Jun 2, 2015

Hukum Melatah sambil mencarut?

(Tidak sengaja tidak berdosa, Tapi dot dot dot)



Satu hari di sebuah kedai makan segara, sepasang Laki bini sedang beratur untuk makan ayam goreng atau burger barangkali.

Si Laki berpakaian macam Ustaz siap dengan serban dan jubah, manakala Puan Bini bertudung hitam dan berbaju coklat.

Selaki-sekala Si Laki mengurut ngurutkan janggut yang lebat di dagu sedang mulut bergerak bergerak seolah-olah sedang berzikir, manakala Puan bini kelihatan tenang seolah olah diliputi sakinah.

Mana tahu? Tiba tiba seekor lipas melintas bawah kaki Puan Bini membuatkan si bini melatah:

“Opocot!  Mak kau!”

Hampir separuh orang ramai yang berada dalam kedai makan itu, gelak dengan aksi spontan perempuan bertudung hitam dan berbaju coklat itu,  sebab jeritan perempuan itu agak kuat.

Aku rasa, orang ramai gelak sebab dari pakaian berunsur islamik dari pasangan laki bini tadi, sepatutnya mereka melatah dengan ayat ayat versi islamik sepeti: “MasyaAllah” atau, “Subhanallah” atau “Allahuakbar”

Tak lama orang gelak, Si laki yang berpakaian ala ustaz terus tegur Puan Bini:

“Itulah awak, berapa kali saya nak cakap, banyak kan zikir, apa yang ada dalam hati, itu yang akan keluar waktu melatah! Nampaknya hati awak belum ada kebesaran Allah!”

Wah, dahsyat sungguh ceramah spontan lelaki berserban dan berjubah kepada Puan Bininya.

Bininya senyum malu, sebelah tangan tutup mulut, dan sebalah tangan lagi di cucuk pinggan Lakinya yang berpakaian ala-ala ustaz tu.

Terus si Ustaz melatah:

“Tanjat Boboi!”

Woha!

Ps: Hukum melatah dengan mencarut adalah berdosa jika ianya datang dari 'latihan', wallahu’lam.
Post a Comment