Jun 29, 2015

Tutup kedai Mamak?

(Al kisah isu nak tutup kedai Mamak sebab nak cegah maksiat-Mari sini aku cerita punca segala maksiat)


Pada suatu hari di sebuah taman perumahan, dekat taman permainan, sedang kanak kanak asyik bermain.., tiba-tiba mereka menjerit:

Ular!

Ular!

Ular!

Lalu datanglah penduduk kampung beramai ramai dan ternampak seekor ular sedang berkeliaran di padang permainan lalu dengan segara penduduk kampong bunuh ular tersebut, ular itu tidaklah besar mana, tapi boleh tahan bisanya dan ganasnya.

Suasanapun kembali aman damai, syukur Malaysia kembali aman.

Beberapa hari kemudian, sekali lagi penduduk kampung gempar apabila ada pulak ular lain yag datang kat taman permainan duniawi itu dan mengganggu kanak kanak, maka sekali lagi orang kampung datang dan membunuh ular tersebut sampai mampus!

Suasanapun kembali aman damai, syukur Malaysia masih aman.

Pada hari berikutnya kanak kanak disitu terus bermain dengan riang dan gembira kerana tiada lagi ular yang datang membuat onar.

Sekian, apa moralnya cerita ini..?

Ular!

Ular!

Ular!

Eh..?, ada lagi ular yang datang mengacau kanak kanak bermain.

Belum sempat aku buat moral of the story, terlihatlah akan kemunculan orang kampung yang menjadi pembunuh bersiri kepada ular ular misteri tersebut..

Akhirnya orang kampung bermuasyarat;

“Tak boleh jadi nih.., ni mesti ada punca kedatangan ular-ular  yang mengganggu ketenteraman kampung kita…”

“Ini semua salah Haji Kazim Takzim ketua kampung, biarkan lalang tinggi kerana bagi projek pada kontarktor kroni”

"Tak pun ini mungkin salah kedai Mamak, buang makanan yang jadi punca makanan ular.

“Jangan salahkan Ketua kampung atau Kedai Mamak sajer, jom kita cari dari mana punca ular ini datang, tentu ada sarang ular dekat kampong kita”

Hujah Ustaz sufi Supian.

Maka orang kampung mula lah bergerak dan mencari di manakan ‘punca’ kedatangan ular-ular tersebut, dan akhirnya terjumpalah akan sarang ular dekat hujung kampung dan di dalamnya ada ibu ular yang sangat besar, maka sekali lagi orang kampung menjadi pembunuh ular ..dan mampuslah ibu ular yang sangat besar itu mati diletupkan oleh orang kampong.

Macam cerita anaconda pulak rasanya babak ini, adohai..

Semenjak hari itu, kanak kanak di kampung itu terus bermain dengan riang dan gembira kerana ibu ular telah mampus dan tiada lagi anak ular yang berkeliaran membuat onar…

Sekian terima kasih

MORAL OF THE STORY:

Begitu jugaklah kita hari ni, hari-hari polis cegah maksiat dengan tangkap penjenayah yang terdiri daripada peragut,perogol, pembunuh, penyamun, perompak, dan dengan kerja sama orang ramai serta pihak polis, maka semua penjenayah yang ditangkap telah disumbat ke dalam penjara.

Tapi alih alih, surat kabar esok cerita pulak ada peragut,perogol, pembunuh, penyamun, perompak membuat onar, tapi ni penjenayah lain, bila masa mereka belajar ntah?…

Polis pun buat Ops besar besaran dan sudah dapat tangkap peragut,perogol, pembunuh, penyamun, perompak!.

Wow tahniah! tapi selang dua tiga hari muncul pulak : Perogol-bunuh-bakar!

Apa ke jadah? Kata Malaysia masih aman, tapi hari hari peragut,perogol, pembunuh, penyamun, perompak berkeliaran membuat onar!

Celaka sungguh!

Maka berkatalah ketua polis negara waktu tu dalam mesyuarat..

“Tak boleh jadi nih..ni mesti ada punca kedatangan peragut,perogol, pembunuh, penyamun, perompak yang mengganggu ketenteraman malaysia kita…”

“ni semua salah kerajaan, sebab tak nak buat hokum hudud”

"atau mungkin salah kedai Mamak sebab bukak 24 jam!"

Kata anak Idris Idrus yang sudah jadi polis.

“Jangan salahkan kerajaan sahaja atau kedai Mamak tanpa kita buat apa apa yang boleh improve, jom kita cari dari mana punca penjenayah ini datang, tentu ada sarang penjenayah dekat Negara kita ini”

Jawab cucu Sidik Tasdik, Polis muda.

Maka polis mula lah bergerak dan siasat dalam mencari di manakan punca kedatangan peragut,perogol, pembunuh, penyamun, perompak yang berleluasa di Malaysia Negara islam.

Apa ada pusat pendidikan jenayah kah di Negara kita?

Pendek cerita, selepas pihak polis menyiasat dengan bantuan pihak keretamayat…rupa-rupanya punca segala kemungkaran datang adalah dari amalan meninggalkan solat, kerana sembahyanglah yang mencegah kemungkaran!

Allah berfirman:

“Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar (Surah al-Ankabut: 45).

Rupa rupanya, peragut,perogol, pembunuh, penyamun, perompak yang berleluasa di Malaysia Negara islam ini adalah datang dari mereka-mereka yang meninggalkan solat!

Jadi jika sekiranya semua orang islam sembahyang bagus-bagus macam Nabi sembahyang maka pasti tak ada lagi org yang buat maksiat!

Pasti! Ini janji Allah dalam Al quran.

Maka, marilah kita mencegah mungkar dengan mengajar dan mengajak teman, anak, jiran, kawan, dan semua orang untuk membetulkan sembahyang kerana sesungguhnya, sembahyang itu mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar.

Ini agak deep, sila take note.


Kata aku di sebuah kedai Mamak yang free wifinya.

13 comments:

Anonymous said...

Aku tunggu2 jer kereta mayat bagi respond. mesti terbaik

thumb up!

Unknown said...

Haha.. Padu baq ang. Setepek kena kat muka.

cinta said...

Like.

Zyra Roxx said...

hahahhahahah as expected from hamka, thorbaik! ^_^

Fadzli Amir said...

Salam...Baguih dok ada...

Anonymous said...

ahaha. setujuuu

farisya said...

memang terbaik la kamu!!

kereta sewa shah alam said...

setuju sangat2..baru ada akai

hamka said...

Tarbiah Sentap: Korang lagi sentap jika tulis bab ni kot, hu hu

cinta: Like.

Zyra Roxx: ^_^


fadzli Amir: Baguih hang no

11:02 AM, JUNE 30, 2015
Anonymous said...
ahaha. setujuuu

farisya: Capati satu!

kereta sewa shah alam : keretamayat ada sewa tak?

Unknown said...

Good efforts. All the best for future posts. I have bookmarked you. Well done. I read and like this post. Thanks.
magento development company in uk

Unknown said...

Polis pun boleh dapat Hidayat kalau mcm tu, haha, terbaik!!

hamka said...

gerekgerakgerakkhas

Pemimpin tanpa nama said...

last2 mamak punya wifi upernye... Kisah nie nak ckp untung makan kedai mamak sbb wifi free je. Lain2 sampingan sahaja... Apapon ada isi jugak nak bawa..