Mar 13, 2016

Pilihan Ceramah agama di Malaysia?

(macam-macam ada! Tapi aku pecah kecil pada 4 jenis, sila baca dengan berlapang dada dan sila bersetujulah di hujung karangan demi kebahadian kita bersama-chewah)

Sebagai orang Islam, kita wajib belajar agama, terutama ilmu yang kita tak tahu, dan Alhamdulillah di Malaysia ini, di bawah pempinan UMNO majority dan Pembakang PAS minoriti, di masjid seluruh negari ada banyak majlis ilmu yang disediakan secara percuma, terutama di waktu antara magrib dan isyak. So, bagi siapa yang baru masuk islam dua tiga hari lepas, dan tak tahu jenis-jenis ceramah, atau pilihan ceramah, mari sini dengar driver kereta mayat nak bagi pencerahan sikit. macam-macam ada!

Lepas magrib, sebelum waktu isyak, akan ada ceramah agama secara percuma, macam macam tajuk ceramah, ada bab tauhid, bab Sunnah, bab ibadat, fekah, tasauf, isu semasa, sirah, sifat 20, dan macam macam tajuk.

Ustaz yang berceramah pulak ada macam macam jenis, ada yang bawak kitab, ada yang bawak slide show power point, ada yang tak bawak apa apa, ada yang bawak produk dan jual dalam masjid, macam macam sytle lah ustaz yang berceramah ni.

Lepas tu pulak, ustaz ni ada jenis yang serius, ada yang suka buat lawak, ada yang banyak menangis, ada yang suka mencarut, menjerit, menyanyi, dan macam-macam karenah mereka.

Dari segi upah pulak, ada yang cas mahal, ada yang cas murah, ada yang full time ceramah, ada yang part time, ada yang percuma, ada yang bukan ustaz tapi syarah bab hadis, ada ustaz yang komplen bab sains, macam-macam ada!

Okey, oleh sebab macam-macam ada! dan panjang sangat jika nak cerita bab jenis ustaz dan tajuk ceramah, maka di sini suka aku pecah kecilkan bahawa hanya ada empat jenis ceramah yang umum di Malaysia, sila buat pilihan yang betul.

1)  Ceramah agama biasa.

Biasanya, normal, ustaz ceramah, korang dengar. Sampai isyak habis. Ustaz balik, korang pun balik. Normal, biasa macam tu, tajuk ceramah, macam-macam, ustaz ceramah pulak macam macam. Tapi normal, no problem. Korang tak perlu bawak kitab, tak ada komitment, tak ada periksa, just tadah telinga, jika ustaz buat lawak, korang gelak, sampai isyak, habis cerita, ustaz akan tutup majlis dengan wallahu’lam.

2)   Ceramah agama luar biasa.

Ok, yang ni pelik sikit, biasanya ceramah politik dalam masjid, atau ceramah ustaz jual barang dalam masjid, pelik sebab korang kena keluar duit, sama ada derma untuk bantu parti politik, atau beli produk yang ustaz jual, biasa dalam sembang bab politik atau jual barang, mereka akan berhujah guna modal hokum agama. Jika korang pergi masjid tak bawak duit, tak apa, sebab mereka tak paksa. Cuma bab politik tak tahan bila banyak sangat mengumpat atau membodohkan orang.

3)   Ceramah agama peristiwa.

Ceramah persitiwa ni biasanya di jemput ustaz dari luar, dan ceramah agak panjang melewati waktu isyak, ada tabung derma bergerak, dan lepas solat isyak ada jamuan makan besar besaran, biasanya di buat pada awal muharam, malulidul rasul, maal hijrah, nisfu syaaban, dan macam macam tarikh berdasarkan peristiwa penting umat islam, anda di galakkan berderma untuk kebajikan surau, dan di galakkan sertai majlis makan makan. Alhamdulillah..

4)   Ceramah agama bagi kerja.

Ok, dalam banyak banyak ceramah, ceramah jenis ni yang paling kurang orang nak dengar sebab di hujung ceramah korang bukan dapat makan, tapi korang akan dapat kerja! Ceramah ni tak ada tabung derma, dan tak ada kitab khas, tapi tak tahan bila dah nak habis ceramah, mereka akan mintak nama korang bagi azam untuk buat kerja agama, antara kerja agama yang mereka tawarkan adalah, berdakwah kepada jiran jiran, beriktikaf di masjid, dan galakkan orang solat berjemaah. Biasanya yang buat ceramah ni orang tabligh di seluruh dunia. Ceramah mereka memang sedap dan deep, tapi yang tak tahan bila mereka ajak berdakwah macam mereka, hu hu hu.

Kesimpulan.

So, wahai saudara islam yang baru masuk agama islam dua tiga hari lepas, semua ceramah di atas tak salah korang nak datang, nak dengar, Cuma nasihat aku, kurangkan pergi ceramah no 2, Ceramah agama luar biasa. Iaitu Ceramah politik mengumpat parti lawan, atau ceramah ustaz jual barang, tak salah nak dengar, tapi jika ada pilihan ceramah kat tempat lain selain no2, boleh pergi tempat lain.

Ceramah No1, ok, ceramah no3, kalau boleh jangan miss, sebab ustaz luar ni biasanya pengisian mereka lebih kemas dan teratur, manakala ceramah no 4, silalah bagi nama dan azam untuk berdakwah, sebab Nabi dulu ceramah memang bagi kerja, bukan ceramah sekadar sedap telinga. Lepas ceramah Nabi, sabahat berebut rebut bagi nama untuk berdakwah, sampai budak budak pun bangun bagi nama.

Ikut sejarah, kenapa perang badar, kita boleh tahu 313 orang siap dengan nama? Sebab memang Sunnah mencatat nama mereka yang nak berjuang di jalan Allah. So kepada mualaf sekalian, agama ni bukan untuk dengar dan amal sahaja, tapi kena sampaikan. Jadi berilah nama anda dalam ceramah no4, Jangan bimbang, jika bagi duit, mungkin akan habis, tapi jika bagi nama banyak manapun, nama kita tak pernah habis- woha!

Ada hadis cerita, siapa yang zahirkan niat, jika dia mati tanpa sempat amal apa yang di niatkan, maka akhirat kelak mereka akan di bangkitkan bersama pahala yang sempurna. Jadi jika korang bagi nama dengan azam nak berdakwah, andai kata malam tu korang mati tak sempat keluar berdakwah, isyaAllah, akhirat kelak korang akan di bangkitkan bersama pahala dakwah yang sempurna-nikmat mana lagi yang aku dustakan?

Jadi, akhir kata, boleh pergi semua ceramah, Cuma kurangkan perci ceramah no2, dan bila ada ceramah no4, jangan lupa bagi nama.

Ps: Now you know.




7 comments:

cinta said...

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
***
وَيْلٌ لِّكُلِّ هُمَزَةٍ لُّمَزَةٍ

Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji.

Al-Humazah:1
*****
Setuju.
pilih penceramah yg berakhlak.
sbb Islam tersebar menerusi akhlak yg baik.

Ok, now I know.

Anonymous said...

doakan sya bagi nama masa ijtimak bulan 4nati ishaAllah-khir

Anonymous said...

Ceramah ceramah tu sbg tazkirah atau peringatan sahaja, bg yg dah tahu, yg dah belajar, sbg refreshment utk mengingat semula.
Mana yg nak belajar betul tu kenalah berkitab dan berguru, barulah dpt pemahaman yg betul, dan yg silap pemahaman dpt diperbetulkan. Dlm pd tu teliti jugak dgn siapa kita berguru, jgn tersalah berguru dgn tok guru wahabi, tok guru syiah pulak.

kucin jahat said...
This comment has been removed by the author.
kucin jahat said...

mane di lembah klang ni masjid yang khutbah jumaat die bukan takat baca skrip jakim ? . .

pak sudaryono said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Hamka Kereta Mayat said...

err, cuba pergi sri petaling, khutbah jumaat tak pakai teks.