Aug 12, 2010

Apa pilihan yang kita ada?

(Dari jauh kelihatan dua orang manusia yang sedang berada di meja makan, tiada pinggan dan cawan, yang ada hanya beberapa rangkap perbualan)

Hidup tak banyak pilihan..., Waktu kita dalam alam roh, kita langsung takde peluang nak buat pilihan, siapa yang tentukan jantina kita? siapa yang tentukan bangsa kita? Lahir pukul berapa? Anak sape? Negro atau mat saleh? Hodoh atau cantik? Jantan atau betina? jadi anak raja atau kena buang dalam tong sampah lalu masuk dalam Metro?..oh..

Apa pilihan yang kita ada?, ingatan yang dapat kita ingatpun hanya bila berumur 4- 5 tahun, segala susah payah mak kita basuh berak, menyusu dan berjaga malam, langsung takde dalam ingatan, maka sekali lagi, apa pilihan yang kita ada?

Kita manusia di beri akal untuk fikir balik akan fakta yang diberitahu oleh orang tua bahawa mak kitalah yang susah payah basuh berak kita, basuh lampin dan berjaga malam bila kita menangis.., kita percaya.., sebab kita ada otak, fikir.., terima kasih mak..

Lepas tu, cuba kita tengok, hari-hari orang jadi mayat, apa pilihan yang mereka ada? tanam mayat pukul berapa?, kubur koner lot ke? Tahlil berapa hari? Langsung kita tak boleh buat pilihan, pihak polis nak buat bedah siasat dulu, nak korek mata, nak belah dada, nak tengok lubang najis.., kita kaku tak bergerak...

Dalam kubur punya cerita pulak, kita juga tak boleh buat pilihan, nak jadi hantu?, nak jalan jalan kubur sebelah?, nak kembali ke dunia sambut hari raya?.., nak korek hidung? tak boleh dah..

So, waktu kita boleh buat pilihan(yang tak banyak, tapi masih boleh memilih), pun kita tak nak buat pilihan, tak kan lah kita nak buat pilihan di tempat yang dah tak boleh buat pilihan..

You take the blue pill - the story ends, you wake up in your bed and believe whatever you want to believe. You take the red pill - you stay in Wonderland and I show you how deep the rabbit-hole goes. (The Matrix-1999)

Jadi nasihat aku, kepada korang yang buat pilihan tak nak puasa, aku malas nak cerita lebih-lebih, Cuma aku nak bagitahu, bila bulan puasa begini, korang tak nak puasa, apa pilihan makanan yang korang ada?, kedai nasi lemak tutup, nasing dagang Mok Ngoh juga tutup, tengah hari nak makan nasi kukus pun payah, kalau ada pun kedai kedai tertentu, itupun kena makan sambil menyorok.., dan tak banyak pilihan, makan setakat apa yang ada..,

Dan bila mati kelak, sebab tak puasa korangpun masuk neraka, apa pilihan makanan yang korang ada?

Buah zaqqum dan air nanah mendidih sahaja, tak banyak pilihanpun...

Buah zaqqum tu bukan manis macam kurma, baunya busuk dan rasanya pahit, bila makan, pecah perut.., tapi itulah makanan ahli neraka, tak banyak pilihanpun...

Sabarjelah nak.., baru 2 hari puasa.. : )

(kata aku kepada anak aku yang sedang belajar puasa...)

Ps: Korang mungkin boleh beli kereta mahal dan mewah, bila mati, keretamayat jugak yang korang naik, tak banyak pilihanpun...

Ps2: You take the blue pill - the story ends, you wake up in your bed and believe whatever you want to believe. You take the red pill - you stay in Wonderland and I show you how deep the rabbit-hole goes. But, take the blue pill or red pill, puasa batal-Woha!

81 comments:

CaDLyNN said...

buatlah pilihan yang bijak masa masih boleh memilih,..jgn tunggu sampai waktu dah takde pilihan...

ibnu dinar said...

hanya dua jalan yang kita ada...mau pilih kanan atau kiri, itu je yang kita ada... satu pergi syurga dan satu lagi ke neraka... kat akhirat nanti pon ada dua aje tempat,iaitu jannah dan jahannamm....pilih dan usahakan dengan sungguh-sungguh.

azharjaafar said...

dan pesanan dari aku.. "kalau nak buat insuran kereta, pilih yang islamik.. dan kalau nak pilih yang islamik, pilih agensi aku.." heh.. heh..

Khairi Mohd said...

Neo pun Architect the Matrix kasi pil merah atau biru aje. Kan best kalau ada pil kuda, ectasy, dsb hehehe.

Kita sebenarnya seperti neo... syurga, neraka... fikir sendiri.

Mummy said...

tahukah anda...di malaysia kiter puasa lebih kurang 13 jam sehari...kat luar negara nu 17 jam...(aku dgr kat radio)....heheh

Dr. Bentara said...

mummy... itu kalau puasa time summer, kalau time winter... 7-8 jam je kot...

morsmode said...

pilihannn~

morsmode said...
This comment has been removed by the author.
morsmode said...
This comment has been removed by the author.
morsmode said...
This comment has been removed by the author.
student said...

hidup ini penuh dengan pilihan.

jangan silap memilih.

~fam~ said...

kita ada sekelumit pilihan...

pilih untuk senyum masuk office atau masam masuk office...

pilihan untuk berzikir sewaktu merempit atau menyanyi kecil...

pilihan untuk menambahkan dosa orang lain dengan mendedahkan aurat...

atau

menggalakkan orang mengingati ALLAH dengan pasang zikir kat laptop...

andalah membuat pilihan!

dan aku memlilih untuk membca kereta mayat...hehe

Anonymous said...

sabguzari ini mlm..
dtg la wahai en hamka...
terawih sesame..

- kartoon

Nerzhul said...

ya saya mesti pilih!

hamka said...
This comment has been removed by the author.
IbnMustakim said...

nak pilih makan kebab ayam atau daging....

Vanjenazah said...

dan di Bazar Ramadan tak boleh buat pilihan...Orang terlampau ramai samapai tak boleh nak usha-usha dulu...
sampai je gerai kena beli cepat2 orang terlampau ramai sampai tak bleh nak pilih ayam golek mana yang lebih sedap huhu...

hamka said...

CaDLyNN

“pilihlah aku!!, la la la” eh, menyanyi pulak.

---------
ibnu dinar

aku pilih shurga, tapi jalan ini berliku, akan kaburkah mata yang memandang pada debu yang pastikan hinggap?.., (chewah..)

-----------
azharjaafar

ada tak saman ekor yang islamik?

----------
Khairi

You take the blue pill - the story ends, you wake up in your bed and believe whatever you want to believe.

You take the red pill - you stay in Wonderland and I show you how deep the rabbit-hole goes.

----------
Mummy

tahukah anda jika kita terbang ke sabah, kita boleh berbuka puasa jam 6 petang tanpa perlu qadha?

---------
Abang Ben

Oh.., winter sonata..

---------
matadore

Memilih untuk tidak memilih?

----------
student

Undilah aku!

-------------
...antikapel...

“maaf ku tak bisa, memilih dirimu..” eh, memilih untuk menyanyi pulak?:)

---------
kartoon

Aku pergi malam ahad, sebab sekarang bukan di Terengganu

-----
Nerzhul

Woha!

-------
Ibnu mustaqim

Kesian dekat Khabab bin alarat..

-------
Van jenazah

Rasa lapar pulak.., :)

Chit Ana said...

selamat berpuasa buat saudara hamka dan keluarga

heran kat bazar ramadan masih ada lagi beli makanan dengan banyaknya

Anonymous said...

semlm ak pilih utk trawih kat luar mahala
srau ak blackout
smbahyg mcm zmn shabat dlu da

Nasir_Penang said...

lama tak coment....en hamka apa habaq

ika said...

ohh ohh.. pilih jgn x pilih..! :D

cinta said...

saya mesti pilih!!...

hamka said...

Chit Ana

Dah suruh bini buat popia..., : )

---------
Nasir_Penang

Aku habaq baik, iman slow sikit..oh

----------
ika

:D

----------
cinta

pilihan berkesan!

abunawas said...

nice. :)

Unknown said...

entry yang simple..d sampaikan dgn bersahaja tetapi membawa makna yang mendalam..

p/s: 1st time komen..aku da bc blog ni setahun lebih da..

HAN said...

betol-betol.terpulang pada kita nak pilih jalan yang mane.selagi ade pilihan ni pilih lah yg betol.

p/s:blog ni best.insaf aku.thums up!

Anonymous said...

..dlm sibuk hubby tlg brtungku(ku tgh brpantang) smpat dia buat lawak..'klu awk nk panaskn badan cuba cara kabbab bin alarat.hbis cair lemak2 kt badan..cpat skit rather than pakai tungku besi nih..huhu..

-petot-

Aku said...

tepuk dada
tanya iman

Anonymous said...

Assalam.
Ana tak pernah e-mail anta lagi.
Insyallah.

Khalid
200% behind You!

Latifah said...

errrr insaf sekejap bila baca.
Kdg2 sungguh tak faham dengan orang2 yang tak nak puasa ni.
Jadi, aku memilih untuk berpuasa. ^^,
Oh, mujahadah itu pahit...

kurmamadu said...

Salam,
aku belum inzal baca entry kali ini...tooo short!
tapi sungguh bermanafaat!
Hamka antara kurma dan bermadu yang mana ko pilih! oh!
wooha!!
w,salam

Anonymous said...

salam..

pilihan untuk lapar sepertimana laparnya Rasulullah saw..

1.Ikat perut dengan batu
2.Belum pernah kenyang dengan roti dari bahan gandum yang halus
3.Belum pernah merasa kenyang selama tiga hari berturut-turut

semua perkara diatas adalah perkara biasa berlaku di luar Ramadhan..

"Ya Allah pilihlah kebaikan iman dan islam untuk kami sebagaimana kebaikan iman dan islam di zaman Rasulullah saw dan para sahabat ra.hum"

Azman said...

Salam,

Mmmg kita tak byk pilihan dah bila tiba saat itu...

(aku pilih nasi dagang Mok Ngoh he3)

Anonymous said...

You take the blue pill - the story ends, you wake up in your bed and believe whatever you want to believe. You take the red pill - you stay in Wonderland and I show you how deep the rabbit-hole goes.-- Quote dr filem The Matrix tahun 1999

dieyna said...

sememngnya. kita tiada pilihan pun...

nothing_at_all said...

assalam,,,(im de new commenter!!=)...wish congratz tu me!!hahaha))
bru kejap lunch td bkak blog u..(lunch??oh no..not mkn or minum..lunch hour laa)ntah mcm mne rs2 mcm u ad post new entry jer..tgk2 betol..kuat betol i pye instinct..but de new one tuu short..bru nk amek feel..huu

Azila said...

dan jadilah kita hambaNya yg terpilih bukan tersisih...

kaizen shinobi said...

arituh aq nampak kete mayat tapi brand mitshubishi woo~ ngeh3

Aisyah Sharif said...

Saya pilih untuk baca entri en.hamka.

Anonymous said...

tu laaaa..susah la..p pasar ramadhan banyak pilihan..xtau nak pilih..tlong2

wan jeniang

ct blog said...

insap selamanya...
owh....saya pilih nasi kerabu tuk berbuka....

emak. bukan penari tiang said...

aku memilih untuk tidak memilih sebab sebagai seorang isteri, aku tak punya banyak pilihan..

hakikatnya aku boleh pilih untuk memilih, tapi dengan memilih di dunia ini, nanti di neraka aku tak punya banyak pilihan..

suhaibah said...

Kdg2 kalau kita boleh memilih pn, x semestinya ape yg dipilih itu baik utk kita. maka pilih lah Allah. betol x?

hainur hapis said...

SPR ( Suruhan jaya pilihan raya )

SPRU ( unit suruhan jaya pilihan raya )

SRU ( selangor rappers unit )

di tukar kepada

( KRU ) ~ KREW keunggulan


semoga mendapat hidayah, amin...


Assalamualaikum


p/s : dorang dulu peminat pasukan bola sepak slgor huhu

igt tak lagu "merah kuning lambang kebanggaan. sgor merancang kejayaan..."

ni pun lagu dorang mula2 dulu

YomahaYomaso said...

lama tak mai sini...

yg ni x da pilihan..sesape yg ada kt penagn...13-17 tahun...marilah kita hidupkan program ni....3R, nak tau apa tu 3R?meh sini...

fzikuz said...

uhuhuh.. btul tu.. hidup ni mmg x bnyk pilihan... ^_^

Anonymous said...

Assalam.
Insan ciptaan terbaik Rabb. Dijadikan hanya untuk mati sekali sahaja.

Insan akan kekal abadi. Antara didalam api atau dalam dakapan bidadari/a. he..he..

Selamat Bersahur untuk semua makhluk ciptaan Tuhan yang terbaik!!!!

200%...

hamzah said...

aku pilih nasi lemaklah ngan awek solehah....amin..

Taufik Jusoh said...

van mayat kot? tukar jadi blog van mayat pulak lepas ni boleh? ;p

Pilihlah sementara masih ada yang boleh dipilih. Pilihlah yang elok sementara masih ada yang elok.

Satio - Telefon Bimbit gua terbaru ;)

hamka said...

Abu Nawas

Fine :)

--------------
asis

setahun, sudah berlalu.., (lagu awie dan ziana..)

----------
farah

betol-betol-betol

----------
-petot-

Roti kebab dah ada, lawak khabab pun ada? Woha!

---------
daisy

tepuk lutut Tanya kemaluan..

----------
Khalid

Kalau email ada ‘rule’nya, jangan bertanya ‘siapa sebenarnya keretamayat’..

: )

--------
nur_nj

Oh, mujahadah itu pahit..., tapi buah zaqqum lagi pahit!

----------
kurmamadu

kalau kau inzal, nanti kena puasa dua bulan berturut!

-----------
Man Kuchai

Bulan puasa, nasi dagang Mok Ngoh tutup..

-----------
Dieyna

Balik bab takdir

-----------
kasEh

wow, kuatnya instinct.., suratan? Atau kebetulan?

----------
Nur Azila Yahaya

Jangan terpilih makan buah zaqqum, sudah..

----------
kaizen shinobi

keretamayat estimapun ada..

----------
i-SYA

: )

----------
wan jeniang

pilih yang muda..

----------
ct blog

nasi biru nila?

-----------
raina

wah! Poligami!

------------
suhaibah

betol 3x

-----------
hainur hapis

Suruhan jaya reid..

-----------
limaumaniss

asal komen jer promote.., takpe.., dapat saham,

---------
fzikuz

^_^

--------
hamzah

pilih yang muda...

--------
Privacy_Resident

Sempat promte tu, 10 %!

aBgGeNgZ said...

Assalamualaikum...

Nape tanak pose? Bangau btol la...ingat lagu bangau? sebab tanak, malas atau apa saja sebab semua diberi alasan dan salah orang lain...tanak pose sebab gastrik, bangau...bulan lain OK bila ramadhan gastrik...

semasa idup ni pilihan kat tangan kita, guna dan buat la pilihan sebaik mungkin...

errr...aku pilih nasi dagang mok ngoh, kat mana gerai mok ngoh tu? rindu la plak kat nasi dagang tranung...

selamat berpuasa semua...Wassalam.

aBgGeNgZ said...

Assalamualaikum...

Nape tanak pose? Bangau btol la...ingat lagu bangau? sebab tanak, malas atau apa saja sebab semua diberi alasan dan salah orang lain...tanak pose sebab gastrik, bangau...bulan lain OK bila ramadhan gastrik...

semasa idup ni pilihan kat tangan kita, guna dan buat la pilihan sebaik mungkin...

errr...aku pilih nasi dagang mok ngoh, kat mana gerai mok ngoh tu? rindu la plak kat nasi dagang tranung...

selamat berpuasa semua...Wassalam.

Azila said...

terpilih mendapat hidayahnya la en.hamka...bukan terpilih buah zaqqum

nothing_at_all said...

assalam>>
suratan la cik hamka...tp..walau ape pon yg tlah d suratkn utk kte..kte still ade pilihan utk memilih kn??either nk ubah suratan tu dgn cre berdoa @ juz dok diam without doing anything..(means trime la seadenyer..)
ini pon pilihan jgak kn??
sbb i penah blaja dlu kte boleh ubah takdir dgn cre berdoa pd Yang Kuasa,ALLAH s.w.t..
n recently dlm bln Ramadhan ni i ade dgr dlm tazkirah yg mana pd mlm lailatul qadar nti..stp helaian qada'&qadar seseorg itu akn turun dr Luh-Mahfuz..maka pada mreka2 yg brtuah mndpt mlm tu & berdoa utk mgubah naseb..insyaAllah akn d aminkn & d perkenankn..
(betolkn sy if trsilap ye saudara Hamka...)..
'the choice is yours'

Zack said...

kita ni terlebih makan.ingatlah saudara lain yang susah

Hijau said...

ringkas dan padat
membe puasa tapi solat tak.camna tu?

Unknown said...

memang kedai nasi dagang mok ngoh dan kebanyakan kedai makanan islam tutup di siang hari bulan Ramadhan ni tapi masih ada ancaman-ancaman dari paspud-paspud seperti MekD, KeFSi dan Pizahat.

bulan Ramadhan ni teringat Nia Ramadhani... ish.

zulhafidz said...

PILIHANRAYAAAAAA!!!

puasa siang panjang malam pendek tu akan silih berganti.

setiap tahun hari pula puasa akan berganjak 10-11 hari...

tapi kita tiada pilihan juga itu sunnatullah yang telah tetap dan tidak akan berganjak kecuali dgn kehendak Allah s.w.t

http://saifulislam.com/?p=8421

hamka pun tak boleh memilih pembacanya samada yang tutup aurat atau tidak tutup aurat

tapi pembaca blog ini yang tidak menutup aurat..moga2 anda memilih untuk menutup aurat..

beautiful_rose said...

sangat menusuk kalbu......

nana said...

kepada yg sengaja
takmo poser tiada
poser ganti yang
boleh menggantikannya.

lahaulawalaaaa..

husna said...

aku tak ade pilihan lain..
terpaksa lalui semua ni..
by hook or by crook..

dah terlambat utk buat pilihan

:(

zubair ghazali said...

banyak betul yang komen kat sini..

btw, selamat menghadapi ramadhan pakcik~

Skymatrix said...

Menanti Di Barzakh,

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Perjalanan Rohku,
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh,
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,

Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
Semerah Mawar Dan Jugak Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Susai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,

Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan x2
Tetapi Ia Sebenar Kejadian x2

Kembali Oh Kembli,
Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,

Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi,

Jantung Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan x2
Kini Aku Merasakan x2
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan x2

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

p/s: boleh lagi ke nak memilih time ni? nak lari dari soalan kubur? nak lari naik moto dari malaikat? nak balik umah?

ain said...

sy setuju!!! jazakillah..

ain said...

sy setuju!!! jazakillah..

noorafzan.blogspot.com said...

selamat belaajr berpuasa kepada anak keretamayat.
=)

abanglong said...

salam bang...

pernah dengar satu ceramah....

- kita ini adalah pelakon, yang mana skripnya telah ditulis oleh Allah...

-

wAllahuallam.

Anonymous said...

assalam
so be it ...we are an actor.
Now we must think. Are we acting in accordance of Allah's rules or our nafs.....Wallahu'alam bissawab.

Khalid
Little bro of abang long he..he..
201%..and it's raising up quickly.

budak kampung said...

promote blog sket

hamka said...

You take the blue pill or red pill - Puasa batal..,!

woha!

1malaysia1islam said...

pilihan terbesar dan paling agung yang pernah kau buat..aku pilih islam sebagai agamaku..(",)d

Anonymous said...

Assalam.

Khalid al Walid rahu pernah berkata kepada panglima besar Rom sewaktu Peperangan Yarmuk.

"Kami yang hidup di zaman nabi saw dapat melihat mukjizat baginda. Kami menyaksikan sendiri kebesaran dan keajaibannya".

"Ada juga yang tidak pernah bertemu dengan Nabi Muhammad saw Mereka juga tidak pernah menyaksikan kebesaran dan keajaiban baginda".

"Walaubagaimanapun, oleh kerana mereka menerima agama kami dengan ikhlas dan jujur, mereka lebih dimuliakan daripada kami".

Panglima Gergorius Theodorus telah memeluk Islam setelah mendengar kata-kata tersebut dan kemudian turut berperang menentang tentera Rom dan syahid di tangan adik Maharaja Hercules, Theodore.

"Beliau pergi dalam senyuman" kata Theodore setelah membunuh Gergorius.

Nutshell: Marilah kita memilih untuk "pergi" dalam senyuman!

Semua senyum.....he..he..

Khalid.
202%

Ainur68 said...

Kata omputih "happiness is a daily decision". Kat dunia boleh lah pilih2...kat kubur, lu pikir lah sendiri! Hehehe... :P

Anonymous said...

akhirnya sy telah memilih utk berniqab.
doakan sy istiqomah.
thank you Allah.
thanks bro hamka atas bantuannya.

so..anda bila pula..
silakan memilih..
:)

-tanah-

hamka said...

aBgGeNgZ

nasi dagang mok ngok tutup, depan kubur kampung raja chendering lokasinya..

-------------
Nur Azila Yahaya

Itu yang aku maksudkan... : )

-----------
kasEh

boleh baca entry lagu “suratan bukan kebetulan” entry 2006

---------
Zack

Masa moreh, makannan berlambak tak habis..

-------------
Hijau

Jangan larang dia puasa, tapi galakkan dia solat

(walaupun ada pendapat mengatakan puasanya sia sia, sebab tak solat, tapi jangan larang dia puasa dengan jatuhkan semangat dia, sebab dia kawan, pujuk jangan putus asa)

-------------
Hasbullah Salih

Nia Ramadhani..., oh.., bawang merah

-----------
zulhafidz

PILIHANRAYAAAAAA? Atau pilih nak beraya di mana, woha!

----------
beautiful_rose

wow

-----------
nana

lahaulawalaaaa..

------------
husna

sabar itu indah endingnya..

------------
ibnu ghazali

bulan puasa ni, sentimental sikit, arwah mak dah takde.., rindu masakan.., isk.

------------
Skymatrix

Lagu wings, alam barzakh takde ke?

----------
ain

saya pun

----------
noor afzan

tahun lepas dapat hadiah transformer.., tahun ni dia cakap nak motor skuter.., adoi..

-------------
abanglong

cuba baca entry 2006, bab “bintang”

----------
Khalid

: )

----------
budak kampung

10%

----------
islam mania

lepas tu pilih parti x, kata ahli parti itu..

----------
Ainur68

Semua jadi mayat, takde pilihan.

-----------
-tanah-

Mereka mungkin akan berniqab dengan kain kapan bila jadi mayat kelak.., oh

hendrik said...

tuan hamka...like this.. ;-)

ayoh teh said...

ana pilih jalan yang lurusssssssss..

bro hamka, nanti pilihlah dan tulislah bahan2 yg betul2 tangkap lentuk punya (lentuk shahdu meninggalkan ramadhan.. huhu) menjelang raya ni.. insyaAllah..

Anonymous said...

Selamat berpuasa & berbuka sume!

Anonymous said...

hmm.. memilih untuk pergi jumpa atau
tak, jumpa atau tak, jumpa atau tak,

jumpa atau tak??

the effect kalau pergi jumpa, dapat jawapan..? ye ke

kalau tak jumpa, tak dapat jawapan..? hmm.. ni kompem sampai bebile nih..

camne? nak jumpe? x jumpe?
bak kata stacy, Go Baby Go?

Kesimpulannya? Bantulah saya.. hehe

hamka said...

pergi jer. makan dulu, moral kemudian