Mar 21, 2016

Dakwah cara sentap?

(Tanya sama abang keretamayat)

Pelajar: Assalammualaikum wbt. Hai, saya Wati (bukan nama sebenar) ,pelajar tahun akhir jurusan komunikasi dari UXM XXXXX.. Kami dikehendaki  menjalankan satu research mengenai isu penerimaan media sosial  sebagai medium dakwah dan kumpulan kami telah memilih blog Kereta Mayat sebagai salah satu blog. Oleh itu, jika encik pengarang tidak keberatan kami ingin menjalankan sedikit temu ramah dengan encik mengenai isu ini. 

Jika encik tidak berkelapangan untuk ditemu ramah . Izinkan saya untuk mendapatkan email atau nombor telefon encik untuk kami menemu ramah encik secara atas talian. Harap maklumbalas dari pihak encik pengarang. Terima kasih

Hamka: Salam. Guna emal boleh, Keretamayat at gmail dot com

Pelajar: Terima kasih atas maklumbalas pihak kereta mayat (smile emoticon here)

Hamka: (smile emoticon here)

Pelajar:  Pihak kami telah menghantar soalan soalan temu duga pada email encik. Berikut soalan dari kami, Kenapa encik/cik pengarang memilih untuk berdakwah menggunakan bahasa sindiran atau sarcasm?

Hamka: Hai pelajar Wati yang PM saya guna FB gambar perempuan bertudung kelabu naik kereta berlengang hitam dan pakai seat belt,  Nampak cantik dan beriman, tapi soalan dalam email, gambar awek baju pink dalam profil wati pula tidak bertudung, macam artis korea punya gambar. Adakah anda menepuk dada tanya iman sebelum memilih profil gambar untuk di letakkan pada FB atau Email? Atau saya sangka baik, orang yang mesej di FB dan orang yang email adalah dua wanita berbeza, amacam ada rasa tersindir atau sarcasm tak? Woha!

Ok, balik kepada soalan awak, dalam blog memang ada saya guna bahasa sindiran atau sarcasm, kenapa saya guna sebab ianya lebih senang untuk di sampaikan dan saya sendiri sebagai penulis, rasa teguran dan sarcasm itu setepek kena pada muka sendiri, kira saya menegur pada diri sendirilah, siapa lagi yang lebih kita redhai untuk memaki melainkan diri sendiri? Dan saya percaya, pembaca zaman sekarang cukup bijak untuk menilai sendirin dan sarcasm lalu menjadikan sendirin dan sarcasm itu sebagai pemangkin dalam tindakan dalam hari yang mendatang demi kebahagian menempuh hari bijak sana mereka kelak, chewah!

Pelajar:  Cara yang manakah encik/cik pengarang berpendapat lebih efektif dalam penyebaran dakwah? Adakah dengan menggunakan bahasa yang mempunyai unsur sindiran/sarcasm atau menggunakan bahasa yang lebih sopan. Dan mengapa?

Hamka: Dalam berdakwah, cara yang paling efektif adalah cara Nabi Muhammad SAW. Iaitu jumpa manusia secara depan-depan, bercakap dengan lemah lembut, tunjuk akhlak yang baik, penuh sopan dan doakan hidayat bertalu talu, di blog lain pula yang cara yang saya guna, iaitu ada tulisan berbentuk sindiran/sarcasm atau menggunakan bahasa yang lebih kasar. 

Perlu di beri pencerahan di sini, niat asal menulis blog adalah untuk nota agama kepada diri sendiri, atau keluarga atau kawan yang SUDI baca. Jadi tulisan teguran atau reminder kepada diri sendiri, memang saya tulis dengan unsur sindiran/sarcasm atau menggunakan bahasa yang lebih kasar. mengapa? Sebab lebih mudah untuk saya hadam dan ingat, tapi sayang tak halang orang nak baca blog saya, jika suka alhamdulillah, jika terasa dan berubah, Alhamdullilah, tapi jika emosi baca dan nak mengamuk, elok jangan baca, sebab blog ini adalah nota agama kepada diri, dan ini adalah salah satu cara saya belajar bab agama, contoh jika apa yang saya tulis tu salah fakta, orang akan betulkan di ruang komen, saya akan take note, tapi kebanyakkan komen yang saya dapat, fakta orang terbetul melalui tulisan saya, Alhamdulillah. Walaupun agar kasar dan sarscasm, masih ramai yang komen secara positif. 

Namun saya akui, yang mana jika saya sendiri bila nak pergi dengar ceramah, saya mengelak ceramah yang jenis cakap kasar atau mencarut, tak sopan dan tak ikut cara Nabi, dan saya sendiri, insyaAllah, bila berdakwah cara jumpa manusia, saya akan cakap lemah lembut, dan cuba ikut Sunnah Nabi sedaya mungkin.

Pelajar:  Pada pendapat encik/cik pengarang sendiri apakah cara terbaik dan betul dalam menyampaikan dakwah mengikut Al-Quran dan sunnah?

Hamka: Cara yang paling betul, adalah cara Nabi Muhammad SAW, iaitu jumpa manusia dan pujuk rayu mereka kepada Allah secara lemah lembut, (sopan) sebelum itu saya nak betulkan anda terlebih dahulu, soalan anda saya rasa di tanya sebab anda sangka kejayaan dakwah adalah bila orang ikut kita selepas kita dakwah mereka, sebab tu anda masih sanggup bertanya apakah cara terbaik dan betul dalam menyampaikan dakwah mengikut Al-Quran dan sunnah? Sebab mungkin anda pernah tengok orang yang dakwah mengikut Al-Quran dan Sunnah tapi tak Berjaya, buatkan anda bertanya, apakah cara terbaik? Kan kan  kan?

Rujuk Al quran kisah Nabi Musa berdakwah pada Firaun.  Allah perintah Nabi Musa berdakwah dengan lemah lembut, walaupun Firaun tu mengaku Tuhan, Hujung cerita, Firaun tetap tak ikut dan mati kafir, dan Nabi Musa tak ubah cara berdakwah buat lawak pulak ke mana tahu firaun suka sebab firaun pun ada Pelawak YOYO yang diupah khas, tapi Nabi Musa dakwah cara yang Allah suruh, berkata dengan lemah lembut walaupun orang naik kepala, akhirnya, Firaun mati masuk neraka, tapi ahli sihir dan pelawak firaun pulak masuk islam dan mati masuk shurga sebab terkesan dengan mujahadah Nabi Musa Alahisalam..

Sama jugak kisah Nabi Nuh berdakwah pada kaumnya selama 950 tahun dengan cara Allah suka, Nabi Nuh tak pulak buat lawak ke, buat dakwah sentap ke,  supaya kaum dia ikut untuk dapat kuantiti, akhirnya diringkaskan cerita, kaum dia yang engkar masuk neraka, dan nabi Nuh yang dakwahnya tidak ramai orang ikut dikitiraf sebagai Nabi ulul Azmi.

Kisah Nabi Muhammad berdakwah pada orang taif sehingga kena baling batu, patut ke Nabi buat dakwah cara moden di sana ikut kefahaman anda? Atau Nabi berdakwah sama tertib dengan NAbi Musa, NAbi Nuh, NAbi Luth dan semua ambiyak, itulah cara terbaik!

Ketahuilah, Nabi buat dakwah bukan nak menyukakan orang, tapi nak menyukakan Allah, Allah suka melihat Nabi berdakwah cara mujahadah macam tu, siapa kita nak nafikan perintah Allah? dan lepas Allah binasa kaum yang tak suka dengan dakwah cara Nabi, (mungkin kaum dia tak ikut sebab Nabi tak buat lawak kot) bila datang kaum baru yang engkar, ada Allah suruh Nabi baru ubah dakwah cara lain? Oh Nabi Nuh gagal berdakwah cara jumpa manusia, nanti Nabi luth dakwah cara lain lah pulak, nasyid ke? Buat lawak ke? Ada Allah ubah tertib pada semua Nabi dalam berdakwah?

Takde maknanya!!

Ketahuilah: Hidayat kerja Allah, Siapa yang berdakwah dengan niat untuk betulkan orang lain lalu buat cara yang sesuai dengan nafsu, menyanyi ke, menulis blog ke, berdemotrasi ke? FB sharing ke, buat lawak ke, apa apa lah yang sesuai dengan nafsu, maka korang akan mendapat dua perkara, iaitu marah dan putus asa, Adohai..

Berdakwahlah dengan niat menunaikan perintah Allah dengan kerisauan tapi jangan sampai membinasakan diri, ketahuilah, kejayaan dakwah bukan diukur dari ramai orang datang dengar, atau orang lain yang berjaya amal apa yang kita sampaikan tapi kejayaan dakwah di ukur apabila kita berjaya amal apa yang di sampaikan mengikut cara yang Allah suka.

Tuan tuan, Agama tersebar dengan mujahadah para pendakwah, bukan dengan hiburan. Dizaman Nabi Muhammad SAW, walaupun belum ada kitab ugama dicetak, kitab hikam belum ada, kitab tarikatpun belum ada, kitab sifat 20 masih belum dicipta, akhbar harakahpun takde, risalah lepas jummaat takde, blog dakwah takde, FB islamik takde, halaman web Islamicpun takde jugak, parti islam dan nasyid jugak tiada, drama islam takde, ceramah kelakar takde, tapi hari hari orang kapir masuk islam, Kenapa?

Kerana hidayat tersebar bila mujahadah dari Nabi dan sahabat yang berterusan. Tapi zaman ni, apa yang tak de?, kitab ugama dicetak sudah setinggi gunung, akhbar dan majalah islamic bersepah, risalah lepas jummaat melayang layang, blog dakwah berlink link, halaman web Islamic penuh sesak, parti so call islamic bukan main besar bendara berkibar, nasyid di radio tak henti henti, TV islamic pun ada, ustaz ceramah bukan main kelakar, tapi bilangan orang kapir masuk islam tak macam zaman Nabi, sikit bebenor, malahan zaman ni, orang murtad pulak ramai.., kenapa?

Patut dengan dakwah cara kelakar, Masjid lima waktu penuhlah macam waktu ceramah, tapi masih kosong terutama bila takde ustaz kalakar datang ceramah, adohai..

Berdakwahlah untuk menyukakan Allah, bukan menyukakan nafsu kita atau nafsu orang lain.., berdakwah dengan mujahadah cara Nabi, dan hidayat adalah kerja Allah.

Pesan imam Ghazali: “Mujahadah adalah kunci pintu hidayah, tidak ada kunci hidayah selain mujahadah.”

Jadi balik kepada soalan, apakah cara terbaik dan betul dalam menyampaikan dakwah mengikut Al-Quran dan sunnah? Tidak lain tidak bukan, cara seperti yang di tunjukkan oleh Kekasih Allah, Nabi Muhammad SAW, cara mujahadah, jumpa secara depan depan, rumah ke rumah, cakap lemah lembut, dan pujuk rayu manusia ke jalan Allah. Wallahu’lam.

Pelajar:  Setakat ini, apakah  feedback yang encik/cik pengarang  terima dari pembaca blog?

Hamka: Dulu, waktu saya masih muda, hari hari dapat email dan komen dari pembaca, mereka sangat suka dan berebut rebut nak komen, mungkin apa yang saya tulis sesuai dengan pembaca, buat mereka sangat rajin email dan komen yang membuatkan saya rajin update blog, pernah sampai sebulan, 10 artikel saya tulis, tapi lama-lama saya semakin sibuk, dan sudah jarang update blog, sehingga sebulan nak tulis dua artikel pun payah, adohai..

Tapi sekarang saya rajin Update Facebook dan Instagram, komen dan mesej di FB masih hangat macam dulu, like sampai beribu ribu, komen sampai beratus ratus, Cuma topik di FB saya tulis lebih santai dan ringan, tak macam di blog dahulu, lebih panjang dan deep. So saya rasa pembaca saya pun dah ramai berubah kerana bila saya dah tua begini, saya dah penat nak tulis sindiran atau sarscasm atau Bahasa kasar, sebab kesian bagi pembaca yang slow terutama para remaja, jadi sekarang, saya kembali bersopan dalam penulisan, umur mengubah cara kita menulis, hu hu hu..

Pelajar: Adakah perbezaan penggunaan bahasa (sindiran/sopan) mempengaruhi kesan psikologi terhadap pembaca terutamanya remaja?

Hamka: Saya pernah juga ada dapat komen dari pembaca yang tak faham bahasa sendiran lalu emosi dalam komen, memang bahasa sindiran, troll, sarcasm akan mempengaruhi kesan psikologi terhadap pembaca terutamanya remaja, so saya nasihat kepada para remaja, banyakkan membaca, dan tolong faham apa itu sarkastik, apa itu troll, apa itu prank, agar korang bila baca tak mudah terpengaruh dan melenting. Adohai..

Pelajar:  Apakah perbezaan kesan secara psikologi antara penggunaan bahasa (sindiran/sopan) terhadap  pembaca terutamanya remaja ?

Hamka: saya rasa Bahasa sendirin ni bukan semua remaja boleh hadam, dan Bahasa sopan sangat elok untuk mereka, jika blog saya hanya untuk remaja, maka saya akan tulis sesopan mungkin, insyaallah, dan seringkas mungkin. Tapi itulah, oleh kerana blog saya adalah “nota agama kepada diri” maka ianya baik untuk orang macam saya, atau pembaca macam saya. Ehem-ehem. Tapi jika ada remaja atau orang dewasa yang baca dan sakit hati, nasihat saya, jangan baca. Eh? Dah habis soalan.

Terima kasih kerana sudi bertanya, ada jugak modal nak update blog yang dah bersawang ni-Woha!


 Ps: Jika dapat A, jangan lupa belanja pakcik! Woha!


8 comments:

cinta said...

Kalau nota utk diri sniri tulis dgn bahasa sopan santun nanti takdelah beza dgn buku teks. Baca dua baris dah tdo. Hehe..

Hamka Kereta Mayat said...

Woha!

Anonymous said...

Ayat en hamka ni macam ayat jmaah tabligh..

Abu Abdurrahman said...

NAK JUGAK ORG AMBIK BLOG HANG JD BAHAN PROJEK....TERBAIK....

Abza Khalid said...

saya windu update en keretamayat yg pjg & deep... dulu lepas 2,3 hari en hamka post mesti bukak juge blog ni tggu tulisan yg baru.. kalau xdew pon mesti dpt bace komen n pendapat pembaca yg membina. :)

Hamka Kereta Mayat said...

Anonymous : Parti Amanah dah ada, jwmaah tabligh pun ada, tunggu fatonah dan sidek pulak-woha!

Abu Abdurrahman: Selepas 10 tahun, huhuhu

Abza Khalid : Saya pun windu dengan pengkomen tegar dulu, ralat juga tak berkenalan secara real dengan mereka semua, huhuhu

Anonymous said...

aik ini nota untuk diri sediri ek?bagi saya ini bukan nota untuk diri sendiri..tapi ini memang perkongsian untuk pengguna internet..
dimana ada kekurangan disitu la yg kamu dan kita semua cuba usaha dan tuju untuk baik pulih dari masa ke semasa dlm hidup sehari2..normal la tu.
sembang agama bedesup2 tapi cakap kona2 lak..hehe

andi uttang said...
This comment has been removed by a blog administrator.