Mar 29, 2016

Apa kelebihan Mesyuarat?

(kisah surat paling sedih aku terima selepas mesyuarat)

Dalam kehidupan seharian, jika rujuk kepada agama Islam, dalam membuat apa-apa keputusanpun seeloknya di buat dengan mesyuarat, Nabi dah ajar sahabat bermusyuarat, dalam quran ada surah khas tentang mesyuarat, Surah Asy-Syuraa, yang diturunkan di Makkah, surah yang ke-42 dalam al-Quran, mengandungi 53 ayat.

Dinamakan surah "Asy-Syura" (Mesyuarat), kerana pada ayat 38 ada diterangkan bahawa di antara sifat-sifat orang-orang yang beriman yang terpuji dan diredhai Allah Taala ialah amalan mereka bermesyuarat sesama sendiri apabila mereka hendak menjalankan sesuatu urusan.

Bayangkan, dalam zaman wahyu belum berhenti, Nabi masih bermesyurat dengan sahabat, apatah lagi kita yang hidup di zaman wahyu dah tak ada, lagi lagi perlu kepada mesyuarat.
Kelebihan mesyuarat berdasarkan petikan hadis:

“Tidak akan menyesal orang yang istikharah. Tidak akan rugi orang yang bermusyawarah (HR Ath-Thabrani)

So, kenapa tak luangkan masa untuk mesyuarat sedangkan ianya termasuk dalam ibadat?

Dan mesyuarat pula ada tertib dia, ada adab dia, tak boleh guna cara yahudi, aku pernah joint mensyuarat parti politik, ada ustaz politik ni, bila mesyuarat nak tegakkan islam, tapi mesyuarat tak ikut tertib islam, siapa pandai cakap dialah ke depan, sering ada yang tekan hujah dan hina hujah orang lain, potong cakap dah biasa terjadi, kadang kadang bila tak setuju dengan cadangan orang lain boleh pulak serang peribadi, adohai…

Dan akhir sekali bila buat keputusan guna cara angkat tangan, kira dan hintung, last! majority menang walaupun salah, mesyuarat nak tegakkan islam tapi tak ikut cara islam, patutlah banyak fitnah yang datang, apa lagi nak di kata.?

Belum habis lagi, Lepas keputusan di buat, yang di hina dan di tolak cadangan akan cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar, bila keputusan itu bagi emej buruk maka yang ini tadi, akan melompat gembira dan ejek balik, "itulah kamu dulu aku dah cakap"… "kalaulah kamu ikut taklah jadi bodoh camni," itu ini begitu begini!!

Tapi jika yang bagi cadangan itu tengok kesan yang berjaya, mulalah perasan bagus, saya dah berjaya buat rakyat percaya dengan kita, saya dah berjaya buat orang boikot piliharaya.. saya dah berjaya buat orang takut dengan kita, saya dah berjaya buat itu-ini , bla-bla-bla…., riaklah pulak!

Ok stop, kena serius sikit.

Jadi macam mana nak mesyuarat cara islam.

Mudah sahaja, dalam mesyuarat keputusan amir(ketua) adalah muktamad, dan keputusan mestilah berdasarkan Fatwa dan Takwa, bukan berdasarkan majority dan minority..

Dalam mesyuarat tak boleh tekankan hujah kecuali amir izinkan.

Dalam mesyurat tak boleh potong cakap orang, kena minta izin amir dulu.(macam dalam mahkamah, mintak izin yang arif)

Dalam mesyuarat tak boleh hina hujah orang lain.

Dan Amir kena buat keputusan mengikut kekuatan jemaah, bukan dengan jazbah(semangat) amir atau sorang dua sahaja..

Bila amir buat keputusan, tak boleh komplen, kerana segala yang berlaku adalah dalam takdir Allah.(rukun iman yang ke 6)

Sekiranya Amir terima cadangan kita, kena istigfar, takut jadi fitnah pada ugama..

Sekiranya Amir tolak cadangan kita, kena bersyukur, sudah selamat kita dari fitnah ugama..

Tak ada doa khusus dalam mesyuarat, boleh selawat sewaktu amir nak buat keputusan, hujung majlis boleh tutup dengan tasbih kafarah, dan jangan lupa catat segala isi mensyuarat. Dokumentasi juga adalah Sunnah.

Banyak lagi adab, sila rujuk ustaz dan kitab. Jika malas, boleh tanya pada orang tabligh yang beriktikaf sebab mereka hari hari mesyuarat. Insya-Allah.

Mengakhiri cerita, mesyuarat bukan setakat di opis atau masjid, balik kepada kehidupan laki bini, elok sangat bermesyurat dalam buat apa apa keputusan terutama hala tuju belanja rumah tangga dan aktiviti hujung minggu.

Laki jadi amir, bini dan anak-anak boleh bagi syor(cadangan) yang terbaik. Hujung minggu nak buat apa, bila nak balik kampung, bila nak keluar berdakwah, bila nak promosi buku, bila nak melancong, dan sebagainya.

InsyaAllah, bila mesyuarat cara Nabi, selain dapat pahala, dapat juga keberkatan.

Pendek cerita, semalam, anak perempuan aku umur 9 tahun, joint mesyurat kami laki bini, kebetulan waktu itu kami sedang bincang tentang hutang rumah tangga, seperti hutang rumah, hutang kereta, hutang yuran anak sekolah, hutang sewa homestay, hutang kedai buku sewa ruang, hutang dengan penerbit, hutang dengan adik beradik, dan lain lain. Jelas Nampak riak kebimbangan pada wajah anak aku bila sedar jumlah hutang kami laki bini. Katanya:

“adik N hajat nak mesyuarat untuk beli pensil picit baru, tapi nampak ayah banyak hutang, tak jadilah, yang lama tu calar jer, bukan rosakpun”

Kami senyum tengok telatah anak perempuan kami, baguslah tak minta beli pensil baru, Nampak tak keberkatan dalam mesyuarat? He he.

Pagi tadi sebelum beliau pergi sekolah, anak perempuan aku bagi surat berbungkus dengan Cleartape, agak tebal surat beliau dengan pesanan:

“baca bila tiba tengah hari”

Jadi lepas zohor tadi, aku buka surat anak aku, sedih sungguh bila baca. Walaupun 6 patah ayat, cukup buat hati aku terusik. Oh anakku, patutlah semalam ayah Nampak kamu korek duit tabung. Ayah sangka kamu nak beli pensil picit guna duit sendiri, rupanya kamu hadiahkan pada ayah duit belanja.

Mata masuk habuk.


Sob.


Post a Comment