(Tanya sama hati, apa asal sayang, adakah tandanya, nampak dipandang…)
Aku percaya, pasangan hidup yang terbaik adalah mereka yang jarang berkomunikasi dari jarak yang jauh, jika ada apa apa hal, mereka sedaya upaya akan mencari lokasi paling hampir dengan pasangan hidup masing masing, lalu berbicara dengan lemah lembut dan perlahan.
Contoh bila isteri di dapur, suami pula dalam bilik, lalu isteri menjerit: “bang, mari makan, cepatlah, nanti makanan sejuk!.
Suami diam tak kata apa-apa.
Bang, cepatlah makan, BUAT APA TU! MARI MAKAN!!
( huruf besar bermakna suara makin kuat.)
Suamipun datang dan jerit: awak ingat saya pekak ke?
Lalu merekapun bergaduh di meja makan, bla bla bla, malas aku nak ulas. Dua dua bodoh bangang!
Hakikatnya, bercakap dari jarak yang jauh dengan orang yang kita sayang, adalah tidak bagus. Memang kita boleh menjerit dengan mereka, tapi lebih baik kita pergi hampir dengan suami anda misalnya, lagi dekat lagi bagus, jika bersentuhan lagi-lagi bagus, atau peluk dan cakap sambil berbisik. “Bang, mari makan, nanti makanan sejuk, tak best pula”, ,
InsyAllah, isteri yang berbuat demikian, suami akan fikir seratus empat belas kali sebelum mahu bercerai, InsyAllah.
*****
“Baiklah, Hamka, terima kasih atas nasihat, akak sudah mahu balik, isteri kamu mana?, akak nak bersalaman dengan beliau sekejap.”
Kata saudara perempuanku yang ziarah sempena rumah terbuka lalu akupun tinggalkan beliau di ruang tamu kerana aku tidak mahu menjerit memanggil isteriku, lantas aku kedapur, memeluk isteriku dari belakang dan berbisik.
“Puan X sudah mahu balik”.
Isteriku kegelian dipeluk aku.
15 minit kemudian, Puan X menjerit.
Woi, buat apa lama sangat kat dapur tu!
Woha!
Ps: Tanda orang sayang kita adalah mereka akan cuba bercakap dengan jarak yang paling hampir dengan kita, oleh kerana begitu hampir, kadang kadang mereka berbisik dan kita masih mampu mendengarnya, maka malam ini, apa kata kita berbisik pada Tuhan di tikar sejadah tanda sayangnya kita pada Dia. Jom!
84 comments:
mintak2 aku 1st
Good advised Hamka hehehhe....
lepas post, aku email seseorang yang bernama huda, lepas email cehek komen , eh, adakah kamu?
salam.
nak berbisik kena berkhalwat!
semoga aku mampu berkhalwat dgn maha pencipta
-selamat hari raya maaf zahir batin-
hyehehehe~
best..ckp dkt2 mmg akn mengundang perkara lain skali!hahaha=)
7th !
Huda! kenapa kau delete komen kau, tak salah tak matang, yang penting ikhlas,
woha!
b e s t la entry anda.
idea selalu style gempak gemilang.
insya Allah akan ingat pesan ni and mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.
^^
two thumbs up bro!
Hamka sorry lari tajuk.
aku ada msalah yang serius. aku spm tahun lepas dan dapat 8a.
masalah sekarang ak tak semangat belajar. jiwa rasa kosong. aku dah amal pergi masjid tiap2 hari. tapi bila blajar je tak semangat.
tak macam zaman upsr dlu. aku tak tahu apa berlaku pd aku. aku takut kecewakan harapan parents.
arggh.
dik, waktu muda elok belajar, abang dah jumpa ramai kawan abang yang dah tua, tapi baru masuk U buat PJJ, kos mahal dan masa terhad.
bila belajar, cepat lapar dan dahaga, budak U selalu pekena teh malam malam lepas penat study.
waktu muda elok belajar. bila dah tua baru nak belajar, dan lepas study pekena teh, boleh kena kencing manis.
bahaya dik.
Tanya sama hati
Apa asal sayang
Adakah tandanya nampak dipandang
Kumbang rayu bunga
Bulan dan bintangnya
Punya tanda-tanda hubungan mesra
Tanya sama hati
Pernahkah merindu
Ingat masa lena apa mimpimu
Masa berjauhan
Apa nan dikenang
Bila difahamkan itulah sayang
Tanya sama hati
Apa asal sayang
Adakah tandanya nampak dipandang
Kumbang rayu bunga
Bulan dan bintangnya
Punya tanda-tanda hubungan mesra..
Wo ha !
korus mana?
Jikalau tidak kerana sayang
Kuntuman kasih tak mungkin kembang
Andainya jemu mengganti rindu
Jambangan mesra tentulah layu
: )
hehehe....last2 puan X jugak yang kena menjerit atas perbuatan kamu itu.=b.
Nampaknya puan X tak faham konsep sayang atau beliau memang tak sayang pada aku kerana bercakap sambil menjerit, jika dia faham apa aku cakap, tentu dia akan pergi ke dapur.
dan pengsang!
Woha!
tettttttt.....scene seterusnya dipadam Lembaga penapisan....
salam abg hamka..
mesti dapat idea dari cerita P.ramlee tempoh hari..
saya suka penulisan abg hamka.
dan saya tengah bace dari awal2.
entry ni bagus! saya suke. ringkas dan padat.
Salam hamka, boleh tuliskan pasal riba tak?ada dengar ceramah sheikh imran hosein baru ni. sekarang nak sambung belajar pun kene buat pinjaman riba, mcm mane tu..tak campur pinjaman kereta,rumah lagi..takut nanti tak sempat bertaubat dah jadi mayat..
haihh ye lahh.
terima kasihhh atas nasihat.
doa-doakan.
berbisik pada Tuhan..
sayang anak tangan-tangankan,
sayang isteri tinggal-tinggalkan..
saya delete, sebab malu bila baca balik apa yang saya tulis lagi2 pada perkataan 'tersipu malu'.
:)
Assalam...
Aku bangga menjadi follower Kereta Mayat....dan lebih bangga menjadi ummat Nabi Muhammad saw. Woha!
Khalid
P/s: semoga Allah swt beri kita kekuatan yang amat sangat untuk mencari keredhaannya.
terbaik.
salam..
seratus empat belas kali! HEBAT!
-seed
best3x
nak try apply la.
hehehe..
Saya dapat satu ilmu pada posting Tuan. Terima kasih. InsyaAllah saya akan amalkan ilmu ini.
best!sy mmbacanya smbil tersenyum smpai ke telinga..hehhehe.jeles dgn org yg dah nikah!:p
aku nak kawen!!
aku nk kawen juga...weehuu
kawin jgn x kawin
hehe..
cute je entry ni...:)
kalau jerit2 pun penat je..:)
erm...suke2...sape nak org jerit2 bile panggil an...nice....terkene kat batang idung gak..huhuhu.
aku mulai berbisik pada Allah...marilah bersujud..L)
En Suami ku berkata:
Layan ku seperti engkau sedang melayan seorang Maharaja...
Allah yang ciptakan hati. dlm hati pula Allah ciptakn perasaan kasih sayang. Sayang pada ibu, bapa, adik-bradik, kawan, kereta, harta pngkat rmah,awek, bini, anak, kg dsbg. satu hr nnti, mau xmau, smua yg d syg ini psti akn dtggalkn, krn khendak Allah syg itu hnya padaNya sahaja. so, blajar2 lah tggal2 kn benda2 yg dsyg ini bt smentara waktu, sbelum kita tggalkan & berpisah dgnnya bt selamanya....
Aku yg selalu bodoh dan bangang
Assalam
Benar ! Tiada apa yang benar melainkan benar belaka.
Khalid
apa kata kita berbisik pada Tuhan di tikar sejadah tanda sayangnya kita pada Dia. Jom!
(dan selepas itu kita berbisik pada isteri, maka dot dot dot...InsyaALLAH pahala sebagai ganjarannya...amin)
:)
Betul2..layan seperti maharaja..
suami nak layan isteri cam mana pula?
apa kata suami2..?
layan cam babu ka..? layan macam maharani ka? layan paling baik ka...atau boh layan..:)
salam hamskas...
mc ada kah lagi d citu adik ipar mu yg blum kawen? ndak pun anak sedare mu kah, anak sedare belah ahlia kah.. sbab aku mo blajar2 bha amal apa yg ko tulis dlmm entry mu nie woha!!!
premium kuning
good advice.
cakap dgn siapa2 pun dgn adab.
elok berdepan.
tak semestinya kena tunggu sayang.
En suami ku kata lagi:
Layan la Suamimu seperti kamu seorang Hamba yang perlu melayan seorang Maharaja...
haha sumpah entry ni membuatkan aku tersenyum.. so sweet kalau layan pasangan suami/isteri mcm tu kan
Salam,
Kalo nak isteri layan dengan baik umpama maharaja, suami kena la layan isteri bak maharani...what u give u'll get back...insyaALLAH.
Wassalam.
sweet lah En Hamka. Thx...terus rasa nak baik umah, eh bini 2nd call today. huhuhuhuhuhu
btw, aku syak Puan X tu tak sayang En Hamka, sbb tu jerit2.
Hahahahaha
GOOD advise utuk yg dh berkahwin ...
yg xnikah lg jgn duk pndai2 try plak
Great job hamka... Lama sgt tue peluknya tue yg puan X menjerit lebih tue... :)
kalau ade org yg masih menegur kita tu tandanya ALLAH syg kat kite..thnks HAMKA..I owe u.
sekarang ni jadi trend kat FB, kalau ada rasa susah apa2, post shout kat FB, meratap, merintih...(gua pun buat jugak dulu).
btw, i love this piece lah Mr Hamka. soothing str8 to my heart :)
Penutup Oleh En Suami Ku :
Kerna ku menanggung segala Dosa-Dosa Mu, wahai isteriku....
Pertengahan cerita cari la sendiri yer....
Suka membaca post kawan-kawan
aduhai...manis jek entry ni..hehekk...
itulah adab kesantunan yg makin hilang...:)
sweet sgt kann...begitu pentingnya jarak dlm mengekalkan perhubungan...
ok ok.
selepas bace entri nih, saye terpikir, saye sayang suami saye sangat2 tapi dlm masa yg sama saye pon menjerit mcm tu la tiap kali nak ajak makan. so, lepas ni akan try tak jerit.
orang laki ni tak bole dijerit ye?
ok noted!! lepas kawen boeh amal ni supaya rumah tangga sebahagia Hamka=))
dah jadi habit kot jerit2 macam tu esp kalo nak kejutkan bangun tido..bukan tanak kejut sambil bisik2 jap gi lagi payah nak bangun bagaikan didodoi2..silap2 kiter tertido skali...woha
hamka, u kna buat byk entry pasal kasih syg suami isteri nie..u are among the best tulis psl bab nie...semoga berjaya buat byk entri bab nie..tp u nampak hodoh & menjengkelkan klu citer bab politik..so,hentikan citer bab2 politik n tulis bab yg u expert seperti bab kasih sayang suami isteri ni..I like.
Assalam
Berkata benar walaupun orang tak suka...agak-agak sayang ke tak?
Suka-suka jer....Woha!
Aku suka tulisan Hamka yang berbaur politik. No fear & No favour. Tiada tandingan setakat ni, bagi akulah...he..he..
Suliwatang
apa2 situasi pun jgn jerit2 waima di kala kenikmatan termasuk
ber....
S.A.Y.A.N.G
S.A.Y.A.N.G
S.A.Y.A.N.G
Itulah sayang
Sayang bukannya di bibir
Tapi lahir dari hati
Semua orang perlu sayang
Dalam hidup ini
Sayang pada ibubapa
Sayang pada keluarga
Sayang pada teman-teman
Dan juga kekasih
Tanpa kasih sayang
Hidup kesepian
S.A.Y.A.N.G
S.A.Y.A.N.G
S.A.Y.A.N.G
Itulah sayang
Kalau sayangkan negara
Bersama kita berjuang
Kalau sayang masyarakat
Saling membantu
Sayanglah diri sendiri
Jangan sampai hidup musnah
Ingatlah kepada Tuhan
Maha Penyayang
atas tu lagu ramlah ram ,lupa pulak
Hahaha, sungguh suweet mcm gule2 la entry kali ni.. Thanks Hamka..
"Apa tanda ikhlas?"
Apa tanda ikhlas pada ALLAH?.. Macam mana kalau tibe jer ada perasaan riak pd diri sendiri. For example, kita nak bersedekah, sembunyi2 nak masuk kan duit dlm tabung supaya org xnampak (takut2 ada perasaan riak la konon ye) Tapi timbul puyla perasaan riak pada diri sendiri atas "keikhlasan"yang dicari.. Minta saudara Hamka komen skit??
InsyaAllah.. nanti bila aku dah kahwin, aku nk try r..
mintak share
Jawab mana yang sempat:
-----
Korang: Salam hamka, boleh tuliskan pasal riba tak?ada dengar ceramah sheikh imran hosein baru ni. sekarang nak sambung belajar pun kene buat pinjaman riba, mcm mane tu..tak campur pinjaman kereta,rumah lagi..takut nanti tak sempat bertaubat dah jadi mayat..
Aku: Aku rasa ada tulis dekat FB secara tak sengaja dalam ruangan discusstion.
-------
Korang: mc ada kah lagi d citu adik ipar mu yg blum kawen? ndak pun anak sedare mu kah, anak sedare belah ahlia kah.. sbab aku mo blajar2 bha amal apa yg ko tulis dlmm entry mu nie woha!!!
Aku: kalau ada pun aku tak nak terlibat, ha ha.
--------------
Korang: sekarang ni jadi trend kat FB, kalau ada rasa susah apa2, post shout kat FB, meratap, merintih...(gua pun buat jugak dulu).
Aku: Manusia dahagakan perhatian, mengikut Dale Carnigie, keingan menjadi penting.
----------
Korang: orang laki ni tak bole dijerit ye?
Aku: sama lelaki takpe, sama perempuan, tak leh.
-----------
Korang:dah jadi habit kot jerit2 macam tu esp kalo nak kejutkan bangun tido..bukan tanak kejut sambil bisik2 jap gi lagi payah nak bangun bagaikan didodoi2..silap2 kiter tertido skali...woha
Aku: cuba picit ibu jari kakai atau gosok bahagian atas bibir antara mulut dan hidung.
------------
Korang: hamka, u kna buat byk entry pasal kasih syg suami isteri nie..u are among the best tulis psl bab nie...semoga berjaya buat byk entri bab nie..tp u nampak hodoh & menjengkelkan klu citer bab politik..so,hentikan citer bab2 politik n tulis bab yg u expert seperti bab kasih sayang suami isteri ni..I like.
Aku:Tak janji.
---------
Korang: Berkata benar walaupun orang tak suka...agak-agak sayang ke tak?
Aku: sayanglah tu sebab jaga hati.
-----------
Korang: Aku suka tulisan Hamka yang berbaur politik. No fear & No favour. Tiada tandingan setakat ni, bagi akulah...he..he..
Aku: aku setuju dengan kau dan diri aku sendiri, he he
------------
Korang: atas tu lagu ramlah ram ,lupa pulak
Aku: Lagu mengeja ni muncul lepas lagu mengeja XPDC popular..,
--------------
Korang: Apa tanda ikhlas pada ALLAH?.. Macam mana kalau tibe jer ada perasaan riak pd diri sendiri. For example, kita nak bersedekah, sembunyi2 nak masuk kan duit dlm tabung supaya org xnampak (takut2 ada perasaan riak la konon ye) Tapi timbul puyla perasaan riak pada diri sendiri atas "keikhlasan"yang dicari.. Minta saudara Hamka komen skit??
Aku: dah tulis entry khas bab ni dalam entry lama, sila google.
Salam,
Adoi ai.. Puan X tu bukannya tak sayang.. sayangla. bagi sy, dia nak cepat, En. Hamka pulak lambat masa tu, ada org segan nak EXPLORE rumah org lain, mgkn dia segan nak masuk dapur, jadi dia panggil je dari luar. Tu yg kena kuatkan suara, jerit. Ada banyak faktor menyebbkan seseorg itu berckp dgn jerit/kasar/kurang ajar. Kadg2 kita tak sedar pun perlakuan kita adlh agak kasar dan telah mnyebabkan org lain tersinggung. Jadi semua ni bg impak negatif kpd pemikiran pd waktu itu. Cnthnya, mngkn org itu sdg marah/nervous/gugup/tertekan. Mcm cth
Ronald Weasley dlm Harry Potter dgn tidk sengaja ckp jerit jerit kat seorg gadis semasa dia ingin ajak gadis tu ke Triwizard Cup Yule Ball. Sebab nervous, gementar, gugup..
Cerita suami isteri kat atas, si isteri telah berckp dgn agak kasar dgn Suami beliau mgkn krn faktor penat, suami pun tak menyahut. Ia mendtgkan marah dan tekanan, lalu dilepaskan dgn kata2. Tapi xde excuse la, apa apa pun si isteri kena sabar dan tak perlu kurang ajar. Yg suami pun turun je terus marah, dua dua sama bak kata En Hamka. Hhh.. tak ada tolak ansur la.
Kdg kdg, kita kena fikir, ada tak kita ckp/buat sesuatu yg telah menyinggung org yg jerit jerit tadi. Sbb, org yg jerit tu mmg sah sah salah. tp, kita juga mgkn ada buat salah.
Cerita Suami Isteri di atas berakhir dengan si isteri meminta maaf kepada suaminya, dan suaminya juga memnta maaf kpd isterinya, masing2 sedar kesalahan masing2 dan akhirnya mereka hidup happily ever after. the end
ALLAH SWT tak pernah buat salah kpd kita, kita yg buat salah kpd ALLAH SWT, semakin kita slalu minta maaf kpd ALLAH SWT, semakin dekat kita dengan ALLAH SWT, semakin SAYANG.
Manusia semasa manusia mmg ada buat salah. sebab manusia tak sempurna. semakin kita sedar keslhn dan kelemahn diri kita, semakin dekat kita dgn org yg kita syg. dgn syarat, dua dua pun kena ada kesedaran. Semuanya InsyaALLAH, WALLAHua'lam.
wow! ada ulasan entry.
I Like!
bro hamka ,lu pun tahu xpdc ha
rock2 pun rock jugak janji karkung
heeeeeeeeeeeeeeeeeeeba
salam..
Ungkapan klasik al-Ghazzali dalam isu yang sama menyebut, “lelaki itu 9 akal dan 1 nafsu manakala perempuan pula 9 nafsu dan 1 akal”. Terjemahan itu telah mengelirukan saya walhal soal hawa nafsu, lelaki tidak mudah dibezakan dengan perempuan.
Selepas membaca tulisan John Gray, saya mengubah kefahaman saya terhadap kata-kata al-Ghazzali itu. Ungkapan beliau sepatutnya diterjemahkan kepada “LELAKI ITU 9 LOGIK DAN 1 EMOSI, PEREMPUAN PULA 9 EMOSI DAN 1 LOGIK“.
http://saifulislam.com/?p=848
-ron
saya nak share jugak, cerita pasal jerit2 ni. satu hari, ada seorang lelaki bergelar suami berjumpa doktor, kemudian dia mengadu pada doktor tersebut :
suami: doktor, saya rasa isteri saya sakit pekak la doktor sejak2 dah tua ni
dr: owh, mana awk tau isteri awk pekak?
suami: sebab setiap kali sy panggil dia, mesti kene pgl berkali2 baru dia dtg pada sy dokter.
dr: awk pggl dia dari jarak jauh ke dekat?
suami: mula2 jauh, smpai saya terpaksa menjerit kadang2 smpai bergaduh gaduh
dr: awk pasti isteri awk yg pekak, bukan awk?
suami: ehhh, ape pulak saya dokter, sy ni sihat walafiat, walaupon dah tua ni dr.
dr: takpe, macam ni, lepas awk balik rumah ni, awk cuba panggil isteri awk dalm 10 meter jarak,kalau dia x dgr, awk langkah dalam 5meter awk pgl lg, kalu x dgr jugak awk dekat sikit2 . baru saya boleh tau, ape tahap kepekakan isteri awk, atau awk yg pekak.
suami: eh, bukan sy la dr, isteri saya je yg pekak. ok , xpe, balik rumah ni sy cuba buat ape yg dr suruh ok
Dah balik rumah :
suami : (dari jarak 10m) sayang, masak apa hari ni? - 1 x
: SAYANG MASAK APA HARI NI? -2 x ( makin kuat)
: SAYANG MASAK APA HARI NI? 3x
walaupun si suami semakin hampir, si isteri masih lagi khusyuk memotong bawang tanpa menhiraukan suami. sehinggalah .....
suami: SAYANG MASAK APA HARI NI? 4x - smbil mejerit di sebelah telinga isteri
isteri: ABANG NI PEKAK KE? SAYA DAH JAWAB 4x dari abg jerit kat pintu tadi, xkan abg x dgr?????????????
moral of the story: ....... jawab la sndri
sayang sayang kan sayang kan kan.. atau baby .. baby ,baby ( ikut intro jozan).. mana satu sayang ke baby nak sebut.
: )
aku jerit saja laki ku kalau dia pekak sangat
tapi time malam malam terutama malam jumaat aku jerit pelan-pelan
kahkahkah!
entry terbaek lah ~
Allah...
Sesungguhnya Rasulullah adalah sebaik2 makhluk,semulia2 akhlak,sesempurna rupa n sifat..kalu korang ada masa n jk perasan sibuk hingga xde masa,korang cubalah curik masa,bukak buku "syamail muhammadiyyah"=peribadi rasulullah.
Kat dlm buku2 ada citer hadìth2 ttg sifat,rupa n akhlak rasulullah..
Kat c2 jgk ada citer ttg rasulullah yg apb baginda ingin brbicara@brcakap dgn seseorg,maka baginda akn memalingkan keseluruhan badannya yg mulia ke arah org e2..stlh e2 barulah baginda akn berbicara..
jauh sekali bg sifat rasulullah utk menengking @menjerit ktk memanggil seseorang..
~moral kat sini,rasulullah dah ajar kt umatnya adab2 dlm prgaulan semenjak dulu lg.. ~selawat n salam ke atas rasul pembawa risalah seluruh alam..
Good Post...sedap mata membaca
jom baca post ni lak
http://bismillahirrahmanirahim.blogspot.com/2011/10/jom-mentup-aurat.html
perlu ke kita berbisik tanda kasih & sayang pd Allah di tikar sejadah aje .. sedangkn kita tlh & sedang menikmati oksigen percuma setiap saat dr Allah?
seronoknya. ke hamka ni saja je buat cerita kahwin ni seronok nak galakkan orang kahwin? dengar cerita orang lain banyak je masalah. haih nak suami boleh gurau-gurau, nak jadi isteri penyabar. ehe. *kena jadi anon baru tak malu nak cakap hal kahwin*
Nak copy paste boleh? Saya link kan ke blog kamu ye! Kelakar lah.
boleh, itulah tanda sayang.
Post a Comment