Jan 17, 2014

Apa agama Ultraman?

(masa aku kecik, cita cita aku menjadi salah seorang juruteknik di pejabat MAT (Monster Attack Team), dapat jaga panel radarpun dah ok, he he)

Aku tak boleh terima jika ada orang bercakap tanpa fakta lalu share di FB atau forward email, memang aku akan angin satu badan, dipendekkan cerita, maka terlihatlah dari jauh seorang aku membebel pada anak tentang pentingnya menyebarkan berita dengan fakta.

“ Apa yang abang marah sangat ni? Fakta apa yang anak kita salah sebarkan.”

Tanya bini ingin tahu, jawab aku dengan emosi:

“ Ada ke patut?, anak kita cakap, lampu ultraman berkelip sebab nak minta bantuan adik beradik ultra?, tak logic langsung, sebenarnya lampu ultraman berkelip adalah kerana atmosfera bumi yang memalapkan tenaga ultra suria lalu menyebabkan Ultraman hanya mampu bertahan selama tiga ke lima minit sahaja di permukaan bumi, itu yang buat lampu didadanya berkelip! ini adalah fakta!

Woha!

****

“ayah, ultraman ni apa agamanya?”

Tanya anak aku di suatu petang selepas melihat Ultraman di paparan youtube terbang ke angkasa setelah menewaskan raksasa..

Ayah rasa ‘Ultraman’ ni agama kristian, sebab banyak unsur kristian dalam cerita Ultraman.., tangan bersilang salib waktu tembak raksasa, dan banyak babak Ultraman kena ikat pada tiang macam jesus.
Tangan berbentuk salib?

Macam Jesus?

Tiang salib?

Lagipun pencipta watak Ultraman, Eiji Tsuburaya memang beragama kristian. Namun tak payah kita jadi macam mamat dan minah kospirasi yang perasan pandai lalu reka konspirasi kristian dalam siri ultraman dan larang orang tengok Ultraman kerana kononnya boleh rosak akidah- adohai..

Balik kepada kisah ultraman, sebenarnya ultraman ni dah ada waktu ayah belum lahir lagi, iaitu tahun 1966, yang mana ketika P Ramlee muncul dengan filem Do Re Mi hitam putih, kat jepun, ultraman muncul siap dengan warna warni dah..
Do Re Mi- 1966
Masa ayah kecik, darjah satu lebih kurang, ada dua cerita Ultraman yang di tayangkan di TV Malaysia, iaitu Ultraman Hayata dan Ultraman jack.

Kisahnya sama sahaja, Ultraman ni adalah alien yang pinjam badan manusia, dan bekerja di MAT(seangkatan polis khas yang banyak cayangannya di seluruh dunia, dilengkapkan dengan senjata dan kenderaan berteknologi canggih, serta kemudahan sains dan kejuruteraan menyeluruh).
Anggota MAT
Bila raksasa serang bumi (baca: Jepun) maka MAT akan guna teknologi paling canggih untuk hapuskan raksasa, tapi biasanya gagal, (buat rugi duit rakyat jepun jer bayar cukai dan belanja untuk senjata MAT) maka barulah Hayata atau Go tadi berubah dari bentuk manusia kepada bentuk Ultraman dan tewaskan raksasa.(nasib baik Ultaraman tak kenakan cukai GST). Waktu bertarung, Ultraman tak boleh terdedah lama dengan atmosphere bumi,  lampu ultraman akan berkelip menandakan atmosfera bumi telah memalapkan tenaga ultra suria lalu menyebabkan Ultraman hanya mampu bertahan selama tiga ke lima minit sahaja di permukaan bumi, jadi bila dah hujung hujung, baru Ultraman guna tenaga terkuat dan bunuh raksasa, lalu terbang ke angkasa. (kos lupuskan raksasa di tanggung oleh Majlis Perbandaran Tokyo)
Ultraman Jack
Dalam episod terakhir, Ultraman melawan raksasa Zetton yang merosakkan lampu amarannya, menyebabkan Ultraman tak tahu dah berapa lama dia berlawan, akibatnya Ultraman syok berlawan sehingga tak sedar terlebih masa, lalu ‘mati’. Kemudian munculah Ultraman Zoffy, menyelesaikan masalah, dan sewaktu Ultraman Zoffy tiba untuk mengambil roh Ulraman pulang ke planet ultra, Ultraman telah merayu demi nyawa Hayata dan menawarkan nyawanya sepenuhnya, supaya Hayata boleh menjalani kehidupan normal. Zoffy kemudian berkata dia membawa dua nyawa dan dia akan memberikan satu nyawa kepada Hayata.
Zoffy
Kemudian Zoffy memisahkan mereka, sekaligus memperbaharui nyawa Hayata, namun Hayata kelihatan sudah kehilangan ingatannya sambil memerhati Zoffy membawa Ultraman pergi.

Balik di planet Ultra, Ultraman sudah tentu akan berjumpa dengan ketua Ultraman iaitu Ultraman fathers.
Ultra Father

Dan mungkin.. (ini adalah tambahan dari keretamayat)

Ultra Father akan mintak laporan sepanjang berkhidmat di bumi, dan salah satu laporan yang di rujuk adalah tentang agama agama manusia di bumi.

Berkatalah alien (ultraman jack)

Bapak, sewaktu di bumi, saya dapati ada banyak agama, namun yang terbesar ada 4 iaitu:

Christian              2.0 billion            
Islam                     1.2 billion            
Hindu                    811 million          
Budda                   360 million

Dan agama yang paling ‘make sense’ adalah islam sebab mereka hanya merujuk satu kitab, tidak macam kristian yang ada terlalu banyak versi dan tiada rujukan kitab asal, tapi orang islam ada kitab asal dan seluruh dunia hanya merujuk satu kitab.

Selain itu, dalam Al quran juga banyak ayat yang sesuai dengan sains moden walhal telah wujud 1400 tahun yang dulu..

Lebih menakjubkan, kumpulkan pengikut ajaran agama lain disebelah kiri, dan pengikut ajaran agama islam di sebelah kanan, lepas tu cuba tanya apakah huruf pertama kitab mereka, maka pengikut ajaran agama lain akan memberi jawapan berbeza beza, tapi semua orang islam akan jawab huruf “ba”. Huruf asal Al quran dalam bahasa arab. Orang kristian pun belum tentu tahu apa bahasa asal kitab injil, sudah tentu bukan English!

Lepas tu cuba buka kitab mereka secara random, baca dan suruh sambung, maka pengikut ajaran agama lain terkial kial nak menyambung, tapi hampir semua orang islam akan boleh sambung, buka muka surat belakang, baca: Kul hu wallah hu ahad.., akan ada yang boleh sambung, bukak muka surat tengah, Yassin,.., lepas tu akan ada yang boleh sambung. Malahan bila di tanya pada pengikut ajaran agama lain ada tak yang tahu berapa huruf dalam kitab mereka?, maka pengikut ajaran agama lain terkial kial nak menghintung, tapi hampir semua orang islam akan boleh jawab, lebih kurang, 6666 ayat..,

Tanya lagi, siapa yang kenal sebanyak 2 orang kawan yang hafal seluruh kitab agama mereka, maka pengikut ajaran agama lain terkial kial nak sebut nama, tapi hampir semua orang islam boleh sebut dua orang nama yang mereka kenal telah menghafal 6666 ayat Al quran, malahan yang mengakui sudah hafalpun ada di situ.

Jadi ini adalah keajaiban, mereka ada system yang boleh menjaga keaslian kitab agama mereka walaupun sudah 1400 tahun, malahan setiap panjang pendek ayat mereka juga di hafal.

“tapi kenapa mereka saling bergaduh?”

Tanya Ultra father pada Ultraman hayata.

Ini yang jadi masalah, there are nothing wrong with islam, but something wrong with (some) muslims "

Bila kita tanya pada orang islam ramai mengaku dah habis baca Al quran dalam bahasa arab, tapi cuba tanya dah habis ke belum baca Al quran dalam bahasa yang mereka faham, contohnya orang melayu, cuba tanya, dah habis belum baca makna Al quran dalam bahasa melayu?:

Maka kita akan dapati hampir semua orang yang ditanya secara spontan mengaku tidak habis lagi baca makna Al quran, malahan yang lebih teruk, tak pernah berniat untuk baca semua makna Al Quran,

Apa!? Tak pernah berniat baca semua makna Al quran! Habis apa kejadahnya kamu berjuang selama ini?

“kena baca semua makna ke Hayata?”

Ni soalan yang paling hampeh dari seorang yang dah khatam Al quran setelah mendapat nikmat nasi pulut kuning bergulaikan ikan tongkol, bang, Al quran itu ada ‘bahasa’ atau senang cakap, ada makna yang hendak disampaikan, ada perintah Allah, ada larangan Allah, ada ramalan dalam sejarah, ada sejarah dalam ramalan, ada sajak dalam cerita, ada cerita dalam sajak, ada harapan, dan ada kemanisan.. faham?

Dan hari ni korang dah mengaku bahawa selama ni korang hidup dalam ugama islam, korang tak habis lagi baca MAKNA Al quran? Walaupun untuk satu juzuk?

Korang ingat Al quran tu macam lagu Hindustan ke? Sedap di telinga tapi tak tahu makna walau sepatah haram?

Lepas tu pulak, korang baca sambil menangis-nangis sebab tajwid berlagu yang mendayu dayu, bukan sebab makna yang Allah nak sampaikan.., sama macam korang menangis menyanyi lagu ‘kuch kuch hotai hai, dil to pagal hei atau dilwana dulhaniya la a ya jangge atau K pop?”

Lepas tu lagi korang perasan bagus sebab dah khatam Al quran, tapi maknanya korang tak nak ambik tahu, maka jadilah korang seorang islam yang hanya pandai baca lafaz Al quran, penuh tajwid dah makraj tapi bila azan berkumandang, korang selamba solat lengah lengah macam takde apa apa yang berlaku.. (cukup satu contoh)

Ketahuilah, Kerana orang islam tidak baca makna Al quran betul betul, dan hanya serahkan diri pada pendapat ustaz masing masing yang di ambil luar dari Al quran dan hadis, lalu wujudlah perbezaan fahaman sehingga PAS dan UMNO berperang mulut saling kafir mengkafir! Syiah dan Sunni pun berbunuhan, Penyokong Mursi dan penyokong Tentera saling bunuh membunuh, Hamas dan fatah, Wahabi dan  salafi and counting...

dan ketahuilah, Yusof islam masuk islam dan beribu lagi kisah orang kafir masuk islam adalah asbab dari keinginan mereka ‘membaca makna’ Al quran dalam bahasa masing masing, dan aku percaya juga bahawa kisah bekas orang islam yang murtad pula adalah asbab dari tidak ‘membaca makna’  Al–quran…
Jika orang kapir baca makna Al quran sudah boleh dapat hidayat, apatah lagi kita yang dah lama berjuang dalam parti so call islamik.., tapi itulah, rata rata yang aku jumpa, khatam lafaz arab sahaja,  belum pernah khatam baca makna Al quran, apa kes?

Itu aku tanya yang dah khatam Al quran, cuba aku tanya yang tak khatam pulak tak tahulah aku apa nak jadi, entah-entah makna surah Al fatihah pun tak tahu, tapi makna lagu ‘Beat it’ nyanyian arwah Micheal Jakson tahu pulak, aku “beat it” sekali baru korang tahu, eh, melawan pulak?! Just Beat It, Beat It, Beat It, Beat It.., cheh menyanyilah pulak..!

(Dari jauh kelihatan Hayata sedang menari tarian breakdance ala ala Micheal jakson-beat it- abaikan dia.)

Akhir kata:

Hadis dari Rasulullah s.a.w yang berbunyi: Sesiapa yang MEMBACA Al-Quran dan BERAMAL dengan apa yang terkandung di dalamnya, ibubapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinarannya akan melebihi daripada cahaya matahari jika matahari itu berada di dalam rumah-rumahnya di dunia ini.

Jadi wahai anakku, lepas dah mengaji dalam bahasa arab, tolong baca makna Al quran sama, dan jika tak faham tanya!.., jangan tengok sangat cerita Ultraman tu.., ayah target dapat pakai mahkota pada hari kiamat yang sinarannya akan melebihi daripada cahaya Ultra! Woha!


Ps: Ini adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu dengan penuh barakah supaya mereka memperhatikan ayat-ayatnya dan supaya mendapat pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai fikiran. (Surah Sad: 29)

36 comments:

Anonymous said...

Nice one

Azmi Sham said...

terima kasih atas peringatan...

Nerzhul said...

bacalah..

Hafiza Hafinas said...

menyentap sanubari.. well done der..

titan said...

ini cerita ultraman terbaik pernah gua baca nih..

nanadhoi said...

ini sangat deep.

Anonymous said...

Ada lagi tak sambungan cerita ultramen siri seterusnya...kut-kut persoalan kalimah...

detective nie said...

terbaik..!!
teringat ultraman taro time kecik2.. -bertukar!-

Anonymous said...

al quran pun ada dua versi.

1. sunni.
2. syi'e

Keri said...

Tengah bayangkan Ultraman dpt hidayah.. pastu masuk Islam.
Dia akan jadi tentera Islam yg hebat. DIpijak2 Tentera Zionis di Tebing Barat. Dilanyak2 tentera Basyar al-Assad di Syria sambil tersengih2.

Tiba2 aku tersedar dari mimpi.

Aqilarin said...

Yusuf Estes!
terbaik! tengok ultraman pun dah boleh berfikrah skg. eheh.

tentang tentang said...

bukan 6666 ayat la bro.. terlebih byk sgt tu.. -jamal-

Anonymous said...

Nice one..untuk berilmu mestilah berakal..

Anonymous said...

ULTRAMAN BELUM KHATAN .ITU SEBAB DIA TAKUT DENGAN TSUNAMI

Anonymous said...

Ultraman ni mcm nabi isa bunuh dajjal la pulak bro....

azharjaafar said...

aku paling suka bila tiba ayat; "Hayata becomes ultraman.."

Yani Hamshah said...
This comment has been removed by the author.
Yani Hamshah said...

Hadis dari Rasulullah s.a.w yang berbunyi: Sesiapa yang MEMBACA Al-Quran dan BERAMAL dengan apa yang terkandung di dalamnya, ibubapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinarannya akan melebihi daripada cahaya matahari jika matahari itu berada di dalam rumah-rumahnya di dunia ini.

*terima kasih atas peringatan.
mudah2an kita semua tergolong dalam golongan yang diredhai Allah,dunia akhirat.

:)

MUQARRABINZ said...

Ultraman Hayata ni kalau nak jadikena picit torchlight dulu. Untuk pengetahuan semua, ultraman termasuk father dia adalah muslim ! cuma tabligh tak sempat nak jumpa sebab bateri dia 3 minit saja .Kalau 3 hari sempat kot. nauzubillah...

Anonymous said...

Assalam

Aku selalu beli CD Ultraman, Power Rangers untuk anak-anak jantan aku.

Aku tengok dengan mereka dan cuba merasai jiwa raga mereka dari mimik muka dan antonasi suara mereka...he..he..

Kalau mereka menangis, aku kata ada tak Ultraman nangis?

Kalau mereka liat solah, aku cakap, "Nilah..tengok cerita Ultraman sangat. Ultraman tak solah..kau pun tak solah!
Nanti aku buang semua CD tu"...gempaq jer...he..he..

Errr...kalau di gaduh dengan adik atau kakak dia, aku kata, "ada tak ultraman pukul pompuan...."

Aku selalu tanya pada semua anak-anak aku ketika tengok tv. Betul ker ceriter ni...boleh ker buka aurat...boleh ker campur lelaki pompuan...dan sewaktu dengannya.

Kadang-kadang dia orang siap tutup mulut aku ketika tengok tv..tak nak bagi aku membebel..Woha!

CF
Raihan dulu ada buat komik ala-ala rangers...

hamka said...

------
Azmi Sham

terima kasih kembali kerana jadikan peringatan

-----------
Nerzhul

bacalah.. dengan nama tuhanmu..

-----------
Hafiza Hafinas

Pesan pada anak sendiri..

---------
titan

thanks

---------
nanadhoi

ini sangat deep. Sila take note

----------
detective nie

time ultraman taro aku dah tak layan dah…, adohai..


----------
Anonymous

al quran pun ada dua versi.
1. sunni.
2. syi'e

Tapi syiah taqiyah cakap, mana ada? Sama jer.. kan?


------------
Keri Ikhwan

Ada ultarman kat Malaysia ni, tak muncul sebab takde raksasa.., lagipun. MAT Malaysia bagus buat kerja, himpunan raksasa mereka dah setel.. adohai


----------
nars

Yusuf Estes! Kelakar mamat nie,

----------
tentang tentang

lebih kurang bro, ikut teknik kira..

---------
azharjaafar

ultraman pun memanah…

-----------
Niyaz Ayani

mudah2an kita semua tergolong dalam golongan yang diredhai Allah,dunia akhirat.

----------
MUQARRABINZ

Kalau 3 hari sempat kot. H e he e

-------
CF

boleh tiru nasihat tuan ni, :)

mualaf said...

ultraman belum islam itu pasal saudaranya seorang superhero dari malaysia yang terkandas kat airport tak dapat dia tolong

Mila@Rimbun said...

Ni mesti siri ultraman tambahan ni.. yg tak ditayangkan di TV

tunggu citer power rangers plak..

TQ

Anonymous said...

Bang Hamka cuba tengok ni.Saya tertekan google translate ayat kat bawah ni

'Please help me if you can and for GOD sake.please this is not a lie.but i need
your kindly help. Sorry I am handicap by being a deaf person with a cancer'

jadi camni pulak dah,

Sila membantu saya jika anda boleh dan untuk Allah sake.please ini bukan lie.but i perlu
bantuan sila anda. Maaf Saya kecacatan dengan menjadi orang pekak dengan cancer.


PERKATAAN GOD TELAH DITERJEMAH OLEH GT DENGAN ALLAH BUKANKAH SEPATUT DITERJEMAH SEBAGAI TUHAN

MUQARRABINZ said...

Memang betul lah google translate begitu. Allah tuhan yang satu.

Anonymous said...

VERSI PENUH EMAIL SCAM DARIPADA mea8520@gmail.com

Hello

Please help me if you can and for GOD sake.please this is not a lie.but i need
your kindly help. Sorry I am handicap by being a deaf person with a cancer.Well
let me start by introducing my self .I am miss Eunice Amin whom just wrote you today
.
I am a deaf girl and the daughter of late Dr and Mrs Vincent Amin, my father was
a very wealthy cocoa merchant based in Abidjan. The economic capital of Ivory
Coast before he was poisoned to death by his business associates, on one of
their outing to discuss on a business deal. Well my mother died on the 21st
October 2006 and was the day I became deaf. My father took me so special because
i am motherless. Before the death of my father on 29th November 2009 in a
private hospital here in Abidjan. He secretly called me on his bedside and told
me that he has a sum of us nine million, united states dollars left in a local
bank here in Abidjan. he also explained to me that it was because of this wealth
that he was poisoned by his business associates, that i should seek for a
foreign partner in a country of my choice where i will transfer this money and
use it for investment purpose. (Such as real estate management and Transportation).

I am honorably seeking your assistance in the following ways: to provide a bank
account where this money would be transferred to serve as the guardian of this
fund and my younger brother apala is 15 years. to make arrangement for us to
come over to your country to further our education and to secure a residential
permit in your country. moreover, i am willing to offer you 30% of the total sum
as compensation for your effort input after the successful transfer of this fund
to your nominated account overseas. Furthermore, you can indicate your option
towards assisting me, as i believe that this transaction would be concluded
within seven days you signify interest to assist me.

Please i know that this is not the best way or channel that i should reach you
,but because of my handicap and problem. please bear in mind that this is not a
lie, but you are helping me for the love of GOD to human being.i mean no harm to
you and family, nor do i have any bad intention or you being act any risk.all i
am asking is for you to help me and to know if i can treat my deaf hearing
problem and because i was not born deaf.

Anticipating hearing from you soon. And please do hurry to assist us out here
now that this country is in political chaos, we urgently needs your kind
attention in confident.

Thanks and god bless
Miss Eunice Amin
Email:dianeserge20@yahoo.fr

bukhary said...

just want to say, i took your advice last year to recite quran arabic word, and read bahasa translation in my heart, witin maghrib isyak, alone in my room with wudu, and open mind .

i start reciting from surah sajdah and then surah waqiaah, lastly surah al mulk. i used to recite these surah almost every nite when i was 15 and now almost 8 years i barely read quran,so anyway back to the story on last year, i took your advice to read arabic and bahasa.
this is what happened,

when i start recite alif lam mim, felt speechless i continue and continue without realized that i am crying non-stop, dumbfounded, feel how low i am turned out to be, how far i am from Allah swt. its felt like when i read the arabic and bahasa , i communicate with Allah, and Allah swt answered all my doubt that embedded deep in my heart. cant stop crying until surah al mulk. best experience happend in mylife.

so yeah i strongly suggest other muslim out there take one part of their time to experiment these. =)

thanks to hamka and everyone who involves in dakwah. may Allah swt grant jannah to yours people truly

Wafi Remli said...

Bila ultraman nak ucap syahadah ni...

Unknown said...

Setuju dengan pernyataan' bekas orang Islam keluar Islam sebab tak faham makna Al-QUran' kerana saya pernah dengar ulasan seorang mualaf dlm 'Islam Agamaku' di radio IKIM menyatakan indahnya Al-Quran dan beliau (Pn Maryam tak silap) turut mangatakan orang Islam yang murtad itu pasti tidak memahami AlQuran kerana kalu dia faham AlQuran dia tidak akan berpaling pada Islam dan ibu beliau sendiri mendalami AlQuran versi mereka dan ibu beliau sempat mengucap kalimah shahadah pada saat-saat si ibu sedang nazak.

Bunda_nora said...

salam ziarah dari bunda...

selamat berhujung minggu..

securitysystemideatechnosolutions said...

You bogus a few able believability there. I did a seek on the accumulated and activate a lot of bodies will go alternating with with your blog.
time attendance and access control systems in balasore

hamka said...

mualaf

terkandas di jepun? tak paham, sedang keliru di kajang..

----------
Mila@Rimbun

power rangers agak terhad pengetahuan aku, Kamen rider ok! He he

-----------
MUQARRABINZ

Memang betul lah google translate begitu. Allah tuhan yang satu.
Setuju!

----------
ovechkin

Amin.., terima kasih kembali.

----------
Wafi Remli

Adohai..

----------
naz affendi

benar..

-----------
BUNDA a.k.a KN said...

selamat berhujung minggu..

irmujahidah said...

Jazakallah hamka for this nice entry! deep

Btw tak tahu pulak ultraman banyak version,nama2 bagai. Rasa macam sama semua. Nice one!

Anonymous said...

Ryujin Juwara mcm mana pulak?? apa agama dia? haha

Henzy said...

Apa awak dgn Faisal Tehrani ni ada kaitan ker? http://www.malaysiakini.com/columns/254755

hamka said...

irmujahidah
Nice comment, he he

Anonymous
Ryujin Juwara? Kenapa corak hero dia tak islamik?

Henzy
Faisal Tehrani dan saya takde kaitan, kami bukan ultraman