Aug 5, 2010

Suami yang lupa?

(Trilogi laki bini: last chapter di adaptasi dari “Father Forgets” by W. Livingstone Larned)

Aku dah lama nak buat trilogi tentang panduan laki bini, trilogy pertama aku tulis pada tahun lepas dalam entry “Rumahku Shurgaku” dengan Tagline berbunyi: Sebelum jadi balu atau janda, elok aku bagi nasihat buat semua pengantin perempuan di luar sana..

Trilogi “Rumahku Shurgaku” itu telah mendapat sambutan luar biasa terutama dari kaum ibu sehingga mencecah kepada 132 komen, dan 33 email yang mana kebanyakkanya berunsur positif yang mana ramai kamu ibu telah dapat belajar menjadi isteri yang sejati dan faham hak suami.. Alhamdullillah..

Rentetan dari entry itu, aku telah mendapat banyak email yang meminta agar sequel kepada entry itu di buat yang mana jika entry pertama untuk kaum ibu, cik keretamayat kena tulis entry untuk kaum lelaki pula..,

Pada mulanya aku perasan malas, tapi bila aku dapat email dari seorang isteri yang cerita perihal suaminya yang jenis 'slow nak mampos' telah salah faham entry tu lalu menggunakan entry itu untuk menjadi raja sepanjang perkahwinan(raja sehari cukuplah bang) sehingga menyusahkan kaum ibu, apa punya bangang laki macam tu akupun tak tahulah...

Walaupun aku perasan sibuk, mengenangkan lelaki slow itu, maka aku tulis jugak sequel untuk entry khas buat suami dalam entry “Rumah ku Nerakaku” dengan tagline: Melentur anak biar dari rebungnya, melentur isteri biar dari pecah daranya..

Seperti yang di jangka, enry ini juga hits sehingga mencecah 141 komen, 39 email yang mana semua pakat-pakat sukalah..., dan ingin aku menyambung lagi.. (manusia memang tak pernah puas)

Aku memang nak lengkapkan trilogy laki bini ini dan rentetan dari komen serta email, ada antara korang yang tanya:, betul ke cik Hamka layan isteri macam dalam cerita “Rumah ku Nerakaku” itu..,

Ok, aku perlukan bukti, dan bukti itu ada dalam satu surat yang aku tulis pada isteriku dalam tempoh fasa perubahan aku dari watak “lelaki paling banyak songeh dan cekedak” kepada “lelaki paling romantik dalam dunia alaf ini...woha!”

Tapi sayang, lepas sequel tu, aku tak jumpa surat tu, surat yang aku tulis pada awal perkahwinan kami, yang mana lepas baca, isteriku menangis dan memelukku sepanjang tarian.., lalu bermulalah cerita suka duka dunia keretamayat yang dikongsi dalam nota secara softcopy..

Oleh sebab tak jumpa surat tu, maka trilogy laki bini hanya jadi double entry tanpa dramatic ending yang klimath..,

Namun, takdir menentukan yang mana ketika isteri aku sedang mengosongkan fail lama untuk di isi maklumat baru tentang dunia perbankkan, surat yang dah berusia hamper sedekad itu akhirnya telah ditemui.., dan isteri aku terus maklumkan pada aku, dan aku cakap;

“sayang, boleh tak tolong re-type balik surat tu dalam bentuk softcopy, abang nak simpan surat tu dalam blog supaya anai anai tak makan”

Bini akupun taip, dan email pada aku, lalu aku edit, buang beberapa bab, dan tokok tambah sikit supaya lebih dramatic lalu post kat blog, dengan niat simpan dalam "nota kepada diri sendiri... "

Jadi, hari ni aku akan publish surat ini yang aku mana isi surat itu aku dapat ilham dari entry “Father Forgets” yang di tulis oleh Dr Livingstone Larned lalu ciplak sikit sikit dan post kat bini aku dalam bentuk hardcopy pada tahun 2002, dan bini aku retype dalam bentuk softcopy lalu email kat aku pada bulan lepas 2010, dan aku edit lalu post kat blog dan korangpun pakat pakat mintak izin nak link pada bulan ini 2010, maka glamerlah Dr Livingstone Larned penulis sajak “Father Forgets”..,

Maka, terimalah, trilogy last chapter laki bini:

SUAMI YANG LUPA...

(Di tulis pada awal perkahwinan, 2002)

Isteriku..

Dengarlah isteriku, aku menulis derita ini ketika kamu sedang terbaring tidur memeluk bantal, di pipimu terdapat kesan air mata yang baru kering, di dahimu terdapat rambut yang hujungnya basah kerana air mata…. Secara diam-diam aku berbaring disisimu, mengusap rambutmu ke belakang, dan menyapu air matamu.., lalu aku mencium dahimu dan memelukmu.., lalu aku menangis...

Mungkin semenjak kita berumah tangga ini, kamu dapati aku sukar melayanmu dengan baik.., kesibukkan aku dengan urusan sendiri membuatkan kamu seorang isteri hilang tempat melepaskan penat dalam pelukkan kasih sayang.., malahan kesemua salahmu yang kecil juga membuatkan jurang antara kita semakin jauh.., namun hari ini, segala kesabaranmu telah datang menyelubungi diri aku lalu membangkitkan rasa kesal yang amat sangat kerana di dalam hati ini, tiba tiba muncul perasaan bersalah yang amat sangat...

Dan dengan perasaan bersalah itulah aku kini datang kepadamu, dan memelukmu dengan penuh kasih sayang..

Dalam diri aku berkecamuk fikiran tentang segala perlakuan kasar aku terhadapmu wahai isteriku. Sewaktu kamu ambil masa yang tidaklah lama untuk bersolek agar pandanganku terjaga, tapi aku merungut dan membentak.., Aku memarahi dirimu kerana tidak mengenakan sarung kaki, walaupun kamu telah memberitahu bahawa sarung kaki ada di dalam kereta, dan akan memakainya dari dalam kereta.., aku tetap memarahimu kerana bagiku, keluar rumah harus bersarung kaki.., sedang jarak kereta hanya satu meter depan rumah..

Aku malu pada diri ini, kerana sentiasa menemui kesilapanmu.., aku marah marah sewaktu kamu tidak memakai anak tudung (sedang sudah memakai tudung diluar) kerana aku kuatir jika tudung kamu jatuh, kamu tidak ada anak tudung, padahal kamu hanya keluar menyiram pokok bunga dalam rumah yang berpagar...

Pada waktu serapan, aku juga menemui kesilapanmu, kamu memasak lambat, lauk nasi sejuk, teh tarik tak kelat dan sebagainya, kamu hanya tunduk meminta maaf dan sewaktu aku ingin pergi kerja kamu melambai tangan dan berkata “jaga diri baik-baik” tapi dahiku berkerut, kerana melihat kamu yang mengenakan tuala sebagai tudung sementara, lalu aku menjerit‘”tutup rambut betul-betul !”

Di pejabat, kamu cuba menelefon aku bertanya khabar, tapi aku merungut supaya tidak diganggu kerana sedang sibuk padahal aku hanya berborak dengan kawan akan isu remeh temeh..,

Pada waktu petang, berulang lagi perkara seperti itu, sewaktu aku sampai, aku melihat kamu sedang menjemur kain lalu aku memarahimu di depan anak-anak jiran-jiran kerana kamu berlengan pendek..., ketika minum petang aku masih merungut tentang dosamu yang akan aku tanggung kerana tidak menjaga aurat. Aku juga merungut jika kamu bersolat lewat, sedangkan kamu sudah memberi alasan tertidur kerana keletihan mengemas rumah..., lalu aku menimbulkan cerita tentang api neraka.., dan kamu diam tidak berkata apa-apa..

Ingatkah kamu sewaktu aku membaca buku di malam hari diruang tamu?, kamu datang dengan wajahmu kelihatan seolah-olah mengalami kesakitan? waktu itu aku sibuk membaca dan tidak peduli pada kamu, dan kamu cuba berkata sesuatu, lalu aku yang tidak suka diganggu ketika membaca menyergah” Apa yang kamu mahu?”.

Kamu tidak berkata apa-apa, tetapi terus berlari ke arahku dan merangkulku dengan kuat-kuat lalu mencium pipiku. Tangan kudusmu dengan kelembutan yang diberikan Tuhan dalam dirimu merangkul erat badanku lalu setelah beberapa ketika, kamu meleraikan kembali pelukkan itu, dan kamu pun pergi kebilik tidur meninggalkan aku seorang diri diruang tamu.., di bahuku, aku melihat ada kesan air mata..

Tiba tiba buku yang aku baca terjatuh dan aku berasa cemas sekali.

Apakah kebiasaan yang merasuk diriku? Kebiasaan mencari kesalahan?, kebiasaan mencari kesempurnaan?, merungut tentang masakan yang tak sedap?, berdengus jika masak lambat?, memarahi isteri kerana berlengan pendek menjemur baju di halaman rumah yang berpagar?, memarahi isteri yang solat lewat kerana tertidur? Memarahi isteri yang tidak pakai sarung kaki ke kereta?

Kadang kadang aku membandingkan kamu dengan kakakku yang sempurna dimataku, malahan lebih teruk, aku bandingkan dirimu dengan anak nabi Fatimah r.aha, sedangkan kamu isteriku.., oh.., aku tahu hatimu telah lama terluka… inikah hadiahku kepadamu sebagai suami?.

Semua itu kulakukan, bukanlah kerana aku tidak menyayangimu, melainkan aku sangat takut tentang azab api neraka yang disediakan untuk suami yang tidak menjaga isterinya dengan betul.., tapi aku terlalu berburuk sangka padamu, menuduhmu yang bukan-bukan, menyoal yang bukan-bukan, mempertikai kasih sayangmu padahal kamu isteriku, banyak sekali perkara yang baik dan yang lembut serta benar dalam perwatakanmu. Hati wanitamu ternyata mencukupi luas sekali, seluas cakerawala.

Ini ternyata ketika kamu secara spontan bergegas berlari dan menciumku sebagai ucapan selamat malam. Dan membiarkan air mata mengalir tanpa perlu kepada sebarang penjelasan, sedangkan kamu, telah dibesarkan oleh ibu bapamu dengan penuh kasih sayang.., sampai masa aku datang mengambilmu sebagai isteri lalu membawa pulang ke dunia yang asing bagimu, dan disini, aku menyakiti hati sucimu itu..

Malam ini, aku datang menyapu rambutmu yang basah, dan malam ini, dalam kegelapan sebegini, aku berlutut di sisi katilmu, menangis pada shurga diwajahmu.., dan aku cukup malu pada diriku sendiri dan aku menangis lagi….hanya kamu yang berada difikiranku. Dan aku telah datang kepadamu, dan kini, aku telah berada dalam dakapanmu. .., maafkanlah aku...

Aku sendiri tak sempurna macam Saidina Ali, macam mana boleh mengharap isteri sehebat Fatimah anak Nabi..?, Aku sendiri sedih kerana telah menyakiti hati seorang anak perempuan orang lain yang telah 20 tahun hidup bahagia bersama kelurga, tapi bila hidup bersamaku untuk 40 tahun akan datang, tidur malam terpaksa pula berteman air mata..

Tetapi mulai esok, aku akan berubah.., aku akan bersungguh-sungguh menjadi seorang suami yang terbaik untukmu, Aku akan berpadu denganmu, menderita apabila kamu menderita, dan tertawa apabila kamu tertawa. Lidahku akan ku tahan, kalau aku ternampak salahmu, aku akan bersangka baik, kerana kamu masih muda, masih sedang belajar menjadi seorang isteri..., dan aku menyesal kerana melayan kamu seperti kamu seorang yang faham selok belok ugama, sedangkan kita semua, masih perlu belajar menjadi manusia yang baik, hingga ke liang lahadpun, pelajaran itu belum habis.., apatah lagi di gerbang rumahtangga?..oh

Sekarang ketika aku memelukmu, dan kamu yang sedang lena dibuai mimpi juga secara tidak sedar membalas pelukkanku.., meringkuk dan keletihan di sebalik wajah sucimumu. Aku menangis malu..

Kelmarin kamu masih anak gadis yang diajar agama oleh ibumu dan kamu masih belajar.. hari ini kamu menjadi isteriku dengan rela, aku telah menuntut terlalu banyak.. terlalu banyak !!!!!

Aku malu pada diriku...

Maafkan aku wahai isteriku
Esok, kamu tidak akan menangis lagi.., insyAllah..

Abang cinta padamu.., sampai hujung nyawa...

Akhir kata:-

“Orang yang paling baik di antara kamu adalah yang paling baik dengan keluarganya dan aku(Rasullullah SAW) adalah yang paling baik terhadap keluargaku.” (Hadis riwayat Tabrani)

Janganlah seorang laki-laki mukmin membenci isterinya yang beriman. Bila ada perangai yang tidak disukai, dia pasti ridha (senang) dengan perangainya yang lain. (HR. Muslim)

“Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri kamu) dengan cara yang baik. Kemudian apabila kamu tidak menyukai mereka (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu padahal Allah SWT menjadikan padanya kebaikan yang banyak.” (Surah an-Nisa’)

SEKIAN:-

Ps: Dah habis baca? Ok, pergilah masak nasik, abang lapar ni, woha!

: )

149 comments:

umi ain said...

ok2.. walaupun tak brape dramatik. tapi ada sedikit sebak di hujungnya..

mohon izin utk dikongsi2...

Atia Adina said...

owh..terharunya....sebak dada...


-ad-

Chit Ana said...

terharu jugak huhu

hamka said...

aku pun terharu! rupa-rupanya, graviti bukanlah faktor utama aku melekat di dunia ini, cinta juga begitu.., oh!

Gauss-Seidal said...

sedey ar..

Jiji said...

hamka buat pagar umah tinggi laa senang sikit nak sidai baju@!~

(bukan sidai kat pagar ye)

~fam~ said...

salam....

hati wanita ku tersentuh membaca nya...~~

"Semua itu kulakukan, bukanlah kerana aku tidak menyayangimu, melainkan aku sangat takut tentang azab api neraka yang disediakan untuk suami yang tidak menjaga isterinya dengan betul.."

dikala orang lain risau melihat dosa yang dilakukan oleh orang lain, aku sendiri terkadang tidak peduli tentang dosa yang ku lakukan...

semoga aku, kau dan mereka menjadi perempuan solehah untuk mendapat si soleh itu...(err, ni utk anak dara yang tak kawen lagi...hehe)

Unknown said...

rasa cam nak gi jumpa bini aku sekarang jugak lepas baca ni...

Nerzhul said...

cantek. nanti dah kawin boleh copy/paste. hehee

Azman said...

Salam,

Hamka.. tetiba sedih,sebak rasa hati aku yg sememang keras ni,

Kita nak kan isteri kita jadi baik dengan tujuan supaya kita tidak digelar lelaki Dayus yg membiarkan anak isteri tidak menutup aurat.

Mungkin kita agak keras dalam soal ini,tapi kalau kita tak berkeras...sapa nak jawab nanti diakhirat esok?

ilyanahafizz said...

sebak! tapi aku control sebab dalam 15 minit lagi aku ada jamuan. ngee!

Mohd said...

pergh,jiwang+romantik giler
ak yg llaki pn bleh cair

Liz said...

wah, nangis!

Anonymous said...

sob..sob..sedey gilak baca surat ni..nak nangis malu :(
pestime komen..

Marisa

Aku said...

aku jadi sebak kalau kau suruh je tapi tanak tolong dia kat dapur~

anymz said...

aku sebak bila baca n3 ni

Anonymous said...

sebaknya... aku nak jadi suami yang baik!

ryina ikhwan said...

hah1 meleleh air mataku dan berhingus hidungku yang kemek nih!

farwalis said...

aku...........aku.....



huaaaaaaaaaaa~~

Saefullah said...

Romantik gler Hamka rupenye ek..nver did see that side of yours b4..cool,,haha,ur wife juz dunno how lucky she is,

Saefullah said...

mntak izin copy~

hamka said...

lalu akupun menyanyi...

(Lagu Sedekah- XPDC)

Jika malam aku pergi
Mendamaikan keluhan
Dan sejernih embun pagi
Dari hujung cahaya

Apa ada lagi sentuhan?
Apa perlu aku lakukan?

Gelora nasibku
Di tengah lautan
Menjunjung kasih

c/o
Dayu angin membisik
Seolah kau berkata
Dari sebuah pandangan
Capai bahasa kita

Ada lagi yang kau tinggalkan
Ada lagi yang aku simpan

Kenangan berlalu
Mana mungkin lupakan
Aduhai saujana oh...

aqel said...

so sweet.
sangat best kalau isteri dikurniakan sorang husband yang boleh guide dia.
:)

~zzz~ said...

haha,ak blum kawen tp lpz bace sgt bsmgt tok jge bkl istri ak..tq hamka

musa said...

Anak muda baru kahwin sememangnya berkehendak kepada kesempurnaan daripada seorang isteri, jika dilihat apa-apa kekurangan isterinya dia akan cepat membuat pembetulan, tetapi dia tidak sedar yang isteri kekadang bukanlah daripada golongan yang 100% berasas kpd agama, walau bagaimanapun kesedaran suami diperingkat awal amatlah berfaedah untuk pasangan tersebut

The Me said...

niicee~!

Anonymous said...

oh!

Yutaka Mushimura said...

salam Hamka yang aq kasihi lagi aq hormati,

aq sngt2 terharu membacanya...

bleh kasik untuk dikongsi?...

Moga2 ada manafaatnya.

Anonymous said...

sgt sedih, bru start bace da sebak...
sy pun sbg seorg isteri kadang2 menuntut macam2 dari suami...
semasa sy mengandung, suami akan melakukan semua perkara dari segi mengemas rumah, membasuh baju,membeli makanan,membuang poopoo kucing, mengemop rumah..
wah betapa sayangnya suami kat isteri,tp kadang2 isteri lupa...
lupa apabila suami terlalu baik, terlalu menyanjung isteri...
buat suami tercinta, sy sgt syg sama kamu :)...
terima kasih hamka...
kadang2 isteri lupa, yg suami sebenarnya syg kat isteri walaupun tidak diluahkan melalui kata2..

azharjaafar said...

Hadiah terbaik suami kepada isteri adalah agama dan usaha agama.. Bawak gi taklim, nusrah jemaah, keluar jemaah, dsb..

Anonymous said...

salam..

lupa, aku suamikah?
ingat, isteri akukah?

.. walhal merekalah yang diharapkan.. kerana lemah lembut mereka, Allah swt muliakan lebih daripada lemah lembut suami..
.. doa-doa mereka dengan tangisan, lebih didengari oleh Allah swt daripada tangisan seorang suami..

-suami air mata

Latifah said...

perghhhh... kagum.

sedey gak ar... mujur tak nangis je..

Anonymous said...

Salam Tuan KM,
tqvm tuan untuk entry terbaru ...banyak mengajar aku tentang kasih sayang ini...dah cakap sama zaujah...cerita kereta mayat membuat abang bertambah pada Ayang dan anak-anak.Semoga Allah kekalkan kita dalam taufik dan hidayahNya...amin

abufirdaus

Anonymous said...

tulisss laa cam ne dramatik pon..kesannye maybe kejap jew...esok 2 @ 3 hari luper ar..klu da jenis laki bini jenis slow tu, wat camne pon slow gak..

Anonymous said...

two thumbs up!!hebat..i love it!

Anonymous said...

Assalam.
Suami Air Mata
Mungkin....kita tak serupa macam Hamka. Turn the table around. takdir masing-masing..

But at least....kita jangan lupa.

Nabi saw pun pernah merajuk dengan Saidatina Habsah dan Aishah raha.
dan ada perkataan ini terkeluar.."Perempuan-perempuan Muhajirin telah terkena penyakit wanita Ansar" Wanita ansar suka jerkah ke suami mereka..he..he Wallahu'alam. (alkhatab2.tripodJilid 1 bab 3 Hadith 18(4))

So...
He..he...apa-apa yang telah berlaku pada nabi saw adalah sunnah. Correct me if I'm wrong.
Kena jerkah dengan bini sunnah beb!
Merajuk dengan bini pun sunnah!(Merajuk kerana Allah)

Kerana itulah saya yang mangkuk hayun ni rasa saidina umar sendiri tak kisah kena leter dengan isterinya....dia faham itu adalah sunnah...masyuk beb cam FM Masyuk!!!

ubat hati beb!
satu sunnah akhir zaman istiqomah...insyallah mendapat ganjaran seumpama syahid.

so..Nutshel.
Say thank you, to our mrss. as they have given us a big reward. Kita cuma perlu bersabar dan yakin setiap kali dileter atau dimarahi, ianya adalah sunnah insyallah! He..he..U know me, love u like myself.

200%
I wanna nobody nobody but you!

Mummy said...

sungguh terharu membacanya...no body perfect..kiter sama2 ada kelemahan..jgn asik mencari kelemahan pasangan ajer..cari lar jugak kelemahan diri dan pandanglah juga kelebihan org lain..mungkin sejak tu hamka berubah jadi mcm skang..Semoga hamka sekeluarga berbahagia slalu..amin

Anonymous said...

salam.. it's so sweet hamka! hope it will persist 4 da rest of ur life..

nadz ruslan said...

T_T tak tau nak tulis apa.. uhuk2

Amin007.Ledang said...

“Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri kamu) dengan cara yang baik. Kemudian apabila kamu tidak menyukai mereka (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu padahal Allah SWT menjadikan padanya kebaikan yang banyak.” (Surah an-Nisa’)

macam pernah dengar ayat ini tapi tak sangka dia dalam Surah an-Nisa. rupanya akun dengar separuh ayat sahaja

kacang berkeju said...

assalamuaialaikum.

setitis air mate aku gugur tapi cepat2 aku lap.malu pulak anak aku tengok hehe
tapi mase aku bace surat ko ni hamka aku bayangkan laki aku yg bg kat aku.tu yang nangis.tapi kalau die betul2 tulis camtu kan best.

hainur hapis said...

ya, kena slalu sgka baik dgn bini. tp bagi aku, kalau bini , kita bagi dia usaha agama, dan kita juga kita wat usaha agama, INSYA ALLAH xde mslh kot

aku baru nak blajar huhu... INSYA ALLAH

Anonymous said...

Assalam.
Crying Husband
Perihal Mukmin adalah pelik... sabda Nabi saw (lebih kurang)

"Orang Mukmin apa yang dia terima semuanya baik, hatta mendapat bala pun perkara tersebut adalah baik untuknya".

Khalid.

Anonymous said...

salam..

..lalu pernah juga untuk berputus asa, pada kudrat yang terbatas.
..lalu pernah juga untuk lekas-lekas berkata 'wahai isteriku, bukanlah aku insan yang terbaik untukmu, namun kau harus membantuku untuk menjadi suami terbaik kerana doamu lebih kuat diterima oleh Allah berbanding aku..'

..kerana kau lebih murah air mata berbanding aku

-crying hubby

MYA MYZA said...

kadang2 isteri yang lupe pd kasih sayang suaminya.. sy sejak pregnant ni suami yg tolong bereskan semua kerja rumah..dari mrngemas basuh baju sapu lantai mop lantai jaga kucing2 kami.. dia keje dr 10 pg hingga 10 malam pulak tu.. sy tgk dia mmg penat tp x pernah merungut pada saya... tp sy walaupon x buat kerja just kerja opis yg x seberape je balik rumah minta tolong picit la.. sakit kepale sikit mengadu..jahilnya sy sbgi seorang isteri.. insyaallah mudah2han dgn pembacaan blog2 seperti keretamayar ni sy akan jadi seorang isteri dan muslim yg beik...

kacang berkeju said...

mya myza..

beruntungnye dpt hubby spt hubby kamu.alhamdulillah.doakan hubby saye juge baik mcm tu(or lebih baik)..mesti hubby concern n sayang sgt dkat mya kan.x semua org dpt mcm tu.lgpon time pregnant elok sgt suami ringankan sikit beban isteri.

Aslina said...

alamak... tak sedar air mata mengalir pas baca nih...

noorafzan.blogspot.com said...

sangat touching bila baca..
huhu..

nak copy masuk blog personal saya juga buleh?

terry bogart said...

aku dah promote kat kawan2 aku.. hot la blog ko lpas ni.. he3..

satu lg..aku bujang lg.. bukn xnak kawin, just stdy xhabis lg.. camne ni?.. ha3..joke je

best entry ko.. smart

dr iman said...

hamka..xde ke tips utk org bujang tuk cari isteri n suami yg terrrbaik???

dr iman said...

terrrrbaik dunia n akhirat..??!

Anonymous said...

:'(
tersentuh sedikit di situ...

bdak sekolah said...

romantic bebenor uncle...kirim salam kat untie..love you all

Abqori said...

Allahu Allah. Jadi menangis mata ini bila membaca surat ini. Sebiji perasaannya macam baca surat-surat dalam Ayat-Ayat Cinta. Ohha!

Entahlah kenapa sejak dari dulu lagi bila baca keretamayat ini, selalu saja mata ini berair. Blog anta ni memang banyak kali dah agaknya jadi sebab hidayah untuk saya.

Bila rasa jammed nak buat kerja agama, baca kereta mayat, lalu rasa sedih dan nangis-nangis, terus rasa nak buat kerja agama semula.

Bila rasa nak bertransformasi jadi karkun sejuk, baca kereta mayat, terus rasa bahawa kehinaanlah bagi orang yang tinggal kerja agama.

Ana rasalah keretamayat ini sangat patut untuk dibukukan. Saya ada cara untuk membukukannya dan kosnya pula sangat-sangatlah rendah. Anta boleh hubungilah saya kalau berminat.

Teruskanlah berkongsi bahan-bahan yang bermanfaat buat umat, wahai Hamka.

Anonymous said...

terharu jugakla biarpun blum kawin....(malas nak tulis nama)

Shazlin Shaharudin said...

oh, ternanges...

tq hamka, nice entry...

nz said...

love it very much =)

hamka said...

dah ada yang tanya tentang entry sambungan "isteri yang lupa?"

kelakar!

pergi masak nasik yang oii.., !!

Anonymous said...

salam..

"Apakah kebiasaan yang merasuk diriku? Kebiasaan mencari kesalahan?, kebiasaan mencari kesempurnaan?, merungut tentang masakan yang tak sedap?, berdengus jika masak lambat?, memarahi isteri kerana berlengan pendek menjemur baju di halaman rumah yang berpagar?, memarahi isteri yang solat lewat kerana tertidur? Memarahi isteri yang tidak pakai sarung kaki ke kereta?"

tiada perkara seperti di atas yang menyebabkan ambo marah pada isteri.. adakah ambo tak terfikir seperti

"aku sangat takut tentang azab api neraka yang disediakan untuk suami yang tidak menjaga isterinya dengan betul.."

ohh.. apa yang harus ambo buat nie?

-suami selamba

nisrin said...

Air mata dh bergenang.. ni klu nangis konferm x leh start keje...

Anonymous said...

Assalam.
Sembahyang 2 rakaat dan minta tolong pada Rabb...

Khalid

Anonymous said...

Nikmat mana lagi yang perlu aku dustakan....

-isteri yang lupa

morsmode said...

aku yang tak habis sekolah ni pun nangis lagi..
OH!

hendrik said...

hati lelaki saya meruntun...argh...tidak...uncle dah buat saya nangis...

Anonymous said...

Assalamualaikum Encik Hamka, (lelaki dan suami mithali akhir zaman...)

Saya ni perempuan,yg lebih kurang sebaya dgn awak...tapi awak dah banyak kumpul pahal...tapi saya dah banyak kumpul dosa... Tapi saya perasan nak suami sehebat alza...eh anda...hampehh...memang la tak dapek...

Dari bujang saya dah banyak dosa...kahwin pun konon2 nak taubat...berangan nak ajak suami sembahyang jamaah, tapi alahai...suami buat dek je... jgnkan sembahyang jamaah, ....sembahyang solo pun hilang... Aku ni(aku pulak..) yg iman masih terumbang-ambing, pun ikut hampeh..hanyut dalam melayari bahtera yg banyak dosa ni...ARGGGGHHHH!!!!!

Dah 10 tahun dah Hamka...aku kawin..dah beranak 3 pun...laki aku camtu jugak...macam takde harapan nak berubah... aku pun sengal jugak...susah nak berubah bila tengok pak imam kat umah aku takde arah...Niat di hati tu sangatlah tinggi...nak macam kau laki bini...punyalah best kalau aku pun camtu...

Hamka, aku ni taknak mati dalam takde iman...tapi, kalau laki aku taknak berubah, asyik kejar dunia je... Aku nak carik haluan sendiri bawak anak2 ko rasa ok tak...?..Aku nak bayar hutang kat Allah banyaaaaaakkkk sangat... Aku ni banyak sangat dosa...tak terlist je kat sini... Aku sampai malu nak mintak ampun kat Allah...Aku takut Allah tak ampunkan aku yg dah jejak 30-an baru nak taubat...

Hamka, ko rasa, boleh tak...kalau aku ambik keputusan hidup sendiri, untuk elakkan diri dari terhanyut sama ngan laki aku?.. Aku tau ko akan suruh aku ajak dia berubah...Tapi aku tak kuat sebegitu la.. Aku kalau balik kampung, baru aku lega..Aku rasa iman datang balik pada aku..Kalau duduk kat umah aku ni.., takde soul nak buat ibadat...

Aku plan, nak dalami ilmu agama...nak jadi wanita solehah..kalau janda pun janda lah...tapi aku taknak buat dosa lagi... Anak2 aku nak bimbing jadi soleh2...taknak ikut perangai bapak dia...cemana ye Hamka?...Tolonglah aku... Aku rasa takut sangat..takut tak sempat berubah..takut Allah tak ampunkan aku... Takut aku Allah ambik nyawa aku sebelum aku sungguh2 dapat bertaubat...dan tak hidup dalam syubhah...

Terima kasih Hamka... Nasib baik kau dah kawin, kalau tak aku pinang kau dulu...hahahah...

Wassalam...

Itu Aku said...

salam bro
terharu ye bro hamka...
=)

suhaibah said...

Surat yg sgt ikhlas.. saya menangis membacanya..

Anonymous said...

sedihnye..huwaaaaa!!
Ya Allah, kurniakan lah aku seorang suami yg baik dari sisiMu..

~Gelora dihati cik esah~

kundi said...

hamka...aku copy simpan ye...huhu...
doakan tahun depan aku dapat kawin ye.
aku nak jadi romantik macam ko jugak.sekarang ni belum boleh, sekarang aku ganas macam predator.

Sayang said...
This comment has been removed by the author.
Sayang said...

Alhamdulillah, anda muasabah dr anda sndr n bw prubahan yg besar psti isteri anda sgt gmbr...awl pkhwinan mmg mcm tu sbb sblm kwen dah bygkan dl nnt psngan anda akan jd org yg anda suka, tp bl dah kawen sebaliknya plak blaku tu yg blh jd mcm kisah anda ni...tp pkara ni bergantung pd individu itu sndr, klu individu tu sndr sdar x smua pkara di dunia ni smpurna pasti dia akan terima psngan nya seadanya...

Miz Iris said...

Salam Saudara Hamka,

Sudah lama mengikuti blog saudara..baru topik ini tergerak hati nk tinggalkan komen..

ya...mengalir air mata ini kerana sebak..alangkah baiknya jika semua suami begitu..tau menghargai..??

tidak perlu berkata "aku menyintaimu" setiap hari tapi hanya sekadar di bibir...

sekeping catatan "terima kasih" yang ikhlas dari hati mampu membuat hati sang isteri sejuk dan tersenyum...

Terima kasih untuk entry ini...

Miz Iris said...

Salam,

Mohon izin juga disimpan untuk personal dan dihebah-hebahkan pada insan-insan yg lain...boleh ye =)

Miss Sapera said...

best2..
izin copy bleh?

sya said...

adoi.. bergenang mata nih...
nak pass kat husband jap..

kadang, lelaki yang kasar di luar, tapi dalam hati ada tasik kan? bergelora juga bila melihat air mata isteri.... :)

hendrik said...

bak kata pepatah keremayat, suami dengar azan dalam masjid, dan perempuan mendengar azan di dalam kain sembahyang... bersatu mereka di dalam shurga, chewahh..

hahahaha..

Fiza Rahman said...

Salam,

Terharu bila membacanya, btul² menyentuh perasaan.

Skymatrix said...

nasuha

dengarlah insan satu cerita
tentang duka dan pahit perjalanan
tentang hina dan rapuh pertimbangan
tentang penyerahan pada Tuhan...

seorang gadis tersungkur
diranjang noda
kerana asyik mengejar nikmat dunia
demi lupanya pada Yang Kuasa
dihujung kembara rasa berdosa...

seorang pria terpesong
dari kiblatnya
tapi sepanjang hayat
redha bertakwa
demi takutnya kepada Yang Kuasa
menangislah ia sepanjang malam...

mereka semua mengadap kiblat
menadah tangan
kudus air mata...
memohon pengampunan dariNYA
atas tersasul sebagai manusia...

Assalamualaikum Hamka & semua pembaca blog KM,

kita semua tak pernah lepas dari melakukan kesalahan...mohonlah keampunan dari Allah dan orang yang kita kasari...kepada isteri (isteriku) berdoalah kehadrat Ilahi agar suami masing2 (aku) tetap hidup dijalan yang diredhai olehNYA...sesungguhnya doamu lebih makbul dariku...

Wassalam.

Miss Aizamia said...

sgt sentimental value..
tersentuh aku yg sensitip ni..

Anonymous said...

salam..

entah mengapa pada hujung-hujung bulan syaban ini, perasaan bercampur-baur..

kelak akan datang Ramadhan, entah dapat ke, tarawikhnya, al-qurannya, mampukah berpuasa zahir dan batinnya..

Dari Ibnu Umar ra. Rasullullah saw bersabda, "Orang mukmin yang bergaul dengan orang lain dan menahan kesusahan yang mereka sebabkan, ia memiliki ganjaran yang lebih besar daripada orang mukmin yang tidak bergaul dengan orang lain dan tidak menderita kesusahan yang mereka sebabkan atasnya" (Ibnu Majah, bab As-Shobru ala bala., no4032)

-anon 12.14PM, maka bersabarlah dengan suami, dan bersabarlah daripada niat nak meminang Hamka, atau Khalid ker, atau Azharjaafar ker..
pada kesusahan yang ada, kumpulkan pada doa akan taufik dan hidayah.

Anonymous said...

Assalam.

Diantara kelebihan duduk didalam majlis yang ada menyebut nama Allah dan Nabi saw adalah kesemua dosa-dosa yang kita ada, akan ditukar kebada kebajikan/kebaikan. Wallahu'alam.

So...banyakkkkk mana dosa kita banyakkkkkkk tulah Allah akan tukarkan kepada kebaikan. Duduk dan dengar dengan tawajuh. Insyallah. (Itu baru kelebihan duduk mendengar, belum yang lain)

Allah Hebat.....Maha Hebat. Tiada siapa yang menyerupainya....

Isteri Firaun Siti Asiah Bt Mazahim adalah sebaik-baik wanita ahli syurga...tinggal sama dengan Firaun dan tak tinggalkan dia..he..he.. suami kite lebih jahat dari Firaun ke?

Khalid
P/s:jangan tinggalkan aku isteriku...he..he..

Yugi said...

jgn kita lupa

p3chandan said...

Ye ker ni...

emak. bukan penari tiang said...

aku menangis
sgt x cool, okey?

ain said...

alamak!! termenangis pulak bila baca.. oh tidah!!! (status: single, tp touching betul la surat tu!!! sob sob sob

Hanisumayyah said...

Mungkin kalau suami saya jiwang/romahntik dan pandai menulis macam Hamka, inilah juga suara hatinya...tapi saya masih juga saya. Dengar dan masuk telinga kanan keluar telinga kiri (iman masih lemah, hmmmmm usaha atas iman pun lemah)...dan perlukah saya juga ditegasi begini baru hendak berubah agaknya....syukur dapat suami yg tak jemu2 menegur w.pun dah kawin 10 tahun teguran yg sama diterima dr dulu hingga kini...kdg2 kesian memikirkan dosa yg ditanggungnya akibat dr kelemahan saya...

Tq..pesanan ni sgt relevan dengan mana2 isteri pun sebenarnya...

Ieqa Swetluv said...

haishh..speechless~

ct blog said...

terharu ...
n berfikir sejenak....

mz said...

terharu. sebak di dada kau rahsia kan..

mengapa lah dikau!

Ismi Ijmi said...

terharu lah bro ...
mana dapat idea nih??

nnti dah kawen nak copy-paste-print

heh

Anonymous said...

Assalam.
Pemilik blog yang disayangi...Pengkomen-penkomen yang sentiasa di hati.....
Aku sayangkan kalian seperti aku sayang diriku sendiri.

Selamat Menyambut Ramadhan.
Maaf dari hujung rambut sampai ke ulu hati he..he..

Khalid &Famili.
Batu Buruk

Anonymous said...

salam tuan..mohon utk share..tq

Anonymous said...

slmt hari lahir hamka.
esok. 9 ogos.

'M' said...

sedih jgk aku membaca entry ni.
sbb aku teringatkan ayahku..
betapa ayahku x mcm hamka..
ayahku terlalu jauh.
sebak hati mengenangkan sikap ayah.

kesian sgt ngan ibuku.
deritanya xtertanggung.
xtau dah nk tlg camne.

apepun, tu semua ujian Allah.
saban hari aku berdoa smoga ayahku pulang ke pangkal jln.

'M'

van qif said...

Salam,

Dah lama x comment, sorry hamka, aku x pos kad kahwin, walaupun aku dah janji nak kasi....entry yg ringkas tetapi ada high impact..

adioss amigoss

Anonymous said...

salam..

Hepi besday.. Hamka.

:).. :)

telah dikirimkan untuk tuan, Al-Fatihah, semoga ianya hadiah yang berkekalan di akhirat..
semoga bertambah umur dengan kebaikan iman dan amal agama sempurna dan menjadi asbab hidayah seluruh alam.

-Amin

Anonymous said...

SELAMAT HARI LAHIR UNTUK EN.HAMKA... Semoga dimurahkan rezeki dan bahagia bersama keluarga tersayang...

ustazahrock

cinta said...

Mintak izin tuan rumah ye, tumpang lalu...

Iklan: http://mariberkasihsayang.blogspot.com/2010/08/doa-ramadhan-malaikat-jibril-benarkah.html

Anonymous said...

salam..

"kita kena jadi hamba pada org yg kita cinta sebab itu syarat cinta. kita kena korbankan apa sahaja..

sebagai hamba yang menghampiri musim bunga bulan kerohanian, semerbak wangian bunga-bunga mulai terasa.. , bunga-bunga sangat banyak untuk dipetik, tetapi tangan hanya ada dua.."

Ya Allah, hamara dua' kabul parma.."

-har dal, dil or din

Anonymous said...

OIC...terharunye...tkot rs nk kawen...hehe...tp dpt bimbingan suami yang soleh....alhamdulillah...AMIN....

Pejalan awan said...
This comment has been removed by the author.
Pejalan awan said...

Rasa mcm nak kawin awal jerk...
boleh bagi isteri surat2 mcm nieh...

husna said...

aduhh..baru baca tak sampai suku..aku dah tak nmpk dah tulisan..sebak pilu..hanyutt aku..nnt aku baca kembali..setelah sendu ini berlalu..:))

Anonymous said...

Berangan besau nk dpt hubby romantis & taat ugama..erm..sy selalu gak bg nota @ surat2 sebegini pd hubby sy...100 sy kirim 1 je dia jwb..- "Malas nk bc" katanya..abes cam ne??

Anonymous said...

tak rase ke dgn tulisan sebegini akan membuatkan wanita yg kureng bernasib baik cemburu sambil mkn ati berulam kacang panjang??

Anonymous said...

Selamat Hari Tua untuk saudara Hamka,

Semoga dimurahkan rezeki & bahagia bersama2 keluarga tersayang...& kalau dah bahagia tu...ingat-ingat la nak update n3 best2 kat sini...bkn ape....spy bleh diguna pakai sbgai panduan & peringatan utk kita semua..

p/s :kenang ak dlm tiap-tiap doamu
yew..

Anonymous said...

assalam...
happy besday sahabat!!.... anak dara ana kelmarin, umur 8 tahun. I'll never forget then your besday..he..he..
ana dah 40. 1969. Dah nak mati beb..he..he..

Khalid

Anonymous said...

Assalam.
'M'=Makhluk terbaik. Asyraful Makhlukat.

Sayang, Allah swt janji ganjaran yang besar untuk sesiapa yang bantu agama Allah.

Buatlah usaha agama sungguh-sungguh dan sedekahkan kesemua pahala tersebut kepada Ayahnda anta.....setiap kali anta buat usaha tersebut sehinggalah Izrail as menjemputmu kembali ke kampung halaman di akhirat.

Alternatifnya,

Usahakanlah cucunda Ayanda menjadi seorang hafiz ataupun hafizah, mereka dijanjikan kelebihan yang hebat di akhirat!!!(boleh selamatkan 10 orang ahli keluarga yang comfirm neraka. Wallahu'alam).

Kadang-kadang terfikir juga...

Abdul Mutalib dan Abu Talib sendiri meninggal dunia di dalam keadaan yang tak beriman.

Azar, bapa Nabi Ibrahim as ..pembuat berhala dan tidak beriman.

Ketika Nabi saw sungguh-sungguh memohon keampunan untuk bapa saudaranya....Nabi saw telah ditegur lebih kurang, bahawasanya Hidayah adalah ditangan Allah swt.

Siapalah kita.....

Insan paling hina.
200%

hamka said...

semalam, ganjillah umur aku 33 tahun, .., masih sebaya dengan superman dan ahli shurga...

tapi isteri aku, bukan umur 17 tahun macam umur bidadari, argh, takpelah, lois lane pun waktu bercinta dengan clark kent, umur 30 tahun, sama dengan bini aku...

apa-apalah, semoga kita semua masuk shurga dan menjadi superman di sana dengan 'lois lane' yang berumur 16 tahun, woha!

oh, aku semakin kerepok...

buaya said...

salam ziarah

dijemput menjadi follower sy k

Anonymous said...

Tiba-tiba...gua bersemangat nak kahwin.Sebab,sebelum ni gua rasa diri sendiri nak kena perfect dulu baru boleh kahwin & guide bakal isteri gua.But then gua perasan,laki bini boleh saling nasihat-menasihati.Untuk jadi perfect.

p/s:gua reader yg dah lama read blog lu.Tapi tak pernah komen.Woha!!!

~Whitevader~

nurinmadihah said...

camne rleh nangis lak baca entry nih...seddey....

nurinmadihah said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Penulisan penuh dgn unsur2 melankolik (romantik+keinsafan+kelembutan jga kasih sayang), Wasatiah dan berzuhud'lah d'dlm khdpn...

Anonymous said...

tgu buku hasil nukilan bro hamka kuar...huhuhuuuu..bile agi?? x sabor nih..

moga ngan hasil jualan buku tu nti dpt ar bro hamka uruskan hal2 yg bleh menaikkan taraf islam itu sndiri..ak jd tkng susun sejadahpun jd la...

-Angan2 Mat Jenin-

Anonymous said...

lalallalala~

~ aku wanita ~ said...

salam,

dah beberapa kali baca entry ni, dan berkali-kali jugak airmata berlinangan di pipi...

terima kasih En.Hamka,
entry yang sangat terkesan di hati ini...

chickensoup for the soul =]

kurmamadu said...

Salam Datuk Hamka,
..ingatkan boleh berbuka dgn entry baru..
nampaknya dengan kurma dan madu juga nampaknya...
"semoga Ramadhan ini membawa rahmat,berkat,pengampunan dan terhindar dari api neraka".tq

Anonymous said...

Assalam.
Perempuan yang tak bernasib baik?
Perempuan bagaimana yang tak bernasib baik? Tak kahwin? tak ada jodoh? Tu ke..yang dimaksudkan? atau...suami tak macam Hamka?

Kepada semua perempuan-perempuan yang dikatakan kurang bernasib baik....janganlah terkesan dengan ayat tu...Allah swt tu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Cuba fikir...Allah swt tak adil ke jadikan kita tak ada jodoh?

Jangan begitu.....dalam al quran lebih kurang beritahu 1 hari akhirat 1000 tahun dunia.

Tak ada suami 70-80 tahun....di dunia.
Di akhirat.... sehari bidadara teman ante...sama macam 1000 tahun didunia. Tak caye..he..he...ke tak yakin? Yakinlah dengan kata-kata Tuhan sayang...

Bila kita dibangkitkan nanti Allah swt tak tanya dah kahwin ke belum?
Soalan pertama solah. Ada bini, anak-anak, harta benda dan kehidupan yang bahagia didunia tapi tak dapat jaga solah....maka bermulalah derita. Satu waktu kantoi...1 huqub dalam neraka. 1 huqub = 80 tahun akhirat. 1 hari akhirat, 1000 tahun dunia..sendiri fikirlah.

Nutshell. Kahwin atau tidak bukan bererti kurang bernasib baik. Orang yang tak dapat jaga amal itulah, saya yang mangkuk hayun ni rasa...kurang bernasib baik. Salah saya, tak dakwah mereka!

Kalau tak bernasib baik kerana suami tak macam Hamka....kena tanya Hamkalah...tunjuk ajarmu sifu!!!!he..he..

Khalid

Ainna Azkieya said...

KELU bibir....SAYU jiwa kalbu...
PERKAHWINAN perlu kesabaran....kesetiaan..kepercayaan..keikhlasan.....
terbukti kekuatan WANITA terletak pada EMOSI...
KELEMAHAN wanita juga terletak pada EMOSI.....
aku sebagai GADIS yg masih belum bergelar WANITA, IBU, ISTERI.......akur akan tanggungjawab diri....
moga jadi PEDOMAN di kemudian hari...
TERIMA KASIH..:)

aku wanita said...

salam,

En. Khalid, saya terkesan dan termotivasi dengan komen encik, terima kaseh... selamat berpuasa =)

hamka said...

Khalid, kau pernah email aku tak?

ahLia shahril said...

salam..
nape ramai nk husband cm Hamka? dah klu Allah takdirkan kita dapat husband pelik cket or baik sangat, bersyukur lah.. suami cm Hamka xleh bg bahagia. yang bg bahagia ALLAH.
moga kita sumer jadi suami n isteri yg soleh dan tak banyak songeh dan cempedak.

Lee said...

sedih..terima kasih..

hamka said...

hmm

husna said...

berbahagia la isteri tuan punya blog ni..

aku masih cube mcari bahagia..

:(

tak sempurna said...

sebak membacanya...

Anonymous said...

to anonymus yg reply utk 'M'.
thank you very much.really appreciate ur advice.touching.
insyaAllah akan diusahakn.thanks.

'M'..mayat.hehe.

hamka said...

ada orang kata, aku pandai cari bini, atau ada jugak kata, bini aku pandai cari laki..

padahal, Allah yang temukan kami..

terima kash dan syukur pada Allah, sape sapa yang mati dulu.., yang tinggal pasti menangis..

tapi, kenyataannya, tetap mati...

....

Anonymous said...

wah macam baca novel...so sweet
P/s:nak tambah cawangan tak?hehe just kidding...

hamka said...

komen yang bernombor 29, terbaik.., (komen dari azharjaafar)

Anonymous said...

baik nya isteri dia...untung aku kalau dapat isteri camtu...

Ezio said...

terharu gak.walaupun aku belom ada isteri..kalau aku dah ada wife aku nak layan dia sebaik mungkin:)

Muhammad hamizan bin yusof said...

bilelah nak kawin..hurm....huhu

Anonymous said...

hamka,
lepas baca entry ni dan 2 lagi entry yg berkaitan, terus ade rase susahnye menjadi seorang isteri. tekut pun ade..terus rase tak nak kawen..huahuahua

hamka said...

takut sama ALlah sahaja

izzahazfar said...

ada air mata yg mengalir..izinkan saya kongsi di blog nanti..

Anonymous said...

salam..min izin tuk d copy..tima kasih

Anonymous said...

menitik air mata bila baca.
nak mtk izin utk copy, nak forward ke suami. bleh yerr?

fara nabilah mahamod said...

mohon izin share;)

Anonymous said...

SUMPAH SEDIH SURAT TU.....:(

hamka said...

(muzik sedih)

Oh kidung malam nyanyikan lagu
Rindu hatiku yang terpendam
Oh bintang malam lukis wajahku
Katakan aku pergi

Genggamlah cinta yang ku berikan
Simpanlah selalu dalam hati
Ku akan selalu dalam mimpimu
Menemani tidurmu

Sudahlah sudah
Ku harus pergi
Jangan kau tangisi aku lagi
Biarku bawa seluruh cintamu
Ku dakap dalam tidur panjangku

Woooo... ooooo... ooooo...

Aleya Kamal said...

Aku rasa sakit perut pulak tgk entry ni.. encik hamka ni ada 2 identity ke?

hamka said...

aku ada satu kemaluan sahaja,

Anonymous said...

chaittt..
(komen diatas)

ke 147
lepas smayng jumaat ni.
-azet-

Anonymous said...

sdih btol aku bce cerita ni wlpon aku blun kwin lg n aku rse cpat2 nk kwin...woha !

boyarque said...

TERBAEK! Nuff said.....issskk!

hamka said...

hins hins

Derick Bryson said...

Alhamdulillah, anda muasabah dr anda sndr n bw prubahan yg besar psti isteri anda sgt gmbr...awl pkhwinan mmg mcm tu sbb sblm kwen dah bygkan dl nnt psngan anda akan jd org yg anda suka, tp bl dah kawen sebaliknya plak blaku tu yg blh jd mcm kisah anda ni...tp pkara ni bergantung pd individu itu sndr, klu individu tu sndr sdar x smua pkara di dunia ni smpurna pasti dia akan terima psngan nya seadanya...