Jun 10, 2015

Tangkuban Perahu dan Ilmu hitam?

(Aku berlindung kepada Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk,dan dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan, Dan dari bahaya apabila gelap, Dan dari kejahatan makhluk yang menghembus pada simpulan, Dan dari kejahatan orang yang dengki-Surah Al falaq)

Setibanya kami Laki bini di puncak gunung berapi Tangkuban Perahu, terus bau belerang menusuk hidung.

Abang Supir yang memandu kereta cadangkan aku memakai mask muka. Tapi tengok kiri kanan ramai yang tak pakai, akupun tak pakai sama.

Di puncak sana, cuaca sejuk, orang ramai dan abang Supir warga indon awal awal sudah nasihat, berhati hati dengan penjual barang yang agak memaksa dalam urusan jual beli.

Sewaktu kami laki bini meninjau-ninjau suasana gunung berapi dalam keadaan cuba nak relate kat mana bentuk perahu yang di jadikan nama gunung ini, seorang lelaki berjeket hitam muncul dan mengaku sebagai ejen pelancongan yang bertugas mengawal pelancong dari dikepung oleh penjual barang secara paksa.

Beliau siap tunjuk pas pekerja dan mula menceritakan asal usul nama gunung berapi dan sejarah berkaitan, beliau juga siap tolong ambil gambar kami laki bini.

Waktu nak balik, beliau datang dekat kereta dan buka beg suruh beli gading gajah berukir corak khat indon, akupun selamba tak nak beli, dan beliau mulai bengang! Katanya tadi ambil gambar patut dapat upah, dan sekurang-kurangya aku kena beli gading gajah tersebut.

Adohai terkena aku, tapi apa kejadah aku nak beli benda yang aku tak perlu, lalu aku masuk kereta dan tutup pintu, sedang beliau merenung tajam dengan pandangan mata yang menakutkan.

Aku suruh Supir jalan, dan bini menyatakan kebimbangan sebab katanya, mamat tadi seolah olah membaca serapah ilmu tuju-tuju kepada kereta kami.

Kata aku pada bini:

“Jangan bimbang sayang, ilmu hitam mereka tak boleh kenakan abang, sebab belerang gunung berapi telah tawarkan aura dia”

Woha!


Ps: Berhati hatilah dengan orang yang mengaku ejen tertentu terutama di Negara orang. Take note.
Post a Comment