Sekadar gambar hiasan |
Jan 30, 2014
Politik oh Politik?
(Aku harap akan ada jawapan bernas dari pihak PAS tentang isu pergolakan PKR yang nampaknya sedang memperbodohkan rakyat..)
Dulu penyakit sebar berita tanpa kaji bermula dengan surat
layang, lepas tu masuk zaman internet, mereka guna email, Facebook, dan terkni,
penyakit ni datang lagi, melalui medium Whatsapp.
Nampaknya, taknologi jer yang berubah, tapi kebodohan serta
kejahilan manusia tak pernah berubah, dalam whatsapp, geng geng ‘politik’ di
Malaysia suka share berita fitnah, lepas tu tulis:
“tak tahu betul ke salah, just share..”
Apa punya bangang! Kalau tak tahu betul ke salah, lebih baik
diam. Sebab jika betul jadi mengumpat, jika salah jadi fitnah, dua dua tu
berdosa.
Bila aku tegur dalam whatsapp dengan tulis:
“nak share berita tu kaji dulu, hati hati dalam sebar
cerita, orang politik sila take note”
Tapi geng politik jawab:
“Islam dan politik tak boleh dipisahkan”
Aku jawab:
“Kerana islam dan ‘politik’ tak boleh dipisahkan: kenalah
ikut cara islam, rujuk surah al hujarat ayat-6”
Member yang lain pulak balas:
“pisahkan politik dan islam adalah sekular”
Aku jawab balik:
“Orang suruh ikut al quran di tuduh sekular, apa punya
bangang politik macam ni.!”
Tiba tiba yang komen tu left group. KAH KAH KAH!.
Lepas tu aku pulak kena remove oleh admin.KAH KAH KAH!
Politik islam lah sangat.., ! (tangan ke bahu, mata ke atas)
Tengok politik kat Malaysia ni, tak nampak macam politik
islam pun..,
Sebab?
Bila pemimpin kumpulan lain buat silap, politik korang ajar,
boleh mengumpat, pemimpin mesti ditegur,
Tapi bila pemimpin korang buat silap yang sama, politik
korang ajar, tak elok sangka buruk, tak elok buka aib orang, adohai..
Cara islam ke tu? Double standard?, bias?, sentimen?
Kalau ikut hadith, Inilah yang di katakan pagi beriman
(sebab menentang kemungkaran parti lawan) tapi petang kafir (sebab menyokong
kemungkaran parti sendiri)
Selemah lemah iman mencegah dengan hati, tapi korang siap
sokong lagi, ke mana iman korang? Adohai...
Aku ada ramai kawan yang bijak pandai, tapi bila bab masuk
bab politik, tiba tiba jer jadi bodoh dan bangang!
Nasihat aku, cukup-cukuplah jadi bodoh kerana politik dengan
cara dedah aib musuh, tapi bela aib kawan sendiri.., Nabi Muhammad SAW bila
Aisyah dituduh berzina, Nabi tak emosi dan terus bela macam korang bela ahli
parti, nabi tak cakap, ini semua konspirasi, tapi Nabi siasat dulu, malahan
Nabi cakap, jika Fatimah mencuri aku sendiri akan potong tangannya, bukan macam
korang.., ahli parti saya baik baik belaka, mana ada berzina?, video besi tak
boleh jadi saksi, tapi jika kumpulan lagi satu buat silap, tak ada bukti terus
sebar, takde video, gambar edit pun cukup untuk percaya, itulah budaya politik
sempit yang memalukan nama islam..
Akhir kata, Kajang apa cerita ni bang?
Aku harap akan ada jawapan bernas dengan unsur ‘islam dan
politik tidak boleh dipisahkan’ tentang isu pergolakan PKR yang nampaknya
sedang memperbodohkan rakyat. Adohai..
Ps: Orang yang benar adalah mereka yang apabila terbukti
bersalah, maka mereka mengaku bersalah dan membaiki kesalahan. Orang ‘politik’
sila take note.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
58 comments:
Penyakit
Orang
Lemah
Iman
Tetapi
Inginkan
Kuasa
Hakikat p.o.l.i.t.i.k.....
Ibnu Hatari chaidrinker.blogspot.com
tu politik cakap sambil korek idung...
kajang pak malau kajang berlipat..
memang nak kena lipat..
isu di kajang tu salah umno, sebab ahli pkr ni ramai bekas ahli umno, tak pelik membawa budaya umno yang jijik dalam parti.
berpolitik mengikut islam inshaAllah selamat....tapi kalau islam kena ikut politik.., jadilah macam pkr sekarang. pas pun tak boleh tegur kawan sendiri, ada hati nak tegur orang lain.
Orang PAS ni double standard bias. Bila Anwar buat salah siap ada bukti video diorang bela. Bila Najib kes altantuya yang takde bukti tu diorang sebut2 smpai skrg walauoun xda kesahihanya. Katanya sokong Islam, tapi fitnah dibolehkan. Lawak....
Relakah orang PAS duduk di bawah org kafir DAP? Pas ni parti angguk ke? Guan eng tu dh berapa lama kononnya kata korang bersahabat baik dgn pas, tp tak masuk islam pun. So dari situ dh nmpk ada udang di sebalik batu. Cina komunis bukan boleh percaya. Ambik contoh sekolah cina sudah, budak melayu yg gi belajar semua dpt pengalaman apabila diskriminasi kaum belajar di sana, dpt layanan buruk. Jadi apa yg anda rasa akan jadi kalau cina kafir dap ni memerintah? Takkan dia nak bagi anda emas kot? You should know, org politik tu dh teruk, tambahan lagi kalau dia kafir mana ada hati perut.
Aku harap kereta mayat tak delete komen aku, aku nk tgk apa org pas nk reply
Saya boleh katakan semua yang berlaku di Kajang ketika ini konspirasi jahat UMNO-BN untuk menawan DUN Kajang. Jadi semua salah UMNO-BN
I hate politics.... simple as that.
semuanya tak boleh dipercayai
hidayah itu milik Allah.walaupun juak PAS berkawan dgn DAP dan berusaha utk mengislamkan depa,tapi selagi Allah tak buka pintu hidayah dorg takkan jadi.kita hanya buat kerja kita dlm dakwah,menang atau kalah,terima atau tidak serah pada Allah....
bersangka baik...apa yg bakal berlaku di Kajang adalah sebagai langkah pertama utk menumbangkan najib kankung dan menakluk putrajaya dari tgn UMNONGOK
Bodoh bahalul punya statement. Takde otak.
Kalau nak tumpaskan umnongok tu tak perlukan anwar dikajang. Apa rasionalnya? Hanya org2 bodoh jer yg percaya dgn alasan2 bahalul anwar. Apa punya lemah kerajaan selangor hingga tak boleh selesaikan masalah kecil pkns tu? Alasan semata-mata. bagus la, teruslah jadi lembu dap.
mu pun sama. Benda BN buat seme molek. semua okey. Bangang.
apa beza mu dengan org-org PKR dan PAS yang bangang kalau orang cerdik dan pandai menulis macam mu pun ikut sama bangang?
selalu bagi contoh Rasulullah saw. Tapi mu tulis pun tak ikut rasulullah.
mu tulis politik kebencian.
Hamka nak belanja satey kajang le tewwww.jangan lupa ajak kawe..
aku bukan org politik tapi aku nak take note juga.
bab agama ko kira ok la, not bad... tapi bab politik ko memang totaly bodoh woha!
Bab politik serah kat Anuar Ibrahim, dia jauh lebih bijak dari hang!
PAS lah yg mula ajar benci dikepalai haprak bernama Nik Aziz yg sayangkan kafiruun tetapi bencikan Melayu Muslim. Islam diperalatkan. Mangkuk.
maka, di sini aku melihat si pengecut dan si pengkeji, mengata tanpa bicara dan berani berkata tanpa berani menonjol diri.. bila berbicara bagaikan pedang yang bermata tumpul, nk menebas org tp takut mata pedang terkena diri sendiri, maka ditumpulkan pedangnya. berbicara tanpa unsur fakta dan mengeluarkan ayat2 berbaur fitnah lagi kesat. sedangkan dia x menyedari keenakkan daging saudaranya diratahi. maka kau berfikirlah dari sudut kecil hatimu, adakah anda selayaknya berbicara tentang keburukan org, sedangkan minyak panas mu sendiri tumpah tika berdiskusi, akhirnya sendiri terkena tempias. jgnlah berbicara jika diri hanya melepaskan nafsu semata, sedangkan diam itu adalah lebih indah.
-detective nie-
betul ckap bro hamka, ikut quran pun salah dunia skang... dah terang lagi bersuluh al Quran ni Perjanjian Akhir, lagi orang mau cari benda2 karut lain utk selamat, ancient alien lah, ape lah..
Aku rasa kau yg bengap. Apa yg dia ckp betul, tp sebab ko sentimen parti ko ckp org bodoh. Haish kesiann... ko ni bila parti ko salah ko diam, parti org lain salah ko riuh satu kampung. Pas pis pus
Ya aku setuju.
Hamka tak pandai politik.
Sebab dia tak pandai menipu rakyat macam Anwar. Mana janji Anwar kalah pru13 mahu bersara dunia politik?
Pas bahalul tak boleh ditegur dan tak dpt terima yg dia parti angguk dlm pakatan rakyat. Parti paling lemah, takdak tindakan, hanya pandai mengkritik tp tak ada pembaharuan dan faedah untuk rakyat
bila org tgh bising pasal harga minyak naik... dia diam
bila Pn. Rosmah guna jet peribadi... dia diam
bila org bising isu kangkung... dia diam
bila anwar nak bertanding dun kajang... dia naik hantu
cuba teka, siapakah dia?
politik itu umpama kolam selut, sesiapa yg masuk politik pasti akan terpalit juga kotornya. tak ada siapa pn yg betul-betul bersih, baik parti tu atau parti ni. pada pandangan saya adalah bagus jika DSA mengambil tempat adun kajang yang berbangsa cina itu, meramaikan lagi adun melayu di selangor. bukan ke sepatutnya parti kebangsaan berbangga dan menyokong hal ini? MP pandan sendiri minta maaf dalam blognya sebab duit rakyat terbazir dengan PRK ni..pernah dengar mana-mana MP atau adun BN minta maaf kerana membazirkan duit rakyat? Pernah? PRK kuala besut saja dah berjuta duit rakyat dihabiskan. Kalau sebab DSA bertanding di kajang dikatakan gila kuasa, rasanya semua yang bertanding dalam PRU pun dikira gila kuasa. di kajang, belum tentu pun lagi DSA akan menang. sudah tentu PR ada strategi atau sebabnya..ini soal dalaman parti. pendirian saya, lebih baik berbaik sangka, kerana bila kata-kata dikeluarkan dari sentimen dan judgemental, pasti yang buruk saja keluar. elakkan justifikasi dibuat secara tidak adil. jika ada di depan kamu 2 benda yang buruk, pilihlah yang mana lebih kurang buruknya. waallahualam.
Rasanya semua anonymous di atas,semua batang tubuh yang sama. Tiada adab lagi tak nampak kebijaksanaan dalam berkata-kata. Sekalipun anda bersetuju dengan blogger kereta mayat dan tidak bersetuju dengan mereka yang lain,haruslah menjaga tatatertib dalam memberi pandangan dan hujah. Jika tidak,kebijaksanaan dalam point2 anda walaupun mungkin ada betulnya,tapi sebabkan akhlak tiada,terus hilang sifat kebijaksanaan anda. Malah pengecut nak menonjolkan diri. Wallahu'alam.
Salam encik empunya blog kereta mayat. Setelah sekian lama tak menyinggah di sini :)
Terima kasih atas perkongsian. Tidak dapat dinafikan PAS mempunyai kekurangan bukan sedikit malah banyak. Adakah anda pernah mengikuti tarbiyyah PAS? Adakah anda pernah mengetahui sejarah jatuh bangun perjuangan PAS? Melihat kepada gaya penulisan anda,boleh nampak dengan jelas lagi nyata,anda sememangnya tidak pernah mengikuti tarbiyyah PAS. Dalam kalangan pimpinan PAS sendiri,ramai juga yang membantah dan menegur kesalahan pemimpin PAS sendiri. Tapi malang sekali,sebab anda tak mengikuti tarbiyyah PAS,anda tidak tahu mungkin. Khilaf anda mungkin,jadi dimaafkan :)
Melihat kepada isu Kajang,sememangnya PAS sendiri akui kepayahan dalam bekerjasama dengan DAP dan PKR terutama sekali. Memandangkan penubuhan PKR sendiri dari perpecahan ahli UMNO sendiri. Fikrah UMNO susah nak hilang dari pemimpin PKR. Fikrah rebut jawatan,etc. Jika melihat kepada mana2 pilihan raya umum mahupun pilihan raya kecil,jentera PAS yang banyak bertungkus lumus dalam merayu undi. Bab provokasi banyak dalam kalangan penyokong PKR sendiri. Mungkin tarbiyyah membezakan jentera kedua-dua parti ini. Begitu juga pemimpin kedua-dua parti. PAS melihat kerjasama ini suatu cabaran.
Kadang dilihat,pemimpin PKR dua kali lima dengan UMNO. So kenapa PAS tak bergabung dengan UMNO juga? "Bila terdapat dua perkara yang mudarat,pilih yang kurang mudarat." Memandangkan dasar perjuangan PKR juga sama dengan PAS. Cuma yang kurang dari sgi tarbiyyah. Tetapi dengan kerjasama dengan PKR juga,PAS banyak belajar dalam pengurusan pentadbiran.
Islam itu sempurna. Islam itu mulia. Hendak belajar Islam kena dengan membaca quran,berguru dalam pelajari kitab2. Jika melihat kepada individu tertentu semata,nescaya seseorang itu tidak akan nampak kesempurnaan Islam. Sebab tiap individu itu tidak maksum malah hina,banyak kekurangan. Konsep yang sama,boleh kita guna pakai dalam mengenal sesuatu parti/jemaah. Jangan hanya lihat pada pemimpin semata,tapi apa dasar perjuangan parti/jemaah. Tak kira apa jemaah sekalipun. Jika lihat kepada pimpinan semata,tidak dapat dinafikan dalam kalangan pimpinan UMNO sendir,terdapat beberapa pimpinan yang hebat,berkaliber dan telus. Tapi sayang,dasar perjuangan parti membuatkan pimpinan yang bagus dalam UMNO tidak ubah seperti gajah putih. Tidak dapat mengubah dasar tersebut.
Saya hanyalah generasi Y yang mengambil langkah untuk memerhati suasana dunia hari ini dan menyumbang mana yang mampu. Menjadi pejuang papan kekunci tanpa meningkatkan amal dan menyumbang pada Islam hanyalah pejuang maya. Mohon take note. Dengan kelebihan encik kereta mayat,mengapa tidak mahu menyumbang pada jemaah PAS sendiri yang banyak lagi perkara yang harus diperbaiki malah sangat memerlukan pendokong2 yang punya adab dan akhlak seperti tuan.
Rugi jika kelebihan tuan macam salah tempat. Jika tuan jelik dengan politik Malaysia,seharusnya adil dalam menegur atau lebih tepat lagi menghentam kedua-dua parti. Benarlah,sungguh dunia dan segala isinya tidak pernah berlaku adil. Hanya Allah 'azza wajalla yang Maha Adil.
Khilaf saya dalam kekurangan penjelasan di atas. Wallahu'alam.
Islam dan politik tak boleh dipisahkan”
Aku jawab:
“Kerana islam dan ‘politik’ tak boleh dipisahkan: kenalah ikut cara islam, rujuk surah al hujarat ayat-6”
(( minta penjelasan lebih detail tentang ayat ni sedara))
Member yang lain pulak balas:
“pisahkan politik dan islam adalah sekular”
Aku jawab balik:
“Orang suruh ikut al quran di tuduh sekular, apa punya bangang politik macam ni.!”
(( apa yg dia faham dengan apa yang ko faham berbeza, dia fahamkan politik tidak boleh dipisahkan dengan islam, ini menjadikan politik itu menjadi sekular...sedangkan apa yang ko maksudkan tinggalkan politik ambil islam sahaja ))
Tiba tiba yang komen tu left group. KAH KAH KAH!.
((Aku boleh berdebat dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku tidak boleh berhujah dengan seorang yang jahil-Imam Shafiee))
Lepas tu aku pulak kena remove oleh admin.KAH KAH KAH!
(( memang patut pon))
Politik islam lah sangat.., ! (tangan ke bahu, mata ke atas)
(( keatas kamu juga deep lah sgt))
Anda cakap pung pang pung pang tapi takda point langsung. Pas masih lagi parti angguk dalam pr. Itu tak boleh dinafikan. Dap ibarat ketua dlm pr
Teruslah menyokong parti kafir DAP yg mempunyai hubungan dengan PAP Singapura. Itulah bila dikata buta sejarah, dia jawab pulak "sejarah tipu". Adoi kira komunis ni baik2 semua ye?
"Isu harga barang naik kenapa kau diam???...bila PR buat salah terus update kat blog ea??....dah nampak dah permainan kau...."
Hamka said:
“kau ketinggalan kisah laki bini bab aku kritik harga naik, (rujuk part 525), kau ketinggaln kisah laki bini bab isteri menteri tak tutup aurat (rujuk part 312) tapi biasalah fitnah ni kan mainan korang, nak tuduh tu bagi fakta, itu belum aku bagi link dekat blog, orang bangang macam ni lah yang rosakkan islam dan politik,
Aku tak faham kenapa penyokong politik tak boleh jadi macam penyokong bola sepak?
Dalam menonton sukan bola sepak, bila tengok pasukan bolak sepak sedang lawan bola, contoh jika Harimau Melaya berjaya jaringkan gol dengan kemas dan cantik, maka semua penyokong harimau Melaya akan puji, respek.., penyokong pihak lawan pun hormat, tapi bila pasukan bola kita buat silap, semua orang akan kutuk, kritik.., walaupun pasukan kegemaran mereka, tapi bila main tak betul, orang akan tegur, kiritik atau kutuk..
Tapi dalam bab politik, kenapa mesti jadi pencacai bila semua tindakan parti korang kena sokong?, jika perkara betul korang nak sokong aku tak kisah, tapi benda salahpun nak di pertahankan? nak sokong?, siap bagi dalil ugama yang ambik separuh separuh?, lepas tu fitnah pulak sana sini, ni yang buat politik malayisia jadi kotor.
Sila take note, ini tak deep langsung!
betul la orang cakap jemaah tabligh ni tak suka belajar ilmu
Benarkah Politik Tidak wujud Di Dalam Islam
http://www.youtube.com/watch?v=WQ0z1FtOekc
Politik Dalam Islam
http://www.youtube.com/watch?v=jLayBuF-OnY
Bolehkah ISLAM & POLITIK Dicampur Adukkan
http://www.youtube.com/watch?v=qgxSlYlLEGE
POLITIK ITU SOAL PENGURUSAN NEGARA
http://www.youtube.com/watch?v=TRspvEoqzPk
Tanggungjawab kita WAJIB mengundi
http://www.youtube.com/watch?v=v4zMZAwbFb4
http://zulyusoff.blogspot.com/2006/09/fatwa-mengenai-demokrasi.html
Macam ni lah
mcm geng tabligh ikut sunah nabi dakwah rumah ke rumah( ini namanya method atau pon cara)...itu dah tentu lah bagus... tapi ada setengah geng tabligh tak pandai jaga mata, meliar jer mata( kisah benar ) ...kat rumah tu ada anak dara ada bermacam macam lagi... cara itu tak salah yang salah pada mata yang tidak merendah kan pandangan tu yang salah
ada dalam satu surau atau masjid ustaz dan orang surau sedang buat kuliah agama...geng tabligh pi belakang buat bulatan borak sesama mereka gelak gelak( kisah benar )
ada yang tak ramai masuk jer time kuliah angkat kaki duduk kat luar masjid sorang sorang termenung bezikir kot...( kisah benar jugak)
ini aku bagi contoh jer...mak aku siap kutuk kutuk dorang ni...jadi kerja kau pertahan kan geng tabligh ni pasal sungguh aku menyokong perjuangan tabligh ni tak bohong punya walaupon aku tak terasa hati langsong nak ke pergi india...
ini pon tak deep, cuma susah nak difahami zombie berserban yang cucuk vaksin kat badan jer
LALAT
.jadi kerja 'kau' pertahan kan geng tabligh ni pasal sungguh aku menyokong perjuangan tabligh ni
kau ganti ngan 'aku'
Kepada yang masih anggap tiada politik didalam jemaah PAS boleh lihat di thread ini sebab panjang sangat hendak dijelaskan... saya dan rakan-rakan sudah terangkan panjang lebar didalam forum tersebut...
http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=15125&postdays=0&postorder=asc&start=0
Serban7
pembetulan *jemaah tabligh
hihi :)
Tuan Hamka dijemput komen...
Serban7
sebenarnya... dh lama aku cari..
dah lama aku kaji...
ramai ustaz aku dh tanya..
banyak buku aku dh baca..
banyak jmaah aku dh uji..
byk kwn2 aku dh diskusi...
aku mmg xjumpa parti zmn nabi..
pilihanraya jauh sekali..
dgn BN aku xpernah serasi,xpernah kenan di hati..
pas, dh makin tawar hati
dah makin aku benci..
cukup2 la jual agama hnya utk tadbir negara.
ayat org jahat ( pergi mampos la dgn politik)
* bkn jemaah tabliq, bkn jemaah sidiq, bkn jemaah amanah, bkn jgk jemaah fatonah... jemaah haji insyaallah
Memang anda juga 'ada' point sangat :)
Sebab mungkin anda tak lain hanyalah keyboard warrior~
Eh eh dan anda masih ber-anonymous :3
cukuplah orang politik mainkan agama dan ayat suci al quran utk kepentingan dunia.....hidup buat tak tau, mati nnt baru tau....
932irmujahidah,
indah bahasa saudari. saya pasti niat saudari menyokong PAS amat baik. walaupun saya penyokong BN, saya terbuka kepada kritikan tentang keburukan BN daripada sesiapa pun. yang mana buruk, saya pun kritik sama.
cuma, sedarlah DAP adalah musuh Islam yang nyata. berkompromi dengan mereka, akan menjatuhkan Islam sama sekali. kalau pentadbiran sekarang tidak Islamik, DAP akan menghapuskan Islam sama sekali dari tanahair kita ni. tak perlu percaya tulisan saya ni. tapi kaji sejarah, kenali watak dan perjuangan DAP. husnuzon memang baik, tapi berhati-hatilah dengan musuh Islam yang licik.
untuk anda dan semua penyokong PAS : fahamilah, Nik Aziz, Hadi Awang juga manusia biasa.
irmujahidah....
tinggalkn dunia politik sebelum terlewat... jgn menyesal kemudian hari.. xkira parti mana pun. semua amalkn perkara yg allah tegah.
Hamka, aku setuju dalam politik ada senario itu semua. Dan Hamka, aku juga sangat percaya dalam bola sepak Malaysia juga terjadi perkara begini malah lebih teruk kebanggangannya. Team A kata kami fans kami tak buat macam tu, itu semua provokasi fans lawan, Team B kata, fans kami jaga solat, solat di stadium, tak mungkin kami baling batu dari luar. Ah, semuanya kebanggangan pada aku. Mohon pak Hamka bincangkan.
yess last..kau ni hamka mmg Allah bg kelebihan sbb buat kerja agama,kau punya fikir tggi,ini baru org biasa dlm jemaah,klau yg tawajuh x main internet kat luar sna nu lg la.
.kepada mereka2 yg ddtggi jemaah tabligh brlapang dada lah,insyaAllah moga2 dberi hidayah dn kbaikkn dunia dn akhirat..tasbih kafarah.
saya nk cadangi tuan hamka supayai beri hentaman pada kerajaan kita sekeras-kerasnya mcmmana pas n the gang dok kena,,biar depa tau yg kita x mnyebelahkn mana2 kepihakkn..
wa sokong sama lu
Kalo berani bg la no ic, no hp sekali..takat letak username yg ntah betul ntah tak betul /fake x payah la nak ckp org pengecut..atau nak ckp tulisan mereka x nmpk bijak.
Gen y rupanya..patut x kenal pas sangat.
Cuba ckp apa yg umno buat pas x ikut buat walhal masa umno buat dia lah jaguh mengutuk no. Wahid. Sekadar cth, satu ketika dulu umno dituduh anti ulamak masa zaman umno selisih pendapat dgn mufti selangor berhubung kes serbuan ratu cantik melayu. Skrg tgk bgimana pas dgn mufti2 esp mufti perak? Dulu umno dtuduh derhaka kpd raja rentetan menghad kuasa raja2/sultan.skrg tgk pula bgimana pas dgn sultan perak? Tu baru sikit contoh, gen y mmg x nmpk sbb mereka belum lahir pun ms solat 2 imam dan takfir berleluasa di kalangan penganut pas terhadap org umno.
'cukup2 la jual agama hnya utk tadbir negara'
kalau lah ini disebut jual agama bagaimana dengan cina dan india yang menyokong perjuangan PAS...
dorang membeli agama ker?
islam tu bukan sekadar agama, islam itu cara hidup! ngok!
kepada Hamka and the gang, abaikan kritikan macai pas kepada tabligh.
kami perlukan undi anda.
bukan semua orang pas tak suka tabligh. kekalkan undi anda pada kami.
terima kasih.
jangan di keji sangat orang tabligh yang boleh mengundi ini, mohon kawan kawan guna strategi merayu undi dengan bijak, baru orang tabligh bagi undi pada kiter. pilihan raya kecil sudah dekat, ubah perangai sekarang jika mahu memang PRU akan datang.
Takbir!
Salam Kawan,
Aku xpandai nk tulis pjg² n cantik² bg org baca.
Ku paste link ie utk org sume tgk nilam dan faham.
https://www.youtube.com/watch?v=dcRpgR7fn8I
Hamka pn leh tgk.. kalau ade mase.
Bukan niat nk malukan sape²..
Utk lepas tangungjawap kat sane nnt.
Jgn la kt jd penyokong org yang lawan perintah Allah.
Islam didahulukan
Allah Ditaati.
Tq
Whoaaaa! *kagum.lagi?
Hmm tuu laaa.menyesal ambil tahu politik ni.tak berkembang minda. :3
Whoaaaa! *kagum
hmm,tuu laa.org pas ni tak join tarbiyyah.tak solat jemaah kt masjid.kurang tarbiyyah nak saling menegur.adeh silap besar lagi. :3
MasyaAllah...
MasyaAllah...
MasyaAllah...
(Baca dalam loghat India sambil geleng-gelengkan kepala)
oleh sebab ada orang PAS mintak maaf, maka aku maafkan kamu.
:)
kesimpulannya:
orang politik ni cakap banyak putar belit, baik BN atau PR, bodoh jer percaya
Kihkihkih... Relak lah bro.. Trol je tu.. Tak kan tak faham..
Kalau PR tuh betol sgt tak akan ade pemimpin jual filll qhuda??
Ramai ustaz2 yg mane sebelom ini support kuat Pas tapi akhir2 ni telah dh x berminat dgn tapi bukan bermakne sokong Amno
adohai
Siti Aisyah r.ha pernah di pelawa menghadir majlis makan-makan selepas zaman Nabi, lantas apabila Aisyah menyuapkan makanan ke mulutnya, Aisyah r.aha telah menangis.
Sedang air mata mengalir di pipi, beliau berkata.
“Rasululullah SAW tak pernah makan roti yang sebegini lembut semasa hayatnya bersamaku..”
Aisyah berkata lagi…
“Roti yang biasa Nabi Muhammad SAW makan, adalah roti yang keras dan murah, itupun baginda tidak dapat makan sampai kenyang..(kerana sedikit sahaja yang ada dan sering di bahagi-bahagikan)”
Islam ada jalan lurusnya sendiri menuju destinasi yang pasti namun mengapakah jalan berliku dipilih untuk menaikkan islam itu?
Jalan lurus itu terbentang dipetakan AlQuran dan kita dibekalkan kompas AlHadis sebagai penunjuk.ulamak sebagai penyuluh namun kita kian masuk kepersimpangan yang konon dari persimpangan itu kita akan menuju jua destinasi melalui jalan lain.
Padahal kita kian sesat dipersimpangan yang semakin kita masuk semakin banyak pula persimpangannya.sehingga jalan lurus itu semakin jauh dari kita hatta untuk kembali pun menjadi agak mustahil.
Lalu masing masing mengatakan inilah jalannya,inilah jalannya,dalam bingung itu kita semakin jauh tersesat.
.Sesungguhnya kalian akan mengikuti orang-orang sebelum kalian sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, bahkan sekiranya mereka masuk ke dalam lubang biawak pun pasti kalian turut mengikutinya.” Kami (sahabat) bertanya, “Wahai Rasulullah, adakah yang diikuti itu Yahudi dan Nasrani?” Baginda menjawab, “Siapa lagi?” (Sahih Muslim
Baca maksud surah AlFateha yang antaranya "tunjukkanlah kami jalan yang lurus"
Iaitu jalan mereka yang berolih nikmat"
"Bukan jalan mereka yang engkau murkai"
"Bukan jalan mereka yang engkau sesatkan"
Namun kita masih saja redha menuruti dan menganuti jalan yahudi dan nasara itu dan berbangga melaungkan kalimah ketika melangkah kian berpecah disetiap liku yang kian bersimpang.
Post a Comment