Mar 21, 2011

Surat kepada Wahabi?

(Dah lama aku nak post surat ni, tapi surat ini terlupa simpan kat mana dalam susunan folder, hari ni jumpa balik, dapatlah post kepada dunia, maaf sebab lambat post surat ini.)

Surat kepada Bi

Salam kepada Bi.

Bi,

Ingatkah kamu, Suatu hari selepas kita solat asar di masjid secara berjemaah,(kita sajalah lelaki beriman akhir zaman kononnya..) ketika aku melewati tabung derma masjid(Riaklah tu, derma baki syilingpun nak tulis kat blog) tiba tiba di atas lubang derma terdampar satu kitab ugama, lupa pulak tajuk kitab tu, mungkin kitab Majid Fi Syarh At-Tauhid.(mungkin?)

Akupun membelek belek sambil membaca sepintas lalu kitab tu(ulat bukulah tu) yang kemudiannya muncullah kamu memperkenalkan diri sebagi “Bi” dan mengaku kitab tu Bi yang punya.

Bererapa rangkap perbualan kemudian, maka terdedahlah keinginan kamu untuk mengajak aku menyertai fahaman Wahabi, yang menolak semua Mazhab dan hanya mahu mengikut cara Nabi.
Tapi sayang sepuluh kali sayang Bi, dalam semangat kamu ingin mengikut Nabi, kamu menyesatkan semua Mazhab yang juga berpandukan Hadith Nabi..

Bi,

Aku tahu kamu mengaku cinta pada Nabi, dan nak ikut Nabi 100 peratus kononnya..

Lalu mengeji pengikut Mazhab Syafee yang baca qunut waktu subuh, bidaah kata kamu, dan menuduh mereka masuk neraka..

Lepas tu, kamu juga mencela orang yang duduk senget waktu tahiyat akhir, bidaah kata kamu dan menuduh mereka juga masuk neraka..

Pendek kata, semua golongan mazhab kamu kata masuk neraka, sedang kamu puak wahabi, akan masuk shurga semua..

Wah wah wah, meriahnya kamu bermaharaja di shurga sebab tak ramai orang masuk..

Ok, Bi, kamu mengaku cinta Nabi, jom ikut aku beriktikaf di masjid malam ni macam Nabi selalu buat, jom ikut aku pergi berdakwah dari rumah ke rumah macam Nabi selalu buat.
Eh, mengelak pulak, kata cinta Nabi, sunnah nabi berdakwah dari pintu ke pintu tak nak buat ke?

(macamlah aku mampu buat semua tu, tapi aku azam insyAllah..)

Bi,

Sebelum kamu mengaku cinta Nabi,

Biarlah aku ceritakan sebuah kisah cinta yang paling agung dalam sejarah kewujudan alam.
Iaitu, kisah cinta Allah yang Maha Agung terhadap Nabi Muhammad SAW kekasihNya.

Sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW, Alam ini diliputi oleh kesesatan ummat sejak zaman berzaman, beribu ribu Nabi telah lahir untuk menyelamatkan Ummat, ada yang selamat, tapi sejurus selepas kewafatan para Ambia itu, Ummat kembali menjadi sesat..

Namun, pada satu malam yang hening, satu cahaya terang telah menyinari alam, lalu muncullah beribu ribu tahi bintang yang menamatkan zaman langit di ceroboh syaitan..

Bumi bergembira dengan kelahiran kekasih Allah, gegaran demi gegeran telah berlaku yang menyebabkan istana retak dan menjatuhkan mahkota rajanya, berhala berhala ada yang tumbang menyembah bumi, malahan api sembahan 1000 tahun oleh puak majusi, telah terpadam, tak cukup itu Tasik Sava sembahan zaman berzaman telah hilang di telan bumi.

Peristiwa ini berlaku adalah kerana alam ini sendiri bergembira meraikan kedatangan kekasih Allah, manusia yang paling di cintai Allah dalam sejarah penciptaan manusia..

Bi..

Bersyukurlah kita kepada Allah, kerana kekasih Allah adalah seorang manusia, dan Allah telah buat keputusan bahawa kejayaan semua manusia adalah apabila dapat taat perintah Allah mengikut cara kekasih Nya iaitu Nabi Muhammad s.a.w.

Bi..,

Kerana Cintanya Allah kepada Nabi, maka telah diberikan kepada Nabi satu tanggungjawab yang paling besar dalam sejarah pemberian amanah iaitu Nabi Muhammad SAW akan menjadi ketua para Nabi, dan menjadi Nabi terakhir yang bakal menutup pintu kenabian sebelum menyerahkan Kerja ‘Nubbuah’ kepada Ummat akhir zaman yang bakal menjadi Ummat terbaik dalam sejarah kejadian ummat manusia.

Bi..,

Allah Taala telah tarbiah Nabi sehingga Nabi juga di kenali sebagai Al-quran bergerak, ini bermakna, Al-quran adalah kehendak Allah yang di zahirkan dalam bentuk perkataan(Qalam), manakala Nabi adalah kehendak Allah yang di zahirkan dalam bentuk manusia(cara hidup@sunnah). Apa sahaja perbuatan Nabi di cintai Allah, apa yang Nabi suka itulah yang Allah suka, dan apa yang Nabi benci itulah yang Allah benci,

Bi..,

Tiada Nabi sebelum Nabi Muhhammad yang di jemput khas berjumpa Allah secra live ketika hayat masing masing, pernah terjadi dalam sejarah, ketika Nabi Musa bertemu dengan Allah secara ‘audio’, Allah perintahkan Nabi musa membuka kasut, sedangkan kekasih Allah ketika bertemu Allah secara bersekemuka, Nabi Muhammad SAW tidak perlu membuka kasut, kenapa? Kerana (mengikut Buzamana) debu debu yang melekat pada kasut Nabi juga di cintai Allah..

Bi..,

Nabi Muhammad SAW juga amat mencintai Allah, lalu menyeru manusia mencintai Allah siang dan malam, sehingga terkorban sahabat sahabatnya, di seksa dan dibunuh, sedang Baginda sendiri terluka dan tercedera, sehingga darah suci baginda telah mengalir bersama air mata pengorbanan demi membuktikan cinta kepada Allah, namun dalam kesusahan mempertahan cinta itu, Nabi masih bertajjud sampai bengkak akan kaki baginda, semuanya hanya kerana ingin berterima kasih kepada Allah..

Bi, ..

Akhirnya sebagai manusia, maka Nabi Muhammad SAW juga akan mati, dan telahpun mati, yang tinggal hanyalah kenangan namun kenangan ini bukan ditinggalkan dalam bentuk sejarah semata mata..

Bi..,

Hanya Allah yang mampu mengekalkan amalan kekasihNya sampai hari kiamat, maka hari ini, segala sunnah Kekasih Allah akan terus diikuti oleh sebahagian umat akhir zaman yang terpilih, dari sekecil kecil sunnah, sehinggalah sebesar besar sunnah..

Bi..,

Hari ini kita boleh melihat akan amalan dari setiap sunnah Nabi yang mana telah muncul dalam pelbagai mazhab yang kita nampak berbeza cara Ibadat mereka, tapi setiap dari mereka mempunyai dalil dan hadith tersendiri yang membenarkan amal Ibadat meraka,

Sebagai contoh,: mazhab kita sendiri, waktu tahiyat akhir duduk ‘senget’ macam orang sakit, sebenarnya memang waktu Nabi sakit, Nabi solat sebegitu, dan Allah kekalkan duduk Nabi sakit tu dalam mazhab Shafee, kalau mazhab lain, duduk tahiyat akhir macam duduk tahiyat awal.

Begitu juga solat subuh sambil baca qunut, Nabi pernah baca qunut dalam sembahyang, biarlah Mazhab syafee hendak membaca qunut setiap subuh kerana hanya Allah yang dapat mengekalkan amalan kekasihNya pada manusia yang terpilih..

Banyak lagi contoh Bi, , kalau kamu pergi Mekah, kamu boleh lihat bermacam-macam cara orang solat, orang ambil wudhu dan sebagainya, sebenarnya semua itu adalah dari amalan Kekasih Allah sendiri,: ada waktu Nabi ambil wudhu basuh semua kepala, ada waktu hanya menyapu kepala, tapi ada hikmahnya, lalu Allah mahu amal itu kekal, maka sekarang kita boleh lihat sendiri 4 mazhab telah wujud.

Jadi wujudnya mazhab yang berbeza hari ini, adalah lambang cinta agung Allah kepada kekasihnYA, atau dalam bahsa orang muda:, wujudnya 4 mazhab yang besar itu, adalah sebagai ‘tugu cinta’Nya Allah pada Nabi Muhammad SAW..

Tiada seorangpun Nabi lain yang sunnah mereka kekal dalam mazhab tidak seperti agungnya sunnah Nabi Muhammad SAW.

Bi..,

Hanya Allah SWT sahaja Pecinta yang mampu mengekalkan seluruh amalan kekasihNYa sepanjang zaman melalui 4 mazhab yang besar…..meredahi 4 musim, merentasi 4 benua, menguasai 4 penjuru alam, sepanjang zaman, sehingga hujung nyawa dunia…

Bi..,

Jika kamu mengembara ke seluruh dunia, maka akan terzahirlah amalan kekasih Allah ini di setiap sempadan Negara dan terimbaulah akan kamu bagaimana hebatnya cinta Allah kepada Nabi dan bagaimana hebatnya Allah yang mampu mengekalkan amalan kekasihNya sehingga ke hari ini..

Bi, janganlah kamu membabi buta menyesatkan golongan mazhab, biarlah cinta Allah kepada nabi terzahir di situ..

Dan ketahuilah, bahawa Al-quran akan di jaga oleh Allah sepanjang zaman, tidak akan hilang, walau apapun cubaan orang kafir untuk memusnahkannya, tapi demi menjaga amalan kekasih-Nya(sunnah) Allah telah menyerahkan tanggung jawab itu ke atas bahu kita ummat akhir zaman untuk menghidupkan setiap sunnah Nabi, yang mana Allah akan memberikan ganjaran 100 pahala mati syahid bagi setiap satu Sunnah Nabi kamu hidupkan..

Nikmat mana lagi yang kamu dustkan?

Bi..,

Akhir kata, apabila di dunia ini sudah tidak ada lagi amalan kekasih Allah, apabila sudah tidak ada lagi orang islam, maka Allah akan matikan semua malaikat, Allah akan musnahkan segala-galanya…, Masjid, Kaabah, gunung, langit dan bumi semuanya musnah…HANCUR BERKECAI seperti bulu berhamburan….!

Dunia akan kiamat, apabila sudah tiada lagi amalan kekasih Allah di alam ini..

Sebagai penutup buatmu Bi..

Khalifah Abbasiah, Harun al Rahid pernah menyatakan hasratnya untuk meletakkan satu kitab Muaatta yang di karang Imam malik di dalam kaabah dan mengistiharkan wajib setiap ummat islam beramal dengannya, tapi tidak di persetujui oleh Imam Malik sendiri, dengan berkata bahawa semua sahabat betul dalam perbezaan pendapat di antara mereka, Janganlah melarang dan membingungkan orang ramai,

Maka, Bi..

Ingatlah pesan aku baik baik:

Janganlah melarang dan membingungkan orang ramai,

Hazrat Umar bin Abdul Aziz yang juga di panggil Ummar kedua, yang menguasai 2/3 dunia telah menulis surat kepada wakil rakyatnya dengan berkata:

”Setiap kaum hendaklah beramal sejajar dengan fatwa ulamak ulamak mereka.”

Maka Bi,

Biarlah ummat islam di seluruh dunia dengan 4 mazhab itu, tak perlu perasan pandai..

Cuba fikir, akan kenapa Imam Bukhari, dan segala muhaddisin yang hebat hebat tidak membuat mazhab mereka sendiri?

Ini adalah kerana , mazhab yang empat itu, sudai mempuyai tunjang yang kukuh, lengkap, terperinci dan menyeluruh.

Fahamilah 4 mazhab dan fahamilah kenapa ada 4 mazhab.., setelah sekian lama...hingga sekarang..

Kerana di situlah terzahirnya kenangan cinta Allah kepada Nabi Muhamamd SAW.
Hanya Allah SWT sahaja Pecinta yang mampu mengekalkan seluruh amalan kekasihNYa sepanjang zaman melalui 4 mazhab yang besar…..meredahi 4 musim, merentasi 4 benua, menguasai 4 penjuru alam, sepanjang zaman, sehingga hujung nyawa dunia…

Bi..

Jangan jadi babi, err, maksud aku, jangan membabi buta dalam menghukum.

Sekian.

Wasalam.

Ps: Aku dah hantar surat kepada ‘Bi’ yang berfahaman ‘Wahabi’, lepas ni aku nak hantar surat kepada ‘Ah’ yang berfaham ‘Syiah’ pula, woha!

240 comments:

«Oldest   ‹Older   201 – 240 of 240
Anonymous said...

RasululLah s.a.w bersabda: "Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara dimana kamu tidak akan sesat selamanya jika kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu: Qur'an dan sunnahku."

lepas aku baca je entry ko terus aku rasa ko mesty x kaji dulu kan? ko main post je suka ati ko..
ko tau x wahabi tu apa??
ORANG YANG IKUT QURAN DAN SUNNAH...nabi sendiri pon kata orang yang ikut qur'an dan sunnahku xakan SESAT selamanya...tp, apsal korang dok bising2 klu ikut qur'an dan sunnah tu wahabi..SESAT..so, klu orang yg ikut al-Qur'an dan sunnah tu pon korang kata sesat, habistu korang tuh btol la sgt???

ke ko x hafal hadith nih lagi...???

okeh meh sini aku terangkan kat ko...

wahabi nih dia x kata mazhab tu salah...x ikut nabi...cuma apa yg mazhab2 tu ckp ade hadith yg sohih ade jgk yg doif yg sohih tu boleh la ambik hafal dan amalkan...tp, hadith yg doif mana boleh kita amalkan...so, klu org yg xtau mana satu hadith doif mana satu hadith shohih mcm ko nih, lebih baik kita ikut al-Qur'an dan sunnah je kan...dah pasti SHAHIH!!!!!!!!
AM I RIGHT...??????????????


okey...sbg penutup kata kepada semua yg ikut mazhab shafie:
(korang kata korang nih mazhab shafie kan...) so, mesti la korang tau kata2 imam syafie nih: "Apabila sah sesuatu hadith (yg mengikut al-Qur'an dan sunnah) maka campaklah pandanganku ke dinding"..

so, kiranya WAHABI YANG KORANG KATA IKUT QUR'AN DAN SUNNAH TUH BETOL LAH...SBB DIA IKUT QUR'AN DAN SUNNAH!!!!!!!! BUKANNYA BERTAKLID BUTAAA MACAM KO NIH...(saja buat besar bia ko senang sikit nak baca..)

so, len kali kalau nak post apa2 entry kaji dulu...jgn main hentam je...

Tukang Cat said...

tidak ilmiah..boleh diperbaiki lg mungkin dengan dalil2 yg lebih kukuh. kurang ilmu? belajarlah dulu sebelum menulis. hehehe

Anonymous said...

kat sini aku nak pecahkan pengikut wahabi;

1. main ikut sebab keturunan. mak bapak buat dia pun ikut. mak bapak kata haram dia pun ikut. dia pun TAKTAU dia WAHABI. selalu ambik separuh2. ahli sunnah pun ya, wahabi pun ya. meme konpius punya grup.

2. jenis yang buat research. dia kaji ala kadar dan start MENJADI tukang JATUH HUKUM. selalunya tak ngaku wahabi. depa kata depa ahli salaf soleh dll.

3. memang mengaku wahabi. kaji all out. mengagungkan ibnu tamiyah dan muhammad abdul wahab dan ulama2 wahabi. berpegang dengan pahaman WAHABI dan berdakwah agar yang lain keluar daripada kesesatan. grup yang ni selalu keluar fatwa pelik2. meme fighter dan totok.
boleh rujuk kitab2 depa.

aku tak kisah korang nak pegang pahaman macam mana. janji jangan nak BERANGAN ambik alih tugas Allah.

JANGAN sesuka hati NAK JATUH HUKUM!

kau makhluk dan aku pun makhluk.
sedar diri sikit.

Anonymous said...

satu kaedah yang paling manjur untuk mengetahui kebenaran seperti yang dianjurkan oleh al-quran dan assunnah.

dicadangkan kepada SEMUA yang mencari KEBENARAN.


MOHON petunjuk DIRECT dengan ALLAH!


aku cadangkan buat SOLAT HAJAT!

NIAT: Wahai Zat Yang Wujud lagi Maujud, aku bermohon kepadaMu, kau perlihatkan kepadaku keadaan MUHAMMAD ABDUL WAHAB di alam barzakh.

kalau dapat petunjuk dia tengah rilek zikir2 tu kira ok la.
kalau dia tengah kena panggang tu, lu pikir sendiri la.

ps. JANGAN buat sekali jer pulak. buat la SEHINGGA diberi petunjuk dari Allah. petunjuk dari Allah itu sentiasa bersama dengan orang mukmin.
pakai la mana2 kaedah solat hajat.

janji berlapang dada dan ikhlas keranaNya.

boleh test jugak untuk albani.
tamiyyah tak payah. hujung hayat dia tukar fahaman kepada ASWJ. tapi kalau nak test pun ok ajer.

ni bab AKIDAH beb. bukan bab ranting. ni cerita macam mana kita nak MENGESAKAN tuhan kita.
salah kalu, parahhh..

Insaf... said...

Aku pernah kuar 3 hari, ikut jemaah tabligh. Aku mendapati mereka beriktikaf di masjid dengan tujuan untuk belajar usaha atas iman. Belajar usaha dakwah dan belajar memperbaiki diri sendiri. Juga belajar amalkan sunnah2 nabi dalam amalan seharian. Alhamdulillah banyak perkara yang telah aku dapat pelajari.

Barang siapa yang Tak Pernah Keluar dengan Jemaah Tabligh dan kata Jemaah Tabligh sesat, Maka Alangkah Besar Fitnah kamu itu!!

Sila datang ke masjid Sri Petaling Kuala Lumpur untuk melihat sendiri, masjid yang hidup 24 jam. Sentiasa terbuka Tanpa daun pintu, tanpa besi grill, tanpa peti derma. Dan bertanyalah kepada ustaz2 di sana tentang tabligh. Sekian terima kasih.

Anonymous said...

pandangan aku... jgn la korang sibuk2 bertekak. cari la ilmu dulu..lahirnye byk puak2 dlm islam ni, ada hikmahnya....yg pasti bkn utk bergadoh or saling menyalahkan..dorang pun saudara kita yg sebut la ilaha illallah muhammad rasulullah. aku nak tny..bole ke korang tazkirah kat dorang(yg bkn puak korang)supaya jd betul2 sama fahaman ngan korang?? ....hentikan la saudara islamku.TIADA KESUDAHAN. yg paling penting skrg masa utk semua muslim bersatu..dan ada jalannnya..wassalam

Anonymous said...

Benarrrr,

(( RasululLah s.a.w bersabda: "Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara dimana kamu tidak akan sesat selamanya jika kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu: Qur'an dan sunnahku."...
ke ko x hafal hadith nih lagi...???}}

Wahai Anon...kami pun hafal hadisni...tambah lagi

"Barangsiapa berpegang dengan sunnahku dizaman fasadnya umatku, baginya pahala syahid"

MASALAHnya, nak tafsir Al-Quran dan Sunnah perlukan imam yg haq...yg paling hampir dgn zaman Nabi...bukan tafsir sesuka hati. Paling baik, cari ustaz yg belajar bersanad, yg melihat sendiri amalan gurunya yg belajar dgn guru yg belajar dgn guru sampai pd sahabat dan sampai pd Rasulullah saw. Kalau Tuan benar2 ikhlas utk cari kebenaran, pinta petunjuk Allah. Ustaz2 yg ada sanad ramai jer kat Sri Petaling.. pergilah bermuzakarah dengan hati yg terbuka, benar2 inginkan kebenaran. Ini bab aqeedah, once you fail, you fail forever...Nauzubillah..

Saya juga istikhoroh dulu utk menyertai org2 yg buat usaha atas iman mereka..

Usaha Atas Iman

Anonymous said...

yg aku nak sampaikan camni tuan...
contoh paling dekat.
kat dlm malaysia
fahaman yg ko bwk skrg ni,
ada ulamak yg setuju dan,
ramai juga ulamak yg kurang bersetuju..
ko mengaku pegang teguh dgn quran dan sunnah,
dia pun mengaku peganng teguh quran dan sunnah...
ko berdakwah
dia pun berdakwah..
ko kata imam ko yg benar
dia pun kata begitu...
PASTU SKRG KO NAK CAKAP, CARA KO JE YANG BETUL, ajaran ustaz ko je yg betul...semua ulamak yg x fahaman cam ko tu kurang tepat amalannya. tak boleh la camtu sahabat...tu aku bgtau, benda ni takde kesudahan.tapi aku yakin masalah ni ada jalan penyelesaiannya(kesatuan ummat islam tu amatlah penting bg aku). sbb tu cari ilmu tu penting, terutama dlm cara berdakwah..(maaf)...islam tu bukan utk kita shj, tp UTK SEMUA...itu aje. wassalam

Meera said...

Pemikir Islam:

Kalau Tahlil tu amalan yang dianjurkan, kenapa bila nabi wafat, takde seorang sahabat pun yang buat tahlil? Nabi tak sedekahkan al-Fatihah pun pada isteri yang dia sayang, ok takpe, tahlil tu memang amalan nabi, boleh Pemikir Islam bagi dalil yang sahih. Tolonglah berikan dalil yang sahih, anda kan ilmuwan yang bijak pandai.

Anonymous said...

Hati-hati.. dalam dunia sekarangni ada ulamak yang benar, ada ulamak wang, ada ulamak ular dalam semakkk...

Itulah kita perlu hidayah/guidance/ petunjuk dari Allah SWT yg mana Allah janji PASTI n PASTI N PASTI diberi jalan hidayah pada orang2 yg bersusah payah/bermujahadah di jalanNya...

Anonymous said...

Salam

Orang2 yg asyik mintak hadis sahih memang sah tak memperdalami Ilmu Hadis. Ingat ulama2 besar tak pakai hadis dhoif ke? Imam Bukhori Rahimahullah sendiri guna hadis2 dhoif utk mensyarahkan hadis sohihnya. Saya dah tanya orang yang belajar dan khatam Kitab Bukhori...

Jangan guna fikir sendiri.. dhoif=lemah... bagi para ilmuan hadis, dhoif bukan bermaksud lemah seperti yg kita sangkakan...
Yg tak boleh pakai, mauduk+ palsu..

Anonymous said...

...hadis mauduk = hadis palsu

Tanyalah mana2 ulamak, boleh tak pakai hadis dhoif?

Meera said...

Pemikir Sunnah, sy ade buat entry baru tentang awak, silalah check.. Abg kereta Mayat sekali..

http://themeera9ty.blogspot.com/2011/04/surat-jiwang-untuk-bi.html

hamka said...

dah tulis bab hadith:

http://keretamayat.blogspot.com/2008/10/anti-hadith-daif.html

ps: Nabi cari ummat.., betulkan mereka.

Anonymous said...

cik MEERA..

aku cadangkan kamu buat la solat hajat tu. kamu kata kami bertaqlid buta dalam blog kamu. kamu belajar, kami pun belajar.

tetap yang jatuh hukum Allah Rabbuljalil jua.

cuma aku tak boleh terima mana2 pihak yang menerima pakai hujah tamiyah, anak pak wahab, albani dan yang seteru dengannya.


cuma kalau dapat petunjuk tu, berlapang dada lah..

belajar-belajar juga, TAPI biasakan diri MOHON petunjuk DIRECT dengan Allah.

Insaf said...

Syukur pada Allah kerana aku pernah ikut jemaah tabligh kuar 3hari... dapatlah aku tahu apa objektifnya, apa sukatan pelajarannya, apa aktivitinya serta nilai2 yang ada padanya. Maka banyaklah faedah yang aku dapat semasa join mereka.

1)Mereka menyeru kepada solat berjamaah bagi lelaki.
2)Mereka menyeru kepada menghidupkan amalan2 sunnah dalam diri dan keluarga.
3)Mereka menyeru kepada memakmurkan masjid2.
4) Dan kalau korang nak tahu banyak lagi cubalah keluar bersama mereka...

Kepada yang menuduh jemaah tabligh sesat, aku risau takut2 kesesatan itu kembali kepada yang menuduh!

Semoga Allah memberi hidayat kepada kita semua... Amieenn.

Anonymous said...

maaf aku cuma nak tambah..
"Gerakan Wahabiyyah dinisbahkan pada Muhammad Abdul Wahhab. Beliau adalah reformer agama di semenanjung Tanah Arab dan yang menjadi penentang syirik dan bidaah yang berlaku pada zamannya serta bersungguh2 menyebarkan Tauhid kepada ALLAH SWT."
utk pembacaan seterusnya, silakan tanya ustaz google (bidaah hasanah)woha..

aku pun tabligh gak.

Anonymous said...

gerakan WAHABI di bawah pimpinan muhammad abdul wahab telah membunuh RIBUAN AHLUL BAIT RASULLULLAH.! tolong check sejarah kepada yang pro wahabi.

dia kata keturunan nabi banyak melakukan bidaah. kepala hotak ko anak pak wahab!

ahlul bait sepatutnya dipelihara dan diteladani. darah Rasullullah MENGALIR dalam tubuh mereka. banyak hadis soheh tentang kelebihan ahlul bait.


BUKANNYA BUNUH MEREKA SEPERTI YANG DIBUAT OLEH MUHAMMAD ABDUL WAHAB DAN PENGIKUTNYA!

semoga Allah Melaknat mereka-mereka yang membunuh keturunan Muhammad saw!

Anonymous said...

kalau dihayati betul2..
yg mengatakan jemaah tabligh itu sesat adalah para ULAMAK..

zulkifli.cheras kata..
"Ustaz tu kata, kita sebagai orang islam, yang berfahaman ahli sunnah waljamaah mestilah menerima 4 sumber hukum iaitu":
1) Al quran
2) Hadis
3) Ijmak ULAMAK
4) Qias

maka mari kita nilaikan sendiri..

hamka said...

aku bukan orang tabligh, tapi aku sokong orang muda muda buat dakwah. iktikaf, solat jemaah , (baca: tabligh)

sebab selemah iman mencegah maksiat dengan hati, tapi jika kita mencegah orang nak buat baik, tak tahu mana tahap iman kita.

so..

Al quran ada dua, satu sunnah punya, dan satu lagi syiah punya (ada tambahan surah apa ntah?)

Hadih, ada soheh, daif, dan palsu,

ulamak, ada ulamak dunia, ulamak akhirat, ulamak jahat, ular dalam semak

qias, lagi banyak, balik kepada ulamak akhirat..

moral: jangan ikut abu jahal dalam bab menghalang orang muda muda beriktikaf, berdakwah, solat jemaah, baca taklim dan lain lain.

(sama sahaja, kepada mereka yang bengong, bagi perintan atau tak, sama sahaja, tapi tugas kita tetap bagi peringatan tak kira mereka bengong atak tak)

Anonymous said...

jadinya ulama Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Bazz (Saudi Arabia) ni dalam kategori yg mana: ulamak, ulamak dunia, ulamak akhirat, ulamak jahat, ular dalam semak.

Anonymous said...

HAMKA,
aku pun bukan org tabligh(masjid SP)

kpd yg yakin jemaah tabligh tu benar, kajilah balik saudaraku..aku xnak korang jd pengamal dasar sekularisme.nauzubillah


-antisecularism-

Anonymous said...

inilah jadinya bila jemaah/harakah sana hentam jemaah/harakah sini.
org sini kondem org sana.

sedangkan jemaah2/harakah2 yg dihentam itu, masih lg mengucapkan kalimah tauhid Lailahailallah..(kecualilah yg terang sesat mcm ayah pin)

umat islam pun jadi sana- sini.keliru.kelam kelibut.caca marba.

adohai ummat..
mana perginya sifat dakwah kita.

ahong said...

Salam,

Pemikir Islam,

Saya dah cuba cari Ustaz. Siap saya tinggalkan email kat website dia. Dia tak balas pun. Kalau awak ada nombor telefon, bak sini boleh?

Rakan-rakan saya kat KUIS tak kenal pun dia.

Penulisan awak terlalu berbelit2. Saya hanya berkata 'memberi dalil' saja dah melatah. :)
Mungkin awak belajar ilmu agama tanpa tahu dalil2? Guru awak ajar tanpa bagitau dalil2 (al-Quran dan hadis) yang menyokong? Saya doakan bukan begitu.
Biarlah pembaca lain yang menilai.

Yang bermasalah bukannya pahala doa tak sampai. Yang masalahnya kat Malaysia (nusantara) ialah majlis tahlil (doa susunan bacaan dalam tertib tertentu yang bukan disusun oleh Nabi mahupun sahabat) diwajibkan seolah2 merupakan sunnah Nabi SAW padahal bukan.
Inilah dua isu berbeza.
Pahala sampai tak sampai satu isu yang berbeza dengan majlis tahlil

naim said...

solat jumaat td, imam mekah jd imam kat masjid wilayah,

xde ke org nak jerit kat dia kata wahabi?

ramai org jd makmum...hehe

naim said...

MITOS WAHABI

http://al-fikrah.net/News/article/sid=820.html

Anonymous said...

http://al-fikrah.net/index.php?name=Forums&file=viewtopic&p=702111#702111

Arman said...

Assalamualaikum. Mr. Hamka, I'm not from Malaysia, but I can understand all of your writing in this blog. And I really enjoy it. :)
Btw, when will u release your post about "surat buat ah (shia)"? I'm really looking forward to it. I'm a shi'i. :)

whda said...

fahaman bi ke ah ke mzhab ape ke...

yg pnting menuju DIA..
sape yg tau je pham..
sesungguhnya rezeki Allah beri kpd semua..
tapi
petunjuk Allah berikan kdp yg dikehendakiNYA..

wasalam.woha!

hamka said...

aku tak jumpa ah lagi, takde yang mengaku, semua kawan aku takde syiah.., dan itu berita baik, : )

aleep said...

surat yg baik...Mohon Muat turun..:)

ahmad said...

buat apa nabi tak buat bukan bermakna kita lagi bagus/mulia. nabi dulu naik unta, la kita naik kerata, adakah kita lebih bagus/mulia dari dia? Kalau anon 5:31 AM, April 09, 2011 rasa begitu, besok hang blh lah start pi kerja naik unta.

GeNgKaPaK said...

wahabi mengong

a said...

assalamualaikum ya akh.

dikeranakan awak suke menggunakan cerita di sebalik cerita, apa pendapat awak tentang perkara2 ini?:

1. bila orang bukan islam kate Islam itu mengajar ummatnye keganasan? (tipikal barat lah)
2. bila orang bukan islam kate Islam bagi suami pukul isteri?
3. bila orang bukan Islam kate Islam bagi bunuh orang awam (suicide bomber).
4. bila orang Islam sendiri rase solat, pakai tudung, hubungan lelaki perempuan terbatas --> semua tu beban.
5. bila orang bukan Islam tak anggap Sunnah dan syiah berbeza sebab ade orang Sunnah (yang tidak tahu mungkin) sendiri kate "Muslim semuanya sama"

awak nak salahkan pihak mana atas persepsi2 ini? nak salahkan

1. orang Islam yang buat tu ke?
2. Islam sebab tak ajar betul2 ke?
3. orang yang mmberikan pendapat tu sbb tak adil (@bias) dalam bagi pendapat?

point nye di sini, adakah penilaian kita semua- makhluk yang Allah bagi aqal dan Allah ajarkan Al-Quran dan Allah muliakan lebih daripada makhluk2 yang lain- terbatas dalam perspektif2 tertentu sahaja?

jangan sekat pemikiran atas pengalaman2 tertentu sahaja. mungkin akh yang awak panggil 'bi' tu kurang berhikmah dalam tegurannya (wallahu a'alam), tapi kalau awak adil, awak akan ikut ke kelasnya dan nilai sendiri. ape yang nak ditakutkan, kalau yakin dengan apa yang awak pegang? bukankah kalau kita ikhlas mencari kebenaran Allah akan beri petunjuk & kefahaman? Maha Suci Allah dari zalim kepada hamba2Nya.

kita marahkan bila orang bukan Islam judge Islam dgn melihat kepada penganutnya sahaja, bukan ajarannya?

berlaku adillah, jangan syok sendiri sahaja. maaf, tapi saya pelik sbb bahasa awak agak kasar. setahu saya tabligh akhlaknya lemah lembut. dan nabi tak berdakwah dari rumah ke rumah, sebaliknya kepada kabilah2 dan di mana ada manusia berkumpul.

jujurnya sebagai saudara yang wajib menasihati, apa yang diperkatakan tentang 'bi' kebanyakannya tak betul. bunyi pun macam bunyi khabar angin semata. belajarlah lagi dgn serius. di akhirnya apa yang awak perkatakan akan diplayback kan di depan Allah dan ditanya, bait demi bait. Allahu musta'an.

Anonymous said...

FAHAMAN WAHABI niterlalu ekstrem,,bahaya klu dibiarkan merebak,,

Unknown said...

lepas ni terangkan hadis Rasulullah SAW: bukan dari golonganku yang beramal selain dari amalanku.

terangkan pasal bid'ah.

:)

hamka said...

dah

Irfan said...

ALLAh telah meletakkan kejayaan seluruh manusia dalam agama. taat perintah Allah ikut cara Nabi Muhammad swt atas maksud ini marilah sama2 kita fikir bagaimana untuk menyelamatkan umat dari azab Allah. y mana ramai lgi manusia yang tinggal solat n melenggah2kn oleh itu sama2 lah kita jumpa mereka dengan kasih sayang sama2 usaha atas iman..

hamka said...

Takbir!

Anonymous said...

Mohon copy paste

«Oldest ‹Older   201 – 240 of 240   Newer› Newest»