atau di mana sahaja,

Tuan tuan yang di muliakan Allah,

Sekiranya kita duduk di tempat yang tidak PATUT kita duduk yakni bukan di masjid… maka kita akan duduk di tempat yang tidak PATUT kita duduk, seperti panggung wayang, padang bola dan sebagainya,

Apabila kita duduk di tempat yang tidak PATUT kita duduk,maka kita akan buat perkara yang tidak PATUT kita buat…

Dan apabila kita buat perkara yang tidak PATUT kita buat, maka kita telah korban pada perkara yang tidak PATUT kita korbankan!

Demikian! Bila kita telah korban pada perkara yang tidak PATUT kita korbankan, maka takut-takut kita akan jadi mayat di tempat yang tidak PATUT kita jadi mayat!

Dan apabila kita menjadi mayat di tempat yang tidak PATUT kita jadi mayat, maka kita akan bangkit bersama dengan orang yang tidak PATUT kita bangkit!!!!

Lalu kita akan duduk ke tempat yang tidak PATUT kita duduk iaitu Neraka jahanam!!!

Naduzubillah,

Maka tuan tuan hadirin sekalian, marilah kita pasang niat untuk duduk dalam majlis ini sampai habis, boleh insyaAllah?!

(hadirin menjawab dengan kuat: insyaAllah!!!)

Satu hari seorang puteri telah keluar ke taman bunga dan memilih beberapa kuntum bunga untuk di letakkan ke dalam pasu di kamarnya bagi mengindahkan pandangan kamarnya,

Maka tuan tuan sekalian, adalah seperti bunga bunga yang telah di pilih oleh Allah SWT lalu di letakkan tuan tuan hadirin sekalian ke dalam tempat yang paling baik, iaitu rumah Allah bagi menghiasi 'taman-taman shurga' ini.

Dan sekuntum bunga telah di pilih oleh sang puteri di antara beberapa kuntum bunga dari dalam pasu bunga lalu di sematkan ke telinga, bagi menambah seri sang puteri, dan ‘bunga’ itu adalah saya, he he he, yang duduk di hadapan tuan tuan!

(hadirin tertawa-aku telah lama kelakar, adohai)

Bercerita mengenai israk dan mikraj, tadi saya dapat tweeter dari ketua kampung kita Haji Kazim Takzim, err, Ketua kampong ada tak datang malam ni?

(hadirin pandang kiri kanan, lepas tu semua pakat geleng kepala)

Bukannya apa, tadi ada dapat tweet dari Haji Kazim Takzim yang persoalkan adakah benar kisah Nabi Israk dan Mikraj naik ke langit, beliau tanya sumber mana?  dan berapa kelajuan buraq sampai boleh naik ke langit ke tujuh?

Saya  mintak maaf jika soalan ini sudah ada orang tolong jawab kepada  Haji Kazim Takzim yang bertanya, sebab israk mikraj ni disambut setiap tahun, bukan 30 tahun sekali, sepatutnya sebagai ketua kampung patut dah tahu lama kisah ni sebab semua ustaz tahu, tapi mungkin ketua kampung yang bertanya perasan sibuk hingga baru dengar kisah Nabi naik ulang alik jumpa Allah, dan baru rasa nak tanya dengan Twiiter kepada seluruh rakyat malaysia.

Saya tak tahu sama ada Haji Kazim Takzim sendiri yang hantar atau mungkin anak Haji Kazim Takzim yang pinjam akaun tweet beliau, atau mungkin ini fitnah dari orang yang tidak suka kepada Haji Kazim Takzim, kita sama sama sangka baik,

Tapi takpelah, sempena malam israk dan Mikraj ini, maka saya cerita sepintas lalu kepada mereka yang baru tahu kisah Nabi Muhammad SAW naik ke langit dengan pantas dan ulang alik jumpa Allah.

Begini kisahnya.., Kisah ni dah lama, 1400 tahun yang lalu iaitu ketika Nabi sedih tengok ummat manusia buat dosa dan kerosakkan, maksiat sini sana, bunuh anak hidup hidup dan masukkan segala segala jenis jenayah yang terlitas di fikiran anda semua, Maka Nabi Muhammad SAW telah menyendiri di gua Hirak dalam keadaan fikir risau terhadap ummat.

Lalu datanglah malaikat Jibrail a.s wakil kepada Tuhan memberi jalan penyelesan kepada masalah ummat yang melanda masyarkat arab. Pada mulanya Nabi takut dan berpeluh, tapi setelah ditenangkan oleh bininya, dan dengan pendapat dari bapa saudaranya bahawa itulah tanda kenabian, maka Nabi muhammad SAW pun berdakwah pada penduduk Mekkah dengan cara jumpa manusia sorang demi sorang.

Dakwah cara jumpa orang ni memang mujahadah, saya pernah kena maki dengan bekas bilal kampong ni dulu, tak pelik sebab zaman Nabi pun, baginda kena maki, kena ludah, kena lempang, kena sepak dan macam macam lagilah, tapi Nabi faham, ini perintah Allah, dakwah cara jumpa orang ni telah di buat oleh semua Nabi terdahulu, dan cara ni banyak gagal dari berjaya, Nabi musa dakwah cara macam ni, Firaun tak ikutpun, Nabi Nuh dakwah cara macam ni selama 950 tahun, 83 orang jer ikut. Nabi ibrahim dakwah Namrud cara macam ni pun gagal.

Tapi Allah tetap lantik Nabi Musa, Nabi  Ibrahim, Nabi Nuh sebagai nabi ulul Azmi, kerana kejayaan dakwah bukan orang ikut kita, tapi sejauh mana kita berjaya ikut perintah Allah.

10 tahun kemudian, adalah lebih kurang dua tiga ratus orang ikut Nabi Muhammad SAW, terutama orang miskin dan hamba abdi, itupun kena seksa jugak, malahan nabi dan orang islam kena boikot tak boleh dijual makanan kepada mereka, maka adalah anak anak orang islam yang mati kelaparan.

Dalam keadaan susah macam tu, Nabi masih tabah berdakwah siang dan malam, sehinggalah dua orang yang paling banyak bantu Nabi dalam berdakwah, telah meninggal dunia. Pertama, Abu Talib selaku  pakcik yang jaga baginda waktu kecil (nabi anak yatim) Pakcik yang akan membela nasib nabi bila di serang oleh orang kafir, sehingga orang kafir tak tergamak nak bunuh Nabi kerana hormat pada bapak saudaranya, namun yang menyedihkan Nabi, bapak saudaranya mati dalam keadaan kafir, beliau ditakdirkan masuk neraka selamanya, kita pun akan sedih jika orang yang kita sayang, mati masuk neraka.., apatah lagi Nabi yang sudah tengok neraka, adohai..

Orang kedua yang Nabi sayang tapi meninggal pada tahun yang sama adalah isteri beliau, iaitu Khatijah r.aha, Dulu bila penat berdakwah dan penat kena maki dengan orang kampung, balik rumah dilayan bini dengan mesra, hilang penat, tapi sekarang.., Balik rumah dah tak de bini, bangun tidur dah takde bini, makan sorang sorang, tidur sorang sorang, basuh baju sorang sorang, jemur baju sorang-sorang, lipat kain sorang sorang, kemas rumah sorang sorang.., siapa tak sayang bini ooii?
Dalam kesedihan sebegitu, orang kapir makin rancak menyusahkan nabi, maklumlah bapak saudara Nabi yang selalu back up dah mati, maka Nabi buat keputusan untuk berhijrah ke taif.

Di taif Nabi datang jumpa ketua mereka mintak izin untuk tinggal di sana dan berdakwah tentang agama islam. Tapi Nabi kena pukul, waktu itu umur Nabi lebih kurang 50 tahun, dah tua tapi kena pukul dan di baling batu oleh orang kampung sejauh 1 km lebih kurang, Nabi luka dan berdarah, dan Nabi telah meninggalkan Taif dalam keadaan cedera dan menangis.

Dalam kesedihan yang bertalu talu, datang peristiwa yang bakal menjadi penyejuk mata baginda Nabi Muhammad SAW, yang mana malaikat Jibril telah datang dan membawa Nabi melihat dunia yang selama ini baginda hanya beriman tanpa melihatnya, dengan menaiki binantang yang bukan berasal dari bumi, Nabi telah naik ke langit dan melihat alam akhirat dengan mata kepala baginda.

Kita pun jika berdakwah tiba tiba diberi peluang melihat shurga dan neraka, melihat nikmat shurga dan azab neraka, tentu rasa seronok sangat.., dan Nabi digembirakan lagi oleh Allah dengan berpeluang bertemu rakan seperjuangan dan berbual dengan Nabi Nabi terdahulu yang sama susah seperti baginda, dan kemuncak israk dan mikraj, Nabi Muhammad SAW bertemu Allah SWT.

Dalam satu hadis yang aku petik dari Buznama, Allah telah bertanya pada Nabi, apakah perkara yang malaikat saling berbahas, Nabi jawab: aku tidak tahu, lalu Allah buka 7 petala langit depan mata Nabi maka Nabi menjawab bahawa malaikat sedang membahaskan pahala orang yang solat di malam yang sejuk dan hari yang panas, lalu di hujung pertemuan Nabi kekasih Allah, maka telah dikurniakan pada Nabi Muhammad SAW dan ummat akhir zaman yakni solat 50 waktu sehari semalam.

Dalam riwayat yang lain, Nabi telah melihat di setiap lapisan langit terdapat malaikat yang sedang sujud, dilapisan langit lain ada malaikat yang sedang rukuk, dilapisan langit lain pula ada yang mengaji, ada yang bertasbih yang mana rupanya solat adalah himpunan ibadat para malaikat yang beribadat pada kekuatan 7 petala langit yang mampu selesaikan masalah dunia dan akhirat apabila dilakukan dengan tertib dan yakin yang betul.

Sewaktu Nabi berundur bertemu Allah kekasihnya, Nabi Muhammad SAW telah berdialog dengan Nabi musa a.s tentang kurniaan Tuhan kepada ummat akhir zaman, lalu dinasihat oleh Nabi Musa agar Nabi bertemu Allah semula untuk dikurangkan perintah solat kerana 50 itu terlalu banyak,

Menurut tafsir Buznama, (berita dari ustaz yang aku lupa namanya) Allah Maha tahu kemampuan ummat akhir zaman yakni solat 5 waktu sahaja, namun pertemuan Nabi kekasih Allah digembirakn dengan peluang bertemu dengan Allah banyak kali dalam isu penawaran waktu sembahyang yang telah ditakdirkan yang mana setelah beberapa kali Nabi digembirakan bertemu dengan Allah, akhirnya solat dikurangkan kepada 5 waktu dan sekali lagi Nabi digembirakan dengan diberitahu walaupun ummat Muhammad solat hanya 5 waktu tapi pahala masih sama dengan 50 waktu. Subhanallah.

Apabila Nabi pulang ke dunia, Semua sahabat Nabi telah menerima perintah solat dengan gembira, malahan ada yang memberitahu, jika Nabi Muhammad SAW terima 50 waktu sehari semalampun mereka sanggup. Ini adalah kerana yakin dan iman dalam diri sahabat sangat tinggi setelah bermujahadah berdakwah bersama Nabi Muhammad SAW selama 13 tahun lebih kurang.

Tidak lama selepas israk dan Mikraj, Nabi Muhammad SAW  bersama beberapa orang pengikut telah berhijrah ke Madinah, 10 tahun kemudian, Nabi kembali ke Mekah bersama ratusan ribu sahabat lalu menawan Mekah dari orang kafir, seluruh berhala di sekeliling kaabah telah dimusnahkan, dan Mekah telah menjadi tanah haram untuk orang kafir sehingga ke hari ini.

Tapi kita yang mendengar cerita ini, tentu ada yang berfikir, kenapa Nabi Muhammad SAW tak naik sekali lagi jumpa Allah untuk kurangkan solat hanya sekali seminggu ke, sekali setahun ke, Ini adalah kerana yakin dan iman dalam diri kita sangat lemah kerana tidak pernah bermujahadah dalam berdakwah sebab sibuk layan FB dan blog perasan bagus ‘berjihad’ cukup hanya bersandar pada kerusi dan gerak-gerakan mouse, atau agama hanya dilayan dengan dengar ceramah, adohai..

Bagi Haji Kazim Takzim yang bertanya 'boleh sesiapa sahkan perkara Nabi naik ulang alik jumpa Allah?'  Maka jika di umur senja begini dalam hidup beragama islam tapi masih belum yakin dengan peristiwa israk dan mikraj, dan masih bertanya, betuk ke tidak?, habis tu bila masa pulak korang nak solat 5 waktu? Adohai..

Akhir kata,  biralah orang kapir sahaja tidak percaya kisah Nabi pergi ke langit jumpa Allah dan balik semula ke dunia hanya satu malam? Mungkin ada yang bertanya berapa laju buraq yang ditungangi Nabi, jawapannya, hajalu= Jarak/masa. Dan masa adalah termasuk ciptaan Allah.

Demi Masa, semua manusia dalam kerugian, kecuali orang yang beriman dan beramal soleh dan berpesan dengan hak dan berpesan dengan sabar.

Sekian terima kasih. Semoga jawapan yang ringkas ini memuaskan Twiiter semua pihak, tutup majlis dengan tasbih kafarah.


( Rujukan: Buznama dan Sahih Bukhari Book: 59, Hadith: 3207)


Ps:Boleh Rujuk Buku SEMUSIM DI SYURGA untuk cerita lain berkenaan kalendar Islam.

20 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum,terbaik hamka....
semoga kita x samakan cemuhan sedara2 semuslim kita termasuk tok bilal tu dengan cemuhan org2 kafir terhadap nabi saw...
kerana bila kita mengajak org yg dah muslim kepada cabang feqah yg lebih baik..dari solat sendiri2 kat rumah untuk diajak ke solat jemaah dimasjid..dari pesan2 pakai sembang2 biase nak diajak pesan2 dari rumah ke rumah..ini bukan hal pokok(tauhid)..ini hal penambah baikan ke hal cabang feqah...lagi pula hal ini masih belum menyalahi syarak..selagi x menyalahi syarak sedara2 kita ni juga masih juga dalam sunnah insyaAllah..
mengajak kepada cabang feqah yg lebih baik,jangan sampai kita pula yg terlanjur..ini malang nama dia...
jadi saya rasa terlanjur kata yg menyatakan seolah2 cemuhan sedara2 kita tu seolah2 mcm cemuhan org kafir kepada nabi saw ianya x menunjukkan latihan kasih sayang kita sesama sedara muslim la...
perilaku mcm gini ianya mirip mcm perangai org politik yg bawa modal agama tau hehe..terlanjur je kerjanya menyakiti hati muslim lain..
kalo x setuju tidak mengapa..
ini hanya pandangan saya...

DamiaMikhaila AreesyaSofea said...

TERBAIKKKK.....

cinta said...

Halaju=jarak/masa.
jawapan yg bagus. Hehe.

Kazim Takzim said...

Riwayat israk mikraj merupakan cerita dongeng arab plg berjaya spnjg zmn.ianya hanya rekaan semata2,tidak direkodkan langsung dlm Quran.

Ianya sama mcm kisah santa claus yg hamka cerita,direka utk rancakkan ekonomi kapitalis.cerita israk mkrj direka org arab utk halalkan penyembahan sebongkah batu hitam mereka,tuhan mereka zmn brzaman.kita hanya pak turut..

Jefni Elisputra Abdul Rahman said...

jikalau kita tidak percaya israk dan mikraj ni dan tidak bertauhidkan kpadanya.... maka kepercyaan kepada malaikat dan Allah pasti juga tidak anda percaya...semua ni adalah menjangkaui akal dan fikiran manusia.. alam ghaib... apa2 yg berkaitan dengan Allah melibatkan hal yang ghaib... jima tak percaya yang ghaib jadilah anda jasad yang tanpa roh.. mata hati tiada.. yang ada cuma mata ikan kering..

Anonymous said...

hang pembohong betul. pasal apa pulak kita wajib percaya ajaran majusi?

Pokmang said...

Nampaknya rujukan ahli sunnah wal jamaah bertambah 1. Buznama(x kira siapa,jnji ada nama ustaz) & hadis. Quran diketepikan...

Kata hadis sumber ke2,tp kbyknnya hadis & ustaz2 yg lbh utama. Quran tolak tepi..

Anonymous said...

mata kamu memang firstclass pokmang...
sumbang mahram dan hubungan songsang sebenarnya dah lama berleluasa tau pokmang..dorang semua buat x nampak je..padahal mata dah nampak dah benda tu terang benderang..

budak lelaki dan budak perempuan hisap payudara ibu sendiri..
sumbang mahram tu pokmang...report polis pokmang...
hehehehehe

Anonymous said...

Kisah perjalanan ke Masjidil Aqsa dr Mekah tu, naik buraq.
Perjalanan dr satu langit ke satu langit, naik apa ?

Mummy said...

Assalammualaikum...sedang baca buku ni....best....byk benda seblom ni sy xtau jadi tau...bro hamka teruskan menulis buku ke 9 plak....sy br memiliki 4 drpd 8 buah buku hamka....

Hamka Kereta Mayat said...

Anonymous
Salam.
Sedang hadam komen anda, terima kasih! Dah baca buku tu habis? Sebab ini sebahagian satu bab

DamiaMikhaila AreesyaSofea
BAIKKKK..... : )

Blogger cinta
Komen yg bagus. Hehe.

Kazim Takzim
Pok mang ke ni? Yang tafsir rumah Allah ada pintu dan tak muat masuk jika seluruh dunia datang?

Jefni Elisputra Abdul Rahman
Abu jahal sangka ada modal nak jatuhkan Nabi dengan cerita israk mikraj ini, sekali iman umat islam zaman tu sangat kuat, no problem. Israk mikraj, Permulaan hijrah ke Madinah, kekuatan solat dan dakwah,.

Pokmang
Tuduhan: Al quran tolak ke tepi, semoga Allah ampuni dosa kamu atas tuduhan ini.


Mummy
Salam, buku ke 9, akhir tahun isyaAllah. ;)
Terima kasih atas sokongan.

Anonymous said...

https://www.almasdarnews.com/article/panama-papers-data-leak-king-saudi-arabia-sponsored-netanyahus-campaign/

Pokmang said...

Adik Hamka: Pok mang ke ni? Yang tafsir rumah Allah ada pintu dan tak muat masuk jika seluruh dunia datang?

- Ye dik, sy ni Pokmang. Kamu ni Hamka kan,yg suruh org berfikir tp tak berfikir bila nak tanam mayat?sampai nak tanam mayat pun kaki kena terjulur keluar, xde otak?sebab tu pentingnya ilmu sains yg agamawan tolak tp x malu guna teknologi sains rekaan org 'kafir'. Woha

----------

Adik Hamka: Abu jahal sangka ada modal nak jatuhkan Nabi dengan cerita israk mikraj ini, sekali iman umat islam zaman tu sangat kuat, no problem. Israk mikraj, Permulaan hijrah ke Madinah, kekuatan solat dan dakwah.

- Camtula org2 Arab nak suruh kita percaya cerita dongeng mereka. Dgn mereka-reka cerita camni, umat dulu kuat imanlah, kisah sahabatlah, mcm2 lglah. Pastu wajibkan semua percaya, kalau x percaya, hukum murtad. Mana org x takut, xleh persoalkan langsung. Bila persoalkan, terkial-kial nk jawab. Bila x dpt jwb, suruh wajib percaya. Adohai dik...

----------

Adik Hamka: Tuduhan: Al quran tolak ke tepi, semoga Allah ampuni dosa kamu atas tuduhan ini.

- Memang la x ngaku tolak Quran. Sy beri 1 contoh je, Quran bgtau jgn menyembah berhala selain Allah, berhala tu x dpt buat apa2 pun, sedang ia sendiri dibuat manusia (An-nahl:20), tp kenapa masih sembah batu?

Tu belum lg bab2 lain, mcm tudung, hukum bunuh org murtad (dlm Quran tiada paksaan), hukum rejam zina, semuanya tiada dlm Quran dik. Hny tokok tambah dgn 'hadis', padahal dlm Quran bgtau lain. Dlm Quran juga dh bgtau yg ia adlh hadis terbaik(39:23), Quran tlh lengkap & terperinci (6:114-115, 11:1, 41:3), menjelaskan segala sesuatu (16:89), jgn ragu2 dgn Quran (2:2, 2:23, 2:147, 6:114, 10:37, 10:94, 10:104, 11:17, 38:8), Quran sbg petunjuk (7:52, 16:102, 27:1-2, 38:87), masih x percaya & nak utamakan 'hadis' rekaan? Masih nak ingkar (dlm bhs Quran, ingkar dipanggil kafir)? Moga Allah ampunkan juga dosa kamu dik.

Anonymous said...

Assalam

Ketika Azazil diperintah sembah Adam a.s
Dia kata Aku tidak akan sembah melainkan Kau, Ya Rabb

Sinonim, seiring sejalan.

One out of three
CF

Shah said...

braderr, tunjuk ayat mana dlm quran allah suruh sembah? yg ada hanya mengabdikan diri kpdNya. tuhan pn panggil kita sebagai hamba, bukan penyembah.

Hamka Kereta Mayat said...

wah deep komen CF, dalam al quran dah cerita kisah syaitan tak nak sujud pada adam dan Allah laknat walau hujah syaitan make sense.

geng anti hadis, tak nak sujud pada kaabah dengan hujah make sense.

ternyata, Al quran ni hanya untuk mereka yang mahu berfikir.

terima kasih CF.

Komen terbaik!

Hamka Kereta Mayat said...

kepada pokmang,

hadith ni adalah ucapan nabi yang di sampaikan kepada para sabahat.

Al Quran tak turun senaskah dengan hard cover, sahabat yang sama sampaikan hadis, sahabat yang sama kumpulkan al quran.

Jika korang boleh percaya pada Al quran yang dikumpulkan oleh sahabat, sebagai manusia yang punyai akal yang waras, hadis pun kita kena percaya bang.

Lainlah korang anggap Al quran turun sebijik terus siap. Adohai.

deep ni bang, orang slow tak boleh hadam

Pokmang said...

Tak deep langsung. Hamka, tunjukkanlah bukti kebenaranmu jika kamu adalah orang yang benar (2:111). Jgn hanya bercakap kosong, tunjukkan bukti yg 'hadis' tu betul2 percakapan dr nabi.

Sy benar2 percaya tuhan, malaikat, kitab & para nabi (2:177, 2:285). Maka dgn itu sy tidak ragu2 dgn Quran sehingga perlukan 'hadis' krn Quran adlh hadis terbaik(39:23) & tlh sempurna. Kamu sebenarnya yg tidak berupaya menggunakan akal yg waras krn tdk berupaya berfikir utk memahami sendiri Quran & bergantung pd 'hadis2 rekaan' & ostad2 kamu tu. Allah dah turunkan Quran sbg pembeza yg benar & batil untuk menjadi peringatan dan amaran bagi seluruh penduduk alam (3:3-4, 25:1). Dan Quran adalah terpelihara (15:9, 56:78), Quran juga adlh kata2 nabi (69:40).

Diriwayatkan (dongengan) bhw nabi seorang buta huruf & x pandai menulis tp petunjuk dlm Quran menunjukkan Quran ditulis sendiri oleh nabi. Nabi ditugaskan untuk merekodkan Quran, utk itu tugas ini nabi perlu tahu menulis (Rujuk & fahamkan ayat 96:1-4, 68:1-3, 25:5, 98:1-2), Allah maha bijaksana. Quran juga memberi petunjuk yg ia mmg sudah dibukukan & terpelihara (85:21-22). Lagipun terdapat serpihan Quran berusia 1000 tahun lebih dijumpai (http://www.bbc.com/news/business-33436021). Kitab sahih 'hadis' yg asal ada?

Quran juga mudah utk dipelajari (20:1-4, 54:16-17, 54:22, 54:32, 54:40), berkali-kali Tuhan memberitahu bahawa isikandung Al Quran adalah mudah,tp para musuh nabi menyatakan yang sebaliknya.

Tak rasa pelik ke byk 'hadis2' ada persamaan dgn bible? Sy bg sedikit contoh:
- Kewajipan tutup kepala - (http://www.kingjamesbibleonline.org/1-Corinthians-Chapter-11/#3)
- Bunuh org murtad - (http://www.kingjamesbibleonline.org/Mark-Chapter-7/#10, http://www.kingjamesbibleonline.org/Deuteronomy-Chapter-13/#5, http://www.kingjamesbibleonline.org/Leviticus-Chapter-24/#16)
- Hukum rejam penzina - (http://www.kingjamesbibleonline.org/Leviticus-Chapter-20/#10, http://www.kingjamesbibleonline.org/Deuteronomy-Chapter-22/#20)
- Wanita dr tulang rusuk - (http://www.kingjamesbibleonline.org/Genesis-Chapter-2/#20)

Hukum rejam adalah amalan pagan & dilakukan org yg melampaui batas (rujuk 11:91, 18:20, 19:46, 26:116, 36:18). Pernah baca x peringatan dlm Quran tentang yahudi & nasrani (2:120)?

Mungkin org slow & yg bergantung pd ostad2 susah nk hadam, fikir & terima ni.

Hamba Allah said...

Sudah2 lah ngikut agama pak arab yg menyulitkan ini. Org melayu wat aper lah ngikut sangt ajaran pak arab barbaric ni?

Asas AQ tu sendiri dah x betul... hadis tu lg lah mengarut...

Nabi dah mati jd islam dok bergaduh. Jd muncullah ulama2 berhaluan kiri kanan yg anggap diri tu leader nak kumpol follower... nak buat kitab AQ mcm muhammad namlak mcm kelakar lah pulak kan... jadi di ambil keputusan cipta kitab hadis... so nampak mcm logik skit walaupun hadis palsu... weyyy nabi wafat dah beratus tahun maaa... org akan caya bulat2 sbb manusia ni kan ke nalurinya byk jenis mkn nak bersuap je.... kahkahkah... so percayalah bulat2 semua ckp imam2, ulama2 yg kononnyer org bijakpandai agama...

Ini agama punya game sama juga mcm itu politik punya game... bacalah sejarah... jgn sempitkan skop dgn sejarah AQ jer... selagi x kluar dr jajahan doktrin agama ni mmg x jumpa lah kebenaran hakiki.

SembangKongkang said...

ramai jgk golongan anti hadis yg sesat dalam terang kat sni yek....bertaubatlah dik