Aug 30, 2010

Suara Nabi di rumah?

(Ilmu tanpa cahaya, mana nak beri manfaat?, sekadar maklumat yang akan dihisab, di sudut lain, isteriku bertanya: nak buat sampai bila ni bang? Lalu jawabku...)

Copy/paste email:

Assalamualaikum,

Baru baru ni saya telah mula mencari bahan untuk membaca di semua laman sesawang mahupun entry-entry di blog berkenaan dengan ilmu agama tetapi hati saya tiba tiba tertarik untuk membaca entry-entry yang sedia ada dalam 'keretamayat'. Ade yang menyentuh hati saya.

Syabas kerana telah mencipta blog yang saya rasa ade baiknye juga menyentuh hal ehwal agama walaupun anda bukan lah ustaz, hehe :)

Sebenarnya saya ingin bertanya, bagaimana kalau kita hendak mengajak suami yang malas bersolat untuk solat? teguran yang bagaimana hingga tidak melukakan hati suami? adakah isteri perlu menegur dengan cara yang penuh berhemah? atau hikmah? sangat direct soalan saya ini :)

Saya harap anda dapat memberi sedikit nasihat atau pandangan, terima kasih~

p/s : Takut pulak bila baca ayat 'kereta mayat' ingatkan blog ni semuanya cerita kisah seram huhuuu

******************

JAWAPAN DARI BUKAN USTAZ KERETAMAYAT...

walaikumusallam.

Eh? Bukan semua cerita kat blog aku ni kisah seram ke? seperti jika tak puasa kena makan buah zakum, atau jika tak solat masuk neraka dan berjiran dengan firaun, atau jika tolak ajakan suami jam waktu bertukar sendiri, tak seram ke?

Ok, just a joke..,

Puan, masalah suami puan yang tidak bersolat adalah kerana hati suami puan sudah gelap dengan dosa dan maksiat.., bila hati sudah gelap, maka ilmu tidak memberi sebarang manfaat, kerana ilmu akan bermanfaat jika ada cahaya.

Sebagai contoh, seorang yang pandai bertukang emas, tapi jika di bawa ke dalam gua yang gelap, yang ada bijih batu dan bijih emas serta benda-benda lain, maka susah sekali tukang emas tu nak pilih emas sambil meraba raba dalam gelap,

Bermakna disini, walaupun tukang emas tu kenal sangat dengan emas, tapi bila takde cahaya, maka dia pun tak tahu mana satu emas mana satu batu..?, nampaknya, walaupun seorang yang pandai bertukang emas dan tahu ilmu ketumpatan bahan, tapi bila takde cahaya, boleh pulak seorang yang pandai bertukang emas itu terambil tahi sembelit kelawar sebanyak satu kilo kerana sangka itu adalah emas..,

Sama jugak macam Tipah yang tahu ular berbisa berdasarkan warna dan bentuk ular, tapi jika diletakkan Tipah dalam bilk gelap bersama ular yang berbisa dan tak berbisa, tentu Tipah pun tak dapat nak pilih sebab bilik tu gelap, kan?

Walaupun Tipah tahu ilmu keularan, tapi bila takde cahaya, mampus jugak Tipah dipatuk oleh ular kapak..

Begitu jugak doctor pakar, ilmunya tak boleh nak dilaksanakan dalam bilik bedah yang gelap, tok mudim pun tak boleh potong kerandut zakar dalam gelap, dan puan sendiripun, jika pandai parut kelapa, tentu tak mampu nak parut kelapa dalam gelap, so, moral of the story: ilmu tanpa cahaya.., maka ilmu itu tak dapat nak di amalkan dan ianya menjadi maklumat sahaja..

Balik kepada mangsa dalam entry ini iaitu suami puan, yang tidak bersolat walaupun banyak ilmu bab solat yang dia tahu,(mungkin) tapi sebab hatinya gelap, maka dia gagal mempraktikan ilmu solatnya..

Kes ini pernah terjadi pada suami orang lain, yang cukup pandai bercakap bab ugama dan politik, tahu kelebihan solat berjemaah, tahu yang mana fardu dan yang mana sunnat dalam solat, tapi bila azan selamba tak pergi masjid, kenapa?

Dan ternyata dia ni tak pergi bukan sebab jahil, tak caya tanya dia, berapa ganjaran solat berjemaah, nescaya akan dijawab, dua puluh tujuh siap dengan air liur tersembur.., tapi kenapa tak pergi solat berjemaah? Ilmu apa lagi yang takde?

Jawabnya, semua ilmu bab solat dia dah ada, tapi sebab hati nya gelap tiada cahaya, maka ilmunya tak boleh bagi manfaat kepadanya dan jadilah ilmunya hanya maklumat sahaja..

Dan kes ini banyak berlaku pada ummat islam hari ni, tanya perempuan yang tak tutup aurat, mereka tahu tak azab neraka untuk mereka yang segaja menampakkan rambut? dan tanya mereka kelebihan bab tutup aurat?, mereka tahu!, sebab mak bapak dan ustaz masa SPM dah 'lebuk' kitab ajar mereka, tapi kenapa mereka masih free hair? Sebab hati mereka gelap, tiada cahaya.., bila tiada cahaya, maka ilmunya tak boleh bagi manfaat kepadanya dan jadilah ilmunya hanya maklumat sahaja...

Sama jugak mereka yang bercouple, berzina dan buang anak dalam tong sampah.., adakah mereka buat semua itu kerana mereka tak tahu azab dan dosa? Mereka tahu, ilmu banyak.., bukti: lulus pendidikan islam waktu SPM, tapi oleh kerana hati gelap, tiada cahaya, maka ilmunya tak boleh bagi manfaat kepadanya dan jadilah ilmunya hanya maklumat sahaja...

Kita balik sekali lagi kepada mangsa utama dalam entry ini iaitu suami puan, yang tidak bersolat walaupun banyak ilmu bab solat yang dia tahu, tapi sebab hatinya gelap, maka dia gagal mempraktikan ilmu solatnya.., sekarang puan bertanya kepada saya yang seram ini, apa yang perlu kita buat?

Jawapannya mudah sahaja, jika pakar tukang emas tadi nak pastikan masalah terambil tahi sembelit kelawar dalam gua yang gelap itu tidak berulang, maka tukang emas tu perlulah bawa lampu bersamanya..,

Sama jugak kes Tipah yang dah mampos di patuk oleh ular kapak, maka pihak keretamayat bila nak buat kerja memungut mayat si Tipah dalam bilik gelap bersama ular berbisa itu, maka aku akan suluh dengan 'high beam' keratamayat, nampaklah aku mana ular kapak tu dan senanglah aku bunuh ular tu dengan meng-kapak-kannya..

Doctor dan tok mudim yang terpotong kemaluan pesakit dalam bilik gelap, juga dapat diselesaikan masalah itu dari berulang jika mereka membuat kerja-kerja pembedahan dibawah lampu neon yang menghiasi kotaraya misalnya..

Jadi, Kita balik sekali lagi kepada mangsa utama dalam entry ini iaitu suami puan, yang hatinya gelap seperti dakwat, macam mana nak bagi hati suami puan kembali bersinar seperti bintang kejora yang bersinar di waktu malam, bagaimana?

Jawapanya, jika doctor, tukang emas, dan tok mudim tadi selesaikan masalah mereka dengan mengunakan sumber cahaya dari TNB (tenaga National Berhad) maka puan juga kena ambil cahaya dari sumber yang lebih hebat lagi untuk terangi hati suami puan.., sebab nak suluh hati tak boleh guna lampu LED (light-emitting diode) tapi kena guna sumber cahaya dari Pencipta hati itu sendiri iatu NUR dari langit..

Senang cerita, Bila ada cahaya, kita boleh bezakan yang mana batu..yang mana emas..

Apabila manusia nampak emas..maka manusia akan faham nilai emas,

Apabila manusia faham nilai emas…, maka akan datang keinginan untuk mendapatkan emas tersebut..

Apabila dah ada keinginan, maka manusia akan melakukan usaha untuk mendapatkan emas tersebut.

Apabila usaha di buat..insyaAllah..akan dapatlah emas tersebut…!

Korang faham? Simple je nih..

Begitu jugak kes arwah Tipah tadi, dengan ada cahaya, kita boleh bezakan yang mana satu ular kapak dan yang mana satu ular lidi…

Apabila manusia nampak ular.., maka manusia akan faham ancaman ular..

Apabila manusia faham ancaman ular, maka akan datang keinginan untuk lari dari bahaya ular tersebut,

Apabila dah ada keinginan, maka manusia akan melakukan usaha untuk lari dari bahaya ular tersebut

Apabila usaha di buat..insyaAllah..akan selamatlah manusia dari ancaman ular tersebut…amin…!

So, nampak peranan cahaya dalam mempraktikkan ilmu?,

Jadi: kesimpulan yang kita dapat dari kisah Cahaya dan Ilmu ini adalah, bila ada cahaya:

1-Kita Akan Nampak Manfaat Atau Mudarat
2-Kita Akan Faham Nilai Atau Ancaman
3-Kita Akan Datang Keinginan Untuk ambik Manfaat atau elak Mudarat
4-Kita Akan Buat Usha Untuk Ambik Atau Buang

Balik dalam bab ugama, jika kita renung balik, akan kenapa ummat hari ni bermarajalela membuat maksiat?

Jawapannya bukan sebab mereka takde ilmu, tapi kerana hati mereka tiada Cahaya (Nur Ilahi)

Hati yang ada cahaya/NUR sahaja yang dapat:

1.Nampak Perintah Allah
2.Faham Manfaat Dari Perintah Allah
3.Datang Keinginan Untuk Beramal
4.Buat Usaha Beramal... Lagi Dan Lagi..

Sama jugak bab maksiat.., Hati yang ada cahaya/ NUR sahaja yang dapat:

1.Nampak Larangan Allah
2.Faham Mudarat Dari Allah
3.Datang Keinginan Untuk Meniggalkan Larangan Allah
4.Buat Usaha Untuk Kekal Meninggalkan Larangan Allah

Kerana itu korang yang dah tahu solat kat masjid dapat 27 kali ganda, tapi still tak gi gak, kenapa? Kerana hati korang gelap! tak de NUR..! (llmu ada, tapi hati gelap..)

Kerana itu korang orang perempuan yang dah tahu azab bukak aurat tapi still bukak gak.. kenapa? Kerana hati korang gelap! tak de NUR..!

Jadi, berbalik sekali lagi kepada mangsa utama dalam entry ini iaitu suami puan, yang hatinya gelap seperti dakwat, macam mana nak bagi hati suami puan kembali bersinar seperti bintang kejora yang bersinar di waktu malam, bagaimana?

Sebenarnya puan, Al quran dan Hadith bila dibacakan, akan mengeluarkan satu cahaya yang boleh menerangi hati si pembaca dengan syarat pembaca faham apa yang di baca dan sanggup mendengar dengan penuh rendah diri...

Kita rujuk kepada masyarakat Jahiliah di zaman nabi, masyarakat yang terkenal dengan kejahatan seperti bunuh anak perempuan hidup-hidup, minum arak dalam tengkorak berdarah, dan berjudi dengan membunuh wanita mengandung untuk teka jantina bayi.. serta lain lain maksiat..

Tapi bila mereka mendengar suara Nabi membaca Al quran dan hadith, maka satu cahaya nurani yang terang telah datang dan menerangi hati si pendengar sehingga meleleh air mata mereka keinsafan sehingga akhirnya mereka memeluk ugama islam dan bersolat tak jemu-jemu, tidak seperti suami Puan itu.

Maka kerana itulah para ulamak telah menggalakkan kita agar menghidupkan bacaan Hadith Nabi dirumah kerana apabila ‘Suara Nabi’ di dengarkan, maka ianya akan mengeluarkan satu cahaya yang boleh menerangi hati si pendengar dengan syarat si pendengar faham apa yang di dengar dan sanggup mendengar dengan penuh rendah diri...

Ilmu penting, kena belajar, tapi jika hati gelap.., maka takde kekuatan untuk amal ilmu kerana hati menjadi buta sehingga tidak nampak kelebihan dari perintah Allah...

Untuk itu, akupun belajar-belajar menghidupkan ‘Suara Nabi’ (bacaan ta’alim) dirumahku pada setiap malam selepas isyak dan membacanya di hadapan anak dan isteri yang mana aku telah melihat hati mereka mulai terang dengan cahaya kerana mereka mulai menjadi isteri dan anak yang taat kepada Allah dan suami serta ayahnya..

Nikmat mana lagi yang lebih besar dari ditaati? Mana ada raja yang sanggup jadi Raja kepada rakyat yang tak nak taat?, mana korang sanggup jadi bos kepada pekerja yang asyik mogok..?, dan mana best jika jadi suami kepada anak dan isteri yang derhaka?

Best ke jadi Mak kepada Si Tanggang?

Maka kerana itulah kita kena hidupkan kembali “suara Nabi” dirumah kita agar cahaya Al quran dan hadith dapat menerangi isi hati kita.., bila hati dah ada cahaya, barulah kita dapat amal ilmu ugama kerana terbukti, ramai orang ada ilmu ugama tapi selamba buat maksiat dan selamba tak pergi masjid sebab hati mereka gelap.., dan bila aku tanya kawan kawan aku yang istiqamah buat baik dan istiqamah pergi masjid, apa rahsia mereka?

Jawapan mereka adalah mereka mendengar “suara Nabi” setiap hari bersama anak bini.., dan yang malas bersolat di masjid serta suka solat lengah-lengah, bila ditanya, ada tak majlis “suara Nabi” di rumah korang? Jawapannya takde.., sibuk layan TV anak beranak.., macam mana hati tak jadi gelap?(walaupun TV tu bercahaya dan bewarna warni)

Oleh yang demikian, cara penyelesaianya adalah:

Korang belilah kitab mutakhab Hadith karangan Maulana Yusof atau Fadhilat amal karangan Maulana Zakaria.., kumpul anak beranak, dan baca dengan gaya ustaz walaupun korang bukan ustaz, dan anak beranak kena dengar gaya pelajar walaupun mereka ustaz atau ustazah..

Baca hadith Nabi jika boleh ulang tiga kali.., tak perlu tafsir sebab dah ada tafsir kat bawah.., baca jer.., maka insyAllah.., ianya akan mengeluarkan satu cahaya yang boleh menerangi hati si pendengar dengan syarat si pendengar faham apa yang di dengar dan sanggup mendengar dengan penuh rendah diri...

Zaman sahabat, mereka boleh dengar hari hari suara nabi lalu merekapun improvekan diri masing masing, sekarang, Al quran dan hadith telah menjadi warisan Nabi, tinggal kita nak kena hidupkan kembali 'suara Nabi' agar anak isteri dapat mengambil manfaat seperti mana anak isteri sahabat yang mendengar 'suara Nabi' dari suami mereka yang bercerita akan sabdaan Nabi setelah bergaul dengan Nabi sehari hari..

“Kalau isteri tak nak dengar, camne Hamka?”

Korang boleh pujuk mereka dengan ubah strategi, cakap kat mereka abang nak improve Bahasa English supaya senang naik pangkat, lalu korang beli dua kitab, satu kitab mutakhab Hadith karangan Maulana Yusof yang berwarna coklat dalam BI dan bewarna hijau dalam BM atau atau kitab Fadhilat amal karangan Maulana Zakaria yang berwarna biru dalam BI dan BM.. (rumah aku ada semua versi ini)

Lalu bila baca, korang pegang kitab BI, dan direct translate kepada BM dan mintak tolong isteri betulkan jika salah iaitu dengan biarkan isteri merujuk kitab BM lalu korang bacalah dengan merangkak-rangkak kitab BI tu dan boleh buat-buat tak tahu makna supaya isteri tawajjuh membetulkan vocabulary word lalu akhirnya korang dapat menghidupkan “suara nabi” bersama anak isteri dan dapatlah mereka menjadi orang yang bertakwa, dan korang dapat improve English lalu naik pangkat, woha!

(Dunia dapat, akhiratpun dapat, kan?)

Akhir kata, berbalik kepada mangsa utama dalam entry ini iaitu suami puan, yang hatinya gelap seperti dakwat, maka puan kenalah baca “suara nabi” banyak-banyak kat suami, cuba strategi diatas.. tapi jika suami puan menolak.., maka boleh puan bacakan pada suami sewaktu suami puan nak tidur.., selimutkan dia, kucup hadinya dan baca kitab tu macam baca bedtime story kat anak-anak.., dalam kitab tu ada jugak bab kisah sahabat yang seronok dibaca bila nak tidur..,
Dan insyAllah, masyarakat jahilliyah yang bunuh anak hidup-hidup pun boleh jadi baik bila dengar ‘suara Nabi’.., apatah lagi suami puan yang tak pernah membunuh, kalau bunuhpun mungkin setakat bunuh cicak dan nyamuk.., apalah sangat..

Mudah mudahan, bila resapan cahaya hadith datang dalam hati, maka ihtisab akan datang, lalu suami puan akan nampak perintah Allah, akan faham manfaat dari perintah allah, lalu akan datang keinginan untuk beramal dan akhir sekali akan ajak puan solat bersamanya, insyallah..

Sekian, selamat menyuluh hati suami dengan cahaya nurani..

(Ooo Nur kasih.., Aku kembali.. kerana Masih.. mencari yang hakiki.. )

Ps: Jika isteri bertanya, nak buat sampai bila majlis ‘suara Nabi’ ni bang? Korang jawablah.., abang akan buat sampai mati.., dan tanya balik isteri: bila kita mati? Mungkin esok? Maka sampai esok sahaja..., kan?

82 comments:

Anonymous said...

sampai mati..
ya memang!
-org yg sama-

azharjaafar said...
This comment has been removed by the author.
azharjaafar said...

Sekarang kena buat 'suara Nabi' tu beserta dengan muzakarah 6 perkara. Semoga Allah kuatkan kita dengan Usaha Masturat.

Anonymous said...

SALAM..YA TUAN..

RUMAH ANA TAKLIM LEPAS MAGHRIB, BERSELANG SELI KITAB MUNTAKAB HADITS N FADHILAT AMAL, LBH KRG SETENGAH JAM GITU..

TP ANAK2 YG KECIK2 NI..XPNDAI DUK DENDIAM LA MASA DUK BACA TAKLIM TU..JD MGANNGGU MJLIS LA PULAK..NK D BUAT CMNER EK?

SLM RAMADHAN..SMG TUAN N KITA SUMUE BEROLEH MALAM LAILATUL QADAR, INSYA'ALLAH...AMIN!...


KARKUNAH SANDAKAN ;)

Vanjenazah said...

Dan aku sedih kerana dulu aku dan isteri rajin buat majlis " suara nabi"

skrang kitab " suara Nabi" hanya terletak di atas rehal di tepi dinding...

susah nak istiqomah...

wanJeniang said...

saya pon nak kena dengar banyak2 lagi hadis..asyik baca komik saja...adussss

Azman said...

wah memang menusuk la Hamka...tq..tq...tq

pacifist said...

salam ziarah di bln penuh keberkatan.moga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya.

Nerzhul said...

betulke kalau sehari tak dengar atau baca ayat al-quran akan timbul satu tompok hitam kat hati?

nur...nur kasiih

hainur hapis said...

Assalamualaikum, Ulama bgtau, utk satu org dpt hidayat (cahaya) , dia kene ada KEINGINAN dan USAHA.

sebagaimana KEINGINAN Saidina Omar r.a ingin melihat apa lembaran2 yg dibaca oleh adik perempuan nya.

Adik nya tidak bagi, dia ( Omar r.a ) tidak suci, kene mandi dulu

Saidina Omar USAHA dgn mandi dulu

dia telah ada KEINGINAN DAN USAHA, maka bila dia baca lembaran, surah toha, dia berkata "ini kata2 dari Tuhanku". esoknya pagi jumaat, dia jumpa NABI SAW, dan masuk islam

byk org2 muda di luar sana, mereka juga teringin nak g masjid, tp sbb kita sendiri tak mewujudkan suasana keghairahan dlm diri mereka utk dtg ke masjid, maka mereka tak dpt dtg.


mereka dah ada keinginan , cuma usaha je tak wat lagi

Wa ALLAH Alam

Assalamualaikum

yatie chomeyl said...

niceeeee..suka netry kali ni

ada tips pulak tak untuk ajak suami qiamullail, lagipun dah 10 malam terakhir ramadhan nih..

thanks in advance

cinta said...

rasanya baca quran lbh efektif kot.

klau bace hadith, slalunya dah dterjemah dlm bahasa melayu or bahasa inggeris, suami akak tu boleh faham, ade chance dia rasa ego tercabar.

ye la, nmpak cam isteri nk mengajar dia lak. lagipun bila dia rasa tersindir dgn ayat dlm hadith tu dia akan rasa lebih tercabar dan ade chance naik angin.

klau baca quran, dia tak paham bahasa arab, jadi dia cuma anggap akak tu sekadar baca quran.

tp lama2 hati dia akan mula lembut bila tengok isteri baca quran sedangkan dia sendiri pun x solat.

nak tegur x semestinya bagitau. kadang2 cara 'tunjuk' lebih berkesan.

tak semua orang boleh ditegur secara direct.

ke guane?

suara hamba said...

urmm.,
sedap bace entry ni..
bernas!tq bro hammka!

Khairi Mohd said...

hati gua pun gelap sgt ni baca kereta mayat pun tak nyala2 lagi ni mcm mana ni ustaz.

adui... itkun minannar dah mari... jom terawihh!

farwalis said...

aku harap puan ni tabah.

bukan apa, takut kena hempuk masa nak cerita bedtime story....

Anonymous said...

Betullah teori bukan ustaz tapi baru nak start encik Hamka ni...Setuju sangat...akan ku praktikkan kepada anak2ku juga InsyaAllah...

Err...saya ada soalan yg bodoh, nak beli buku hadis tu kat kedai MPH ada ke? Sebab saya surirumah, kalau keluar perlu mintak izin suami...dan perlu ikut jadual anak2 sekolah..kalau saya tahu di mana boleh dibeli, adalah akan menjimatkan masa saya..maka sempatlah mengambil anak2 balik sekolah...jadi tidaklah dimarah oleh sang suami kerana terlalu lama ke shopping kompleks...

Sekian, wassalam....

-ibu nak jadi mithali-

Anonymous said...

Salam semua,

Saya ada jumpa website hadith berbahasa inggeris... klik link ini...

http://www.iiu.edu.my/deed/hadith/

Kalau ada dalam BM mesti best...

fzikuz said...

Seronok bace entry kali ni..
sgt2 mngisi nurani.. ^^

morsmode said...

tak best lah kalau dalam hati lampu kejab hidup kejab tak kan.

morsmode said...

tak best lah kalau dalam hati lampu kejab hidup kejab tak kan.

idora amira said...

pakcik hamka . .
pakcik ni best la .
saya suke dekat pakcik .
:)

Peluncur Islam said...

aku pun ada dua-dua versi...muthkb ahdith and fadhail amal...

beli kat india tempoh hari..

best...

baca jangan tak baca...

Latifah said...

membaca sementara menanti masa berbuka.
tersentap juga la.
tapi apasal guna nama Tipah weiii???
bila baca arwah Tipah, aisey, aku rasa macam aku lak dah jadi mayat.
huhuhuhu

titan said...

setuju. suara nabi. memang susah nak amal pada mulanya. tapi kalau dah mula. insya-Allah, kita akan dipermudahkan.

Anonymous said...

entry yang bercahaya~~

arizWanmerahs said...

Istiqomah.. Istiqomah.. Ni yg payah r.. Doakanla aku..

Anonymous said...

salam.

thumbs up for this entry.

nak tnye.., macam mane cara utk seorang anak nak nyalakan Nur dlm hati ibu bapa ye..?

terima kasih.

-Hamba ALLAH-

Asyraff Zulkifli said...

nk baca quran.. tapi iman ni asyik pasang surut.. bila time surut, mula la malas... solat pon masih dalam usaha nk bagi kusyuk... :( ada idea cemana nk maintain iman bagi pasang sentiasa? baru la maintain suara nabi kat rumah...

p/s: komen 1st setelah sekian lama mengikuti keretamayat :)

ismadiyusuf said...

nak buat ni perlu kekuatan iman, iman akan mengerakkan amal yang kita buat...jadi usahalah atas iman dulu, seperti mereka-mereka yang terdahulu, maka mudahlah nur akan singgah kat hati kita ni, dan akhir sekali salam merdeka ini ku tujukan buat rakyat malaysia di mana jua anda berada...dan juga selamat berpuasa dan akhir sekali salam raya....

Saya Bukan Hamka said...

Baca kitab Fadhail A'amal. Penting kitab nih,.. siaa2 boleh baca, sebab isinya bersesuaian dengan semua golongan.

kepada puan yang tanya nak beli mana,boleh beli kitab muntakhab hadith versi Jahabersa via online dan bayar kat maybank(bankin), walaupun lagi molek ada muntakhab versi jawi,bahasa dan terjemahan yang dah revise berserta sanad dan takhrij.

lagi senang ajak la suami datang ke Sri Petaling, ada 3 kedai,nak cari apapun ada, versi BM,BI, muntakhab, atau fadhail a'amal.

nak tolong hamka jawab

_saya bukan hamka_

Saya Bukan Hamka said...

siaa2 = siapa2 .

di tangan saya ada buku

"Menerangkan Berbagai Persoalan ttg Fadhail A'amal"

untuk sapa2 yang sangsi dgn hadith yg dikeluarkan dlm F.A.

sebab banyak org tinggalkan kitab ni sebab takut hadith DHaif (baca surat khabar yang tahap berdosa tak tinggalkan lak) heh

_saya bukan hamka_ ... again

Anonymous said...

Assalam.

Fadhilat Amal dan Muntakhab Ahadith adalah antara kitab-kitab ajaib!!!

Biar berapa kali kita baca atau kita dengar...kefahaman tentang hadith2 ni berbeza-beza dari semasa ke semasa.

Pengalaman aku yang jahil ni...bila kita baca kitab2 ni...yakinlah bahawa kita yang perlukan bacaan-bacaan tersebut.

Saya baca untuk diri saya. Hati saya yang sangat-sangat perlu untuk dengar kalammullah dan kalammulrasul.....

Bila ada perasaan sebegini. Kita tak akan terkesan walaupun ketika kita baca kitab ni isteri/suami tak nak dengar, anak-anak main, atau mereka tertidur ketika kita baca kitab tersebut.

Ataupun ketika majlis taklim di masjid...tak ada orang nak duduk dengar. Baca jer...dengan kuat dan jelas tanpa perlu rasa malu-malu atau segan-segan sambil tanamkan keyakinan bahawa saya yang perlu kepada bacaan-bacaan ini (khas untuk Cikgu Azizullah Batu Buruk-idola hatiku)

Khalid
P/s: Hamka. Semalam entri lain rasa ana. Ni entri lain pulak? Am I in the twilight zone or what?

jini said...

Subhanallah...
terdetik sekejap hati ni...
betul jugak post ni..
patut la lepas saya baca Al-Quran,
terus ayah saya bangun dan g solat...kih kih kih...

tapi, tak boleh dilaksanakan kalau
mangsa tgh tido mati ye....;)

Anonymous said...

baca sampai tertido!!!!!kalu kita dengar taklim sambil tido ade kesan ke hah???

kundi said...

ilmu keularan tak sama dengan ilmu mengular.kan.

thanks hamka.

buleh wat jadual, hari tu baca quran, hari ini baca hadis, hari berikutnya baca quran balik, pusing pi pusing mai, naik kereta mayat....

Anonymous said...

salam

ada sorang kawan bagitau...masa dulu2 semasa suami dia baca 'suara nabi' fadhail amal dgn anak2,..dia buat tak tau aje...dia buka tv dan tak peduli...sehinggalah dia dapat hidayat utk join majlis itu..dan akhirnya terbuka hati utk faham usaha agama dan akhirnya terbuka hati utk sama2 bagi masa utk buat usaha agama...dan kami pun berkenalan masa sama2 buat usaha agama 15 hari di Penang hampir 15 tahun sudah...dan kawan sayani pun dah meninggal...moga Allah bahagiakan rohnya...

ada sorangtu pulak bagitau yg dia sebelum ini tidak solat dan puasa...dan sehinggalah selama setahun suaminya mendengarkan 'suara nabi' dgn anak2...yg dia tidak peduli...dan tidak suka...sehingga dia mengatakan jika kitab itu tidak disimpan baik2(sepah-sepah) dia nak buang kitab itu... dan satu hari memang kitab itu terletak kat meja..dan datang perasaan ingin tahu dalam dirinya...dan dia teringat yg suaminya berwuduk sebelum membacanya...dan dia yg tak tau berwudhu mencari buku sekolah agama anaknya utk tau cara2 berwudhu... dia berwudhu dan baca dan selepas itu dia tidak marah lagi malah sama2 duduk mendengar suara nabi.. dan barulah mengizinkan suaminya untuk keluar 3 hari... dan dia yg mengisikan banyak baju2 ke dalam beg suaminya ketika first time keluar 3 hari..(macam nak keluar 40 hari) Dan dia dah pandai solat, puasa, tutup aurat...
Yg sedihnya sekarangni dengarnya dia dah tak tutup aurat dan berambut merah...dia menjauhkan diri dari taklim marhalah dan sebuk dgn dunia...dan mungkin sudah tinggalkan bacaan suara nabi dalm rumahnya...

Itulah...pada yg dah hidupkan majlis suara nabi..teruskan dgn istiqomah...yg buat usaha agama pun teruskan dgn istqomah sebab apa yg saya nampak, mana2 kawan yg tinggalkan apa yg mereka pernah usahakan, kehidupan mereka kelihatan lagi 'teruk' dari sebelum itu... dan kesannya pada anak isteri juga...

laa haula wala quwwata illa billah..

hidayat itu dari Allah swt jua..

-ahlia sape

Anonymous said...

Yelah!

Walaupun di rumah sendiri, andainya 'blaukout' takde lilin pulak tu, sama2 ahli keluarga pun boleh terlanggar.

Macamtulah juga bila tiada 'cahaya' di dalam hati, sama2 ahli keluarga pun boleh berkelahi/ benci-membenci.

Bahkan sama2 agama pun boleh saling mangata.

Dan negara Islam A dgn negara Islam B pun boleh bermusuh.
-------

Marilah kita sama2 membawa 'cahaya' pada umat ini.

-------

Walaupun baby tak faham dengan suara nabi yang di perdengarkan... sertakan sahaja baby itu dalam majlis itu. Yaqinlah di situ ada 'aura cahaya' yg meresap ke dalam hati2 mereka.

Anak2 kecil yg sememangnya tak boleh duduk diam...biarlah mereka berlegar2 di keliling majlis, ibu bapa teruskan majlis dengan tertib, insyaAllah mereka juga akan dapat cahayanya.

-Ahlia sape

faxists said...

terima kasih kerana sedarkan aku..
memang betul dulu masa aku skolah darjah 6 melur.cikgu yusuf tu selalu lepas ajar math dia bacakan kitab fadhilat.kadang2 kami gilir2 baca.patut lah aku minat belajar math masa tu..sebab ada Nur rupanya..

ain said...

salam.. menarik. last year ada kawan yg selalu wat taklim stp hari jumaat. kami ramai2 berkumpul baca buku yg Hamka ckp tu. mmg best. x payah pun reka ayat best2, sbb buku tu mmg da tersedia pun dgn kata2 yg best. Time tu gilir2 sorg baca 1 kisah dgn gaya mcm ustazah. Pd masa yg sama blh asah skill nk dakwah fardiayyah dekat org lain di samping topup ilmu. Kadang kala ilmu tu da tahu tp terlupa n x buat. Bila baca fadilat amal, lagi bersemangat nk buat as motivation. Menghidupkan sunnah Nabi, nnt Nabi kasi syafaat di akhirat. Syg Allah dgn mengenali Allah. Mengetahui bhw Rasulullah adlh kekasihNya maka kita akan buat mcm mana perbuatan kekasihNya itu agar kita jua di cintai Allah.. Moga Allah redha dgn kita semua.

tuan director said...

haha santai ja hang tulis
i like it
kurang setuju part kitab fadhilat amal.dari pengetahuan aku, budak yang tak habis skolah lagi ni, kitab fadhilat amal byk hadis dhaif mahupun palsu. ok yg shahih kita ambik. yg palsu kena tolak. matlamat tidak menghalalkan cara

As-Syams said...

Salam,

Tahniah bro, entry yg menyentuh hati aku.. Dalam Quran pun Allah dah bagitau yang lebih kurang maksudnye 'sesungguhnya kebaikan akan menjauhkan kejahatan'.. So, kite buat baik, then yang jahat akan pergi.. Cerita yang ko tamsilkan dalam entry nie boleh jadi modal nak muzakarah dgn kawan2 nnti.. Woha

Anonymous said...

Ohh! Wan Perlis!

Antara kamu yg tak habis sekolah dengan

Hadrat Maulana Zakaria Kandahlawi Rahmatullah 'Alaihi (Pengarang kitab Fadhail Amal)

seorang Muhadithin (kena hafal beribu2 hadith dgn sanad utk dapat title ini),

seorang Qari( atau hafiz/penjaga Al_Quran) yg menghambakan diri mengajar lebih 60 tahun di madrasah tanpa mengambil upah,

seorang yang menulis kitab Fadhail ini dengan melakukan solat hajat memohon petunjuk Allah swt setiap kali mahu mencatatkan hadis,

seorang yang mendapat kehormatan untuk mengajar di Madinah (yg juga meninggal dunia di Madinah),

seorang yang tidak mendapat keuntungan kewangan dari penulisan kitab Fadhail Amal...walaupun kitabnya dah diterjemahkan dalam berpuluh bahasa seluruh dunia..bahkan dia kerugian dari segi modal...

Lagi sekali, antara kamu yang tak habis sekolah dengan Hadrat Maulana, sudah tentu bezanya antara langit dengan bumi...

Sungguh2 gelap hati orang yang memilih kamu dari Hadrat Maulana...(uhh saya menggigil ...sememangnya hidayat itu sangat2 mahal)

Semoga Allah memberi cahaya pada hatimu.

-----

*Jumhur ulama membenarkan penggunaan hadis2 dhoif utk fadhilat

*Pembahagian hadis dari sahih, hasan...dhoif bukan utk kegunaan orang awam (apalagi budak tak habis sekolah)..itu utk kegunaan ulama utk membuat fatwa dan hukum.

*Kalau namanya hadis, sudah tentu dari Nabi saw...kalau bukan dari Nabi saw, tak boleh panggil hadis.
Kalau dah palsu jangan panggil hadis...memang bukan hadis!

*Hadis Dhoif itu bukan hadis yang lemah tetapi perawinya lemah...contohnya perawinya minum berdiri. Setiap imam meletakan syarat untuk jadikan hadis itu sahih bagi mereka..yakni Imam Bukhori meletakkan syarat tertentu, Imam Muslim meletakkan syarat2 tertentu, dan begitu juga imam2 lain.

Kadang2 hadis doif itu mengukuhkan lagi tafsiran/syarahan utk hadis sahih. Kadang2 maksud hadis dhoif itu sama dgn hadis sohih tetapi jatuh pada kategori dhoif kerana perawinya tak menepati syarat imam tertentu. Kadang2 beza hadis dhoif itu cuma dalam perkataan "Arab'nya sahaja...maksud sama..tetapi sekali lagi menjadi dhoif kerana perawinya...

Takkanlah hati maulana yg penuh cahaya dari hadis dan amalan Nabi saw sengaja nak meletakkan hadis palsu dalam kitabnya. Kalau betul ada hadis palsu wahai Wan Perlis, bangunlah beritau jabatan agama, mana dia hadis palsu yang patut di keluarkan dari Kitab tersebut supaya semua umat terselamat dari kepalsuan...

Finally...sudahkah kamu mengkhatamkan kitab itu berkali-kali?

Pengalaman kami, walaupun dah baca berulangkali bertahun2, masih terasa/terdapat ilmu baru yang selama ini kami tidak 'nampak' dek kegelapan hati kami...dan insyaAllah akan kami teruskan sampai kami mati.

Ahlia Sape

Suhaibah said...

Mintak maap ye encik keretamayat, nk tambah sket..

dulu saya penah dgr satu ceramah agama dan saya rasa ada kaitan dgn topik kali ni.

ada beberapa cara nk ajak org kembali ke jalan Allah ni. kalau susah sgt nk tegur, atau org yg dh ditegur tetap x berubah, maka kena buat cara halus dan senyap2 la.

yg pertama skali, sudah tentu dgn doa yg x putus2 & kena yakin la pd Allah masa berdoa tu.

kedua, masa org tu dh tidur nyenyak pd waktu mlm, kita baca doa penerang hati ke, doa pelembut hati ke, atau ape saje doa yg berkaitan kt telinga dia, pastu perhatikan angota badan dia sperti tangan atau kelopak mata, kalau nmpak mcm sedikit bergerak2 tu, mgkin sedikit sbyk ape yg kita doakan td ada termasuk dlm hati dia. kalau xnk doa, blh juga bcakap2 dgn dia tntg mati, tng azab Allah kalau x solat dan ape2 saje yg kita nk cakap. kira mcm kita bcakap dgn org yg koma kt spital tu la. InsyaAllah, cuba la, kalau berkesan, Alhamdulillah.. hrp puan bersabar dgn dugaan ni..

Sory encik, byk pulak membebel, td kata nk tambah sket je.. hehee...

Asyraff Zulkifli said...

bercakap tentang topik kali ni, kita nmpknya banyak belajar bagaimana berdakwah dengan orang yang sudah pun tahu ajaran islam.
tuan2, petang semalam (hari selasa)saya telah terjumpa dengan seorang kirstian di sebuah page di facebook. dia mempersoalkan tentang 2 perkara;
1. mengapa puasa tanpa tau kenapa?
2. islam mengharamkan makan haiwan 2 alam, tapi kenapa boleh makan ketam?
lalu, saya pun add dia dengan harapan boleh memberikan jawapan kepada kristian tu. dipendekkan cerita, komen punya komen, sampai masuk bab tuhan yang satu. berbalas komen tu masih belum selesai, dan kristian tu nampaknya seorang yang kuat agama kerana setiap perkara yang dia bahaskan akan dikeluarkan ayat2 dari bible. sesungguhnya saya bukan seorang yang bijak agama, tetapi saya tahu kebenaran islam.
jadi, bagaimana saya nk pastikan perdebatan tu berakhir dengan kemenangan di pihak kita? boleh tengok profile facebook saya di http://www.facebook.com/asyraffz

p/s: ini merupakan kali ke-2 saya berdepan dengan situasi begini. kali pertama apabila ramai yang menghina islam dalam satu forum, kesnya berkaitan islam mengharamkan pemakaian seksi dan makan babi. saya berjaya membuatkan mereka menghentikan posting berunsur penghinaan dan memohon maaf kepada orang2 islam diforum tersebut, alhamdulillah..

p/s: harap jangan ada yang marah pada orang kafir tu, sebab mereka kafir dan tak tahu apa2 tentang islam. mereka perlukan bimbingan... (ini pendapat saya)

Anonymous said...

att: asyraff zulkifli.

"..bagaimana saya nk pastikn kemenangan perdebatan tu berpihak di pihak kita?.."
HUBUNGI: znflhev@yahoo.co.uk
insyaAllah the person can assist u.(an experienced 'abdullah' in such matter;has handled many similar cases).

ps:it's a good thng the thng that u'r doing. keep it going!

JazakAllah.

hamka said...

aku tak sempat jawab semua komen buat masa ini..

tapi aku nak tegur, siapa yang tuduh ada hadith palsu dalam kitab tu, sila bawak kitab tu jumpa kadi daerah tuan dan tunjuk pada mereka, berdosa jika kau tahu ada hadith palsu yang disebarkan, tapi tak bertindak..,

tapi sebelum tu, baca entry aku yang lama bab "Anti hadith daif" dan bagaimana mereka kelihatn bodoh dalam entry itu..

hamka said...
This comment has been removed by the author.
hamka said...

aku nak tambah sikit lagi..

bila kita hidupkan bacaan suara nabi dirumah, maka akan dapat 4 ribu kelebihan..,

aku akan sebetu satu persatu..

bersia untuk catat, ada 4 ribu, banyak ni..

hamka said...

ok, 4 ribu kelebihan..

1. lebih baik dari menghantar 1000 jenazah

2. lebih baik dari ziarah 1000 orang sakit

3.lebih baik dari solat 1000 rakaat

4. lebih baik dari sedekah 1000 dinar

dah, cukup, 4 ribu.. : )

hamka said...

komen berbentuk soalan, mungkin aku cuba jawab sebelum raya. bagi masa, atau tolong jawabkan

Anonymous said...

yang sahih diambil
yang palsu tetap ditolak..

Muawiyah ibnu hayat said...

aku stuju dengan mnjadikan pembacaaan hadis fadail amal di rumah, sbb hadis tu hadis yg boleh dibaca dan diamalkan oleh orang2 awam, walaupon hais dhaif, ia masih tetap hadis dan ade nur,..kalo kitab sahih bukhari n sohih muslim, itu utk kegunaan ulamak yg ade ilmu tntang hadis utk buat hukum, dan dlm kitab fadail amal tak de hadis palsu, dan hadis dlm fadail amal adalah yg terbaik utk kegunaan kita semua

Anonymous said...

keretamayat.blogspot.com Overview

keretamayat.blogspot.com has 505657 traffic rank in world by alexa. keretamayat.blogspot.com is getting 2175 pageviews per day and making USD 8.53 daily. keretamayat.blogspot.com has 793 backlinks according to yahoo and currently not listed in Dmoz directory. keretamayat.blogspot.com is hosted in United States at Google data center. keretamayat.blogspot.com is most populer in MALAYSIA. Estimeted worth of keretamayat.blogspot.com is USD 6226.9 according to websiteoutlook

misbah said...

dari kawan lahir sampaila sekarang da menjangkau umo 20 tahun,taklim taklum terus dibace oleh bapakku di rumah..mase dan tempat x penah berubah..alhamdulillah..syabas bapakku!hehe

manusia daif said...

Asyraff Zulkifli

sy usha pesbuk anda, hummm. mengecewakan!!

sibuk buat status bab ugama, tp pic profile berpelukan dgn kekasih hati (wlupun ader lapik) status relation anda "In a relationship with Aimi Fadlini" ini bermakna anda belum kawin.

p/s: jgn mempolitik kan agama jika diri masih daif!!!

Nasi Dagang Daun Pisang said...

hamka, kenapa bila diperhatikan sekeliling, ada ramai manusia yang akan terus jatuhkan hukum pada hadis dhoif atau perkara2 bida'ah (tak kira hasanah atau dholalah) dan lepas tu terkeluar la hadis2 yang diguna untuk pertahankan pendirian masing2...hingga tersembur air liur walau kadang2 apa yang diucapkan adalah tak betul...kenapa?

tina said...

'jika tolak ajakan suami jam waktu bertukar sendiri' --> haha. yg ni plg seram!

~fam~ said...

agak2...jika korang ditegur kerana korang suka buang sampah merata-rata oleh minah yang pakai tudung labuh dan minah yang korang boleh nampak dengan jelas dia keluar rumah tak pakai tudung..

agak2, mana yang korang terima?

kalo minah tudung labuh, mesti korang terdiam dan mengakui kesalahan korang...

TAPI, kalo minah free hair mesti korang kutuk depn2 atau kutuk dalam hati...
'eleh, ko pon tak pakai tudung, ade hati nak tegur aku! dosa ko lagi besar dari aku yang buang sampah ni tau!'

##memang, kite tak sempurna nak tegur orang...cuba perbaiki diri, dan janganlah tunjukkan ketidaksempurnaan korang kat orang...

cuba jadi yang lebih baik, kerna kalau nak tunggu orang sempurna baru boleh tegur, sampai kiamat pon xde yang layak nak menegur...~~

tapi, lebih baik kita bersangka baik dengan minah free hair tu dan terima teguran dengan hati yang terbuka...

**someone pernah suggest kat aku buku fadhilat amal ni tika aku suggest kat dia novel...~~
huhu...aku baru 1st time dengar masa dia suggest kat aku.,..dan ni aku baru tau kehebatan kitab tu...dan aku akan berusaha untuk mencarinya...insyaALLAH....


selamat berqiyamullail dimalam-malam terakhir ni...bukan qiyam MELAYANG...:)

Ridhwan bin mohd yunus said...

asalamualaikum..

saya.. cuba2 nak buat usaha komen.. komen dalam bahasa ingeris ialah comment.. hehehe( saya cedok kat post a comment on ) saya sebenarnya tak reti bahasa enggeris pun..

suara nabi... teringat dizaman kecilku.. ketika saya berumur 4 - 20 tahun ayahku sangat marah di kala dia sedang membaca taklim ketika.. saya bermain bersama adik-adik ku... adik2 tak ramai ketika itu.. 8 jeks.. padilat solat setiap hari isnin.. padilat zikir selasa .. kisah2 para sahabat satu.. untuk hari sabtu kisah2 para sahabat 2... hari ahad.. buku2 tersebut diasing2kan..

bila dah pandai baca.. memasing kena baca buku tu... adik beradik kena baca gilir-gilir.. hari2 kena baca.. x boleh nak elak... tp bila ayahku tiada.. masing2 baca laju2.. hahaha.. kelakar sungguh bila ingatkan semula.. daripada setengah jam tinggal lima minit jeks... tak tau la ape sebab time tuh.. nak cepat2 habis.. lagi satu bila ayah tetido.. adik ku yang kedua trus bagi adik yang no tiga baca.. mula la nak begaduh...

Alhamdullilah.. hati ku terkesan semula untuk menghidupkan taklim dirumah setelah membaca ayat2 power tuan nih.. heh.. wah.. lamenya tak dengar taklim.. rindunya ngan suara ayah.. ibu.. adik2 yang membaca taklim selama lebih 20 tahun..

akan tetapi .. dirumahku kini ... hanya ada buku la tah zan... insyallah buku itu akan cuba ku baca untuk mengantikan taklim ayah ku... sebelum kutemui kitab padail amal

heh

kurma madu said...

Salam,
ni just pengalaman aku la...kami baru hampir 2tahun buat bacaan 2kitab 'suara nabi' tu...memang aku akui...punyai 'nur' tersendiri..hinggakan anak aku yang 3taun pun boleh sebut lepas balik solat isyak...'bah taklim bah'...then masa tu la boleh bagi sikit2 ilmu yang kita ada..aku pun sedar aku ilmu agama tak sehebat mana berbanding ilmu dunia...

Pada pembaca sekalian alam,
pendapatan aku memang tak rugi buat bacaan tu dalam rumah kita...Alunan Al-Quran dan Hadis Nabi bila dibacakan...perubahan akan pasti berlaku ke arah lebih baik. Bukan apa, bila baca kitab tu..keghairahan untuk beramal akan datang dan darjah ketakutan pada azab Allah semakin menebal...

Berbalik pada isteri yang email pada Tuan Hamka tu dengan lahirnya entry ni...aku doakan semoga puan jadi isteri yang solehah/ibu mithali dan masuk syurga 500tahun lebih awal dari suami puan...amin
Semuanya dengan izin Allah.
Subhanallah,
Alhamdulillah,
Allahuakbar!
terima kasih

Anonymous said...

salam..

i loike this

'pada suami sewaktu suami puan nak tidur.., selimutkan dia, kucup dahinya dan baca kitab tu macam baca bedtime story kat anak-anak.., dalam kitab tu ada jugak bab kisah sahabat yang seronok dibaca bila nak tidur..,
Dan insyAllah, masyarakat jahilliyah yang bunuh anak hidup-hidup pun boleh jadi baik bila dengar ‘suara Nabi’.., apatah lagi suami puan yang tak pernah membunuh, kalau bunuh pun mungkin setakat bunuh cicak dan nyamuk.., apalah sangat..'

-terharu sangat sebab aku pun pernah bunuh nyamuk, semut, cacing.. masa pi mancing, anak ikan belaga, kucing..(kena langgar kete aku, tak sengaja cian die..) dan juga seekor anjing tetiba ajer nak lintas pada satu malam yang gelap..
-semoga bacaan 'suara Nabi..' mampu berubah diriku menjadi lebih baik. Aminn

-rumi

Peluncur Islam said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Salam,

Jadikan majlis memperdengarkan suara nabi di rumah2 kita bersama seluruh ahli keluarga sebagai satu kewajiban sebagaimana kita menjadikan makan pagi, makan tengahari, makan malam bersama seluruh ahli keluarga sebagai satu kewajiban.

Kesian anak2 apabila ibubapa hanya risaukan makanan jasmani anak2 tetapi melupakan makanan rohani mereka.

Suara2 nabi itu adalah makanan rohani untuk anak2 dan ibubapa juga. InsyaAllah menjadi mudah untuk ahli keluarga menjadikan cakap2 agama sebagai percakapan harian.

Moga Allah swt hidupkan majlis suara nabi ini di setiap rumah orang2 Islam seluruh dunia.

tuan director said...

ok
tak semestinya nak dapatkan NUR kita perlu membuka kitab fadhilat amal. kitab lain pon boleh jugak seperti hadis 40 imam an-nawawi.lebih penting lagi al-Quran dan kita memahami isinya. jangan pandang pada 1 jalan sahaja

hamka said...

Aku cuba Jawab komen berbentuk soalan sahaja, jika ada termiss, tolong ingatkan

------------
KARKUNAH SANDAKAN ;)

(tp anak2 yg kecik2 ni..xpndai duk dendiam la masa duk baca taklim tu..jd mgannggu mjlis la pulak..nk d buat cmner ek?)

Biar jer budak kecik nak main.., sambil di iringin suara nabi...

Tapi jika dah berumur 7 tahun, boleh galakkan duduk, 10 tahun, mungkin boleh ‘paksa’ sikit.., ambik tertib bab solat..

----------
Nerzhul

(betulke kalau sehari tak dengar atau baca ayat al-quran akan timbul satu tompok hitam kat hati?)

Kau boleh alami dan salami sendiri..

-----------
yatie chomeyl

(ada tips pulak tak untuk ajak suami qiamullail, lagipun dah 10 malam terakhir ramadhan nih..)

Tips: baca fadhilat qiamulai kat suami.., he he

----------
cinta

(rasanya baca quran lbh efektif kot.ke guane?)

Balik kepada tahu makna.., jika tak tahu makna, memang menusuk kalbu, tapi takde hala tuju.., dalam kitab tu juga ada Ayat Al quran terpilih untuk setiap 6 perkara.., mengaji dan baca makna sekali, insyAllah,.

-------------
Khairi

(hati gua pun gelap sgt ni baca kereta mayat pun tak nyala2 lagi ni mcm mana ni ustaz.)

Baca keretamayat lepas solat, lepas taklim, lepas zikir, lepas tadarus, itu ok.., aku dah buat warning kat side blog..

-----------
-ibu nak jadi mithali-

(Err...saya ada soalan yg bodoh, nak beli buku hadis tu kat kedai MPH ada ke?)

Pergi kedai buku tu Tanya, dan jika takde, order, jika ramai yang order, maka tuan kedai akan order banyak lagi..,

----------
Peluncur Islam

(aku pun ada dua-dua versi...muthkb ahdith and fadhail amal...)

Versi urdu ke? Woha!

------------
Latifah

(tapi apasal guna nama Tipah weiii???)

Nama itu takde kena mengena dengan yang hidup tapi ada kena mengena dengan yang mati
huhuhuhu

-------------
-Hamba ALLAH-

(nak tnye.., macam mane cara utk seorang anak nak nyalakan Nur dlm hati ibu bapa ye..?)

Ikram muslimim-buat baik sehingga mereka terharu

------------
Asyraff Zulkifli

:( ada idea cemana nk maintain iman bagi pasang sentiasa? baru la maintain suara nabi kat rumah...)

Pergi iktikaf di masjid, insyAllah, duduk dalam suasana iman, maka iman akan meningkat

----------------
Khalid

( Semalam entri lain rasa ana. Ni entri lain pulak?)

twilight zone or déjà vu? (rupanya dalam zon pembebasan dari api neraka)

------------
Anonymous

(kalu kita dengar taklim sambil tido ade kesan ke hah???)

Sakinah tu...

---------------
Nasi Dagang Daun Pisang

(hamka, kenapa bila diperhatikan sekeliling, ada ramai manusia yang akan terus jatuhkan hukum pada hadis dhoif )

Sebab hati gelap,

---------
antikapel...

(agak2, mana yang korang terima?)

Yang cantik.., woha!

hamka said...
This comment has been removed by the author.
hamka said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Assalam.

Ana baru realize yang anak ana boleh membaca bila ana suruh dia baca taklim(dengan marah), dia boleh baca!!...he..he..(teruk punye bapa)

Sekarang...ana baca taklim dan suruh dia muzakarah 6 perkara.

Boleh nangis beb ...bila dengar anak kita muzakarah 6 perkara. Tambahan sekarang ni dia student Kubang Bujuk...contoh2 6 point dia ambil yang ustaz dia punya Pheh!!..

Adik dia pulak baru tahun 2 alimah di Losong..tak nak bagi chance langsung kat ana baca taklim, berebut-rebut nak baca taklim.....he..he..

Adik perempuan dia yang kecil pulak...JAWS!!
Ana baru balik rumah jam 12.00 malam, dia tak tidur lagi dan tanya kenapa tak baca kitab?

He..he...pukul 12.00 malam taklim beb(tersengok-sengok) ...he..he.. nikmat tuhan mana lagi nak aku dustakan?

Ana malu ngan anak-anak....mereka rajin baca al quran...kekadang malu punya hal, capai jugalah al quran.....

Khalid
Ya Rabb..jadikanlah aku harta yang tak ternilai bagi kedua ibu bapaku di kampung akhirat kelak.Amin.

ummufathi said...

salam, best entry ni..

alhmdllh,dh hmpr 25 thn wat taklim kt umah, dr zmn saya kecik2 sampai lani..smpai ank umur 1thn 5bln pandai panggil ahli2 umah bila time bc taklim..

nana said...

sbb tak ade cahaya rupanya..
benar bagai dikata.
tak terkata lagi dah.

beronok-ronok baca artikel ni.

Asyraff Zulkifli said...

to manusia daif:
haha, minta maaf. gambar2 tu semua gambar lama.. latest masa bulan 5 yang lepas. sebulan lepas tu, saya terdetik untuk berubah.. saya tak tau kenapa, tapi tiba2 terasa diri macam kotor sangat.
saya ngaku memang saya ni teruk (tu tak tengok lagi 3 tahun sebelum tu). tapi sekarang saya dalam usaha untuk berubah ke lebih baik. saya tak rujuk ustaz, tapi saya rujuk ustazah.. dia banyak ajar dan nasihat saya. blog kereta mayat ni salah satu cara untuk saya belajar. sebelum ni, memang iblis la.. solat pon kadang2.. (solat jumaat je tak miss). tapi orang tak tau (hipokrit).. tapi sekarang saya dh boleh solat penuh, tak susah pun.. banyak benda tak elok yang saya dh tinggalkan. belajar2 puasa sunat.. alhamdulillah, memang berbeza rasa diri ni.
saya ngaku memang saya tak boleh berubah dengan cepat, tapi sejak saya mula ubah diri saya, banyak perkara baik yang berlaku. memang banyakkkkk sangat! dan saya tak pernah rasa sebelum ni. ini baru 3 bulan, dh banyak nikmat allah bagi. insyallah, saya akan cuba berubah lagi. suara nabi akan saya praktikkan. satu lagi pelajaran yang akan saya masukkan dalam topik perubahan..
terima kasih atas teguran saudara, saya dh delete semua gambar2 tu.. :) tapi saya tak faham pasal polikkan agama.. :P

Adib Mahmoud said...

best2

abe S said...

Salam,
Sori Tuan Hamka minta izin laluan,

Dear Asyraff Zulkifli,
pertamanya ana merakamkan tahniah pada ente...ente seorang yang terbuka. Semoga ente terus dirahmati,diberkati, dan sentiasa di beri taufik oleh Allah SWT. Kita semua ada zaman silap ya syeikh...yang penting kita bergerak ke arah yang lebih baik dan pencarian kita diredhai Allah..ana doakan kita semua menjadi insan beriman akhir zaman..dan akhir kalam dengan LA ILAHAILLAH (..dakholla jannah)..amin

Anonymous said...

Adakah nur itu sama maknanya degan iman?

Muawiyah ibnu hayat said...

nur tu cahaya , yg mana kalau ada cahaya, maka kita akan nmpak jalan yg lurus dan jalan yg sesat, kita akan dpat nmpak mana yg baik dan buruk, apabila kita ada nur dalam hati maka kita akan sedar siapa kita, kita akan nmpak kebenaran,

iman maknanya yakin, bukan percaya yang mana yakin ni hanya akan dpat melalui pengorbanan dan susah payah, ilmu semata-mata tak akan menambahkan iman , pengorbanan adalah perkara utama utk dpatkan iman.

jadi nak dapatkan iman ni , kita kena ade cahaya(nur), yg mana cahaya ni akan bawak kita menuju ALLAH atas jalan yang ALLAH suka

ini cuma pandangan saya, kalau salah betulkan

Najib said...

Erk, kalo tolak ajakan suami jam waktu bertukar sendiri..

same goes to suami jika tolak ajakan isteri juga..

Anonymous said...

nice blog...saya syorkan sume ahbab kena ade blog,so klo dah pas kuar 40hari @ beberapa hari xdelah terputus dakwahnyer...di teruskan dgn memlalui blog di umh...oleh itu jadikan masa dan perbuatan kita sumenyer utk berdakwah...salam ramadhan n selamat hari raya....

DeeYa said...

Baca jek kitab tu macam tok guru tapi tak berguru nanti datang masalah lain.

Baik bacakan Al-Quran, sekurang-kurangnya dapat pahala membaca, yang mendengar dapat pahala mendengar.

Baca kitab tak paham apa isi kitab dengan betul, tafsir isi kitab ikut kepala sendiri tanpa guru lagi boleh datang dosa, silap-silap kafir....

Anonymous said...

Salam.

I baru saja khatam baca entry entry lama incik kereta mayat. Well, frankling speaking ada juga banyak entry menyentuh jiwa raga ni. Lagi lagi bab keimanan. Oh! Nikmat mana yang aku dustakan lagi?

Ayah used to practise baca "taklim" before this, kena buat hari hari after balik solat Isya', at least 1/2 and hour. Yela, time budak budak, suka betol mengelat.Dengar macam tak dengar saja. Ikut giliran baca, tapi ktorang bc mcm nak xnk je. Laju macam keretapi balik kg!Gelapnya hatiku time tu :(

Masa pun berlalu, ayah kerja jauh dengan family. Means, taklim pun tak dibaca lagi. Tapi sometimes I baca juga bila kadang2 sampai seru. Ikut mood orang cakap.

Once I baca entry pasal ni semalam. I wondering kenapa I tak teruskan amalan ini. So, balik rumah semalam I pergi cari balik Kitab Amalan Fadhail tu.At last jumpa, dah tercabut pun kulitnya.InsyAllah, I nak istiqamah baca balik. Tapi, I ni perempuan. Nak harapkan adik beradik lelaki. Kalau I cakap banyak2, tapi Allah still taknak bukak hati dorang pun tak guna juga.

Macam mana nak ajak adik beradik I dengar, and at the same time practise dlm kehidupan seharian. Sebab, I risau & mereka adik beradik I dunia akhirat. Ada idea macam mana nak mengajak secara berhikmah supaya abang & adik lelaki I tak rasa I ni macam poyo & tunjuk bagus??

-bungakalerpink-

hamka said...

aku cemburu jugak bila dengar korang dengar taklim sejak kecik..

Shazlin Shaharudin said...
This comment has been removed by the author.
hamka said...

kenapa delete pulak?