Nov 30, 2011

2012 itu kiamat?

(Teka teki, apakah benda, lahir setahun sekali, tapi mempunyai 12 kemaluan?)

Maaflah sebab terpaksa tulis entry dengan tajuk sebodoh ini, terpaksa? Ya! Sebab aku nak selamatkan inbox email aku, almaklumlah, sejak aku tulis isu video arrivals dan konspirasi, sudah tiada langsung email bertanya soalan bodoh dalam inbox aku, maka bab kiamat tahun depan, TERPAKSA aku tulis..

Mula mula korang email..

“Abang Hamka, apa pendapat Abang Hamka tentang berita yang mengatakan kiamat bakal berlaku pada december 2012?”

Aku yang sedang bosan waktu tu, dan memandangkan email kau pendek benar, maka aku terus jawab.

“mengarut semua tu”

Tapi tak sampai 5 minit, sudah ada reply:

Cuba lihat kalendar untuk tahun 2012... 1 Ramadhan pada tahun 2012 jatuh pada 20 Julai iaitu hari Jumaat, jadi 3 Ogos 2012 bersamaan 15 Ramadan juga pada hari Jumaat. Sama dengan satu hadis Nabi SAW tentang huru hara besar yang akan terjadi pada tengah malam pertengahan Ramadhan iaitu hari Jumaat 15 Ramadhan di bumi ini. Huru hara yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur... Satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dari langit, bukan kiamat tetapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3, yang tinggal hanya 1/3 shj. ( Menurut kajian NASA, pada 21-12-2012 satu planet yg yang dikenali planet X akan melintasi bumi ) Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 itu?

Bla bla bla.., panjang lagi email siap letak hadith untuk kuatkan hujjah. Malas nak qoute sebab takut korang jadi sama bosan macam aku...

Ulasan aku:

Tak salah kau nak percaya hari jummat depan atau december tahun depan akan berlaku kiamat lalu beramal ibadat dan berakhlak mulia seolah olah mati esok hari, bagus untuk kamu dan dunia!, tapi bila kau paksa orang lain percaya dengan bagi bukti sains dan hadith kononnya hari jummat depan atau december tahun depan akan berlaku kiamat sedangkan bukti sains di petik dari email Forward dan bukti hadith dipetik dari sumber yang tak jelas, itu yang bodoh!

Bengong!

Dulu dah ada orang tanya dekat FB dalam ruangan discussion, dan aku dah jawab kat situ, siapa siapa yang email dua tiga kali, bila aku rajin, aku akan bagi link FB tu, tapi sekarang, FB dah delete pulak ruang discussion, maka terpaksalah(terpaksa? Ya, sebab tak nak inbox email aku di hujani seolan bodoh ni lagi) terpaksalah aku jawab kat blog sebagai skema untuk soalan: .

APAKAH YANG BAKAL BERLAKU PADA DECEMBER 2012?

Jawapan.

Tak payah buang masa nak kaji bab ramalan ni, takde orang tahu masa depan dengan tepat melainkan Allah, rahsia tarikh lahir dan persolanliti masa depan, rahsia bulan lahir dan sikap masa depan, rahsia tahi lalat dan nasib masa depan, semua tu mengarut, walau canggih macam mana bunyinye, Numerologi ke apa ke jadah ke? Pergi mampus lah dengan orang yang percaya.

Korang tak rasa malu ke bila jumpa kawan dan bertanya dengan niat berlagak pandai tapi sebenarnya bodoh:

Contoh:

“eh, kau tahu tak, akhir tahun depan, kiamat?

Lalu bila kawan kau menafikan, terus kau berhujjah, Hah itulah kau, menurut satu sumber (Email forward, atau info FB sharing?), kiamat akan berlaku tahun depan, semua orang dah ‘like’ berita ni, kau jer tak tahu!

Kalau kau budak umur 15 tahun, ok ler, tapi, argghh, malas dah aku nak ulas, rasa bosan dan terlalu menghina kebijaksanaan aku pulak layan orang bodoh macam kau!

Mari sini, aku bagi ramalan tepat apa yang bakal berlaku pada hujung tahun 2012.

Pada akhir tahun depan, Kelendar 2013 akan laku. Tapi jangan beli kelendar lucah sebab kiamat sudah dekat..

Eh?!, aku dah terbagi jawapan untuk tagline, apakah benda, lahir setahun sekali, tapi mempunyai 12 kemaluan, jawapannya adalah: Kelendar lucah. Woha!

Sekian, tak lawak!

Ps: Dalam setiap jiwa, ada kiamat kecil, yang pasti berlaku bila bila masa.... please take note, dan sebab kau panggil aku abang, maka aku anggap kau budak umur 12 tahun, pergilah merajuk! Abang nak pergi cukur bulu kemaluan ketiak jap, woha!

63 comments:

ika~~ said...

first!
ok bru nk baca..

Ahmad said...

2nd

lieynanilaz said...

percaya dengan benda-benda karut macam nih!!memang bengong!!

Anonymous said...

4rd

Nerzhul said...

kiamat sudah dekat

Wadi AR said...

entahnye. persiapan amalan itu penting dari pikir yang boleh merosakkan akidah. sian beliau yg tanye tu

Pentulis said...

Terima kasih sebab membangangkan orang yang cakap pasal tahun depan kiamat. Harapan saya golongan2 bangang tersebut akan baca dan save dalam kepala hotak bana mereka.

Akim Iqbal said...

Kiamat itu pasti

asrulmimhamimda said...

Kiamat ade tarikh pulak. betullah. baik cukur bulu. :)

Makwe Kintan said...

Manusia macam ini lebih takut kiamat yang mungkin bakal terjadi tahun depan daripada takutkan Allah swt sentiasa...^__^

SangGupal said...

Syabas En Hamka. Entry yang menjawab persoalan bagi soalan yang bangang. Kalau boleh percaya kat ramalan mengarut macam ni, mesti besar esok terjoin MLM pulak la nampak gayanya dik....sebab senang bebenor kena tipu

PemilikMataCoklat said...

pecaye sgt thun depan nak kiamat, tapi ibadat dah pertngkat ke?? ke pecaye bnd2 cenggitu tp xambek pusing pun tntg amal ibadat sndiri??

sush kalau ramai nak jadi nujum pak belalang ni...

Dyla Zaman said...

Kenapa laa nak meramalkan kiamat..
Dah cukup ke ilmu agama nak bawa nanti..
Hmmm.. @~@

Mummy said...

kiamat itu pasti...hanya Allah yg tau bila akan terjadi...kiter sebagai hambaNya tak yah susah2 nak fikir bila terjadi kiamat...sentiasa siapkan diri dengan bekalan akhirat... mana tau ajal kiter dah sampai tak sempat nak tunggu tahun depan...jalani hidup seperti biasa...buat yg disuruh tinggal yg dilarang...

azharjaafar said...

nasihat buat karkun..

azharjaafar said...

err.. lagi satu.. bulu ketiak dicabut.. bukan dicukur..

Chameleon said...

brader... kiamat kecil?
ajarkan aku

Anonymous said...

beribadatlah kamu seolah2 tiada lagi ari esok...

Cik MeRaH JamBu said...

kiamat yang sebenarnya2 kite tak tahu bila..tapi untuk tahun depan itu mungkin permulaannya.. kalau kita baca la buku2 yang cerita pasal kiamat, insyaAllah kita akan dapat mklumat yang lebih jelas... dan tnyela pada yang pakar..jgn asik nk baca sumber y sama saja dan tidak mengkaji yang lainnya... apa2 pun sempat ke kita nak bertaubat sebelum kita dijemput ALLAH..?? berita2 mcm ni sekurang2nye menginsafkan kita dan buatkan kita mengingati ALLAH..

faraherda.razalan said...

Sibuk nak tau hal kiamat. Tapi tak endah pun kiamat kecil yg boleh kita jumpa dpn mata pun. Termasuk sy....err, err....

Anonymous said...

Hahah. Terbaekk punya jawapan.
:D

Afiq Aiman Aznan said...

aku ade cek 15 ramadhan 1425 hijrah (tahun 2004 dulu) juga jatuh hari jumaat bersamaan 29 oktober 2004.. mengapa mesti org lain mengatakan 2012?

hadis itu adalah tidak sahih dan dikatakan terlalu lemah atau palsu

wallahu a'lam

Fuck-iez said...

yes!dapat teka teki baru!

PenjuruKosong said...

kan senang kalau dah tau tarikh kiamat...
x payah la lagi usaha untuk dunia..
beribat utk akhirat saja la jawabnya...

eshecharm said...

buat apa nak fikir kiamat tu bila nak jadi... yg pasti ia akan berlaku... baik kita perbanyakkan ibadah krn Allah,, sebab mati itu pasti, tp x tau bila... so get ready.. termasuk aku sekali..

Lea Isnawi said...

persiapkan lah diri dulu :)

Anonymous said...

kiamat kecil adalah kematian..jadi persiapkanlah diri sebelum masuk keretamayat.

Ummi_R❀salici❀us said...

hahaha... aduyai...

yg penting, dekatkan diri dengan Dia...

red gitarputeh said...

macam biasa, abang hamka memang terbaek! :)

Anonymous said...

Woha! teka teki baru.. HAHAHAHAHA

hamka said...

MARI JAWAB KOMEN MANA YANG SEMPAT!

Nerzhul, kiamat sudah dekat? Macam pernah dengar tapi di mana ya?

SangGupal , terjoin MLM tu tak tahan tu!

Azharjaafar, nasihat yang sangat bagus untuk orang tabligh yang suka cakap di luar 6 perkara, aku copy:
(((antara kata2 maulana abd hamid, terlalu banyak bercerita tntang 'kemunculan dajal dan imam mahadi' juga antara yg bleh bawa kpd layani (bicara sia2). Kita kena yakin perkara ni akan berlaku dan tetap akan berlaku seperti yg dijanjikan... tetapi bukan asyik banyak tanya bila berlaku dan asyik kaji tanda2 kemunculannya sahaja....sebaliknya kita kena muhasabah diri, berapa banyak usaha dah dibuat utk menghadapi saat2 ni nanti.)))

bulu ketiak dicabut.. bukan dicukur..? tapi bulu kemaluan di cukur, tak gitu?

Chameleon , kiamat kecil adalah, naik keretamayat kerusi belakang.

Cik MeRaH JamBu, insaf bagus, tapi paksa orang percaya benda yang tak betul tu salah, bila kau banyak baca buku hantu, kau akan takut hantu, bila kau banyak baca blog aku, kau akan cinta aku, simple. Moral, bacalah Al quran banyak2 untuk dapat cinta Allah.

aFiQ aiMaN aZNaN , lepas 2012, akan ada pulak email sama tapi tahun beza, tunggu jelah.

Marco, jangan lupa bagi credit, dulu aku dengar radio ERA ada orang guna teka teki aku dan dapat RM100, patut bagi aku RM 50 , cis!!!

Red , macam biasa, love me! Woha!

Car Meng said...

'semua org dah like berita ni' haha tu yg tak tahan tu..!! waktu aku bengong 2 tahun lepas aku percaya gile cerita ngarut ni maklumla time tu tak tau apa benda nak buat, takde nur dan ilmu didada..

Betui la hamka kata tu.. org bengong dan jauh dari Allah je yg percaya semua ni..

Lady Windsor said...

Ahah! Teka teki baru...oh ya kiamat kecil selalu berlaku belakang rumah aku bila ada laki bini brgaduh...

Azri ace said...

Mcmner dunia nk kiamat 2011? aku masih ada sardin2 yang expired 2013. jadi, xkn nk berlaku pula.

Shahada Fauzi said...

punye la penat pikir jawapan teka teki tu sekali kat last entry ade jawapan..ceit! ahaha..


entah manusia mana la yg percaya tu..kesian betol..kot nak pertingkatkan amal takpe jugak..ni same je tak berubah-ubah..ish3..


lagi satu, gamaknye prg tu terpengaruh dgn iklan syampu ape ntah kat tv tu.."2012 dunia berakhir? masalah kelemumur anda bagaimana pula?" cenggitu kot lebih kurang..lupa pulak..haha..

bard619 said...

salam..halaqah kat tv9 semalam pon ada cakap pasal benda ni..kiamat itu pasti berlaku..

AJ Basboussa said...

Memang mengarut la teori kiamat ni. Kan kiamat ni perkara ghaib yang hanya Allah swt je yg tahu... Nak lawan ilmu Allah kewww???

fatinizzati said...

aku tak paham la teka teki tu....

Anonymous said...

ingat dalam hati bila2 pun boleh kiamat...
dok sebok kira...
amalan kau...
ada kau kira...
cukup ke? (oh pasti aku masih lagi xcukup)
nikmat terlalu besar...
dugaan juga besar...
so pkir2 sendiri lar..
xyah dok sibuk nak tau...
cuma ingat kiamat itu ada...
lebih dari cukup...

hainur hapis said...

tahun dpn bukan,
tapi beberapa tahun lagi, mungkin,

WA ALLAH HU ALAM

Menusuk Hati said...

20.12.2012@21.02.2012 adalah salah dua tarikh yang agak lawa untuk menambah koleksi bini mahupun dijadikan jumlah hantaran..hik!

Arsyad said...

2012 PRU ke 13 kot!
Ngee..

Unknown said...

tahun depan ker, tahun bila2 ker, yg penting kita bersedia jerk.... :)

Anonymous said...

tjuk entry mcm mjls solusi

Skymatrix said...

Salam,

Kiamat berlaku pada 2012? Apa?!!! Kiamat sudah dekat?

Apa ke bangang sangat la umat2 yang percaya benda2 macam ni...kalo cakap depan aku benda2 macam ni memang aku hambur sumpah seranah je kat orang tu. Bahalol yang amat!!!

Duk sibuk kiamat dah dekat je...abis, apa persediaan kita nak hadapi kiamat tu? Bergelumang maksiat? Buat seks puas2? Makan banyak2? Beli kalendar lucah?

Aku marahhhhhhhhh!!! Maaf tuan tanah, aku emo plak...

Ya ALLAH, ampunkan dosa seluruh kaum muslimin & muslimat dan juga dosaku...amin.

Wassalam.

Mama Rocks said...

Hari kiamat kan rahsia Allah...
tapi tak tahan ngan ayat last tu woha!

Rag De' Meze said...

2012 ended??
ahahahah ketawa aku dgr berita ni...
slalu aku advise kat member2 aku yg caye berita ni..

"kalo ko caye sgt 2012 tamat? baik ko jadi Aztec dari org melayu.. nampak sgt ko tak caye kan iman ko.. tak guna ko beragama islam.. ko lebih caya kan roda batu tu.. dari Quran ko.."

macam yg post2 lama Bro Hamka yg lalu... Dunia ni Penjara Umat Islam.. so faham2 je la kalau da duduk dlm Penjara.. nak wat macam style Prison Break pun tak pe.. tapi kalau kita duk dlm penjara bersabar.. org tepi2 kita dlm penjara tu slalu pandang2 kita.. slalu kita kene buli.. tapi sabar tetap berjalan.. lama2 diorang pun ikut gak cara kita.. tol tak??

pada pendapat aku la.. just opinion.. mungkin sekira nya umat islam dapat di satu kan seluruh dunia tanpa ada mana2 agama pun.. ngan org2 afrika skali.. yg mana.. kesemua manusia yg beragama islam.. hidup dgn cara kesederhanaan.. tak kaya sgt.. tak miskin sgt.. (miskin smp badan pun kering nampak tulang).. kemungkinan.. Allah akan guna kan salah 1 dari kuasa-Nya.. "Maha ADIL".. utk menguji seluruh umat2 islam yg telah di satu kan... (kesemua manusia masa tu percaya tuhan hanya Satu).. dan mungkin itu adalah kali terakhir.. wallahualam..
itu cuma apa yg aku dapat pandang la.. tapi.. nak 1 kan seluruh manusia di bumi ni nak masuk islam.. kita sendiri nak jejak masjid pun jauh sekali... haizzz

Anonymous said...

post menarik..tp there's no stupid question :D

Anonymous said...

Assalam

Kiamat selepas Imam Mahadi ditunjukkan...selepas turunnya Nabi Isa a.s...selepas terbunuhnya Dajjal..selepas terbunuhnya semua Yahudi..selepas angin lembut bertiup dan akan mencabut semua nyawa orang-orang beriman yang ada.

Tinggallah orang-orang yang paling jahat diatas muka bumi ni yang melompat-lompat seperti keldai.
Believe me...you don't want to be alive when it's coming. Wallahu'alam.

Kita selalu dengar pasal Imam Mahadi, dajjal dan kiamat. Seorang ustaz beritahu saya dan tuan-tuan kena ubah fikir...apa saya akan buat kalau Imam Mahadi itu ditunjukkan sewaktu saya masih hidup...

Cerita kiamat, Imam Mahadi dan dajjal bukan untuk dikaji, tetapi diyakini. Nabi saw dah lama kabo kat kite pasal benda-benda ni.

Apa cara menghadapinya?????

Hanya usaha iman dan amal yang akan selamatkan saya dan tuan-tuan semua....datanglah Imam Mahadi atau kiamat, tanpa iman dan amal maka, kita akan jadi seperti buih-buih yang terhempas di tepian pantai.

Mulakan hari ini...solah Zuhur sat lagi. Lelaki di surau berjemaah dan pompuan solah awal waktu. Ada berani?

Khalid

Kiamat said...

2012 kemungkinan perang berlaku untuk merancakkan ekonomi US. Mangsanya ialah Iran dan negara2 yg berdekatan. Kemungkinan jugak berlaku perang nuklear antara Iran & Israel + USA + British.

2012 Tarikh dicipta oleh orang US beb!!

hamka said...

♥CIK SHA♥, tolong jawab komen cik fatinizzati.

: )

~blythee~ said...

Encik Hamka,.-maaf soalan lari topik-

Macam mana caranya kita nak nasihatkan seseorang yang dekat dengan kita untuk berubah ..? cth, mcm adik yg nakal sangat2....ada tak doa2 khusus yg boleh diamalkan.?

-tq-

Anonymous said...

wahai manusia... x lama lg masuk thun 2012.
sapa yg blum berkahwin, kawin lah cpat2... klu anda x kawin thun 2012, anda akan terus membujang shgga thun 2013.. klu thun 2013 anda x kawin, anda akan terus membujang shgga thun 2014. dan bgtu lah seterusnya...

MUJAHID295 said...
This comment has been removed by the author.
Umar said...

sila jangan menghina kebijaksanaan budak umur 15 tahun.

raimi said...

Salam. Ganas juga teguran tu. Tp harap2x buka minda apabila membaca. Tapi pasal teka teki tu. . .hum. . put aside, and the rest is worth reading. . .Thanks.

Nazli Shah Fraiture said...

Tahukah anda asal usul teori-teori Illuminati, Freemason, New World Order dan sebagainye? Lama sebelum Dan Brown jadi terkenal, teori-teori ini semua telah diceritakan dalam buku fiksyen The Illuminatus! Trilogy karya Robert Shea dan Robert Anton Wilson pada tahun 70-an.

Selepas meletupnya buku trilogi inilah sedikit demi sedikit, semakin ramai orang yang tak boleh membezakan garisan pemisah antara realiti dan fiksyen berkenaan teori-teori Illuminati, Freemason, New World Order dan sebagainya ni.

Bila Dan Brown keluar dengan Angels&Demons dan Da Vinci Code, it became epic!!!! (Maaf, tak tahu apa terjemahan 'it became epic' dalam bahasa melayu)

Bila video The Arrivals keluar pula, teori-teori ini semua sudah selesai proses revolusinya, ianya susah menjadi satu kebenaran mutlak yang tidak boleh disangkal lagi.

And the coup de grâce of the whole thing is? (Maaf, tak tahu apa terjemahan 'coup de grâce' dalam bahasa melayu)...........Robert Shea dan Robert Anton Wilson adalah bekas editor PLAYBOY!!!!!!!

OH TUHAN! OH TUHAN! OH TUHAN!

Ya, sila Google sekarang juga semua orang.

Sekian, terima kasih.

Hana Faza-same person said...

Itulah hikmah Allah sembunyikan tarikh ni,kan? Kalau tak, mcm nilah jadinya..semua jadi kalut.pdahal Allah Dah banyak turunkan ayat peringatan utk kita siap sedia. Wallahualam...

hamka said...

NAZLI SHAH!

Komen terbaik untuk tahun 2011!!!

Tahniah.

Cuba baca balik komen entry the arrivals dan konspirasi untuk ,melihat kerenah manusia.

Woha!

Anonymous said...

...

Anonymous said...

oohh. habis cerita knight templar ngan perang salib tu semua cerita mengarut? hahahahahahaha. lawak la abang hamka ngan nazli shah. Robert Shea dan Robert Anton Wilson? tahu ke siapa sebenarnya diorang selain penulis trilogy the illuminatus ngan bekas editor playboy? kalau setakat google budak umur 15 tahun pun boleh. kahkahkah. well. aku pun tak percaya kiamat 2012. Kepunyaan Allah segala rahsia di langit dan di bumi :) woha !

Acapan said...

ape payah...beramal je lah..

Anonymous said...

ya betul, beramal byk byk jom, paling lekeh zikir all t time, insyaAllah, ingat kiamat, ingat amalan yang ciput, sangat ngeri, tu yang betul...huhuhu