Jun 23, 2015

Sains dan Agama. apa yang tak kena?

(Debat bersama Atheist- Neil deGrasse Tyson seorang pakar kajian sains Amarika)
Apa yang tak kena dengan gambar in

Apa yang tak kena dengan gambar ini?

Ada yang jawab-tudung tu palsu, ok betul. Sebab aku yang edit cover rambut sebab aurat, abaikan tudung tu, soalan aku, apa yang tak kena dengan gambar ini?

“Bibir tak warna merah habis…”,

Salah!

“Mata juling!”

Salah!

“Penataan cahaya yang salah”

 Salah jugak!

“if i’m not mistaken, bulu mata sebelah kiri perempuan macam ada yang tak kena”

Salah!

 “Pondan, pasti betul! Ha ha”

Salah!

"Bapok!"

Salah! Salah! salah!

Sebenarnya, akupun salah waktu meneka “What’s wrong with this photo?”

Alkisahnya begini, satu malam kat sebuah hotel, jam lebih kurang jam 3 pagi, aku tiba-tiba terjaga sedang TV masih terpasang.

Di kaca TV terlihat debat antara Atheist dan Paderi Kristian dalam rancangan StarTalk yang di Hostkan oleh Neil deGrasse Tyson seorang pakar kajian sains Amarika, manakala debat pula antara Evolutionary biologist Richard Dawkins mewakili puak Atheist(orang yang tidak percaya tuhan) bersama dengan Father Martin from Catholic Church mewakili puak yang percaya kepada Tuhan.

Tajuk debat mereka adalah:  “Science and religion”

“panas…”

Panas sebab aku lupa maximakan air cond waktu tidur tadi, so up air cond dan sambung menontong debat aetheist dan paderi.

Waktu tu dah hujung rancangan, sekali paderi tu cakap:

Paderi: But I often say this with the greatest respect for Professor Dawkins, I really do hope that when you comes to the end of your life and you meets and I believe this and you meets God, I hope you will be pleasantly surprised. I really do.

(tapi kan, saya sering fikirkan ini, dengan segala hormat Profesor Dawkins, saya benar-benar berharap bahawa apabila anda tiba saat  akhir hidup anda, saya sangat percaya,  anda  akan bertemu Tuhan, Saya berharap anda akan sangat terkejut. Pasti.)

Atheist:  I would ask God back, why did you create a world that was so convincing of your absence?

(saya akan tanya tuhan balik, kenapa cipta dunia terlalu sempurna sehingga seolah olah Tuhan tidak wujud?)

Paderi : That is faith!

(itulah iman!)

Atheist: Wow!

Aku yang sedang menonton teringat akan ayat suci Al quran surah Al Mulk yang menceritakan kesempurnaan ciptaan Allah tentang alam ini.

“Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis; engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandangan - (mu) - dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan? 

Kemudian ulangilah pandangan (mu) berkali-kali, nescaya pandanganmu itu akan berbalik kepadamu dengan hampa (daripada melihat sebarang kecacatan ciptaan Allah), sedang ia pula berkeadaan lemah lesu (kerana habis tenaga dengan sia-sia)"

 Surah Al Mulk ayat 3 dan 4.”

Dari ayat ini, jelas Allah bagitahu betapa sempurnya alam ciptaan-Nya sehingga dari debat tadi, orang atheist boleh anggap dunia ini terjadi dengan sendiri bila pandang segala dalam dunia ini logic dengan sains dan formulanya, itulah kuasa Allah yang mencipta dengan sempurna.

Dalam forum lain, aku pernah dengat, segala teori dan formula fizik serta sains dalam dunia ini, telah wujud sebelum Big Bang. Deep sungguh!

Balik pada gambar di atas, itu bukan salah make up, atau gambar pondan, 

Sebenarnya gambar itu adalah lukisan, dilukis dengan tangan manusia selama 70 jam, tapi rata rata orang bila ditanya tak akan sangka lukisan sebegitu sempurna dilukis oleh manusia, mereka akan cakap, ini mesti guna kamere, akupun sama, tapi cuba check laman web ini,  airbrushworkshops.com korang akan terkejut! 


Begitulah yang berlaku pada orang yang tidak mengaku bahawa alam ini dijadikan Tuhan sebab perfect sangat, tapi itulah, nak buktikan alam ini dijadikan tuhan guna sains atau klik laman web memang tak boleh, kerana itulah Iman.

Iman=Percaya pada yang ghaib. Seolahnya percaya kat aku tanpa klik website tu, begitulah ‘iman’ tentang gambar ini adalah lukisan bukan foto.

Hujung debat aman antara paderi dan Atheist itu, si Atheist menekankan pembuktian melalui sains akan kewujudan Tuhan. Lalu jawab paderi:

“Buktikan juga melalui sains, akan bagaimana alam ini bermula, what something that begins us?”

Jawab si atheist:  By the way, I don't presume that everything has to have a cause. That's just how the world has manifested thus far.

Paderi: But isn't that a scientific sort of cause and effect? Isn't that one of the bases of science, cause and effect?

Atheist : It's gotten us very far, but I don't.

Paderi : I mean, when you do an experiment, don't you look at cause and effect?

Atheist: Yes. But what I'm saying is, I don't then say the whole universe has to follow this rule. I'm open enough to other possibilities that maybe the universe always was.

Paderi: But see, I, in that case am probably being more logical and scientific. I would say that the human mind, as we understand it, presumes causes and effects, and at some point you have to have this kind of uncaused cause because it doesn't make sense to have this infinite regress. And by that, I say that's God.

Atheist: A quote that I utter that now I've seen on T-shirts, but I'm happy to repeat it here, is that the universe is under no obligation to make sense to us.

Paderi: Neither is God.

Atheist: Woha! I think we've got to wrap it up there.

End.

Kesimpulannya, apabila di desak oleh paderi tentang bukti kewujudan permulaan cakerawala, maka Aethis bersetuju bahawa dalam dunia sains hari ini, berkenaan ilmu cakerwala, bukan menjadi kewajipan untuk menjawab semua persoalan, mungkin betul alam cakerewala ini memang diluar akal manusia,  maka jawab paderi bersahaja, begitulah juga Tuhan. Di luar akal manusia.

Sekian.


Ps: Jangan pulak korang tuduh aku murtad sebab sokong paderi dalam rancangan Star Talk tu, anggap macam kes Abu Bakar r.a yang mana sewaktu Rom berperang dengan Parsi (agama Majusi) maka Abu Bakar menyokong Rom sebab mereka adalah ahli kitab. Wallahu’lam.

5 comments:

rayNVern said...

1st

khairi mohamad said...

salams,

lama tak mai. Nice posting Hamka. Alhamdulillah, aku pun tgk vdo tu kat youtube. its not about christian vs atheist, tapi faith vs faithless.

semakin jauh blog ni dari politik, semakin menarik.

Anonymous said...

hai, ini lukisan.. Betul tak.. betul tak?

(jawapan ni tak ambik drp blog hamka). saya tengok gambar terus komen.

Hamka Kereta Mayat said...

Tahniah rayNvern

Terima kasih Khairi mohamad,-nak minta maaf sempena bulan puasa yang mulia ni sebab mungkin pernah terkutuk dan terkasar dengan para pembaca.

hu hu..

Che Jee said...

Sy akan terangkan maksud gambar tu. Gambar tu x pakai tudung so admin lukis dgn tangan sendiri tutup la dgn dakwat hitam... Betul tak IB?? Gotcha