(Di tulis pada waktu hujan lebat, musim tengkujuh dah tiba di pantai timur, lalu aku berkata kepada forever alone yang sentiada terlanjur dengan diri sendiri, bahawa di sini ada tip untuk anda dalam mencari teman tubuh..mudah mudahan)
Dahulu, aku juga seorang yang sepi tanpa teman hidup. Apa aku buat?
Terlanjur dengan diri sendiri?
Tidak! Sewaktu kesunyian melanda hati di malam hari, aku akan pergi keluar rumah, melihat ke arah langit, sambil memerhatikan ribuan bintang-bintang yang membuat ‘perasaanku terganggu’, lantas menambahkan lagi kesepian dalam diri ini seperti saf belakang masjid yang sentiasa kosong...
Setelah sekian lama menunggu teman hidup yang mungkin akan jatuh dari langit, tiba-tiba pada suatu malam, jam lebih kurang satu pagi, tiada pula kelihatan bintang beribu. Apa yang ada hanyalah langit hitam gelap tiada sempadan. Angin pula bertiup kencang. Secara tiba-tiba, hujan turun dengan lebatnya.
Aku tidak berlari masuk ke rumah sepetti kambing yang takut hujan, tapi aku terus membiarkan diriku dibasahi hujan lebat.
Kenapa aku biarkan diri ini kebasahan dalam hujan yang lebat bersama air mata?
Aku lakukan semua itu kerana aku teringat hadis Nabi yang mengatakan betapa makbulnya doa ketika hujan lebat.
"Berdoalah pada waktu mustajab doa iaitu; sewaktu pasukan tentera bertempur; waktu mendirikan solat dan ketika hujan turun." (HR Abu Daud)
Lantas aku terus berdoa dalam kebasahan hujan, memohon agar di kurniakan teman hidup atau dalam bahasa sains: teman tubuh!
“Ya Allah, berikan aku teman hidup dan berikan aku teman tubuh, agar aku dapat menyempurnakan agama-Mu dengan cara kekasih-kekasih-Mu memyempurnakannya.”
Lalu hujanpun bertambah lebat memakbulkan doa doa mereka yang beriman..
Alhamdulillah, akhirnya doaku makbul.
Buktinya?,
Kini, apabila hujan lebat pada waktu malam, terutama pada musim tengkujuh begini, aku tidak lagi perlu keluar rumah berdoa dalam hujan untuk mendapat teman tubuh, tetapi aku terperap dalam rumah sambil membaca doa untuk bersetubuh.
Woha!
P.S: Hati-hati ketika berdoa dalam hujan. Jangan anda keluar rumah sembarangan. Jika mati dipanah petir, penulis tidak bertanggungjawab.Woha!!!
55 comments:
1st ke
Time hujan memang waktu afdal untuk berdoa
waktu2 yg afdal berdoa...
hujan2 tido sedap..yehooo
hmm nak kena try ni..hehehe. ramai juga orang berkahwin dalam musim tengkujuh ni.
ok, thanks for the tip...
lepas ni kalau petang-petang KL turun HUjan aku nak balik keje jalan kaki sambil redah hujan dan berdoa moga dipertemukan dengan jodoh, mudah-mudahan Allah swt dengar jugak rintihan hati aku sebagaimana Hamka =))
Assalam
Eeerrrrr....nak doa untuk dapat teman-teman tubuh boleh tak? Woha!
Abang gurau jer yang...
Saje nak usik Hamka.
Ya Rabb jadikanlah isteriku bidadari dunia yang dicemburui oleh bidadari-bidadari akhirat.(hujan rintik-rintik nii...)dan jadikanlah aku harta yang tidak ternilai untuk kedua ibubapaku di akhirat kelak....kabulkanlah Ya Rabb,kabulkanlah Ya Rabb, kabulkanlah Ya Rabb.
Crying Judge
kalaupun hujan lebat, tapi anak-anak masih belum tido, jangan haraplah nak baca doa utk bersetubuh... (",)
woha!! (",)
hahahaha...aku penah buat ke camni ek???mcm penah n mcm xpenah....tapi da ade anak sorg pon....huahuahuahua...
salam
banyak kali jugak doa masa hujan, nampaknye kene jugak doa sambil ditimpa hujan ye!
alhamdulillah... dapat ilmu lg..terima kasih tuan..
bilakah tubuh ini akan berteman....
Errr....selalunya tak payah tunggu hujan lebat pun kitorang baca doa tu...
OOopppsss ! Peace...
tersentap gua yang tak kawen lagi ni
terlanjur dengan diri sendiri tu macam mana?
aduhai.. lupe nak pakai helmet baca blog hamka.. rasa blushing muka n nak bersepai muka malu baca yg x patut2 tu..
teman nak teman tubuh yg kedua supaya dapat bersatu tubuh diwaktu hujan kalau teman yg lagi satu cuti wowoha!
ahahahahahaha.....
teman tubuh dah ada rupanya....
yang paling last tu memang tak boleh belah...lain kali nak jugak la berdoa dalam hujan...
mohon pemilikmatacoklat dan wadi AR mejadi teman tubuh.
woha!
aku xtaw bos aku normal ke x bile die cakap terlanjur dgn diri sendiri lagi best dari bersetubuh....[garu kepala]
saya baru tahu doa mustajab ketika hujan. terima kasih.
Buktinya?.............. ape hamka cite la....
Salam,
Tengok tajuk dapat teka apa isi dan ending...hehehe!!!
Memang, kita dianjurkan berdoa dan mintalah apa saja dari Allah (minta yang baik2 dan dengan cara yang baik la)...nescaya akan Allah tunaikan permintaan para hambaNYA cuma...
KITA INI TERLALU BONGKAK DENGAN ALLAH.
Ya ALLAH, ampunilah dosa kami dan seluruh kaum muslimin dan muslimat samada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia, amin...
Wassalam.
hamka..ko memang terrrrrbaikkkk!!
keep it up bro..woha!!!ganda 10000x
nway, nice entry. ^_^
assalamualaikum hamka..waah tak sangka hamka pun wat macam tu (doa dlm ujan) sye pun sama tapi masih belum makbul insyaAllah SABAR :)
kalau time kluar d jalan Allah, hujan2 lebat subuh2 plak, macam mana lah tu yea?
Semoga Allah memakbulkan doa saya juga.. Amin ^__^
petang ni ada kelas dekat padang.. harap-harap hujan.. boleh la doa stail encik hamka :D
doa masa hujan:
semoga Allah memberikan yang terbaik untuk saya, dia , kamu dan mereka...
:)
paling penting.. semoga saya dapat siapkan assignment dengan kadar yang segera >.<
#foreveralone...
~ kuantan hujan hari-hari so byk masa utk berdoa.....adakah sy akan difitnah gile lepas ni if sy gi berdoa dalam hujan ?
Sy first time 3hari , pg klua ke satu pulau, naik bot..dah la waktu tu maal hijrah. Masa tangguh tu kami naik bot sambil hujan lebat mbasahi selruh jmmah selama 2jam..
Biarpun lebur kuyup, aku teringat lagi aku menangis memanjang dlm ketenangan sungguhh, sambil mendongak melihat hujan, terasa seakan jiwa yg berdosa ketika itu dbersihkan Allah. Sebelum nih aku ni ego n coldhearted person, benci dgn twngisan. Tapi hari tangguh 3hari tu Aku tak penah mennangis utk satu twmpoh yg agak lama melainkan pertamakalinya kwtika itu. n sehingga hari itu, aku belajar menangis merintih asbabnya dpd sifat hujan... Kesan tangisan si hujan mjadi manfaat thadap setiap makhluk yg berada dbawah naungannya
Bila aku baca hayatus sahabah mgenai perang badar, pwrkara yg sama juga berlaku keatas ahlul badar, Allah turunkan hujan rintis yg membasahi mereka. Ulama nizamuddin bgitahu hujan yh menimpa mereka ketika itu adalah hujan kabulliat mereka dlm usaha agama, n tanda rahmat kasih syg Allah terhadap mereka.
Smoga hujan yg bmanfaat ketika dturunkan Allah, kita tak lupa bdoakan hidayah n pngampunan dosa utk swtiap umat muhammad saw. Ameen
Masnoon dua utk hari hujan.- Allahumma soiyiban naafi'aa,
ya allah kurniakan kami hujan yg baik bmanfaat.
Allahumma, hawalaina, walaa 'alaina.
SAYA PERLUKAN SESEORANG UNTUK MENDAMPINGI SAYA, SAYA DAH TAK TAHAN, WOHA!!!
lepas baca entry ni, bini aku dah tak benarkan aku angkat baju di waktu hujan, takut aku doa teman tubuh yang lain pula..
WOHA!
amboi, pendek entry nih... :p
tak tahan sejuk sangat ker
adeh. berguna nih heheh
assalamualaikum..
Hamka nak tanya betul ke kalau kita izinkan suami kita berpoligami nanti dapat payung emas kt syurga?? ada ke hadis yang cakap macam tu?? kalau kena madu tapi kita jadi dah tak taat dan tak hormat lagi suami sebab dia tak jalankan tanggungjawanb dengan baik dan asyik lebihkan isteri muda ada lagi ke payung emas tu?
-MIMI-
madu itu manis..
madu itu penawar..
madu itu unik..
madu itu indah..
madu itu hanya yang istemewa yang dapat merasainya..
woha!!!!
lariiii..sebelum kena baling ngan periuk,kuali,senduk dan yang seangkatan dgnnya....
who m'i...
:)
hak3..
bersama titis hujan ada malaikat yang membawanya.
Habib Munzir pernah sebut, bila hujan lebat turun, nabi saw akan mandi hujan, berzikir dan bersyukur.
saat hujan kita ingat tuhan, hati lmah dan mudah menangis.
lol~
lol~
woha saya baca penuh khusyuk.dgn emosi dilatari bunyi hujan serta beat lagu rocketeer last² bikin aku tersenyum hahaha damn!!
i like hamka
Kepada istri yang suka nak payung emas kat syurga.
Kenapa tak impikan mahligai seperti siti khadijah r.a. Dia tak pernahpun nak bagi madu pada suaminya Rasululuah saw.
Kita sebagai wanita akhir zaman perlu impikan yang terindah di akhirat walaupun amal kita tak termampu lagi.
bersangka baiklah kepada Allah.
Begitu juga dengan siti fatimah azahara r.a.
dua wanita hebat ini cukuplah untuk dijadikan idola kita wanita akhir zaman.
haha terbaik...
semua isteri2 nabi,adalah ummu mukminin...bagaimana dgn Aishah rha...yang menjadi isteri kesayangan nabi..
ALLAH bagi ikut kemampuan kita..
yang mana mampu bermadu.silakan..ALLAH tak marah pun..
ugama bukan ambil yg mana nafsu kita suka jer..
kalau tak mampu duduk diam2..simpan suami sampai jadi mayat..
ps:Hamka,aku tak bertanggungjawab,kalau kening ko kena gigit...keh3..
WOHA!!!
salam.nice post.
besarlah harapan saya untuk admin blog ini supaya me'link'kan blog saya pada blog ini.cukuplah sekadar pautan itu.dan saya sendiri pun sudah linkkan blog ini di dalam blog saya.
moga sama2 dpt kongsi ilmu utk menegakkan Islam dan meneruskan hunusan pena2 dakwah.
apa2 pun semuanya tertakluk kepada admin blog ini sama ada handak bersetuju dgn perkongsian ini atau tidak.
sama2 dpt manfaat.
boleh lawati saya di
http://nuruddinazrizulkifli.blogspot.com/
Masha Allah. .*ada sedikit terkejut*
Salam,
Terima kasih,utk peringatan dlm entry ini. Mungkin syahdu & sayu hati daku, kerana daku dlm kalangan mereka y mencari utk menyempurnakan 'separuh ad-Deen' ini. Lalu bacaan ini memotivasikan daku utk terus memohon kpd Ilahi & berusaha mencari.
:) cuma agak terkejut pd akhir2x pembacaan itu. Tetapi, apa2x pun, terima kasih.
aSSALAM
TEMAN TUBUH YANG SEBENAR IALAH IMAN DAN AMAL...
TEMAN TUBUH YANG ADA DIDUNIA NI HANYA SEMENTARA..TAK KAN IKUT SAMPAI KE KUBUR.
BERTUAH SUNGGUHLAH KALAU TEMAN TUBUH NAK INGAT KITA SELEPAS 7 HARI KITA MATI...SILAP-SILAP 7 LANGKAH KAKI..HE..HE..
ALLAH SWT TAK TANYA...DAH KAHWIN KE BELUM? ALLAH SWT TANYA SOLAH MULA-MULA...
TERMASUKLAH SOLAH TEMAN TUBUH KALAU KITA LELAKI. KAU SURUH TAK TEMAN TUBUH KAU SOLAH ? KE KAU TAU BERSETUBUH JER...HE..HE..(AKU TAMBAH)...
ITU BARU SOLAH...AURAT TAK USAH CERITA. SILAP-SILAP TEMAN TUBUH DEDAH AURAT KETIKA KITA MATI, KITA YANG DAPAT BALA. NAUZUBILLAH.
KALAU UDAH KITA DITAKDIRKAN TIDAK BERTEMAN TUBUH, BOLEHKAH KITA LAWAN TAKDIR?
SEKEJAP JER DUNIA NI...SEHARI AKHIRAT, SERIBU TAHUN DUNIA.
emmm...cerah pulak cuaca hari ini...
:)
kalau heujan lebat nanti aku cuba.... doa supaya selamat n x d panah petir... ha3
pelbagai reaksi seperti biasa woha uncle hamka buku bila mau keluar daa...
teruk la tulisan ko bro hamka..erm nak wat mcmane hak ko kan nak tulis pe kat blog ko.
hamka yg hensem...
hujan ke kat sana?
kat sini cuaca cerah...secerah wajahku membaca entry mu ini...
Jawab pada yang bertanya sahaja..
-----------
Hamka nak tanya betul ke kalau kita izinkan suami kita berpoligami nanti dapat payung emas kt syurga??
(Kalau dah masuk shurga, bukan setakat payung emas, coli dan seluar dalam emas pun boleh dik…)
------
besarlah harapan saya untuk admin blog ini supaya me'link'kan blog saya pada blog ini.cukuplah sekadar pautan itu.dan saya sendiri pun sudah linkkan blog ini di dalam blog saya.
(Semua permintaan untuk link, belum pernah aku terima, maafkan aku, aku ada prinsip, prinsip aku adalah, kau link aku, tapi aku tak link sape sape.. simple.)
-----
agak terkejut pd akhir2x pembacaan itu. Tetapi, apa2x pun, terima kasih.
(Mungkin kau baru baca blog aku, jika tak, kau tak terkejut…, Tanya orang lain, kan kan kan?)
-----------
uncle hamka buku bila mau keluar daa...
(Arghh, lari sambil cekak rambut…)
-----------
teruk la tulisan ko bro hamka..erm nak wat mcmane hak ko kan nak tulis pe kat blog ko.
(Nota aku masa sekolah dulu teruk gak, banyak gambar kartun,.., tapi dekat final, ada orang Photostat untuk study, teruk kan?)
------
hujan ke kat sana? kat sini cuaca cerah...secerah wajahku membaca entry mu ini...
(kat sini, walaupun tak hujan, tapi aku selalu mandi, patut JAbatan air bagi aku elaun khas.)
bkn dh ade ke entry ni dulu?hehe
Post a Comment